**KLIK : K.E.A 22
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“MARIA, aku takutlah…”
“Hish kau ni! Kalau kau takut aku lagilah double triple takut! Family kau je pun, paling teruk pun dorang akan halau kau dari rumah je! Tapi itu paling teruklah kann… Alah~ jangan risaulah, aku yakin family kau tak adalah nak buat sampai macam tu. Ish! Dahlah, masuk jelah.” Tingkah Maria.
‘Hamboi si Maria ni, kalau bercakap memang ikut sedap anak tekak dia jer!’ Getus Kea geram. Maria di sebelah di jelingnya tajam. Sudah hampir setengah jam mereka di dalam kereta ni. Daripada tadi teragak-agak nak masuk. Erm, tapi betul juga kata Maria, bukan nak jumpa orang lain pun, family sendiri. Takutnya macam nak masuk kandang singa!
“Apa lagi ni?? Dah berpeluh dah badan aku nih… Aku dah bersemangat ni nak temankan kau jumpa Ibu ngan Along, jangan sampai semangat aku hilang! Haa… Kau nak kahwin ke tak nak??” Bebel Maria lagi sambil melemparkan soalan yang berbaur ugutan.
“Eh, nak!” Laju saja Kea menjawab. Amboi gatai!~
“Hah! kalau nak, cepatlah keluar!”
“Err… tapi…”
“Hish!! Tak ada tapi-tapi lagi, JOM!!”
“Err… Okay! Okay….”
“IBU tak izinkan kamu berkahwin dengan Haikal!” Kata-kata Ibu bagaikan belati tajam yang menusuk terus ke jantungnya. Maria dan Along berpandangan sesama sendiri. Mungkin mereka terkejut dengan reaksi Ibu bila Kea menerangkan hubungannya dengan Haikal dan keadaan sebenar kesihatan lelaki itu.
“Ibu….” Panggil Kea lembut, tangan Ibunya di capai dan di genggam erat. Dia perlu mengumpul segala kekuatan untuk mempertahankan niatnya untuk menjadi isteri kepada Haikal.
“Apa salah Haikal Ibu? Dia…….
“Dia tak salah apa-apa, Ibu tak suka kamu kahwin dengan Haikal di sebabkan penyakitnya tu. Dia ada kanser Kea… kamu tahu macammana keadaan dia. Kamu tahu macam mana Baba kamu menderita di sebabkan penyakit itu. Ibu tak mahu kamu lalui hal yang sama seperti mana ibu pernah lalui dulu. Hidup sorang membesarkan kamu dan Along… Ibu tak sanggup nak lihat anak Ibu menderita di kemudian hari. Tolonglah Kea, tolong jangan paksa Ibu untuk menerima dia dalam keluarga kita.” Ujar Ibu dalam nada suara yang tegas.
“Tapi Kea yakin Haikal masih boleh di selamatkan… Penyakitnya belum sampai di tahap serius. Lagipun, InsyaAllah kalau jadi apa-apa, Kea janji Kea akan redha… Kea akan sedia mental dan fizikal Kea untuk menghadapi sebarang kemungkinan… Percayalah Kea Bu…”
“Memang mudah bila bercakap Kea, tapi kamu belum rasa apa yang Ibu rasa. Kamu tak tahu bagaimana perasaannya hidup bila di tinggalkan suami, nanti bila dah ada anak, anak-anak tak dapat cukup kasih sayang dari ayahnya, macam-macam Kea. Kamu tak tahu macam mana susahnya hidup Ibu bila Baba kamu meninggal dahulu. Sudahlah, Ibu tetap takkan benarkan kamu berkahwin dengan dia.” Pendirian Ibu masih lagi teguh. Kea mengeluh. Tak sangka hati Ibu sekeras itu… Along Aiman yang masih duduk berteleku di atas kerusi dihampirinya.
“Along… Tolong Kea cakap dengan Ibu…” Pujuknya perlahan. Aiman mengusap lembut rambut adiknya. Dia juga bersimpati dengan nasib Kea, tapi pada masa yang sama susah baginya untuk memujuk Ibu. Hati Ibu tak selembut air mukanya.
“Ibu… bagilah mereka berdua peluang. Ajal, maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah Bu… InsyaAllah, ada jalan keluarnya nanti.” Giliran Aiman pula memujuk.
“Along, sepatutnya kamu menyebelahi Ibu! Kamu mahu adik kamu nanti hidup merana? Kamu mahu adik kamu jadi janda muda?? Hmm… Ibu bukan mendoakan, tapi benda tu tak mustahil untuk jadi. Ibu dah boleh jangka!” Ibu masih lagi dengan pendiriannya.
“Bukan macam tu Bu… Kea….
“Sudahlah! Keputusan Ibu muktamad!!” Aiman terkedu bila suara Ibu sudah mula kedengaran kuat, dan di saat itu dia pasti tiada ayat atau sesiapa pun yang mampu untuk merubah keputusan Ibu. Wajah Kea di pandangnya. Wajahnya sugul. Dia tahu adiknya pasti sedang sangat bersedih.
“Maafkan Along, Kea. Kamu tahu hati Ibu lebih daripada Along…” Bisiknya ke Kea. Kea hanya mengganguk lemah mengiakan kata-kata Alongnya. Dia hanya mampu memandang Ibunya berlalu meninggalkan mereka, sebuah keluhan berat dilepaskan. Kali ini dia gagal meyakinkan Ibu, tapi dia pasti akan mencuba lagi, dia tak akan pernah berputus asa! Never! Azam Kea.
“Mar… Jomlah balik.” Putusnya. Maria yang sedari tadi menjadi pemerhati hanya menurut. Dia juga kehilangan kata untuk menyampuk. Tak pernah dia sangka Ibu Kea yang selama ini dilihatnya lembut, rupa-rupanya sangat tegas. Tapi tak boleh juga nak salahkan Ibunya seratus peratus, mungkin Ibunya masih trauma kerana pernah menghadapi hal yang sama dan bimbang keputusan Kea untuk berkahwin dengan pesakit kanser macam Haikal akan memudaratkan kehidupan anaknya kelak. Ibu mana yang sanggup untuk lihat anak mereka menderita. Tapi jika tak diturut, adakah mereka pasti anaknya akan gembira? Hmm… Entahlah, Allah sahaja yang Maha Mengetahui…
“KEA, result dari makmal dah keluar. Nah! You lihatlah sendiri…” Doktor Yusoff meletakkan fail pesakit betul-betul di hadapan Kea. Sedalam boleh Kea menarik nafasnya.
‘Walau apapun keputusannya aku akan terima…’ Bisik hati kecilnya. Fail merah yang tertera nama HAIKAL HAKIMI ASHRAF di selaknya perlahan.
“Doktor……” Panggil Kea, mendatar saja suaranya. Mukanya berubah tatkala melihat keputusan perubatan Haikal.
“… Jangkitan sel kanser sudah mula tersebar melalui saluran darah ke kawasan sekitar hati dan paru-paru dan disebabkan oleh hal itu pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas. Koordinasi badan pesakit juga terganggu. Pertumbuhan sel kanser terlalu hampir dengan struktur otak yang penting, dan ianya menimbulkan ancaman kesihatan yang serius kepada pesakit, ketumbuhan yang sedang membesar boleh menyebabkan beberapa komplikasi atau mungkin… boleh mengancam nyawanya. ” Jelas Dokor Yusoff sambil menunjukkan lampiran x-ray imbasan otak Haikal kepada Kea.
“Kita boleh lakukan pembedahan ke atas pesakit untuk membuang sel kanser?” Soal Kea.
“Boleh, tapi kedudukkannya yang terlalu hampir dengan struktur otak penting akan menimbulkan kesulitan semasa process pembuangan…”
“Hmmm… Ada cara lain selain pembedahan?”
“You rasa?” Soalan Kea tidak dijawab, sebaliknya berpatah balik padanya. Mungkin Doktor Yusoff ingin menguji kebolehan Kea dalam ilmu perubatan.
“Terapi Sinaran untuk memusnahkan sel-sel kanser dan mengecutkan tumor?” Tekanya. Doktor Yusoff tersenyum mengganguk. Walaupun jawapan yang diberikannya agak tepat, raut wajah Kea tidak sedikit pun menunjukkan tanda-tanda untuk tersenyum. Mukanya berkerut serius memandang Doktor Yusoff.
“But still, pembedahan masih perlu dijalankan ke atas pesakit. Terapi sinaran tidak dapat menjamin seratus peratus pemulihan kanser. Biasanya ia akan di jalankan selepas pembedahan jika tumor tidak dikeluarkan kesemuanya ataupun untuk mencegah sel-sel tumor dari merebak ke lain-lain bahagian badan. Otak kita hanya mampu menerima sinaran pada jumlah tertentu sahaja..............................”
‘Hmmmmphh….’ Kea melepaskan keluhan yang berat. Tapi berat baginya mendengar, berat lagi Haikal untuk menghadapinya. Dia sangat pasti Haikal akan lebih kecewa bila mengetahuinya nanti.
‘Haikal, you kena bertahan!’ Desisnya perlahan seraya melemparkan pandangannya jauh ke luar tingkap. Kata-kata Doktor Yusoff selepas itu bagaikan angin yang hanya berlalu melewatinya. Hati dan fikirannya kini kosong.
‘HAIKAL, tolong halalkan hubungan ini, dengan setulus hati I mahu menjaga you sehingga ajal yang memisahkan kita…’ Berulang kali Haikal memikirkan ayat itu. Ayat yang dirasakan terlalu luhur di pendengarannya. Mukanya di raup beberapa kali. Dia tak pasti jawapan apa yang harus diberikan pada Kea. Dia mahu! Sungguh dia menginginkan hubungan mereka di akhiri dengan ikatan perkahwinan. Tapi, mampukah dia untuk mengalas tanggungjawab sebagai seorang suami? Lagi-lagi dalam keadaan dia yang macam ni. Dia tak mahu menyusahkan Kea di kemudian hari.
“Haikal….” Haikal menoleh mengadap si empunya suara yang menyapa. Bibirnya menguntum senyum.
“Puas I cari you, tak cakap pun nak jalan-jalan sini, kalau you cakap I boleh bawakan…” Ujar Kea seraya melabuhkan punggungnya di sebelah Haikal.
“Maaf… I tak mahu ganggu you.” Jawab Haikal perlahan. Tangan Kea dicapainya. Kea hanya membiarkan tangannya dibawa ke genggaman Haikal. Dia tak kisah kalau ada orang sekitar yang nampak. Biarlah mereka mahu berfikir apa sekalipun.
Kea meneliti setiap inci wajah segak lelaki di sebelahnya itu. Lemah. Itu saja yang mampu di lampiaskan melalui kata-kata. Wajah Haikal nampak pucat. Tak ceria seperti selalu. Hatinya tiba-tiba diruntun pilu, apatah lagi bila teringatkan keputusan makmal tentang tahap kesihatan Haikal, hampir saja air matanya menitis. Cepat-cepat dialihkan pandangannya ke arah bertentangan. Dia tak mahu Haikal tahu.
“Kea…. I nak balik.”
“Balik? Kenapa? You masih lagi dalam rawatan, sayang… Tinggal untuk dua tiga hari lagi ya?” Pujuk Kea.
“Dua tiga hari tu lama Kea… I nak balik. Banyak perkara yang I perlu selesaikan sebelum…….” Ayatnya termati di situ.
“Sebelum apa?” Soal Kea, keningnya diangkat sedikit tanda protes dengan ayat yang baru saja di ucapkan oleh Haikal.
“I nak balik… Please, do something.” Haikal memalingkan penglihatannya dari pandangan Kea. Mungkin tak sanggup untuk meneruskan kata-katanya yang tergantung tadi.
Kea mengeluh.
“Hmm… I cuba. Nanti I tanya Doktor Yusoff okay? Dahlah, jom masuk. Tak elok terdedah lama-lama kat tengah panas ni…” Akhirnya Kea mengalah. Dia tak sampai hati untuk melihat Haikal terus menerus merayunya. Haikal tersenyum puas mendengar kata-kata Kea.
“Terima kasih sayang…” Ucapnya.
“Sama-sama kasih…” Balas Kea sambil tersenyum manis di sisi lelaki itu. ‘I akan buat apa saja untuk pastikan you gembira Haikal…’ Janjinya.
* * * * *
“ASSALAMMUALAIKUM…” Termasuk yang ini cukuplah tiga kali Haikal memberi salam, loceng pintu usah di tanyalah, naik lenguh dah tangan ni duk menekan dari tadi. Sudah hampir lima belas minit mereka berdiri tercegat di depan pintu banglo tu.
“Ke mana agaknya Mak Esah ni ye? Lambat betul nak buka pintu…” Haikal tertanya-tanya sendiri. Silap dia juga sebab tertinggalkan kuncinya di ofis. Mujurlah dalam beg galasnya ada kunci kereta spare, kalau tak naik teksilah jawabnya. Pandangannya terarah pada Kea yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
“Senyap je? Letih?” Soal Haikal.
Kea hanya menggelengkan kepalanya.
“Taklah, lapar…” Jawabnya jujur sambil menepuk-nepuk perutnya. Aisey~ apa ni anak dara tepuk-tepuk perut depan orang. Ish. Ish. Tapi memang lapar kut! Dari malam tadi tak makan. Wuwuwu!~ busy dengan thesis dan medical report. Minggu depan dah nak hantar, tapi jangan kata satu muka surat, satu perenggan pun belum tentu siap! Izat…~ Ah! Waktu-waktu macam ni lah nak ingatkan si super hero nya. Kalau ada dia, mesti kerja-kerjanya dah siap sekarang, copy paste je! tapi sekarang dia dah tak ada. Pandai-pandailah nak hidup Kea… tiada lagi talian hayat untuk kau!~
“Lar, tak makan?”
“Lupa.”
“Lupa!!??” Jerkah Haikal. Kuss semangat!~ Kea mengurut dadanya.
“Err… Sorry, sorry... Terlebih pulak. Kenapa tak makan? Nanti you sakit siapa nak jaga I?” Soal Haikal dalam nada ingin bergurau. Kea di pandangnya dengan muka serius. Marah ni, marah nii.. haaa!
“Kita jaga diri kita sama-samalah….” Jawab Kea sambil membuat memek muka yang sengaja di comelkan. Alalala… tak comel ponnn…!!
“Waalaikummusalammmmm………….” Akhirnya selepas seketika, salam mereka di jawab. Mak Esah terkedek-kedek keluar dari arah dalam dan kemudiannya berjalan menghampiri mereka berdua.
“Mak Esah pergi mana tadi?” Soal Haikal.
“Maaf Nak, Mak Esah solat tadi…” Jawab Mak Esah tercunggap-cunggap. Seperti baru lepas berlari lagaknya.
“Tarik nafas dulu Mak Esah…” Kea mencelah. Kesian melihatkan muka Mak Esah yang berkerut-kerut mencari nafas. Belakang Mak Esah di urut-urutnya perlahan.
“Dah-dah, jom masuk dulu.” Arah Haikal.
“AWAL balik Haikal? Hari tu cakap nak pergi sana tiga minggu, ni dua minggu pun tak sampai…” Soal Mak Esah setelah keadaan kembali tenang, atau dengan kata lainnya selepas ‘keadaan’ nafas Mak Esah yang kembali tenang. Haikal menghempaskan badannya ke atas sofa. Lega dapat balik rumah!
“Haikal pergi mana?” Soalan Kea membuatkan Haikal tersentak. Mak Esah pandang curiga.
“Lah, takkanlah Kea tak tahu? Katanya nak pergi bercuti dengan awak kat negara orang putih nunn!~..”
“Hah? Bila ma……………….
Haikal cepat-cepat menekup mulut Kea. Secara spontan dan drastik! “Err, tak jadi… tak jadi Mak Esah, kami pergi pulau je. Tak larat nak pergi jauh-jauh…” Haikal cuba berdalih. Dia tak mahu Mak Esah tahu hal yang sebenarnya. Biarlah hanya dia dan Kea saja yang tahu ke mana ‘perginya’ mereka untuk dua minggu yang lepas.
“Dah pulak, pulau mana yang kamu pergi? Kenapanya di tutup mulut si Kea tuuu?”
“Err… Pulau, Pulau Perhentian…. Kan Kea.” Tergagap-gagap dia menjawab soalan Mak Esah. Tangan yang menutupi mulut Kea di tariknya.
“Emm.. Ha’ah, Redang, eh tak! Perhentian!”
“Haishhh! Ada-ada jelah kamu nih. Dah makan?” Bulat mata Kea mendengar soalan Mak Esah. Bagai mengantuk di sogok dengan bantal.
“Belum!” Sahutya laju. Haikal dan Mak Esah hanya tertawa melihat telatah Kea.
“Amboi, lapar benar nampak gayanya tu!” Mak Esah berseloroh. Kea hanya tersengih, di pandangnya Haikal yang turut ketawa. Tiba-tiba hatinya terusik. Akhirnya… Rindunya untuk melihat Haikal tertawa terubat. Alangkah bahagianya jika tawanya terus terusan begitu. Tapi mungkinkah?…
“Hey! Boleh mengelamun pula dia..” Kea terjaga dari lamunanya bila terasa ada tangan yang menguis lembut pipinya.
“Eh! Hiee… Sorry. Mak Esah mana?” Soal Kea, lama sangat ke aku berkhayal sampai Mak Esah hilang pun aku tak tahu??
“Mak Esah dah ke dapur dah… Itulah, berangan lagi.” Perli Haikal.
“Lah! Bila masa Mak Esah hilang?? Erm… Okaylah, I nak tolong Mak Esah dulu. You duduk diam-diam tau. Kalau ada apa-apa, jerit je panggil nama I.” Pesan Kea. Di mulakan hayunan kakinya. Tapi belum sampai beberapa saat kaki melangkah, namanya di laung.
“Kea!”
“Eh, kenapa? Sakit?” Soal Kea cemas. Di perhatikan lelaki itu atas bawah.
“Taklah, saje.” Haikal sengaja mengenakannya.
“Hish. Mengada!” Tingkah Kea seraya berlalu meninggalkan Haikal. Lelaki itu masih lagi dengan tawanya yang masih bersisa. Seronok benar dapat gelakkan orang! Sedang asyik mentertawakan Kea, tiba-tiba dia tersedak. Kesan pembedahan mula terasa sakit. Berdenyut-denyut seakan ada satu lagi nadi yang bergerak aktif di ruang kepalanya.
“Aduhh! sakitnya!!” Sakit yang tiba-tiba datang mula menunjukkan belangnya. Kepalanya terasa berat. Terasa sesuatu yang mengalir keluar dari hidungnya. Kotak tisu di atas meja sofa di capai.
‘Ya Allah!!’ Haikal terkejut besar bila terlihatkan tisu yang tadinya putih bersih sekarangnya di lumuri darah. Dengan segera dia mencari cermin. Jelaslah darah keluar mengalir semakin banyak dari hidungnya. Dia panik! Bimbang kalau-kalau ada orang lain yang akan nampak. Cepat-cepat dia berlari mendaki tangga dengan niat untuk ke biliknya. Tapi berdirinya tak lama mana, pegangan tangannya jadi renggang. Haikal pitam, kepalanya di rasakan berpusing-pusing. Dan entah bila dan ketikanya, dia rebah……………
No comments: