Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Friday, January 13, 2012

KEA & HAIKAL nak pi Honeymoon! ;D

** Sebab dah ramai rindu mereka kan, so Ara dengan gembiranya uploade sedikit sedutan bab 30 - Jom baca :)

“Sayang.., passpord, ticket, IC, handphone semua dah bawa? Kita nak jalan jauh ni.” Soal Haikal, kelam kabut dia pagi tu. Semua beg sudah di geledah. Handbag Kea tidak terkecuali. Tersenyum Kea melihatkan tingkah suaminya itu. Dia tahu hari tu memang hari yang sangat dinantikannya.

“Sudah…, tapi ni?” Kea menghulurkan sebuah beg porch kepada Haikal. Lelaki itu jungkit kening.

“Semua Abang ingat, tapi yang ni Abang lupa…” Haikal sambut beg itu dari tangan Kea, tersengih dia bila mengetahui isi kandungannya. Memang dia lupa langsung tentang ubat-ubatannya.

“Oppss!”

“Ha, Abang jangan lupa janji-janji manis Abang dengan Kea, dah janji nak behave kan?”

“Yer… Yer, tak lupa! Sorry dear.” Haikal tergelak kecil dengan kealpaan diri sendiri, diletakkan kembali beg ubat-ubatannya ke dalam luggage. Kea hanya memerhatikan gerak geri Haikal yang sedari semalam sangat teruja untuk pergi bercuti atau dengan lebih tepat untuk pergi berbulan madu. Kea juga turut terkena tempiasnya tapi tidaklah seteruja Haikal, dia masih mampu mengawal emosinya walaupun percutian ini merupakan percutian pertamanya ke luar negera. Wajah Haikal direnung lagi, sesekali kelihatan bibir suaminya itu melakar senyuman. ‘Ni sah berangan!’ Bisik hatinya. Dibiarkan Haikal dengan angan-angannya, dan dialihkan pula pandangannya di sekeliling airport, tak ramai orang waktu ni, mungkin sekarang bukan waktu ‘peak hours’, fikirnya. Diam tak diam, sudah hampir setengah jam mereka di sini sementara menantikan waktu untuk berlepas.

“Hmm… My first time.” Ucap Kea tiba-tiba. Haikal yang sedang sibuk mengemaskan dirinya pantas saja menoleh memandang ke arah isterinya.

“First time?” Soalnya.

“First time nak pergi overseas, jauh dari keluarga…” Jawab Kea dengan senyuman tersirat.

“Tapi Kea ada abangkan? Kea tak seronok nak pergi dengan abang?”

“Eh, mestilah Kea seronok. Macam mimpi jadi realiti jer!”

“Tahu pun… Tapi trip kali ni is actually my 3rd time. Dua kali pergi atas urusan kerja dan sekali pergi untuk bercuti…” Jujur Haikal memberitahu isterinya.

“Oh, yang sekali pergi bercuti tu dengan siapa? Papa?”

“Nope! Dengan ex-girlfriend.” Jawab Haikal selamba sambil menunggu reaksi dari Kea. Bagai disentap jantung Kea ketika itu. ‘Eh, dia ni pun tak payahlah jujur sangat! Err…’ Kea ketap bibir.

“Erm, okay. Enough said.” Balasnya dan serentak dengan itu terdengarlah suara Haikal mengetawakannya.

“Sayang… Takkanlah abang nak buat macam tu pula. Hiee sayang abang ni innocent sangatlah!” Bahu Kea dipeluknya.

“Mana nak tahu, Kea dengar-dengar dulu abang ni playboy jugakan?”

“Eh, amboi… Siapa yang bagitahu Kea ni? Sejahat-jahat abang dulu tak adalah sampai angkut anak dara orang sesuka hati yer.” Haikal cuba membela dirinya. Kea cebik bibir.

“… Betul sayang, Kea lah wanita pertama yang abang angkut sampai ke dalam bilik. Kalau tak percaya, nah ambil phone abang call Mak Esah.” Haikal mengusik siap menyuakan telefon bimbitnya kepada Kea.

“Tak payahlah sampai nak tanya Mak Esah kan, Abang nieeee…”

“Habis tu Kea tak percaya. Sampai hati tau tak percaya dengan suami sendiri. Sentap dah ni! Pujuk cepat!” Haikal pura-pura merajuk. Kea disebelah hanya menjeling manja.

“Mengada-ngada ya. Okay, Kea percaya abang… Percaya saaaangat, sangat, sangat! Eei, Abang tak malu yer? Semua orang tengah tengok kita tu…” Pujuk Kea, tapi memang betul pun, ada je mata-mata yang sedang memerhatikan mereka saat ni, muka Kea mula terasa bahang.

“Alah… Biarkanlah dorang tu. Sajalah tu cemburu dengan kemesraan kita.”

“Eh abang ni, tak ada maknanya dorang tu nak cemburu dengan kita. Entah-entah dorang tengah kutuk-kutuk pasal kita. Haaa…”

“Biarlah dorang nak kutuk ke, nak apa ke, ni belum abang cium Kea in public lagi ni, mau je nanti dorang call tok kadi suruh nikahkan kita sekali lagi!” Terkekek-kekek Haikal ketawa mendengar gurauannya sendiri. Kea mendengus. ‘Hish! Apa pun tak bolehlah dia nieee!’ Guman hatinya geram dengan sikap main-main Haikal.

“Abang main-main lagi Kea tinggalkan abang… Pergilah honeymoon sorang-sorang.” Umpannya.

“Okay tak apa, nanti dah sampai sana abang carilah siapa-siapa yang boleh ber-honeymoon dengan abang, biar Kea gigit jari…” Umpan Kea tak menjadi, Haikal masih galak ingin mengusik isterinya.

“Ishhh… Abang!!” Marah Kea.

“Okay, okay, Abang gurau je sayang… Dah, dah, garang betul isteri abang nie. Sayang cemburu eeiii…”

“Mestilah!” Ringkas, padat jawapan yang diberikan Kea. ‘Giler tak jealous!’ Haikal senyum, lantas dia capai jemari Kea dan di genggamnya erat.

“Okay, Abang tak buat lagi…” Janjinya, sementara Kea pula tidak memberikan sebarang reaksi,

“Sayang…..” Menggoda saja suara Haikal memanggilnya.

“Emm, okay…” Putus Kea, tak menahan rasa hati bila Haikal memanggilnya dengan itonasi suara yang macam tu. Cair weh!~

“… Eh abang, flight kita nanti pukul 12.30 tengah hari kan, agak-agak pukul berapa kita sampai sana yer?” Soal Kea malas nak panjangkan rajuknya. Waktu-waktu macam ni kalau merajuk tak bertempat memanglah akan spoil kan mood honeymoon mereka. Haikal melihat jam di tangannya dah berkira-kira sendiri.

“Dari sini nanti kita akan sampai ke Frankfurt, Germany dulu. About 12 hours, then kena transit about 1-2 hours untuk ke Zurich dalam 1 jam lagi. Sekarang di Switzerland mungkin dalam pukul 5.30 pagi, sebab waktu kat sana lambat 6 jam dari waktu Malaysia. So, estimated time kita akan sampai sana dalam pukul 10.00 atau 11.00 malam waktu Malaysia atau pun dalam lebih kurang pukul 3.00 to 4.00 petang waktu Switzerland…” Terang Haikal. Berkerut dahi Kea bila mendengarnya. Tak cukup dengan jari tangannya, jari tangan Haikal pula yang jadi mangsa kiraannya. ‘Aduh, pening!’ Haikal ketawa besar bila melihatkan tingkah Kea.

“Kenapa Sayang? Letih abang tengok Kea mengira ni.” Perlinya.

“Peninglah! Hmm… Tak apalah, dah sampai sana nanti Kea kira balik.” Jawab Kea. Dah putus asa lah tu! Cepat saja tangan Haikal mencubit pipi isterinya.

“Ouch! Abang!”

“Dah, tak payah nak pening-pening kepala mengira waktu tu, buat biasa je okay?” Kata Haikal, Kea mengganguk.

“Erm… Macam manalah agaknya rupa Switzerland tu nanti yer. Wah! Tiba-tiba Kea pula yang rasa tak sabar!”

“… Eh, hari tu ada orang tu tak nak pergikan, tiba-tiba dia pula yang excited lebih.” Usik Haikal. Kea tersengih sambil mengelip-ngelipkan matanya memandang lelaki itu.

“Itu dulu, sekarang lain… Lagi-lagi bila pergi dengan abang, kenalah teruja sikit!” Bidas Kea, lengan suaminya dipaut lembut. Sempat juga Haikal mengucup dahi isterinya penuh mesra.

“Nanti sampai sana abang nak Kea enjoy puas-puas ya, kita kena lupakan segala masalah yang ada dan bawa balik semua kenangan indah yang bakal kita cipta di sana…” Ucap Haikal. Kea senyum mengiyakan kata-kata suaminya. Dalam hati dia sentiada berdoa agar tiada perkara buruk yang akan berlaku di sana. “Ya Allah, Kau lindungilah dan selamatkanlah perjalanan kami pergi dan balik…”

Wajah lelaki itu direnung lagi, dan seperti selalu wajah itu tetap tenang, tenang seperti tiada apa yang sedang dilaluinya sekarang. Kadang kala hatinya berdetik ingin sekali mengetahui betapa kuatnya hati suaminya itu melawan semua ini, tapi bila di fikir-fikirkan balik, biarlah ia begitu, cukuplah dia tahu yang sedikit itu walaupun hakikatnya tidaklah setenang seperti apa yang sedang dia bayangkan…. – KEA; SEDUTAN BAB 30 :)

Bersambung...

Love, Ara :)

4 comments:

purple_heart said...

x sabar nye nk tggu buku ni kt pasaran! tahniah yer..

aisy said...

dorang ni mmg sweet la..

AraSharrina Karim said...

thank u purple heart... sabar yer.. hehe :)

aisy : kan? ahhah. Thank u dear. :)

Anonymous said...

Salam.. lama dah tak bc karya kamu..tak pernah mengecewakan..walaupun bg akak permulaannya agak slow..sebab Kea agak pasif, tp bila pertengahan cerita mula ceria sebab Kea dah jd diri dia.. ceria n selamba plus lawak.. akak suke watak Kea.. gaya pcakapan yg selamba n santai..

teruskan dik, semoga kamu dimudahkan Allah utk menyiapkan novel ini dan diberikan ilham yg baik2 utk panduan semua..Amin

Wassalam.