**KLIK : K.E.A 24
++++++++++++++++++++++++++++++++++
“DIA perlu sedar dalam tempoh 48 jam, atau dia akan terus bergantung pada alat bantuan pernafasan tu…….” Kata-kata Doktor Yusoff masih lagi terngiang-ngiang di cuping pendengarannya. Dari luar cermin kaca itu dia memandang Haikal yang masih lagi bertarung dengan nyawanya. “Haikal koma!” itu yang diberitahukan Doktor Yusoff padanya. Sejak semalam mesin ventilator itulah yang mengambil alih seluruh fungsi pertukaran gas di paru-paru Haikal, untuk apa? Untuk mempertahankan hidupnya. Tidak ada apa yang mampu dia lakukan sekarang, melainkan berdoa pada yang Maha Esa. Haikal tidak boleh di bedah kerana keadaannya yang terlalu lemah.
‘Haikal kena sedar… walau macammana pun dia harus sedar!’ Bisik hati kecilnya.
Kea menghela nafas panjang melepaskan sesak di dada. Tubuhnya terasa letih berjaga sepanjang hari. Di pandangnya sekeliling, sepi dan suram. Entah kenapa tiba-tiba kepalanya terasa berat dan berpusing. Matanya kabur. Perlahan-lahan dia melangkah bertongkatkan bucu dinding, langkah kakinya semakin lama semakin lambat. Untuk beberapa saat dia bertahan dan akhirnya dia juga jatuh tersungkur, rebah di lantai hospital. ‘Haikal…..’ Hanya nama itu yang mampu dia ucapkan.
“KEA.” Suara itu kedengaran terlalu hampir dengannya. Bersungguh-sungguh dia berusaha untuk mengamati suara itu.
“Kea….” Suara itu memanggil lagi, kali ini seakan berbisik.
“Siapa!?” Soal Kea agak cemas. Suara itu tidak asing di pendengarannya, tapi mengapa dia tak dapat meneka siapa gerangannya., dan lagi, tempat ini di mana?
“Ini Haikal sayang…” Kea tersentak!
“Haikal?? You di mana??”
“I di sini… Di dalam diri you.”
“Haikal, you jangan main-main. Kenapa I tak boleh nampak you? You di mana Haikal??” Kea semakin cemas. Dia tercari-cari susuk tubuh lelaki itu. Pelik, tiada apa yang di lihat melainkan dirinya sendiri.
“Sayang... I dah pergi jauh. Jauh sehingga tiada siapa pun yang mampu mencari I. I sayang you Kea. Jangan di tangisi pemergian I. Jaga diri baik-baik untuk hidup you dan untuk orang-orang yang sayang you... I di sini akan selalu bersama you, selamanya akan bertakhta di hati you… Selamat tinggal sayang………”
“Haikal! Haikal No!! Jangan tinggalkan I, please Haikal…….. I tak mampu hidup tanpa you!”
“……. Haikal! Haikal!”
“Kea… Ya Allah Kea, kenapa ni?”
“Haikal!! Haikal mana?? Haikal??”
“Astaghfirullahalazimmm…. Kea, bawak mengucap. Kenapa ni sayang?”
Kea tersedar bila ada seseorang yang mengoncangkan tubuhnya. Dari jauh dia nampak cahaya yang menyilaukan matanya.
“Ya Allah Kea, bangun nak….” Perlahan-lahan Kea membuka matanya. Dia terpandangkan Ibu. Walaupun nampak tawar, wanita itu masih mampu tersenyum padanya.
“Ibu… Kea di mana?” Soalan pertama yang diajukan Kea. Ibu membelai ubun-ubun rambutnya dengan lembut.
“Anak Ibu pengsan tadi…” Balas Ibunya lembut.
“Pengsan??”
“Ya sayang… Doktor beritahu Ibu badan Kea lemah, mungkin tak cukup rehat.” Balas ibunya lagi.
“Haikal??” Soal Kea tiba-tiba, ‘aku bermimpikah tadi??’ Hatinya berdegup kencang.
“Haikal masih di ICU Kea. Keadaannya….
“Keadaannya apa Ibu? Dia dah sedar?? Dia okay tak Ibu??” Begitu banyak soalan yang di hujankan Kea kepada Ibunya.
“Macam itulah sayang, masih seperti semalam… Belum ada tanda-tanda untuk sedar.”
Kea mengeluh.
“Kea nak jumpa Haikal!” Tingkahnya sambil cuba bangun dari katilnya.
“Kea… Jangan macam ni. Badan kamu pun masih belum kuat. InsyaAllah takkan jadi apa-apa dengan Haikal…” Ibu cuba untuk menenangkan Kea. Tangan anak gadisnya itu di pegangnya.
“Kea mahu jaga dia Ibu…” Kea tetap berdegil. Tangannya di rentap dari pegangan Ibu.
“Kea, dengar cakap Ibu ni!” Kea agak tersentak bila di panggil begitu.
“Macam mana kamu nak jaga dia kalau diri kamu sendiri, kamu abaikan??” Suara Ibu sudah mula kedengaran tinggi.
“Tapi Ibu, Kea….
“Kea… Dengar cakap Ibu ni, bukan macam ni caranya untuk menunjukkan kasih sayang kita… Kalau dengan mengabaikan diri sendiri kamu anggap boleh membuatkan Haikal kembali sihat, kamu silap Kea… Kamu hanya mengeruhkan lagi keadaan. Ibu yakin, Haikal pun tak mahu lihat Kea dalam keadaan macam ni. Kamu kena kuat Kea, kena kuat untuk dia. Ibu tengok sekarang ni keadaan kamu tak terurus. Pergi tengok cermin tu, dah tak serupa anak Ibu dah…” Ujar Ibu. Kea tahu Ibunya sedang cuba untuk mengawal emosinya. Tapi betul juga kata Ibu, keadaanya memang tak terurus. Rambutnya juga di biar lepas tak diikat. Selekeh! Itu saja yang dapat di lampiaskan dengan kata-kata.
“Hurmmm…” Sebuah keluhan berat di lepaskannya. Dia tahu dia silap, dan dia juga sedar yang dia sudah melebih-lebih sehingga membiarkan emosinya mengawal diri.
“Maafkan Kea Ibu….” Putusnya. Tubuh Ibu diraih dalam pelukannya. Ibunya juga turut membalas pelukkan Kea.
“Sudahlah… Ibu tahu anak Ibu ni bukan seorang yang mudah patah semangat… Ibu kenal anak Ibu. Bersabarlah sayang, Allah sedang menguji kamu…” Bisik Ibu ke telinganya.
‘Kea faham Ibu, Kea tahu Kea sedang di uji dan Kea juga tahu Allah takkan menguji sesuatu di luar kemampuan Kea…..’ Air mata yang hampir menitis ditahannya. Tak! Dia tak mahu menangis lagi!
* * * * *
“Kea, kau pasti ke Mama Haikal ada kat sini??” Soal Maria.
“Ye… Dia salah seorang penghuni kat sini.” Jawab Kea acuh tak acuh. Masuk kali ni entah berapa kali dia menjawab soalan yang sama. Langkah kaki di percepatkan, masa dah semakin suntuk, Kea perlu membawa Mama Haikal untuk berjumpa dengannya hari ini juga. Dia tak kisah dengan cara apa sekalipun, yang pasti Makcik Zulaikha mesti mengikutnya.
“Eh, Kak Kea?” Langkah mereka terhenti tatkala ada suara yang menyapa.
“Ha Yana, kebetulan jumpa awak di sini. Makcik Zulaikha mana?” Soal Kea serius. Berkerut dahi gadis tu bila mendengar soalan dari tetamu yang tiba-tiba datang menjengah.
“Ada tu, kat taman. Dari tadi duk termenung.” Jawab Yana, sambil memandang ke arah luar. Kea dan Maria juga turut sama memandang.
“Err… Mood dia okay tak?” Soa Kea seakan berbisik, bimbang pula kalau tiba-tiba ‘penyakit’nya datang.
“Setakat ni okay kak, cakap pun dah tak merapu-rapu dah. Erm, tapi lepas dia sembang-sembang dengan akak tempoh hari, dia jadi senyap pula. Langsung tak mahu bercakap… Kenapa akak nak jumpa dia kak?” Soal Yana.
“Erm… Ada hal sikit. Tak apalah, nanti bila-bila akak cerita dengan Yana okay? Akak nak cepat ni. Akak pergi dulu ya.”
“Aa’ okay kak…”
……… “Aku tak nak makan!”
‘Erk!’ Kea dan Maria berpandangan sesama sendiri. Kea mungkin sudah biasa bila di tengking begitu, tapi bagi Maria, ‘Belum ditegur, sudah menyalak!?’ mungkin itu yang di bisikkannya.
“Makcik Zulaikha…” Kea menyapa lembut sambil menguntumkan senyuman semanis boleh. Hati wanita di hadapannya ini susah untuk di jangka. Perlahan-lahan wanita itu mengangkat kepalanya yang sedari tadi hanya tunduk memandang tanah, entah apa yang sedang di perhatikannya, nampak dalam, mungkin tembus hingga ke hujung dasar.
“Kau siapa??” Soalnya keras.
“Makcik tak kenal saya? Saya Kea, dan ini kawan saya, Maria…” Jawab Kea, masih seperti tadi lembut dan mesra.
“Siapa Kea? dan siapa kamu berdua??” Soal Makcik Zulaikha lagi. Matanya sedikit mengecil memandang mereka berdua.
“Hari tu saya ada datang sini sembang-sembang dengan Makcik, kita cerita-cerita pasal anak Makcik, main-main dengan dia. Ingat?” Kea masih mahu mencuba. Dia tak pasti bagaimana keadaan Makcik Zulaikha sekarang ini, normal atau sebaliknya.
“Main-main dengan anak Aku? Kau gila? Anak aku mana ada sini, kalau ada pun mungkin dah besar macam kau!” Tingkahnya sambil cuba untuk berdiri. Mungkin dah malas nak layan dua orang gadis yang di rasanya hilang akal.
“… Kea, kau betul ke ni? Ke silap orang?” Bisik Maria ke telinganya. Dia pun khuatir dengan kelakuan ‘Makcik’ yang Kea anggap sebagai Mama Haikal. Takkanlah macam ni keadaannya? Memang terurus, tapi… ha, dan lagi di rumah orang-orang tua? Apa dia buat?? Kenapa tak tinggal saja di banglo Haikal?? Ah! Confius, confius~ terlalu banyak soalan yang berlegar-legar di kepalanya kini. Mungkin dia ada tertinggal di mana-mana, atau mungkin Kea tak pernah beritahunya tentang hal ini.
“Betul, aku yakin… Makcik ni orangnyaa.. Eh, Makcik nanti dulu!” Kea cuba untuk menahan Makcik Zulaikha dari berlalu.
“Apa yang korang nak dari aku ni?” Terjegil matanya memandang mereka berdua.
“Erm, baiklah.., mungkin Makcik tak kenal saya, saya tak kisah… Tapi, Makcik pasti kenal dengan Haikal Hakimi Ashraf?” Soal Kea, raut wajah wanita itu berubah tatkala Kea menyebutkan nama itu. Tajam matanya merenung Kea.
“Hai…kal?” Wanita itu cuba mengingati sesuatu.
“Ye Makcik, Haikal… Makcik kenal dia bukan? Haikal anak Makcik…”
“Haikal anak aku?” Makcik Zulaikha masih lagi cuba untuk mengingati siapa Haikal dalam hidupnya. Untuk seketika mereka terdiam, sehinggalah…
“Tidak! Aku tak ada anak nama Haikal! Aku tak kenal dia! Dah, Kau dan kawan kau boleh pergi dari sini. Jangan kacau aku!” Wanita itu tiba-tiba menjadi bengis. Kea dan Maria tak terkata apa. Mereka betul-betul terkejut dengan keadaan itu. Makcik Zulaikha sudah hampir separuh jalan meninggalkan mereka.
“Makcik!” Dia cuba untuk mengejar wanita tua itu.
“Makcik, tunggu dulu!” Panggil Kea lagi. Dia tak akan berputus asa. Alang-alang dah sampai sini, tak salah kalau dia mahu mencuba nasib, kalau kata hatinya benar seperti yang di fikir, dia mahu semuanya terbongkar.
“Leave me alone!!” Tengking Makcik Zulaikha, Kea tersentak. ‘Makcik ni boleh bertutur dalam bahasa English!’ Kini Kea sangat yakin yang Makcik ini adalah orangnya, Makcik Zulaikha adalah orang yang dia cari, Makcik Zulaikha yang dia tahu adalah seseorang yang fasih berbahasa English dan seorang yang berpelajaran tinggi, dia ingat tentang itu! Mak Esah pernah menceritakan kepadanya dahulu.
“Makcik… Dengar cakap saya dulu. Saya tahu Makcik ni mamanya Haikal, mustahil Makcik tak kenal dia.”
“Aku memang tak kenal siapa Haikal yang kau maksudkan tu!! Siapa dia?? Apa hubungan dia dengan aku?? Aku tak pernah ada anak!” Bentak Makcik Zulaikha lagi. Kea tetap tak mahu berganjak. Dia masih lagi yakin dengan kata hatinya.
“Makcik… Makcik boleh tipu saya, tapi Makcik tak boleh nak menipu diri Makcik sendiri, saya nampak jelas di mata Makcik…”
“… Kea, sudahlah… Mungkin betul dia bukan Mamanya Haikal… Jomlah kita balik..” Maria cuba memujuk kawannya itu. Tak sampai hati pula dia melihat Kea merayu begitu. Dahlah dalam keadaan yang kurang sihat, kalau Ibu Kea tahu dia membawanya ke sini, pasti akan di marahinya. Tapi Kea degil, ‘soal kesihatan aku kita tolak tepi, nyawa Haikal lebih penting!’ Bila di sogokkan perihal nyawa, siapa yang sanggup untuk menolak, kan?
“Tak, aku yakin Mar… Tolonglah Makcik… Haikal sekarang sakit tenat. Dia perlukan Mama dia untuk bertahan, dia perlukan Makcik…” Pujuk Kea. Wajahnya suram. ‘Tolonglah Ya Allah! Kau bukakanlah hati Makcik Zulaikha ni seluas-luasnya…’
Makcik Zulaikha kelihatan agak terkejut mendengar kata-kata Kea. “Kenapa dengan dia?” Soalnya ingin tahu. Namun tidak sedikit pun dia memandang ke arah mereka.
“Dia ada kanser otak Makcik.., dan sekarang ada di wad ICU. Dia sekarang dalam keadaan kritikal dan koma.” Terang Kea perlahan. Kelihatan Makcik Zulaikha meraup wajahnya. Untuk seketika suasana menjadi sepi. Tangan Maria di genggamnya erat, dia perlu mengumpulkan kembali semangatnya yang sudah hampir layu.
“… Hmm… Kalau betul Haikal yang kamu cakapkan ni… Dia… Dia adalah anak yang di tinggalkan Makcik dua puluh tahun dulu. Waktu itu dia berumur sembilan tahun. Masih kecil… Dia anak yang Makcik tinggalkan bersama bekas suami Makcik dahulu… Dato’ Ashraf Ariffin.” Makcik Zulaikha tiba-tiba bersuara, kali ini dalam nada suara yang berbeza. ‘Alhamdulillah…’ Kea mengurut dada, dia kelihatan sedikit lega. Ternyata usahanya tidak sia-sia, di kerlingnya pada Maria yang tercengang mendengar kata-kata Makcik Zulaikha.
“… Waktu itu Makcik hanya pentingkan diri Makcik sendiri, di sebabkan marahnya Makcik pada suami Makcik, Makcik sanggup pergi tinggalkan anak Makcik dengan Papanya sendiri. Makcik abaikan tanggungjawab Makcik… Makcik tak layak untuk di panggil Mama kepada dia, biarlah dia tak tahu pasal kewujudan Makcik, biarkanlah Makcik sendiri menghabiskan sisa-sisa hidup Makcik… Makcik tak mahu menyusahkan hidup siapa-siapa lagi.”
“Makcik… Mari saya bawa Makcik jumpa dengan dia. Saya sangat yakin Makcik ni memang mamanya dan saya pasti Haikal sangat-sangat memerlukan Makcik untuk berada di sampingnya ketika ini.” Pujuk Kea, lengan Makcik Zulaikha di pautnya lembut. Tanpa di sangka ada air mata jernih yang mengalir laju melalui kelopak mata wanita itu. Makcik Zulaikha menangis. Mungkin dia sedang cuba untuk menahan perasaannya sendiri.
“Makcik dah lama tinggalkan dia… terlalu lama, dia pun mungkin dah tak kenal Makcik…” Keluhnya.
“Tak Makcik, InsyaAllah.., dia masih ingat Makcik. Makcik jumpalah dia walau sekali. Atleast, dia masih merasa kehadiran orang yang dia sayang. Saya tahu Haikal sangat-sangat merindukan kasih sayang seorang Ibu, kita jumpa dia ya…” Pujuk Kea lagi. Dia tak akan berputus asa selagi Makcik Zulaikha tak pergi bersama-samanya.
“Papa dia bagaimana?” Kea dapat agak soalan itu pasti akan di tanya. dia sudah sedia maklum tentang hal itu. Dia tahu Makcik Zulaikha pasti akan bertanyakan tentang Dato’ Ashraf. Betul kata Mak Esah dan Haikal dulu, lelaki itu memang seorang yang sangat sibuk, bukan dia tak cuba untuk menghubunginya, ada, banyak kali, tapi tak ada satu panggilan pun yang di jawab.
“Makcik jangan risau, saya di sini bukan hendak menemukan Makcik dengan Papanya Haikal, kami juga tak berjaya menghubungi dia. Yang penting sekarang Haikal…” Terang Kea.
“Maknanya lelaki itu masih tak tahu pasal keadaan Haikal?” Soal Makcik Zulaikha seakan sudah dapat meneka. Kea menganggukan kepalanya.
“Huh! Lelaki itu tak pernah nak berubah! Lelaki tak guna!!” Herdik Makcik Zulaikha. Marahnya pada lelaki itu tak pernah surut.
“Makcik… Tolonglah… Untuk Haikal, saya merayu.”
“Hmm…” Wajah Kea di pandangnya lagi, lama dia terdiam sebelum… “Baiklah, Makcik akan ikut kamu…” Putusnya.
No comments: