Be who you are and say what you feel, because those who mind don't matter and those who matter don't mind. ~ Dr. Seuss
Followers
"LOVE MEMO"
"LOVE MEMO OF THE DAY"
New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..
Enjoy reading guys! ;D
Love,
Ara
New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..
Enjoy reading guys! ;D
Love,
Ara
Tuesday, September 25, 2012
"Aiseyman, Driver Aje" - [BAB 6]
“BILA dah habis dinner nanti Encik call saya... I’ll be around.” Pesan Pelangi setelah kereta diberhentikan betul-betul dihadapan pintu masuk The Club, Bukit Utama.
Irham memandang sekilas ke arah Pelangi sambil menanggalkan seat belt dari tubuhnya. “Tak payah nak ingatkan aku apa-apa, aku tahu bila aku nak panggil kau. I’m your bos, not your friend.” Tingkahnya sambil membetulkan rambut dan kemeja yang dipakainya.
Pelangi cebik bibir. ‘Giler kerek kau ni!’ Gumannya di dalam hati. Melalui cermin pandang belakang dia memerhati Irham. Walaupun bahasa lelaki itu kasar tapi raut wajah dan posture tubuhnya malam ini agak berbeza, dia kelihatan agak tenang berbanding dengan hari-hari sebelumnya. Mungkin teruja nak berjumpa kawan atau mungkin di sebabkan oleh Datin Yuhanis. Erm, mungkin. Pelangi berteka-teki sendiri. Lelaki dibelakangnya itu diperhati lagi. Irham memang segak dan bergaya. Bergaya dan ada style tersendiri itu sudah tentu sebab dia orang kaya, no doubt! Muka pula dah ada rupa mat saleh converted to islam, tubuh tegap, tinggi tak usah cakaplah, melangit perginya. Teringat saat pertama kali dia berdiri bersebelahan dengan tuan besarnya itu, ketinggian dia hanya paras siku Irham je kut! Ah! Peduli apa, kecil-kecil cili padi tauuu. Desisnya mahu membela diri sendiri. Eh! Pelangi terpandang sesuatu. Ada lesung pipit rupanya mamat ni. Dalam juga lesungnya ni, bolehlah muat masuk duit syiling lima puluh sen. Ishhh… Sayangnya… Muka boleh ‘jual’, tapi attitude ke laut!
“Kau ambil perfume aku dalam dashboard tu.” Arah Irham mematikan lamunan Pelangi yang tak pasal-pasal menjadi pengkritik bebas tak berbayar. Pelangi menurut. Dia ambil minyak wangi itu dan dihulurkan pada Irham. Perlahan saja gerak-gerinya.
“Cepatlah sikit! Lembablah!” Marah Irham.
Herdikan Irham yang secara tiba-tiba membuatkan Pelangi terkejut. “Err… Janganlah menjerit-jerit…” Tingkah Pelangi di antara dengar tak dengar. Geram betul dia dengan lelaki ni, cubalah cakap baik-baik. Asyik nak menengking aje!
Irham buat tak tahu. Dia buka pintu dan terus keluar tanpa sebarang kata. Pelangi menyoroti langkah Irham dengan anak mata. Dia mengeluh. Jauh di sudut hati, dia berdoa agar satu hari nanti lelaki itu akan melayannya dengan baik. Bukanlah sampai nak menatangnya bagai minyak yang penuh, tapi cukuplah kalau Irham bercakap lembut dengannya. Dia tidak suka Irham menjerit-jerit, memaki hamunnya. Dia juga punya hati yang mudah tersentuh bila Irham memperlakukannya begitu. Niat dia ikhlas untuk bekerja dan mencari duit bagi menampung kehidupan sehariannya. Lagipun dia suka dengan kerjanya sekarang, tidak terlalu stress dengan paperwork, start enjin dan terus menyusur laju. Kadang-kadang tu boleh sekali menyelam sambil minum air, sambil drive sambil jalan makan angin. Tak ke indah kerja macam tu? Erm, Tapi itulah… menjadi driver kepada majikan yang banyak kerenah juga bukan mudah, silap-silap nanti dia boleh dapat darah tinggi kerana tahap stress yang melampau. Who knows, kan? Hurmmm… Wahai hati, sila bertahan, baru-baru lagi memang macam ni. InsyaAllah nanti, everything will be so fine… Pujuk hatinya sendiri.
+++++++++
“OH MY GOD, BABE!” Tadi Alan dan Amer, kini giliran Irham dan Bella pula berpelukkan dan berlaga pipi. Mesranya bukan main lagi. Itu memang menjadi kelaziman mereka, entah kelaziman mana yang dorang ni pakai, nampak sangat terikut-ikut dengan budaya barat. Kalau muhrim tak apa juga nak berlaga pipi bagai, ni laki perempuan main belasah aje.
“Bell! How are you!? How’s your life?” Alan memulakan bicara setelah keadaan reda.
“Well, everythings okay. Nothing change. Cuma mungkin I yang dah semakin vogue kut!” Seloroh Bella cuba untuk menghangatkan lagi suasana.
“Ya, you memang makin vogue sekarang. Tak padan dah ada anak satu.” Puji Amer jujur. Dahulu Amer pernah berhasrat untuk menjadikan Bella sebagai kekasih hatinya, tapi dia di rejected mentah-mentah. Waktu belajar dulu Bella sangat rapat dengan Irham, sikit-sikit Irham, pergi mana mesti kena ada Irham, itu Irham, ini Irham. Semuanya Irham lah. Tapi adil lah, dia dulu selekeh aje… Harta pun tak ada. Setakat bergantung dengan duit biasiswa dari kerajaan dan kerja part-time yang tak tentu hala bayarannya tu, memang cari nahaslah minta couple dengan wanita macam Bella yang serba serbi high taste tu.
“Memang bergetah lagi mama hot ni!” Alan tiba-tiba bersuara. Susuk tubuh Bella ditelitinya tak berkelip. Dengan hanya shorts paras peha dan ber-cardigan satin menutupi badannya yang berlapiskan singlet top, wanita itu memang sangat seksi di matanya.
“Hoi! Agak-agaklah dengan kawan sendiri pun kau nak tenung macam tu!” Irham tolak kepala Alan. Lelaki itu ketawa besar. Aisey, kantoi… Guman hatinya.
“Alan ni memang! Perangai tak ubah dari dulu. Bila dah ‘nak’, tapi tak dapat begitulah jadinya.” Perli Bella yang sudah faham benar dengan perangai kawannya yang sorang ni. Alan hanya tersengih menyambung tawanya yang masih bersisa.
“Tu sebab dah kemaruklah tuh! Ish, Alan… Alan… Bikin malu je loh!” Usik Amer menambah rasa yang ada.
“Itulah dia, pantang betul!” Tambah Irham lagi.
“Eh, come on lah guys! Itu pun lu orang mahu kecoh ka? I tahu lah I takkan dapat, sebab tu I pandang macam tu. Kecoh lah lu orang…” Bidas Alan, membalas setiap perlian yang dikenakan padanya. Dia pasrah… Antara mereka berempat memang dia aje lah yang selalu menjadi mangsa usikkan mereka.
Suasana sekitar menjadi bising dengan gelak tawa mereka.
“Hai you all ni masing-masing perangai tak berubah!” Tingkah Bella. Walau bagaimanapun keadaan mereka sekarang ni, dia tetap happy. Happy sebab dapat berkumpul semula dengan kawan-kawan lelakinya super-duper hyper itu. Lagipun, memang sudah agak lama mereka tak berjumpa. Kali terakhir pun lima enam tahun lepas, itu pun dalam keadaan yang tergesa-gesa.
“Tak sangka hati you terbuka lagi nak balik sini. Ingat ke dah tak ingat jalan pulang.” Ucap Irham tiba-tiba. Dia sebenarnya masih terkejut bila mendapat tahu yang Bella ingin pulang ke Malaysia. Setahunya Bella memang sudah tak mahu langsung balik ke sini. Tambahan pula, keluarga Bella pun semuanya dah migrated di overseas. Tiada siapa kenalan Bella yang tinggal di sini melainkan dia, Amer dan Alan.
Bella jeling manja teman tapi mesranya itu. “Eh, hello… Ayat makan dalam nampak? Malaysia ni tanah tumpah darah I okey! Takkanlah I tak boleh balik kampung sendiri.” Balas Bella, keningnya diangkat sedikit tanda tak puas hati. Memang di antara Irham, Amer dan Alan, dia memang sangat rapat dengan Irham. Irham pandai melayan rentaknya, apa saja kehendak Bella, Irham pasti akan cuba untuk menunaikannya. Pernah juga dia menaruh hati pada Irham, tapi perasaannya itu hanya dibiarkan terkubur bila mendapat tahu yang Irham benci pada komitmen. Especially komitmen bercinta. Masa itu dia anggap Irham gila! Mana mungkin hidup tanpa komitmen. Di sebabkan hal itu, hatinya berubah arah. Dia berkenalan dengan lelaki Ausie, berkahwin dan terus menetap di sana. Tapi sekarang ni bila fikir-fikir balik, baik hidup tanpa komitmen daripada hidup dengan komitmen yang menyesakkan kepalanya!
“Ishh, melawan!” Irham tarik hidung Bella dengan jarinya. Itu memang kebiasaan Irham bila dengan Bella, dia suka usik hidung Bella yang mancung tu.
“Ouch, Irham!!” Bella geram, bahu lelaki itu dipukulnya. “… Dari I single, sampailah sekarang ni dah ada anak, you tak habis-habis nak main dengan hidung I eh!”
“Ah dah sudah… Ni lagi sorang! Ingat ke Alan je yang buat perangai, kau pun sama juga Ir? Nak manja-manja pula dia…” Tegur Amer, terhambur tawa Irham dan Bella. Alan buat tak tahu, takut dia akan diheret sekali dalam perbualan itu.
“Ha, cakap pasal anak. Where’s Alice? and where’s your husband? You balik Malaysia ni dengan siapa?” Soal Irham bertubi-tubi.
“I balik sini dengan Alice saje. Dia ada I tinggalkan dengan maid I. Biarlah, nak bagi dia familiar dengan maid I tu dulu. Nanti senang I nak keluar kerja.” Terangnya.
“Maksudnya, you balik dengan Alice saja? Your husband?” Soal Alan pula.
“Oh, we all balik dulu. Dia akan follow later.” Jawab Bella ringkas, tapi teragak-agak.
“You dengan your husband okey ke?” Soal Irham bila terasa ada sesuatu yang ‘missing’ dalam jawapan Bella itu. Bella pandang Irham, mata mereka berlaga dan kemudiannya Bella cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Irham tambah hairan. Dia pandang pula pada Amer yang turut memandangnya.
“Well, so far okey.” Sahut Bella dengan yakin.
“Are you sure?” Irham masih lagi tak puas hati.
“Sure lah. Kenapa pula I tak sure?”
“Mana lah tahu…”
“Mana lah tahu, apa?”
“Ehh… Dah-dah, yang lu orang nak gaduh ni kenapa? Selalu bikin ributlah! You ni Irham… kan Bella dah cakap dia dengan husband dia okey. So, lu mahu apa lagi? Lagi mau soal siasat macam polis… Ceh!” Bebel Alan memarahi Irham.
“Eh.eh. Apek ni…”
“Erm… Kan Bella darling? You okey saja kan? Kalau you tak okey, you beritahu cepat-cepat sama Abang Alan… Abang Alan akan sentiasa ada untuk membantu.” Bebel Alan. Dalam bebel-bebel tu sempat juga dia nak flirt dengan Bella. Ada hati nak jadi ‘Abang Alan’. Macam bagus aje bunyinya. Heh!
“Okey Abang Alan, kalau ada apa-apa Bella darling akan cepat-cepat beritahu Abang Alan ya?” Bella ikutkan saja gelagat kawannya itu. Alan ni memang lain sikit perangainya. Kadang-kadang dia boleh diajak untuk bergurau, tapi kena tengok juga timing-nya, kalau agak-agak timing tak betul, janganlah diajak bergurau. Mahu melayang orang tu kena hayun dengan apek ni. Tapi dalam banyak-banyak tu, ada satu perangai Alan yang Bella respect, Alan tahu bagaimana nak control emosi dia setiap kali berhadapan dengannya. Sebenarnya dari dulu lagi dia memang suka menyakat Bella, ada saje benda yang dia buat semata-mata untuk buat wanita itu ketawa. Tapi menyakat ajelah yang dia mampu. Nak lebih-lebih dia tak berani, takut kena ‘potong’ katanya. Entah potong apa, bila ditanya ‘lu orang faham sendiri lah haaa…’, itu ajelah jawapannya.
Amer hanya mampu tersenyum melihat gelagat dua rakannya itu. Dalam diam dia pandang Irham yang kelihatan seperti berfikirkan sesuatu. Dia kenal Irham, lelaki itu sedang mengesyaki Bella. Dia juga turut merasakan hal yang sama. Dari pandangan dan jawapan Bella tadi pun dia pasti ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh wanita itu.
“Bell, you tinggalkan Alice dengan your new maid okay ke?” Soal Irham lagi. Entah kenapa dia rasa sangat tak puas hati dengan jawapan Bella sebentar tadi.
“She’s fine. Lagipun my mom’s friend yang introduce dia dekat I. Don’t worry. Alice should be okay. She’s my daughter, I know her very well… She can, no worries.”
“I bukan apa, you know lah kan lately ni banyak kes. Manusia sekarang banyak yang dah kejam. Tak tahulah apa yang ada dalam kepala dorang tu. Hm. I harap dia akan jaga Alice dengan baik…” kata Irham cuba memujuk hatinya sendiri. Alan dan Amer hanya mengangguk mengiakan kata-kata Irham. Walaupun tidak pernah berkesempatan untuk berjumpa dengan Alice, mereka tetap mengambil berat dan risau tentang anak kecil itu.
“Trust me, she’ll be fine.” Ulang Bella lagi meyakinkan kawan-kawannya. Dia sebenarnya sudah dapat menangkap apa yang sedang berlegar-legar di fikiran mereka, sudah lama mereka kenal hati budi masing-masing. Mustahil mereka tidak tahu apa yang dirasakan olehnya. Tapi biarlah… Biar mereka berteka-teki sendiri. Sampai masa dan ketika, mereka akan tahu juga segalanya. Tapi untuk hari ini biarlah dia bergembira dahulu……
+++++++++
“FARISH, aku off phone dulu. Bos aku dah keluar tu!” Tergesa-gesa Pelangi ingin mematikan perbualan telefon di antaranya dengan Farish.
“Ek eleh perempuan ni! Tak sampai lima minit pun kau cakap dengan aku tahu tak?” Rungut Farish tak puas hati.
“Alahhh… Nanti-nanti kau call aku lagi. Aku nak cepat ni, nanti singa tu mengamuk!”
“Pastu nak suruh aku jugak call dia! Tak kuasa mak tau!”
“Alah dengan aku jangan nak berkira sangat boleh tak? Ni bukan handphone aku. Kang kalau aku call kau, kantoilah. Nanti kau juga yang kemaruk rindu nak cakap dengan aku. Hish… Dahlah! Aku letak ni. Bye! Bye!”
“Alaaa… Pelangi!? Lani!? Babe… Beb!? Bebbb!! Ishhh! Benci tau perempuan ni!!!”
++++++++++++++++
“KAU betul tak nak aku hantarkan ni?” Soal Amer.
“Yup, no need. Aku…
“Okay darlings, I off dulu. My ‘driver’ dah sampai.” Potong Bella.
“Driver? Mana driver you?” Alan tercari-cari kelibat ‘driver’ yang dimaksudkan Bella.
“Tu!” Sahut Bella sambil menunding jari ke arah sebuah teksi.
“Err, okay… Girl, what do you mean by that? Cab? You naik cab? You must be kidding me right? Where’s your car?” Soal Irham seakan tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya. Bella dan teksi? Bella naik teksi? Mustahil! Setahu Irham, gara-gara wanita itu hampir dirompak dan dirogol sewaktu menaiki teksi dahulu, Bella jadi sangat anti dan fobia untuk menaiki teksi lagi. Daripada naik teksi, dia lebih rela berjalan kaki. Tak kisahlah berapa jauh pun, dia rela asalkan bukan menaiki teksi. Tapi sekarang lain pula jadinya.
“Alah… Later I story okay? I nak cepat ni. Bye!” Dengan cepat Bella meninggalkan rakan-rakannya yang terpingga-pingga. Alan dan Amer berpandangan sesama sendiri. Mereka juga terfikir hal yang sama seperti Irham.
“Oh Gosh!! What is wrong with this lady?? She’s look so weird!” Irham tiba-tiba naik angin setelah teksi itu hilang dari pandangannya. Dia bukan boleh kalau ada orang yang cuba nak sembunyikan sesuatu daripadanya. Lebih-lebih lagi kalau orang tu orang yang rapat dengannya dan Bella is one of them.
“Control yourself, Ir.” Kata Amer cuba menenangkan Irham.
“Relax bro. Cool down…” Tambah Alan pula.
“Korang perasan tak dia dah banyak berubah sekarang.? Korang tahu Bella kan? Korang tahu we all macam mana kan? Dia memang dah lain sekarang. Aku rasa ada banyak benda yang dia cuba sembunyikan dari kita...” Tingkah Irham.
“Hmm. Bagi dia sikit masa lagi. Aku pun perasan juga tadi. But we never know what is actually happened to her. Just wait and see. Aku yakin dia akan beritahu kita kalau ada apa-apa nanti. Kau relaks lah.” Pujuk Amer cuba untuk mententeramkan Irham. Irham mengeluh. Dia tak suka bila terpaksa hidup dalam keadaan berteka-teki begini. Kalau orang lain, lantaklah. Dia memang tak ambil peduli. Tapi bukan Bella, bukan dengan kawan yang dia sudah anggap seperti ahli keluarganya sendiri.
“Err... Ir, don’t tell me that your driver sekarang ni ialah seorang perempuan?” Alan tiba-tiba menukar topik perbualan. Irham sedikit terkejut dengan kenyataan yang baru saja dikeluarkan oleh lelaki itu. Dia mengeluh. Perkara yang ingin dia rahsiakan kini bukan lagi rahsia, mana mungkin lelaki ego macam dia mahu mengaku yang driver dia sekarang ni ialah seorang perempuan? But well Irham, your rahsia dah pun terbongkar sekarang ni. She is in front of you right now… Hatinya berbisik seakan mengejek dirinya sendiri. Dia jeling Alan dan Amer dengan ekor mata, jelaslah mereka sedang mentertawakannya. Shit!
“Hmm… Expected! Now she is.” Jawab Irham sambil memberi isyarat tangan kepada Pelangi untuk keluar daripada kereta.
“… Alahai mamat ni, masuk ajelah dalam kereta ni. Tak payahlah nak panggil-panggil aku keluar. Hisshhh…” Rungut Pelangi bila melihat signal yang diberikan Irham, dia akur, dia tahu dia tiada pilihan lain selain menurut. Dengan perlahan dia buka seat belt, seterusnya pintu kereta dan kemudiannya dia berjalan keluar ke arah Irham dan dua orang lelaki yang sedang memerhatikan setiap langkah yang diambilnya.
“Err… Encik Irham. Kereta dah ready.” Tergagap-gagap Pelangi membuka mulutnya.
“Aku tahulah.., yang kau tu datang sini kenapa?”
“Eh, tapi tadi Encik Irham panggil saya kan?” Pelangi mula bingung. Mana satu yang betul ni?? Haishh… Cakap tak serupa bikin! Mukanya sudah berona merah.
Alan dan Amer hanya tersenyum sendiri. Nahaslah budak ni dikenakan Irham. Masing-masing bermonolog di dalam hati.
“Aku suruh kau keluar bukakan pintu untuk aku, aku nak masuk. Bukan suruh kau keluar dan tayang muka dekat sini!” Jerkah Irham. Terkebil-kebil Pelangi memandang lelaki itu. “… yang kau pandang aku macam tu, kenapa? Nak tumbuk aku pula? Cepatlah pergi buka pintu tu!”
“Err… Baik, baik…” Sahut Pelangi mahu melangkah. Tapi bukan setakat nak melangkah saje sekarang ni, nak menangis pun ada ni! Uwaaaa~
“Hi, I’m Amer. Kawan Irham, your bos.” Tanpa disuruh Amer memperkenalkan dirinya. Tangan dihulur tanda mahu bersalaman.
“Err…” Pelangi jadi serba salah. Nak sambut atau tak? Nak atau tak? Nak? Tak?
“Hi, I pula Alan. Kawan kepada Irham and Amer.” Alan pula menyampuk. Pelangi jadi ‘double’ serba salah. Dia pandang pada Irham yang sedang merenungnya.
“It’s okay girl. Bos you ni baik sebenarnya. But biasalah baru-baru… You dah lama jadi driver?” Amer mula menyusun ayat.
“Erm, saya Pelangi… boleh panggil Lani saja kalau mahu dan saya baru saja jadi driver Encik Irham…” Jawab Pelangi jujur.
“Wow, Pelangi! Nice name!” Puji Amer.
“Mir, enough. We got to go now. Tak payah nak mengayat sangatla. Budak ni bukan ada apa, dahlah pendek kemetot macam tu aje, kurus melidi pulak tu. Aku nak pandang pun tak ada selera.”
Bulat mata Pelangi mendengar kutukan demi kutukan yang keluar dari mulut lelaki samdol di hadapannya tu! Ewahhh! Sedap mulut kau je nak mengata aku kan. Macamlah kau tu hebat sangat! Ishhh…
“You gila ‘tak ada apa-apa’? Hot stuff kut! Kalau nak upgrade pun, tak banyak sangat nak kena ubah ni.” Makin membulat mata Pelangi bila mendengar ayat-berani-mati yang keluar dari mulut lelaki cina yang berdiri bersebelahan dengan tuan besarnya itu. Eh.eh, Apek ni sekali aku siku kau kang! Kau ingat aku ni Microsoft office ke? Atau telefon smartphones yang kau nak upgrade-upgrade bagai ni!!? Walawey, ini sudah lebih niee!! Pelangi menyumpah-nyumpah di dalam hati. Geramnya akuuu!!
“… Okay, okay dah. Kesian pulalah driver kau ni kena sakat. Kau pun janganlah buli dia sangat.” Amer tiba-tiba berubah nak jadi baik.
Pelangi cebik bibir. Memaku dulang, paku serpih. Mengata orang, dia yang lebih! Kau pun sama je tahu tak! Getusnya, marahnya pada lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Amer itu pun meluap-luap naik sama. Sabar Pelangi, sabar. Ingat kau perlukan kerja ni untuk dapatkan duit. Semester baru nak buka dah ni. Sabar Pelangi… Tarik nafas, hembus. Tarik, hembus… Pelangi cuba psycho dirinya sendiri agar lebih bertenang.
“Nak sangat jadi driver aku, nasib badanlah!” Irham pandang sinis pada Pelangi yang hanya tunduk memandang bawah. “Hmm… Dahlah, layan korang sampai kiamat pun tak habis! Aku blah dulu. Gerak Pelangi!” Putus Irham akhirnya. Pelangi hanya diam menurut. Hatinya betul-betul terasa malam ni. Mereka bertiga melayannya macam sampah! Tanpa sedar airmatanya mengalir. Terasa diri begitu hina diperlakukan sebegitu.
Setelah sampai ke kereta, dia bukakan pintu belakang untuk Irham. Air mata yang basah di pipi diseka dengan belakang tangan, Pelangi tidak mahu Irham nampak dia menangis. Dia tak mahu dirinya dijadikan bahan ketawa lagi.
Telahan Pelangi sememangnya tersasar! Irham ternyata lebih pantas daripadanya. Lelaki itu sempat melihat air mata yang mengalir di pipi Pelangi. Melampau sangat ke aku main-mainkan dia tadi? Irham sempat terfikir akan layanannya terhadap gadis itu. Timbul sekelumit rasa bersalah di hatinya, namun untuk beralah dan meminta maaf daripada gadis itu adalah satu perkara yang mustahil untuk dia lakukan.
“Kalau rasa tak tahan dan nak berhenti, kau boleh berhenti sekarang.” Lain yang difikir, lain pula yang diluah. Irham terkesima dengan kata-katanya sendiri. Kalau betul budak ni nak berhenti sekarang tak ke naya dia kena balik jalan kaki! Desisnya sendiri. Berdebar-debar hatinya menunggu jawapan daripada gadis itu.
“Saya okey lagi.” Jawapan yang keluar dari mulut Pelangi sedikit sebanyak melegakan hati Irham.
“Kau jangan cakap aje kau okey. Aku tak suka tengok kau lembik macam ni, tegur sikit nak menangis, tegur sikit nak meraung!” Sengaja Irham tak beri muka.
“Saya bukan seperti yang Encik Irham bayangkan. Cuma kalau boleh saya nak minta Encik Irham jangan malukan saya seperti tadi. Saya juga punya hati dan perasaan untuk dijaga.” Luah Pelangi dengan berani. Dia tahu risiko yang bakal dihadapinya nanti. Diamnya tadi bukan bererti dia membenarkan dirinya dipijak-pijak sesuka hati. Dia cuma tidak mahu melakukan hal yang sama seperti mana yang dilakukan oleh lelaki dihadapannya itu.
Irham terdiam. Suasana menjadi sepi.
“Kau ingat kau siapa nak minta itu dan ini?” Bentak Irham tiba-tiba. Sekejap saja perasaan bersalah itu wujud dihatinya. Wajah polos Pelangi ditenung tajam.
“Encik… Saya bekerja…..
“Kau sedar kau bekerja? Kau sedar tak yang aku ni bos kau?” Pelangi tak sempat menghabiskan ayatnya bila Irham terlebih dahulu memotong.
“… Di sini aku bos dan aku yang beri arahan. Kau tu hanya kuli dan sedar sikit yang kuli tu tugasnya hanya mendengar arahan bukannya memberi aku arahan. Kau tak layak langsung nak bercakap dengan aku macam tu tahu tak!?” Tengkingan Irham seakan bergema.
Pelangi terkedu. Kata-kata Irham tidak sedikit pun dia balas.
“Kau dengar sini Pelangi! Kalau kau nak kerja lama dengan aku, kau kena ikut apa yang aku suruh. Kau kena hadap apa pun yang aku akan buat dengan kau. Kalau kau tak suka kau boleh berambus bila-bila masa! Lagipun kau lupa apa tujuan kau kerja? Kau perlukan duit bukan? Kau berharap sangat dengan duit aku ni kan? Sekarang aku bagi kau duit. Tugas kau senang, hanya jadi driver aku. Aku tak suruh kau tidur dengan aku pun dah cukup baik tahu tak! Now move! I had enough for today!” Panjang lebar Irham memberi amaran. Wajahnya merah menahan marah.
Pelangi sebak. Dia tidak jadi untuk melawan. Dia akur dengan status dirinya kini. Dia hanya seorang kuli! Ya kuli… Kuli yang boleh diperlakukan sesuka hati, entah kenapa dia lupa akan perkara itu.
Kau hanya kuli, Pelangi. Dia bos kau… Kau kuli! Suara itu berulang kali berlegar-legar di setiap ruang fikirannya.
Kau kuli, Pelangi…
Kau kuli…
BERSAMBUNG... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
sob..sob..sob..sedihnya..kurang asam jawa punya Irham...mulut longkang betul mamat ni...best citer ni...Cik Writer cepat2 update yer..tak sabar nk tau ape jadi lepas ni..teruja sangat ni...
tak sabar nak tunggu bab2 seterusnya...
kurang asam boi tul lh irham ne,sesedap mulut je hambur herdik pelangi!!budget dh cukup bagus n otai sngt lh tu....hampeh nye mamat.tunjuk taiko ngan minah,tk kacak lh cam tu mamat sengal.ha kn amek kau,sakit ati akak dek kat mamat cam ne dek...teremo akak dek!!!but anyway dek best n menusuk kalbu sampai meroyan akak yg baca ne dek!!!sambung laj ye dek n kasik learn cikit kat mamat poyo tu ye dek.Hehehe
Choy punya Irham... Nantilah, bila dah TERjatuh cintan dgn cik driver tu, baru padan dgn muka... Choy sekali lagi....
More entries pls...
Anonymous 1 : hehe.. mulut longkang? :P btw, thank u dear.. nanti ara smbung lagi.
Anonymous 2 : sabar tau... hehe. thank u! :D
Kak norihan : amboii.. marah betul dia dekat irham ni..hehe.. okay kak, ara sambung cepat2.. :))
Anonymous 3 : choy? hehehe.. baikla! akan upload lagi more entries.. :)
Thank u all for reading.. insyaAllah ara akan masukkan lagi nanti.. gimmr abt 2-3 days ya.. thank u! :')
Menangis akak bc n3 ni... Sob sob sob.. Brhentilah Lani, biar pdn muka Ir kerek tu!!!
kuang hajo betul Irham ni! kesian Pelangi, kenapa la dia tak setuju je kerja dengan Datin Yuhanis tu! hukhuk! Dia tu untung sebab lahir dlm keluarga yg loaded, boleh jadi bos! Cuba kalau dia lahir dlm family mcm Lani, dia akan jadi kuli jugak kan! huh, dah la singa, hidung tinggi pulak tu! *tetiba emo*