**KLIK : K.E.A 17
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
KETUKKAN kuat di bahagian luar mengejutkan Kea dari tidurnya. Dia terkejut bila melihatkan Maria yang sedang mencekak pinggang sambil mengetuk-ngetuk cermin keretanya. Keretanya!? Eh! Di pandangnya sebelah kanan. ‘Haikal!!? Aku tidur dalam kereta Haikal???’
“Err.. You…. Bangun..” Kejutnya. Haikal sedikit bergerak, digosok kedua-dua belah matanya. Terpisat-pisat dia memandang Kea yang sedang memerhatikannya. Tangan kirinya masih lagi menggengam erat tangan Kea.
“Haikal, kenapa you tak kejutkan I semalam?.” Kea mengajukan soalan sambil cuba melepaskan tangannya dari genggaman Haikal. ‘Aduh, kebas tangan! Agaknya semalaman dia pegang tangan aku ni’ Desis Kea. Haikal sedar akan hal itu lantas perlahan-lahan dia meleraikan genggaman tangannya.
“I’m sorry, semalam you tidur nyenyak sangat. Tak sampai hati nak kejutkan you.” Jawab Haikal. Dibetulkan posture duduk dan rambutnya. Sesekali Haikal menggeliat membetulkan pinggangnya.
“Hmm… Patutnya you kejutkan je. I’m okay, bukannya nak makan orang pun. Sekarang tengok kesian you, mesti sakit badan tu nanti…”
“You sakit badan ke?” Soal Haikal.
“Tak adalah, I’m okay… You lah.”
“Kalau you okay, I patut lebih okay. Jangan risau, you pergilah masuk dulu. Kawan you pun dah tunggu tu. I pun nak balik ni, ada kerja yang nak di siapkan.” Haikal berkata sambil tersenyum manis ke arah Kea.
“Erm.. Okaylah. You take care tau. If anything call or text me. Jangan senyap pula.”
“InsyaAllah…” Jawab Haikal.
“KEA siapa tu? Bukan main lagi tidur bersama berdua di dalam kereta. Auw! So romantic okay! I wish aku dengan Ijam ada peluang macam tu. Boyfriend baru ye? How come aku tak tahu?? Ha, ni yang nak sentap nih!” Rajuk Maria, panjang juih bibirnya usah di cakaplah kan. Nah~ boleh di gantung kuali!
“Haikal Hakimi Asyraf” Jawabnya ringkas sambil merebahkan badannya ke atas sofa. ‘Aduhh…lenguh-lenguh badan ni aihh..’ Dan-dan sekarang ni lah nak sakit bagai, tadi orang tanya elok je cakap tak.. cover beb, cover. Ihikss..
“Haikal? Erm..Haikal, Haikal, macam pernah ku dengar nama itu. Haikal..Emm”
“Eh, kau tak payahlah nak seru-seru nama dia. Kang terpacul pulak kat depan pintu tu.” Bidas Kea, ‘Harap-haraplah dia tak ingat. Fuh! Fuh!’
“Haaaa!! Haikal patient kau tu kan??” Maria berjaya dalam tekaan kali pertamanya. Kea mengeluh. ‘Aisey…’
“Erm... Yelah tu. Okaylah nak tidur.” Cepat saja dia cuba untuk melarikan diri dan secepat itu juga Maria menahan Kea dari melangkah.
“Kau bercinta dengan patient kau sendiri Kea???” Buntang matanya menyoal Kea. Terkedu jugalah Kea nak menjawab soalan cepumas dia tu.
“Who says? Kami kawanlah, normallah tu. Dia patient aku kut.”
“Kea, tak ada maknanya pesakit dengan doktor boleh semesra macam tu… Come on, tell me the truth. Korang bercinta eh?? Ye? Ye? So betullah tekaan aku dulu. Ceh!”
“Mana adalah… Serius dia cuma patient aku jer. Trust me.” Mati-mati Kea cuba meyakinkan Maria.
“No. No. No. Aku tahu kau suka dia.” Maria cuba bermain kata. Dia kenal kawannya yang sorang ni. Jarang sekali dia ingin berkongsi rahsia hatinya pada orang lain, termasuklah pada dia, teman sebantalnya sendiri.
Kea hanya mengeluh. Dia pasti Maria takkan lepaskannya selagi tak dapat jawapan yang pasti. Dia memandang Maria yang turut memandangnya serius. Dijungkitkan sedikit keningnya.
“…. Kau betul ada apa-apa dengan dia Kea? Dia suffered brain cancer kan? Kau ada beritahu aku dulu… betul ke?” Ada nada gusar dalam soalan Maria tu. Entah apalah yang di bimbangkannya.
Kea mengganguk. “Yup! Tapi aku yakin dia akan okay.”
“Kau sanggup ke nanti? Err… I mean, aku bukan nak cakap apa atau fikir bukan-bukan, tapi kau kan doktor, so lebih pandai dari aku. Banyak risiko kan?”
“Bukan masalah sanggup tak sanggup la Mar… Hmm… Dahlah, janganlah risau, kami memang belum ada apa-apa lagi.”
“Belum ada apa-apa? maknanya akan adalah nanti?? Hishh… kau ni cakaplah betul-betul.” Maria mula curiga dengan sikap kawannya yang acuh tak acuh. Kea hanya tersenyum memandang Maria.
“No comment la Mar… We never know our jodoh kan? Yang aku tahu, dia tu special lah, Aku tak tahu macam mana nak cakap lar… Kau doakanlah yang terbaik okay.”
“Kea…” Panggil Maria, dia tak tahu kenapa tiba-tiba hatinya sayu. Kea bukan senang untuk menerima lelaki dalam hidupnya. Sepanjang tempoh perkenalan mereka, adalah sekali Kea bercinta, itu pun di zaman hingusan, sekarang beberapa tahun berlalu dan hatinya sudah mula di ketuk oleh lelaki lain, tapi malang, lelaki itu… lelaki itu, argh! Susah nak dibayangkan. Kanser otak tu baginya penyakit yang sangat serius, dia bimbang Kea tak dapat menerima ketentuan sekiranya sesuatu terjadi pada lelaki itu.
“Maria… Kau kenal aku kan, aku takkan mudah menerima sesuatu perkara itu tanpa memikirkan semasak-masaknya. Jika dia yang aku pilih untuk hidup aku, insyaAllah, aku sanggup terima apa saja risikonya nanti. Kita tak boleh jadi orang yang mementingkan diri sendiri Mar, walaupun dia sakit, dia berhak dilayan seperti manusia biasa… Aku harap kau akan sokong aku…” Panjang lebar tutur kata Kea, tak ada apa yang dia harapkan sekarang, dia hanya mampu berdoa agar kawannya itu sedia menyokong apa jua keputusannya nanti.
Maria mengeluh. Ada betulnya kata Kea tu, mungkin dia terlalu prejudis.
“Okaylah Kea, I’m sorry… Aku janji aku tak akan ungkit pasal hal ni lagi, InsyaAllah, aku akan sentiasa ada untuk sokong kau… Tapi ingat! apa-apa pun nanti kau kena cerita kat aku, tak ada rahsia, rahsia.” Putus Maria sambil mengangkat jari telunjuknya. Kea tergelak. Dia tahu Maria akan selalu ada untuknya.
“Okay boss!! Saaaayanggg Mariaaa..” Saje dia meliuk lentukkan suara agar kedengaran manja.
“Eleh, gedik je!” Tingkah Maria, yang akhirnya membuatkan mereka tertawa bersama.
‘Aku pun sayangkan kau Kea………’ Desisnya.
* * * * *
“YES Haikal. Anything?” Doktor Yusoff memulakan bicara. Agak terkejut juga bila menerima pesanan ringkas daripada Haikal untuk datang berjumpa dengannya hari ini. Siap ada syarat, only both of them. No Kea. Hmm… Apa sajalah yang dirancangkannya tu. Haikal terbatuk kecil.
“Doktor, maaf sebab last minute informed you pasal today’s appointment. I cuma nak tahu macam mana keadaan I sekarang, I want to know the progress, how’s the cancer, dan macam mana keadaan I yang sebenarmya?” Haikal serius mengajukan soalan.
“Kea didn’t inform you?” Dahi Doktor Yusoff sedikit berkerut mendengar soalan Haikal.
“Ada, tapi I rasa tak semua yang dia beritahu I dan kalau boleh I tak nak ada perkara yang di sembunyikan daripada I. What is the percentage of my Survival Doktor?”
Doktor Yusoff menarik nafas panjang. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Haikal. Dipandangnya lelaki itu dengan riak muka yang tenang. Dia perlu pandai menyusun kata.
“Hmmm… Apa yang boleh I cakap, peluang atau peratusan untuk you terus hidup masih tinggi. Tapi yang perlu you tahu, sel kanser di bahagian otak sudah mula merebak ke bahagian lain, dan ianya melibatkan system saraf tunjang, dan kesannya ia boleh melambatkan kordinasi pergerakkan tubuh badan you dan you akan mudah untuk merasa letih………
“I see, no wonder lately ni I cepat sangat letih, and my balancing pun macam dah tak betul. I even can’t walk fast…” Haikal mengeluh.
“Haikal, don’t worry. Kami akan cuba sedaya upaya untuk pulihkan you. Lagipun kanser you ni masih di tahap yang boleh diselamatkan, yang paling penting sekali you jangan cepat mengalah. Masih ada banyak cara yang boleh kita lakukan dan salah satu daripadanya dengan melakukan pembedahan biopsi ke atas awak.” Terang Doktor Yusoff. Haikal agak tersentak bila mendengarkan ayat terakhir itu, ‘Pembedahan?? Oh Noo!’
“Bila tu Doktor?” Soalnya.
“As soon as possible. Lagi cepat lagi bagus. Kita perlu cepat untuk mengenal pasti sel kanser yang sedang aktif merebak.., Ermm.. I suggest next month.”
Sekali lagi Haikal tersentak.
“Next month!!??”
HAIKAL terjelepuk di atas sofa di lobi hospital. Kusut memikirkan pembedahan yang bakal dilaluinya bulan depan. Sedari dalam bilik Doktor Yusoff hatinya tak tenang. Nak balik drive pun dia teragak-agak. Sudahnya, dia tersandar malas di situ. Kebetulan hari ni hari bekerja dan suasana hospital agak lenggang, bolehlah dia merehatkan badan seminit dua. Hmmmm….
“Is that you Haikal??? Oh My God!” Haikal menoleh.
“Sofea?? Hey! Long time no see… How are you??” Haikal terkejut bile terpandangkan Sofea, rakan sekuliahnya. Wah! Makin hot dia sekarang.
“I’m fine, yelah!! Lama sangat tak jumpa you kan. Last jumpa pun tiga tahun lepas. What are you doing here? Tak sihat?” Teruja sungguh Sofea menuturkan kata.
“Oh, I ada meeting dengan kawan dekat sini?” Tipunya. Oh come on! Meeting dengan kawan di hospital? Alasan yang tak munasabah Haikal… ish.
“I see, I’m here doing my check up for……
“Eh Haikal?” Kea yang entah dari mana datangnya tiba-tiba muncul. Tersentak mereka berdua dengan kehadiran gadis itu. Haikal cuba berlagak selamba.
“Hai Kea…” Sapanya.
“Kebetulan jumpa sini, so meet my girlfriend, Sofea…” Kali ini Kea pula yang tersentak. Berderau darahnya mendengar ayat yang keluar dari mulut Haikal.
‘Girlfriend Haikal??’ Atas bawah perempuan yang bernama Sofea itu dipandangnya. Cantik, cukup cantik. Persis model. Dia cuba untuk menahan rasa.
“Your girlfriend? Tak pernah beritahu I pun… Erm.. Hai, I’m Kea, Haikal’s………..
“Okaylah Kea, we need to go. Talk to you later. Okay sayang, jom…” Dengan cepat Haikal menarik tangan Sofea dan membiarkan Kea terkontang kanting sendirian.
Kea membiarkan Haikal berlalu begitu saja. Mulutnya terkunci untuk menahan. Hatinya sakit, bagai dihiris-hiris dengan belati tajam. Dia hanya mampu memandang mereka meninggalkannya. Kejap bibirnya menahan rasa yang amat dalam.
‘Bersabarlah Kea… Haikal milik orang lain……’ Pujuk hatinya. Dan untuk sekian lama, air jernih itu mengalir laju membasahi pipinya.
No comments: