Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Sunday, August 14, 2011

K.E.A 8

** KLIK : K.E.A 7

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“ASSALAMMUALAIKUM…” Kea melangkah masuk ke bilik Doktor Yusoff dengan perasaan yang gementar. Entah apalah yang hendak digentarkan sangat, kencang je degupan jantung saat ni… Haish! Doktor Yusoff hanya tersenyum memandangnya. Kea perhatikan sesuatu, ada sesusuk tubuh yang sedang membelakanginya ketika ini, mungkin pesakit yang bakal di ambil alihnya nanti. Hatinya semakin berdebar. Dug dag dug dag! macam lagu Amalina dangdut. ‘Lambat ke?, Eh, dah pukul 10.10 minit, dah terlambat 10 minit… Eleh, baru 10 minit. Relaks dulu.’ Kea bermonolog sendiri.

“Waalaikummusalam Kea, sila duduk.” Doktor Yusoff menjawab salamnya dengan lembut. Kea dengan pantas mengambil tempat di sebelah lelaki yang membelakanginya tadi.

“Kea, let me introduce you, Encik Haikal Hakimi.” Kea memandang ke arah pemuda yang dimaksudkan. ‘Hahh!!’ Terasa terhenti nafasnya tatkala terpandangkan wajah pemuda itu. ‘Haikal Hakimi? Lelaki yang melanggarnya dan lelaki yang sama-sama dengannya di dalam lift tempoh hari? Urghh… Sabar Kea, sabar. Nak pura-pura pengsan lagi kah??’ Dapat dirasakan yang mukanya kini sedang menjalani process penukaran warna. ‘Malu ke? Ke nak marah? Sebab? Rosakkan handphone? Eh, tak... Mungkin malu jer…’

“Hello.” Haikal menghulurkan tangan tanda pengenalan diri. Riak mukanya sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda yang mereka pernah bertembung sebelum ni. ‘Langsung tak, ok! Pandai betul mamat ni buat muka innocent, mungkin dia ada degree dalam bidang ekpressi muka kut! Okay itu tipu, sorry tak merapu lagi!’ Haikal dipandang lama sebelum tangannya disambut.

“Hello, I’m Kea Alyissa. Panggil je Kea.” Bergetar-getar suaranya menuturkan kata. Senyuman cuba diukir semanis boleh. Setelah hampir beberapa kali bertembung dan bertelagah, itulah kali pertama mereka berpandangan sambil membalas senyuman, dan bagai nak tercabut otot-otot badan apabila melihat Haikal membalas senyumannya. ‘Kacak sangat kut!!’

“Haikal, Kea doktor praktikal di hospital ni. We appointed her as your second referral doctor, after me.”

“Second referral doctor? and with this lady? The internship doctor? You must be kidding me, right doctor… She is not eligible! NOT AT ALL” Sekali lagi Haikal gagal mengawal emosinya. Mulutnya seringan boleh menuturkan kata-kata yang tidak sedap untuk di dengari. ‘Takkan nak bagi nyawa aku dekat doctor internship!?? Lagi-lagi perempuan ni? Come on, this is all about life okay!’ Kea diperhatinya dengan pandangan tajam. Tak yakin langsung dirinya untuk mendapatkan rawatan dari gadis itu.

‘Erkk! Menyesal aku puji kau! Muka je handsome, tapi mulut macam longkang! Sesedap aje meragui kebolehan dan kewibawaan aku sebagai doktor praktikal ye..!’ Bentak Kea, hatinya macam di siat-siat dengan kenyataan yang baru saja keluar dari mulut pesakit wannabe-nya itu. Pemuda itu dijeling keras! Mata mereka bertentang, dan seperti biasa Kea yang akan terlebih dahulu melarikan anak matanya dari pandangan Haikal. Bukan apa, lemah lutut kalau pandang lama-lama, almaklumlah.., mamat handsome. Eh, sempat! Matanya kini terarah pula ke arah Doktor Yusoff yang masih lagi diam tanpa sebarang kata, barangkali sedang memikirkan ayat untuk back up Kea.

“Don’t worry, Kea cuma berperanan sebagai assistant you saja. Dia akan update your treatment schedule, reminds you about all datelines and appointment, assisting you in theraphy sessions, equipe you with all the medicines. We won’t let her to 100% in charges… this is the procedure Encik Haikal, the policies that will help you to recover fast. We want you not to worry about your illnesses, just focus on your treatment and all the theraphy things ok?” Panjang lebar Doktor Yusoff memberikan penerangan dan hujah. Ternganga mulut Kea bila mendengarnya. Fuyohh!! Doktor contoh ni! Tahap kehormatannya terhadap Doktor Yusoff semakin tinggi, untung sekali dia dapat bekerja di bawah pengawasan doktor yang berkaliber seperti doktornya itu. Kembang kempis hidungnya bangga dengan ‘keuntungan’ diri. Tidak dihiraukan kata-kata kesat yang dilemparkan Haikal sebentar tadi, well said, Kea sudah di motivated kan!

“Hmm… I harap dia tahu apa yang perlu atau sedang dia buat, atau…” Ayatnya terhenti di situ. ‘Sudahlah Haikal, give her a try’ Pujuk hatinya. Kali ini dia cuba untuk mengawal emosinya.

“Okay” putusnya. Tersenyum puas Kea bila mendengarkan kata setuju dari mulut pesakit wannabe-nya itu. ‘Ya Allah, permudahkanlah segalannya untuk hamba mu ini Ya Allah…’ Doanya di dalam hati. Haikal dipandangnya, entah kenapa dia suka melihat wajah itu. Sebab dia kacak ke? Ye ke? Tak sangat kut, mungkin sebab raut wajah dan susuk tubuhnya persis seseorang yang pernah dia kenali. Kea tersenyum lagi, dia makin asyik dengan lamunan sendiri sampai tak sedar si empunya badan sudah hilang dari pandangan matanya.

“Kea….” Panggilan Doktor Yusoff mematikan lamunan Kea.

“Err, Yes Doktor Yusoff...”

“I akan tinggalkan you dengan Encik Haikal. While you on the way tadi, I ada brief sikit pasal his treatment progress. So nanti you cuma perlu periksa tekanan darah dan temperature, Let me know if anything, I’ll be around.”

“Eh, mana dia?” Soal Kea tiba-tiba apabila tersedar yang mereka hanya tinggal berdua.

“La, Kea… You mengelamun ke? He off to toilet, nanti dia masuk balik.”

“Err... Sorry Doktor Yusoff, my bad! Eh tapi….” Kea mula cemas bila terbayangkan sikap Haikal yang macam tak stabil tu. Doktor Yusoff tersenyum memandang Kea. Dia faham benar gundah gelana yang dirasai Kea sekarang. Dia dulu pun pernah jadi doktor internship.

“Don’t worry Kea… Everythings will be fine. Patient actually okay, tak ada record makan orang pun.” Seloroh Doktor Yusoff. Kea sengih, ‘Boleh tahan juga doktor ni buat lawak!’

“I yakin you dah study kes ni kan? And I confident dengan you. His temper is actually one of the symptoms. He is not able to control his emotion. So, your part is to help him out, okay?” Tambahnya lagi. Kea bagaikan anak kecil yang disumbat gula-gula kapas terus menganggukkan kepala tanda faham. Doktor Yusoff menggelengkan kepala melihat tingkah gadis itu.

“… dan Kea, one more thing, kurangkan sikap main-main okay?”

“Er… Baik..lah Doktor” Perlahan saja Kea menjawab sambil menundukkan kepalanya.



“BARINGLAH...” Lambat-lambat saja Haikal merebahkan dirinya. Bimbang agaknya Kea akan mengapa-apakannya. Kea perasan akan situasi itu, lantas…

“Encik Haikal, tak ada apa-apa. Free yourself okay, InsyaAllah, no harms…” Pujuk Kea sambil tersenyum manis.

“I nak periksa tekanan nadi, darah dan temperature, tahan sikit.” Sambung Kea. Lagaknya dah macam doktor yang sudah lama berkhidmat. Lagak sajalah, dalam hati dia kita tak tahu kan? Jarum untuk mengambil darah sudah pun berada di tangannya. Haikal hanya diam membatukan diri.f

“Takut ke?” Usik Kea.

“Ha’ah! Takut sebab tak confident dengan you. Ingat, kalau jadi apa-apa… I saman you!” Haikal memberikan amaran. Kea hanya membuat muka selamba. ‘Nak gertak aku? Kirim salammm..’ Lengan Haikal dipegangnya. Cuba untuk mencari urat penyalur darah. Ditepuk-tepuknya beberapa kali. Haish… tak jumpa pula. Haikal ditenungnya.

“Encik Haikal… Janganlah stress, kan I dah suruh you free kan diri. I can’t find any of your blood vessel, please...”

“Eh you kan doktor! Takkan tak tahu macam mana nak cari!” Rungut Haikal. Dia sebenarnya memang sangat takut untuk disuntik. Bagi Haikal, ianya adalah sesuatu yang amat menyakitkan.

“Encik Haikal, boleh tolong tak? Janganlah macam ni, cepat Encik Haikal tenangkan diri, cepatlah kita boleh settle.” Pujuk Kea lagi. Dia tahu Haikal takut, sebab tu dia stress. Saluran darah memang susah nak jumpa kalau patient stress.

“Nah… Kalau tak tahan boleh gigit sapu tangan ni.” Kea menghulurkan sapu tangan kepunyaannya. Haikal memandang lama sebelum ianya bertukar tangan. Perlahan-lahan dia cuba untuk menenangkan dirinya. Matanya dipejam rapat dan mukanya di palingkan ke arah bertentangan. Kea masih tercegat memandang Haikal, rasa simpati tiba-tiba menyelubungi diri. Dia dapat rasa macam mana menderitanya Haikal sekarang ni. Lengan lelaki itu ditepuk lagi. Kali ini dia tersenyum kerana urat saluran darah sudah mula kelihatan. Dengan cepat dia menyuntik jarum ke lengan Haikal.

“Ok, dah…”

“Dah?? Sekejapnya…”

“Habis tu you nak berapa lama? Ambil darah sekejap je, nak cari urat saluran darah tu je yang lama. You dah okay ke? Pucat je muka tu.” Soal Kea sengaja mahu mengusik lelaki itu. Di perhatikan Haikal dengan anak matanya. Haikal tampak gelisah. Berdirinya serba tidak kena.

“You kenapa?” Soal Kea bila tersedar keadaan Haikal yang tidak seimbang.

“Pening… Macam nak pitam.” Jawab Haikal sambil memegang kepalanya. Kea dengan cepat merangkul lengan Haikal, nanti kalau jatuh tak pasal-pasal lain pula yang jadi.

“You duduk dulu, mungkin hormon you masih tak stabil lepas ambil darah tadi.” Jelas Kea, sambil cuba menolong Haikal untuk duduk dan tidak semena-mena Haikal menepis tangannya. ‘Amboi sombong!’ Guman Kea bila pertolongannya ditolak.

“Sakit-sakit masih nak berlagak lagi?” Sound Kea tepat. Letih juga nak melayan pesakitnya yang sorang ni. ‘Dugaan betul!’ Keluhnya.

“Tak payah nak sibuk. I kuat lagi. Entah macam mana you cucuk I tadi sampai kepala I jadi sakit macam ni.”

‘Eh! Aku pula yang kena?? Ini sudah lebeyy!’ Buntang mata Kea memandang Haikal.

“Encik Haikal… Tak baik tuduh-tuduh… No…No…No! Hormon you yang tak stabil lagi ni, Perasaan takut you tadi yang buat you pening, blood circulation dah mantul macam tuan dia juga.” Keras balasan yang diberikan Kea. Haikal hanya senyum mengejek. Di gagahi juga untuk bangun. Langkahnya masih belum kuat untuk berdiri dan akhirnya membuatkan dia terjatuh ke lantai. Kea terkejut dengan situasi itu. ‘Nak tolong tak?? Nanti kena sembur. Tapi kalau tak tolong kesian pula tengok dia terkontang kanting sorang diri macam ni. Ahh!!~’

“Mari I tolong.” Kea menghulurkan tangannya, tapi ego si lelaki masih kuat menghambakan diri. Kea tidak peduli. Lengan Haikal di rangkulnya.

“Kita ni kalau nak sombong pun kena bertempat sikit Encik Haikal…” Dia bersarkastik. Haikal merenung tajam ke arah Kea yang sedang cuba untuk membangunkannya. Bersusah payah benar lagaknya. Kedudukkan mereka terlalu rapat, hampir saja bibirnya mengenai pipi Kea yang gebu tu.

“You larat ke nak angkat I? Diri you sendiri pun tak terangkat.” Pedas kata-kata yang di lemparkan kepada Kea. Kea jeling pemuda itu yang cuma tersenyum bersahaja.

‘Mulut mamat ni memanglah macam longkang kan! Tak sayang nyawa aku rasa mamat nieee. Dia belum kenal siapa Kea Alyissa!!’ Bentaknya di dalam hati. Pegangannya dilepaskan. Kea bangun. Tidak dihiraukan lagi pemuda ego tu.

“You bangun sendirilah!!~”

Pantas saja Haikal bangun sambil menepuk-nepuk seluarnya yang kotor dek habuk lantai. Macam nak terkeluar biji mata Kea tatkala melihat keadaan Haikal waktu itu. ‘Tadi kemain lagi kau susah nak bangunkan, ni laju je dah boleh berdiri tegak!’ Tingkahnya. Sukar betul nak meramal perangai pemuda yang baru dikenalinya itu. Sekejap baik, sekejap macam singa… Hmm... Betul kata Doktor Yusoff mengenai simptom pesakit kanser yang selalu tak stabil dan berubah-ubah. Di pandangnya Haikal dengan pandangan sayu. Haikal yang sedar dirinya di perhatikan cepat-cepat menoleh ke arah si pemerhati. Mata mereka bertentangan. Dan entah untuk keberapa kalinya Kea yang terlebih dahulu melarikan anak matanya ke tempat lain. Haikal tersenyum di dalam hati.

“Jom I belanja you minum.” Pelawanya. Kea nampak terkejut dengan perlawaan Haikal. ‘Biar betul dia ni? Jangan-jangan dia nak kenakan aku lagi?’ Di tenungya lelaki itu atas bawah, keningnya diangkat ala-ala Ziana Zain, tapi malang tak jadi. Tsk!

“Minum je… Tak payah nak minta lebih-lebih. Lagipun tekak I haus bergaduh dengan you, dan lagi anggap saja pelawaan I ni sebagai tanda perkenalan kita.” Kata-kata Haikal menusuk tepat ke kalbu Kea. Lagi-lagi bila Haikal menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.

“Hmm… Okaylah…” Putus Kea tanpa sempat berfikir panjang. Malas nak melanjutkan pertelingkahan barangkali. Tangannya diangkat perlahan dengan niat untuk menyambut salam, tapi belum sempat pun tangan mereka bersentuhan, Haikal cepat saja menurunkan tangannya.

“Sudah. Lambat!! You ni memang slow kan?” Ucapnya selamba sambil melangkah pergi.

‘Arggghhhhhhhhh!! Geramnya aku dengan Mamat niee..!!! Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berikanlah aku tahap kesabaran yang tinggi...’



“NAK duduk mana? Semua full?” Soal Kea sambil matanya melilau mencari tempat kosong. ‘Ramai betul! Dorang tak kerja ke??’ Soalnya sendiri. Pelik, nak kata lunch hour rasanya ada dua jam lagi.

“Hoi, sini!”

‘Eh! Hoi kau panggil aku? Memanglah dia ni tak ada adab langsung!~’ Rungut Kea perlahan. Lemah saja langkahnya mendekati Haikal yang bersahaja memegang menu. ‘Lepas tu buat muka tak bersalah! Eeii… Geramnya aku!!~’

“Kalau terhegeh-hegeh macam tu sampai kiamat pun tak jumpa seat.” Sindir Haikal. Kea hanya jeling tajam. ‘Err… menyesal pulak aku ikut dia ni! Haish, ni lah namanya terlajak perahu tak boleh di undur! Sabar Kea, sabar…’

“You ni kalau cakap tak boleh nak lembut-lembut sikit ke? Atau you akan rugi kalau cakap baik-baik?” Soal Kea. Panas betul hatinya bila melihat sikap Haikal yang acuh tak acuh mengajaknya minum.

“Order!” Haikal terus memanggil pelayan tanpa menjawab soalannya. Lagi berasaplah si Kea, ‘Ishh! Boleh pula dia buat-buat tak dengar. Hmm, fine!!’ Kea bangun, hilang terus seleranya nak makan, tapi langkahnya terhalang oleh pelayan yang ingin mengambil pesanan.

“Ye Cik?” Soal pelayan itu sambil tersenyum sinis. ‘pergaduhan rumah tangga’ mungkin itu yang difikirkannya. ‘Ah!!~ lantak!’

“You nak pergi mana sayang?” Sapa Haikal tiba-tiba sambil menarik tangan Kea untuk duduk. ‘Sayang!?’ Terbeliak mata Kea bila mendengar panggilan manja yang secara tiba-tiba itu. ‘Dah sewel ke hormon mamat ni lepas kena cucuk!?’

“Alar sayang, duduklah… Teman Abang makan… Sampai ke hati sayang nak tengok Abang makan sorang-sorang ni?” Manja saja bunyinya. Kea di pandang Haikal dengan pandangan mengharap. ‘Abang! Sayang!!?? Arghh! Apa dah jadi ni.’ Kea makin pelik. ‘Err... Ni aku ke atau dia yang sakit ni!? Confius aku weh!’ Dia bermonolog sendiri. Tak pasal-pasal dia pegang dahinya. ‘Sejuk!’

“Order Encik?…”

“Eh… bagi I nasi goreng cina dengan limau ais ye, you sayang?” Soalan Haikal membuatkan Kea sedikit terperanjat. Kelu lidahnya untuk bersuara.

“Err…”

“Abang pesankan sayang nasi goreng kampung okay? Erm, air kita kongsi, barulah romantik…” Tidak berkelip Kea memandang Haikal ketika itu, mengganguk tidak, menggeleng lagi lah tidak. Duduknya jadi serba tidak kena. Apa agaknya permainan yang cuba di cipta oleh mamat ni. Duganya.

“Itu saja Encik?” Soal pelayan itu lagi. Haikal hanya mengganguk sambil buat muka yang ‘budget’ comel, ‘Oh please…, Rasa macam nak hantuk je kepala kau kat dinding tu! Arghh!’

“Buat air tu manis-manis sikit ya, sebab nak bagi minum tuan puteri yang sedang merajuk…” Tambahnya lagi. Kea yang mendengarnya hanya mencebikkan bibir. ‘Silap besarlah kalau fikir aku merajuk’ Lagaknya. Diperhatikan si pelayan hingga hilang dari pandangan.

“Apa yang you cuba nak buat hah?” Kasar saja itonasi suaranya. Haikal hanya mendiamkan diri, menu ditangan masih dipandang. Selamba saja gelagatnya. Lama Kea merenung Haikal sebelum akhirnya dia mengalah. Nak dipanjangkan amarahnya tapi…. ‘Hmm...,’ Keluhan berat dilepaskan. ‘Sabar Kea, sabar… Dugaan nie…’ Dia alihkan pandangannya ke luar.

“Dah habis cakap?” Soal Haikal sambil meletakkan menu di atas meja. Gadis itu ditenung tajam. Kea hanya menunduk, kini gilirannya pula untuk mendiamkan diri. ‘Malas nak bertekak dengan orang sewel!’

“Hey… I cakap dengan you! You ingat I suka ber’sayang-sayang’, ber’abang-abang’ bagai? Lagi-lagi dengan you. I sengaja nak cover you, tak nak bagi pelayan tu tengok muka you yang dah macam kerang busuk tu… Lagipun you kan freshie kat sini, I tak naklah orang cakap you berlagak!” Haikal masih cuba untuk memancing Kea untuk bersuara, tapi kali ini nadanya keras.

“What do you want Encik Haikal??” Kea mula hilang sabar.

“I tanya you dah habis cakap ke belum, itu saja. Susah sangat ke nak jawab?? Ke you tak faham bahasa melayu?” Sindir Haikal. Dia cuba menahan gelak tatkala melihat muka Kea yang merah padam menahan marah. Haikal sebenarnya sengaja mahu mengusik gadis itu, dia tahu usikkannya keras. Tapi… Biarlah, nak sangat jadi doktor aku kan! So, tahanlah~

“You nak belanja I, sebab nak buat macam ni ke? Nak sakitkan hati I? atau nak malukan I? I peliklah, apa ntah salah I dengan you. Kalau you tak nak I jadi doktor referral you, you cakap, I boleh inform Doktor Yusoff untuk tukar. I don’t mind at all…” Putus Kea akhirnya. Mungkin sudah give up untuk melayan lelaki itu. Haikal agak terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Kea, dia tahu dia sudah melampau.

“Hai, takkan you dah give up nak melayan I? Ini baru sikit Doktor Kea Alyissa. More to come…” Haikal menduga doktor muda dihadapannya.

“This is not about giving up Encik Haikal, and I even belum start apa-apa lagi dengan you… and…” Ayatnya terhenti di situ bila melihat pelayan membawa makanan yang dipesan.

“Okay dah, continue later. I lapar.” Pintas Haikal, cepat-cepat dia menyuapkan nasi ke mulutnya. Kea terdiam sambil memerhatikan makanan yang dipesan oleh Haikal. Nampak pedas. Gulpp!~

“Kenapa pandang je nasi tu, nak tunggu ‘Abang’ suapkan ke?” Haikal masih lagi dalam mood untuk mengusik. Suka benar dia melihat reaksi Kea bila disakat. Kea hanya menjeling, nasi di hadapan mata dijamahnya perlahan. ‘Janganlah pedas...’ Doanya di dalam hati, dia memang alah dengan makanan yang pedas ni. Tekaknya memang langsung tak boleh terima. Tapi di sebabkan ego yang bermaharajalela, di sumbatnya juga.

“Erkkk! Pedas! Pedass!!” Tidak semena-mena Kea menggelupur. Di capainya air yang di pesan oleh Haikal, dan dengan sekali teguk habis segelas di minumnya. Haikal hanya menggelengkan kepala. Muka cantik, tapi pelahap!

“You ni kenapa?? Tiba-tiba macam ayam berak kapur je!” Soal Haikal.

“Pedaslah nasi ni, I tak tahan pedas… Nak air lagiii..~” Rengek Kea macam budak kecil. Mata Haikal membuntang memandang Kea yang sedang asyik mengipas-ngipas mulutnya. ‘Aku sedang berhadapan dengan seorang doktor atau kanak-kanak ribena yang terlepas nih!??’ kali ini Haikal pula yang confius, dipandangnya Kea atas bawah.

“Hello~ you ni doktor kan? Atau I dah tersalah pandang ni?? Perangai macam budak kecik! Pedas sikit je lah… Mengada je lebih” Bebel Haikal, tapi sempat juga dipanggilnya pelayan untuk menambah air. ‘Eleh… Tiba-tiba nak ambil berat, piirahhh!~ dahlah kedekut order air satu je…’ Sempat lagi Kea mengumpat si Haikal di dalam hati.

“Eleh, budget I nak manja-manja dengan you ke apa?? Maaflah jangan nak perasan sangat, I memang tak tahan dengan makanan pedaslah… Alergik tahu?”

“I tak cakap you nak manja, I cuma fikir you ni mengada-mengada, you know what? Kind of annoying… Ada I kisah you alergik ke apa? Ada??” Dengan selamba Haikal menghamburkan kata.

“Eeeii… You ni kannn!! ………………”

“Air cik…” Dan dengan pantas Kea meneguk air yang telah terhidang di depan mata. Tidak dihiraukan mata-mata yang memandang. ‘Err... Buruk benar perangai… Confirm tak ada pesakit yang nak berubat dengan aku lepas nih! Ah~ aku peduli apa, memang dalam kepedasan yang melampau ni, sumpah! Tak tipu…’ Air di gelas diteguknya lagi. Haikal hanya memandang Kea tanpa sebarang kata. Dia akui hatinya bahagia melihat tingkah Kea yang sebegitu. Kea nampak jujur pada pandangan matanya. Tidak macam perempuan lain yang selalu cover cun, bak kata orang muda-muda, ‘budget hot’!

“Dah okay ke?” Soal Haikal.

“Belumlah… First stage dah kurang, rasa lidas dekat lidah dah okay, tapi bibir I ni… tak lama lagi jadi macam mulut ikan flower-horn~” Kea merungut sambil memegang bibirnya. Haikal tergelak.

“Ikan flower-horn? Apa tu?? You ni macam-macamlah… You ni sebenarnya nak tarik perhatian I kan?? Kan?? Sebab tu mereka-reka cerita?” Kedua-dua belah keningnya diangkat sambil tersenyum sinis pada Kea.

“Eh… Eh, tolonglah I nak tarik perhatian you… Hisshh! Dahlah, malas nak layan. I got to go, maybe nak cari killer. Remember ambil ubat you di kaunter. I gerak sekarang. Ni semua you bayarkan? Thanks.” Pantas saja Kea bangun dan terus menghilangkan diri. Belum sempat pun Haikal nak jawab apa-apa. Dan untuk sekian kalinya, Haikal tersenyum. ‘Kea Alyissa…’ Desisnya.

No comments: