Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Sunday, April 19, 2015

AISEYMAN, DRIVER AJE! versi NOVEL :D

Assalamualaikum dab selamat sejahtera. :D

Apa khabar? hihi.
Terasa malu sendiri nak up new post kat sini... :p

Dear readers, ara just nak inform,taraaaaaaaaaaaaa!!


untuk those yang masih menanti dan sabar menanti.... ara nak bagitahu, Aiseyman, Driver Aje! versi novel akan ada inshaallah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)... yeayyy! after 3 years KEA akan ada 'adik'... :P

Order masih belum dibuka ya.. mungkin next week atau during PBAKL... Inshaallah...

Untuk sebarang update, boleh jenguk ke group facebook ara - https://www.facebook.com/groups/ara.spreadthelove/

Jumpa di sanaaaaaaaaaaaaaaa!! :D

Love,
Arasharrina <3

Tuesday, October 29, 2013

"Aiseyman, Driver Aje - Bab 36"

“NAH”

Dahi Irham berkerut. Pelangi ditenung dalam.

“Ambil lah...” Dengan senyum manis Pelangi menghulurkan dua keping roti yang berintikan aiskrim kepada Irham. ‘Dessert’ biasa kalau duduk tepi laut macam tu. Murah pun murah.

“Apa ni?” Soal Irham. Dahinya berkerut. Roti yang dihulurkan Pelangi dibiarkan tak bersambut.

“Sandwich aiskrim.” Jawab Pelangi pendek. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki itu. Senyum lagi.

“Sandwich aiskrim? Pelik je bunyinya… Wujud ke benda ni??” Irham buat muka hairan. Berkerut seribu dahi dan hidungnya.

Ler… Pelangi tepuk dahi. “Dah ada depan mata ni maknanya wujudlah Encik Irham oii…! Ambillah cepat. Nanti dah cair tak sedap.” Gesa

Pelangi. Roti bahagiannya dia gigit sedikit. Erm. Nyaman rasa anak tekak…

“Aku tak pernah makanlah... Tak naklah.” Tolak Irham. “Entah benda apa yang kau nak bagi kat aku ni. Beli tepi jalan pulak tu. Sah-sahlah murah. Lepas tu tak bersih.” Bebelnya sendiri.

Eh. Ewah. Ewahhh. Banyak bunyi pulak mamat ni! Pelangi jeling Irham dengan ekor mata.

“Ni namanya makanan, encik Irham. Bukan benda…, dan lagi satu murah tak semestinya tak sedap, tepi jalan tak semestinya tak bersih. Janganlah nak paranoid sangat. Saya makan aiskrim ni dah dua puluh tahun, eh salah, dua puluh satu tahun dah. Hidup sihat walafiat lagi. Tengok ni, tengok.” Pelangi tunjuk ‘muscle’nya yang tak berapa nak ada. Sesekali dia sengih. “… muscle saya ni ikut mood Encik Irham. Sekarang ni mood dia tak baiklah ni, sebab tu dia tak timbul-timbul.” Pelangi cuba melawak.

Irham senyum sinis melihat gelagat gadis di hadapannya itu. Nak ketawa tapi dia cuba tahan. Serius Pelangi nampak sangat comel ketika itu tapi sayang… sedikit sewel.

“Kau tak makan ubat eh?” Sarkastik sangat soalan yang diajukan Irham.

Pelangi pamer riak muka innocent. “Apa?”

Irham menjuih bibir. Belakang tangannya diletakkan ke dahi Pelangi. “Sah!” Tingkahnya.

“Apa yang sah?” Pelangi jadi hairan. Yang tidak-tidak aje dia ni tau!

“Sah. Kau demam. Balik nanti makan panadol.” Selamba Irham memberitahu.

Pelangi mencebik. “Ceh! Ingat ke apa lah tadi… Buat orang suspen je.” Omel Pelangi antara dengar tak dengar. Dia berpusing membelakangkan Irham. Pandang laut lagi best dari pandang muka tuan besarnya itu. Pahala pun dapat. Roti aiskrim yang dibelinya tadi dijamah lagi. Malas nak layan tuan besarnya itu. Jual mahal. Makanan murah, makanan tepi jalan tak nak makan. Sekarang, duduklah sorang-sorang kat situ.
Hmmm…. Sedapnyaaa… Dah lama rasanya tak makan makanan yang macam tu. Dulu waktu dengan Farish selalu juga…- Ah, Farish… Pelangi telan air liur. Hatinya tersentuh tiba-tiba. Terasa tak tertelan roti yang dimakannya. Rindunya pada lelaki itu memang sudah tidak dapat dibendung lagi.

Farish……

“Hah mengelamun!” Segah Irham. Kepala Pelangi dia tolak perlahan.

Pelangi terkejut. Dia jeling tajam ke arah Irham yang sedang buat muka tak bersalah siap dengan senyum senget di bibir.
Eeei! Geram pulak aku tengok mamat ni senyum-senyum macam tu. Sekali aku siku, berterabur gigi.

“Apa jeling-jeling aku macam tu? Tak puas hati?” Irham angkat-angkat kening. Senyum senget itu masih setia terukir di bibirnya.
Pelangi buat muka annoying. “Pelik-pelik je encik Irham ni kan? Saya rasa encik Irham yang tak sihat ni. Balik nanti jangan lupa makan panadol.” Sindiran Irham sebentar tadi terkena balik ke batang hidungnya sendiri.

Irham tergelak kecil. “Eh, amboi! Tiru ayat aku nampak!”

“Eleh, atleast encik Irham gelak jugak kan? Kan? Kan” Jawab Pelangi sambil kenyit mata. Senyumannya manja seakan menggoda. Beberapa saat selepas itu dia turut ketawa. Suka hati aku nak kenyit mata kat anak teruna orang. Bos aku pulak tu! Pelangi. Pelangi. Kau memang sewel.

Irham seakan terpukau. Serta merta gelaknya terhenti. Dia terpaku dengan reaksi yang diberikan oleh Pelangi sebentar tadi. Mulutnya terkunci. Makin berani dia tengok driver nya sekarang ini. Dah pandai main mata. Dah pandai nak senyum-senyum macam tu… Nak goda aku eh? Err… Ke aku yang tergoda tanpa digoda? Matanya terus jatuh ke wajah Pelangi yang kemerah-merahan. Gadis itu masih dengan senyuman nakalnya. Asyik sungguh Irham melihat ciptaan Tuhan yang satu itu. Hati yang tadinya serabut kembali tenang.

“Encik Irham tengok apa!?” Sergahan Pelangi membuatkan Irham terkejut. Cepat-cepat dia melarikan pandangannya.
Hish aku ni pun. Tak beragak! Terasa mahu dikutuk dirinya ketika itu. “Erm, bak sini roti tu!” Irham bertindak balas secara spontan. Tanpa sempat ditahan, dia terus mengambil roti yang berada di tangan Pelangi.

“Encik Irham!” Gadis itu menggeleng kepala. Hampir saja roti itu terlepas dari tangannya. Gelojoh! Desisnya sendiri. Dia perhatikan Irham. Pada mulanya lelaki itu kelihatan teragak-agak untuk mengigit roti itu. Mula-mula dengan gigitan yang kecil tapi lama kelamaan…

Pelangi sengih, umpannya menjadi.

“Sedap kan? I told you…” Nadanya seakan menyindir.

“Takdelah sedap pun. Tengah lapar kan.” Jawab Irham masih tak nak mengaku. Dia cuba berlagak selamba walau hatinya malu.

“Elehhh… Tak nak mengaku.”

“Eleh apa eleh? Ni kalau aku sakit perut ke apa nanti. Kau jawab dengan bonda!”

Anak mata Pelangi membuntang. “Apa kes pulak saya yang nak kena jawab… Encik Irham yang…-

“Done!” Potong Irham. Dia senyum ke arah Pelangi. Senyum yang ada makna. Roti Pelangi yang masih berbaki dia jeling dengan jelingan yang tersirat.

“Tu”

“Tu apa tu?”

“Tu roti tu… Kau tak habis makan kan aiskrim tu? Meh sini aku habiskan.” Sekali lagi! Irham mengambilnya dengan rakus.

Pelangi geram. Tak boleh jadi ni! Tak sampai separuh pun aku makan roti tu tau. Tulah! tadi jual mahal sangat.

“Bagi balik!” Pintanya. Tegas.

Irham buat muka tak peduli.

Pelangi tak puas hati. Lengan Irham ditarik. Lelaki itu dengan cepat mengalihkannya ke tangan kiri. Roti bertukar tangan,

“Ishhh… Saya nak lah roti tu!!” Pelangi tak putus asa. Dia tarik pula lengan kiri lelaki itu. Irham menepis. Pelangi menarik. Maka bermulalah adegan rebut merebut di antara mereka. Tak padan dah tua bangka. Masing-masing nak berlagak jadi budak. Si Pelangi tu takpe lagi, yang si Irham tu memanglah tak sesuaiii…!

“Encik Irham! Bagi balik!”

“Bagi apa!?”

“Roti tu! Saya nak!”

“Dah bagi mana boleh minta balik! Buruk siku okey!”

“Bila masa saya bagi!?”

“No. No!”

“Hishh! Encik Irham!”

Pap!

Irham dan Pelangi terdiam. Sandwich ice cream yang menjadi rebutan sudah ‘landing’ baik di atas tanah.

“Puas hati?” Soal Irham selepas hampir seketika mereka terdiam.

“Hurmmm…” Pelangi mengeluh. Dia pusingkan kembali badannya membelakangkan Irham. Tiba-tiba rasa nak merajuk.

“Nak merajuklah tu. Takde kerja aku nak pujuk” Irham senyum mengejek. Suka betul hatinya dapat mengenakan gadis itu. Dia sebenarnya sengaja menjatuhkan roti itu tadi. Sengaja nak buat orang sakit hati. Sengaja nak buat orang marah dengannya.

“Tak suruh pujuk pun!” Jawab Pelangi senada. Kalau aku merajuk pun, aku tahu kau takkan pujuk. Aku kan driver aje. Lagipun hati kering kontang macam hati kau tu mana lah tahu nak pujuk-pujuk ni,.. Pelangi bermonolog sendiri. Dia buang pandang jauh ke tengah laut.

“Boleh pulak diam bila dah tak ada.” Sambung Irham lagi.

“Hurmmm… Padanlah muka masing-masing.” Jawab Pelangi perlahan.

“Padanlah muka dengan kau sorang aje. Bukan masing-masing.” Irham tolak pula belakang Pelangi.

Ishhh. Main tolak-tolak aku pulak! “Ialah… Padan muka saya!” Pelangi merengus geram.

Irham menggulum senyum. “Kau nak tahu tak, Pelangi?” Irham bernada serius secara tiba-tiba.

Pelangi tarik nafas dalam. Mulalah tu, dah buat salah lepas tu nak cakap baik-baik. Eii… Benci tau dia ni!

“Nak tahu tak!?” Ulang Irham lagi. Dia dekatkan sedikit duduknya dengan Pelangi.

“Tak nak tahu apa-apa boleh?” Selamba Pelangi menjawab.

Kali ini bahu Pelangi yang menjadi mangsa tolakkan Irham.

“Aduh!” Pelangi memalingkan mukanya mengadap Irham. “Sakitlah.” Rungutnya.

“Kau rasa? Boleh?” Irham jongket kening.

Hisshh… Pelangi buat muka tak puas hati. “Nak kena tahu apa?”

Kali ini Irham pula yang tarik nafas dalam. Nak cakap ke tak? Kalau cakap takut minah ni overreact. Kalau tak cakap rasa sesak pulak dada aku ni. Irham terfikir-fikir sendiri.

“Saya nak kena tahu apa Encik Irham?” Ulang Pelangi lagi. Tadi beria nak cakap. Sekarang senyap pulak. Gumannya sendiri.

“Kau ni sebenarnya cantik.”

Huh!? Pelangi terkebil-kebil memandang Irham. Dia cakap apa tadi? Aku cantik? Aku? Err… Aku salah dengar ke?

“Err… Encik Irham cakap apa tadi?”

Irham mengeluh. Pekak badak. Bisiknya sendiri. “Sekali cakap je. Dengar tak dengar nasib kaulah. Siapa suruh tak korek telinga!” Tingkah Irham.

Dia bangun dan mula mengatur langkah perlahan untuk berlalu meninggalkan Pelangi yang masih terkebil-kebil.

“Encik Irham!” Panggil Pelangi. Hish. Cakap tak jelas! Kalau nak puji aku pun, cuba bagi aku kembang sampai habis dulu baru blah macam tu!

“Encik Irham, tunggu!” Pelangi bangun mengejar Irham dari belakang. Taulah kaki tu panjang! Laju betul jalannya.

“Encik. Encik Irham… Encik cakap apa tadi? Saya. Saya tak dengar?” Termengah-mengah Pelangi menyoal. Seboleh-boleh dia nak lelaki itu mengulang kembali ayat yang diucapkannya sebentar tadi. Dia bukan apa. Cuma mahukan kepastian. Betul ke tuan besarnya itu cakap dia cantik?

“Malam nanti kau bawa aku pusing Melaka!”
Lain yang hendak didengar lain pula yang dia dapat.

“Alaaa… Bukan yang tu, yang sebelum tu. Encik… Err. Encik Irham cakap saya cantik ya?”
Irham jongket kening. “Bila masa aku cakap macam tu?? Eeeiii, tolonglah jangan nak perasan. Awak tu perempuan tau. Tak malu eh??”

“Err… Tapi tadi…-

“Aku cakap Melaka ni cantik, malam nanti bawa aku pusing-pusing. Bukannya aku cakap kau cantik. Hah, lagi satu, yang kau beria nak aku puji kau cantik ni kenapa? Hishhh… Mak Munah tu lagi enam puluh tujuh lapan ribu ganda dua lagi cantik dari kau tau tak!?”
Pelangi tersentak. Terus mulutnya terkunci untuk bertanya lagi.

Amboiii…! Dia samakan aku dengan Mak Munah?? Tak. Tak. Bukan nak cakap Mak Munah tu tak cantik. Tapi… Aku? Aku ni? Dengan Mak Munah? Enam puluh tujuh lapan ribu ganda dua lagi cantik pulak tu. Agak-agak sikit bro! Kau ni memang dah lama hidup eh?



“CIK PELANGI?”

“Yes?”

“Ada bunga untuk cik.”

“Bunga?” Pelangi pamer riak terkejut. Siapa pulak yang rajin sangat nak hantar bunga ke aku ni?

“Ha’ah. Cik tolong sign di bawah ni…” Pemuda yang menghantar bunga itu mengarah lembut. Ada senyum tipis menghiasi bibirnya.

“Err… Siapa bagi? Salah orang kut dik.” Pelangi menolak lembut. Seratus peratus dia yakin bunga itu bukan untuknya. Pelik. Tak pernah
seumur hidup dia terima bunga macam ni. Jambangan bunga mawar berwarna merah dia belek-belek lagi.

“Cik Pelangi binti Abdullah kan?”

“Yup, nama tu betul. Tapi…”

“Kalau nama betul, inshaa’Allah tak silap.” Jawab pemuda itu. “Ni, sign dekat sini.” Arahnya lagi.

“Err…” Pelangi masih lagi teragak-agak.

“Cik kenal encik Amer?”

“Amer?”Soal Pelangi kembali. Dahinya berkerut. Amer. Amer… Oh! “Amer yang hantar bunga ni?” Dia sudah mula dapat mengagak.

“Yup.” Pemuda itu tersenyum manis. “Ni ada tulis dekat kad ni.” Kad kecil berwarna peach diserahkan kepada Pelangi.


24 roses for I can’t stop thinking about you 24 hours a day

I miss you,
Amer :)



Ah, Amer. Ada saja akalnya nak ambil hati. Desis Pelangi sendiri sambil mengulum senyum.




SUASANA Jonker Walk ketika itu sangat sibuk dengan orang yang lalu lalang. Pelangi menoleh sekilas ke arah Irham yang berjalan bersebelahannya. Melilau mata lelaki itu memerhatikan keadaan sekeliling. Dari gayanya saja Pelangi tahu dia teruja. Almaklumlah, first time bersesak-sesak macam ni. Macam orang jakun pun ada.

Pelangi tergelak kecil. Suka benar dia dapat melihat keadaan Irham ketika itu. Dahi hidung habis semua pakat-pakat nak berkerut, Peluh tak usah cakaplah. Menitik-nitik. Dahlah pakai t-shirt putih yang melekat kat badan, memang sah-sahlah nampak jelas susuk tubuh lelaki itu. Fuhhh. Seksa! Pelangi melarikan anak matanya. Bahaya kalau dipandang lama.

“Encik Irham okey?” Soal Pelangi selepas seketika. Mereka sudah sampai di kawasan tengah Jonker Walk. Di kawasan yang ada pentas. Di situ lagi bising. Riuh dengan bunyi orang menyanyi dan bertepuk tangan.

“Huh?” Irham seakan terkejut. Dia pandang Pelangi. “Kau cakap dengan aku?”

Pelangi sengih. Muka terkejut Irham ketika itu sangat comel. Anyonyo… Encik Irham jangan buat muka comel macam tu. Geram tau, rasa nak gigit.

“… yang kau sengih macam tu kenapa?”

“Err… Tak. Saya tanya, encik Irham okey ke?” Ulang Pelangi. Mukanya dah berona merah. Malu.

“Okeylah. Kenapa? Kau nampak aku tak okey?” Soal Irham kembali. Keningnya sengaja dijongket sedikit.

“Oh. Bukan apa. Saya tanya aje. Kalau encik Irham okey, baguslah…” Pelangi mengulum senyum. Puas hati dengan jawapan Irham.

“Senyum. Senyum.”

“Aik, senyum pun salah?”

“Tak salah. Tapi kau tu suka senyum tak bertempat. Suka sangat nak senyum tak tentu pasal kenapa? Macam orang tak betul.”
Tak pasal-pasal. Pelangi dah rasa nak menjerit. Tak faham betul aku dengan mamat ni. Aku senyum aje kut. Bukan gelak. Lainlah kalau aku gelak terguling-guling. Boleh jugaklah dia nak cakap aku macam orang gila ke apa. Ni senyum je, Se…nyum. Senyum!

“Senyum tu kan sedekah, encik Irham.”

“Orang nak sedekah pun bertempat Pelangi. Ada kau tengok orang bagi sedekah kat batang pokok?”

Pergh! Perumpamaan dia menikam-nikam sampai ke hulu hati!

Pelangi geleng kepala sendiri. Tak tahulah nak dilawan apa kata-kata tuan besarnya itu. Pusing sana, pusing sini dia juga yang kena.

“Ha ni nak pergi mana pulak ni? Takkan nak tunggu kat sini je?” Tanya Irham.

Pelangi pandang sekeliling. Pengunjung semakin lama semakin ramai. Kalau nak ikutkan hatinya yang malas memang sampai sini ajelah langkahnya. Lagipun dia bukan tak pernah masuk sini. Dulu selalu. Cuma sekarang ni aje dia rasa tak sanggup. Tak sanggup nak meredah lautan manusia.

“Erm, encik Irham nak masuk sampai ke dalam ke? Saya…-

“Mestilah nak!” Pelangi mati kata. Laju pulak mamat ni menjawab.

“… Kenapa? Kau tak nak?” Tokok Irham lagi sambil buat muka kasihan.

Aduhai encik Irham…. Jangan buat muka macam tu boleh? Saya gigit betul-betul nanti. Haaa… Jangan main-main. Pelangi perhatikan raut wajah Irham lama. Jelas kelihatan lesung pipitnya yang dalam. Menawan sungguh!

“Pelangi, dari tadi aku tengok kau duk pandang-pandang aku. Duk tenung aku. Apa hal? Kau jangan…, aku risau aje nanti kalau angin kus-kus kau datang. Masak aku kau kerjakan…” Irham tergelak kecil. Lawak pulak bila tiba-tiba terbayangkan dirinya dikerjakan oleh gadis secomel Pelangi. Haishh… Rosak!

“Hisy, ke situ pulak encik Irham ni.”

“Habis tu? Ke situlah, ke mana lagi. Dah kau pun pandang aku macam pandang ayam golek. Mahunya aku tak fikir macam-macam.” Makin galak pula Irham mengusik menambah rona di wajah Pelangi.

“Mana adalah…”

“Eleh… Mana ada. Mana ada.” Akal nakal Irham tiba-tiba muncul. Perlahan dia merapati Pelangi. Rapat betul wajah mereka ketika itu.
Pelangi cuba melarikan sedikit tubuhnya. Tapi cepat tangan Irham memegang kedua belah lengan Pelangi. “… Ni aku nak ajar…” Suara Irham seakan berbisik. “Lain kali kan kalau kau dah suka sangat pun dekat aku… Kau jangan tunjuk sangat. Malu. Cuba sorok-sorok sikit perasaan tu…”

Okey. Itu sarkastik! Pelangi jadi serba tak kena. Sumpah aku malu weh!

“Hisy, dahlah. Malas saya nak layan encik Irham…” Putusnya sambil berlalu. Menonong aje dia berjalan tak pandang kiri kanan.

Dang!

Sudahnya tak sampai beberapa langkah dia berlanggar dengan orang yang lalu lalang. Standard lah bila Pelangi yang berlanggar. Kalau tak tercampak atau terkemek kat mana-mana memang bukan Pelangilah tu.

“Aduh!”

“Pelangi!” Irham terkejut. Segera dia mendapatkan Pelangi yang dah pun terduduk di atas jalan. “Kau okey ke?” Soalnya.

“Err… Okey. Okey. Sakit sikit.” Jawab Pelangi. Dengan bantuan Irham dia berdiri sambil mengibas-ngibas belakang seluar yang dipakainya.

Irham menggeleng kepala. Sah! Butang kelam kabut dia dah on. Menggelabah tak tentu pasal. Habis semua orang nak dilanggarnya.

“Sorry bro, aku tak sengaja… Okey ke awek kau tu?” Beritahu satu suara. Garau. Irham menoleh, lupa sebentar dia pada orang yang berlanggar dengan driver nya itu. Oh Mak! Tak berkedip matanya ketika itu. Patutlah sampai terduduk budak ni dibuatnya. Besar dua kali ganda dari aku!

“Eh, it’s okay. Sorry too. Awek aku ni memang selalu macam ni. Careless.” Okay Irham. Steady. Tak payah nak bertegang urat sangat. Sekali mamat ni libas kau memang bersepai segala tulang temulang yang kau ada.

Lelaki tadi hanya menunjukkan isyarat tangan dan kemudiannya berlalu.

Irham dan Pelangi sekadar memerhati.

“Suka dapat berlanggar dengan bulldozer macam tu?”

Anak mata Pelangi mengecil memandang ke arah Irham yang bersahaja. Memang muka minta kena penumbuk. Suka hati mulut dia aje nak panggil orang tu bulldozer! Sekali dia ‘bull.do.zer’ kau kang, memang terselitlah kau kat bawah pentas tu. Monolog Pelangi sendiri.

“Dah, jom!” Tanpa disuruh Irham tarik pergelangan tangan Pelangi. Gadis itu tersentak. Cepat-cepat dia menepis.

‘Tak payahlah nak pegang-pegang. Bukannya tak boleh jalan sendiri.” Sinis Pelangi. Dia berjalan mendahului Irham.

“Oh sombong! Kau ingat aku nak sangat pegang tangan kau tu?” Tingkah Irham sambil berjalan mengekori gadis itu. Berani betul minah ni sekarang! Tunggulah. Dah pandai sekarang nak lawan-lawan aku yer. Tak padan dengan katik! Terkumat-kamit mulutnya mengutuk.

“Nak tak nak sangat pun encik Irham pegang jugak kan?” Pelangi menjawab. Dia tahu tuan besarnya itu hanya bersikap prihatin dan bukan cuba untuk mengambil kesempatan ke atasnya. Tapi biarlah. Seronok kalau dia dapat menguji ego lelaki itu sekali sekala.

Irham mati kata.

“Kan?” Ulang Pelangi lagi. Sengaja. Menunggu reaksi dari Irham. Jarang sekali Irham nak mengaku kalah macam tu aje. Ada saja akalnya untuk mengenakannya.

“Hurm.” Selepas seketika Irham hanya mampu mengeluh. Dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang bermain difikirannya. Ketika ini dia keliru dengan perasaannya sendiri.

Hurm? Hurm je mampu? Pelangi berpaling. Serta merta mata mereka bertaut.

Awkward moment tiba-tiba. Lama mereka begitu sebelum Pelangi melarikan anak matanya. Pelik. Hatinya terasa sesuatu.

“Err… Letih?” Soalnya.

“Erm. Sikit.” Jawab Irham mendatar. “Letih sangat hari ni… Macam-macam jadi.” Dia mengadu. Tone suaranya manja.

Pelangi sudah tidak terkata. Manja-manja pulak dia ni. Berdegup kencang jantungnya ketika ini. Kacau betul!

“Hurm… Kalau letih kita balik lah. Esok encik Irham ada meeting lagi kan?”

“Takpelah. Jom aku temankan kau jalan-jalan lagi.”

Mata Pelangi membuntang. Temankan aku? Ni siapa yang teman siapa ni?

“Oh. Okey.” Putusnya perlahan. Hari-hari nak bertegang urat pun letih jugak kan!

“Jalan sini” Irham tarik lengan Pelangi.

“Ish. Janganlah tarik-tarik.” Marah gadis itu. “Orang tahulah nak gerak sendiri.” Sambungnya lagi. Seinci dia berganjak mendekati Irham.

“Kalau setakat nak gerak macam tu, baik kau takyah gerak!” Guman Irham. Ada aje yang dia tak puas hati.

Pelangi sekadar menjeling. Ini tak okey, itu tak okey, aku suruh dukung kang! Bebelnya dalam hati. Seinci lagi dia tolak tubuhnya menghampiri Irham.

Irham mendengus geram.

“Jalanlah depan aku ni. biar aku nampak. Kau tu dahlah kecik, pendek kemetot macam tu. Jangan degil boleh?” Lagi kuat Irham tarik lengan Pelangi.

“Sa…-

“Sini!”

Kali ini Pelangi berdiri betul-betul di hadapan Irham. Dia pejam mata kejap. Mencari kekuatan yang semakin menipis. Merah padam mukanya menahan geram. Ya Allah Ya Tuhan ku… Apalah ‘hazab’ sangat aku dapat bos macam malaun ni…..! Terkumat-kamit mulutnya menyumpah tuan besarnya itu.

Lelaki itu tarik sengih panjang. Baru puas hati. Desisnya sendiri.

“Aku dengar kau sumpah aku, Pelangi”

Pelangi buka mata. Menoleh ke belakang mencari wajah Irham yang masih tersengih mengejeknya, Hish, kecik besar, kecik besar aje aku pandang mamat ni!

“Apa pandang-pandang? Tak pernah nampak lelaki kacak masuk Jonker walk?”

Uwek! Pelangi buat memek muka nak muntah. Dia menjeling tajam ke arah Irham sebelum berpaling.

“Jeling, jeling. Korek biji mata tu baru tahu!” Ugut Irham.

Mata Pelangi menjuling ke atas sambil meneruskan langkah. Lantaklah kau nak cakap apa. Letih aku nak layan. Tingkahnya di dalam hati.
Hayunan kakinya dipercepatkan. Seboleh-boleh dia nak jauhkan dirinya daripada lelaki itu.

“Weh! Yang kau ni jalan laju-laju ni apa hal?” Marah Irham. Tangan Pelangi ditariknya lagi. Terdorong sedikit gadis itu kebelakang.

“Ishhh, tak payah pegang-pegang boleh tak?” Pelangi menepis tangan Irham.

“Eeii… Ada yang aku tarik masuk bilik malam ni kang….!”

Pelangi telan air liur. Dia cuak.

“Err… Eh, encik Irham jangan nak macam-macam ya. Saya ada geng dekat Melaka ni. Encik cubalah buat benda yang tak senonoh dengan saya. Ha… Jangan main-main dengan saya.” Pelangi cuba untuk menakutkan tuan besarnya itu. Dari luaran aje nampak cool minah ni, dalam hati tak usah cakap. Dah rasa nak meletup. Dengan Irham memang tak boleh nak buat pasal. Anginnya tak menentu. Cuba kalau betul dia nak tarik masuk bilik malam ni…. Uwaaa!! Tak relaaa…..!

Irham sudah meletus tawa. Muka takut Pelangi memang tak boleh nak cover langsung.

“Geng? Geng apa kau ada? Geng bas sekolah?” Semakin giat Irham mengusik driver nya itu.

“Er… Genglah. Geng… er, erm… geng-

Pok!

Dengan sengaja Irham mengetuk kepala Pelangi.

“Auchhh!!”

“Geng! Geng! Dah. Jalan!” Irham tolak pula bahu Pelangi. Kali ini dia berjalan mendahului gadis itu.

Pelangi masih tidak berganjak. Dia mengosok-gosok kepalanya yang masih berbisa dek ketukan Irham. Kuang ajaq……! Rasa marahnya sudah berbakul-bakul. Kau tunggulah tuan besar. Tunggu. Ada bas ada lori. Ada hari aku balas. Ha lantak! Ni sebab aku marah sangatlah ni, sampai pantun aku pun failed! Grr!

Irham menoleh ke belakang.

“Laaa… Apa lagi tu? Cepatlah! Dah tak payah nak mengada sangat, aku ketuk sikit aje tadi. Cepat. Sini!”

Pelangi merenung Irham tajam. Ketuk sikit atuk kau!

“Cepatlah… Cik Puteri Pelangi, intan payung, abang dukung karang…” Irham masih dalam mood nak memecah-belah-kan emosi Pelangi. Dia kenyit mata nakal,

Pelangi merengus kasar. Sah! Mamat ni memang dah sewel! Selangkah demi selangkah dia menghayun kaki.

“Pelangi, lepas ni kita makan cendol kat tepi tu nak tak?” Ajak Irham sebaik saja Pelangi berdiri di sebelahnya.

“Tak nak!” Laju Pelangi menolak.

“Well, ada aku kisah.” Balas Irham bersahaja. Dia mula melangkah menuju ke gerai cendol yang dimaksudkan.

Mata Pelangi membulat.

Hish!! Ni satu hal lagi yang aku tak suka. Sikit-sikit nak paksa. Sikit-sikit nak aku ikut cakap dia! Sikit-sikit, sikit-sikit……….!

Arghhh… Stress….!


+++++++++++

Take care :)


Saturday, September 28, 2013

"Aiseyman, Driver Aje - Bab 35"



“PEREMPUAN jenis apa you ni hah!?”

“Alf, I minta maaf… I terpaksa.”

“Terpaksa? Terpaksa gunakan I semata-mata untuk puaskan kehendak you?”

“Hurmmm… I…-

“Ni apa? Gambar you dengan Syed kan?” Irham menghulurkan beberapa keping gambar yang diterimanya pagi tadi. Gambar seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang ralat berpelukan sesama sendiri di sebuah kelab malam. Melalui gambar itu dia dapat lihat beberapa adengan censored yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang perempuan yang bakal menjadi isterinya. “… Dan ni lagi, dalam bilik hotel mana korang buat kerja keji ni? Hah?”

Dengan teragak-agak Natasha Andrew Lim mengambil kepingan gambar yang dihulurkan oleh lelaki itu. Dia kehilangan kata. “I, I minta maaf…” Hanya ungkapan itu yang mampu dia berikan. “It shouldn’t be that way. I…-” Dia mengeluh seraya tunduk, menyerah diri. Memang salahnya.
Irham Alfie melepaskan sebuah keluhan berat. Gadis kacukan cina melayu itu direnung lama. “Now tell me, do you still love me, or…-” Irham berjalan merapatinya.

Mr. Alfie, think carefully if you want her to be your life partner. The ugly truth is she just loves your money!

Mesej yang diterima dari nombor yang tidak dikenali itu serta menerta menerjah ke benaknya. Wajah gadis itu ditolak perlahan agar mengadapnya.

“… Or, you just love my money?”

Soalan keras itu membuatkan gadis itu tersentak. Perlahan-lahan matanya diangkat. Wajah Irham dipandang dengan pandangan yang tersirat.

“Hurmmm… To be honest...-” Ayat gadis itu terhenti. Mengumpul kekuatan untuk berterus terang.

Irham mendiamkan diri. Riak wajahnya serius.

“I do love you, Alf…” Kedua belah tangan gadis itu diletakkan ke dada bidang Irham. Anak matanya melirih tajam seperti menggoda. Lelaki itu perlu ditenangkan. “… I do.” Sebelah tangannya beralih pula ke kepala Irham. Rambut lelaki itu diusap lembut. Dia tahu kelemahan lelaki itu, dia tahu seorang lelaki yang bernama Irham Alfie akan tumpas dengan kelembutan yang dimiliki oleh seorang perempuan sepertinya.

Irham membiarkan gadis itu membelainya. Jemari lembut yang melingkari leher dan pinggangnya juga dibiarkan tanpa dihalang. Leka sebentar dia bila dilayan begitu.

“But Alf…” Gadis itu menyambung semula ayatnya yang terhenti sebentar tadi. Suaranya seakan berbisik. “At the same time…, I need money. I need money to support me.” Dia tarik nafas dalam. “…to living, to have better life. For me money is everything. I…-

“Enough Tasha!” Seakan tersedar dari lena yang mengasyikan Irham menolak gadis itu sehingga membuatkan dia hampir terjatuh. “If duit yang you perlukan, then I ni apa? Siapa I dalam hidup you? You said you need me! You said you love me? Love apa? Cinta apa? Semua tu sampah kan!?”

“It’s true Alf! I memang perlukan you… I-

“Perlukan aku untuk duit? Perlukan aku supaya kau boleh hidup senang? Boleh penuhi segala keperluan kau? Begitu?” Menggunung marah Irham ketika itu. Hilang semua rasa lembutnya. Tiada lagi panggilan I, you di antara mereka. “… Aku tak sangka kau dengan Syed sanggup buat semua benda ni semata-mata untuk duit! Kau sanggup created cerita-cerita bodoh kau tu sebab nak dapatkan duit!”

“Alf…” Gadis itu cuba untuk memegang Irham. Namun segera ditepis oleh lelaki tu.

“Sekarang kau bagitahu aku, duit lapan puluh ribu yang kau minta dari aku, yang kononnya nak guna untuk perubatan mak kau tu semuanya betul? Atau kau dengan…-” Ayat Irham mati di situ. Dia tidak sanggup untuk meneruskannya. Hatinya jadi makin sakit.

“Alf… Dengar dulu apa yang I nak terangkan ni.”

“… Kau gunakan duit itu untuk kepentingan kau dan Syed kan?”

“Alf…-

“Jawab dulu soalan aku!!” Irhan mendengus kasar.

Natasha Andrew Lim melepaskan sebuah keluhan berat. Tiada apa lagi yang boleh dia katakan ketika itu. Semua kesalahan yang dilakukan olehnya sudah ternyata jelas.

“I minta maaf.” Ungkapan itu akhirnya meniti dibibir.

“Kau penipu, Tasha!! Apa sebenarnya hubungan kau dengan lelaki itu? Hah? Siapa!??”

“Alf…”

“… Kau dan jantan tu semua sama! Tak guna! Aku menyesal sebab percayakan kau selama ini. Percayakan dia! Tak guna! Bodoh! Bodoh!! Aku tak sangka aku boleh tertipu dengan permainan keji korang! Patutlah selama ni kau selalu mengelak bila bercerita soal masa depan. Rupa-rupanya kau dengan dia dah merancang masa depan sendiri. Masa depan untuk menggunakan aku! Menghancurkan hidup aku!” Irham sudah membungkam marah. Segala maki hamun semuanya sudah dihambur keluar.

“Kenapalah aku tak pernah sedar semua ni… Kenapa? Kenapa Tasha? Kenapa kau buat aku macam ni?” Irham bernada kesal. Dia sudah tersandar di dinding mencari kekuatan. Rambutnya dilurut perlahan. Dia benar-benar kesal dengan apa yang sedang terjadi. Kejutan yang mahu dia berikan pada Bonda akhirnya mengejutkan dirinya sendiri.

“Bonda, Ir nak kenalkan bonda dengan someone.”

Masih terngiang-ngiang lagi perbualannya bersama Datin Yuhanis seminggu selepas dia mengambil keputusan untuk melamar gadis itu. Kisah percintaan yang tidak dapat dihidu oleh sesiapa melainkan Syed. Syed Iskandar. Teman sebiliknya dan juga merupakan teman baik kepada Natasha Andrew Lim. Perempuan yang dicintainya dengan sepenuh hati. Susah sebenarnya mahu mendekati gadis itu kerana pada waktu itu Natasha sangat digilai oleh ramai lelaki di kampusnya. Ramai yang makan hati dan ada juga yang cuba untuk bunuh diri bila lamaran mereka ditolak. Tapi bagi Irham, dia sememangnya beruntung, melalui Syed Iskandar dia dapat mengenali gadis itu.

Di waktu itu dia memang sengaja merahsiakan hal percintaannya daripada semua orang termasuklah dari pengetahuan rakan-rakan baiknya, Amer, Alan dan Bella. Dia tahu selama ini dia digelarkan sebagai seorang lelaki yang tidak punya perasaan, hati kering, lelaki yang takut pada komitmen oleh rakan-rakan baiknya. dan ketika itu dia hanya mampu tersenyum. Dia lelaki ego. Biarlah. Dia tidak pernah ambil peduli tanggapan orang terhadapanya, yang dia tahu dia bahagia, yang dia tahu dia sudah dapat memiliki gadis itu. Dapat memiliki gadis seperti Natasha seakan memiliki bidadari daripada syurga.

“Someone? Means?”

“Adalah. Ir tahu bonda akan teruja.”

“Must be a pretty girl right?”

Cantik. Gadis itu sememangnya sangat cantik di matanya. Masih terbayang lagi senyuman itu. Hanya dengan senyuman itu gadis itu mampu membuatkan hatinya tertawan. Bukan calang-calang gadis yang mampu menundukannya. Bukan calang-calang gadis yang boleh membuatkannya gila bayang. Hanya gadis itu. Natasha Andrew Lim. Hanya dia!

“… Alf, she’s gone.”

“Aku dah tak peduli pasal dia lagilah” Tingkah Irham. Segala ingatannya bersama gadis itu hilang serta merta. Dia kerling sekilas ke arah Pelangi yang sedari tadi tekun mendengar cerita tentang dirinya.

“Tak. Maksud aku… Dia dah tak ada. Tak ada lagi dalam dunia ni.”

Irham sedikit tersentak. Tak ada? Apa maksud tak ada? Hatinya berteka-teki sendiri. Dia cuba mengawal riak muka.

“Maksudnya? Dia…-” Pelangi yang sedari tadi hanya menjadi pendengar kini bersuara. Dahinya berkerut seribu. Dia menoleh ke arah Irham yang sedang merenungnya tajam.

“Hurmmm…” Syed Iskandar menghela nafas. Dia tunduk mencari kata. “Tasha dah meninggal. Seminggu selepas Irham keluar dari rumah tu. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal serta merta di tempat kejadian.”

“Huh!?” Pelangi tergamam. Dia mengurut dada.

Raut wajah Irham masih kelihatan tenang. Dia cuba. Cuba untuk berlagak tenang walau hatinya sedang sesak menahan sakit yang teramat sangat. Sakit bila mengingati perihal gadis itu dahulu dan sakit bila mengetahui perihalnya pada hari ini.

“… Kami cuba hubungi kau waktu tu, Alf. Puas cari. Tapi tak dapat sampailah jenazah Tasha dikebumikan…”

Irham masih mendiamkan diri.

“… Aku minta maaf. Aku tahu aku salah. Salah sebab gunakan kau waktu itu. Aku betul-betul menyesal. Aku harap sangat kau boleh maafkan aku, dan… Arwah Tasha.” Tubir mata lelaki itu mula digenangi air. Jelas kelihatan riak kesal di wajahnya. “Tolonglah Alf, untuk Tasha. Kalau kau nak aku sujud di kaki kau sekarang ni pun, aku boleh. Aku…-
“Semua ini takkan terjadi kalau waktu tu kau dan dia tak menipu aku!” Tingkah Irham seraya bangun dari kerusinya. “Pelangi, kita gerak!”
Pelangi terkejut. Takkanlah nak balik macam tu je? Cerita baru nak klimaks ni. Mana endingnya, takkan…

“I said now!” Irham tarik tangan Pelangi.

“Auch!”

“Alf…” Syed Iskandar juga turut terkejut dengan tindakan Irham. Hati lelaki ini memang betul-betul keras!

“Enough Syed! Enough! Jangan paksa aku untuk terima semua ni dalam satu masa. Kau dan aku tahu apa sebenarnya yang dah berlaku. Kau tahu aku tak boleh nak maafkan kau dan dia, walau apa pun alasannya! Kau tahu aku benci pada penipu! Sekarang kau teruskan hidup kau dan aku teruskan hidup aku! Jangan menagih maaf daripada aku sebab aku tak mungkin akan maafkan kau dan dia seumur hidup aku! Sekali aku dah ludah, aku takkan pernah jilat balik!! Now, let us excuse!” Tanpa menunggu dengan lebih lama Irham kemudiannya berlalu meninggalkan Syed Iskandar yang masih lagi terkejut. Lelaki itu tidak mampu untuk bersuara walau sepatah. Dia benar-benar terkejut. Sejauh itu Irham membencinya.



“ERR… Encik Irham. Kita, kita nak pergi mana ni?” Soal Pelangi sejurus selepas pintu keretanya ditutup. Dia gementar. Untuk memandang lelaki itu pun dia gerun.

“Aku tak tahu!” Balas Irham kasar.

Pelangi semakin tak tentu arah. Tak tahu? Takkan tak tahu? Habis tu aku nak bawak dia pergi mana ni? Dia mula berpeluh.

“… Kau drive je kereta ni sampai aku suruh berhenti.” Arah Irham. Seakan tahu apa yang sedang dirisaukan oleh Pelangi.

Gadis itu terangguk-angguk kecil. “Baik… Baik, Encik Irham.”

“Laju!”

“Eh Yer. Yer.”

Pelangi buat muka tak puas hati. Laju, Laju. Accident nanti baru tahu. Omel Pelangi sendiri. Dia curi pandang melalui cermin pandang belakang. Lelaki itu membuang pandang ke luar tingkap. Pelangi dapat lihat dengan jelas wajah Irham ketika itu. Riaknya tegang. Rona pipinya merah. Mungkin sedang menahan marah. Sesekali kedengaran tuan besarnya itu mengeluh.

Kesian Irham…

Hatinya terdetik. Tiba-tiba dia teringatkan perbualannya dengan Irham suatu masa dahulu.

“… Kau muda lagi kan?”

“Err… Ya”

“Then kenapa kau sibuk nak kerja?”

“Sebab… Erm, sa..ya, saya perlukan duit untuk hidup.”

“Hishh, benci betul aku dengar jawapan kau tu! Perempuan dan duit memang tak boleh dipisahkan! Jawapan kau tu klise tahu tak, perempuan macam kau ni mesti sanggup buat apa saja untuk dapatkan duit kan!?”

Dan sekarang dia tahu kenapa waktu itu Irham sangat marah bila mendengar jawapan yang diberikannya. Rupa-rupanya Irham juga pernah melalui masa gelap. Sama sepertinya cuma dalam keadaan yang berbeza.

“Berhenti di sini.” Irham bersuara perlahan.

“Err…” Pelangi pandang sekeliling. Laut? Biar betul tengah-tengah panas ni nak duduk kat sini? “Kat sini, encik Irham?” Soalnya teragak-agak. Fikir baik-baik encik… Panas ni, kang tambah panas pulak hati tu nanti.

“Should I repeat?”

“Er. Okey. Saya berhenti sini.” Pelangi dah malas nak cakap apa-apa. Dia beri signal untuk ke kiri. “… Cuma nak saya bagitahu, duduk tepi laut waktu-waktu macam ni panas. Nanti encik Irham jangan cakap saya tak ingatkan pulak yer…” Pesan Pelangi.

“Kau nak aku ingatkan kau lagi, siapa bos dan siapa driver kat sini?”

Hailah dia ni. Sikit-sikit nak ungkit. Sikit-sikit nak ungkit! Payah betul bila emosi tak stabil! Aku yang tak ada apa-apa ni pun terbabit sama. Grr!


Bersambung... :D


++++++++++++++++++++


Entry pendek.

Setidak-tidaknya dah tahu kenapa selama ini Irham bersikap kasar dengan Pelangi kan? Hiee.

Next entry akan dipanjangkan sedikit.

Sabar it separuh dari iman. hik. :D

Jaga diri, Love(s)!





Thursday, September 26, 2013

"Aiseyman, Driver Aje - Bab 34"

Assalamualaikum :D

Minta maaf untuk readers yang menunggu entry baru ADA.
(Nak bagitahu reason but sometime things better left unsaid kan?)

Entry untuk di upload dah tak banyak. Dalam 3-4 entry lagi.

Semoga terhibur ya. :)




+++++++++++++++++++++++++



TELEFON di tangan dibelek-belek lama. Matanya tidak berkelip dari merenung siling. Dikerling sekilas jam di dinding. Pukul satu pagi. Agaknya Pelangi dah tidur atau belum? Boleh ke aku call dia? Err, tak apa ke? Dia marah lagi ke pada aku? Soalan demi soalan menerjah benaknya.

Haishhh… Tak boleh jadi ni. Jemarinya pantas menekan ‘dial’.

“Hello, Assalamualaikum Pelangi?”

Kedengaran Pelangi terbatuk kecil. “Ya Hello… Waalaikummussalam Amer.”

Bibir Amer mengukir senyum tanpa sedar. Hatinya lega. Setidak-tidaknya Pelangi mahu menjawab panggilannya.

“Tak tidur lagi ke?” Soalan yang agak kurang pandai di situ. Dah pukul satu pagi Amer oii, kalau bukan tengah tidur, tengah buat apa lagi? Berjogging? Amer terasa malu sendiri.

“… Erm. Tengah tidur.” Jawab Pelangi antara sedar tak sedar.

“Oh. Sorrylah kalau saya menganggu awak tengah-tengah malam ni.”

“It’s okay”

Senyap.

“Hello? Pelangi... Pelangi?” Amer memanggil nama itu berulang kali. Dah tidur balik ke apa minah ni?

“Urmm…”

“Hmm… Tak apalah. Lain kali kita sembang.” Suara Amer dihujung talian seakan menjauh. “Saya letak telefon dulu ya?”

Senyap.

“Pelangi…” Mendayu-dayu pula suara Amer ketika ini. Rasa geram pun ada ni. Bangunlah Pelangi… Bangunlah… Saya rindu nak sembang dengan awak ni.

“Hurmmm…” Pelangi mengeluh. Serta merta dia bangun dan duduk bersandar di atas katil. Gelas yang berisi air kosong dicapai dan diteguknya perlahan. Ada apa lagi lah mamat ni? Tak boleh ke call waktu siang? Mengacau betul orang nak tidur. Rungut Pelangi di dalam hati.

“Ada apa Amer? Call saya tengah-tengah malam macam ni? Tak boleh tidur ke?” Walaupun culas, Pelangi tetap cuba untuk melayan lelaki itu.

Amer tersenyum lebar. “Dah boleh cakap?” Lain yang disoal, lain pula yang dijawab.

Pelangi juih bibir. “Dah Amer…” Jawabnya ringkas. “Kenapa awak call saya ni?” Soalan itu diulang lagi.

“Erm, saja.”

“Saja?” Kening Pelangi terangkat tinggi. Rasa mahu diketuk aje kepala mamat ni. Call aku pukul satu pagi sebab saja? Memang nak kena siku! Grr!

“Ha’ah, rindu.”

“Rindu? Rindu dekat siapa? Encik Irham?”

Gelak Amer hampir meletus. “Ke situ pulak dia. Rindu dekat Irham tu nak buat apa. Buang masa saya je. Awak ni pun…”

“Habis tu? Awak rindu dekat siapa?” Pelangi soal lagi pura-pura tak tahu. Dia tersenyum nakal. Sengaja mahu mengusik lelaki itu.

“Rindu dekat siapa, rindu dekat siapa, rindu dekat awaklah. Cik Pelangi Abdullah…” Lancar saja mulut Amer menjawab. “Awak tak rindukan saya ke Pelangi? Tak ingat kat saya langsung?”


Siapa? Saya? Rindu dekat awak? Err… Minta maaflah awak… Saya tak sempat nak rindu dekat siapa-siapa pun sekarang ni. “Erm, adalah sikit.” Balasnya sekadar menjaga hati.

“Sikit je?”

Angguk. Eh. Lupa! Pelangi tepuk dahinya sendiri. Macamlah Amer tu boleh nampak kau mengangguk Pelangi. “Yup.” Jawabnya pendek. Sepatah dijawab, sepatah tu juga dia balas.

“Esok jumpa nak?”

“Jumpa? Saya tak ada di KL lah...” Air kosong diteguk lagi. Macam dahaga sangat pulak bila bercakap dengan si Amer ni. Ihiks…

“Huh? Awak pergi mana? Tak bagitahu saya pun?” Amer dah rasa nak merajuk.

Dahi Pelangi berkerut. Itu pun nak kena bagitahu ke? Bukannya berjalan. Bekerja kut. “Saya dengan Irham ni. Di Melaka. Dia outstation, ada meeting, dinner kalau tak silap.” Jujur Pelangi memberitahu.

Amer terkedu. Pelangi dengan Irham di Melaka? “Erm, kenapa awak tak bagitahu saya dulu?” Suaranya perlahan.

“Err, kenapa saya kena bagitahu?” Soalan Amer dijawab soalan. Punyalah kering hati si Pelangi ni.

“Eh mestilah. Awak kan girlfriend saya.” Suara Amer sedikit meninggi.

“Eh, bila masa?” Suara Pelangi juga turut sama meninggi.

“Bila masa apa?”

“Bila masa saya jadi girlfriend awak?”

Amer terdiam. Memikir. Ayatnya mati.

“Bila masa saya jadi girlfriend awak, Encik Amer?” Ulang Pelangi lagi. “Seingat saya, saya belum pernah declare apa-apa lagi dengan awak. Saya cuma cakap saya nak fikir dulu kan? Please, correct me if I’m wrong…”

“Hurmm.” Amer melepaskan sebuah keluhan berat. Mungkin dia terlalu menekan gadis itu. “Tak apalah. Awak tak salah.” Diam. Mengeluh lagi. “Whatever you said, Pelangi. I’m Sorry. Saya memang salah sebab terlalu memaksa awak.”

“Eh, jangan salah faham… Bukan memaksa. Cuma… Awak terlalu menjaga saya. Saya faham niat awak. Terima kasih untuk itu. Saya sangat hargai.. Tapi, ini kerja saya. Saya…- Eh kejap.” Pelangi terdengar bunyi loceng dari pintu biliknya. Tiba-tiba rasa meremang satu badan. Siapa pulak yang tekan loceng malam-malam buta ni!?

“Pelangi… Hello Pelangi? You there?”

“Err… Eh, Am, Amer, Ada orang tekan locenglah.” Beritahunya sedikit gagap.

“Tekan loceng? Siapa yang tekan loceng malam-malam buta macam ni?” Tanya Amer, Pelik! Ishhh… Jangan-jangan. “Pelangi, don’t open the door!” Tegahnya. Risau. Kut-kutlah ada hantu ke apa, hantu tak apa lagi. Kalau pencuri ke, penyamun ke, atau perogol. Nauzubillah… Minta dijauhkan.
Pelangi yang baru nak bangun terus tak jadi. Dia duduk kembali. “Kenapa?” Soalnya.

“Tak payahlah, ada orang nak main-main kut. Awak tidur ajelah. Ignore the bell.” Arahnya. Dalam tenang ada tegasnya. Dia tak mahu gadis kesayangannya itu diapa-apakan.

Kedengaran loceng bilik itu ditekan lagi.

“Haish, dia bunyi lagilah. Tak ada apa kut. Saya pergi tengok dululah. Entah-entah encik Irham yang datang.” Beritahu Pelangi seraya bangun dan berjalan terus ke pintu. Degil!

Encik Irham? Ishhh… Itu lagi bahaya! Bisik Amer sendiri. “Pelangi…-

Senyap.

“Ada orang hantar food for supper lah.” Pelangi bersuara tiba-tiba.

“Huh? Awak dah buka pintu ke?”

“Dah. Dah tutup balik dah pun.” Jawab Pelangi selamba.

Amer dah mengurut dada. Ya Allah minah ni tak tahu takut langsung! “Siapa bagi?”

“Erm. Encik Irham. Katanya takut saya lapar sebab dinner tadi saya makan sikit je.” Terang Pelangi. Jujur.

“Oh… Baik Irham dengan awak yer…” Suara Amer senada. Tanpa sedar bibir mengukir senyum pahit. Dia cemburu.
Baik? Pelangi juih bibir. Baiklah bila datang mood baik dia. Kalau tak memang macam jebon aje perangainya tu!

“Erm, biasalah tu. Nama pun bos kan.” Pelangi jawab acuh tak acuh. Dia mencubit sedikit muffin coklat yang dihantar kepadanya sebentar tadi. Macam tahu-tahu aje dia suka muffin jenis yang macam ni. Tak cukup secubit terus dia gigit sebahagian daripada muffin itu. Gelojoh!

“Hmm… Tak apalah. Awak makanlah dulu.”

“Alah tak apalah. Tak lapar lagi.” Cepat-cepat Pelangi menjawab. Makanan yang ada di dalam mulutnya hampir tersembur keluar.

“Tak lapar lagi? Mulut awak tu dah penuh Pelangi. Hmm, makanlah dulu. Nanti saya call lagi. Assalamualaikum…”

“Eh… A’-

KLIK!

“Amer…” Tak sempat Pelangi nak habiskan ayatnya terus lelaki itu mematikan panggilannya. Pelangi kesat mulutnya dengan tapak tangan. Gedik betul nak merajuk! Getusnya sendiri. Gasaklah. Esok-esoklah pujuk…

Pelangi meletakan kembali muffin di atas pinggan. Nombor telefon Irham didail. Tidak dihirau langsung pada Amer yang menjauh hati.

“Hello?” Tak sampai beberapa saat panggilannya dijawab. Pelangi sengih.



“PELANGI. Irham. Pelangi…. Irham. Lani. Ir… Haish! Kenapalah time aku nak dekat dengan dia, time tu jugalah kau nak dekat sama!”
Amer merebahkan tubuhnya di atas katil. Tangannya disilangkan ke belakang kepalanya. Kusut dia memikirkan perihal Pelangi, perihal Irham dan perihal hatinya. Sudah terlalu lama sebenarnya dia membiarkan hatinya kosong sendiri. Kosong tanpa adanya perasaan untuk sayang dan disayangi, dan kini bila hatinya sudah terasa untuk diisi, ada saja yang datang memunculkan diri. Ada saja gangguannya! Gangguan itu pun bukannya dari orang lain, dari teman baiknya sendiri. Teman susah senangnya. Teman yang sudah berjanji untuk sehidup semati.

“Arghh!”




“HELLO… Assalamualaikum. Encik Irham. Thanks for the muffin!” Ucap Pelangi senafas.

“Erm. Dah makan?” Sahut Irham. Suaranya garau. Mungkin sudah tidur. Salam pun tak dijawab.

Pelangi senyum dalam hati. “Sedang makan… Terima kasih ya, encik Irham!” Ulangnya lagi. “Err, assalamualaikum…”
Senyap.

“… Encik Irham?” Panggil Pelangi bila tuan besarnya itu hanya mendiamkan diri.

“Erm, waalaikumussalam…” Irham menjawab acuh tak acuh. Mungkin dah tak larat nak melayan panggilannya.

“Err, encik Irham dah tidur ke?” Soal Pelangi teragak-agak.

“Okey. Dah makan nanti tidurlah. Esok jangan lupa bangun pagi” Lain yang ditanya lain pula yang Irham jawab. “Esok kau pergi breakfast sendiri, time lunch baru jumpa. Anything I call you.” Sambungnya lagi.

“Oh. Baik. Kalau macam tu… Selamat malam, encik Irham. Sweet dreams…”
Panggilannya terus dimatikan.

Hmm... Tak mengapalah. Mungkin dia letih. Bisik Pelangi di dalam hati. Bibirnya mengulum senyum. Senyum gembira. Hilang sudah rasa marahnya pada lelaki itu. Layanan Irham padanya hari ini membuatkan dia terfikir... Mungkinkah tuan besarnya itu sudah benar-benar berubah? Atau sekadar temporary?



++++++++++++++++++++++



LAPAR,
lapar! Mana Irham ni…

Melilau mata Pelangi mencari kelibat Irham sambil menepuk-nepuk perutnya berulang kali. Tulah! Padan dengan mukanya sendiri. Pagi tadi siapa suruh tak turun breakfast. Tapi mana nak tahu. Kenyang sangat malam tadi sampai tidur pun tak beringat. Sedar-sedar saja dah pukul sepuluh setengah pagi. Dah terlepas setengah jam.

Kriuk…~

Aduh. Kuat pulak! Pelangi pandang sekeliling, bimbang jika ada yang terdengar bunyi yang keluar dari perutnya. Bimbang? Err, lebih kepada malu sebenarnya.

Relaks. Relaks dulu wahai si perut ku yang comel. Kejap lagi kita ‘ngap’ ya.

Encik Irham… Cepatlah…

“Sayang!”

Pelangi menghenyak tubuhnya ke sofa. Tidak dihirau pada suara yang menyalak. Sayang, sayang, nak bercinta pergi masuk bilik lah! Gerutunya sendiri. Dia rasa nak pengsan. Rasa lemah satu badan. Nak kata tak makan, semalam dah melantak tiga biji muffin. Bukan setakat muffin, ada mushroom pie, ada dua tiga jenis buah. Ada…-

“Sayang!”

Hishhh… Siapa ni duk bersayang-sayang kat tengah-tengah lobi ni? Pelangi jadi geram. Dia menoleh mencari si empunya suara.

“Sayang!”

Huh! Anak matanya membulat. Dia segera menoleh ke belakang. Err. Ada dinding je. Pelangi menoleh kembali memandang ke hadapan. Sssa… Saya? Pelangi menunding ke dirinya sendiri. Terkebil-kebil dia memandang ke arah Irham yang dari lagaknya sedang menantikan seseorang atau lebih tepat sedang menantikan dirinya.

“Come!” Laung lelaki itu lagi. Di wajahnya terpampang riak ceria.

Pelangi bingkas bangun lalu berjalan ke arah Irham. Dia pelik. Ni dah kenapa duk bersayang-sayangkan aku ni??
Dari jauh Irham sekadar memerhatikan Pelangi berjalan menghampirinya. Lelaki itu menguntum senyum. Pelangi mula rasa tak sedap hati. Dia yakin pasti ada sesuatu yang sedang dirancang oleh lelaki itu. Ingat senang ke Irham nak senyum-senyum macam tu? Siap panggil dia sayang lagi. Confirm ni ada benda lain! Pelangi berteka-teki sendiri.

Semakin dia menghampiri Irham, semakin jelas dia ternampak kelibat seorang lelaki lain yang turut sama memerhatikannya.

Erk. Syed! Syed Iskandar!? Pelangi terasa nak lari bila terpandangkan lelaki itu. Anak mata mereka bertembung. Lelaki itu tersengih nakal ke arahnya. Pelangi ketap bibir. Dia tayang memek muka kosong. Apahal nak sengih-sengih dengan aku macam tu?

“Sayang… Penat I panggil you tadi.” Statement pertama yang keluar dari mulut Irham saat Pelangi sudah berada di hadapannya.
Gadis itu hanya mampu tersenyum. Senyum kelat. Senyum terpaksa yang dibuat-buat.

“… Lama I tunggu you. Jom makan dulu. Harini kita lunch dengan our special guest…-

“You still remember me, right?” Tak sempat Irham nak menghabiskan ayatnya bila Syed Iskandar terus mencelah.

“Aaa’, yes. Syed Iskandar right? How can I forget about you…” Jawab Pelangi sekadar menjaga hati. Kang kalau cakap tak kenal, panjang pulak muncungnya nanti.

Pelangi memerhatikan riak muka Irham yang tak puas hati. Nampak sangat tuan besarnya itu tidak senang dengan kehadiran lelaki yang bernama Syed Iskandar itu.

“Erm, okeylah. Shall we go now? Perut ni pun dah terasa lapar tiba-tiba.”

“Oh, yes. Okay. Let’s go” Sahut Syed Iskandar sambil berjalan mendahului mereka.

“Jom sayang.” Irham tarik tangan Pelangi.

“Auch. Sakit.” Pegangan lelaki itu terasa kuat sehingga menyebabkan gadis itu mengaduh. “Encik Irham, sakit…”

Tuan besarnya itu tidak menghiraukan rungutan Pelangi. Genggaman tangannya juga tidak sedikit pun dilonggarkan. “Just be with flow…” Bisiknya tegas.

Pelangi melepaskan sebuah keluhan berat. Dia mengangguk dan menurut walaupun jauh di sudut hati, dia terasa mahu memberontak.

“… Can you do that to me, Puteri… Pelangi?”

Pelangi sedikit tersentak.

Ahhh letih! Ni nak kena berlakon jadi Puteri Pelangi lagilah ni… Ishhh, stressnya!



“SO, Pelangi kerja di mana?”

Soalan pertama yang diajukan oleh Syed Iskandar.

Haishhh… Dia dah mula dah! Pelangi terbatuk kecil sambil mencuri pandang ke arah Irham yang sedang leka mengunyah makanan.

“Dia kerja dengan aku sekarang. PA” Jawab Irham pendek.

“Wow! PA? Seriously?” Syed Iskandar kelihatan teruja.

Pelangi juih bibir. PA sangattt… PA yang banyak ‘cum’, ‘cum’!

“Why? Sounds bad eh?” Soal Irham. Gelas berisi fresh orange dicapai dan diteguk perlahan. Dia sempat menoleh ke arah Pelangi yang kelihatan serba tak kena. “Kenapa sayang? Makanan tak sedap ya? Nak tukar?” Sengaja lelaki itu mahu mengusik Pelangi. Terasa comel pula bila melihat keadaan Pelangi ketika itu.

“Err. Tak. Tak. Sedap aje makanan ni semua.” Jawab Pelangi teragak-agak. Dia pandang Irham yang sudah tersengih ke arahnya. Cis! Ni lain tak bukan memang sengajalah tu nak kenakan aku!

“Kalau rasa tak sedap bagitahu. Nanti kalau perut tu sakit, susah hati I nanti…” Irham menambah lagi.

Eeuww! Sejak bila mamat ni jadi sweet talker ni?? Buang tebiat ke apa? Pelangi jeling tajam ke arah Irham.

“Jangan jeling I macam tu sayang… Tak senang duduk dah I ni.”

Huh! Pelangi terasa nak pengsan. Apa ni? Apa ni?? Dah kena sampuk hantu jebon ke dia ni??

“Woah! Woah! Come on you guys. Takkan depan aku pun nak bercinta kut? Terasa macam aku ni kacau daun pulak.” Celah Syed Iskandar.

Irham senyum sinis. Itu yang aku nak sebenarnya. Bisiknya sendiri.

“Eh, kacau daun apanya. We all memang macam ni. Sweet sentiasa. Kan sayang?” Irham sengaja mahu mengenakan Pelangi lagi.

Pelangi hampir tersedak. Balik balik aku yang kena. Balik balik aku! Bentak hatinya.

“Err… Ha’ah. Kami memang selalu macam ni, Syed. Well you know lah Irham ni. Dia memang suka kalau orang lain nampak yang kami sedang bahagia. Kan baby?” Ambik! Nak sangat kan kenakan aku. Nah sekarang, jadi baby. Terasa mahu meletus tawa Pelangi ketika ini. . Anyonyonyo baby. Bapak baby!

Irham tercengang. Dia tenung Pelangi tak berkelip. Ish, minah ni! Suka-suka hati pulak nak mem-baby kan aku!

“… Kenapa baby pandang I macam tu? I cantik sangat yer hari ni? Tak berkelip you tengok I dari tadi. Janganlah… I malu.” Pelangi buat memek muka tersipu-sipu malu.

Irham jadi tak keruan. Kalau macam ni gayannya bukan kau sorang aje yang malu Pelangi! Aku pun rasa malu tahap nak meninggal ni! Ishhh… Biar betul??

“Ha Ha Ha!” Syed Iskandar sudah tertawa besar. “You all ni kan! Okeylah, I admit. You both look sweet together. Can see you all tengah happy and yes, I jealous okay!” Puji Syed Iskandar jujur.

Irham dan Pelangi serentak tersengih. Anak mata mereka berlaga.

Sweet together yer? Kau tak tahu aku tengah menggelupur kat sini! – Irham

Sweet together yer? Kau tak tahu aku rasa nak muntah darah kat sini! – Pelangi

“Pelangi, I tell you what…-

“Err, tell me what?” Pelangi segera melarikan anak matanya dari Irham. Tak boleh lama-lama. Bahaya! Kan dari mata jatuh ke hati. Kan?

“… Irham sekarang memang jauh beza dari Irham yang I kenal dulu. So much different! I think this is all because of you.”

“Oh, really? How it can be? Erm, maksudnya. Macam mana Irham yang dulu? Mind to share?” Soal Pelangi teruja nak tahu.

“Eh Syed, tak perlu kut nak cerita benda lama. Aku…-

“Relakslah Alf. Atleast your fiancée tahu macam mana kau dulu. The dark side of you. Right Mrs Irham-to-be?” Kening Syed Iskandar terangkat sedikit.

Pergh! Mrs Irham-to-be? Terasa besar pulak ‘title’ tu untuk aku. Pelangi angguk sambil sengih tayang gigi.

“Sure, why not. You okay kan baby?” Soal Pelangi sambil kenyit mata. Wah, Pelangi! So-into-the-character tau kau ni. Siap berkenyit-kenyit mata bagai!

Irham buat muka tak puas hati. Hishhh… Tak payahlah nak mem-baby, babykan aku Pelangi! Meremang satu badan aku ni tahu tak!

“… Irham ni roommate I waktu study dulu.” Syed Iskandar sudah mula buka cerita.

“Roommate?” Soal Pelangi. Zaman bila ni? Dahinya berkerut.

“Waktu study di overseas dulu. Roommate kejap je. Tak habis pun satu sem…” Sambung lelaki itu. Irham sekadar mendiamkan diri.

“Oh, sekejap je? Kenapa sekejap?”

“Tak payah tahulah, Pelangi. Tak penting pun…” Irham mencelah. Tak suka bila cerita lamanya diungkit kembali.

“Alah…-

“No Alf, she should know about this… and you too.”

“Long story lah. Tak perlu. Aku dah boleh terima.”

“Boleh terima? Kau terima benda yang tak betul. Seriously, trust me this time. All the while, penerimaan kau tu sebenarnya salah. Kau kena tahu cerita yang betul.” Syed Iskandar bersuara serius. Raut wajah Irham ketika itu kelihatan tegang.

Dah pulak. Kenapa tiba-tiba jadi serius ni? Penerimaan apa yang salah? Cerita apa yang betul? Pelbagai soalan berlegar di benak Pelangi ketika ini.

“Okay. One thing I have to admit. Aku memang gunakan duit kau waktu itu. Tapi…-

“Syed, enoughlah. Tak payah nak ungkit. Aku dah halalkan semua tu.”

“No Alf. Aku taknak kau dengar cerita dari sebelah Tasha je.”

Tasha? Irham tayang riak muka sinis. Nama itu sudah lama mati dalam kamus hidupnya.

“Tasha? Siapa Tasha?” Pelangi bersuara tiba-tiba. Menyedarkan lelaki-lelaki dihadapannya itu akan kehadirannya yang semakin tidak disedari.

“Hurm…” Irham melepaskan sebuah keluhan berat. Matanya redup merenung ke arah Pelangi yang kelihatan bersungguh-sungguh mahu mengetahui sejarah silamnya.

“Long story, Pelangi…”




BERSAMBUNG... :D


+++++++++++++++++++++++++++++


Take care, dear readers :)





Thursday, September 19, 2013

"Aiseyman, Driver Aje - Bab 33"


“LEPAS kerja nanti kita gerak ke Melaka.” Beritahu Irham sambil membetulkan coat yang dipakainya. Kemas pakaiannya hari ini. Segak. Pasti ada mata yang tertawan saat melihatnya.

“Erm. Baik.” Jawab Pelangi dingin tidak seperti selalu. Dia tutup pintu kereta perlahan. Tunduk menunggu arahan seterusnya. Sejak dari tadi, sepatah Irham tanya, sepatah dia menjawab. Kejadian yang berlaku malam tadi masih bersisa di hatinya. Mulai saat ini dia hanya mahu diam dan menurut.

“… Aku ada meeting kat situ. Sambil-sambil tu dinner dengan client.” Beritahu Irham tanpa disuruh.

“Erm. Okey.”

Diam.

“Erm baik. Erm okey dari tadi. Kau dah kenapa?” Sergah Irham.

Pelangi sedikit terkejut. “Tak ada apa-apa. Encik Irham nak saya datang pukul berapa nanti?” Soalnya. Wajah Irham tidak langsung dipandangnya.

“Kau bila bercakap tu tak boleh ke nak pandang muka aku? Teruk sangat ke muka aku ni?” Tingkah Irham.

Err. Pelangi teragak-agak.

“Pandang aku ni!” Irham tolak dagu Pelangi supaya memandangnya. Mata mereka bertembung. Irham panar seketika. Mata bundar Pelangi kelihatan bengkak dan tidak bermaya. Giliran dia pula yang terdiam sendiri. Memikir. Ni mesti di sebabkan hal semalam. Entah sampai pukul berapa gadis itu menangis. Itulah… Buat hal lagi. Hatinya berdetik. “Hurmmm…” Irham mengeluh. “Kalau kau masih terasa tentang hal semalam. Aku minta…- Erm, aku tak boleh nak cakap apa.” Aduh… Minta maaf Irham. Minta maaf. Sorry. Sorry. Kenapa susah sangat ni?? Terasa mahu diketuk kepalanya berkali-kali.

“Erm. Okey.” Sebak. Matanya terasa mahu berair kembali. Cukuplah Irham. Cukup… Jangan ditambah… Hati ini masih belum sembuh. Pelangi cepat-cepat melarikan anak matanya. Dia tidak sanggup untuk bertentangan lama dengan lelaki itu. Dia tak mahu Irham melihatnya menangis lagi.

Irham melepaskan sebuah keluhan berat. “Ambil aku pukul empat setengah nanti. Balik rumah dulu, lepas tu baru gerak.” Beritahunya senada sambil berlalu.

Pelangi terdiam kaku. Tiada reaksi yang mampu diberikan olehnya ketika itu. Kelibat Irham yang sudah jauh meninggalkannya dia pandang sayu.


PELANGI, kita jumpa kejap petang ni?

-

Pelangi?

No mood. Next time

Please?

Sorry.

We need to talk.

Not now.

Please. Sayang?

I am not your sayang.

Okay. Sorry. Please, Pelangi. Sekejap aje.

No!

Hmm. Okay. Whenever you’re ready, I’ll be waiting.

-

-

Off.

Pelangi mematikan telefon bimbitnya. Mesej dan panggilan dari Amer tidak henti-henti menggangunya dari semalam. “Hurmmm…” Pelangi mengeluh. Bukan salah Amer… Dia buang pandang ke luar tingkap. Kedua-dua tangannya disilangkan di atas stereng kereta, kemudian kepalanya pula dibaringkan di atas tangannya yang bersilang.

“Farish…”

Nama itu tidak semena-mena meniti dibibirnya. Air matanya jatuh lagi. Dia rindukan sahabatnya itu. Selepas menghantarnya di airport tempoh hari, Farish tidak langsung menghubunginya. Nombor telefonnya juga sudah ditamatkan perkhidmatan. Emel yang dihantar pula tak pernah berbalas.

Farish… Di mana kau sekarang?

Dan untuk sekian lamanya tangisannya itu kembali berlagu. Lagu sedih. Lagu pilu. Pelangi di situ sendiri, seorang diri…

Ya Allah… Hanya padaMu tempat ku menumpang harap. Kuatkanlah aku, tabahkanlah aku. Jadikanlah aku hambaMu yang redha. HambaMu yang tidak merungut dengan dugaanMu…



“KAK SITI bila due ya?’

“Due?” Kening Kak Siti, admin yang menguruskan hal ofis Amer terangkat sedikit. Mungkin pelik bila majikannya tiba-tiba bertanyakan soalan itu.

“Ha’ah due. Kak Siti pregnant kan?” Soal Amer perlahan. Terasa malu pula bila berbicara soal itu.

“Err… Pregnant memang pregnant Encik Amer, tapi baru dua bulan. Lama lagi kut rasanya nak due.”

“Oh. Lama lagi tu…”

Senyap.

Dah sudah. Memang pelik bos aku ni. Dah tak sabar nak aku keluar dari ofis ni ke ape? Kak Siti berbisik sendiri. “Kenapa Encik Amer?” Soalnya ingin lebih pasti.

“Tak ada apa-apa. Saja saya tanya. Ingat ke dah dekat sebab saya kenalah cari pekerja sementara untuk gantikan Kak Siti nanti. Tak larat saya nak buat semua kerja tu.” Jawab Amer dengan riak muka yakin.

Kak Siti tersenyum lega. Begitu rupanya. Ingat ke nak halau aku awal-awal tadi. “Kalau nak cari pekerja sementara mungkin dalam lima, enam bulan lagi bolehlah rasanya. Senang sikit nanti kak Siti nak ajar dia pulak. Takdelah nanti kelam kabut.” Pesan wanita itu lagi.

Amer terangguk-angguk kecil. Dia sebenarnya terfikir untuk menarik Pelangi kerja bersamanya dan pada masa yang sama keluar dari peker
jaan yang dibuatnya sekarang. Menjadi driver kepada majikan yang seperti Irham bukan satu keputusan yang tepat buat Pelangi. Dia tahu gadis itu menderita dan memendam rasa.

Hurmmm… Pelangi, sabar untuk sedikit masa lagi. Saya sedang berusaha.



“ITU aje barang kau?”

“Erm? Ha’ah. Kenapa?” Soalan Irham dibalas dengan soalan. Pelangi mengerling sekilas ke arah barang yang dimaksudkan oleh tuan besarnya itu. Sling bag yang akan disandangnya dan sebuah beg kecil yang berisi pakaian.

“Kau tahu kan kita nak pergi dalam tiga empat hari?”

Anak mata Pelangi membuntang. “Tiga empat hari? Tak beritahu pun? Kenapa lama sangat?” Soalnya.

“Ni nak beritahulah ni. Tiga empat hari.” Jawab Irham sambil senyum sinis sambil memasukan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta. “Pergilah tambah dua tiga helai baju lagi. Bawa extra. Bukan aku nak suruh kau angkut pun beg kau tu. Letak aje dalam kereta kan.” Sambungnya lagi. Bonet kereta dirapatkan.

“Err…” Pelangi teragak-agak untuk menurut. Walaupun pada waktu itu Irham kelihatan tenang dan mampu tersenyum. Pelangi tetap risau. Perangai tuan besarnya itu memang tidak dapat dijangka. Dalam sekelip mata dia boleh berubah.

“Hmm… Pergilah ambil dulu. Aku tunggu. Tapi jangan kau angkut satu almari pulak.” Sempat Irham bergurau dengannya.

Pelangi masih berdiri tegak disitu. Tak tergerak rasa kakinya untuk melangkah.

Kening Irham terangkat sedikit. “Nak tunggu apa lagi? Pergilah cepat.” Arahnya dengan suara yang masih boleh dikawal. “Lagi satu. Tak payah pakai uniform. Pakai baju biasa aje.”

“Maksudnya?” Pelangi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kena sampuk dengan apa dia ni tiba-tiba nak jadi baik. Fikirnya.

“Pakailah t-shirt dengan jeans ke. Kemeja ke. Blouse ke. Apa-apa ajelah. Takkan itu pun aku nak tentukan.”

“Oh…” Ayat Pelangi terhenti di situ. Berfikir sesuatu. “Okey. Okey. Tunggu sekejap ya, Encik Irham.” Sambungnya lagi sambil berlalu.

“Erm.” Sahut Irham perlahan. ‘Oh’ aje yang panjang. Hurmmm. Dengan ekor mata dia menyoroti langkah Pelangi. Perbualannya bersama Mak Munah pagi tadi masih terngiang-ngiang di kepalanya.

“… Teruk kamu marah Pelangi semalam Irham.” Tegur Mak Munah saat Irham sudah sedia duduk di meja untuk bersarapan.

“Mana ada.” Jawapnya ringkas. Sekeping roti gardenia dicapainya. “Bagi saya peanut butter tu Mak Munah.” Dia meminta.

Mak Munah menurut. Peanut butter dicapai dan dihulurkan kepada Irham. Irham menyambutnya tenang. Sesekali terdengar dia terbatuk kecil.

“… Mak Munah bukan apa. Kesian dia Irham. Teruk sangat kamu layan dia… Pelangi tu muda lagi, Ir. Kamu kena beringat, dia dah banyak
tolong kamu. Alice pun Mak Munah tengok dah baik sangat dengan Pelangi tu. Tak elok kamu buat dia macam tu. Mak Munah risau kalau tiba-tiba nanti dia rasa jauh hati dan tak mahu berkerja dengan kamu lagi…” Mak Munah seperti bonda. Kata-kata yang keluar dari mulut wanita itu ada kebenarannya.

“Hmm…” Irham melepaskan sebuah keluhan berat. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata bila mengenangkan sikapnya terhadap Pelangi. Entah kenapa dia selalu berkasar dengan gadis itu. Apa yang dia fikir tidak pernah selari dengan apa yang dia lakukan. Kadang kala terbit juga rasa kesal di hatinya. Tapi tak tahulah. Benda yang tak mahu terjadi sudah pun terjadi. Dia bukan tak cuba untuk mengawal perasaannya sendiri, puas dah dicuba. Tapi…

“Mak Munah rasa kamu kena turunkan sikit ego kamu tu. Minta maaf dengan dia. Kita ni tak sempurna, Ir. Banyak khilaf yang kita tak nampak. Berlembutlah dengan dia. Tak salah untuk mengalah…”

Tak salah untuk mengalah.

Tak salah…

“Encik Irham, dah siap. Boleh gerak sekarang.”

Lamunan Irham terhenti saat Pelangi menegurnya. Dia menoleh merenung ke arah wajah polos milik gadis itu. Wajah yang tenang. Wajah yang mendamaikan. Rambut yang diikat separuh dan ditambah pula dengan kemeja biru muda yang dipadankan dengan slack berwarna kelabu sangat match dengan gadis itu. Nampak lebih manis. Lebih menawan. Bibirnya mengukir senyum, lama.

Berkerut dahi Pelangi. “Ada yang tak kena ke?” Soalnya.

Irham diam. Senyumannya masih di bibir.

“Encik Irham?”

Diam lagi.

“Encik Irham!” Pelangi mengulang dengan suara yang sedikit tinggi. Apa kenalah dengan bos aku ni?? Pandang macam nak telan orang.

“Eh. Erm… Dah siap?” Kelam kabut nada suara Irham bila disergah begitu.

“Dah. Encik Irham kenapa tenung saya macam tu? Ada yang tak kena ke dengan pakaian saya ni?”

Irham terbatuk kecil. “Tak. Tak ada apa-apa. Cantik. Erm, cantik dah tu.” Pujinya.

Huh? Kening Pelangi terangkat sedikit. “Encik Irham cakap apa tadi?” Ish… Dia cakap cantik ke tadi? Ke aku yang salah dengar… Dia puji aku?

“Tak. Tak ada apa. Cepatlah. Boleh gerak sekarang.” Raut wajah Irham sudah berona merah. Dia sedar yang dia sudah terlepas kata. Cantik? Aku puji dia cantik eh tadi? Err…

“Kita tinggal di mana nanti, Encik Irham?” Soal Pelangi saat enjin sudah dihidupkan.

“Equatorial Melaka.” Jawab Irham. Seatbelt dipasangkan ke tubuhnya. “Kau tahu macam mana nak pergi sana?” Soalnya.

Pelangi mengangguk kecil. Dia juga turut memasangkan seatbelt ke tubuhnya. “Tahu rasanya. Saya pernah kerja di hotel area situ dahulu.” Beritahunya.

Dahi Irham berkerut. “Apa? Kerja kat situ?”

“Ha’ah. Tapi bukan dalam Equatorial tu, hotel dekat-dekat situ.”

“Kerja apa kau buat?” Soal Irham lagi terasa nak ambil tahu.

“Housekeeper” Jawab Pelangi ringkas.

“Huh?” Irham sedikit terkejut. Tak sangka drivernya itu pernah menjadi housekeeper. “Bila masa ni?”

“Dah lama dah… Masa saya nak PMR kut.”

“PMR? Kau tak sekolah ke time tu?”

Pelangi kerling Irham melalui cermin pandang belakang. Eh dia ni. Banyak pulak soalan yang nak ditanya. “Sekolah. Lepas waktu sekolahlah. Dulu saya duduk dekat Melaka. Erm, maksud saya, saya dibesarkan di rumah kebajikan dekat sana. Dekat panti asuhan. Lepas SPM baru saya datang KL sambung belajar. Sambil-sambil tu buat part time. Macam sekarang. Dah banyak kerja saya buat. Tapi sebab part time kan, tak lah lama…” Terang Pelangi satu persatu. Kereta yang dipandu sudah memasuki kawasan lebuhraya.

“Oh.” Jawab Irham sepatah. Majalah sukan yang terselit di belakang seat co-driver dikeluarkannya.

Oh? Oh je mampu? Haishhh… Penat aku cerita panjang-panjang. Ngomel Pelangi sendiri.

“Erm… Tentang semalam.” Ayat Irham termati di situ. “Erm. Aku. Aku minta maaf.” Fuhhh… Terasa segala beban yang ditanggung terlepas melalui ungkapan itu. Majalah sukan yang dipegangnya itu diangkat tinggi sehingga menutup keseluruhan mukanya.
Pelangi terkesima. Apa? Tuan besarnya cakap apa tadi? Maaf? So.Sorry? Aku salah dengar ke apa ni? Encik Irham cakap sorry? Dia? Encik Irham?

Aaaaaaa… I cannot believe this!




USAI
mendaftar masuk. Irham berjalan ke arah Pelangi yang sedang menantinya di kawasan lobi. Dari jauh dia lihat Pelangi sedang asyik memerhatikan keadaan sekeliling. Kagum agaknya.

“Bilik kau sebelah bilik aku. Nah kad.” Kad kunci dihulurkan kepada Pelangi.

Pelangi menyambutnya tanpa sebarang kata. Kad itu dibelek-beleknya. Huish, bilik VVIP tu…!

“Kau tahu tak nak guna kad tu?” Soal Irham.

Pelangi mencebik. Nak perli aku lah tu. Hey, ini Pelangi lah… “Tahu.” Jawabnya acuh tak acuh. Kalau tak tahu pun akan aku buat tahu jugak. Macam tak biasa.

“Tak… Aku bukannya nak perli kau. Kalau tak tahu tanya. Jangan nak buat perangai bodoh sombong. Kang tidur luar pulak kau malam nanti..” Statementnya keras tapi masih dalam nada yang lembut.

“Erm. Baik” Sahut Pelangi dengan nada yang lembut juga. Dah dia pun lembut takkan aku nak berkeras pulak ye tak?

“Good.” Irham sengih. Sengih lain macam.

Dahi Pelangi berkerut. “Kenapa sengih?”

“Saja.” Sengih lagi.

Hishhh… Apa yang dia fikir ni?? Pelangi mula rasa tak sedap hati.

“Kau ingat apa?” Soal Irham bila melihatkan gerak geri Pelangi yang tak tentu arah.

“Saya tak adalah nak ingat apa-apa. Encik Irham tu yang sengih tiba-tiba. Risau jugak saya. Err… Encik Irham tak ada plan nak buat benda tak baik dengan saya kan?” Pelangi bertanya direct. Tak adanya nak tapis-tapis.

Hampir tersembul biji mata Irham ketika itu. “Hish kau ni… Kau ingat aku ni jahat sangat ke? Tak ada kerja aku nak plan-plan bagai. Kalau aku nak dah lama aku dapat tau cuma aku je yang tak nak… Save for the best.”

Euwww… Statement yang terakhir tu memang statement yang tak boleh blah! Statement masuk bakul angkat sendiri. Save saaaangatlah kan! Bak mai nak check. Eh. Eh. Pelangi…

“Dahlah. Jom naik bilik dulu. Lagi sejam kita turun, dinner.” Cadang Irham. “Kau lapar tak?” Tak semena-mena matanya jatuh ke bahagian perut gadis itu. “Kempis je. Kau lapar eh?”

Pergh! Ayat tak beragak. Pelangi terasa berasap satu badan. Dahlah kau pandang perut aku macam takde rasa bersalah, lepas tu siap nak kutuk.

“Lapar…-”

“Bro!”

Tak sempat Pelangi nak menghabiskan ayatnya bila ada suara yang melaung. Serentak mereka berpaling.

Mata Pelangi bersinar. Handsomenya! Perkataan pertama yang sempat dia fikir tatkala terpandangkan seorang lelaki yang sedang berjalan menghampiri mereka. Muka dah macam pak Arab. Putih melepak! Kalah Irham. Tinggi… Err… Tinggi ni. Kalah Irham jugak. Alahai, dia senyum pulak. Okey, yang tu Irham masih nombor satu. Gigi mamat ni tak cantik pulak. Tak tersusun. Cantik lagi gigi Irham. Amboiii Pelangi…!

“Eh. Syed!”

Syed? Oh memang keturunan arab rupanya. Patutlah… Pelangi terangguk-angguk sendiri. Tak pasal-pasal.

“Mr. Alfie, what are you doing here?” Soal lelaki itu kelihatan mesra.

Alfie? Pelangi terasa nak tergelak. Rasa pelik pula bila ada yang memanggil tuan besarnya itu dengan panggilan ‘Alfie’.

“Err… here for business. How about you?” Nada suara Irham sedikit bergetar.

“Wah, kebetulan! Me too actually, here for big project.” Jawab lelaki itu sedikit berlagak.

“Oh.”

Suasana jadi awkward tiba-tiba.

“Well, long times not see huh?” Irham bermulut manis. Nampak sangat dibuat-buat.

“Yup. Yup. Since ‘that night’, right?” Kening lelaki yang dipanggil Syed itu terangkat sedikit.

Irham senyum. Sinis. “Yup, since ‘that night’…” Balasnya mendatar. Sedikit pun dia tidak menunjukan riak teruja. Riak malas nak melayan adalah.

“Who’s this?” Mata lelaki itu jatuh pula pada Pelangi yang sedari tadi mendiamkan diri. “New girl? Erm, pretty.”

“Oh. Lupa nak introduce.” Irham tarik lembut Pelangi supaya dekat dengannya. Bahu gadis itu dipeluk mesra. “Meet my fiancée, Pe, erm Puteri.”

Huh? Pelangi terkejut.

Fianc̩e? РSejak bila aku bertunang dengan dia?

Puteri? – Sejak bila nama aku ada Puteri?

Tubuhnya cuba dijarakkan sedikit dari Irham. Eeiii, suka-suka hati pulak tu nak peluk bahu aku! Grr.

“Woah! Kenapa I tak tahu you dah bertunang?? Hai Puteri. I’m Syed. Syed Iskandar. But people just call me Syed. By the way, nice meeting you. You are pretty.”

Pelangi tersipu malu. Depan-depan Irham dia dipuji ‘pretty’. Memang kembang kempis lah kannn...

“… and you?”

“Eh, hai. Hai Syed. I’m Pe, err, Puteri. Puteri Pelangi… and you can call me Puteri.” Hambik! Tak pasal-pasal aku jadi Puteri Pelangi.

“Wallah! Not only pretty face but also pretty name… Good choice, Alfie. Finally you pick a right girl to be with you. Not like last…-

“Ohhh… Well, okay! We have to go now. So, see you later?”

“Eh, relakslah. Jom minum-minum dulu.” Pelawa lelaki itu.

“Urmm… Not now, I mean, not today. Maybe next time. Jom sayang.”

“Come on!”

Ting.

Irham senyum dalam hati. Nice coincident! Pintu lif terbuka. Dengan pantas dia menarik Pelangi masuk ke dalam lif.

“So Syed, see you next round.”

Irham sengih. Pintu lif tertutup. Dia kelihatan mengurut dada.

“Err… Encik Irham. Ta…tangan saya.”

“Eh!” Segera tangan Pelangi dilepaskan.

Suasana jadi sunyi tiba-tiba.

“Thanks sebab tadi.”

“Aaa…-

“Nanti aku explain.”



Bersambung... :D


+++++++++++


Jaga diri baik-baik ya. :) <3





Tuesday, September 17, 2013

"Aiseyman, Driver Aje - Bab 32"


“THANK
you for everything…”

“My Pleasure…” Jawab Amer dengan senyum lembut. Keretanya diberhentikan betul-betul di hadapan pintu pagar banglo milik Irham. “… I hope you happy…” Sambungnya lagi.

“I am. Terima kasih untuk semua. Hari yang manis…” Senyuman Pelangi masih berbunga. Dia membuka pintu kereta. Cukuplah untuk hari ini. Dia gembira.

“Awak nak saya teman sampai ke dalam?”

“Eh, tak perlu. Terima kasih.” Pantas Pelangi menolak. Dia bukan apa, bimbang kalau-kalau terserempak dengan Irham. Faham-faham sajalah perangai tuan besarnya itu.

“Oh. Okey.” Amer sekadar mengangguk. Dia senyum pahit.

Dengan perlahan Pelangi keluar dari perut kereta.

“Bye Amer. Baik-baik drive nanti. Assalamualaikum…”

“Inshaa’Allah... Mimpi indah, Pelangi. Waalaikumussalam…”




“SUPRISEEEEEEEE……!”

“Ya Allah! Apa ni…?” Pelangi terkejut besar.

“Happy birthday, Pelangi…” Datin Yuhanis memeluk tubuh gadis itu erat. “Semoga panjang umur murah rezeki, dipermudahkan segala urusan…” doanya.

Pelangi terdiam tidak tahu mahu membalas apa. Dia benar-benar terkejut.

“… Terima kasih, da…datin.” Ucapnya sebak. Matanya melilau mencari kelibat Irham. Lelaki itu sedang bersandar di dinding. Encik Irham… Seperti isyarat tanpa kata dapat dibaca. Tuan besarnya itu mengangkat tangan sebagai tanda agarnya bertenang.

“Appy berday kakak…!” Datang pula Alice dengan senyum manisnya.

“Oh… Thank you, sayang. Terima kasih.” Tubuh kecil itu didakapnya penuh mesra. Alice turut memeluknya erat. “Alice loves kakak so much…” Bisiknya.

“Kakak pun sayang Alice sangat-sangat…”

“… Selamat hari lahir, Pelangi. Mak Munah doakan agar Pelangi bahagia dunia akhirat…” Kini giliran Mak Munah pula. Ubun-ubun Pelangi diusap lembut.

“Terima kasih Mak Munah…” Airmata yang ditahan sejak dari tadi serta merta tumpah. Ya Allah, kurniaan apakah yang sedang Engkau berikan kepada ku ini? Aku bersyukur… Terima kasih, Ya Allah… Terima kasih.

“Eh… Dah, dah. Kenapa nak sedih-sedih pulak ni? Jomlah potong kek…” Celah Irham sambil membawa kek yang dibelinya tadi dekat ke arah Pelangi. Ni kalau dibiarkan berterusan, mahu sampai esok Pelangi duk ucap terima kasih, terima kasih… Datin Yuhanis dan Mak Munah sekadar memerhati. “… Alice yang pilihkan untuk kau.” Beritahu Irham tanpa disoal. Eh tapi ye ke Alice yang pilih? Irham… Cakap betul-betul…

“Papa Ir yang eli utuk kakak. Papa Ir said, kakak loves colour and Papa Ir akap lagi, Rainbow cake is for kakak coz kakak is Pelangi…” Berbelit-belit Alice cuba menerangkan keadaan sebenar. Irham mula berkerut dahi. Alice ni laaa… Tak cover langsung papa Ir…!

Pelangi pandang Irham dengan ekor mata. “… Betul ke Encik Irham pilihkan untuk saya?” Soalnya ingin lebih pasti.

“ Kenapa? Kau tak suka?” Tingkah Irham sengaja meninggikan sedikit tone suaranya.

“Eh, suka, suka. Cantik sangat kek ni. Terima kasih Encik Irham…” Ucap Pelangi dengan senyum manisnya.

“Dahlah… Potong aje kek tu. Esok pulak sambung cakap terima kasih.” Seloroh Irham.

Datin Yuhanis dan Mak Munah sudah meletus tawa. “Irham… Sempat lagi nak mengusik Pelangi ya.” Tegur Datin Yuhanis.

Irham hanya tersengih mendengar teguran yang keluar dari mulut bondanya. Dia lupa dia bukan berdua dengan Pelangi. Keningnya berkerut. “Gurau aje bonda…”

“Assalamualaikum…”

Serentak mereka menoleh.

“Waalaikumussalam…”

Amer…! Pelangi terkesima. Dia kenal suara itu.

“Bro! Pelik kau ni tiba-tiba muncul!” Irham berjalan ke arah Amer. Riak wajahnya ceria. “Langkah kanan kau yer, kebetulan kami tengah nak sambut birthday Pelangi hari ni. Dah alang-alang kau ada. Jomlah join sekali…” Pelawa Irham.

Dada Pelangi berombak kencang. Janganlah Amer terlepas kata.

“Aku tahulah hari ni birthday Pelangi. Pagi tadi kan we all celebrated sama-sama.” Beritahu Amer jujur. Sempat dia mengenyit mata ke arah Pelangi yang sedang berdiri kaku memerhatikannya. Dia sengih. Padangannya dihalakan pula pada Datin Yuhanis dan Mak Munah. “Hello datin, Mak Munah!” Sapanya.

Mati…! Apa yang ditakutkan oleh Pelangi benar-benar terjadi. Alahai Amer… Kenapa jujur sangat ni…?

Kali ini Irham pula yang terkejut. “Apa kau cakap tadi, Am? Korang celebrate sama-sama pagi tadi?” Soalnya dengan nada serius. Wajah Amer dan Pelangi bersilih ganti di ruang mata.

Amer mengangguk perlahan. “Ha’ah. Sambut sama-sama tadi?” Ulang Amer. “Kenapa? Janganlah buat muka terkejut macam tu. Kau jangan nak cakap yang kau tak tahu pulak yer. Ni ha, aku datang balik ni pun sebab nak bagi Pelangi hadiah ni. Dia tertinggal dalam kereta aku tadi…”

Irham sudah mula rasa yang dirinya seperti diperbodohkan. Pelangi dan Amer? Keluar berdua? Celebrate sama-sama? Matanya tajam memandang ke arah Pelangi yang sedang tertunduk merenung lantai. “Betul semua ni, Pelangi?” Soalnya.

Pelangi berkira-kira untuk membalas. “Err…” Lidahnya kelu.

“Pelangi… Aku tanya, betul kau keluar dengan Amer pagi tadi?”

“Irham… Berlembut sikit.” Tegur Datin Yuhanis.

“Err… Ha’ah. Saya keluar dengan Amer pagi tadi. Dia… Dia…-” Pelangi mula terasa kecut perut. Dia tidak berani untuk bertentangan mata dengan lelaki itu.

Amer mendiamkan diri. Dia juga sebenarnya sedang keliru dengan apa yang sedang dilihatnya. Aku salah ke? Irham tak tahu tentang hal pagi tadi? Eh, tapi bukan ke Pelangi dah beritahu? Atau… Pelangi tak beritahu Irham apa-apa? Aduhhh… Sah aku dah silap!

Zass! Hati Irham mula menggeledak tunggu masa untuk meledak.

“Kau tipu aku, Pelangi??” Suaranya sudah mula meninggi.

“Papa Ir…” Alice tiba-tiba bersuara.

“Mak Munah, bawa bonda dan Alice keluar dari bilik ni.” Arah Irham.

“Ir…-”

“Mak Munah, please.”

“Hurmmm… Datin, kita keluar dulu. Alice, jom…” Mak Munah capai jemari Alice.

“… Tapi, kek… Appy berday kakak?”

“Kejap lagi kita makan kek. Kita keluar dulu ya, Alice. Jom…”

Alice angguk. Menurut.

“Datin, mari…-

“Irham jangan berkeras sangat. Bincang elok-elok. Jangan ikutkan sangat panas baran kamu tu yer…” Pesan Datin Yuhanis. Dia kenal sangat dengan sikap anak tunggalnya itu. Dia tahu Irham sedang marah.

“Erm.” Sepatah Irham menjawab. Mukanya dah kemerahan menahan marah.

“Ingat pesan bonda ni. Bonda keluar dulu. Amer, Pelangi, bonda keluar dulu… Bincang baik-baik…”

“Err... Okey. Okey datin.” Sahut Amer.

“Baik datin…” Jawab Pelangi.

“Jawab soalan aku tadi Pelangi? Kenapa kau tipu aku?” Irham bersuara kembali setelah kelibat mereka bertiga hilang dari pandangan mata.

“Err… Saya tak tipu. Saya keluar… Saya…-

“Cakap betul-betul!” Tengking Irham.

“Irham… Relakslah bro. Apa ni? Dia keluar dengan aku. Bukan dengan siapa pun.”

“Sebab dia keluar dengan kaulah yang aku tak suka! Dia tipu aku. Dia beritahu aku dia keluar dengan kawan dia. Bukan dengan kau! Kau kenal aku kan? Aku tak suka orang tipu aku!”

“… Saya tak tipu Encik, saya keluar dengan kawan saya…”

“Keluar dengan kawan kau? Masih tak nak mengaku?? Amer ni kawan kau ke?? Sejak bila korang berkawan?? Hah? Sejak bila? Kenapa aku tak tahu? Kenapa?? Jawab cepat!”

Pelangi terdiam. Mungkin memang silapnya.

“Ir…”

“Kau diamlah, Am! Kau pun sama, kan aku dah cakap, kalau kau nak keluar dengan dia bagitahu aku dulu. Jangan nak buat keputusan sendiri! Dia ni staf aku! Kerja dengan aku! Respect sikit dengan aku ni!” Tak cukup Pelangi, Amer kawan baiknya sendiri pun terkena tempiasnya.

“Sorrylah Ir. Mana aku tahu. Aku ingat Pelangi dah minta izin daripada kau.”

“Minta izin?” Irham senyum sinis. “Kau nampak kan dia pun dah tipu kau? Kau nampak kan!?”

“Saya tak tipu…” Sedaya upaya Pelangi cuba menyangkal dakwaan Irham. Anak matanya jatuh ke arah Amer. Berharap agar lelaki itu dapat menerangkan keadaan sebenar.

“Hurmmm…” Amer melepaskan sebuah keluhan berat. Dia mati-mati ingat Pelangi betul-betul dah minta izin daripada Irham. “Ir, aku minta maaf bagi pihak Pelangi. Kau kena faham, mesti ada sebab kenapa dia tak nak beritahu kau at first place…”

“Sudahlah Am. Kau baliklah dulu. Aku memang tak boleh nak terima semua ni. Bodoh! Menipu!”

“Ir, istighfar dulu. Apa ni cakap macam tu?”

“Dahlah, kau blah lah Am. Aku dah tak ada hal dengan kau lagi.”

“Irham.”

“Blahlah!”

Amer buntu. “Okey. Okey. Aku balik. Tapi kau kena janji dengan aku, kau takkan apa-apakan Pelangi. Semua ni salah aku. Aku yang ajak dia keluar. Aku…-

“Kau tak payah nak terang apa-apalah. Aku malas nak dengar. Kau blah dululah, Am.” Permintaan Amer ditolak mentah-mentah oleh Irham. “… dan kau Pelangi.” Irham berjalan menghampiri gadis itu yang sedari tadi tunduk mendiamkan diri.

“… Mesti kau dah kenyang makan kek pagi tadi kan?” Soalnya sinis.

Pelangi menjarakkan sedikit tubuhnya daripada Irham. Dia bimbang jika dia akan diapa-apakan oleh lelaki itu.

“Ir… Control yourself. Don’t do something…-

“Ni dapatnya!” Tanpa sempat ditahan, kek yang masih belum disentuh itu dibaling tepat mengenai kepala Pelangi. Gadis itu terdorong ke belakang. Hampir saja dia terjatuh. Nasib baik jarak di antara mereka tidak terlalu jauh. Kalau tidak, sudah pasti dia akan tersungkur jatuh.

“… Encik Irham.”

“What the hell! Ir! Kau buat apa ni??” Amer tolak tubuh Irham sehingga dia jatuh terduduk di atas katil. “Pelangi, awak okey? Oh my God. Sorry Pelangi, sorry… Ir, Ya Allah, sanggup kau buat macam ni… Aduhh… Pelangi, awak okey tak ni?” Amer cemas. Kek yang sudah pun berderai di atas lantai ditolaknya ke tepi. Sebahagian kepala dan muka Pelangi yang kotor terkena kek itu dibersihkan dengan tangannya.

“Amer. Please…”

“Pelangi, I am so sorry. Saya tak sangka…-

“Amer, please. Awak balik dulu. Tinggalkan saya kat sini…” Pinta Pelangi dengan suara yang bergetar. Tak. Dia takkan menangis.

“Tapi Pelangi…”

“Please Amer. I’m begging you. Please, leave me alone…”

“Hurmmm…” Sekali lagi keluhan berat itu dilepaskan. “Okey, I’ll go. Awak bersihkan diri dulu. Saya minta maaf banyak-banyak. We will talk about this later. I am so sorry sayang… I can’t do anything.” Bisik Amer perlahan. Dia bangun. Berjalan menuju ke pintu. “Aku balik dulu Ir. Please. Cukup untuk hari ni. Kau tahu kau dah melampau. Aku harap kau boleh tinggalkan dia sendiri.” Pinta Amer sambil berlalu. Hatinya sakit. Sakit sebab dia tersepit. Tersepit di antara kawan baik dan gadis yang dia sayang.
Pelangi, bertahan. Saya akan buat sesuatu untuk keluarkan awak dari sini.



IRHAM
merebahkan tubuhnya di atas katil. Pandangannya terarah ke siling. Ditenungnya lama. Kosong! Hurmmm… Dia menolak tubuhnya untuk baring mengiring. Betul ke aku dah melampau? Betul ke aku terlalu keras melayan Pelangi? Soalan itu berlegar-legar difikirannya.

Pelangi…

Nama itu meniti dibibirnya. Wajah lembut Pelangi dan senyumannya yang menenangkan hati serta merta terbayang di matanya. Dia meraup muka dengan tangannya. Allah… Apa yang aku dah buat ni? Irham bingkas bangun. Dia perlu segera berjumpa dengan gadis itu.




“HAPPY birthday.”
Seperti tiada apa yang pernah berlaku dia mengucapkan ayat itu.

“Erm.” Jawab Pelangi pendek. Sakit hatinya masih bersisa. Milo yang sudah berisi air panas dikacau perlahan. “Kalau tak ada apa-apa. Saya masuk bilik dulu.” Sambungnya lagi. Tak suka! Tak suka! Hati Pelangi membentak. Dia mahu segera berlalu dari situ.

“Hm. Tadi tu so…- tadi tu aku tak maksudkan apa-apa.” Irham bersuara lembut. Cuba memujuk si gadis yang sedang terasa hati.

“Kau okey ke?”

Pelangi diam. Senyum sinis. Tak terasa mahu menjawab soalan itu. So? Sorry? Susah sangat ke nak sebut perkataan yang satu tu? Akan mati ke lepas sebut? Atau terus bisu?

“… Aku tanya kau ni, Kau okey ke? Kau ingat aku…-

“Saya okey atau tak itu bukan urusan Encik Irham.” Jawab Pelangi keras seraya berpaling untuk kembali ke biliknya. Airmata yang tadinya sudah kering kembali basah.

“Pelangi!” Irham tarik lengan Pelangi kuat. Dia paling benci kalau ada perempuan yang bersikap kurang ajar dengannya.

“Aduh. Apa ni Encik Irham! Lepaslah... Sakit.” Meronta-ronta Pelangi mahu dilepaskan. Pegangan Irham di lengannya terlalu kuat.

“Kau cakap apa tadi? Aku tanya kau baik-baik kan? Ada aku tengking kau? Hah!? Ada??” Irham mula menyinga.

“Hish, lepaslahh..”. Apa ni Encik…-“

“Diam! Kau jawab soalan aku tadi. Ada aku tengking kau??” Pegangan Irham sengaja dikejapkan lagi.

Pelangi sedaya upaya mahu lepaskan diri. Tapi tak berhasil. “Err… Tak. Tak… Saya. Sa…-

“Jadi!? Yang kau kurang ajar tadi apa hal? Kau suka aku tengking kau? Marah-marah kau macam ni? Hah? Suka!??”
Pelangi terdiam. Kepalanya ditunduk. Dia tahu dia sudah terjolok sarang tebuan.

“Kau ni dah melampau kan! Kau ingat kau siapa nak buat perangai macam ni!?”

“Maaf… Ma…- aduh. Sakit Encik Ir…-“ Pelangi dah mula menangis. Pegangan tangan Irham sangat kuat. Terasa sampai ke tulang.

“Maaf. Maaf! Kau ingat kau tu orang besar dalam rumah ni? Kau ingat maaf kau tu laku? Kau sedar tak kau tu siapa?? Kau tu driver je Pelangi. Driver! Pemandu! Kuli! Aku punyalah nak berlembut, nak layan kau baik-baik sekarang ni, tapi ini yang aku dapat!?

Pelangi terasa terpukul dengan herdikan yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya itu. “Encik Irham… Cukup encik, cukup! Apa salah saya sampai encik hina saya macam tu sekali? Apa salah saya sampai encik nak hukum saya macam ni? Apa encik? Apa? Apa yang saya dah buat dengan encik sampai encik benci saya?” Dalam sedu sedan dia menghambur kata. Cukuplah Encik Irham. Saya juga manusia… Ada hati. Ada perasaan. Jangan buat saya macam haiwan!

“Salah? Kau tanya aku apa salah kau? Kau nak aku ingatkan benda bodoh yang kau dah buat siang tadi?? Hey, sudahlah Pelangi! Dengan kawan baik aku sendiri pun kau nak try kan?? Kau ni memang kemaruk nak duit sangat ke? Pantang nampak lelaki berduit sikit. Semua kau nak layan? Macam tu!? Kau ni memang betullah… Dasar perempuan mata duitan...!”

“Ya Allah… Sampai macam tu sekali tanggapan Encik Irham tentang saya… Saya…-“ Ayat Pelangi mati di situ. Dia tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya. Terasa sesak nafasnya menahan tangis yang semakin berlagu. “Saya tak bersalah Encik Irham… Saya keluar dengan dia atas sebab kawan. Sumpah! Saya tak ada niat apa-apa. Saya…-

“Saya apa?? Kau masih nak melawan aku lagi? Huh! Kau tahu pulak nak menangis meraung macam tu! Sorrylah Pelangi. Kau ingat aku nak percaya kata-kata kau tu?? Aku kenal perempuan jenis macam kau ni. Sudahlah. Apa yang kau cakap tu semua sampah! Lepas ni kalau kau cuba nak buat perangai kurang ajar kau tu lagi, siaplah. Memang nahas aku kerjakan kau nanti. Dah. Berambus!” Irham tolak tubuh Pelangi sehingga gadis itu tersungkur jatuh ke lantai. Dengan langkah yang keras dia berlalu meninggalkan Pelangi yang teresak-esak menahan tangis dan sakit. Sedikit perasaan simpati pun tidak ada untuk dia berikan pada gadis itu, yang ada dalam dirinya ketika ini cumalah perasaan marah dan benci yang meluap-luap.

Dasar perempuan murahan…!

“Pelangi… Apa dah jadi ni…?” Mak Munah yang muncul secara tiba-tiba mengejutkan Pelangi. Melulu dia mendapatkan Pelangi yang sedang teresak-esak menahan tangis. Allah… Patutlah di dalam bilik tadi dia terdengar bunyi seperti orang bertengkar. Rupa-rupanya memang ada.

“Mak Munah… En… Encik Ir…”

“Kenapa dengan Irham? Dia buat apa??”

“En… Encik Ir… Dia. Dia masih ma..rahkan sa..ya pasal hal…tadi.” Tersekat-sekat Pelangi memberitahu. Tangisan yang berselang seli dengan esakkan, ditambah pula dengan air mata yang semakin deras mengalir menyukarkannya untuk bersuara.

“Ya Allah… Tak habis-habis lagi ke pasal hal tadi??”

Pelangi menggeleng. Matanya redup memandang ke arah wanita itu.

Terbit rasa simpati di hati Mak Munah bila melihat Pelangi berkeadaan begitu. Dia duduk sambil mengusap lembut belakang tubuh gadis itu. “Irham ni pun… Apa lagilah yang dia tak puas hati. Hishhh…”

“Saya tak tahu Mak Munah… Saya tak tahu apa salah saya dengan dia…”

“Sabarlah nak. Sabar… Mak Munah yakin Irham tak berniat apa-apa tu. Mungkin ada sesuatu yang sedang menggangu fikirannya sekarang ni. Pelangi bawa bertenang dulu ya… Dah. Dah… Jangan menangis. Nanti apa pula kata datin kalau dia nampak Pelangi macam ni. Pelangi masuk bilik dulu. Rehatkan diri. Esok pagi eloklah tu…” Pujuk Mak Munah.

Pelangi mengesat airmatanya dengan belakang tangan. Betul juga kata Mak Munah tu. Apa pula kata datin nanti kalau dia tahu tentang hal ni. Pelangi bangun menurut. “Terima kasih Mak Munah…” Ucapnya dalam sedu sedan yang masih bersisa.

Mak Munah senyum tawar seraya menarik Pelangi dalam pelukannya. “Pelangi sabar ya… Mak Munah tahu Pelangi kuat. Irham pasti ada sebab kenapa dia buat macam tu. Mak Munah yakin.” Pujuknya lagi. Sungguhlah hati wanita itu rasa sedih bila mengenangkan layanan Irham terhadap gadis itu.

Pelangi sekadar mengangguk lemah. Dia tidak mampu untuk membalas kata-kata Mak Munah. Ada sebab? Sebab apa selain mahu menyakitkan hatinya. Keluhnya sendiri.


Bersambung.... :D






Monday, September 16, 2013

"Aiseyman, Driver Aje - Bab 31"

Assalamualaikum,

Dear Reader(s)... So sorry sebab delay 1 entry. Pen drive hilang. Tapi dah jumpa balik...hehe.

So, today ada double entry untuk replace entry last friday. Bab 32 will be upload malam sikit ya.

Thank you! :D

Enjoy reading.

Bismillah.....


+++++++++++++++++++++++++



“SERONOK
tengok movie tadi?”

“Erm… Boleh tahan. Cuma tak suka ending dia sedih macam tu. Too bad lelaki tu mati…” Luah Pelangi sambil buat memek muka sedih.

Amer senyum. “Tak semua love story ending nya happy.”

“Ya, but come on. Movie kut. Orang tak bayar belas-belas ringgit semata-mata nak tengok ending yang macam tu…” Pelangi mula rasa nak berbahas.

“Biasalah tu. Kalau nak semua gembira je memang taklah… Realiti hidup pun ada jatuh bangun…” Jawab Amer lembut.

“Bukan nak suruh semua gembira. Tapi… Tak salah kut!”

“Tapi… Is all about life, KUT!” Sengaja Amer tekan perkataan ‘kut’ tu. “Suka sangat berkut-kut, trend eh?” Perli dia.

Pelangi senyum senget. “Kut tu short form bila nak cakap something yang positif dan negatif in one word. Contoh, mungkin dan tak mungkin.” Terangnya. Entah betul atau tidak. Dia pun main belasah aje.

“Ialah tu. Agak-agak sikit nak kenakan saya. SPM saya dulu A plus, plus, plus yer…”

“Eh, eh. Agak-agak sikit nak tipu saya pun. Kalau A tak adanya nak A plus, plus, plus. A plus aje.” Tingkah Pelangi dengan riak muka serius.

Amer disebelahnya sudah meletus tawa. “Ada-ada aje jawapan dia yer… Tarik hidung baru tahu!”

Pelangi sengih. “Well, you know me. Tak nak kalah!”

“Yup, dan saya harap saya boleh kenal awak lagi.” Lancar mulut Amer mengutarakan niatnya yang satu itu.

Pelangi kaget. Langkah kakinya terhenti.

“Erm… Boleh?” Sambung Amer lagi.

“Err… Maksudnya apa tu?” Soalnya. “Sekarang bukan dah kenal ke? Dah keluar sama pulak tu…” beritahunya dengan muka innocent tak boleh blah. Ape ke slow sangat si Pelangi ni. Hint simple macam tu pun tak boleh nak faham. Duh!

“… Maksudnya saya nak kenal awak dengan lebih rapatlah. Dengan lebih mesra, dengan lebih dekat, dengan lebih dalam, dengan…-

“Ehhh… Cukup-cukup… Nak popcorn?” Laju Pelangi memotong. Dia jadi malu tiba-tiba. Bertih jagung lebihan tadi dihulurkan kepada lelaki itu.

“Dah faham? Saya bukan minta popcorn…” Usik Amer. Dia tenung dalam anak mata gadis itu. Dia tahu Pelangi malu. Dia sengaja. Sengaja mahu mengusik.

“Err… Dah. Dah…” Pelangi terasa ada ketulan batu tersekat dikerongkongnya. Janganlah mula awak, saya malu kalau awak cakap macam tu.

“Good. Now, kita gerak. Saya ada something lagi untuk awak… Supriseee!” Beritahu Amer dengan senyum manis.

“Ada lagi? Alahai awak, tak payahlah susah-susah. Cukuplah…-

“Cukup apanya. Baru belanja movie, more to come Pelangi. Saya nak awak happy aje hari ni. Birthday girl kan. Jangan banyak ngomel ya.” Amer cuit hidung comel Pelangi. Wajah kesayangannya itu dipandang lama. Tenang sungguh hatinya ketika itu.

Pelangi tersentak. Amboiii… Dah pandai nak cuit-cuit hidung orang!

“You deserve for the best, Pelangi. Saya berharap pada awak.”

“Huh?” Kening Pelangi terjongket tinggi. Ni dah kenapa pulak ni?? Seram sejuk dah ni…! “Berharap apa?” Soalnya gementar. Dia tunduk menanti jawapan. Wajah lelaki itu tidak sedikit pun dipandangnya.

Senyap. Pelangi hanya mendengar nafasnya sendiri. Err, harap apa? Alaaa… Dia ni, dah cakap lepas tu senyap. Lama Pelangi menanti jawapan sebelum memberanikan diri untuk mengangkat mukanya. Ehh… Hilang?? Pelangi cemas. Kelibat Amer tidak kelihatan. Puas dia pusing ke kanan dan ke kiri. Hishhh… Mana pulak lelaki ni? Sekejap aje hilangnya. Tinggalkan aku sorang-sorang pulak
tu! Uwaaa!! Nak balik macam mana ni?? Pelangi mula rasa tak sedap hati. Jantungnya terasa berdegup laju. Dia memerhatikan sekeliling. Masih berharap kehadiran Amer di situ.

“Looking for me?” tak semena-mena suara itu kedengaran lagi. Suara Amer.

“Amer…! Pergi mana? Risau saya tahu tak!?” Lengan sasa lelaki itu menjadi mangsa tumbukan kerasnya. Geram! Geram!

“Aduh! Boleh tahan juga penumbuk awak ni ya.” Beritahu Amer sambil mengosok-gosok lengannya.

“Tahu pun sakit. Lain kali buatlah lagi.” Panjang muncung Pelangi.

“… Tapi lama-lama macam best pulak.” Usik Amer dengan sengih nakalnya.

“Hishh… Amer…!” Pelangi sudah kepal penumbuk. Nak kena lagi dia ni.

“Ha Ha Ha! Tak. Tak. Gurau ajelah. Cepat betul nak melenting… Relaks, saya tak kemana-mana. Ada je dekat sini. Sebelah awak. Kenapa? Awak risau ya? Risau saya hilang?” dengan tone suara yang lemah lembut gemalai Amer menanyakan soalan itu.

Pelangi rasa gegaq’ lutut. Eh… Dia ni laaa… tak payah nak guna tone suara menggoda macam tu, boleh? “Bukanlah risau… Cuma…-” Ayat Pelangi terhenti di situ.

“Cuma apa? Cuma dah rasa tak boleh kehilangan saya ya?”

Tudia! Statement perasan! Pelangi dah rasa nak muntah darah. “Not funny.” Dengan muka selamba dia menjawab.

“Bila masa saya buat lawak?” Amer masih tak mahu mengalah. Sengih nakalnya masih tak lekang dari bibir.

“Amer, could you please stop?” Pelangi dah mula rasa rimas. Cepatlah. Cepatlah… Nak balik. Dia mula teringat Irham. Entah kenapa. Jangan ditanya.

Ketawa Amer kembali meletus. Pelangi cebik bibir. Suka sangat ketawa sendiri mamat ni. Gumannya sendiri.

“Nah… For you.” Tak semena-mena sejambak bunga rose berwarna lavender dihulurkan pada Pelangi.

Pelangi tergamam. “Bunga rose lagi? Bila masa…-

“Yup, and it’s lavender. Lavender means love at first sight.” Sengih.

Sekali lagi Pelangi tergamam. Love at first sight? Aaaa…apakah?

“Terimalah…” Bersungguh-sungguh lelaki itu mahu Pelangi mengambilnya. Pelangi yang masih lagi keliru terus menyambutnya tanpa soalan lanjut. Dia masih belum dapat nak digest apa sebenarnya yang sedang terjadi di antara mereka ketika itu.

Amer sengih sampai ke telinga bila Pelangi menyambut jambangan bunganya. “One, two, three, four… five, six… and seven! Seven roses mean I am crazy about you.” Laju dia menuturkan ayat itu.

Huh! Pelangi rasa nak pengsan. Crazy about me? Aaaa… berat!



“WHAT
types of cake you want to buy for kakak?” Soal Irham pada Alice yang masih tercari-cari kek harijadi yang sesuai untuk kakak Pelanginya. Sudah hampir lima belas minit mereka di situ. Kalau diikutkan hati Irham memang dia nak ambil aje apa yang ada.

“I don’t know… Err, can we have that one…” Alice menundingkan jarinya ke arah sebiji kek yang bercorak kartun Disney. Ada mickey mouse, Minnie, Donald duck, goofy…

“Err…” Dahi Irham berkerut. “I don’t think that that one suitable for kakak. She's not kid like you, honey. Can we get that one?” Irham ternampak sesuatu yang lebih sesuai jika nak dibandingkan dengan kek Disney yang ditunjukkan Alice sebentar tadi.

“Ainbow kek?” Soal Alice.

“Yes, Alice. Rainbow. Rainbow cake. Much better. Rainbow is for Pelangi. Kakak Pelangi. What do you think, sayang?”

Alice diam memikir. Dah gaya orang dewasa berfikir pun ada tu. Berkerut-kerut dahi dan hidung segala.

“… Dik, ambil yang itu.” Tanpa menunggu jawapan dari Alice. Irham terus mengarahkan agar kek itu dikeluarkan.

“Alice… Kakak sure loves this cake. Colourful. We buy this one ya?” Pandai-pandai Irham cakap Pelangi sukakan colourful. Dia main hentam aje tu. Cepat pilih, cepat balik. Nak beli kek aje pun dah macam nak beli rumah sebiji. Kemain nak fikir itu ini.

“Ohhh… Okiess…” Bersinar-sinar mata Alice. Nampak sangat dia teruja. “… ulis appy berday kakak.” Sempat dia memesan walaupun pelat.

Irham senyum. Pelayan yang mengambil pesanan kek itu tadi memandang ke arah Irham dengan harapan lelaki itu dapat mengulang kembali ayat yang dikatakan oleh Alice tadi.

“Dia suruh you tulis ‘Happy Birthday Kakak…” Beritahunya. Bukan senang orang luar nak faham apa yang disembangkan oleh si Alice ni. Dia sendiri pun kadang-kadang pening. “Eh, sambung sikit lagi. Tulis ‘Happy Birthday Kakak Pelangi’”

“Oh. Okay. Sebentar ya.”

“Ya, okay.”

“Papa Ir...” Alice tarik tangan Irham perlahan.

Irham menundukkan sedikit tubuhnya. “Yes. Anything, sayang?”

“Kakak nye beg?”

“Err…” Irham garu kepalanya yang tak gatal. Kakak punya beg, kakak punya beg. Dari dalam teksi tadi dia asyik mengingatkan Irham tentang hal itu. Bukan dari dalam teksi je, tapi dari semalam, punya semalam, punya semalam dia dah sibuk nak suruh Irham belikan Pelangi beg tangan. Alice… Alice… Kecil-kecil lagi dah pandai nak pow papa Ir ya?

“Papa… You pomish me…-”

“Yes, yes, I know. We go buy after this okay?” Janjinya. Dia dah tak larat dah nak mengelak. Belikan ajelah. For the sake of birthday, fikirnya untuk jaga hati sendiri.




“KITA
di mana ni Amer?” Soal Pelangi.

“Restoran.” Jawab Amer ringkas.

Pelangi jeling tajam. Rasa nak sekeh aje kepala mamat ni. “Saya tahulah restoran, restoran apa?” Soalnya lagi seakan berbisik.

“Restoran berputar Seri Angkasa.” Jawab Amer sambil senyum lembut.

Restoran berputar Seri Angkasa. Nama restoran itu sekali lagi meniti dibibirnya. MasyaAllah cantik! Melilau matanya memerhatikan keadaan sekeliling.

“Kalau datang malam lagi cantik. Banyak lampu…” Beritahu Amer. “Jom cari tempat duduk dulu.” Ajaknya.

Pelangi sekadar mengangguk dan berjalan mengikuti Amer. Dia terasa sedikit kekok bila berada di tempat mewah sebegitu. Terasa kerdil.

Bam!

Tanpa sedar Pelangi terlanggar Amer yang berhenti secara tiba-tiba. Terdorong sedikit lelaki tu ke hadapan. Aduh dia ni…! Kenapa tak cakap nak berhenti! Grr!

Amer sengih. “Teruja?” Soalnya sambil berpusing menghadap Pelangi yang sedang berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

Teruja? Ishhh… Dia ni memang sengaja nak kenakan aku lah ni…!

“Teruja. Saaaaaaaangat!” Jawabnya sinis.

Amer ketawa. “Sorry.”

Pelangi cebik bibir. Sorry. Sorry. Sorry naik lori lah! Habis rosak jambul aku! Rungut Pelangi di dalam hati.

“Jom. Saya bawa awak.” Tanpa disuruh Amer capai jemari Pelangi.
Pelangi tersentak. Nak ditepis tak tertepis.

“… Kita duduk sana. Mengadap KLCC.” Beritahunya. “Privacy sikit” Sambung Amer lagi. Senyumnya masih berbunga.

Pelangi dah terangguk-angguk sendiri. Berjalan berpimpinan tangan dengan lelaki seperti Amer memang bukan dalam wish list birthday nya tahun ini mahupun tahun-tahun yang akan datang. Terasa dirinya semakin kerdil bila melihat pada mata-mata yang memandang mereka. Terasa jauh sekali hatinya ketika itu. Sudah dicuba untuk menarik tangannya daripada genggaman Amer, namun genggamannya terlalu erat. Makin ditarik makin kuat Amer memegangnya.

Ah Amer. Lelaki ini memang out of sudden!




“PLEASE
choose for us”

Sepuluh jenis beg tangan yang tersusun cantik dihadapan matanya membuatkan Irham sakit kepala. Tak tahu nak dipilih yang mana satu. Semuanya cantik. Dikerling pada Alice yang sudah pun lena di bangku sebelahnya. Kasihan betul! Sampai tertidur-tidur nak buat surprise untuk Pelangi.

“Any colour?” Soal salesgirl itu.

“Erm… Pink kut.” Dia main petik aje tu. Perempuan kan… Pink la. “Range umur dalam early twenty macam tu” Beritahu Irham lagi. Biar lebih details. “Eh, yang tu nampak sweet.” Irham ternampak sesuatu yang menarik minatnya.

“Sling bag coach poppy?”

Irham garu kepalanya yang tak gatal. “Err… Ha, ialah tu, yang tu.” Tak reti pula dia nak menyebutnya. Tiba-tiba teringat bonda. Datin Yuhanis memang pakar dalam hal-hal macam ni. Menyesal pulak tak bawa bonda tadi. Desisnya sendiri.

“… yang ni memang sesuai untuk remaja. Design baru.” Salesgirl itu menghulurkan sling beg itu kepada Irham. “Colour dia cantik, pink dengan silver.” Terangnya lagi.

Irham menyambut beg itu dan dibelek-beleknya sehingga berpuas hati. “Erm, okeylah. I ambil yang ini. Tolong bungkuskan ya.”

“As gift or…?”

“Yes, as a gift. Birthday’s gift.” Beritahu Irham. “Wrap nicely.” Sempat dia memesan. Tanpa sedar bibirnya menguntum senyum. Entah kenapa dia pula yang terlebih excited. Tak sabar rasanya nak menunggu reaksi dari Pelangi. Mesej yang dihantar Pelangi pagi tadi dibaca lagi;

‘Encik Irham… Saya off hari ni. Nak keluar dengan kawan’

Haish Pelangi… Kat manalah kau sekarang ni?




“EXCUSE ME, Ladies and gentlemen. We need five minutes of your time for this special birthday wishes from a very young gentleman to his very special lady. So, let us welcome Mr. Amer to……….-

“Pelangi you sit here first.”

“Eh, awak nak pergi mana?? Ishhh, janganlah…” Pelangi cemas. Dia gementar.

“Sekejap aje.” Amer pantas bangun dan berjalan ke arah juru acara yang sedang menantinya untuk berucap. Alang-alang dah ada di sini bersama Pelangi, sudah tentu dia tidak akan mensia-siakan peluang yang ada.

“Hello everyone! Thank you for letting me to be here. Well, this speech is specially dedicate to my so called lovely person in my life. Oh by the way, her name is Pelangi. Hello Pelangi, say hi to everyone…”

Err… Pelangi dah mati akal. Dia buntu. Bunyi tepukan dan siulan bersilih ganti di pendengarannya. Dia keliru samada untuk terus bangun atau pura-pura pengsan, atau terus buat tak tahu. Darah terasa menyerbu naik ke muka. Jantungnya terasa nak tercabut dari tempatnya. Peluh dingin mula terasa membasahi tubuhnya. Tak tertoleh rasanya pada mata-mata yang memandang, yang mampu dia lakukan waktu itu hanyalah tersenyum malu di tempat duduknya.

Haila Amer, apa yang awak buat ni…!

“So, shall we start now? Background music?”

Pergh! Ada pulak background music! Pelangi jadi serba tak kena. Nak duduk tak selesa, nak bangun lagilah tak! Amer… Janganlah yang tidak-tidak. Sumpah saya rasa malu nak meninggal!

“Dear Pelangi…-”

Alamak dia dah start! Secara automatik, suasana sekeliling menjadi sunyi. Pelangi cuba sedaya upaya untuk menahan diri. Okey Amer, jangan salahkan saya kalau tiba-tiba saya menyorok di bawah meja ni!

“… I am writing this letter to tell you, or I may say, to open my heart to you. To let you know how this feeling of liking you, it seems to be unbearable me little by little… The fire of love seems to be consuming my soul and it's all because of you…-


Pelangi cuba menangkap satu persatu ayat yang cuba disampaikan oleh Lelaki itu. Sedikit demi sedikit hatinya mula merasakan sesuatu.

“Pelangi… Don’t feel you have to say or do anything for me. Because, these are just ‘feelings’, feelings I’m sharing with you. Feelings which i called Treasures…”
Airmata Pelangi sudah mula bertakung.
“… Dear Pelangi,

It’s just amazing the way they keep coming out of me. And all… because of you.
I have this freedom of having you and you don’t have to be with me.
I have the pleasure to share my life with you and you don’t have to share your time with me.
I have the delightfulness of getting to know you and listen to this, you don’t-have-to know me.
Remember, it’s enough that I care for you and you don’t feel you have to…


Ayat Amer terhenti di situ. Dia juga turut sebak. Sebutir airmata yang jatuh membasahi pipinya dia kesat perlahan.

Pelangi yang sedar akan hal itu turut mengalirkan airmata. Amer… why laaa…
“… Dearest Pelangi…-

Tanpa disuruh, Amer berjalan ke arah Pelangi yang sudah pun bersedia menanti kedatangannya. Sungguhlah gadis itu tersentuh dengan kesungguhan lelaki itu.

“… Happy birthday to you, you bring me love and hope. You are brighter than the sun, calmer than the ocean, and cuter than the girl next door…


Pelangi tertawa kecil mendengar ayat Amer yang terakhir. Cuter than the girl next door… Sempat!

“… to live my life with you is all I desire. Happy birthday!”

Amer menamatkan ucapannya dengan tiga kuntum bunga rose merah.

“Red roses are for love, three roses are for I love you. Do you able to love me too?”

Pelangi senyum, mengangguk kecil. Roses yang dihulurkan Amer dia sambut perlahan.

“… I’ll think about it.” Putusnya sebelum mereka tenggelam dengan tepukan gemuruh daripada pengunjung yang menjadi saksi.


Bersambung... :D