Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Saturday, January 21, 2012

KEA & HAIKAL pi Honeymoon Part II :)



Setelah hampir seharian mereka berada di dalam kapal terbang, akhirnya mereka tiba di lobi Park Hyatt Zurich, hotel yang bakal mereka diami selama lebih kurang satu minggu. Di wajah masing-masing jelas terlakar keterujaan walaupun dalam keletihan.


“Wahhh! Cantiknya hotel ni. Pandai Papa pilih. Wahh! Dekat dengan sea side!! Wahhh!!! Bestnyaaa!!” Begitulah pandangan pertama Kea bila mula-mula menjejakkan kakinya ke kawasan hotel. Haikal hanya tersenyum memerhatikan gelagat isterinya. Seperti yang dia kata, ini bukan kali pertama dia di sini, jadi keterujaannya tidaklah sehebat Kea. Dibiarkan Kea melawat-lawat sekitar hotel sementara dia mahu menguruskan kemasukkan mereka.


“Kea, Abang check-in first. Don’t go too far...” Pesannya. Kea senyum mengganguk.


“…….. Your room’s key card.” Kad yang digunakan sebagai kunci untuk masuk ke bilik hotel bertukar tangan.


“Enjoy your stay here Sir, if there is anything you may always call us to assist you. Happy honeymoon…” Ramah pekerja hotel menyambutnya dengan senyuman manis terukir di bibir. Haikal sengih, ‘tahu pula yang mereka nak berbulan madu di sini…’ Bisik hatinya.


“Thank you…”


“Bell boy services Sir?” Belum sempat Haikal berbuat apa, datang pula seorang pekerja lain yang mempelawanya dengan perkhidmatan penghantaran luggage hingga ke bilik.


“Yes, please. My room’s number and key card. Thank you.”Terangguk-angguk si bell boy tu bila mendengarkan arahan Haikal. Pantas saja tangannya menggangkat luggage yang sudah tersedia di depan mata. Haikal membiarkan lelaki itu melakukan kerjanya dan kemudiannya berjalan merapati Kea yang sedang asyik memeluk tubuh sambil menikmati pemandangan indah yang sedang terbentang luas di hadapan mata.


“Sayang…” Pipi Kea dicuitnya.


“Yer.., dah settle?”


“Settled!” Jawab Haikal sambil mengenyitkan matanya ke arah Kea.


“Suka?” Soal Haikal. Kea mengganguk perlahan sambil matanya tak lekang dari memandang keindahan ciptaan Allah. ‘SubhanaAllah…’ Hanya itu yang mampu diucapkannya.


“Suka sangat…”


“Good, banyak lagi masa. Nanti abang bawa Kea pergi jalan-jalan kat sini ya. Jom kita masuk bilik dulu, sejuk kat luar ni. Lagipun dah hampir nak malam.” Kata Haikal. Kea pandang sekeliling.


“… Erm, sayang larat tak nak keluar malam ni?” Soal Haikal. Kea alihkan pula pandangannya ke arah lelaki itu. Kalau di tanya padanya, sudah pasti dia masih larat, tapi bila mengenangkan keadaan Haikal, dia rasa dia tak perlu untuk mementingkan dirinya sendiri.


“Kea tak larat.” Jawabnya. Haikal jungkit kening.


“Sure? Rugi tau kalau sampai sini tak jalan-jalan waktu malam.” Haikal cuba mengumpan. Kea masih seperti tadi.


“Tak apa, bak kata abang.., banyak lagi masa dan malam yang akan kita lalui kat sini.” Tanpa mengetahui apa yang sebenarnya sedang bermain di kotak fikiran isterinya, Haikal senyum.


“Kita order dinner dari dalam bilik ya?”


“Baik!” Kea hanya menurut. Apa yang di rasa baik oleh Haikal itulah yang akan dia ikut.


“Esok kita jalan-jalan ya?” Melihat tingkah Kea yang bersahaja, hati Haikal tiba-tiba jadi serba salah, ‘Dia memang penat atau sedang memikirkan hal kesihatannya?’ Haikal berteka-teki sendiri.


“Be my handsome tourist guide please…” Haikal ketawa. ‘Erm…Mungkin betul dia sedang keletihan…’ Hatinya sedikit lega.


“The pleasure is always yours, Honey.” Balasnya.


“Okay dah, jom!” Jawab Kea seraya memeluk lengan suaminya.


“Eh, kenapa tiba-tiba sayang manja-manja dengan abang ni? Haa…” Usik
Haikal saja mahu mengenakan isterinya. Butang mata Kea memandang Haikal.


“Mana ada!” Sangkalnya.


“Ada.., ni?” Haikal mengangkat lengannya yang di peluk Kea. Kea mencebik, cepat dia mahu meleraikannya. Tapi sempat di tahan oleh lelaki itu


“Biarkan kat situ, abang suka kalau Kea berpaut pada abang macam ni, abang rasa di hargai…” Ucap Haikal. Out of sudden dia jadi sweet tiba-tiba! Kea melupakan hajatnya. Makin erat pula pelukkan tangannya di lengan Haikal. Mereka kemudiannya berlalu tanpa suara, ada hari esok untuk semua ini.


* * * *


Keesokkan harinya mereka bangun awal. Setelah puas berehat, hari ni Haikal bercadang untuk membawa Kea berjalan-jalan di sekeliling kota Zurich. Hari-hari mereka di sini perlu di gunakan dengan sebaik mungkin. Setakat duduk memerap di dalam bilik baik duduk rumah ye tak?


“Sayang dah siap?”Soal Haikal pada Kea yang masih lagi di meja solek. Dengar saja soalan Haikal, cepat-cepat dia menyudahkan solekkannya.


“Sudah!”Bersinar-sinar matanya menjawab soalan Haikal. Lelaki itu tersenyum sambil memerhatikan wanita kesayangannya itu berjalan menghampirinya.


“Sayang stop. Erm…Turn around please.” Arah Haikal, Kea terdiam tapi tetap diturutkan arahan Haikal. Dia berpusing ala-ala model yang sedang memperagakan pakaian.


“… Cantik-cantik macam ni nanti kena tackle dengan orang sini. Kesian abang kena balik Malaysia sorang-sorang.” Kea tergelak kecil mendengar keluhan suaminya.


“Main-main je abang ni. Nak ke?”


“Eh, tak nak.” Haikal sengih. Dicapainya winter coat Kea, cuaca di sini masih lagi sejuk walaupun sekarang waktu winter sudah hampir di penghujung.


“… Erm, pakai ni. Kat luar masih sejuk.” Pinta Haikal sambil menyuakan coat tu pada Kea. Kea menyambutnya dengan senyuman manis terukir di bibir.


“Wah! Dah nampak macam pelakon korea datang bercuti kat sinilah! Nak sign! Nak sign!” Tingkah Haikal setelah Kea menyarungkan coat winter paras lutut ke tubuhnya. Ditambah pula ikatan pony tail yang diikat tinggi di bahagian kiri kepalanya, memang terserlah kecantikkan Kea ketika ini.


“Main-main lagi, memain! Hish, banyak mainlah abang nieeee!” Rungut Kea sambil menampar lembut lengan Haikal.


“Eleh, nak gurau sikit pun tak boleh.” Rajuk Haikal.


“Alahai..., boleh, boleh… Siapa pula kata tak boleh. Ha, kat mana nak sign tu?” Kea melayankan saja kerenah suaminya itu.


“Kat sini…” Jawab Haikal sambil menyuakan dada bidangnya ke arah Kea. Wanita itu ketawa besar.


“Eleh, budget seksilah tu!” Perlinya dan akhirnya mereka tertawa bersama. Pada waktu dan ketika itu kegembiraan dan kebahagian yang sedang dirasakan oleh mereka jelas terpancar di wajah masing-masing.


......... “TEMPAT ni pelancong panggil sebagai ‘The prettiest small town in Switzerland…’ banyak bangunan-bangunan cantik dan bersejarah kat sini, ada castles, ada ladang anggur, ada laluan train, laluan kapal, ada kapal besar, kapal kecil….” Terang Haikal mula menjalankan tugasnya sebagai tourist guide tak berbayar khas buat isterinya. Mereka kini sedang berjalan menyusur tebing ‘River Rhine’, sungai yang terpanjang dan terpenting di Europe. River Rhine di Swiss merupakan muara sungai sebelum ianya menyusur laju ke arah laut dan seterusnya menjadi route kepada pusat-pusat pengangkutan terpenting di sekitarnya. Kea mendengar dengan khusyuk. Melilau matanya memerhatikan sekeliling, tidak sedikit pun matanya berkedip. Banyak kelihatan kapal-kapal kecil dan besar yang tersadai di gigi sungai, selain itu dia juga turut kagum dengan seni bina di sini, memang tabik springlah dekat arkitek-arkitek yang design bangunan-bangunan macam ni. Memang kreatif!


“Sayang… Tutup mulut tu.” Perli Haikal.


“Eh!” Kea jeling tajam. Haikal ketawa.


“Khusyuk betul dia yer…”


“Mestilah abang, Kea kagum betul dengan daya kreativiti orang-orang kat sini. Walaupun nampak macam old school, tapi hebatlah! Kea bukan orang seni pun, susah nak menyebut ‘term-term’ seni ni. Abang faham-faham sendirilah yer…”


“Yer faham, orang yang suka bedah-bedah ni mana nak tahu hal-hal seni.” Ewah! Laju aje mulutnya memerli orang. Kea hanya ketap bibir. ‘Kejap lagi ada yang jatuh sungai ni kang!’


“Erm… Lagi, lagi ada apa?” Soal Kea lagi.


“Ada abang.” Ringkas jawapan Haikal.


“Janganlah main-main!” Marah Kea. ‘Orang tenghn excited ni dia boleh main-main pula!’


“Macam-macam sayang, tinggal larat tak larat je Kea nak jalan… Erm, lepas ni kita naik cruise nak?” Cadang Haikal. Kea kerut dahi.


“Naik cruise nak pergi mana?” Soalnya.


“Melawat istana.” Jawab Haikal.


“Melawat istana? Serius??”


“Serius! Nampak tak jalan tu? Ha, itu namanya ‘Rhine Castle Trail’, tapi kita tak ikut tu lah, letih tu nak jalan… Kita naik cruise, dapat tengok luar istana pun jadilah…”


“Wahh! Angan-angan Kea di zaman kanak-kanak tu, bolehlah berlagak jadi princess pula!” Kea tenung Haikal dengan senyuman tersirat.


“Ah sudahhh… Jangan suruh abang kendong Kea macam time kita jogging dulu ya.” Haikal cemas, teringat kembali ‘denda’ yang dikenakan Kea padanya dulu. Kea ketawa.


“Taklah, takkanlah Kea nak buat macam tu pula. Kat tempat orang ni.” Balas Kea, Haikal urut dada. ‘Fuhh… Lega.’ Mungkin itu yang dirasakan sekarang.


“Abang main-main je sayang, kalau nak suruh abang dukung Kea sekarang no hal lah!”


“Eh, jangan berlagak yer! Nanti Kea……..
Belum sempat Kea menghabiskan ayat, Haikal sudah pun tunduk dan terus mendukungnya.


“Abang!”


“Sayang ni banyak sangat cakaplah, dan jom! Banyak tempat lagi kita nak jalan…” Kata Haikal, Kea terkedu, tiba-tiba dia hilang kata untuk membalas.


‘First time orang kata dia banyak cakap, dammn!!’


……… “RAMAINYA orang! Dah macam Petaling Street dah.” Rungut Kea.


“Sekarang ni kita dekat ‘Bahnhofstrasse’, a shopping stretch yang famous dekat area sini. Abang tahu Kea suka datang tempat ni sebab boleh shopping, kan?? Ermm… Kea pilih-pilih dulu, mana yang berkenan Kea ambillah, everythings on me.”


“Bah, bahn bahn ape? Susah betul nak menyebutnya. Huh! Wah!! Abang nak belanja Kea ke? Yeay! Abang siap sedia yer, jangan mengeluh pula nanti…” Kea memberi amaran. Haikal jungkit bahu.


“Dah sentiasa bersedia untuk isteri abang ni…” Bisiknya ke telinga Kea. Kea senyum nampak gigi.


“Cececeh… Sebab tu Kea sayang abang…” Ucapnya.


“Abang pun sayang Kea…” Balas Haikal, mereka kemudiannya berjalan beriringan tangan menyusuri jalan yang dianggap sebagai syurga membeli belah itu.


………“FUHH! Besar betul jam tu!! Tu jam ke bangunan office??” Mata Kea tiba-tiba terpaku ke arah sesuatu yang menarik minatnya. Haikal juga turut menoleh ke arah jam yang dimaksudkan.


“Oh, itu memang jamlah Sayang, the largest clock-face in Europe tau. Nak tangkap gambar tak?”Cadang Haikal. Kea angguk.


“Okay, kita minta tolong local people. Jom.” Kea menurut.


“One.., two…, three.”


KLIK!


“Okay, done!” Local people yang entah dari mana tiba-tiba lalu depan mata mereka tahan semata-mata untuk membantu mereka menangkap gambar.


“Thank you so much!”


“My pleasure… Anyway, So sweet both of you… God Bless!”Mereka tersipu-sipu malu mendengar pujian itu. Entah apa yang ‘sweet’nya pun mereka tak tahu, jelas rona merah kelihatan di raut wajah masing-masing.


“Dia kata kita Sweet lah Sayang…” Bisik Haikal ke telinga Kea. Isterinya itu tergelak kecil. ‘Macamlah dia tak dengar tadi!’


“Kea yang sweet, abang sour!” Balas Kea dengan pantas berlari meninggalkan Haikal.


“Eh, perasan sungguh!” Terkedek-kedek Haikal mengikuti langkah Kea yang sudah agak jauh meninggalkannya.


……… “ABANG,Kea penat!” Rengek Kea manja di sisi suaminya. Mukanya pun dah nampak keletihan setelah hampir seharian berjalan-jalan di sekitar Kota Zurich.


“Erm, kita rest dekat bangku tu kejap.” Cadang Haikal. Kea menurut.


“Sayang lapar?”


“Boleh tahanlah…” Jawab Kea sambil mengemaskan sedikit tocang rambutnya yang sudah longgar. Haikal hanya memerhatikan isterinya, sesekali dia membetulkan kolar coat yang di pakai Kea.


“Nak makan Indian Cuisine?”


“Tak mahulah, pedas kan?” Kea menolak.


“Oh, lupa pula isteri abang ni tak boleh makan pedas.”


“Bukan tak boleh, tak gemar.” Kea membetulkan kenyataan suaminya.


“…Erm, senang ke nak cari Halal food kat sini? Macam tak ada je…” Tambahnya lagi, dia memang was-was untuk makan di tempat asing macam ni.


“Ada tapi tak banyak. Erm, Kea nak makan Italian food? Kita makan pizza nak tak? Dekat Pizza Flizza.” Cadang Haikal.


“Pizza Flizza? Halal tak?” Kea inginkan kepastian. Lapar memang lapar, tapi soal halal haram wajib di ambil kira. Haikal senyum mengganguk.


“Of course Halal! Full Halal menu, Kea jangan risau yer. Abang tahu hukum hakam ni, takkanlah abang nak bawa Kea ke tempat tak halal pula. Erm, tapi tempat tu agak jauh dari sini, kena naik cab.”


“Em, boleh!” Laju saja Kea memberikan persetujuan. Memang dah lapar benar gayanya tu.


“Jom! Ni boleh jalan lagi tak? Ke nak abang dukung?” Soal Haikal, Kea sengih. Kalaulah Haikal sihat, tak payah tanya!


“Eh, tak apalah. Boleh jalan lagi ni.”


“Sure?”


“Sureeeee…”Jawab Kea sambil mengelip-ngelipkan matanya. Motif? Tak, tak ada motif apa-apa pun! Ihikss…


……… “AISEY, dah kenyang perut tiba-tiba mengantuk pula.” Keluh Kea. Itulah bila makan tak beringat, macam-macam yang disumbatnya ke dalam mulut ni. Lagak macam tak makan setahun! Matanya melilau memerhatikan suasana malam kota Zurich dari luar tingkap teksi yang sedang mereka naik. Cantik sangat!


“Kalau mengantuk sayang tidurlah dulu, dah sampai hotel nanti abang kejutkan Kea.” Kea menoleh memandang suaminya yang tersenyum manis membalas pandangannya. Aduh! Berderai jantung.


“…Come, tidur kat bahu abang ni.” Pelawa Haikal. Kea tiba-tiba malu, dia terkedu dan terkaku mendengar pelawaan daripada suaminya itu. ‘Takkanlah dalam teksi ni nak buat macam tu? Malulah uncle bawa teksi ni nampak!’ Fikirnya. Haikal yang faham benar dengan perangai isterinya itu dengan spontan memeluk bahu Kea dan di bawa kepalanya jatuh ke atas bahunya.


Selepas seketika, Kea tak mampu untuk menolak. Dia sudah terlalu selesa berada di sisi lelaki itu, matanya pun dah macam ada batu melekat, berat betul nak buka!


“Selesa?”Soal Haikal. Kea tak membalas, hanya anggukkan kepala yang membantunya untuk menjawab. Ni bukan setakat mata, mulut pun dah berat nak buka! Ish.ish. Teruk dah kau ni Kea!


“…Dah, sayang tidur dulu yer.”


“Emm… Abang jangan tinggalkan Kea dengan Uncle teksi ni yer…” Pesan Kea dengan mata yang sudah pun tertutup rapat. Haikal tergelak.


“Dah ngantuk-ngantuk pun sempat lagi nak main-main ya!” Balasnya, namun hanya suasana sepi yang menyambut kata-katanya, tiada sebarang reaksi yang diberikan Kea. Sah-sahlah dia dah tidur. Haikal membiarkan Kea begitu sementara dia masih terus melayan matanya untuk menatap keindahan alam ciptaan yang Maha Esa.


* * * *


Haikal meletakkan Kea ke atas katil dengan cermat. Dicapainya comforter dan di selimutkan isterinya itu. Tubuh Kea sejuk semasa diangkatnya tadi, mungkin disebabkan cuaca luar yang dingin. Wajah tenang itu ditenungnya dengan pandangan yang penuh kasih sayang dan kemudiannya ubun-ubun Kea di usapnya lembut, tersenyum dirinya tatkala melihat raut wajah isterinya ketika ini. Comel dan terasa mahu di cium pipi itu. Dia menundukkan sedikit wajahnya untuk mengucup pipi isterinya itu, tetapi niatnya tiba-tiba terhenti di separuh jalan. Cepat-cepat dia bangun dan meninggalkan Kea yang masih lagi lena dibuai mimpi. Entah apa yang sedang bermain di kotak fikirannya sekarang ini…


Bersambung... :)

Love, KEA

6 comments:

mimi syafiqah said...

best...xsbr nk tggu novel ni kuar

Sonyeo said...

omg, so sweeeeeeeeeeeettttt!!!

danishatul said...

wahhhh sweet couple haikal love kea
thanks ara

~zai~

Miss FF said...

hmm... suka sgt kea ngan haikal... xde peluang ke haikal nak sembuh? xnak la haikal meninggal... nak dia ngan kea bahagia je..

AraSharrina said...

mimi syafiqah : sy pun xsbr nak tunggu dia keluar..hehehe Thank u dear...

fyda wany : thank u! :)

Zai : wlcm syg :)

Miss FF : InsyaAllah, skrng sy tgh berusaha utk bwk haikal pergi berubat kampung pula..hehe. thank u dear. :))

Anonymous said...

Salam..sukanya akak bab ni.. terbuai dibuatnya.. sampai lupa dah apa nak komen..walhal dr awal bc ada benda sebenarnya nak komen..tp dah lupa!sama ngan org lain, akak jgk tak sabar nak miliki novel kamu ni dik.. akak doakan semoga semuanya berjalan ngan lancar.. ha! br teringat..ada sedikit kesalahan ejaan! hehe..sikir je..typo la katakan..n lagi satu, akak suke bila ada perkataan 'Honey'..hehe..prasan sekejapan.. hehe :) semoga segala urusan kamu dimudahkan oleh Allah ye dik.. :)

Wassalam