Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Tuesday, July 3, 2012

SURAT CINTA UNTUK KEA - "ALYSSA EZZURA"



CONTEST SURAT CINTA UNTUK KEA


Dearest Ara,

“Jika diberi satu peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Yang Maha Pencipta mengenai you, ianya adalah. “ adakah you ditakdirkan untuk I?” Jika Dia berkata ya, I akan mencintai U dengan sepenuh hati I. Tpi jika dia berkata tidak, I akan terus mencintai U sehingga Dia bersetuju untuk menyatukan kita berdua.” -KEA ALYISSA

Saya membelek-belek buku setebal halaman 766 ni, sambil membaca sipnosis. Membelek cover yang simple tetapi sweet ni. ‘DON’T JUDGE THE BOOK IS COVER OK’ katanya. Bersungguh-sungguh seorang kawan saya mencadangkan betapa seronoknya membaca karya penulis bernama ARASHARRINA ini dan mencadangkan saya agar membeli buku bertajuk KEA LYISSA terbitan kaki novel. Membuatkan saya tertanya-tanya, apa yang istimewanya buku ini.


Lalu, perlahan-lahan saya mula membaca, menghayati….


Saya menyelak dan terus menyelak dari satu lembaran ke satu lembaran tanpa henti. NO! I can’t stop….. Kusyuk saya membaca sehingga tidak menyedari masa berlalu begitu pantas. Dan saya berjaya menghabiskan novel ini, sambil mengesat airmata yang entah bila mengalir dipipi…

Tisu.. mana tisu ni… ???? sebak.. bagaimana saya harus menerangkan kepada anda bahawa ini karya terbaik antara yang terbaik yang saya pernah baca. Bagaimana saya ingin menyusun kata-kata indah untuk sebuah cerita yang sungguh istimewa dihati saya?

Tak percaya????

Mari saya ceritakan kepada anda serba sedikit mengenai gadis bernama KEA ALYISSA ini.

KEA ALYISSA-
seorang gadis yang periang degil, manja dan sangat prihatin. Kehilangan ayah sejak kecil mebuatkan dia menjadi gadis yang tabah. Kea hidupnya yang sentiasa ceria bersama sahabat baiknya Maria mula menjadi huru hara selepas menjadi doktor praktikal kepada seorang pesakit yang menghidap kanser otak. Hidupnya bermula kerana lelaki itu….


“Hai, takkan u dah give up melayan I? Ini baru sikit doktor Kea Alyissa. More to more come…..”

“ Report beritahu seballiknyal. Come on, haikal. Tell me truth. You tak pernah makan ubat yang I bagi kan?” Haikal buat muka selamba.

“ Hai Kea, kebetulan kita jumpa di sini, so… meet my girlfriend. Sofea...” Girlfriend Haikal? Wanita bernama Sofea itu dipandang cantik. Cukup cantik. Persis model. Dia cuba untuk menahan rasa.


“Haikal dengan mencintai seseorang ianya akan memberikan kita kekuatan manakala untuk dicintai seseorang pula ianya akan membrikan kita keberanian untuk kita teruskan hidup…” – KATA SOFEA.


Benarkah Haikal dan Kea hakikatnya sudah dilamun cinta. Walaupun berkeras mereka cuba menafikan hati masing-masing. Cinta yang mula berputik dihati Kea dan Haikal Tanpa disedari oleh mereka mencetuskan keresahan dihati keduanya. Haikal cuba menolak perasaan yang ada kerana dia tidak tahu berapa lama dia mampu menyintai gadis bernama Kea. Kea juga tidak mampu menepis segala rasa yang datang bertandang semenjak Haikal mula masuk di dalam kehidupannya.


“Yelah, I datang tadi. Tapi bukan nak jumpa U. I ada hal lain… So, since I singgah, I saja Tanya U.” Haikal cuba berselindung. Dia tidak mahu Kea tahu kedatangannya semata-mata utnuk bertemu dengan gadis itu.


“Maafkan I Kea…. Desis hatinya.

Dia sendiri tidak sedar bila masa mutiara jernih mengalir sepi dari kelopak matanya. Dia sangat terseksa untuk terus menahan perasaannya terhadap Kea. Demi Tuhan, dia sudah mula menyayangi gadis itu. Dia mahukan gadis itu sentiasa berada di sisinya. Tetapi, dia akur dengan kenyataan, sayang tidak semestinya memiliki….

Ya Allah, bantulah hambaMu ini, Ya Allah…. Kuatkan semangatku…- Haikal Hakimi.

“Yelah… yelah.. I rindu you, You rindu I tak? Senyap aje. Dah tiga hari tak call I pun…”

“Semua orang tak sempurna Haikal… I pun tak sempura. I bukan pencari kesempurnaan. I Cuma perlukan pelengkap ketidaksempurnaan yang I ni…..”-kea

“Dengan memilih I…?- Haikal.

“Haikal… sometimes, there are things that we don’t want to happen but we have to accept, things that we don’t want to know, but we have to face it…. I juga sayang dan cinta pada you, Haikal. Trust me we can handle this….”- Kea.


Namun perjalanan waktu telah merubah status hubungan mereka. Dari pesakit ke status suami. Takdir menyatukan dua hati. Haikal dan Kea bersama berpadu janji sehidup semati. Walaupun doktor Yusuf berkali-kali mengingatkan Kea…

“Kea… in hospital, we do have limits in the relationship between doctor and patient. We won’t let any personal things to overtake us. I harap you faham dan dapat handle kes ini sebaik mingkin. I percaya dengan U, dan I yakin satu hari nanti, U pasti akan menjadi seorang doktor yang baik…”- Doktor yusuff

Saya sukakan ayat “Hidup bukan hanya menyerah kepada takdir semata-mata….” Kerana banyak perkara yang dapat kita lakukan selain daripada menanti sesuatu yang kita sendiri belum pasti bagaimanakah pengakhirannya. Terlalu banyak kata-kata indah di dalam karya ini yang saya sematkan di dalam hati dan fikiran saya.


(Permintaan Kea 1)

“Haikal, tolong halalkan hubungan ini. Tolong halalkan dengan setulus hati. I mahu menjaga U sehingga ajal yang memisahkan kita….”

Kea bersedia untuk hidup bersama Haikal walaupun tidak tahu bila ajal datang menjemputnya.


(Permintaan Kea 2)

“Kea yakin ibu. Kea cintakan haikal. Kalau betul pun ditakdirkan umur Haikal tak panjang. Kea janji akan teruskan hidup seperti biasa… kea janji bu… kea cintakan dia….”

Tulusnya hati Kea menyintai Haikal, bersungguh Kea cuba mendapatkan restu dari ibunya.
“Sayang… untuk menjalinkan sesebuah hubungan kita bukan sahaja perlukan cinta. Tetapi perlukan kekuatan juga. Memang ibu tak nafikan dari gerak geri anak ibu ni, ibu dapat baca betapa kuatnya sayang dan cinta Kea kepada Haikal. Tapi kea tahukan bagai mana keadaan dia? Kea tahukan risiko yang bakal Kea hadapi sekiranya bersuamikan dia kelak? Ibu tahu Kea kuat… tapi , ibu tidak tahu seberapa kuatnya Kea untuk menghadapi dugaan itu nanti…”- Ibu Kea


Restukah ibu Kea?
“Ibu izinkan kea bersama Haikal. Ibu restu. Ibu akan selalu mendoakan kebahagiaan Kea bersama dia”

Akhirnya Kea disatukan bersama Haikal. Namun.. apakah setakat itu sahajakah cerita cinta mereka?


(Permintaan Kea 3)

“Makcik dengar saya cakap dulu. Saya tahu makcik ni mama Haikal. Mustahil makcik tak kenal dia.”

“Dia ada kanser otak makcik. Sekarang dia kat ICU dan sedang dalam keadaan kritikal dan koma.”

“Mari makcik, saya bawakan makcik bertemu Haikal. Saya tahu saat-saat begini, Haikal sangat perlukan makcik untuk berada disampingnya sekarang ni.”

Kea berjaya menemukan semula ibu Haikal yang sudah lama menghilang berpuluh tahun yang dulu. Dalam hidup mungkin adanya kebetulan, tetapi lihatlah betapa rapinya perancangan yang Allah aturkan buat mereka. Semuanya Kea lakukan demi cintanya kepada Haikal.


(Permintaan Kea 4)

“Maria… kau kenal aku kan? Aku takkan mudah menerima sesuatu tanpa memikirkan semasak-masaknya. Jika dia yang aku pilih unutk hidup aku, InsyaAllah.. aku sanggup terima apasahaja risikonya nanti. Kita tidak boleh jadi amnesia yang pentingkan diri sendiri, Mar. walaupun dia sakit, dia berhakdilayan seperti manusia biasa… Aku harap kau akan sokong aku….”

Sahabat yang baik yang selalu ada dikala susah dan senang. Yang sentiasa menyokong jika benar, menyelesaikan bila perlu. Dan Maria selalu ada untuk Kea.

Maka… kea dan haikal Berjaya disatukan dan haikal telah melepasi masa kritikalnya.


***************

“Aku terima nikahnya Kea Alyissa binti Ahmad Iqbal taruddin dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.” – Alhamdulillah… selesai sudah perjalanan cinta mereka.
Pada mulanya saya fikirkan cerita ini mendatar sahaja tanpa sebarang konflik. Namun kehadiran watak watak lain seperti Maria dan Sofea, sebagai perencah kemanisan cerita, sebagai seorang kawan atau kenalan yang saling memahami apa itu cinta. Juga watak Izat sebagai superhero di mana selalu ada waktu susah Kea. So sweet….

Mari saya ceritakan sedikit tentang Izat.

Izat lelaki yang selalu ada bersama Kea dikala Kea memerlukan. Namun dia bukanlah seseorang yang dapat membuka hati Kea. Izat adalah teman yang paling baik.


“Takpe, aku akan tunggu…”

“Sampai bila kau akan tunggu aku?”

“Sampai bila-bila.. sampai kau dah bersedia nak terima aku….”

“Kalau aku tak terima dan pergi dengan lelaki lain?” Tanya Kea.

“Aku akan anggap bahawa diri aku bernasib malang dan aku kan teruskan
hidupa ku seperti biasa..”
Ah.. Izat.. kebaikannya selalu membuat hati Kea menjadi serba salah. Bukan izat tidak cukup baik. Tetapi hatinya teah diberikan kepada seseorang yang lain.


“Haikal, aku tidak akan mengambil kesempatan diatas isteri kau. Percayalah.
Aku tidak pernah terfikir pun untuk buat begitu dengan Kea. Ye.. aku tak nafikan
aku memang menyayangi Kea, dan aku tidak malu mahu mengaku yang aku amat
menyintai Kea. Tetapi bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.. Aku akur,
Kea bukan untuk aku. Cinta Kea bukan untuk aku. Tidak ada ruang dihati Kea
untuk aku. Kau sangat bertuah kerana memiliki Kea.

Izat sedar bahawa Kea bukan untuknya.. jadi siapa yang dipilih Izat?dia adalah…

“Terima kasih sayang, sebab terima abang seadanya. Abang tahu sayang bukanlah orang yang pertama, tapi sayanglah orang yang terkahir buat abang. Semoga abang dapat pimpin sayang hingga ke Jannah, InsyaAllah…”

Nak tahu siapa? Kena beli dan baca.

“True love is to continuosly love the other, though you are rejected. Just keep your heart open, and it will surely come again….”- Izat Afifi

Yang paling menariknya…. Penulis turut memberi kita pelajaran kepada pembaca Kea…Bukan setakat cerita semata-mata. Banyak maklmat di dalam bidang kedoktoran yang penulis ketengahkan. Rasa macam nak jadi doktor pun ada saya sekarang ni… Banyak ilmu dan mesej yang tersurat dan tersirat yang penulis sampaikan melalui karyanya ini.


Tak Percaya??? Cuba baca dulu. Tidak rugi memiliki novel Kea Alyissa ni.. Kepada siapa yang belum dapatkan, sila order sekarang selagi stok masih ada. Chewah.. siap buat iklan pulak.. hehe…

Ok continue…

Kehidupan rumahtangga Kea dan Haikal aman bahagia sehinggalah Kea disahkan mengandung. Haikal amat gembira disamping perlahan-lahan membantu dirinya untuk terus sihat demi Kea dan bakal cahaya mata mereka. Namun kehadiran Zarif telah mengganggu ketenangan rumahtangga mereka.


Eh, siapa pula lelaki bernama Zarif ni?

“Itu memang Atilia, mak… dia memang Atilia..”

“ Atilia sudah meninggal Zarif.. Dia sudah meninggal 5 tahun dulu. Mak sendiri
yang pergi kekubur dia dan melihat dia ditanam. Percayalah cakap mak….”

Benarkah Kea itu adalah Atilia seperti yang didakwa Zarif. Bagaimana pula dengan Haikal?
Haikal yang dalam keadaan tertekan langsung tidak mempedulikan tahap kesihatannya. Kea terus berusaha untuk mempertahankan rumatangga mereka.

“Isteri kau tu sebenarnya adalah kekasih aku…”

“Pleaselah… Buka mata kau luas-luas. Perempuan tu hanya nakkan duit kau
aje! Dia Cuma nakkan harta kau. Kau ingat dia bodoh nak terima lelaki macam
kau??? Lelaki yang dah nak mampus!!!”- Zarif Zakuan.

Percayakah Haikal dengan kata-kata Zarif? Haishh.. Geram pula saya dengan watak zarif ni… tapi, saya tak boleh salahkan zarif. Dia sakit.. terlalu tertekan.. lagipun dia sangat mencintai Lia.

“Dahlah… kau tak payah nak terangkan apa-apa lagi. Aku taknak tengok muka kau lagi kat dalam rumah ni.. kau boleh berhambus dari sini!”

“Huh.. entah-entah anak yang ada dalam kandungan tu bukanya dari benih
Haikal! Entah lelaki mana….”- Haikal.


Saya terhenti sejenak membaca. Menarik nafas perlahan-lahan. Sebak sekali lagi bertandang… Pengorbanan Kea tidak dihargai.. Haikal lebih mempercayai orang lain daripada isterinya sendiri.

“Dia sudah sedarkan diri. Keadaaan kea terlalu lemah ketika ini. Mungkin
disebabkan oleh tekanan.”-Doktor Zuridah.

“Tapi tadi dia bleeding, doktor,” beritahu Izat.

“Hmm.. itu disebakan placenta previa… keadaan di mana uri dibawah berada pada
kedudukan bawah yang menyebabkan pendarahan. Itu slaah satu risiko yang
terpaksa dia hadapi kesan daripada kehamilan kembar.”

“Mana suami dia?

Sehinggalah…. suatu hari Zarif ditemui mati akibat mengambil dadah dan ubat tidur yang berlebihan. Kematian Zarif telah membuka mata Haikal bahawa isterinya itu tidak bersalah.

“Betul tu Haikal. Makcik ni mak kepada arwah Zarif. Arwah dah meninggal dunia malam kelmarin. Akibat asfiksia overdose ubat tidur dan drug addicted.”- Izat.

Ketabahan dan kecekalan Kea, memberi kesan yang baik kepada semua yang berada dekat dengannya.

“Apa yang abang rasa bila kata-kata abang dianggap sampah? Sedangkan waktu itu abang berharap sangat orang yang abang sayang akan mendengar kata-kata abang?” soalan Kea berbaur sindiran.

“Bagi abang peluang sekal lagi Kea”- Haikal.

“Di mana abang saat Kea perlukan abang?”

Apakah Haikal mendapat kemaafan daripada Kea Alyissa?

Apakah pengakhiran hubungan Kea bersama suaminya Haikal? Dan apakah Haikal berjaya melawan penyakit yang dihidapinya?

He he.. saje bagi suspen..

“ True love is not to live for oneself but for the sake of the other…” Kea Alyissa.

“ True love is give ll you have other, even your life…”- Haikal Hakimi

Segala persoalan ini akan terjawab hanya dengan membaca novel Kea Alyissa. Apa, nak baca lagi???


Maaf, saya tidak boleh review panjang-panjang. Nanti dah rasa macam buat novel pula. Kalau nak tahu, kena dapatkan novel ini. Adunan cerita yang mantap, padat dan tidak meleret-leret. Pengolahan ayat yang menarik dan kesinambungan sangat natural dan logic. Keperibadian watak yang tidak bercanggah. Pendek kata- cukup rasa, cukup perisa cukup istimewa buat pembaca yang mahukan cerita santai tetapi masih banyak ilmu yang dapat diserapkan dengan membaca karya Kea ini.

Kekuatan watak Kea itu sendiri adalah kekuatan dari segi pengolahan penulis itu sendiri. Yang memberi jiwa kepada pembaca untuk dikongsi apa yang dirasa. Dan sememangnya, saya sendiri dapat merasai. Secara ikhlas dan jujurnya....

Setinggi-tinggi tahniah, saya ucapkan kepda penulis Arasharrina, kerana berjaya membuat hati saya terusik dan puas membaca karya ini. Jujur saya katakan, sedari mula membaca saya mencari di mana kesilapan karya ini untuk saya komenkan, namun saya tidak berjumpa dengan apa yang saya cari. Malah kekaguman itu kekal berterusan sehingga saya membaca kelembaran terakhir.


Ya…. Ini adalah karya yang terbaik antara yang terbaik pernah saya ada terbitan kaki novel setakat ini di dalam koleksi saya. Harapan saya agar penulis ini terus kekal menulis dan jangan sesekali pernah berhenti menulis. Doa saya sentiasa mengiringi perjalanan Arasharrina untuk terus berjaya di dalam bidang penulisan yang diceburinya.



Terima kasih untuk cerita yang indah dan manis ini.

Love U more… and more always..,

Alyssa Ezzura. 1 Julai 2012


+++++++++++

* Please Drop Some Love :)

Thank you People! <3




1 comment: