** KLIK : K.E.A 8
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“IBU, boleh pinangkan Saleha untuk Along hujung bulan depan?” Aiman yang entah dari mana datangnya tiba-tiba bertanyakan soalan yang boleh merenjatkan jantung sesiapa yang mendengar. Berkerut-kerut dahi Kea memandang alongnya.
“Aiman dah bincang baik-baik dengan Saleha ke? Ibu tak kisah, asalkan Saleha dan keluarganya setuju. Nanti Ibu cakapkan dengan Pak Lang Aziz dengan Nek Cu. ”
“Hahhh!!? Along ni mamai ke? Kak Saleha tu anak Haji Amri kan? Bilal kampung kita tu kan?? Yang kiut miut tu kan??” Berpusu-pusu soalan ditujukan Kea kepada Alongnya. Aiman hanya tersenyum mengganguk, Kea masih tak berpuas hati, dipalingkan muka mencari ibunya pula.
“Ibu….”
“Yelah Kea… Ibu dah tahu lama dah. Along balik ni pun sebab hal tu lah.”
“Haaaa… Tak beritahu Kea punnn..!! Ni yang nak merajuk niee…” Rajuk Kea, bingkas bangun ke sinki untuk membasuh tangan. Aiman menghampiri Kea. Memang dah dijangka adiknya akan merajuk bila mengetahui hal ni. Bukan sengaja dirahsiakan, cuma masih belum bersedia untuk meluahkan benda yang belum tentu jadinya.
“Eh... Kea merajuk dengan Along ke? Janganlaaa, tak cantiklah adik Along ni kalau merajuk. Along minta maaf okay?” Pujuk Aiman. Kea diam tanpa reaksi. Sabun ditangan digosoknya berulang kali. Nampak benar marahnya.
“Kea… Sudahlah tu. Along kan dah minta maaf tu. Bukan sengaja pun nak rahsiakan daripada Kea. Hal tak confirm lagi sayang, Ibu pun tahu last minit.” Giliran Ibunya pula memujuk. Pening kepalanya melihat telatah anak daranya yang sorang ni. Dah besar panjang pun masih nak merajuk. Anak bongsu memang begitulah ragamnya.
“Hmmm… Okay, sentap sikit je. Along niiieee!! Dah nak tunang pun, nak berahsia lagi. Nanti kalau dah nak kahwin buat macam ni lagi memang setahun Kea tak nak cakap dengan Along..” Sempat Kea bergurau, lengan Alongnya dicubit manja. Mengaduh jugalah Aiman bila terkena cubitan berbisa dari adiknya itu. Puan Zahara menggelengkan kepala melihat telatah dua beradik di hadapannya itu Fikirannya tiba-tiba melayang teringatkan Arwah. ‘Abang… Along dah nak kahwin...’ Bisiknya perlahan dengan harapan ‘bisikkannya’ itu dapat di dengari oleh arwah suaminya. Matanya mula digenangi air mata. Air mata gembira seorang ibu pabila melihat anak-anaknya bahagia di depan mata.
“Eiii… Tak sabarnya nak tengok along kahwin! Kak Saleha tu dahlah lemah lembut, cantik, solehah… Along Kea pun boleh tahan… Wahhh!! Nanti Kea boleh dapat anak buah yang comel-comel… Okay! Nanti Kea jadi wedding planner Along tau!” Kea tiba-tiba teruja lebih.
“Hah sudah! Dah jauh perginya tu. Erm lepas Along, Kea pula kan?? Along tengok makin berseri-seri muka adik along sekarang ni, mesti ada apa-apa ni…” Giliran Aiman pula mengusik. Terus berubah muka Kea bila diajukan pertanyaan sebegitu.
“… Kea dah ada boyfriend ke sayang? Tak beritahu Ibu pun…” Ibunya pula menambah.
“Eh… Mana ada Ibu, Kea kan busy dengan study. Mana nak sempat cari boyfriend-boyfriend ni. Isshh!” Jawapan Kea yang bersahaja membuatkan Along dan Ibunya tertawa.
“Haii… Sejak bila Kea jadi budak skema ni? Entah-entah Kea yang kahwin dulu dari Along tak? Adik Along ni cantik apa, muka dah macam pelakon korea dah, takkanlah tak ada siapa-siapa yang tersangkut, ke Kea memilih sangat ni…” Usikkkan Along Aiman makin menjadi.
“Alaa… Bukan tak ada Long, Kea malaslah nak bercintan cintun ni. Leceh! Lagipun Kea baru dua puluh empat Long. Lambat lagi nak fikir pasal hal ni. Tak apa, biar lepas Along dulu, lepas tu baru fikir pasal Kea ye…” Terkelip-kelip mata Kea menjawab soalan cepumas dari along dan ibunya, dan entah kenapa, tidak semena-mena dia teringatkan Haikal, pesakitnya yang banyak songeh tu. ‘Rindu ke?’ soalnya pada hati.
* * * * *
Dari sudut pintu Haikal memerhatikan Mak Esah yang sedang cuba memasukkan benang ke dalam jarum. Bersusah payah gayanya, sesekali kedengaran Mak Esah merungut memarahi si pembuat jarum. ‘Macam manalah dorang buat benda ni, kecil betul lubangnya!’ Marahnya. Haikal tersenyum melihat gelagat orang gajinya itu. Sudah hampir tiga puluh tahun Mak Esah menjadi orang gaji di banglo itu. Semenjak Ibu bapanya bercerai, Mak Esahlah tempat dia bermanja. Mak Esah memang sudah di anggap seperti orang tuannya sendiri. Hati Haikal menjadi sayu tiba-tiba. Teringat kembali layanannya terhadap Mak Esah sejak kebelakangan ni. Mak Esah dihampirinya.
“Mak Esah…” Lembut saja Haikal menegur wanita itu. Tidak seperti sebelum-sebelumnya. Tengkingan dan maki hamun yang menjadi santapan telingannya. Mak Esah terkejut melihat Haikal berada di biliknya. Kelam kabut dia bangun dan cuba untuk menyembunyikan sesuatu ke belakangnya.
“Er... Nak Haikal… Eh, Haikal… Terkejut Mak Esah. Ada apa-apa yang Haikal nak ke? Nak makan? Mak Esah siapkan…” Jelas kedengaran getaran suara Mak Esah. Mukanya tunduk memandang lantai. Haikal ternampak bajunya di belakang Mak Esah. Di ambil dan di belek-beleknya. Ada kesan koyak di bahagian poket hadapan.
“Mak Esah….” Haikal memanggil lagi, nadanya masih sama. Lembut dan perlahan. Di pegangnya bahu Mak Esah. Terketar-ketar badan Mak Esah tatkala Haikal meletakkan tangan di bahunya. Mungkin takut dimarahi.
“Err… Maaf Haikal… Mak Esah tak sengaja terkoyakkan baju tu masa Mak Esah nak angkat tadi. Tersangkut dekat paku ampaian tu… Tapi Mak Esah tengah nak jahit ni…” Pucat muka Mak Esah ketika ini. Tidak langsung di pandangnya muka Haikal. Gerun akan ditengking lagi. Makin sayu Haikal melihat Mak Esah. Rasa bersalahnya mula menjalar di seluruh badan.
“Mak Esah… Tak apa, sikit je koyaknya ni. Nanti Haikal beli baru. Mak Esah tak perlu susah-susah nak jahit balik ye.” Pujuk Haikal. Mak Esah mengangkat mukanya sedikit memandang Haikal. ‘Eh, betul ke apa yang aku dengar ni. Haikal tak marah!?’ Bisik hatinya. Haikal tersenyum bila Mak Esah sudah mula memandangnya. Tangan Mak Esah dipegangnya. Diusap lembut tangan orang tua itu. Diperhatinya muka Mak Esah yang sudah jelas menampakkan kedutannya.
“Mak Esah… Maafkan Haikal ye. Haikal dah buat Mak Esah kecil hati dengan sikap Haikal.” Tersentuh hati Mak Esah bila mendengar ungkapan maaf dari mulut Haikal. Ubun-ubun Haikal diusapnya. Hampir saja wanita itu menitiskan airmata.
“Haikal… Tak ada apa yang Mak Esah nak maafkan Nak. Haikal dah macam anak Mak Esah sendiri. Mak Esah faham. Jiwa muda memang selalu memberontak. Haikal jangan risau… Kalau ye pun Mak Esah terasa dengan Haikal, dah lama Mak Esah maafkan.” Giliran Mak Esah pula yang memujuk. Haikal berasa sedikit lega mendengar kata-kata Mak Esah, dipeluk erat tubuh wanita tua itu. Mak Esah pelik dengan kelakuan Haikal. Tapi dibiarkan saja Haikal memeluknya. Haikal memang manja dengannya, cuma sejak dua menjak ni saja kelakuannya berbeda.
“Haikal pun dah anggap Mak Esah macam Mak Haikal sendiri. Sekali lagi Haikal minta maaf.” Haikal membalas pujukan Mak Esah, pelukkannya masih erat. Terpinga-pinga orang tua tu melihat gelagat Haikal. ‘Mak Esah takkan faham… Haikal dah tak lama di sini….’ Desis hatinya. Sebak… Ingin saja dia menangis di bahu Mak Esah, ingin saja diluahkan apa yang terbuku dihatinya, biar keluar semua, tapi ditahannya. Memang berat dugaan yang sedang menimpa dirinya. Tapi dia harus kuat, jika ditakdirkan umurnya tak panjang, dia akan redha. Itu janjinya pada diri sendiri. Pelukannya dileraikan.
“Mak Esah ada masak tak? Haikal lapar…” Rengek Haikal sambil memegang perutnya. Dia tak mahu lagi memanjangkan kesedihan hati. Mak Esah ketawa melihat tingkah Haikal.
“Mestilah Mak Esah dah masak, tengah tunggu Haikal makan je. Mak Esah hidangkan sekarang ye.” Mak Esah bingkas bangun. Haikal juga bangun menuruti Mak Esah.
“Mari Haikal tolong…” Haikal secara sukalera menominasikan diri. Dia tersengih melihat dahi Mak Esah yang berkerut. Ditariknya tangan Mak Esah ke dapur. Wanita ituhanya menurut tanpa sepatah kata. Hatinya bahagia bila melihat Haikal yang sudah mula untuk bergurau dengannya.
‘Ya Allah… Semoga Engkau pelihara Haikal dari sebarang perkara yang tidak baik…’ Doanya.
HAIKAL masih lagi duduk berteleku diatas sejadah. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia malu dengan Allah dan dirinya sendiri. Mungkin ini hukuman yang diberikan Allah kerana sikapnya yang sentiasa lewa dan sering meninggalkan suruhanNYA. Dia mengimbas kembali kelakuannya ketika sihat dahulu. Dia sering kali lalai melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim dan islam. Apa yang dilarang itulah yang dilakukannya. Sebut saja kelab mana yang tidak pernah dikunjunginya. Kawan-kawan dan perempuan tak usah cakaplah, tidak pernah lekang dari hidupnya. Tak payah dicari, ada saja yang ingin mendampinginya. Walaupun dia sedar semua tu hanya menginginkan duitnya saja. Dia tak kisah jika terpaksa berhabis beribu-ribu ringgit, Asalkan dia bahagia. Ya! Memang waktu itu dia mengganggap dirinya terlalu bahagia, dia tidak sedar bahawa itu bukan kebahagiaan hakiki yang sepatutnya dicari.
Sehinggalah suatu malam dia terduduk lemah disalah sebuah kelab di ibu kota. Kepalanya terasa bagai dihentak-hentak dan dicucuk-cucuk dengan benda tajam. Matanya memang langsung tidak boleh dibuka dan akhirnya dia pengsan. Dia tidak ingat apa-apa yang jadi ketika itu, sampailah dia tersedar yang dia sudah pun terbaring lesu di atas katil hospital seorang diri tanpa kawan-kawan atau perempuan-perempuan yang sentiasa menemaninya, dan lebih memeranjatkannya lagi bila doktor mengesahkan dirinya menghidap kanser otak peringkat ke dua. Kata-kata itu bagai halilintar yang meragut kebahagiaannya. Sejak dari itu tiada lagi kawan-kawan mahu pun perempuan yang ingin mendampingi atau didampinginya, dirinya sering kali murung dan tidak terurus. Emosinya jadi tak menentu, pasang surut marahnya. Tapi hari ini entah kenapa, hatinya tiba-tiba diruntun rasa bersalah pada diri sendiri. Untuk sekian kalinya, dia terpandangkan sejadah yang tergantung di biliknya. Dirinya terpanggil untuk menunaikan kewajipan yang sudah lama dia abaikan. Tatkala air wuduk mengenai kulitnya, dapat dirasakan satu perasaan yang amat luar biasa, perasaannya menjadi sangat sangat tenang hingga sukar di terjemahkan melalui kata-kata. Dia bersyukur kerana Allah telah membukakan hatinya. Dia bersyukur Allah tidak meninggalkan dirinya jauh kebelakang dan dia lebih bersyukur kerana masih sempat sujud dan menadah tangan memohon keampunan dariNYA YANG MAHA KUASA.
“Terima Kasih Ya Allah kerana masih lagi memberikanku kesempatan untuk mendekatiMU…… Hanya padaMU aku menghambakan diriku Ya Allah... Walaupun sebegini berat dugaan yang Engkau letakkan di bahuku, Aku redha Ya Allah… Aku redha jika ini memang sudah tertulis untukku… Aku tahu Engkau tidak akan memberi ujian diluar kemampuan hambaMU. Aku yakin akan adanya hikmah di sebalik semua ini. Aku pohon KAU berikanlah aku kekuatan untuk mengharunginya sehingga hujung nafasku………………..Amin Ya Rabbal Allaminn…”
No comments: