** KLIK : K.E.A 13
++++++++++++++++++++
“SEDAPNYA bauuuu…” Kea yang entah dari mana datangnya tiba-tiba muncul menyelinap ke ruang dapur. Bau nasi lemak kukus buatan neneknya itu betul-betul menyengat hidungnya. Di tariknya kerusi dan terus tercongok di depan meja. Tudung salji diangkatnya dengan gembira. Wowww!!~ teruja sekali dia melihat semuanya telah terhidang sempurna di depan mata. Dah macam orang tak makan setahun lagaknya. Tidak dihiraukan Ibu dan Nek Cu yang sedang asyik memerhatikan gerak gerinya.
“Ish..Ish.. Kea… Lapar sangat ke? Si Haikalnya mana? Tak bangkit lagi?” Sapaan ibu membuatkan Kea terdiam. Dipandangnya sekeliling. ‘Eh, yelah… Budak ni tak bangun lagi ke?’ Dia tertanya-tanya sendiri.
“Dia tidur lagi ke Bu?” Dia pula yang memulangkan kembali soalan kepada ibunya. Wanita itu cuma menggeleng. ‘Eh budak ni, kita tanya dia, dia tanya kita balik!’ Agaknya itu yang dibebelkan Ibu padanya.
‘Hishh… Dah pukul berapa dah ni, nak kena dia nie!’
“Jap, Kea pergi panggil!”
BERKERIUK bunyi pintu bilik itu apabila dibuka. Ditunjahkan sedikit kepala agar dapat dilihat keadaan bilik yang sudah terang berderang disinari cahaya matahari. Diperhatikan setiap penjuru, pandangan matanya jatuh tepat memandang sekujur tubuh yang sedang lena dibuai mimpi. Asyik benar tidurnya, habis satu badan diselubungi selimut bekalannya semalam. ‘Sejuk betullah tu!’ Duga Kea. Pintu bilik dibuka seluas-luasnya, dan selangkah demi selangkah dia masuk merapati katil. Dia teragak-agak untuk menyentuh Haikal. Bahu lelaki itu digoncang perlahan.
“Haikal… Haikal... Bangun.., dah tengah hari ni.” Kejutnya lembut. ‘Ish, lembut sangat nih! Sampai Haikal tak tergerak sedikit pun, come on Kea… You can do more than this!’ Lantas dia teringatkan Maria dan ‘Alarm Clock’nya yang sentiasa membingitkan telinganya di waktu pagi. ‘Ahah!’ Idea nakalnya mula menerjah.
“Bangunnn!! Bangunnn! Ada kebakaran!! Api! Api!! Bangunnnnnnnnnnn!!” Jeritnya, tapi dalam nada suara yang agak terkawal. Kang kalau kuat, terkejut pulak Nek Cu kat dapur, mau dihambatnya pulak aku macam dia hambat bedol, kambing peliharaannya. Diperhatikan Haikal yang masih lagi diam tak berganjak. ‘Aisey…’ Dia akur, cubaannya gagal! cuma Maria je yang tahu macam mana nak bunyikan ‘Alarm Clock’nya ni.
“Amboiii… Penat sangat ke Encik Haikal Ooii… Bangkitlahh… Bangkitt!! Matahari dah tegak berdiri dah ni!!” Haikal masih sama, tak bergerak. Kea tiba-tiba risau, ‘Eh, okay ke tak budak ni?’ Dia mula melabuhkan punggungnya di pangkal katil. Selimut yang menyelubungi muka Haikal ditariknya. Terpampanglah wajah kacak Haikal yang bisa menggetarkan naluri perempuannya. Kea seakan terpukau dengan kekacakkan Haikal. Dia terdiam seketika tapi cepat-cepat tersedar. ‘Eh! Apa kena dengan aku nih!’ Dahi Haikal dipegangnya dengan belakang tangan. ‘Hmm..okay, tak panas. Suam-suam kuku je.’ Dialihkan pula tanganya ke hidung Haikal. Nak rasa pernafasan pula. ‘Ermm… ada nafas.’ Hish… Apa lagi yang tak kena ni!?
“Haikal… bangunlah.. Nanti Nek Cu bising! Bangun! Bangun!” Nama Nek Cu pula yang menjadi umpan.
Huwarrrgggghhhh… Hiyarrrkkkkk!! Tu diaa… Teruk sungguh Haikal menggeliat, dah macam anak dugong terlepas terkapai-kapai di tepian pantai. Eh, tapi… Kea berjaya! Yay, bagus lain kali boleh guna nama Nek Cu kalau nak kejutkan dia bangun. Err..lain kali?? Ihiss… berangan nak kejutkan anak teruna orang banyak kali ke? Ehem!
Huwaarrgghh… Hiyarrrkkkk! Terlalu luas bukaan tangan dan pusingan badannya waktu mengeliat.
Gedebukk!!
“Aduhh!!! Hishh, Haikal!!! Sakitlaahhhh!” Haikal panik, tak perasan pula dia tertolak Kea sampai terduduk jatuh di tepi katil, cepat-cepat dia turun dari katil dan mendekati Kea. Dibantunya gadis itu untuk bangun. Merah padam muka Kea menahan marah.
“Err... Sorry Kea, sorry…”
“Ah!~ Sorry, sorry, naik lori lah!! Dah, Ibu panggil breakfast.” Kea berlalu meninggalkan Haikal yang masih terkejut dengan kejadian tadi. Terkebil-kebil matanya memandang sekeliling. Dia lupa yang dia masih berada di kampung Kea. Patutlah kecik lain macam je katil nih! ‘Hmm~ maaflah Cik Doktor, maaf sebab buat awak sakit lagi.’ Keluhnya.
“SELAMAT PAGI..,” Serentak mereka berpaling ke arah suara yang menyapa.
“Haikal!!?” Hampir tersembur karipap yang baru saja memasuki mulut Kea bila terlihatkan Haikal yang hanya berpakaian t-shirt dan kain pelekat. ‘Buang tebiat ke budak ni, mana dia dapat kain pelekat tu!? Pastu tak boleh blah kan ikat kain pelekat macam ikat kain batik.. Aduhai, malunya aku bawa dia nieee… Mana nak nyorok nih?? Bawah meja? Belakang peti ais?? Dalam mesin basuh?? Err…’
“Amboi Haikal… Ikat kain pelekat teknik baru ke??” Perli Nek Cu, dan serentak dengan itu pecah gelak semua yang tercengang memandang. Kea pula masih dengan perkiraannya untuk menyembunyikan diri. Berkerut dahi Haikal, ‘Salah ke cara aku pakai kain ni?’ Dibelek-beleknya ikatan kain yang hampir terburai. Along Aiman dipandangnya seakan memberi signal meminta back up. Aiman yang faham akan signal itu terus saja bangun menghampiri Haikal. Di bantunya lelaki itu untuk mengikat kain.
“Haikal… Haikal… Kat Kuala Lumpur tu tak pernah pakai kain pelekat ke? Teruk benar ikatnya ni…” Sempat juga dia memerli Haikal. Lelaki itu hanya tersengih-sengih, agaknya malu dengan diri sendiri, ‘Dah besar panjang pun tak tau ikat kain pelekat. Ishh!’
“Dulu kecik-kecik adalah Long, dah lama tak pakai, tidur pun pakai seluar je… kang kalau pakai kain takut pagi-pagi dah hilang..” Haikal cuba untuk berseloroh. Dibiarkan Aiman membetulkan ikatan kainnya.
“Ok, dah. Haa… Macam ni ikatnya. Yang awak ikat tadi tu ikat kain batik, ni kain pelekat, lain… Dah, jom breakfast sekali. Semua duk tunggu awak ni.” Pelawa Aiman. Haikal menuruti langkah lelaki itu sehingga ke meja makan. Nampak kekok gerak gerinya. Hanya sebelah Kea saja tempat yang kosong.
“Eheemmmm…” Dia berdehem dengan harapan Kea mendengar. Kea buat tak tahu, pura-pura melihat screen handphone yang sememangnya tiada notification baru.
“Kea…. Tolong Haikal tu..” Nek Cu mula bersuara. Kea agak tersentak, ‘Alaaa… ni yang nak sentap ni, Nek Cu asyik nak bela Haikal je dari semalam!’ Hmmm… Mahu tak mahu dia terpaksa juga menolak kerusi di sebelahnya agar Haikal dapat duduk.
“Duduklah…” Pelawanya. Haikal duduk bersahaja berhadapan Nek Cu. Tersengih-sengih dia pandang makanan yang terhidang di atas meja. Dah lama dia tak makan masakan yang macam ni. Lagi-lagi masakan kampung, Gulpp! Tertelan air liur…
“Hah, apa lagi yang dimenungkan tu, jemputlah makan. Semangat Nek Cu masak semua ni untuk Haikal tau” Kata-kata Ibu Kea membuatkan senyuman Haikal makin meleret. Kea disebelah hanya mencebik. ‘Tak suka sebab Nek Cu asyik dahulukan Haikal!’ Eceh… Jealous ke?
“Wahhh… Banyaknya makanannn…, makin gemuklah Haikal nanti. Terima Kasih Nek Cu, Makcik…”
“Alaaa… Sikit-sikit Haikal, Ea’ kan Cucu Nek Cu, kesian Ea’ tak ada siapa nak layan…” Wuwuwu... Sedih saja nada suaranya. Haikal berpaling ke arah Kea. ‘Dia cemburu ke?’ Duganya.
“Alahai... Merajuk pulak Cucu Nek Cu yang sorang ni, yelah-yelah, nanti makan tengah hari Nek Cu masak makanan kegemaran Ea’ pulak ye?” Pujuk Nek Cu. Dia tahu cucunya yang sorang ni cukup manja. Nanti kalau tak dilayan rajuknya, mahu muncung sampai ke malam.
“Ala Kea… Takkan cemburu kut, I lagi kesian tau sebab tak ada nenek, atleast you ada jugak Nek Cu. I lagi lah duduk sorang-sorang je.” Kata-kata Haikal membuatkan Kea tersedar dari rajuknya. ‘Eh, apalah yang tak kena dengan aku ni, macam budak-budak. Takkan dengan Haikal pun nak berebut Nek Cu?? Hishh, Nak datang bulan ke apa aku nih???’ Soalnya pada diri. Diperhatikan Haikal yang sedang menceduk nasi ke pinggan. Terkial-kial sebab kedudukkan pinggannya agak jauh dari bekas nasi. Kea mengalah. Dia bangun dan mengambil pinggan Haikal.
“Mari, I tolong sendukkan.” Tergamam sebentar Haikal dengan gelagat gadis itu. Kea buat selamba, tidak dihirau mata-mata yang mengerling ke arahnya, di ambil pula perencah nasi lemak dan di letakkan teratur di atas pinggan Haikal. Dituangkan pula air milo ke cawan lelaki itu. Tertib sangat kelakuannya. Masing-masing hanya memerhatikan lagak Kea yang bersahaja. Cepat sangat berubah angin budak ni. Tadi bukan main marah, sampai merah-merah muka. Sekarang dah okay. Haish..
“Ok, dah… Makan banyak sikit okay, biar cepat-sepat sihat.” Pesan Kea sambil tersenyum manis ke arah Haikal. Haikal masih lagi kaku diam tak berkata. Pelik dengan perangai Kea yang berubah-ubah.
“Err… Along nanti tolong Ibu ambilkan santan kelapa kat umah Pak Lang ya, Ibu dah pesan semalam nak 12 biji. Tak tahulah dia ingat ke tak, kamu tanya dia dulu nanti.” Along Aiman sekadar mengganguk mendengar suruhan Ibunya. Hatinya masih tertanya-tanya siapakah Haikal di hati adiknya itu. Lain macam benar gayanya. Kawan dari Kuala Lumpur? Takkanlah serapat itu. Dia bukan ingin mengawal dengan siapa adiknya berkawan, cuma kalau betul ada apa-apa, dia lebih suka kalau adiknya berterus-terang. Pandangannya masih tertumpah kepada mereka berdua, nampak sepadan. Desisnya.
“BOLEH Along duduk sini?”
“Eh Along ni, itu pun nak tanya. Adalah tu nak sakat Kea.” Along Aiman hanya tersenyum memandang adiknya. Dilabuhkan punggung duduk di sebelah Kea.
“Haikal mana?”
“Entah, kata tadi nak mandi. Ada lagi agaknya dalam bilik air tu.” Jawab Kea sambil tangannya ligat membetulkan barang-barang hantaran Alongnya yang hampir siap. Tinggal beberapa hari lagi Alongnya akan menjadi tunangan orang. Dialah insan yang paling gembira sekali. Alhamdulilah, akhirnya Along jumpa juga gadis yang dicari-carinya, dalam taknak-taknak tak sangka pula jodohnya secepat ini.
“Kea… Along nak tanya sikit ni.” Along Aiman mula bicara.
“Erm… Tanyalah.”
“Siapa Haikal sebenarnya?” Kea agak tersentak dengan soalan Alongnya yang secara tiba-tiba, dilemparkan pandangannya jauh ke langit biru. Sebenarnya dia sudah menjangka lambat laun soalan itu yang akan keluar dari mulut Alongnya, tapi taklah di jangka secepat ini, sebuah keluhan berat dilepaskan.
“Err.. Dia… Dia patient Kea Long..…” Lambat-lambat Kea menjawab. Dia bukan tak mahu untuk berterus terang, dia cuma tak tahu macam mana nak mula. Dia tahu dia tak akan dapat menipu lelaki itu. Sekilas ikan di air, Along tau mana jantan, mana betina. Inikan pula adik yang membesar di depan matanya sendiri. Dia akur jika dimarahi oleh lelaki itu.
“Dia sakit apa?”
“Brain cancer stage 2. Tapi belum serius… Kea jadi referral doktor dia” Terang Kea, di pandang wajah Alongnya yang sudah kelihatan serius.
“Kea suka dia?”
‘Erk! Kenapa ke situ pulak soalan Along ni?? Hmm… Ni mesti akalnya nak kenakan aku!’
“… Kenapa Along tanya macam tu?”
“Kea betul-betul rasa Kea boleh ‘jaga’ dia?” Soalan Kea masih tak berjawab. ‘Hish, apa yang tak kena dengan Along ni…’ Bisiknya, dia mula tak keruan.
“Kea rasa Kea boleh tahan fizikal mental sekiranya tiba-tiba nanti hati Kea terjatuh cinta pada dia?” Bertubi-tubi soalan Along padanya. Entah mana satu hendak dijawabnya. Semuanya hanya dibiarkan sepi…
“Errr…….”
“Along rasa Haikal lelaki yang baik dan Along kenal adik Along ni... Along dah dapat agak perasaan Kea terhadap Haikal. Along takkan menghalang, cuma Along nak pesan, sekiranya dia nanti ditakdirkan jodoh Kea, Kea ada tanggungjawab besar untuk menjaganya. Along tak jangka bila masa dan ketikanya, cuma Along nak Kea sentiasa bersedia. Kea tahu kan Along sayang Kea…” Kata-kata Along benar-benar mengusik jiwanya. Dia sudah cukup matang untuk memahami apa yang tersirat disebalik kata-kata Along. Dia tahu selain Ibu, Alonglah insan yang benar-benar faham akan dirinya. Tubuh Alongnya dipeluk mesra.
“Kea tahu Along… Tapi Kea rasa masih terlalu awal untuk kita bercerita soal ni, sebab hubungan Kea dan Haikal pun sekarang ni memang tak lebih dari hubungan seorang kawan, lagipun Kea seronok berkawan dengan dia Long… Tentang siapa yang sanggup menjaga atau dijaga tu Kea rasa belum lagilah Long. Erm, tapi Kea tetap nak cakap terima kasih dekat along sebab selalu ada untuk mengingatkan Kea. Kalau memang ada jodoh diantara kami, Kea akan pegang kata-kata Along. InsyaAllah…” Itu janji Kea pada Alongnya. Dia masih ragu-ragu dengan perasaannya sendiri. Adakah Haikal lelaki yang dicari-cari selama ini? Lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya yang telah sekian lama dibiarkan berkunci?
“ALONG, nak pergi manaaa?? nak ikuttt!!!” Jeritan Kea bagaikan halilintar bergema di setiap sudut rumah. Haikal yang sedang asyik membaca surat khabar di ruang tamu sempat mengurut dadanya kerana terkejut dek jeritan gadis itu. ‘Kuss~ semangat!’
“Along nak pergi umah Pak Lang ke? Kea nak ikut.” Sambung Kea lagi, Along Aiman mematikan enjin motor dan menoleh ke arah adiknya yang sudah pun tercegat di depan pintu.
“Ha’ah, tadi kan Ibu dan pesan. Awatnya nak ikut? Nanti Haikal tinggal sorang-sorang. Ibu ngan Nek Cu tak ada, dorang kat umah Mak timah.”
“Alaa…”
“Kenapa Kea?” Haikal mencelah. Cepat saje dia ni sampai, tahu-tahu je dah menyampuk bertanyakan soalan.
“Kea ni nak ikut Along, kang kalau ikut, kamu pulak yang kena jadi guard kat rumah” Soalan Haikal dijawab Aiman.
“Oh, tak apalah. Saya boleh ikut.” Balas Haikal ringkas. Melopong Kea bila mendengarnya, lelaki itu direnungnya tajam.
“Takkan nak naik motor sampai tiga orang? You nak duduk dalam bakul?” Soal Kea menyindir.
“Tak adalah sampai duduk dalam bakul, kita pergi berdua je lah. Biarlah Along rehat dekat rumah. Dari semalam I tengok dia kehulu kehilir. Kesianlah… Nanti time majlis, dah tak berseri muka.” Haikal mengenyitkan matannya ke arah Along.
“Hahh??”
“Ok juga tu Kea, bagilah Along peluang nak rest, Haa.. lagipun Kea belum tunjuk Haikal tempat-tempat best kat kampung kita ni kan? Bila lagi ye tak?” Sporting betul Alongnya memberikan mereka ruang untuk berdua. Kea memandang Haikal yang tercegat disebelahnya.
