**KLIK : K.E.A 14
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“KEA ALYISSA…..” Sebuah senyuman terukir bahagia di wajah si jejaka tatkala nama itu meniti di bibirnya. Teringat kembali segala memori indah sewaktu bersama dengannya. Seorang gadis lincah yang manja, gadis degil yang penyayang, gadis nakal yang pasang surut emosinya, dan yang lebih mengikat hatinya, dia gadis manis dengan pandangan yang berkaca… Hmm… Rindunya pada Kea... dah lebih tiga hari dia tak menghubungi gadis itu. Niat dihati memang mahu. Tapi…, dibiarkan hasrat hati terkubur begitu saja. Dia malas nak melayan perasaan rindunya yang membuak-buak terhadap gadis itu. Dia tak mahu memulakan sesuatu yang tak pasti akan kesudahannya. ‘Ah~ sudahlah…!’ Dia bingkas bangkit dari baringannya. Dikerlingnya jam di tangan, dah hampir dua pagi… Matanya masih belum mengantuk. Dia gelisah, entah berapa kali bilik itu ditawafnya. ‘Apa nak buat! Apa nak buat!’
Seketika kemudian handphonenya berbunyi. ‘Eh, siapa pulak lah yang message malam-malam buta ni?’ Tingkah Haikal. Dia memang pantang kalau ada yang menggangu waktu rehatnya, nak dibiarkan takut ada hal penting. Akhirnya dia mengalah, handphone di atas meja dicapainya. Butang ‘read’ ditekan.
+ Hai Encik Haikal! Dah tidur ke?
‘Kea???’ Buntang mata Haikal memandang screen handphonenya. Berkali-kali dia menggosok mata untuk memastikan yang message itu benar-benar datang daripada gadis yang di rindu. ‘Eh! Memang Kea lahh!’ Hatinya berbunga-bunga. ‘Nak reply tak? Nak? Tak?’ Lantas button reply ditekannya. Seketika kemudian dia menukar fikiran. ‘call jelahh!’ bisik hati kecilnya. Dengan cepat dia mendail nombor si gadis.
“EH! Kenapa dia call pulak nih!!” Kea mula tak tentu arah bila terpandangkan nama Haikal tertera di skrin handphonenya. ‘Aduh!! Nak angkat tak? Nak? Tak?’ Dia berkira-kira sendiri. Tulah! Gatal sangat nak message dia. Haa.. Sekarang dah call cuak pulak nak jawab! Err… Rindulah!! Nak buat macam mana kan… Lama juga dia biarkan handphonenya riang ria menyanyi, sebelum akhirnya dia mengalah, ‘Okaylah, okaylah… I angkat larrr….’
“Err.. Assalamualaikum…” Agak gugup dia memulakan bicara.
“Waalaikumussalam Kea…” ‘Aduh! Luruh jantung aku nie bila dengar suara dia!!! Ya Allah, rindunya pada Haikal!!! Hmm.. Sabar Kea, sabar, awak tu perempuan. Err!’
“Hello Kea, you there?”
“Eh, eh, yes. I’m here! Kenapa you call I? tak tidur lagi ke?” Kea mula bertanyakan soalan, perasaan gementar cuba dikawalnya sebaik mungkin.
“Belum lagi… You pun kenapa tak tidur lagi?”
“Err.. I nak tidurlah ni… Tiba-tiba you call pulak, so nak tak nak kena angkat jugalah kan.”
“Eleh, cakap jelah you rindu kat I. Come on, I tak gelakkan you. Tell me the truth” ‘Aish! Pandai-pandai je mamat ni meneka. Yelah!! Aku memang rindukan kau punnn…~
“Rindu? Mana adalah, saja nak habiskan kredit. Hari ni last day sebelum expired…” Selamba saja dia memulangkan jawapan standart budak sekolah! Hello~ you doktor wannabe Kea, macam tak ada air liur je suka-suka cakap macam tu. Marahnya pada diri. Di hujung talian kedengaran Haikal yang sedang asyik mentertawakannya.
“Hahaha…You, pleaselah grow up! Alasan tak munasabahlah…”
“Yelah, yelah… I rindu you, you rindu I tak? Senyap je, dah tiga hari tak call I pun…” Sedih saja itonasi suaranya. ‘Hahhh! Ya Allah!!! Apa yang aku cakap nieee!!!’ Kea mula sedar yang dia sudah terlepas cakap. ‘Aduh! Terlalu jujur pulak aku nih…haishhh!! Malunye akuuu….’
“Rindu I? I See…”
‘I see?? I see?? Tu je? Err… Janganlah jawab macam tu, jawablah yang you pun rindukan I, janganlah buat I malu-malu kucing sorang-sorang kat sini… Please, pleaseee…’
Haikal terkedu mendengar pengakuan Kea. Dia bahagia… Tapi perasaan itu hadir menyinggah hanya untuk beberapa saat dan seperti biasa dia tak mahu terus menerus melayan perasaan bahagianya. Dia tak mahu mengaku yang dia juga turut merindui gadis itu. Dengan perlahan dia melepaskan keluhan berat. Sungguh dia lebih terseksa jika terus - terusan begini.
“Okaylah you, I dah mengantuklah. Nanti kita sembang lagi. Night, Assalamualaikum…”
“Eh, you……….” Belum sempat Kea berkata apa, perbualannya sudah pun dimatikan. ‘Erk! Apa nihh!!’ Marahnya. Dia kesal Haikal mematikan telefon macam tu je. ‘Dia ni memang sengaja nak malukan aku…. Huh!’
HANDPHONE blackberry torch kepunyaannya di campak ke dinding. Habis berderai isi kandungannya. Dia pasti Kea akan tersinggung dengan tindakkannya sebentar tadi. ‘Maafkan I, Kea…’ Entah bila masa dan ketika mutiara jernih mengalir sepi dari kelopak matanya. Dia sangat terseksa untuk terus menahan perasaannya terhadap Kea. Demi Tuhan, dia sudah mula menyayangi gadis itu. Dia mahukan gadis itu untuk sentiasa berada disisinya. Tetapi dia akur dengan kenyataan, sayang tak semestinya memiliki…. Hmm.. ‘Ya Allah, bantulah hamba Mu ni Ya Allah… Kuatkanlah semangat ku…’
* * * * *
“AMBOI mukaaa, kenapa cemerut sangat?? Pagi-pagi buta dah wat muka ni. Apahal kau?” Maria yang baru keluar dari bilik air menegur Kea yang masih lagi kehilangan mood dek kejadian pagi tadi. Mee goreng untuk breakfast yang di masak Maria juga di pandang sepi oleh Kea.
“Tak ada apa.” Jawabnya ringkas.
“Eleh… Macamlah aku tak kenal kau. Adalah tu yang tak kena. Meh habaq mai kat aku.” Cepat saje Maria menarik kerusi dan tau-tau je dah tercongok duduk di sebelah Kea.
“Ishh… Betullah tak ada apa-apa. Sakit perut je, tunggu kau keluar bilik air lambat sangat.” Kea cuba untuk menipu. Tapi seperti biasa dia akan tertangkap!
“Haa, ni aku dah keluar. Pergilah! Kang tercicir kat sini, satu kerja pulak nak mengutip.” Maria melawak dengan harapan Kea akan tergelak sama dengannya. Err..hampeh! Kea masih lagi dengan muka seposennya. Lambat saja Kea bangun untuk ke bilik air. Dia pun tak tahu apa sebenarnya yang dia nak buat kat dalam bilik air tu. Maria yang sedari tadi memerhatikan tindak-tanduk Kea, sudah mula gelisah tak senang duduk.
“Hoi, dahlah Kea. Duduk balik! nak menipu dengan aku. Cepat cakap, apa masalah kau ni?”
“Err… Mar…~ aku.. aku….”
“Aku apa??” Sergah Maria.
“Hmm… Tak ada apa-apalah.” Lantas cepat-cepat dia menghilangkan diri ke dalam bilik air. Tercengang Maria melihat tindakkan Kea yang secara tiba-tiba tu. ‘Erk..apakah!?’
‘HAISHHHHH!!~ Kenapalah dengan aku ni! Kau nak marah dengan tindakkan Haikal yang mengendahkan kau? Merajuk?? Ada hati nak bercinta dengan pesakit sendiri?? What do you expect Kea?? Nak jadi kekasih dia pulak?? Kau betul-betul dah suka dia atau kau hanya kasihan dengan keadaan dia?? Kau nak tebus balik ‘masa’ yang kau tak dapat waktu dengan Arwah Baba dulu?? Come on Kea… Dengar kata hati sendiri! Apa yang kau mahukan sebenarnya??’ Kea bermonolog memarahi diri sendiri. Kusut betul kepala nih! Entah apalah yang merasuk fikirannya. Haikal! Haikal! Nama itu terus menerus menerjah masuk ke otak dan sering kali meniti di bibirnya. Hmmmmmpphhhh! Dia menarik nafas sedalam yang boleh. Sudahlah Kea… Semuanya mustahil untuk terjadi.
* * * * *
“HAI Izat…” Tak sangka pula pagi-pagi ni Kea dah terjumpa dengan si super heronya. Nampak kacak Izat sekarang ni. Dah pandai bergaya, dulu waktu belajar, nerd je muka, dengan kaca mata besar dia, baju masuk dalam. Sekarang tak lagi, dah pandai pakai contact lense. Baju pun dah kemas terurus. Barulah smart kan…!~
“Eh, Kea? Rasa macam dah lama tak nampak kau kan. Mana menghilang?”
“Ada jelah, baru balik dari kampung ni. Along aku bertunang. Kau tu nak bising-bising kat aku, kau pun sama lama tak nampak. Busy sangat eh?” Kea meneka.
“Ha’ahlah Kea, busy sangat lately… Banyak kes! Tapi I’ll be free for this week. Kes semua dah settle.” Jawab Izat jujur. Kea hanya tersenyum mengiakan kata-kata Izat. Internship doktor ni memang banyak kerja, kalah doktor betul. Mana nak siapkan tesis lagi, report lah, nak engage dengan external work la, itulah, inilah.. nasib baik kes yang diterimanya tak banyak. Yang simple-simple je, which mean external patient in out yang ramai. Dia agak bernasib baik. Setakat ini cuma Haikal je lah serius kesnya. ‘Hmm.. Haikal, apa khabar agaknya dia. Dah makan ubat ke belum, sihat ke dia….’
“Hey, jauh menggelamun ni! Kau free tak malam ni? Aku ingat nak jalan-jalan tengok movie ke, mingle around… Dah lama rasanya tak free and easy macam ni. Jom?” Izat mempelawanya untuk keluar bersama. Kebetulan pula Kea memang tak ada apa-apa rancangan malam ni dan lagi, yelah! ‘I still owe him a lunch date!!’
“Boleh juga, aku pun ada hutang lunch date dengan kau kan? Erm, apa kata kita dinner sama malam ni, aku belanja.”
“Nicee! It will be great! Sure, no problem. I’ll fetch you ok?” Laju saja dia bersetuju dengan cadangan Kea. Memang dah lama sangat dia menanti untuk keluar berdua dengan gadis itu. Kea hanya senyum mengganguk.
“Okay, jemput aku dalam pukul 8.00 malam ni.”
“Alrite…” Sampai ke telinga senyuman Izat kini. Tak sangka dia akan keluar dengan gadis yang disukainya setelah sekian lama. Wahh! Sudah tentu dia akan jadikan malam ini sebagai saat yang paling indah dalam hidupnya.
“WOW! Cantiknya date aku malam ni.” Izat terpana bila melihat Kea yang begitu manis mengenakan blouse purple lembut dan skirt kembang paras tumit. Ditambah pula dengan make up neutral yang dikenakannya, makin bertambah ayulah Kea pada pandangan mata Izat.
“Ada-ada je kau ni, macamlah tak pernah nampak aku pakai macam ni dulu.” Kea cuba menyangkal pujian Izat yang sedari tadi asyik merenungnya.
“Dulu kan kau asyik berkepit dengan Si Maria, mana ada peluang nak jalan berdua macam ni. Pantang aku dekat sikit, mulalah mulut dia bising. Takut sangat aku apa-apakan kau.” Jawab Izat sambil membukakan pintu kereta untuk Kea. Kea hanya menurut. Seronok juga sekali sekala dilayan macam puteri raja. Desisnya. Jawapan Izat dibiarkan tanpa berbalas.
“So, shall we?” Kea mengganguk dan serentak dengan itu kereta Honda Civic milik Izat meluncur laju membelah keheningan malam.
“ENJOY your meal Sir…” Senyuman mesra si pelayan di sambut manis oleh kedua-dua orang tetamu. Setelah lebih setengah jam bertekak mencari lokasi makan malam. Akhirnya ‘The Ship Damansara’ yang menjadi pilihan mereka. Menu pilihan juga sudah dipilih dan kini terhidang di depan mata. Kea dengan black pepper steak nya manakala Izat pula dengan lamb chop half cooked.
“Emmm.. Nyum. Nyumm.” Bulat mata Kea memandang makanan yang terhidang di hadapannya. Nampak menyelerakan!
“So, enjoy your meal Princess…”
‘Erk!, princess!?’ Kea tersengih memandang Izat, ‘Apa hal pulak tiba-tiba nak panggil aku Princess? Hishh.. Ni yang buat jantung aku turun naik nihhh!’ Gumannya di dalam hati. Izat tersenyum memandang Kea yang seakan kekok untuk memulakan suapan.
“Larr… Kenapa dipandangnya makanan tu, makanlah. Nak aku suapkan ke?” Laju saja Izat mencapai sudu dan garfu di pinggan Kea.
“Eh, Eh, tak tak.. Tak apa, I boleh makan sendiri. You makanlah you punya dulu....”
“Alah, malu-malu pulak. Macam tak biasa…” Izat cuba untuk mengusik Kea. Dia perasan muka Kea dah berubah merah, budget malu. Padahal tengah menahan rasa untuk makan steak kegemarannya.
‘Hish! Memanglah tak biasa, kau bukannya Along atau Ibu pun yang aku nak disuap-suap bagai.’ Tingkahnya. Dipandangnya Izat yang masih lagi merenungnya. ‘Aduh! Mamat ni buat aku gabra ler!’
Kea memulakan suapannya yang pertama. Tidak diperdulikan Izat yang sedang asyik memerhatikannya. ‘Ah! Lantaklah… aku tengah lapar nie..’
“Eh, kau ni makan macam budak-budak lar. Comot!…” Pantas Izat menghalakan tangannya ke mulut Kea. Kea agak tersentak dengan kelakuan Izat yang secara tiba-tiba tu. Nak dihalang, dah dibuat. Sudahnya dibiarkan saja Izat menggelap sisa makanan dimulutnya. ‘Haish, aku pun satu… time ni lah nak makan comot-comot! Selalunya elok jer!’
“Hello!”
Mereka memandang sesama sendiri. Jelaslah Kea yang lebih terkejut.
“Haikal!!?? Err, you buat apa kat sini?” Jantung Kea berdegup kencang bila terpandangkan lelaki itu.
“Hai Kea… and you?” Haikal menghulurkan tangan ke arah Izat.
“Err… Izat Afifi.” Izat yang tak tahu hujung pangkal cerita hanya tersenyum menyambut salam Haikal.
“Nice meet you Izat, so, Kea’s boyfriend lah ni?” Soalan Haikal membuatkan Izat tersenyum bangga. Err.. kenapa perlu bangga, itu soalan kot…bukannya statement! Ceh!~
“Nope! He’s my colleagues.., not more than that and you Haikal, buat apa kat sini?” Kea cepat-cepat menjelaskan status hubungan mereka. Dia tak mahu Haikal salah faham. Izat agak kecewa dengan jawapan Kea. Atleast, bagilah peluang dia jadi boyfriend olok-olok Kea kan? Kan? Kesiann..Ish, Ish..
“Oh! I thought nak dinner western malam ni. My place just around here je, sebab tu datang sini, then tak sangka boleh jumpa dengan you all…” Haikal memandang Kea dengan pandangan yang tersirat. Dia tahu gadis itu tak selesa dengan kehadirannya. Dia sebenarnya sengaja datang ke sini semata-mata untuk melihat Kea dan lelaki itu. Niat di hati nak buat kejutan, nak sorok-sorok datang ke rumah Kea dan mengajaknya keluar. Alih-alih dia yang terkejut sendiri bila terpandangkan Kea masuk ke dalam kereta lelaki dihadapannya itu. Tak tahulah kenapa hati ni rasa macam nak marah. Lantas diikutnya mereka sampai ke sini.
“Ermm.. Okaylah, I tak ganggu you both... Please go ahead, enjoy your meal. I got to go now. See you guys later.” Haikal mula mengorak langkah meninggalkan mereka yang masih termanggu-manggu. Tak tahu apa motifnya disitu, takkan setakat hye-hye, bye-bye je kan. ‘Hmm… Aku cemburu ke?’ Ditoleh sekilas ke arah pasangan itu. Lama, sebelum dia memalingkan mukanya ke arah lain. Entah kenapa dadanya terasa sakit, perit melihat kemesraan yang terjalin diantara mereka berdua sebentar tadi.
“Kea… Kenapa senyap je ni? Siapa Haikal tu?” Soal Izat setelah beberapa ketika mereka terdiam.
Kea masih lagi senyap, Izat dihadapan mata dipandangnya sepi. Dia masih kelu untuk memulakan semula dinner date-nya dengan lelaki itu. Garfu dan sudu dilaga-lagakannya. Hilang sudah moodnya untuk makan. Dilemparkan pandangannya jauh keluar tingkap. ‘Hmm… I’m sorry Haikal…’ Jelaslah dia berasa janggal dengan keadaan tadi. Hatinya masih melayang jauh mengingati Haikal. ‘Kasihan Haikal… Mesti dia terasa tadi. Ya Allah… Apa sebenarnya yang terjadi ni…’ Kea menyesal kerana tak mempelawa Haikal duduk semeja dengannya tadi. Dia bingung, mereka tak berjumpa setelah hampir seminggu dan secara tiba-tiba malam ni Haikal muncul di depan mata. Dia tak tahu apa reaksi yang sepatutnya dia tunjukkan. Dia pasrah, semoga Haikal dapat mengerti.
* * * * *
“DOKTOR Yusoff! Betul ke sel kanser pesakit dah mula merebak ke sistem saraf??” Doktor Yusoff hanya mengganguk. Sesekali ternampak mukanya berkerut memandang Kea.
Kea mula gelisah. Report kesihatan Haikal di bacanya berkali-kali. Sel-sel tumornya sudah mula merebak ke bahagian lain. Tak mungkin berlaku terlalu pantas. Walaupun kadar tumbesarannya sebesar kuman, tetapi tetap akan membahayakan pesakit.
“Sel apa yang merebak Doktor.?” Kea cuba untuk mendapatkan lebih kepastian.
“Belum pasti lagi. Kita perlu lakukan biopsi untuk mengesan sel barah apa yang sedang merebak, kadar dan saiznya.”
“Setahu saya, bukan ke awal-awal dulu kita dah lakukan biopsi?”
“Yes, tapi waktu itu pesakit hanya melakukan rawatan biopsi sebagai pesakit luar sebab sel kanser belum lagi serius. Masih boleh dikawal dengan pemeriksaan biasa. Tapi sekarang ada sel lain yang sedang aktif merebak. Kita perlu cepat, last result menunjukkan patient sudah pun mengalami symptoms Malignant, kita perlu sahkannya melalui pemeriksaan mikroskopik sel barah. Then only we know the exact sel yang sedang merebak...” Kea terdiam mendengar kata-kata Doktor Yusoff. Jantungnya kini berdegup pantas.
“Selain itu, untuk dapatkan maklumat mengenai bentuk hadapan barah dan rawatan terbaik, kita perlu melakukan ujian kytogenetik dan ujian immunohistokimia. Dari situ nanti kita akan dapat clear pictures tentang keadaan barah pesakit and since its involved organ lain, kita perlu melakukan pembedahan biopsi ke atas pesakit.
‘Ya Allah Haikal........’
“Err... Doktor... Pesakit masih ada harapan untuk sembuh ke?” Lambat-lambat sahaja Kea mengutarakan soalan. Dia sangat takut kalau jawapan yang di terimanya adalah negatif. Berkerut Doktor Yusoff mendengar soalan daripada doktor pelatihnya itu.
“Kea... Semua pesakit kanser ada harapan untuk sembuh... including him. Kita akan berusaha. Sebab tu I cakap, work and blend together with the patient. We never know our ajal. Kalau Allah dah kata dia akan hidup lama walaupun dah sampai stage kanser yang terakhir. InsyaAllah, dia akan bertahan.. Kun Fayakun Kea...” Jawapan daripada Doktor Yusoff di terimanya dengan hati terbuka. Tak banyak, sedikit demi sedikit dapat menenangkan hatinya.
“Then, what should we do now?”
“Kita akan slowly talk dengan pesakit, esok next appointment dia kan?” Kea mengganguk. Memang esok Haikal sepatutnya datang untuk appointment seterusnya.
“Good. Then tomorrow only we talk. I’ll be there with you. Kita akan terangkan kepada pesakit mengenai pembedahan biopsi tu. You give him a reminder call for tomorrow okay.”
“InsyaAllah Doktor.. “ Lemah sahaja suara Kea menjawab pertanyaan Doktor pemerhatinya itu. Dia bimbang Haikal tidak dapat menerima apa yang akan di dengarinya nanti.
“Kea... In hospital, we do have limits in the relationship between doctor and patient. We won’t let any personal things to overtake us. I harap you faham dan handle kes ni sebaik mungkin. I percaya dengan you dan I yakin satu hari nanti you pasti akan jadi seorang doktor yang baik...” Kata-kata Dr. Yusoff disambut dengan senyuman yang hambar. Dia faham benar maksud tersirat di sebalik kata-kata itu. InsyaAllah, dia akan berusaha untuk melakukannya. Walaupun kadang-kadang dia perlu akur, soal hati dan perasaan, gerak laku memang tak dapat nak berbohong...
* * * * *
“EH... Hari ni tak kerja Haikal?”
“Tak Mak Esah... Haikal rasa tak sedap badanlah.”
“Kenapa? Demam?”
“Tak tahulah Mak Esah. Ye agaknya.. Rasa tak bermaya je badan ni. Mungkin letih kut. Lagipun semalam Haikal balik lewat...” Jawab Haikal perlahan. Sedari pagi tadi dia duduk tersandar di atas sofa ruang tamu banglonya.
Mak Esah mula merapati Haikal. Mukanya nampak pucat. Dahi Haikal disentuhnya lembut.
“Haikal demam ni. Panas je badan ni Mak Esah rasa... Nak pergi klinik tak?” Haikal hanya menggeleng, kepalanya mula terasa berdenyut-denyut, rasa mahu dihantukkan saja ke dinding agar hilang sakitnya.
“Kalau nak Mak Esah boleh panggilkan teksi.. Haikal pun kalau nak memandu dalam keadaan macam ni bahaya...”
“Tak apalah Mak Esah... Kejap lagi Haikal makan panadol, okaylah ni...”
“Jangan macam tu, risau Mak Esah tengok keadaan Haikal ni. Pucat lesi.. Mak Esah panggilkan ye..?” Mak Esah cuba untuk memujuk lagi, dan seperti sebelumnya Haikal masih lagi dengan sikap degilnya.
“Tak apa Mak Esah, jangan risau. InsyaAllah, tak ada apa-apa. Erm.. Haikal nak ke bilik dulu ye Mak Esah...” Haikal meminta izin untuk berehat. ‘Mungkin lepas rest, sakit ni akan reda...’ Fikirnya. Perlahan-lahan dia bangun membetulkan posture badannya. Kepalanya di rasa bagai dicucuk-cucuk dengan benda tajam, berpeluh-peluh dia menahan sakit.
“Haikal... boleh ke nak jalan nie?” Risau Mak Esah bila melihatkan Haikal yang terhuyung-hayang membawa langkah kakinya. Lengan Haikal dipegangnya. Haikal cuba menepis lembut, dia tak mahu menyusahkan kudrat tua orang gajinya itu. Tapi dia sendiri tak terlarat nak membawa dirinya dengan lebih jauh. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.
“Ermm... boleh..” Jawah Haikal antara dengar tak dengar. Suaranya hampir saja tidak kedengaran.
...... Dan entah bila dan ketikanya, Haikal tiba-tiba rebah jatuh di atas lantai.
“YA ALLAH HAIKAL!!!!”
‘MANA Haikal ni?? Dah pukul berapa tak sampai-sampai lagi. Hishhh!’ Jam di dinding dah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Dah nak dekat 2 jam dia tunggu kat bilik ni. Janji pukul 10.00 pagi tapi sampai sekarang, jangan kata dia, batang hidung dia pun tak nampak. ‘Dia merajuk dengan aku ke?? Atau dia sengaja tak nak datang. Mogok? Eh, ke dia terlupa? Tak mungkin... Haikal bukan macam tu. Hmm.. Nak call tak? Mungkin betul dia terlupa.’
Kea mengalah. Nombor Haikal di hubunginya. Lama dia tunggu sebelum panggilan diangkat.
“Hello....
“Hello! Hello Haikal, you dekat mana? You ingat tak yang you ada appointment dengan I hari ni? Dah nak dekat dua jam I tunggu, kalau nak cancel ke apa beritahulah...” Bertubi-tubi Kea menghamburkan soalan. Marah betul sebab kena tunggu lama.
“Err.. Cik...” Kea terkejut bila terdengarkan suara perempuan yang menjawab panggilannya.
“Eh, maaf, maaf... Mungkin saya salah nombor. Maaf.” Cepat-cepat saja dia mahu mematikan panggilan.
“Err.. Cik, nanti dulu. Ini memang nombor Haikal. Dia... dia masih tak sedarkan diri sekarang ni. Saya ni orang gaji dia... sa..yaa..”
“Hahh!! Haikal kenapa?? Kenapa dengan dia??”
“Dia pengsan tadi...”
“Astaghfirullahalazimmm... Dia kat mana? Saya Kea, doktor yang merawat dia. Dia kat mana sekarang??”
“Dia masih lagi di rumah... Dia..
“Okay! Okay... Saya datang sekarang!”
No comments: