**KLIK : K.E.A 19
++++++++++++++++++++++++++++++++
“JADI Doktor Yusoff, next week Monday will be the day right?” Soal Kea, organizer di tangan diletakkan di atas meja.
“Yup! Ikut planning asal, you sediakan apa-apa yang patut okay? Patient akan masuk sehari awal dari tarikh pembedahannya.”
* * * * *
“KEA, I lapar…….”
“Eh, tahanlah sikit Haikal.”
“Alaa… Tak boleh. Lapar! Lapar!” Tingkah Haikal sengaja mahu bermanja dengan gadis itu. Sengaja mahu dilayan. Ngade!~
“Amboii… Mengada ye! Nak manja-manja pula dia. Ketuk kang!” Kea pura-pura memarahi Haikal.
“Alaa.., bukan dengan siapa pun.” Haikal mencebik. Kea tersenyum sambil berjalan merapati katil Haikal. Esok dia akan melakukan pembedahan biopsi. So, hari ni nak tak nak dia kena puasa.
“Siapa I?” Duga Kea. Di tenungnya wajah lelaki itu dengan pandangan yang tajam dan serius.
“Entah, siapa entah you.” Giliran Haikal pula menyakat.
“Siapa I? Cepat cakap!” Kea masih lagi dengan lagak seriusnya.
“Amboi garangnya Doktor I ni…”
“Doktor je? Alaaa…. Tak mahulah jadi Doktor jer.”
“Habis tu you nak jadi apa?” Haikal cuba bermain tarik tali. Kea menjeling manja. Dia tahu Haikal sengaja mahu membalas usikkannya.
“I nak jadi kesayangan you…” Lirih saja nada suaranya.
“Aduhhh, Kea tolong!!” Haikal tiba-tiba menjerit kesakitan. Kea cemas.
“Eh, Haikal, kenapa??? Sakit kat mana??” Kea memandang lelaki itu atas bawah. Tak tahu bahagian badan mana yang harus di periksannya.
“Kat sini… Jantung I dah terkeluar dari paksinya. Tolong masukkan balik….” Haikal buat lawak! Kea mendengus marah.
“Memain eh, memain!” Bentak Kea. Haikal tergelak melihat Kea yang konon-konon memarahinya.
“Sayang….” Sengaja Haikal menggunakan panggilan itu untuk memujuk Kea.
Kea mendiamkan diri. “I merajuk nie…” Katanya.
“Alahai… Kenapa merajuk ni Sayang, mari sini dekat I. Sian sayang I merajuk ye, siapa buat nie? Biar I pukul, berani dia buat sayang I merajuk…” Pujuk Haikal. Geli hati Kea mendengar, hampir saja gelaknya terhambur, tapi ditahan. ‘Ingat aku budak kecik ke?’ Desisnya.
“Eeii… Dahlah, nah! Pakai baju ni.” Kea menyuakan baju hospital yang telah di sediakan untuknya.
“Pakaikan….” Pinta Haikal sambil tersengih memandang Kea yang masih lagi mencuka.
“Ishh… mengada! Kenapa tiba-tiba jadi manja lebih ni??”
“Saja,” Ringkas jawapannya. Kea juih bibir.
“Kea…” Panggil Haikal. Kea menoleh, memandang Haikal yang merenungnya.
“Sini Sayang, duduk sebelah I.” Kea serba salah untuk berganjak dari tempat duduknya.
“Sayang….” Panggil Haikal lagi.
“Hmmm…..” Kea mengalah, dia bukan apa, bimbang kalau tiba-tiba ada jururawat yang datang untuk memeriksa Haikal.
“Kenapa?” Soalnya.
“I love you…” ‘Aduh… Melting!’ Kea pura-pura buat tak dengar, padahal cuba menahan malu yang amat sangat. Baru dia sedar lelaki ini sangat romantik orangnya. Sangat kut!~
“You segan dengan I ya?” Soal Haikal sengaja mahu menyakatnya. Dia tahu Kea malu, lihat saja pada mukanya yang sudah pun berona merah.
“… I suka tengok you macam ni, tenang je rasa hati I.” Di capainya jemari Kea, di cium, dan di genggamnya erat.
“Eh, I got something for you…” Tingkah Kea tiba-tiba. Di ambil beg tangannya dan sekeping kad berbentuk hati di keluarkan daripadanya.
“…. I bought this card for you; I like the design, so unique…” Kata Kea sambil menghulurkannya kepada Haikal yang kelihatan begitu teruja untuk melihatnya.
Haikal tersenyum membaca isi kandungan kad itu.
** Haikal Sayang… Jika I di beri peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Si Pencipta mengenai you, ianya adalah ‘Adakah you di takdirkan untuk I”, jika DIA berkata ya, I akan mencintaimu dengan sepenuh hati I, tapi jika DIA berkata tidak, I akan terus mencintai mu sehingga DIA setuju untuk menyatukan kita berdua…
Get Well Soon Dearie (",)
With Love – Kea **
“… You such a sweet heart, Honey. I love you Sayang… So much.” Ucap Haikal sambil menyimpul sebuah senyuman manis tersirat. Kea tersipu-sipu malu, merah padam mukanya menahan rasa.
“I love you too Haikal….” Kea membalas kata-kata Haikal, sambil tersenyum mesra di sisinya. Haikal tarik tubuh Kea agar dekat dengannya, dia bahagia, dan dia yakin Kea juga pasti merasa hal yang sama. Mereka yakin sinar bahagia itu pasti ada menanti mereka di hujung sana…
* * * * *
“KEA, you did a good job! I’m impressed.” Kembang kempis hidung Kea bila mendengar kata-kata pujian yang di berikan oleh doktor pemerhatinya itu. Pembedahan Biopsi ke atas Haikal yang dilakukan selama hampir dua jam itu telah berjaya di selesaikan. Kini hanya tinggal untuk menunggu keputusan dari lab. Moga-moga saja tidak ada apa-apa yang serius. Doanya.
“Atas tunjuk ajar Doktor juga kan? Kalau Doktor tiada tadi, kelam kabut jugalah I nak handle.”
“You deserved it Kea, lagipun tak banyak yang I buat tadi, hampir kesemuanya dilakukan oleh awak sendiri. Ha, lepas ni bolehlah I lepaskan kes sepenuhnya pada you.”
“InsyaAllah Doktor, I akan cuba lakukan yang terbaik. Terima kasih atas pujiannya. Rasa macam terlalu awal untuk I menerima pujian tu…” Jawab Kea sambil tersenyum.
“Memang terlalu awal, but you dah buktikan pada I. I really proud of you.”
“Thank you Doktor…” Ucap Kea, Doktor Yusoff tersenyum membalas ucapannya.
“So, patient mungkin akan sedar after 2 hours, you boleh check his pressure and I’ll be at my room. If anything you just can direct see me.” Pesan Doktor Yusoff, Kea sekadar mengganguk mengiakan kata-kata Doktornya.
“Ouh ya, by the way, you akan join us this Friday kan?” Kea kerut dahi. ‘Ada apa dengan this Friday??’
“Kea, rumah orang-orang tua?” ‘Erk!’ Kea menepuk dahinya. ‘Macammana boleh lupa ni!!?’
“Err... Sure, sure, I will.” Tergagap-gagap dia membalas pertanyaan Doktor Yusoff. Tulah, sibuk bercinta sampai lupa hal-hal lain. So, benar bagai di kata Jumaat ni Kea and some of the internship student akan pergi melawat ke rumah orang-orang tua untuk melakukan aktiviti perkhidmatan sosial.
TIRAI yang menutupi katil Haikal di selaknya perlahan. Haikal yang masih belum sedarkan diri di hampirinya. Pergelangan tangan lelaki itu di pegang untuk memeriksa tekanan nadi. Stethoscope di halakan ke dadanya. Alhamdulilah, semuanya sudah stabil. Anak rambut Haikal yang jatuh mengenai dahi di tolak lembut ke tepi. Wajah lelaki itu di telitinya. Nampak tenang mukanya saat itu, tenang seakan tiada apa-apa yang sedang berlaku. Entah kenapa tiba-tiba bibir Kea mengukir senyum, kata-kata Haikal sebelum dia di masukkan ke dalam bilik pembedahan masih lagi terngiang-ngiang di cuping pendengarannya.
“…. Kea, I akan kuatkan diri I untuk masa depan kita.” Masa depan yang di harap dan di impikan semakin dekat menghampiri mereka. Dia tak sabar untuk hidup bahagia bersama Haikal. Biarlah apa jua tanggapan orang sekeliling mengenai hubungan mereka. Dia nekad untuk tidak menyembunyikannya lagi. Semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan dia yakin Allah telah mengaturkan sesuatu untuknya. Dia redha andai Haikal jodoh yang di takdirkan untuknya.
“Kea...” Kedengaran suara Haikal sayup-sayup memanggilnya.
“Ye… I’m here Haikal...”
“Sa..kit…” Ujar Haikal sambil memegang kepalanya yang masih berbalut. Sayu hati Kea bila mendengarnya. Mungkin ubat bius yang di gunakan telah habis meresap ke seluruh badannya. Berkerut dahi lelaki itu menahan sakit.
“Haikal, sabar ye… Rehatlah dulu, you baru sedarkan diri. Badan you pun masih lemah ni.” Pujuk Kea. Haikal mendiamkan diri untuk seketika, mungkin sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan selepas pembedahan.
“Jangan tinggalkan I…” Pintanya. Kea senyum.
“I won’t sayang. You tidur dulu ya? I akan ada di sini sampai you sedar..” Janjinya. Haikal sekadar mengganguk lemah, perlahan-lahan dia memejamkan matanya rapat.
“Kea Alyissa!” Kea tersentak, dia kenal suara itu! ‘Izat!?’ Duganya.
“How’s your patient?” Tepat sekali sangkaannya. Izat kini sedang berdiri tegak di hadapannya dan kini sedang mengajukan soalan sinis ke arahnya.
“Err…”
“... Atau should I ask this; how’s your boyfriend’s condition so far?” Sarkastik sekali soalan yang keluar dari mulut lelaki itu. Kea ketap bibir.
“Izat, kenapa ni?”
“Kenapa apa? I tanya you kan.”
“Hmm… Dia okay.” Kea mengalah, soalan Izat di jawabnya ringkas. Dia pasti Izat sudah pun mendengar segalanya. Tak perlulah dia untuk menerangkan apa-apa lagi.
“Dah berapa lama kau dengan dia?”
“Izat, please. Tak sesuai untuk kita bincangkan hal ni di sini.”
“Malam jumaat ni flight aku, so aku assume kau tak boleh hantar aku kan?” Kea mengeluh. ‘Terlalu cepat kau membuat andaian Izat…’
“Aku akan hantar kau…”
“Aku tak akan paksa kau, ada orang yang lebih memerlukan kau kalau nak bandingkan dengan aku. I’ll be okay...” mendatar saja suaranya.
“Izat, aku dah janjikan. Aku akan hantar kau.”
“Hm, it’s up to you…” Jawab Izat lantas pergi meninggalkan Kea yang termanggu-manggu.
“Izat!” Panggilnya. Tapi panggilannya seakan angin bayu yang hanya berlalu melintasi cuping telinganya saja. Tidak sedikit pun Izat menoleh balik ke arahnya.
‘Hmm… Izat, maafkan aku…’ Wajah Izat dan Haikal silih berganti. Serba salah dia rasa di buatnya, Haikal lelaki yang di sayanginya dan Izat lelaki yang menyayanginya. Walaupun dia yakin, keputusannya akan selalu berpihak kepada Haikal, tapi Izat? Dia tak mahu persahabatan mereka terganggu di sebabkan hal ni.
No comments: