Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Tuesday, December 18, 2012

"Aiseyman, Driver Aje!" - Bab 20


BAB 20


MEREKA tiba di banglo sekitar pukul lapan malam. Terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas membuatkan perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa kurang daripada sejam telah dianjak kepada dua jam. Pelangi mematikan enjin kereta dan memusingkan badannya mengadap ke arah Irham dan Alice yang sedang nyenyak tidur di seat belakang. Irham bersandar di kusyen, manakala Alice pula tidur mengiring di atas riba lelaki itu. Sebelah tangan Alice memeluk erat pergelangan tangan Irham. Sebuah senyuman terukir di bibir Pelangi. Dia suka melihat keadaan itu. Raut wajah Irham dan Alice kelihatan sangat tenang. Hanya dengan menatap wajah mereka saja hilang langsung rasa penatnya seharian berkejar ke sana sini. Kadang kala terdetik juga di hati Pelangi, apa sebenarnya hubungan di antara mereka bertiga, Irham, Bella dan Alice. Nak ditanya dengan lebih lanjut takut digelar busy body. Faham – faham ajelah lagak si Irham tu macam mana kan… Hm. Bella… Sudah hampir seminggu, namun wanita itu masih lagi belum sedarkan diri. Doktor ada beritahu yang keadaan Bella sudah stabil cuma badan serta fungsi tubuhnya terlalu lemah untuk berinteraksi.

Sebelum pulang tadi sempat juga mereka membawa Alice untuk bertemu Bella. Sangka mereka semangat anak kecil itu sudah semakin pulih dan merindukan ibunya. Namun lain pula yang berlaku. Sebaik saja Alice terpandang ke arah ibunya yang sedang terbaring bersama – sama dengan wayar – wayar yang berselirat di sekitar tubuhnya terus saja anak kecil itu menjerit ketakutan. Puas dipujuk, namun pengakhirannya hampa. Kesudahannya mereka terpaksa membawa Alice jauh daripada wanita itu. Hm… Tidak sampai langsung hati mereka bila melihat keadaan Alice sebentar tadi. Benarlah kata doktor, Alice mengalami sindrom trauma yang sangat teruk. Hanya dengan melihat wajah orang yang menyakitinya saja, anak kecil itu dah boleh menangis dan meraung macam kena pukul.

Lamunannya tersentak apabila telefon bimbit di dalam beg sandangnya berbunyi. Segera dia keluarkan daripada begnya. Nama pemanggil dipandang sekilas. Raut wajahnya berubah. Entah siapa yang menghubunginya. Nombor yang tertera di skrin tidak langsung dikenalinya. Lagi pula, nombor ini ialah nombor yang diberikan Irham kepadanya. Selain dia hanya Farish saja yang tahu tentang nombor itu.

Ish, siapa pula ni. Lambat – lambat dia mahu menekan butang answer. “Assalamualaikum…” Perlahan Pelangi memberi salam.

“Waalaikumussalam…” Suara seorang lelaki kedengaran di hujung talian.

“Ya, cari siapa?” Soalan standard diajukan Pelangi.

“Pelangi?”

“Err… Ya saya. Siapa di sana?” Pelik, siapa ni? Tahu pula nama aku.

“Pelangi, ni Amer. Kawan Irham.”

Huh? Amer?? Mana dia dapat nombor aku ni?? Pelangi terkejut. Setahunya, dia tidak pernah bertukar nombor dengan lelaki itu.

“Hello? Hello Pelangi, you there?”

“Err.. Err, yes I’m here. Er, Encik Amer mana dapat nombor saya ni?” Tergagap – gagap Pelangi membuka mulut. Suaranya cuba dikawal sebaik mungkin. Bimbang kalau – kalau menggangu lena Irham dan Alice yang masih nyenyak tidur.

Amer tergelak kecil. “Ish, janganlah panggil saya Encik. Kan dah bagitahu hari tu… Panggil Amer aje sudah.” Tingkahnya. Pelangi hanya diam tidak terkata apa. Haishh… Nak cakap apa mamat ni, cakaplah cepattt! Hatinya resah.

“… Irham yang bagi nombor awak ni petang tadi.”

“Encik Irham bagi? Kenapa? Buat apa??” Soal Pelangi semakin hairan. Kenapa tuan besarnya itu nak bagi nombor dia ke Amer. Nak suruh spy aku ke apa ni?? Fikirnya berteka – teki.

“Tak ada apa. Saja je saya minta dari Irham. So apa – apa senang sikit saya nak contact awak.”

Okey, tadi kata Irham bagi. Ni kata dia yang minta pula. Lepas tu cakap senang nak contact. Ishhh…

“Pelangi… Awak dah sampai ke?” Sambung Amer bila Pelangi hanya mendiamkan diri.

“Err.. Sampai? Sampai mana?” Soal Pelangi kurang pasti.

Lelaki itu ketawa lagi. “Pelangi… Sampai rumahlah. I mean, sampai ke banglo tuan besar awak tu.” Terang lelaki itu dengan tawa yang masih berbisa. Entah apa yang lawak.

“Ohhh… Dah, dah. Baru sampai ni. Belum masuk rumah lagi awak dah call.” Jujur Pelangi memberitahu. Cepatlah. Cepatlahhh… Malaslah dia nak teruskan perbualan. Gumannya.

“Alhamdulillah... Okey, jaga diri. Kirim salam peluk cium dekat Alice dan Irham ya. Bye!”

KLIK

Erkk!! Apa daaa! Macam tu aje letak telefon?? Tak ada salam, tak ada apa?? Lepas tu siap boleh pesan ‘kirim salam peluk cium dekat Alice dan Irham. Err… Yang Alice tu memang aku boleh terimalah… Tapi yang ada sekali nama si Irham tu buat apa? Ee-uwww… Geli aku nak peluk cium diaaa! Bagi sejuta pun dia tak mahu! Ish, Memanglah kawan – kawan tuan besarnya itu semua pelik – pelik dan kurang adab. Dengan tuan besarnya itu pun sekali termasuk sama. No manners! Bebelnya sendiri. Telefon bimbit dimasukkan kembali ke dalam beg sandangnya.

“Pelangi… Kita di mana ni?” Suara Irham mengejutkan Pelangi. Satu sebab secara tiba – tiba Irham menegurnya. Satu lagi sebab tone. Ya, tone suara Irham ketika itu sangat sangat dan sangat lain bunyinya. Lembut dan merdu. Okey, gemersik kalbu pun ada!

“Err… Kita dah sampai Encik Irham…” Jawab Pelangi teragak – agak. Melalui cermin pandang belakang dia lihat tuan besarnya itu sedang terpisat – pisat menggesel matanya. Nampak sangat letihnya.

“Emm… Dah pukul berapa ni?” Soal Irham lagi. Masih dengan nada suara yang sama.

Pelangi jadi kekok untuk membalas. Jarang sekali dia dapat dengar itonasi suara Irham yang sebegitu. “Pukul lapan dah Encik Irham…”

“Emm… Alice pun nyenyak lagi tidurnya ni.” Irham pegang bahu anak kecil itu. Nak dikejut tak sampai hati pula.

“Encik nak kejutkan dia ke?” Soal Pelangi. Wajahnya keruh. Ish… Janganlah, kesian. Dukunglah dia bawa masuk. Hati Pelangi meronta – ronta mahu Irham mendukung Alice masuk ke dalam. Tapi nak diluah di mulut. Alaaa… Takut!

Sejenak Irham menoleh memandang ke arah Pelangi. “Kau tolong bawa briefcase aku tu masuk ke dalam. Aku nak dukung Alice.” Pintanya.

Pelangi terus senyum berbunga. Dia rasa gembira bila niat di hatinya dapat dibaca. Pantas dia keluar dari kereta dan menuju ke seat belakang. Pintu dibuka dan dengan cepat dia mengambil briefcase Irham keluar dari kereta.

Irham garu kepalanya yang tak gatal. “Kau ni kenapa sengih – sengih macam kerang busuk ni? Aku bukannya nak dukung kau pun yang sampai kau nak gembira sangat tu!” Jerkah Irham tiba- tiba. Pelik betul minah ni, tak ada angin tak ada apa, dia boleh tersengih macam tu.

Pelangi mati senyum. Mukanya kembali keruh. Dahinya berkerut. “Mana adaaa…” Jawabnya. Entah sejak bila dia fikir nak didukung oleh tuan besarnya itu pun dia tidak tahu. Tak pernah terlintas, dan tak akan pernah dia benarkan otaknya untuk berfikir benda – benda yang macam tu. Lagi – lagi dengan lelaki macam Irham tu. No way man!

Irham geleng kepala. “Buka pintu ni!” Arahnya. Pelangi menurut. Dia berlari – lari anak ke pintu yang lagi satu. Pintu dibuka. “Err… Silakan Encik…” Tuturnya.

“Silakan, silakan apanya!” Irham masih lagi tak puas hati. Hilang terus tone suara lembut dan merdu miliknya tadi. Ada saja si Irham ni nak kenakan Pelangi.

Pelangi ketap bibir. Dia baru tersedar dari fantasi dan sedang kembali ke alam realiti. Realiti yang menyesakkan segala organ – organ dalamannya!

Malas nak hiraukan Pelangi, Irham dengan perlahan mendukung Alice keluar dari perut kereta. “Alice tidur dalam bilik atas, sebelah bilik aku.” Beritahu Irham tanpa sempat ditanya.

Pelangi sekadar mengangguk. Itu bermakna limitnya hanya disini. Tidak perlu sampai ke dalam. Ialahhh… Dia cuma kuli aje. Kotor lantai banglo tu nanti kalau dia pijak. Hmm… Dia akur dan membiarkan Irham berlalu meninggalkannya sendiri. Dah macam apa keadaannya ketika ini, dengan muka sedih sebab kena tinggal, dengan briefcase Irham yang dipeluknya ke dada, dah macam loser pun ada tu. Hailaaa Pelangi.

“Hoi, cepatlah buka pintu ni! Yang duk tercegat kat situ buat apa!?? Kau ni laaa…” Sergahan Irham membuatkan briefcase yang berada di tangan Pelangi terlepas dan jatuh di atas kakinya sendiri.

“Aduhhh!!” Pelangi mengaduh sambil terlompat – lompat menahan sakit. “Aduhhh!! Ada apa dalam beg encik Irham nie??”

“Ya Allah… Apa lagilah kau ni, Pelangi! Macam – macam! Cepatlah buka pintu ni!”

“Ya, ya. Kejap!” Pelangi sempat mengurut kakinya sebelum berjalan terjungkit – jungkit ke arah Irham.

“… Kau ni kan, kalau satu hari tak buat aku marah memang tak sah kan!” Marah Irham bila pintu sudah dibuka. Juih bibir Pelangi menyambut amarah Irham tu. Sikit – sikit nak marah! Sikit – sikit nak marah! Patutlah muka tu nampak tua.

“Buat muka! Buat muka!” Sambung Irham lagi. Pelangi terus pamer muka tegang. Pandangannya dibuang ke tempat lain. Dia nampak kelibat Datin Yuhanis dan Mak Munah yang sedang menuju ke arah mereka. Sebaris senyuman terukir di bibir. My guardian angels dah sampaiii! Suka hatinya ketika itu bila melihat mereka berdua. Atleast lepas ni ada orang nak back up! Yeayyy!

“Irham… Pelangi…” Lembut suara Datin Yuhanis menyapa. Langkah kaki Irham yang tadinya menonong terus ke tangga terhenti serta merta. Pelangi pula usah cakap, langkah kakinya sudah lama terhenti.

“Bonda.” Sahut Irham. Pelangi tunduk tanda hormat. Datin Yuhanis sentuh bahu Pelangi mesra. Sebuah senyuman dihadiahkan pada gadis itu. Kemudian dia berjalan ke arah Irham dan Alice. Walau tanpa suara, sentuhan Datin Yuhanis itu cukup membuatkan hati Pelangi tersentuh.

“Alah kesiannya si Alice ni. Dah tidur… Baru bonda ingat nak ajak dia main.” Tutur Datin Yuhanis sedikit hampa.

“Main apanya Bonda, dah malam ni. Lagipun Alice ni belum sihat sepenuhnya lagi…” Beritahu Irham. Pelangi sekadar mengangguk mengiakan kata – kata lelaki itu.

“Bonda kamu ni Ir… Teruja sangat nak dapat cucu segera katanya. Tu kat belakang rumah tu, siap dah dia buat mini taman permainan. Macam – macam ada tu...” Mak Munah mencelah.

Irham dan Datin Yuhanis pecah tawa. “Ir dah tahu dah, Mak Munah… Itu belum tengok dalam bilik lagi tu. Entah apa pula yang dia sumbat dalam tu. Kut – kutlah ada istana mini pulak…” Seloroh Irham.

Datin Yuhanis pukul perlahan lengan anaknya. “Pandai kamu nak menyakat bonda ya… Dahlah. Pergi hantar Alice, lepas tu siap – siap turun makan. Pelangi pun sama ya. Bonda dah suruh Mak Munah masakan special untuk kamu berdua.”

Pelangi sedikit tersentak. Kamu berdua? Err… Aku dan Irham atau Alice dan Irham? Dia berteka – teki sendiri. Confuse ni confuseee!

“Pelangi sudi kan makan malam dengan kami?” Soalan yang keluar dari mulut Datin Yuhanis terus mematikan kekeliruan yang bersarang di hati gadis itu.

Sah! Dia dengan Irham. Pelangi mati kutu. Nak jawab apa? Sudi? Aduhaiii… Macamlah aku tetamu VVIP dalam rumah ni. Malu I you olls!

“Pelangi! Susah ke nak jawab soalan datin tu.” Sergah Irham.

“Err… Sudi. Eh, bo-leh. Bolehhh.” Terus gadis itu menjawab.

“Dia memang macam ni Bonda, nak kena tengking macam tu baru boleh functions. Kalau tau duklah terkulat – kulat kat situ macam orang tak betul.” Sindir Irham sambil ketawa besar.

Pelangi ketap bibir. Matanya dikecilkan merenung lelaki itu. Kau ni kannn… Memang sesedap mulut kau aje kalau nak sound aku. Agak – agaklah sikit bro! Kau belum kena lagi hayunan tangan aku ni. Kang kalau kena, menggelupur kau macam Farish… Terus jadi Siti Nur Irham Alfie binti Dato’ Affandy kau kang… Ha… Jangan buat pasal!

Datin Yuhanis dan Mak Munah serentak ketawa melihat gelagat mereka berdua.

“Ada – ada saja kamu Irham nak mengusik si Pelangi ni. Dahlah, cepatlah hantar Alice tu ke bilik. Kesian sakit badan budak ni didukung macam tu… Pelangi temankan si Irham hantar Alice ke bilik ya…” Pinta Datin Yuhanis.

Pelangi mengangguk. “Baik…” Jawabnya. Ditoleh pada Irham sekilas, hari ni dia tidak pula membantah kata – kata Datin Yuhanis. Hm. Pelik.

Hayunan kaki sama – sama diatur untuk melangkah. Datin Yuhanis sekadar memerhati. Di wajahnya terukir senyuman tersirat. Manis bila melihat keadaan Irham dan Pelangi ketika itu, ditambah pula dengan Alice. Lagi bertambah – tambah manis. Dah ada gaya macam ‘one happy family’ dah. Walaupun layanan Irham terhadap Pelangi nampak keras namun keserasian tu tetap ada. Dia kenal anak lelakinya itu. Irham yang kasar di luar sebenarnya sangat lembut di dalam. Dia jadi begitu mungkin sebab selalu sangat menjadi mangsa perempuan mata duitan. Perempuan yang hanya mendampinginya semata – mata untuk mendapatkan kemewahan milik anaknya itu. Pengalaman – pengalaman perit sebegitu membuatkan hatinya tawar untuk menerima mana – mana perempuan di dalam hatinya. Baginya perempuan semua sama. Hidup untuk duit. Fullstop!


+++++++++++++



IRHAM tarik selimut untuk menutupi tubuh Alice. Perlahan dia tunduk mengucup dahi dan pipi anak kecil itu. Dari sudut pandangan ini, Irham sudah layak bergelar ayah. Ciri – ciri seorang ayah yang baik sudah terserlah melalui sikapnya melayan Alice. Ialah umurnya pun bukan muda lagi. Sudah masuk tiga puluhan… Dah memang layak untuk ada sebuah keluarga.

“Err… Encik Irham kalau tengah malam nanti Alice terjaga macam mana?” Pelangi tiba – tiba memecahkan kesunyian dengan mengajukan soalan itu. Biliknya jauh dibawah. Kalaulah dibuatnya Alice menangis. Memang confirm dia tak dengar. Takkan Irham pula yang nak pujuk dia kan. Alice memang tak boleh kalau dengan Irham. Lagi kuat dia meraung nanti. Pelangi diam menunggu reaksi daripada lelaki itu.

Irham mengusap lembut jemari Alice, raut wajahnya kelihatan tenang. “Takpe, kalau Alice sedar mungkin aku atau datin atau Mak Munah boleh tengok – tengokkan dia…” Jawab Irham perlahan.

“Err… Tapi… –

Belum sempat Pelangi menghabiskan ayatnya. Irham terus bangun mengadapnya. Pelangi terdiam. Aku tersalah cakap ke?

“Tak ada tapi – tapi. Kau rehatlah malam ni. Kalau betul – betul urgent baru kami panggil kau. Lepas ni turun, mandi siap – siap then dinner. Jangan lambat sangat bersiap tu, kesian Datin nak tunggu lama.” Pesan Irham sambil berlalu meninggalkan Pelangi.

Pelangi terkesima. Ah, dia mengunakan tone suara yang sama seperti di dalam kereta tadi. Matanya tidak berkelip melilau tanpa tujuan. Biar betul tuan besarnya yang bercakap dengannya macam tu tadi. Biar betul ni? Biar betul! Berkali – kali dia menampar pipinya. Auch, sakit! Sah, ini bukan fantasi, ini realiti!

“Hoi Pelangi! Cepatlah!!”

Pelangi mengurut dada. Sengal! Terkejut aku. Ha, ni baru betul Encik Irham yang dia kenal. Encik Irham yang suka menengking dan menjerit. Encik Irham yang ada ‘split personality’ dan boleh mengunakan tone suaranya untuk mengelirukan semua orang. Okey, tak. Aku sorang je kut yang keliru. Haishh… Lepas ni tak payah susah – susah nak fikir fantasia atau realiti. Dua – dua pun sama! Harapkan pagar, pagar makan padi. Eh, kenapa macam tak ada kena mengena aje peribahasa ni!? Cehhh! Kau pun sama sengal dengan tuan besar kau, Pelangi!!



BERSAMBUNG :D


++++++++++++++++++++++

Nota Kaki : Dear Readers, In shaa Allah akan ada satu bab lagi either by tomorrow or lusa before Ara *tutup kedai* sampai new year yer... nak pegi cuti2 malaysia sat..hehe..

Anyway, hope you guys enjoy entry kali ni.. Take care aite! Be good and be safe <3

5 comments:

Unknown said...

Betullah seperti yang datin bayangkan one happy family...hehehe Irham memang ada hati kat Pelangi tetapi ego...bila Amer masuk line baru padan muka.

AraSharrina said...

hehe.. Seri Ayu, ego lelaki kan.. but will see what happen next. :P

hk said...

ada chemistry irhan & pelangi tu... tapi i still curious relationship between Alice + Irham...macm ada hint lain jer from the story... Tapi i REALLY hope that I'm wrong....

Noraini Rahim said...

Haha,,one happy family. Nice~

Unknown said...

hahahah.. sama je sengal dorang ni!