Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Tuesday, July 3, 2012

SURAT CINTA UNTUK KEA - "AZRIEN OSAKI"


Hi everybody.... Anyway this is my 1st time nak buat review pasal novel. Thanks to Kak Ara yg menyakinkan saya untuk join contest ni untuk tolong kawan-kawan kita kat luar sana yang still ragu2 nk beli atau tidak novel KEA ni..... To Kak Ara darling n friends out there, this is for u guys but dont espect to much from my review ni okay

Okay to be honest, actually dulu masa zaman sekolah saya lebih minat baca novel inggeris walaupun harganya agak mahal. Saya memang tak minat sgt nak baca novel melayu ni sebab saya rasa novel melayu ni tak kena dengan jiwa saya. terlalu jiwang, ayat pon selalunya skema je berbanding novel inggeris yg ayatnya slumber dan lebih kepada perbualan harian. Then satu hari ni masa kat popular saya tertarik dengan satu novel terbitan KN Coke N Sundae. Dari situ la saya mula meminati novel2 melayu especial terbitan KN yg membawa sy kepada Novel KEA.. Info pasal novel KEA ni pun saya dapat dari Cik Atie Umar. Thx to u dear.

KEA?????Banyak betul kawan2 fb yang minat novel dok sembang pasal novel KEA ni. Ramai yg cakap novel ni best tapi betul ke best novel ni? cite pasal ape eh?? itulah persoalan yang bermain di fikiran masa nak beli novel ni... Dua kali jugak pergi Popular tapi cuma jeling2 manja je masa lalu kat rak yang tempatkan novel KEA ni..bukan apa cuma takut kecewa bila novel yang dibeli tak kena dengan jiwa lagipun time tu duit memang tengah sesak. maklumlah gaji belum masuk, nanti kalau tak best bertambah la kecewa sebab bazirkan duit beli novel yang kita tak suka kan??? hehheheheee....
Mungkin Allah SWT nak saya belajar & sampaikan sesuatu kepada saya melalui novel KEA, timbul rasa menyesal dlm diri saya sebab tak beli tadi..so the next day saya pergi Popular lagi ans terus baca sinopsis yang buat saya tekad nk beli...
Benar kata orang, berdua biasanya lebih baik daripada seorang diri. Kea dan Haikal merupakan pelengkap di antara satu sama lain. Kea datang sebagai pelangi bagi menggantikan hujan Haikal, manakala Haikal pula datang sebagai ombak untuk menghilangkan pantai kesunyian Kea.Namun, dugaan tiba untuk menguji keutuhan mahligai syurga yang sedang mereka bina.Dugaan yang tak pernah mereka sangka.
"Haikal menghidap kanser otak".- Doktor Yusoff

"Aku tak akan biarkan mereka bergembira di atas penderitaan aku!"- Zarif ZaquaN
Tetapi bagi Kea, dia bukan hidup untuk menyerah kepada takdir semata-mata.

"Jika I diberi peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada yang Maha Pencipta mengenai you, ia adalah 'adakah you ditakdirkan untuk I?' Jika Dia berkata ya, I akan mencintai you dengan sepenuh hati I. Tapi jika Dia berkata tidak, I akan terus mecintai you sehingga Dia setuju untuk menyatukan kita berdua" - Kea Alyissa

Adakah Yang Maha Pencipta akan menjawab 'ya' untuk soalan Kea? Tercapaikah Impian Kea dan Haikal untuk hidup bahagia hingga ke syurga??
Amacam?tergoda tak nak memiliki novel KEA ni lepas baca sinopsis kat atas tu??? Mesti korang tertanya2 kan??? Haikal menghidap kanser otak?? Siapa plak si Zarif Zaquan ni??? Kenapa Zarif macam tak puas hati dengan kebahagiaan Kea dan Haikal??? Kea dan Haikal ada buat salah ke kat Zarif ni??
Okay la apa yang saya boleh cakap ialah novel ni sangat menarik jalan ceritanya..Baca page pertama pun dah buat saya gelak terguling-guling dengan gelagat Kea.Perkataan “ kepala brain” yang keluar dari mulut Kea buat saya ketawa sampai nak keluar air mata ni…:D Dipertengahan bab pula kita disajikan dengan situasi romantik, gembira, kelakar dan tak kurang juga dengan situasi yang sangat2 sedih.... huhuhuhhuhu ;( -banyak juga tisu habis time part2 sedih tu. Endingnya pula s tak nak la cerita lebih2 sebab nanti dah tak best or saspen pula nak baca kan?? Tapi endingnya memang best giler okey!! sebab tak sangka ending dia macam tu.
Novel ni mengisahkan percintaan antara seorang doktor pelatih bernama Kea Alyissa dengan pesakitnya Haikal Hakimi Ashraf yg menghidap kanser otak. Kea seorang gadis yang berpewatakan selamba dan kadangkala kelam kabut tapi nakal dan manja, manakala Haikal seorang pemuda yang baik hati pada awalnya tapi bertukar kepada seorang yang panas baran apabila menghidap kanser otak (macam monster pun ada jugak si Haikal tu, nak marah je memanjang.)
Pertemuan pertama bermula dengan insiden perlanggaran yang menyebabkan telefon bimbit Kea jatuh berderai dalam longkang, kemudian diikuti dengan insiden terperangkap dalam lif (seriously tak dapat bayangkan ketakutan Kea masa ni.. siap suruh Haikal pegang tangan dia. Bila Kea jadi dokrktor referral, Haikal Diletakkan dibawah jagaan Kea baru mereka rapat. Mula2 tu bengang juga dengan perangai Haikal yang kerek semacam tu, selalu je nak buli and sakitkan hati Kea.Tapi perasaan Simpati Kea terhadap Haikal dan juga perasaan terharu Haikal terhdap Kea yang sudi menjaga Haikal semasa sakit bertukar kepada bermulanya bibit2 cinta antara mereka.Seterusnya membuat Kea nekad untuk berkahwin dengan Haikal atas alasan mudah untuk dia menjaga Haikal kelak. (mulianya hati Kea ni kan?? sanggup kahwin dengan orang yang entah berapa lama akan hidup, Kalau Rien kat tempat Kea, mesti dah buntu)

Part paling saya suka masa kat kampung Kea, waktu naik motor tu.


“Apa lagi, bawaklah.”

“Err… Sebenarnya I tak reti bawak motor dan tak pernah naik pun.”
“Ha’elah…. Kesiannya you niee…!!! Kenapa tak pernah?Takut?”
“Bukannya takut, tak ada orang nak ajar or bawak.Last-last sampai ke tua lah tak tahu.Dah dah, tak payah nak seronok sangat gelakkan I ye.Cepatlah!”

“Haish,,, Marah pulak. Okay, okay…. Naiklah, biar I yang bawa you”

“Letak kaki kat pedal ni.”
“Err.. Okay tangan? Mana nak letak?”
“Erm.. Letak kat besi penghadang belakang motor tu”
“Eh! Macam ni ke you?”

“Haish, payah betullah you ni. Bak sini tangan tu!”

“Dua-dua tanganlah!”

“Nak buat apa!?”
“Bagi jelahh!”

“Nahh!”

“Hahh! Jangan fikir lain ye. I’m not trying to amik kesempatan. Ini namanya, ‘Safety First’. I tak nak tiba-tiba nanti kena kutip you dari dalam longkang pulak.!”

“You takut apa-apa jadi kat I kan? Atau you sebenarnya dah sayang kat I?”

“Mana adalah!Jangan nak perasan ye. Dah! Pegang I kuat-kuat, I nak merempit ni!!”

“Alaaa… You malu lah tu.. Okay, okay…, Cepat-cepat!”

“Oii! Pegang pinggang I jelahhh, bukan peluk I…. Ini sudah lebey niee!

Pergh memang comel and lawak giler bila tau Haikal tak reti bawak motor.Nak naik motor pun suruh Kea yang ajar.Aduh jatuh sikit saham Haikal bila Kea yang bawak motor ronda-ronda kat kampung.


Lepas Kahwin lagi terserlah la sifat romantik dan manja Haikal dengan Kea.Lagi-lagi masa diorang pegi honeymoon. Masa baca part ni rien siap boleh berangan nak dapat husband yang hensem and romantik macam Haikal. Teringat time Haikal buat surprise dinner yang macam treasure hunts game tu..siap ada love message bila Kea sampai kat setiap "checkpoint". Aduh memang sangat2 romantik lagi2 bila baca surat cinta Haikal untk Kea, memang rasa macam berada diawang-awangan n cair dah hati Rien ni. Kalau betul2 ada dalam situasi tumau ketaq lutut ni dapat surat cinta yang romantik tu. (hehehehe ada ke org nk bagi surat mcm tu kat Rien??? <---- berangan je lebih)


Kata orang langit tak selalu cerah, begitu juga perkahwinan Kea dan Haikal. Perkahwinan yang disangka akan bahagia ke akhirnya, dilanda tsunami dengan Kehadiran Zarif Zaquan.. Zarif ni la mamat maniac yang memanggil Kea dengan nama Atilia. Sebenarnya Atilia ni bekas girlfriend Zarif yang telah meninggal dunia semasa Zarif Diluar negeri. Kebetulan wajah Kea memang iras dengan wajah Atilia. Ini membuatkan Zarif yang tidak menerima hakikat kematian Atilia menyangka Kea sengaja menyamar menjadi orang lain untuk berkahwin dengan orang kaya,

Haikal pula yang sedang mengalami ketidakstabilan emosi merasa amat cemburu dan marah apabila terpengaruh dengan kata-kata fitnah yang dilemparkan oleh Zarif terhadap Kea. Waktu ni la Haikal menghallau Kea. Rasa geram sangat kat Haikal masa ni, Dah la tergamak halau Kea yang waktu tu tengah mengandung, lepas tu tak nak beri ruang langsung kepada Kea untuk menjelaskan keadaan sebenar. Yang paling sedih Haikal tuduh Kea macam-macam termasuklah tak mengaku anak dalam kandungan Kea adalah zuriatnya.

Disinilah saya saya kagum dengan ketabahan Kea, seorang yang boleh dikatakan agak manja dengan keluarga tapi terpaksa menghadapi kemelut rumah tangga seorang diri dalam keadaan berbadan dua.Hanya dengan dua teman baiknya Maria dan Izat sahaja tempat Kea mengadu dan menumpang.Tabahnye Kea ketika ini, masih mengambil tahu tentang suaminya setiap hari melalui orang gajinya mak Esah, malah cintanya kepda Haikal tak pernah luput walaupun terpaksa memendam rindu dan menelan segala fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Di penghujung bab ibu Zarif datang berjumpa Haikal untuk menjelaskan keadaan sebenar. Adakah Haikal akan menerima Kea Kembali??? Apa pula yang terjadi kepada Zarif???? Kenapa Ibu Zarif tampil memberi penjelasan??semuanya akan terjawab di penghujung Novel KEA.. Jadi apa tunggu lagi dapatkan novel KEA sekarang kerana jalan ceritanya pasti tidak akan mengecewakan anda

Terima kasih kepada Ara Sharrina yang sudi berkongsi kisah ketabahan seorang wanita bernama Kea Alyissa dalam bentuk novel. Semoga kita semua akan menjadi seorang yang kuat dan tabah untuk menempuhi perjalanan hidup seperti KEA…(^_^)

“Sometimes, there are things that we don’t want to happen but we have to accept, things that we don’t want to know but we have to face it,,, We should stop planning the future, stop figure out precisely how we feel and stop deciding what we want our heart to feel… Sometimes we just have to go with…. What happenes, happened. We can’t change the destiny, but we can live with it…..

“True love is not to live for oneself but for the sake of the other…” - Kea Alyissa

“True love is to give all you have for the other, even your life…” - Haikal Hakimi

+++++++++++++++

* Please Drop Some Love :)

Thank you People! <3



2 comments:

Kertas Kosong said...

gudluck lucky...

azrien osaki said...

Thank you kertas kosong