“You okay ke?” Soal Kea.
“Okay je, kenapa?” Haikal kehairanan. ‘Apa yang tak kena dengan aku?’
“Tak adalah… Erm, okaylah. Jom I bawa you pusing-pusing.” Putus Kea akhirnya. Dia bukan apa, bimbang kalau tiba-tiba sakit Haikal menyerang. Yelah, dari semalam dia aktif bergerak. Berehat pun hanya bila tidur, itupun pagi-pagi dah kejutkan dia bangun.
“Nah kunci motor, baik-baik. Along naik rumah dulu. Kalau ada apa-apa call. Tak payah rush sangat, santan tu pun nak guna esok. Ambil masa jalan-jalan dulu okay.” Pesan Alongnya seraya berlalu meninggalkan mereka berdua. Kea dan Haikal menyoroti langkah Along hingga hilang dari pandangan.
“Apa lagi, bawaklah.” Arah Kea, Haikal masih berkira-kira untuk naik ke atas motor tu. Sudahnya dia tersengih memandang Kea. Kea pelik.
“Kenapa? Tak jadi pulak?”
“Eh, tak! Sebenarnya… Sebenarnya…. Ermm….”
“Sebenarnya apa??” Sergah Kea.
“Sebenarnya I tak reti bawa motor dan tak pernah naik pun.” Habis pecah tembelang si Haikal. Memang seumur hidup dia tak pernah menaiki motor, jangan kata menunggang, jadi penumpang pun dia tak pernah. Err! berdekah-dekah Kea mentertawakannya. Sampai meleleh-leleh air mata. Haikal hanya membiarkan gadis itu dengan tawanya yang dah macam langsuir. Ceh~ langsung tak cover cun!
“Ha’elah… kesiaannya you niee…!! Kenapa tak pernah? Takut?” Sindir Kea.
“Bukannya takut, tak ada orang nak ajar or bawak. Last-last sampai ke tua lah tak tahu. Dah-dah, tak payah nak seronok sangat gelakkan I ye. Cepatlah!” Pinta Haikal keras, lemas digelakkan Kea sebegitu rupa. ‘Orang tak tahu bawak motor memang boleh dijadikan bahan lawak ke??’ Getusnya.
“Haish… Marah pulak. Okay, okay… Naiklah, biar I yang bawa you.” Kea mengalah. Kesian pulak bila melihat Haikal yang merah padam mukanya menahan malu. Haikal mula mengatur langkah, memang nampak janggallah kan! Mana nak letak kaki, pastu mana pula nak letak tangannya untuk berpaut. Err… benci naik motor!
“Letak kaki kat pedal ni.” Kea menunjukkan Haikal pedal kaki yang dimaksudkannya.
“Err.. Okay, tangan? Mana nak letak?”
“Erm.. Letak kat besi penghadang belakang motor tu.” Arah Kea. Haikal hanya menurut. Diletakkan kedua belah tangannya ke belakang.
“Eh! Macam ni ke you?” Soalnya. Mesti posture badan aku nampak pelik sekarang. Macam penjahat yang kena gari polis! Kea menoleh ke arah Haikal.
‘Erkk!! Buruk nauuu! Haha!
“Haish, payah betullah you ni. Bak sini tangan tu!” Pinta Kea. Haikal yang tidak tahu apa yang sedang di fikirkan Kea terus menghulurkan tangan kirinya.
“Dua-dua tanganlah!”
“Nak buat apa!?” Haikal makin pelik, apa sajalah akal minah ni!
“Bagi jelahhh!”
“Nahh!” Kea hanya tersenyum sambil menarik kedua belah tangan Haikal dan diletakkan ke pinggangnya. Haikal terkejut.
“Hahh! Jangan fikir lain ye. I’m not trying to amik kesempatan. Ini namanya, ‘Safety First’. I tak nak tiba-tiba nanti kena kutip you dari dalam longkang pulak!” Kata-kata Kea membuatkan Haikal tersenyum penuh makna. Eleh!~
“You takut apa-apa jadi kat I kan? Atau you sebenarnya dah sayang kat I?” Haikal sengaja menjerat Kea dengan kata-katanya. Dia tahu gadis itu malu.
“Mana adalah! Jangan nak perasan ye. Dah! Pegang I kuat-kuat, I nak merempit ni!!” Cepat saja Kea mengubah tajuk perbualan. Dia tidak mahu Haikal bermain dengan perasaannya.
“Alaaa… You malu lah tu… Okay, okay.., Cepat-cepat!” Tingkah Haikal seraya memeluk pinggang Kea dengan sengaja. Kea tersentak!
“Oii! Pegang pinggang I jelahhh, ini suday lebey niee!” Kea cuba merenggangkan pelukan Haikal, tapi terlalu kuat. Haishh! Haikal memang sengaja nak kenakannya. Akhirnya dia mengalah. Dibiarkan lelaki itu memeluk pinggangnya seraya menekan gear untuk bergerak. Haikal dibelakang hanya tersenyum puas. Entah kenapa saat itu dia dapat rasakan suatu perasaan yang sangat indah. Dia sangat bahagia bila dapat bersama dengan gadis itu. Dia akui dia sudah mula menyayangi Kea, Cik Doktornya.
DARI jauh Pak Lang Aziz dah nampak kelibat dua orang anak muda yang sedang menghampirinya. Dia kenal gadis itu. Kea, anak saudaranya.
“Assalammualaikum Pak Lang…” Sapa Kea lalu mematikan enjin motornya. Tersenyum lebar dia memandang Pak Langnya. Pak Lang Aziz ialah adik kepada Ibunya. Dialah yang mengusahakan kebun buah dan ladang kelapa Nek Cu. Diperhatikan Pak Langnya yang masih lagi dengan lagak orang mudanya. Berseluar jeans lusuh dan berkemeja corak bunga-bunga. Ewah!
“Hamboi Pak Lang, makin segak ye sekarang… Apa rahsia?” Soal Kea sengaja nak menyakat Pak Langnya itu.
“Tak ada rahsia, rahsialah Kea… Kamu tu yang makin cantik dan gebu Pak Lang tengok, duk cucuk botox ka kat Kolumpur tu?” Kea tergelak mendengar usikkan Pak Langnya. Botox?? Err.. Simpang malaikat empat puluh empat!
“Ada-ada je Pak Lang ni, ni Kea ikut baka Pak Lang lah ni, awet muda sentiasaaaa…”
“Haish… Tak abis-abis awak nak mengusik Pak Lang ye. Tak berubah dari dulu. Hah.. ni siapa pulak yang di bawaknya ni? Handsome bergaya Pak Lang tengok.” Haikal dipandangnya atas bawah.
“Eh, saya Haikal. Kawan Kea.” Haikal menghulurkan tangannya untuk bersalam. Pak Lang Aziz menyambutnya dengan mesra.
“Kawan Kea ni Pak Lang, saje je Kea bawa balik kampung ni. Ganteng kan Pak Lang…” Kea menambah, sempat juga dia mengusik Haikal. Haikal hanya tersenyum. Giliran dia pula yang menjadi mangsa usikkan mereka.
“Huisshh.. Ganteng bangat deh! Ye ke kawan? Ke marka?? Haahh… Hang jangan nak buat loqlak kat sini naa… Ni datang nak menjemput sekali ke apa? Bila pula nak langsungnya? Amboi, dua sekali Kak Ngah nak terima menantu…”
“Eh, tak adalah Pak Lang… Betullah Pak Lang, kawan Kea ni…” beria-ia Kea meyakinkan Pak Langnya. Sempat juga dia menyiku Haikal untuk membantunya. Tapi hampeh! Haikal hanya membiarkan saja dia terkontang kanting seorang diri. Paling kuat pun dia hanya tersengih macam kerang busuk.
“Alah... Kalau bukan kawan pun apa salahnya. Sesuai sangat Pak Lang tengok. Sama cantik, sama tinggi, sama putih, pokok kata macam pinang dibelah dua lahhh… Kalau jadi nanti, Pak Lang sponsor santan seratus kilo yer..”
“Ada-ada je Pak Lang ni. Ikutlah Pak Lang… Eh, mana santannya? Nanti bising Ibu ngan Nek Cu Kea lambat balik.” Kea cepat-cepat menukar tajuk, malas nak dilayan Pak Langnya ni. Nanti jauh pulak dia pergi.
“Hah, ada tu dalam peti ais. Jom ler pergi amik.” Lantas mereka bertiga-tiga bergerak masuk ke dalam rumah. Kea dan Haikal kena cepat, lagipun dah nak dekat maghrib ni. Dalam kekalutan masa mengeluarkan santan, tidak semena-mena Kea dan Haikal menoleh serentak. Entah kenapa jantung Kea berdegup kencang. Cepat-cepat dialihkan pandangan matanya. Dia tak mahu Haikal tahu perasaan dia yang sebenarnya. Tanpa pengetahun Kea, Haikal juga turut merasakan perasaan yang sama. Jantungnya juga turut berdegup dengan kencang. Mereka tak pasti apa sebenarnya yang sedang berlaku di dalam diri mereka. Yang jelas, ada suatu perasaan yang sedang mula berputik di dalam diri masing-masing. Cinta ke? Ermmm….
“COMEINYA Cucu Nek Cu berkebaya. Nampak manis macam gula. Kalau selalu pakai macam ni, baru nampak macam anak dara, ni tak asyik pakai seluaq’ jaa…” Puji Nek Cu tatkala melihat Kea mengenakan Kebaya biru laut hadiah daripada Maria. Katanya sebagai ‘pampasan’ tak temankan Kea pergi Butik Zaraa tempoh hari, wah untung! ‘Kalau macam ni hari-harilah aku menghilangkan diri Mar.. Eh! Amik kesempatan plak, takmo Kea, takmo, takmo…’
“Awat Nek Cu, Ea’ kalau pakai seluaq’ tak nampak anak dara ke? Erm… Kerja macam Ea’ bahaya kalau pakai baju kurung Nek Cu, satgi kalau ada kecemasan, susah Ea’ nak lari. Kang tersadung kaki kat kain macam mana?” Jawab Kea sambil tersenyum memandang Nek Cu nya yang asyik memerhatikannya dari tadi. Entah apalah yang difikirkan oleh orang tua ni.
“Idak lar lagu tu, pakai molek-molek baru ada jantan nak hinggap. Hah ni Ea’ dah umuq bapa ni? Tak lama lagi Ea’ la pulak kan?” ‘Aisey,~ Nek Cu bertanyakan soalan cliché!’ “Alaa Nek Cu, Ea’ muda trang tang tang lagi tau… Apa ingat Ea’ tak laku ka? Laku tauuu.. Tuhh sampai beratuq depa duk tunggu Ea’ tuhh…” Kea cuba untuk berseloroh sambil menundingkan jari ke arah orang kampung yang sedang sibuk mengemas kawasan rumahnya, random je tundingannya. Atuk orang, ayah orang semua dia kaut!
“Duk tunggu yang beratuq tu kenapa?? Tuh, si Haikal tuh. Sepadan dah ngan Ea’. Tak payah sibuk-sibuk cari lain.” ‘Eh. Eh.. Nek Cu ni pandai pula melaga-lagakan aku dengan Si Haikal pulak’ Tiba-tiba akal nakalnya untuk menyakat Nek Cu datang.
“Ya ka Nek Cu? Haikal tu lawa ka??” Soal Kea. Orang tua itu cepat-cepat saja mengganguk.
“Lawa aih budaknya, putih melepak! Nek Cu berkenan….” Ewah, meliuk-liuk badan Nek Cu memuji si Haikal.
“Amboi Nek Cu, awatnya badan tu lagu tu? Lawa sangat ka?? Haa… Apa kata Nek Cu cubalah ngorat diaa.. Meh Ea’ tolong kenen-kenenkan..” Bulat mata Nek Cu memandang Kea. sempat juga tangan dia hinggap ke pinggang cucunya yang nakal tu.
“Aduuhhh!! Sakit! Sakit!, okay, okay.. Sorry Ea’ tak buat lagi.. Auwww!” Terkinja-kinja Kea menepis cubitan Nek Cu nya. Hambik! Ligat sangat nak menyakat orang.
“Haa… Sakit ka? Lain kali Nek Cu pakai penyepit baju tu pulak. Orang suruh dia, dia suruh kita pulak ye! Bukan apa, Nek Cu duk perhatikan dia dari hari tu lagi. Baik budaknya, sesuai jadi menantu Ibu kamu, sopan santun. Kamu tengok tu, dari malam tadi tak henti-henti tolong orang kampung buat persiapan untuk kenduri tahlil Baba kamu. Tu belum sibuk nak tolong Along kamu buat persiapan bertunang lagi tu. Bertanggungjawab budaknya Ea’…” Pesan Nek Cu diambilnya sebagai peringatan. Dipandangnya Nek Cu dengan pandangan yang redup, seketika kemudian diperhatikan pula Haikal yang sedang sibuk mengangkat itu dan ini, sibuk benar lagaknya. Kalah orang rumah, peluh yang memercik tidak langsung dihiraukannya, baju yang dipakai pun sudah basah lenjun dek air peluhnya. Hmmm… dia menghelakan nafasnya.
“Haikal…..” Bisiknya perlahan.
“SIBUK benar nampaknya tu…” Haikal memandang Kea yang sedang tercegat berdiri dihadapanya. Kea mengukir senyuman semanis mungkin. Disuakan segelas air sirap ke tangan Haikal.
“Jom minum dulu, I ada bawa air…” Diajaknya lelaki itu untuk duduk di pangkin. Haikal hanya menurut langkah Kea, mungkin dia juga perlu berehat.
“Kesian you teruk sangat buat kerja. You dah makan ubat?” Soal Kea. Seingatnya sejak balik sini dia tidak pernah sekali pun mengingatkan Haikal tentang pemakanan ubatnya.
“Tak apa… Kan you ada dengan I, so I tak payahlah makan ubat…” Haikal cuba untuk bermanis mulut. Kea hanya mencebik malu. Alorr… So sweet!
“Yelah you tu… dah habis manislah nak ayat I tu? Hie.. Jangan tak makan ubat tu, apa pun yang you buat I should take it as a priority okay?”
“Ish… I dah makanlah Cik Doktor, kenapa risau sangat ni? Takut apa-apa jadi kat I ke?” Soal Haikal sengaja ingin bermain kata dengan Kea.
“Ha’ah takut… I takut kalau jadi apa-apa dekat you…” Buntang mata Kea memandang Haikal. Dia serius. Dia khuatir kalau terjadi sesuatu yang tak diingini pada lelaki itu.
“Err…” Haikal kelu.
“Eh, dahlah… You tak letih ke dari malam tadi buat kerja tak henti-henti?”
“Letih memanglah letih, tapi seronok! I tak pernah rasa pengalaman macam ni. This is my first time tau. Thanks Kea….” Ucapan terima kasih daripada Haikal membuatkan Kea terpanar. Sungguh luhur dia rasakan ucapan itu. Entah kenapa, hatinya tiba-tiba diruntun sayu. Wajah Haikal diamatinya. Untuk pertama kali dia berjaya bertentangan mata dengan lelaki itu. Ada sinar jernih di mata lelaki itu, sinar harapan semoga segala penderitaan yang ditanggunganya berakhir. Hmm… Kea mencapai tisu dan terus menggelap peluh yang membasahi wajah Haikal. Haikal agak tersentak dan secara spontan dia menepis lembut tangan gadis itu. Dia bukan tak suka, dia cuma tak mahu dirinya terus terbuai dengan perasaannya sendiri, dia tahu perasaan itu sangat indah, tapi dia sedar hadnya semakin terbatas, hadnya sebagai seorang pesakit kanser yang bila-bila saja akan menemui Penciptanya. Dia juga tahu apa yang dirasakan Kea, dia secara tak sengaja telah terdengarkan perbualan diantara Kea dan Alongnya tempoh hari. Dia sedar gadis itu sudah mula mahu menerimanya, tapi dia tak pasti penerimaan itu disebabkan sayang atau kasihan. Dia tak mahu gadis itu bersimpati dengan dirinya. Dia akan lebih terseksa kalau sememangnya itu alasan penerimaannya.
“Ehem!”
“Eh, Along…” Along Aiman bersikap bersahaja walaupun dari tadi dia asyik memerhatikan gelagat romantik antara mereka berdua. Haikal dan Kea sudah mula tak senang duduk. Berdiri mereka juga sudah jadi serba tak kena.
“Ha Kea, Haikal, dah siap ke? Kejap lagi kan nak pergi menghantar. Haikal ni pun masih berpeluh-peluh lagi. Pergi mandi dulu.” Arahnya . Kea dan Haikal hanya menganguk menuruti arahan Along. Masing-masing bergerak ke arah laluan masing-masing. Sorang ke arah timur sorang lagi ke arah barat. Kejadian tadi masih berkesan di hati mereka, jelaslah kelihatan rona merah di muka masing-masing. Along Aiman hanya tersenyum di dalam hati. Dia tersenyum walaupun dia tahu pengakhirannya tidaklah seindah mana.
“ALHAMDULILLAH… Selesai sudah majlis pertunangan ni. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa hujung tahun depan berbesanlah kita Cik Zah.” Kata-kata Haji Amri, bakal bapa mertua Along di sambut Ibu dengan senyuman yang berbunga. Kea pula sejak dari tadi tak seinci pun dia berenggang dari Alongnya. Dia gembira semua yang di rancang sudah menjadi walaupun disebalik kegembiraan itu dia terpaksa menyembunyikan kesedihan kerana tak lama lagi dia terpaksa melepaskan Along kesayangannya kepada orang lain. Sempat juga dibisikkan ke telinga bakal kakak iparnya supaya menjaga Along dengan baik. Ah!~ dia tahu Alongnya dah buat pilihan yang terbaik dan mungkin juga yang paling terbaik sepanjang hidupnya. Dia bangga menjadi adik kepada Aiman Ashraf, lelaki melayu terakhir dah nak khawin Oo.Oooiii!! melepaslah Maria. Kehkehkeh.
No comments: