Be who you are and say what you feel, because those who mind don't matter and those who matter don't mind. ~ Dr. Seuss
Followers
"LOVE MEMO"
"LOVE MEMO OF THE DAY"
New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..
Enjoy reading guys! ;D
Love,
Ara
New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..
Enjoy reading guys! ;D
Love,
Ara
Tuesday, July 3, 2012
SURAT CINTA UNTUK KEA - "AIDA SYALEEZA"
Assalamualaikum kak ara yang comel! :D
Okay, ini review yang aida dah janji dengan akak nak buat! Aida tau memang lambat, sebab aida baru buat harini! Jangan terkejut tau, sebab banyak sangat gangguan bila aida nak buat, ada je halangan! Akhirnya siap jugak review ni! Silalah baca, sorry kalau tak memuaskan and kalau ada kekurangan akak buat-buat tak nampak je okay! :p
Aida ingat lagi macam mana boleh terjebak dengan Kea ni. Mula-mula aida baca cerpen akak, then bila akak kata akak ada buat e-novel, aida pun cari. Bila dah jumpa tu, aida bookmark dulu kat p2u. Masa tu kan akak belum buat blog lagi! :)
Lepas berapa minggu, aida start baca daripada awal sampai bab 16 kalau tak silap! Masa tu memang asyik tertunggu-tunggu je! Bila dah selalu macam tu, aida pun stop baca! Dengan hasrat nanti bila akak dah sambung balik, boleh la baca lama sikit kan, takde la rasa kejap sangat! hehe! *okay stop untuk pengenalan macam mana boleh minat dengan Kea ni* :D
Dengan jujurnya, masa aida baca cerita ni, aida takut nak nangis! So, aida tak hayati pun apa yang aida baca! Memang tak nangis la kann, tapi tu masa tak berapa nak sedih sangat! Bila dah tengah-tengah tu, rilex lagi baca tapi air mata macam nak meleleh je! Ah sudah, start daripada tu memang banjir la! Then, aida baca untuk kali kedua, punya menghayati sampai nak tembus buku tu aida buat! *okay yg tu tipu! :D Masa tu la entah berapa kali nangis, dah habis baca pun still menangis lagi! Memang tabik spring katil la dengan semangat Kea! Even dia tu tak lah kuat mana sebenarnya, tapi dia cuba untuk hadapi semua ujian yang melanda dia. Terlampau banyak dugaan yang dia terima, sampai aida rasa kalau aida ada dekat tempat dia, mungkin mustahil untuk jadi setabah tu!
Haikal ni pula mula-mula tu watak dia agak menyakitkan hati sebab kesan daripada penyakit dia tu kann! Tapi bila dah lama-lama tu sweet la pulak! Nasib baik tak terjatuh hati ni kat dia, haha! Tapi part yang dia mengamuk gila dengan Kea sampai sanggup halau Kea daripada rumah, masa tu rasa benci gila dengan Haikal! Memang la dia tak bersalah sepenuhnya sebab dia dengar darpada Zarif je, tapi sepatutnya dengar lah penjelasan kea dulu! Ni main hentam kromo je marah-marah Kea, siap halau lagi! Tak rugi pun kalau dia dengar cakap Kea, lagi untung ada lah! Takde lah hati masing-masing terseksa kann!
Nasib baiklah Kea ada kawan baik macam Maria tu! Sentiasa ada bila Kea ada masalah! No wonder la Maria kahwin dengan Izat, sebab masing-masing ada dengan Kea bila Kea susah! Mula-mula kenal dengan watak Izat ni ingatkan dia tolong Kea sebab nak ambil hati, maklum lah dia minat gila kat Kea tu kann! Since kat u lagi! So bila Maria dengan Izat nampak sweet la kann, dua-dua kawan baik Kea! :D
Oh ya, tadi ada sebut pasal Zarif! Zarif ni sebenarnya tak boleh terima hakikat yang Atilia tu dah meninggal! Lagipun, dia tak tengok masa Atilia tu dikebumikan. Bila dia jumpa dengan orang mirip Atilia, terus dia pikir tu Atilia. Dia pikir Atilia tu tipu dia, sampai macam tu dia obses dengan Atilia tu! Kebetulan orang yang mirip dengan Atilia tu Kea! Kadang2 kesian pulak tengok dia, tapi bila sampai memecahbelahkan rumahtangga orang, mula la panas je baca part yang ada Zarif tu! huhu! nasib baik la mak si Zarif tu ceritakan semua. Kalau tak, entah apa jadi Kea dengan Haikal!
Tapi langit tak selalunya cerah kann! Haikal kena buat pilihan sama ada nak selamatkan Kea atau pun babies! Nasib baik lah Kea and babies selamat! Tapi kelakar gak sebab sebelum ni diorg nak bincang pasal nama anak kalau kembar. Tapi terbantut sebab krisis yang Zarif psiko tu cipta! Nampak sepakat je bila automatik keluar nama Adam and Alya daripada mulut diorang! Nampak sangat tengah pikir benda yang sama!:D
Banyak lagi nak cerita sebab novel ni banyak konflik, tapi macam dah panjang sangat je review ni, kang ngantuk pulak kak Ara nak baca! Tapi yang paling penting novel Kea novel first yang buat aida menangis walaupun dah selesai baca! Serius aida nak jadi kuat macam Kea. Maybe satu hari nanti aida boleh pinjam semangat Kea! ^_^
++++++++
* Please Drop Some Love after Read :)
Thank you People! <3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments: