** KLIK : K.E.A 30
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“AMBOI pengantin baru bangkit… Seronok tidur ya?” Nek Cu menyapa. Tersengih-sengih Haikal dan Kea berjalan menuju ke arah dapur. Sempat juga di jeling pada Ibu yang hanya tersenyum pada mereka.
“Kea ni Nek Cu, tak nak bangun…”
“Eh, apa pula Kea!” Perut Haikal di sikunya. Haikal ketawa.
“Yelah, Kea kan yang………
“Hai apa lagilah budak dua orang ni… Dah kahwin pun masih tak habis-habis nak bergaduh lagi.” Tegur Along yang tiba-tiba muncul dari luar.
“Haikal ni….” Guman Kea. Di capainya cekodok pisang dan terus memasukkannya ke dalam mulut. Lupa sebentar pada suaminya. Senang cerita lupa terus tentang status dirinya yang sudah bersuami!
“Haikal??” Haikal memandang Kea, isyarat mata di beri agar Kea dapat menangkap apa yang di maksudkan Haikal. Ada dua maksud tu, satu sebab memanggilnya dengan gelaran Haikal, dua sebab makan cekodok tak ajak. Ceh!~ itu pun nak berkira, kan?
“Eh, Abang… Abang… Silap. Hm, Nak cekodok?” Pelawa Kea. Haikal hanya mencebik.
“Kamu lupa kamu dah kahwin Kea?” Soal Along. Aduh! Menusuk jantung ayat Along ni!
“Belum get used lagilah Along… kan Abang? Relakslah…” Jawab Kea selamba seraya memandang ke arah Haikal yang turut mengganguk mengiakan kata-katanya. Kea senyum sambil kenyit mata, bangga suami sendiri menyebelahinya.
“Itu jelah alasannya… Ha, apa plan lepas ni? Takkan nak duk berkurung dalam bilik jer…” Soal Along seraya menarik kerusi duduk berhadapan mereka. Sempat lagi dia mengusik. Kea buat tak tahu, malas nak layan.
“Pergi jumpa Mama Haikal…” Jawabnya ringkas.
“Kat mana?” Soal Ibu pula, di letakkan mangkuk yang sudah siap berisi nasi goreng kampung ke atas meja. Berasap-asap lagi, dan baunya tak usah cakaplah, terliur!
“Kea, Ibu tanya kat mana tu…”Haikal mengulang balik soalan Ibu bila melihat Kea yang sedang asyik memerhatikan makanan di hadapannya. Lapar benar lagaknya.
“Budak ni kalau nampak makanan memang tak pandang kiri kanan dah Haikal.” Nek Cu mencelah.
“… Erm, ha?” Kea tersengih.
“Jumpa Ibu kat mana?” Soal Ibu lagi. Kea kerut dahi.
“Kat KL… Er, kat… kat…” Takkan nak cakap kat sini pula! Ish! Dia mula gelisah.
“Ha’ah Haikal, Along tak nampak pun Mama kamu datang masa nikah dengan sanding hari tu… Nak tanya, tapi tak sempat-sempat.” Along menambah. Kea dan Haikal berpandangan sesama sendiri. Tidak tahu apa yang harus dijawab.
“Err…..
“Mama ada hal Along, Erm tak apalah. Haikal tak kisah pun.” Balas Haikal, ada getaran di suaranya. Kea hanya mengganguk perlahan. Dia pun rasa serba salah untuk mencelah.
“Lain macam je. Betul Kea Mama kamu tu ada hal?” Soal Ibu lagi, dia tahu dari raut wajah mereka berdua pasti ada yang tak kena.
“Betul……
“Haish sudah… Apa lagi yang duk bisingkan ni. Marilah makan, nanti dah sejuk tak sedap pula….” Fuhh! Kea dan Haikal boleh menarik nafas lega bila Nek Cu menyampuk. Masing-masing hanya mendiamkan diri sehinggalah ke suapan yang terakhir. Terutamanya Kea, dia sorang saja yang lebih mengetahui perihal Mama Haikal, bukan tak nak beritahu tapi tak tahu macam mana nak mula. Haikal pun tak tahu kat mana Mamanya berada. Apatah lagi Papanya, yang Kea yakin mereka tahu, Makcik Zulaikha sekarang menyewa di rumah kawannya di Kuala Lumpur. ‘Haduihh… Macammana nak beritahu nihh…’ Kea resah. Duduknya jadi serba tak kena. Tapi dalam serba serbi tak kena habis juga nasi goreng sepinggan!
“IBU… kami gerak dulu ya, Along nanti drive Ibu baik-baik.” Pesan Kea. Sudah hampir seminggu mereka di sini dan sudah selama itu jugalah Haikal dan Kea melalui hidup sebagai suami isteri. Mereka perlu pulang ke Kuala Lumpur, masih banyak perkara yang perlu diselesaikan. Hal kerja Haikal, report thesis Kea, hal Mama Zulaikha. Hmm… Ibu dan Along juga pun begitu, tiba masa untuk mereka pulang ke seremban. Kesian Nek Cu, tinggallah nanti dia sorang-sorang… Bukan tak mahu mengajak, sudah banyak kali, tapi Nek Cu seperti biasa berdegil. Dia lebih rela keseorangan dari keluar meninggalkan rumah pusaka arwah Tok Cu.
“InsyaAllah, kamu dengan Haikal pun sama. Hati-hati nanti, pengantin baru ni darah manis lagi. Ha Kea, jangan buat perangai bukan-bukan ya.” Sempat juga Along mengusiknya. Kea menjeling. ‘Along lupa agaknya adiknya ni sudah ada suami.’
“Ibu!” Panggilnya. Haikal dan Nek Cu hanya tersenyum memerhatikan gelagat mereka. Tak sudah-sudah Along menyakat Kea.
“Along, sudahlah tu… Adik kamu tu dah jadi isteri orang dah, pandai-pandailah dia nanti. Kamu tu pun tak lama lagi kan. Ha, jangan duk kacau orang sangat. Makan diri nanti.” Ibu memberikan peringatan. Along garu kepalanya yang tak gatal, Kea pula tersenyum puas. Ha Ha Ha. Padan muka Along! Mungkin itu yang sedang di fikirkannya.
“Dah-dah…” Nek Cu menegur. “….. Ni kalau tak halang, sampai ke esok pun tak habis sembang anak beranak ni!” Mereka bertiga berpaling ke arah Nek Cu yang sedang bercekak pinggang. Amboi!
Kea berjalan menghampiri Haikal yang sedang tersenyum memerhatikannya.
“Apa senyum-senyum?” Soal Kea. Di jungkitkan sedikit keningnya.
“Eh, berlagak pula dengan kita, tarik hidung baru tau.” Balas Haikal. Di tariknya Kea agar lebih dekat dengannya. Kea sengih sampai ke telinga.
“Dah siap sayang?” Soal Haikal. Anak rambut Kea yang terjuntai ke dahi, di tolaknya ke tepi. Naa.. Nampak lebih kemas. Kea mengganguk sambil tangannya tak lepas memeluk pinggang suaminya.
“Ibu, Nek Cu, Along, kami pergi dulu ya…” Ucap Haikal. Mereka seraya bersalaman dan berpelukan. Lepas ni entah bilalah pula dapat berkumpul semula. Raut wajah Kea sudah mula redup. Tubuh Ibu di raih dalam pelukkannya.
“Ibu… Kea balik dulu ya.” Bisiknya perlahan ke telinga Ibu.
“Kea jaga diri baik-baik… Ingat pesan Ibu ya, jaga kehormatan diri dan suami Kea. Kea dah ada tanggungjawab besar sekarang ni Nak…” Pesan Ibu, Kea mengganguk. Matanya sudah mula bertakung dengan air mata, tunggu masa saja untuk tumpah.
“Dah, tak mahu sedih-sedih lagi. Haikal, jaga Kea baik-baik. Kamu pun sama, jaga kesihatan, makan minum semua jaga. Jangan degil tak mahu makan ubat pula.” Tambah Ibu. Haikal sengih. ‘Tahu-tahu saja aku malas nak makan ubat.’ Desisnya.
“InsyaAllah Ibu…” Jawab Haikal. Mereka melambai dan kemudiannya bergerak menuju masuk ke dalam perut kereta. Ibu dan lelain hanya memerhatikan mereka berdua dengan ekor mata. Masing-masing berdoa di dalam hati agar semuanya di permudahkan. Aminn…
“Sedia sayang?” Soal Haikal, di betulkan seat belt yang di pakai oleh isterinya.
“Sedia apa Abang?” Kea kehairanan.
“Sedia untuk hidup berdua bersama Abang… lepas ni dah tak ada ibu, ibu lagi tau…” Ucap Haikal, Kata-kata itu di sambut Kea dengan perasaan yang berbaur. Dia sendiri masih tak percaya yang dirinya kini sudah pun bergelar isteri kepada Haikal. Dalam diam, dia mengganguk perlahan. Haikal senyum lega, pipi Kea di kucup penuh kasih.
“I love you Sayang….” Ucapnya. Kea tersipu-sipu malu.
“I love you too, Abang….” Jawabnya. Seakan tenaga yang di salurkan ke dalam dirinya, Haikal mula menekan minyak kereta yang akhirnya meluncur laju membelah keheningan desa. Kampung halaman di tinggalkan dengan seribu satu kegembiraan yang pastinya sudah kemas tersemat di hati mereka. Semoga ikatan yang terjalin menjadikan mereka lebih matang dalam meniti ranjau kehidupan.
SUDAH hampir separuh perjalanan yang di lalui mereka. Terpisat-pisat mata Kea memandang sekeliling. Di pandangnya pada Haikal yang masih focus memandu. Tidak tahu bila dan ketikanya dia tertidur. Kasihan Haikal di biarkan memandu sorang-sorang, ada teman pun tak boleh harap. Tidur je kerjanya!
“Abang…...” Panggilnya. Di letakkan kepalanya di bahu Haikal. Alaaa… nak manja-manjalah tu. Haikal membiarkan Kea begitu, terasa senang dengan sikap Kea yang mahu bermanja dengannya. Dengan lembut dia mengusap rambut Kea.
“Dah bangun sayang? Nyenyak tidur… letih sangat ya?” Sahutnya.
“Ha’ah… Sorry biarkan Abang bawa kereta sorang-sorang.”
“No worries. Abang dah biasa… Ni Kea okay tak ni?”
“Hurmm… Okay, cuma baru rasa lenguh-lenguh badan ni...”
“Lenguh badan? Mungkin sebab majlis hari tu kut. Tak apa, nanti dah sampai rumah Abang tolong urutkan ya…” Ucap Haikal. Dengar saja perkataan ‘urut’ pantas saja Kea mengangkat kepalanya dari bahu Haikal dan di sebabkan pergerakkan adrenalinnya yang terlalu cepat, tak semena-mena kepalanya terhantuk pada bumbung kereta. Yang jelas kedengaran kini hanyalah suaranya yang mengaduh kesakitan.
“Aduhhhhh!!”
“Haa… Ish sayang ni, kan dah terhantuk.” Haikal yang pada mulanya ingin ketawa terus tak jadi bila melihatkan Kea yang berkerut dahi menahan sakit.
“Sakitlah… Abanglah ni sakat Kea…” Tingkahnya.
“Eh, Abang pula. Kea yang tiba-tiba macam kena kejutan elektrik!” Haikal hanya mampu bertahan sekejap, tanpa dapat di sekat terhambur juga tawanya. Kea ketap bibir, geram melihat Haikal yang sedang seronok mentertawakannya.
“Orang sakit, dia boleh ketawa pula.” Rungut Kea. Serentak dengan itu, Haikal terdiam. Kesian pula pada isterinya itu. “Sakit ke?” Soalnya.
“Sakitlah… Bergegar otak Kea ni.” Jawab Kea sambil mengosok-gosok kesan hantukkan dengan kedua-dua belah tangannya.
“Mari sayang dekat dengan Abang, Abang tolong gosok-gosokkan kepala tu. Kesianlah Isteri Abang ni ye… Bumbung ni buat ye… Siaplah dia Abang kerjakan. Nak kena dia ni, buat isteri Abang…” Haikal mengusik. Lagi panjanglah muncung Kea ketika ini.
“Alah menyampahlah Abang nieeee….” Marahnya. Haikal menyambung tawanya yang masih berbisa, geli hati melihat tingkah Kea yang ke anak-anakkan.
“Eh Abang, nanti berhenti dekat R&R depan tu…” Kea tiba-tiba mengarah.
“Kenapa nak berhenti kat situ? Kea lapar?” Soal Haikal. Kea menggeleng.
“Taklah, dah pukul berapa dah ni? Masa untuk makan ubat.” Jawabnya. Haikal mengeluh.
“Alaa…
“Takde ala, ala… Berhenti ya, please.” Pujuk Kea. Dia tahu pesakit a.k.a suaminya ini memang malas dan tak suka nak makan ubat.
“Tunggulah bila sampai rumah…” Pinta Haikal, seperti biasa raut wajahnya berubah sayu. Kea masih lagi tegas seperti tadi, soal kesihatan Haikal dia memang tak suka untuk tangguh-tangguh.
“Abang tak sayang Kea ya?”
“Hmmm… Okay, Abang berhenti.” Balas Haikal laju tanpa teragak. ‘Of course lah sayang, siapa yang tak sayang bini oiii…’ Kea senyum dalam hati. Senang saja nak umpan dia. Desis hatinya. Kawasan rehat dan rawat yang hendak di tuju semakin hampir. Kea membetulkan ikatan rambut dan baju blouse yang di pakainya. Tak cukup dengan itu, di capainya pula compact powder dan di sapukan ke pipinya. Lip gloss lagi, haish… ni lah kalau perempuan, Haikal yang duduk di sebelah hanya menggelengkan kepalanya. ‘Boleh tahan juga isteri aku ni…’ Bisik hatinya.
“Dah cantik dah Isteri Abang ni….” Sempat Haikal mencelah. Kea cebik bibir.
“Eleh… jealous.” Balasnya. Haikal ketawa lagi. Semua perkara atau ayat yang keluar dari mulut isterinya itu sangat menyenangkan hatinya. Haikal memberhentikan kereta di simpang jalan.
“Sayang nak pergi toilet atau nak singgah beli apa-apa dulu?” Soalnya. Kea menggeleng. Tangannya dengan pantas mengeluarkan beg yang penuh dengan ubat-ubatan Haikal. Telan air liur Haikal di buatnya. “Tak mahulah…” Jawab Kea.
“Kalau ada apa-apa pergilah dulu… Abang boleh makan sendiri ubat tu.” Kea senyum sinis, ada saja akal Haikal untuk mengelak dari makan ubat.
“Okay, Kea pergi. Tapi lepas Abang makan ubat. Nah…” Di suakan beberapa biji pil dari beberapa jenis ubatan yang perlu di ambil Haikal. Juling mata Haikal memandangnya.
“Banyaknyaaaaaaa!!” Keluhnya.
“Kata nak cepat sihat, dah cepat-cepat! Jangan nak ngelat ya. Buka mulut, Aaaaa’….” Haikal diam. Mulutnya di tutup rapat.
“Sayang… Aaaa’…..” Ulang Kea.
“Hmm…” Kali ini Haikal menurut, perlahan-lahan dia membuka mulutnya dan dengan pantas Kea memasukkan satu persatu pil-pil itu ke dalam mulut Haikal. Di suakan pula sebotol mineral water. Berkerut dahi lelaki itu nak menelannya. Nasib baiklah pil, kalau cecair mahu di muntahkan semula semuanya.
“Ha, kan senang… Good boy!” Ucap Kea, sebuah ciuman di hadiahkan di dahi suaminya.
“….. Sebab behave, so dapat ‘hadiah’!” Tambahnya lagi sambil tersengih memandang suaminya. Haikal senyum mengejek. “Pandai ya buli Abang.” Katanya.
“Bukan buli, Kea cuma nak Abang cepat sihat… Dah, biar Kea bawa kereta pula. Abang baru makan ubat, tak sesuai nak bawa kereta.” Pinta Kea. Memang ubat yang di makan Haikal tadi akan membuatkannya khayal dan mengantuk. Lagipun, orang yang under medication ni memang di larang sama sekali untuk memandu. Bahaya! Haikal pantas menggeleng.
“No. No… I should drive the car.” Dia mengelak, biasalah ego lelaki mana nak perempuan bawa kereta. Tak yakin katanya. Kea merenung suaminya tajam. ‘Eh! Dia tak tahu ke isterinya minah drift seantero?? Don’t play play okay!’
“Sayang, please… Let me drive the car, promise you nothing will happen. Lagipun, lesen Kea ni di iktiraf SIRIM tauuu!’ Sempat Kea buat lawak, Haikal ketawa, di tampar lembut bahu isterinya.
“Main-main ya, main-main!”
“Alaaa… Dah, cepat turun. Tukar seat.” Kea mengarah lagi, tidak di hirau amarah manja suaminya itu.
“Keaa…..”
“Alaa… Abang tak sayang Kea ke?” Sekali lagi Kea menggunakan ayat itu untuk memujuk.
“Hish, suka guna ayat tu. Nyampah!” Rungut Haikal sempat juga dia mengajuk perkataan ‘nyampah’ yang sering di gunakan Kea. Di buka seat belt yang di pakainya. Yes!! Kea mampu tersenyum bahagia, ayat itu sekali lagi membantunya.
“Sukalah tu orang dah ikut cakap dia…” Gumam Haikal. Marah-marah manja.
“Alah sayang, janganlah merajuk. Ala kuchi-kuchi..” Pujuk Kea.
“Tak habis-habis dengan kuchi-kuchi dia. Ingat Abang ni budak kecik ya?” Meletus tawa Kea melihat tingkah suaminya yang sedang merajuk.
“Orang nak pujuk pun kena marah.” Balas Kea sambil cuba untuk menahan tawanya. Haikal geram, kedua-dua belah pipi Kea di cubitnya. Apa lagi, menjerit kesakitanlah isterinya itu.
“Auchhh!! Sakitlahh!”
“Ha tulahhh, suka sangat sakat orang!”
“Eleh!” Akhirnya mereka berdua ketawa besar bila memikirkan telatah masing-masing yang tak pernah mahu mengalah. Hmm… Kalau Nek Cu tahu ni, mahu di lagakan kepala kedua-dua mereka ni. Ada saja akal mereka nak mengenakan pasangan masing-masing.
“Dah-dah, fokus bawa kereta. Jangan bawa laju sangat.” Pesan Haikal. Kea menggangukkan kepalanya. Gugup juga Haikal nak duduk sebagai penumpang saja, tak pernah seumur hidup dia di pandu oleh seorang perempuan. Relaks Haikal, relaks… Fuhh!~
“Aii ya kapten!!” Ucap Kea. Serentak dengan itu kepalanya di ketuk Haikal.
“Main-main lagi, main-main!” Kea seperti tadi hanya tersengih menampakkan giginya yang putih bersih. Tahulah gigi cantik, tapi tak payahlah nak buat iklan colgate pula kat sini kan! Ish.. Kea, kea….
Selepas beberapa ketika mereka mula senyap. Kea sudah mula fokus pada pemanduannya. Haikal yang pada mulanya agak ragu-ragu dengan isterinya kini sudah kelihatan tenang, berkali juga dia menguap mungkin ubat yang di makan tadi mula menunjukkan kesan. Sesekali Kea memandang Haikal di sisi, di pandunya kereta dengan cermat agar tidak ada apa-apa perkara buruk yang akan terjadi. Entah kenapa tiba-tiba hatinya mula terasa gelisah bila memikirkan destinasi yang bakal mereka tuju sebentar nanti. ‘Hmm.. Everythings will be fine Kea…’ Pujuk hatinya.
No comments: