**KLIK : K.E.A 18
++++++++++++++++++++++++++++++++++
‘HAIKAL milik orang lain……’
Dia berbisik merintih pilu. Entah kenapa hatinya berasa sangat sakit bila diperlakukan begitu. Dia rasa ditipu hidup-hidup. Dia tak pernah tahu yang Haikal sudah pun mempunyai kekasih hati. Dia tak pernah ingin bercerita… Tak pernah, dan tak langsung!
‘Hmm… Kenapa dia tipu aku? Kenapa dia biarkan aku melayan perasaan aku sendiri? Kenapa??’ Sakitnya hati ini hanya Tuhan saja yang Maha Mengetahui. Dia malu pada diri sendiri dan juga pada Haikal. Jelaslah selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan, lelaki itu ternyata bermain dengan perasaannya sahaja…. Perasan yang sangat luhur untuk menyayanginya dengan sepenuh hati...
* * * * *
“DUDE! what happened? Suddenly pretend jadi boyfie I? Siapa perempuan tu?
Haikal meraup mukanya yang dibasahi peluh. Dia masih tak percaya dengan apa yang telah dia lakukan sebentar tadi. Dia pasti Kea akan bersedih dan terasa hati dengannya, atau langsung sudah membencinya.
‘Ya Allah… Apa yang telah aku lakukan ni…’
“She’s my friend….” Jawabnya ringkas. “… Eh, thanks Sofea… You masih sama kan, tak berubah, selalu jadi back up terbaik.” Tutur bicaranya disambut Sofea dengan pandangan yang sinis.
“…… And you pun still sama, tak berubah juga, masih lagi dengan perangai kasanova you tu. Dia salah sorang mangsa you ke?” Sofea menebak.
“No! Dia seseorang yang istimewa. Panjang ceritanya pun kalau I nak terangkan... Trust me, I bukan macam dulu lagi. Sekarang I sedang mencuba untuk menjadi seseorang yang lebih baik, InsyaAllah…” Jelas Haikal, dia tak mahu Sofea salah faham. Dah hampir 10 tahun dia mengenali gadis itu, sejak di zaman universiti lagi. Sofea merupakan kekasih lamanya, berkasih kasihan selama lebih kurang 2 tahun, putus, dan akhirnya Sofea memilih untuk meninggalkannya dan pergi bersama dengan lelaki lain yang sekarang ini sudah pun sah menjadi suaminya. Tapi tak sekali dia mendendami Sofea, waktu itu mereka masih muda. Perhubungan itu tidak sedikit pun terpendam lama di hatinya. Masa itu dia masih ‘nakal’, masih lagi dengan perangai ‘anak syaitan’nya.
‘Kea… I am sorry…’ Bisik hatinya. Dia mengeluh. Dipandang Sofea yang sedang merenungnya dengan pandangan tersirat.
“Dear, you love her right?” Sofea tiba-tiba bertanyakan soalan cepumas.
Haikal memandang Sofea tepat, dan dengan perlahan-lahan dia menggangukkan kepalanya.
“Gotcha! You tertangkap Haikal!! Oh My God!! You betul-betul dah jatuh cinta pada dia?? Wow!!”
“I do. I do love her so much Sofea, but it’s too complicated…” Jawab Haikal jujur. Wajahnya tunduk memandang lantai.
Sofea memegang bahu Haikal. Dia kenal lelaki itu…
“My dear Haikal, I don’t know what is your problem actually and I don’t want to know. Apa yang boleh I cakap, love itself never been complicated, susah macam mana pun, you should tell her your feelings. Cinta untuk diluahkan, bukan untuk dipendam… Everyone says that love hurts, but that’s not true. Loneliness hurts, rejection hurts, losing someone hurts! Everyone confuses these with love, but in reality love is the only thing in this world that covers up all the pain and makes us feel wonderful again… Hmm… Trust me Haikal, once you reveal your feeling, everything will be fine and well smooth. Potong jari I, kalau you tak percaya…” Beriya-iya Sofea meyakinkan Haikal.
“Amboi, you sekarang dah pandai cakap pasal love, love ni ya.” Haikal cuba mengusik. Sofea yang ini nampak lebih matang dari Sofea yang dikenali sebelumnya.
“Haikal, hidup berumah tangga banyak mengajar I tentang makna hidup tu sendiri. Jadi sekarang I nak salurkan kematangan dan pengalaman I ni kat you…” Haikal tergelak kecil mendengar kata-kata Sofea.
“I’m happy for you Sofea, dia jaga you dengan baik.”
“Yes, he is! So you, cepat-cepatlah pinang Kea tu…”
Lelaki itu hanya mampu tersenyum.
“Haikal… Dengan mencintai seseorang ianya akan sentiasa memberikan kita kekuatan manakala untuk di cintai oleh seseorang pula ianya akan selalu memberikan kita keberanian untuk teruskan hidup…” Kata-kata Sofea berlalu bagai angin menghembus lembut wajah Haikal.
‘I wish I can, but I know I can’t….’ Jawabnya di dalam hati, dilemparkan pandangan jauh ke langit tinggi.
‘Kea…… Where are you? I miss you….’
“KEA, are you okay?” Soalan dari Doktor Yusoff mengejutkan Kea dari lamunan panjang.
“Eh, Ermm… I’m okay Doktor… A little bit hurry, so rushing here and there. Penat sikit.” Jawabnya sambil pura-pura mengemas meja yang sememangnya sudah tersusun rapi.
“You sure? Sebab nampak macam pucat saja muka tu.”
“I am very sure Doktor…” Kea senyum tawar ke arah doktor pemerhatinya itu.
“…Erm, by the way, this morning your patient, Haikal datang jumpa I…” Kea tersentak, cepat saja adrenalin sarafnya menangkap jelas nama itu. Dia menoleh ke arah Doktor Yusoff yang masih lagi tercegat berdiri disebelahnya.
“Kenapa dia datang? Sepatutnya appointment dia hari jumaat ni kan?” Soal Kea sehingga berkerut dahinya.
“Ya, dia datang cuma untuk bertanyakan tentang tahap kesihatan dia.”
“Dia tak beritahu I pun…” Itonasi suarannya mula mendatar. Terasa yang tadi belum lagi reda dan kini di tambah pula dengan rasa yang baru.
“Erm, dia mahu I rahsiakan hal ni dari pengetahuan you. Tapi, selaku referral, I rasa I patut beritahu you pasal hal ni.” Jelas Doktor Yusoff dengan panjang lebar. Tapi kenyataan itu tidak sedikit pun melegakan hatinya. Hanya anggukkan kepala yang mengiyakan kata-kata doktornya itu.
“Okay Kea, I ada meeting sekejap lagi. Urgent matter you boleh direct call me okay…”
“Baik Doktor. Thank you…” Jawab Kea, sambil tersenyum hambar ke arah Doktor Yusoff yang sudah pun meninggalkannya. Entah apalah yang bermain di kepalanya kini. Rasa macam nak menangis pun ada. Perasaannya bercampur baur!
‘Hmm… Sudahlah Kea, tak perlu lagi memikirkan lelaki yang tak sedikit pun berfikir tentang diri kau’.
Bunyi message menghentikan lamunannya.
Handphone di capai. ‘Entah siapalah yang hantar message ni’, malas-malas saja dia nak membacanya.
+ ‘Hi Kea, where at? Jom lunch?’ Ternyata si penghantar message adalah Izat, si super heronya. Hatinya sedikit bersinar. ‘Ada saja lelaki ni…’
- ‘Jom, see you at café’ Balasnya cepat. Entah kenapa laju saja dia bersetuju dengan ajakkan Izat.
+’Okay!
“HAI sayang.” Izat yang tiba-tiba bermulut manis menegurnya. Kea hanya tersenyum. ‘Sayang? Berangan jelah kau Izat…’ Desisnya.
Izat membantu Kea menarik kerusi agar mudah untuk gadis itu duduk. Gentleman okay!
“Terima Kasih…” Ujar Kea. Orang buat baik mestilah dibalas baikkan. Izat tersengih. Kea Dapat rasakan yang mood Izat waktu ini sangat baik.
“Hah ni kenapa tersengih-sengih macam kerang busuk nih?” Soal Kea mengusik. Izat masih lagi tersengih memandangnya. Entah apalah yang sangat menggembirakan hatinya ketika ini.
“Guess what!?” Izat cuba bermain teka-teki dengan gadis dihadapannya itu. Kea menjungkitkan sedikit keningnya mendengar soalan Izat.
“What? I have no idea lar~” Kea dah give up sebelum berjuang, Ceh! Dia malas sebenarnya nak main teka teki dengan lelaki itu.
“Haish… Malasnya dia ni. Okay! Aku beritahu kau, permohonan aku untuk transfer ke overseas hospital dah approved! Yeayyy!!!”
Kea tercengang!
“Hahh!! Kau apply nak tukar hospital? Overseas hospital pulak tu?? Kenapa??” Kea tak pernah tahu tentang itu. ‘Haishh!! Kenapa banyak sangat perkara yang mengejutkan aku hari nih!’ Rungutnya.
“Saja, tukar angin…” Ringkas saja jawapannya.
“Hmm… Bila? Kat mana?...” Tiba-tiba hati Kea dihimpit dengan perasaan pilu. Sesak nafasnya menahan sebak dihati.
“Dekat Indonesia je pun, tapi okaylah, atleast nanti ada experience di tempat orang. Aku pergi somewhere around next month. Dalam dua tahun jugalah aku kat sana nanti. So rushing kan? Nak buat macammana..” Jelas Izat. Kea memalingkan mukanya ke arah lain. Air matanya sudah mula bertakung dan perlahan-lahan jatuh melalui pipinya. Dia tak tahu kenapa dia sangat sensitif hari ni. Tadi Haikal, kini Izat pula. Tapi yang pasti ianya mesti lebih kepada kisah hatinya dengan si Haikal.
“Eh Kea… Kenapa ni? Hey… Kau menangis ke?” Izat agak terkejut melihat keadaan Kea, dia tak pernah sangka Kea akan mengalirkan air matanya untuk dia.
“Kea… Kenapa ni? Kau sedih sebab aku ke?” Soal Izat lagi. Kea kesat air matanya perlahan dan kembali memandang Izat.
“Yelah… Kau dah nak tinggalkan aku kan. Mestilah aku sedih.” Jawab Kea. Hatinya beransur tenang.
“Alahai… Terharunya aku… Aku tak pergi lamalah, sekejap je, pejam celik, pejam celik dah dua tahun… Lagipun bukannya tak boleh nak berhubung terus. Aku janji aku akan selalu contact kau okay?” Izat cuba memujuk. Hatinya mula merasa bahagia. Walaupun sedikit, atleast Kea ada memberikan ‘signal penerimaan’ kepadanya.
“Janji tau….”
“Ye… Sayang juga kau kat aku ye...” Izat mengusik, dia nak tahu sejauh mana sayangnya Kea pada dia.
“Sayang tak sayanglah kan… Kau kawan aku kut, selalu tolong aku. Kau kan super hero aku…” Kea mengenyitkan matanya ke arah Izat. Haduihh!!~ terpana Izat sekejap. Bergetar jiwanya. Cececeh~ extreme!
“Super hero?? Macam-macamlah kau nie. Kesian kau nantikan, sorang-sorang je, nanti kalau ada apa-apa siapa nak tolong kau?” Soal Izat.
“Aku boleh jaga diri aku sendiri… I’m stronger women tau.” Jawab Kea sambil menunjukkan muscle yang tak berapa nak ada tu. Tergelak besar Izat melihatnya. Di tepuknya dahi gadis itu.
“Auchh!” Kea terjerit kecil sambil menggosok dahinya.
“Kea… Kea... Dari dulu sampai sekarang kau tak pernah nak serious kan, asyik main-main jer. Mesti nanti aku akan rindukan telatah kau…” Kea dapat rasakan perubahan dalam nada suara Izat ketika itu.
“Me too… Tapi, kau kena tahu, main-main ni bagus, kalau asyik serius je, boleh jadi gila tau. Kau tahu jelah kan kerja macam kita ni. Ermm… Okaylah, tak nak sedih-sedih lagi. Aku tahu kau takkan lupakan aku, so, aku doakan semoga kau berjaya kat sana nanti..” Tutur Kea lembut sambil tersenyum manis ke arah Izat yang kemudiannya turut tersenyum membalas senyuman Kea.
Mereka terdiam seketika melayan perasaan masing-masing.
“Aku takkan lupakan kau, Kea. Kau tahu betapa aku nak sentiasa bersama-sama dengan kau setiap masa kan? Kau kena tahu tu… and until now aku masih menunggu jawapan daripada kau.” Izat tiba-tiba mengingatkan Kea tentang hal tempoh hari. Dia mengeluh.
“Izat, please…..
“Tak apa, aku akan tunggu…” Cepat Izat membidas.
“Sampai bila kau sanggup tunggu aku?”
“Sampai bila-bila, sampai kau sedia untuk terima aku...”
“Kalau aku tak terima kau dan pergi dengan lelaki lain?” Gertak Kea. Berkerut Izat mendengar soalan gadis itu.
“Aku akan anggap diri aku bernasib malang, dan akan teruskan hidup aku seperti biasa…” Jawapan Izat membuatkan Kea serba salah.
“Izat, jangan macam tu. Kita kawan, sampai mati pun aku akan anggap kau sebagai kawan aku. Aku tak boleh nak anggap kau lebih dari itu. Please faham aku Izat…”
“Kau bukan tak boleh, tapi kau tak pernah nak mencuba, kau selalu ignore perasaan kau untuk aku, kau tak pernah nak bagi peluang untuk diri kau menerima aku. Kenapa Kea? teruk sangat ke aku di mata kau? Aku tak layak ke untuk kau? Hina sangat ke aku nie?” Tingkah Izat, agak tinggi itonasi suaranya.
Kea agak tersentak. Izat terlalu serius bila bercerita soal hati!
“Izat…..
“Hmm... Sorry, mungkin aku terlalu emotional. Aku sayangkan kau Kea. Kau selalu suruh aku faham kau, but please untuk kali ini, cubalah kau faham aku pula. Tak banyak yang aku minta, cubalah sedikit untuk faham perasaan orang yang sayangkan kau…”
“Izat, I’m off. Aku tak tahu nak cakap apa lagi.” Putus Kea akhirnya. Dia rasa serabut bila berbicara tentang hati dan perasaan. Dia masih samar-samar untuk memberikan jawapan, atau lebih tepat lagi, dia langsung tak pernah fikir tentang soalan Izat padanya tempoh hari. Tentang hati Izat apatah lagi. Aku memang kejam! Aku lebih pentingkan soal hati ku dengan Haikal, Haikal? Ah! kali ni aku boleh di anggap bodoh kerana masih lagi memikirkan dia, tapi… mana mungkin aku mampu untuk lupakan dia, memori bersamanya walaupun sekejap terlalu indah untuk dilupakan. Izat yang tunduk memandang lantai, dipandang sekilas, dia tahu lelaki itu kecewa.
‘Maaf Izat, hati aku hanya terbuka untuk Haikal, dan sekarang setelah apa yang berlaku, ianya masih lagi untuk lelaki itu… aku tak sanggup untuk mengkhianati perasaan aku padanya… ’
* * * * *
“EXCUDE me Miss… Tumpang lalu..”
“Eh, maaf, maaf…
“Eh, Kea?” Kea menoleh. Berkerut dahinya mengingati wajah wanita yang menegurnya.
“Still remember me? I’m sofea..” Wanita itu memperkenalkan diri.
“Sofea? Ouh, Haikal’s girlfriend kan?” Kea sudah mula mengingati wajah itu. Wajah pemilik hati Haikal yang sebenar.
“Eh, bukanlah. Used to be his girlfriend, but it was long time ago. Sekarang bukan lagi...” Sofea tersenyum.
Kea hairan. ‘Apa maksud dia ni..’ Soalnya pada hati.
“Sayang…” Mereka menoleh serentak. Kea memerhati susuk tubuh lelaki yang sedang menghampiri mereka.
“Abang pergi mana tadi? Dah lama Fea tunggu.”
“Maaf sayang, Abang cari parking tadi, susah nak jumpa. So, dah settle? Jom?”
‘Sayang? Abang? What the hell is going on ni.??’ Kea makin pelik melihat dua manusia yang berada di hadapannya kini.
“Oh Kea, by the way, kenalkan suami I, Zaki… Abang, kenalkan, ini Kea, Haikal’s girlfriend…” Terbeliak Kea mendengar statement yang keluar dari mulut Sofea, suami?? dan lagi, aku di kenalkan sebagai Haikal’s girlfriend? Apa nieee??? Terkebil-kebil matanya memandang mereka berdua. Sofea tersenyum. Dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh gadis itu.
“Kea, Haikal saja je nak mengusik you hari tu. I kat sini sebab nak buat medical checkup untuk my pregnancy. Kebetulan jumpa dia hari tu. Hmm… Dia sayang you sebenarnya Kea. Tapi biasalah, ego lelaki tu tinggi melangit! Susah sangat nak mengaku. You pergilah cari dia, I rasa dia pun tengah cari you sekarang ni…”
“Err…..” Kea masih samar-samar untuk mempercayai apa yang baru di dengarinya.
“Betul Kea… I kenal Haikal dah lama. Lama sehingga I dah boleh baca apa yang di fikirannya. I tahu dia dah berubah sekarang dan I tahu juga yang dia sangat mencintai you...” Sofea cuba memujuk Kea. Dia tak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku, tapi yang pasti dia tahu mereka berdua sedang cuba untuk menyembunyikan perasaan masing-masing.
Kea memandang Sofea yang tersenyum padanya. ‘Betul ke apa yang dia cakapkan? Haikal sayang dan cintakan aku?’ Kea berteka-teki dan pada masa yang sama hatinya sedikit demi sedikit mula berbunga kembali.
“Betul ke? You dengan dia?....”
“Betul. Tak ada apa-apa di antara kami, lagipun husband I ni much much better dari dia. Sudah tentulah kan, suami I…” Kea tergelak kecil mendengarnya. Kali ini dia percaya. ‘Ah, Haikal sengaja untuk mengusik aku rupanya…’ Hatinya sudah mula tersenyum ceria.
“Pergilah cari dia Kea… Walau apa pun masalahnya, you guys deserve untuk hidup gembira dan bahagia.” Sofea menyuntik semangat baru dalam diri Kea.
tersenyum mengganguk. Dia tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang. Cinta perlu berjuang, bukan terus tunduk mengalah!
Lantas saja tangan mencapai handphone untuk menghubungi Haikal. Tak tertahan rasanya hati ini menanggung rindu yang dah segunung tinggi buatnya.
* * * * *
“ALAAA… Engaged pula!” Haikal membaling telefon bimbitnya ke sudut katil. ‘Dengan siapalah dia bergayut ni?’ Fikirnya. Dia akur dengan kenyataan hatinya yang terlalu merindukan Kea saat ini. Sudah hampir dua minggu mereka tak berhubungan. Lama dia menunggu Kea untuk menghubunginya kembali. Tapi ternyata tidak, mungkin Kea sangat marah dengannya, atau Kea sudah langsung melupakannya. Akhirnya dia mengalah, dan mengambil keputusan untuk menghubunginya terlebih dahulu. Dia tak mahu gadis itu terus menerus salah faham. Dia mahu membetulkan keadaan, tak sanggup rasanya menahan rasa terlalu lama dengan Kea. Tapi malang, nombornya sedang digunakan. Sudah tiga kali dia mencuba sehingga sudahnya dia give up. Hmm..
“HAISH! Kenapa tak dapat ni???” Kea hampir putus asa. ‘Susah betul nak call lelaki ni.’ Rungutnya. Di cubanya sekali lagi. tapi belum sempat button redial di tekan………..
“Doktor Kea… Doktor Yusoff call you, ada external patient… wad 253-B!” Kedengaran suara nurse memanggilnya.
“Aa’ Okay!” Dengan pantas dia bergegas mendapatkan Doktor Yusoff. Perkara Haikal perlu ditangguhkan dahulu. Hal patient lebih menjadi keutamaannya.
* * * * *
“Assalamualaikum Kea….”
“Waalaikumussalam… Eh, Haikal…” Kea terkaku seketika tatkala terlihat Haikal yang tercegat berdiri di hadapannya.
Haikal tersenyum memandang Kea. Hatinya sedikit lega pabila Kea turut membalasnya. Hampir satu jam dia berada di lobi hospital itu, dia sengaja mahu menunggu Kea.
“Nah, untuk you…” Sejambak bunga carnation diberikan pada Kea. Kea mengambilnya, bunga itu memang menjadi bunga kesukaannya. ‘Tahu saja dia ni…’ Bisik hatinya.
“You free sekarang? Sudi temankan I keluar?...” Pelawa Haikal.
Tanpa berfikir panjang Kea terus mengganguk setuju. ‘Aisey Kea… Tak beragak. Juallah mahal sikit!’
“So, shall we?”
“Ermm… Okay, jom.” Lantas mereka berdua beriringan menghampiri kereta, agak kekok kelakuan mereka ketika itu. Serba serbi di rasakan tidak kena.
“Erm… Seat belt Kea.” Tegur Haikal tatkala enjin kereta dihidupkan.
“Err….” Di tariknya belt yang berada di sebelah kirinya. Tapi tarikkannya seakan tersekat, berkali-kali dia mencuba, tapi gagal. ‘Aduh! Nervous ke aku nih??’
“Kenapa tak boleh ni...” Haikal tersenyum mendengar rungutan Kea.
“Come, I help you.” Ujar Haikal, di bantunya Kea untuk memasang tali pinggang keledarnya. Dia sengaja merapatkan tubuhnya mendekati Kea, dapat di rasakan nafasnya yang turun naik, hampir saja gadis itu di peluknya.
“Okay dah. Kenapa dengan you ni? Nervous semacam je, you takut dengan I ke?” Haikal cuba untuk berseloroh. Kea tersenyum pahit.
“Takut dengan you? Tolong sikit…” Balasnya cuba berdalih.
“Okay, okay tak. Jom…” Haikal tak mahu meneruskan usikkannya. Dia takut dia akan terlepas kata. ‘Biarkan Kea dahulu…’ Fikirnya.
“JOM duduk kat situ…” Haikal mengajak Kea untuk duduk di bangku kosong di hadapan mereka. Haikal membawa Kea di tempat yang asing baginya. Di pandangnya sekeliling, tempat cantik, tapi macam tak ada orang.
“Kea… I am sorry.” Haikal bersuara tiba-tiba. Kea masih lagi berlagak biasa.
“Sorry for what?” Soal Kea. Dia mahu menguji sejauh mana kejujuran Haikal.
“Sorry sebab tipu you…” Perlahan saja suaranya mengakui kesilapan diri.
“Tipu?? Apa yang you tipu?”
“Errmm… Tentang Sofea.”
“Sofea??” Kea pura-pura lupa tentang nama itu. Haikal mengeluh.
“Ye, Sofea… Ingat tak, I kenalkan dia masa kita di hospital hari tu..”
“Ouh, Sofea girlfriend you tu kan?” Kea masih cuba untuk menduga, walaupun dia sudah tahu siapa Sofea sebenarnya. Di mahu dengar daripada mulut lelaki itu.
“No, She’s not my girlfriend… Dia pernah jadi kekasih I, tapi tu dulu. Sekarang tak lagi, dia pun dah kahwin dengan orang lain…” Jelas Haikal, redup matanya memandang Kea yang bersahaja mendengar setiap bait ayatnya. Senang cerita, macam tak ada perasaanlah!~
“Hmmm… I dah tahu.”
Haikal tercengang mendengar kenyataan Kea.
“You dah tahu?? Maksudnya?”
“Ye, I dah tahu hubungan you dengan Sofea, I dah pun berjumpa dengan suaminya pagi tadi...” Jujur Kea mengakuinya.
“Haaaaahhh???”
“Dah, tutup mulut tu, tak payah nak melopong sangat..” Kea pula cuba mengusik. Marahnya dah ke mana terbang menghilang. Atleast, Haikal dah mengaku.
“Err….” Haikal tiba-tiba rasa malu pada diri sendiri.
“Haikal…” Panggil Kea lembut.
Haikal menoleh. “Ermm….”
“Kenapa you buat I macam tu?” Soalan Kea membuatkan Haikal terpana. Dia tak tahu jawapan apa yang patut di berikan padanya.
“Kalau betul pun you tak sukakan I, atau benci sekali pun pada I, tolonglah hormati perasaan I terhadap you…”
Haikal masih lagi berdiam diri.
“Kenapa you diam? Betul you bencikan I?” Kea memandang tepat ke anak mata lelaki itu. Haikal melarikan pandangannya ke arah lain. Dia tak mampu bertentangan mata dengan gadis itu.
“Hmmm… Kalau you ambil keputusan untuk berdiam diri, okay. I takkan paksa you…” Kea mengalah, dia bingkas bangun dari tempat duduknya.
“Kea… Please…” Haikal cuba menghalang. Tangan gadis itu di tariknya. Tetapi Kea tetap mahu berganjak. Haikal juga tak langsung di pandangnya.
“Kea, please… Jangan buat I macam ni, please… Jangan tinggalkan I..” Haikal bangun perlahan, tangannya masih erat mengenggam jemari Kea. Hati gadis itu menjadi rapuh.
“Haikal… Kenapa ni...”
“Biarkan kita macam ni untuk seminit dua.” Pinta Haikal.
Mereka terdiam untuk seketika.
“Lima minit lagi…” Kea tersenyum mendengar permintaan lelaki itu.
“Boleh Haikal, boleh… Ambillah masa selama mana yang you mahu…”
Di pusingkan badannya mengadap lelaki itu. Genggaman tangannya di renggangkan sedikit, Haikal masih tunduk memandang bawah.
“Haikal… Hey… You menangis?” Kea perasan air mata yang keluar dari mata lelaki itu. Dagu lelaki itu di angkatnya perlahan. Ternyata Haikal menangis!
“Kenapa ni sayang, lelaki tak boleh menangis tau… You kan kuat, lelaki kuat mana boleh nangis. Tak handsome lah nanti…” Kea cuba memujuk, dia juga panik melihat keadaan Haikal yang sebegitu.
“Tapi I bukan lelaki itu, I tak kuat Kea……
“…… I, I… sa..yangkan you Kea…..”Akhirnya terkeluar juga ayat itu dari mulut lelaki itu. Bagai nak luruh jantung Kea bila mendengarnya. Air mata yang hampir menitis cuba di tahan daripada jatuh, dia perlu kuat. Dia perlu kuat untuk Haikal. Air mata lelaki itu di kesat perlahan.
“I tak mampu Kea… I tak tahu sampai bila I boleh bertahan hidup dalam keadaan macam nie. I ada kanser Kea… Bila-bila masa saja I akan mati. I terlalu sayangkan you sehingga ada kalanya I terbuat perkara yang memalukan diri I sendiri. I terlalu pentingkan diri sehingga terpaksa melukakan perasaan you… I marah pada diri I sendiri sebab buat you macam tu, tapi hati I sakit Kea, sakit sebab tak dapat memiliki you… I need you so badly, I cintakan you, tapi I tahu I takkan boleh… I tak mampu… tak mampu... I tak sempurna macam lelaki lain Kea…” Teresak-esak Haikal menahan sedunya. Kata-katanya itu benar-benar terkesan di hati Kea. Dia tak pernah sangka Haikal akan meluahkan perasaannya. Jelaslah selama ini dia tak bertepuk sebelah tangan.
“Haikal… Sometimes, there are things that we don’t want to happen but we have to accept, things that we don’t want to know but we have to face it… I juga sayang dan cinta pada you, Haikal. Trust me, we can handle this…”
“Kea, mencintai dan di cintai oleh you adalah suatu kemewahan yang sukar dan mustahil untuk I kecapi.. I tahu cinta dan sayang you kuat pada I, tapi I lemah, hati I lemah, tubuh I lemah… Everything about me is nothing…”
“Hmm Haikal… Come, pandang mata I.”
“… Jika you pandang dengan mata hati you, you akan nampak keikhlasan I untuk menerima diri you seadanya. I tak perlukan kesempurnaan itu, Haikal. Semuanya akan kelihatan sempurna jika kita dapat mengatasinya bersama.” Ucap Kea penuh syahdu. Haikal memberanikan diri untuk bertentangan mata dengan gadis itu. Kea menguntum senyuman manis ke arahnya.
“… Dan hati ini, hati ini berdegup untuk you… dan ianya akan selalu begitu. Sampai bila-bila…” Sambung Kea lagi.
“Kea…..”
“I serius Haikal... We should stop planning the future, stop figure out precisely how we feel and stop deciding what we want our heart to feel… Sometimes we just have to go with… What happenes, happened. We can’t change the destiny, but we can live with it… Percayalah pada diri you Haikal, you boleh. I akan selalu ada untuk you sebab hati dan perasaan I ada dengan You, dan sememangnya ia akan sentiasa menjadi milik You…” Tutur Kea sambil tersenyum manis memandang Haikal.
“Kea….” Haikal tak mampu untuk berkata apa. Dia terharu dengan penerimaan gadis itu. buat masa sekarang dia tak mahu lagi memikirkan soal sakitnya. Betul kata Sofea, cinta harus diluah, bukannya di pendam. Hatinya kini menjadi lebih tenang sekarang. Kea diraihnya ke dalam pelukkan. Demi Tuhan, dia sangat menyayangi gadis itu.
“Terima Kasih Sayang……” Haikal berbisik ke telinga Kea. Ungkapan itu terlalu syahdu untuk di dengari dan terlalu indah untuk difikirkan. Kea gembira. Hatinya kini berbunga mekar.
‘Ya Allah… Jika ini permulaannya, Kau restuilah perhubungan kami………………..’
No comments: