Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Sunday, August 14, 2011

K.E.A 5

** KLIK : K.E.A 4
"HAIKAL HAKIMI"


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“ALAMAK! Mana orang lain ni? Takkan nak masuk sorang-sorang?” Kea termanggu-manggu di depan pintu lift hospital tempat praktikalnya. Dipandangnya sekeliling, ‘Kenapa tak ada orang nak naik lift pagi ni?’ Dia berteka-teki sendiri, hatinya resah, jam di dinding di tenung beberapa kali. ‘Haish. Dah pukul 10.15 ni’. Kurang lima belas minit lagi dia ada appointment dengan doktor pemerhatinya, dengar kata dia akan di perkenalkan dengan tuan empunya nama HAIKAL HAKIMI ASHRAF tu. ‘Ishh... Nak masuk ke tak nak? Nak masuk ke tak? Nak? Tak? Nak? Tak?....’ Dia berkira-kira sendiri, butang buka dah tak tahu berapa kali ditekannya. Dia memang penakut nak naik lif sorang-sorang, dahulu masa kecil dia selalu disogokkan oleh cerita-cerita mistik si penunggu lif oleh Alongnya. Sejak dari situ sampailah ke sudah, dia memang takut untuk naik lif sorang-sorang. Bukan pemalas tak mahu naik tangga, tapi tingkat 9 tu….. Goyang lutut mak, nyah! Jam di dinding ditenung lagi. Tik tok tik tok!

“Excuse me……” Sapa suatu suara dan sejurus itu jugalah senyuman terukir di bibir Kea Alyissa. ‘Yess! Ada orang!’ Hatinya menjerit keriangan. Ditoleh sekilas ke arah suara yang menyapa.

“Erk, you!?” Hampir terkeluar biji mata Kea bila terpandangkan pemuda yang melanggarnya semalam, dan lelaki itu jugalah yang telah menyebabkan RM200.00-nya melayang! Ye, nak betulkan handphone blackberry yang dah rosak memang memerlukan cost yang besar, anda ber-blackberry juga ya? Bersiap sedialah!

“Yes? You in?” Jawab pemuda itu tenang ‘Lagak suci!’ Degus hati Kea

“Err…”

“Kalau tak, tepi sikit! Sebab lif ni nak bergerak bukannya nak pasif macam awak. Move!” Tangkas tangan lelaki itu menekan butang tutup. “Eh, nanti!” Sepantas kilat Kea melompat masuk ke dalam lif tu dan terus mengambil tempat yang paling belakang. Pemuda itu agak terkejut dengan kelakuan Kea yang secara tiba-tiba. Kea buat tak tahu, dibetulkan rambut yang hampir terburai dek kerana kelompatannya yang agak extreme.

“Tingkat berapa?” Soal pemuda itu setelah kedua-duanya berada dalam keadaan tenang.

“Sembilan” Jawab Kea ringkas. Tapi pemuda itu diam. Tidak sedikit pun menunjukkan tanda untuk menekan butang yang dinyatakan oleh Kea.

“Sem...bi..lan..” Kea mengulangi kata-katanya. ‘Kasihan.., muka kacak tapi pekak. Isk... Isk...’ pemuda itu masih tak berbuat apa-apa. ‘Wah! Hangin pulak satu badan ni, bila ditanya, dah diberitahu, bila dah diberitahu, diam pulak! Tak nak tolong tak payahlah nak tanya!’ Berbuku perasaan Kea sekarang ni.

“Tepi sikit!” Pemuda itu ditolak kasar dan terdorong sedikit kebelakang. Butang ‘9’ di cari. ‘Eh! dah warna merah?’ Desis hatinya. Ini bermakna butang itu telah ditekan. Gulp!!

“Eh… You pun nak naik tingkat yang sama ke?” Soalnya lembut, konon nak cover malulah tu. Kea… Kea, kau ni memang clumsy lah!

“Ermm.” Suara garau lelaki itu menggerunkan Kea.

“Er... Sorry….” Lirihnya comel sambil kembali ke belakang. Pemuda itu hanya mendiamkan diri. Kea pun turut sama mengunci mulutnya. Dah malu kan, diam-diam sudah. Lift mula bergerak dari satu tingkat ke tingkat yang lain… 5,6,7.. tiba-tiba, GEDEGANGG!!! Lift terhenti, lampu terpadam. Kea cemas. Dapat dirasakan yang jantungnya berhenti berdegup.

“Ibu!” Teriaknya. Lengan baju pemuda dihadapan tidak semena-mena ditariknya. “You… Macam mana ni!??” Lengan pemuda itu digoncangnya. Sudah mula terbayangkan penunggu-penunggu lif yang pernah di ceritakan oleh Alongnya dahulu. ‘Tidakk!!’ Matanya di pejam rapat. ‘Ya Allah Ya tuhanku, selamatkanlah hamba Mu dari sebarang mala petaka…’ Badannya sudah mula mengigil. Dapat dirasakan peluh yang mula menjalar di wajahnya. Dia benar-benar berada di dalam ketakutan. Seketika kemudian bahunya terasa dipeluk oleh seseorang. Siapa?? Ditepisnya tangan tu sekuat hati. “Pergi! Pergi!” Jeritnya.

“Hello Miss! Control sikit boleh tak? I pun sama-sama terperangkap dengan you, be with me! So kita boleh cari jalan sama-sama untuk keluar dari sini, ini tak, suruh I pergi, pergi, dah keluar dari lif ni nanti I pergi okay, tak payah nak suruh-suruh!” Lantang saja pemuda itu memarahinya. Melalui cahaya yang masih bersisa, Kea ternampak pemuda itu mengurut-urut tangan kanannya. ‘Eh, tangan dia ke yang aku tepis tadi?’ Fikirnya.

“Eh tak! Bukannya I suruh you pergi. I takut… “

“Nak takut apa? Kalau nak mati, kat mana-mana pun boleh!” Jawab pemuda itu keras, ‘Ek eleh! yang kau ni nak garang sangat apahal!? Cakap tak boleh nak lembut-lembut sikit! Aku ni dahlah tengah takut! Nanti kalau aku nangis dekat sini, terkontang kanting pula kau nak pujukkan!’ Guman hatinya berang.

“Amboi you ni kalau bercakap memang main sedap mulut je kan!” ‘Geram pula aku dengan mamat ni! Cakap main sesedap anak tekak je! Macamlah aku yang suruh lift ni stuck!’

“Dah tu, you nak I buat apa? Haish... Susahlah kalau dengan perempuan ni, banyak sangat merungut. Otak tak berjalan langsung! You cubalah call siapa-siapa, mana tahu boleh dapatkan bantuan ke apa,…”

“I mana ada phone! Bukan you ke yang rosakkan handphone I semalam! Lepas tu pergi macam tu je, tak ada adab langsung! Ha, yang you cakap orang, handphone you mana?? Kedekut kreditlah tu!” Tingkahnya kuat. Kali ni dia betul-betul bengang. Mulut pemuda ni memang nak kena cabai!

“Kedekut kredit?? You ingat semua orang pakai kredit macam you ke? My phone is out of battery tahu!?”

“Pakai bill pun kalau tak ada battery tak guna jugakan!” Tembakkan bertubi-tubi dikenakan ke arah pemuda tersebut.
GEDEGANG!! Mereka terdiam apabila terdengar bunyi hentakkan kuat di luar lift. Kea kembali cemas. Itulah, tadi mulut tu berlagak sangat, agaknya penunggu lift ni dah marah kat aku!

“Err... Pegang I please… I takut…” Rayu Kea, dia terduduk di sudut lift. Tak mampu rasanya untuk dia terus berdiri. Dia tak peduli kalau pemuda tu nak fikir yang dia cuba nak amik kesempatan atau apa, dia memang takut. Di tekup kedua-dua telinga dengan tangannya. Pemuda itu terdiam mendengar permintaan Kea, tak tahu nak bagi reaksi yang macam mana, loceng kecemasan sudah ditekannya beberapa kali. Di pandang lagi gadis yang berlagak kental dengannya sebentar tadi, mahu saja dia memulakan balik perbalahan yang terhenti dek bunyi hentakkan itu.

“Pleaseee…..” Rintihan itu melemahkan nalurinya sebagai seorang lelaki. Dan akhirnya dia mengalah, gadis itu didekatinya.

“Sini…” Pemuda itu menghulurkan tangannya. Kea tanpa berfikir panjang terus menyambutnya. Bergetar hati pemuda itu tatkala tangan lembut gadis itu di sambut. Dapat di rasakan ketakutan yang dialami oleh gadis didepannya itu. Kea di tarik perlahan dan di bawa ke dada bidangnya, di paut lembut bahu gadis manis itu, mungkin dia akan rasa lebih selamat. Duganya. Beberapa ketika kemudian, lampu terbuka. Lift mula bergerak secara perlahan-lahan. Kea lega, tangan pemuda yang melingkari bahunya di tolak lembut. Di jauhkan sedikit badannya dari pemuda tersebut. Merah mukanya menahan malu.

TING! Pintu lift terbuka setibanya mereka di tingkat 9, di luar pintu
kelihatan beberapa orang pekerja maintenance sedang menanti mereka.

“Cik okay?” Tegur mereka. Kea mengganguk. “Tolong saya.” Pintannya. Kaki terasa tak berpijak di bumi nyata. Mahu saja dia berpura-pura pengsan dan terbaring bahagia sambil diangkat oleh lelaki-lelaki gagah di sekelilingnya sekarang, akan tetapi dia cepat-cepat mematikan anganannya, hilang akal nak suruh dia orang angkat aku? Aku dahlah berat! Sedarnya. Cis! Sewaktu berjaya keluar dari pintu lift, matanya ligat mencari pemuda yang semusibah dengannya. Tapi hairan, lelaki itu ghaib entah kemana. ‘Alaa.. tak sempat nak minta maaf and say thank you ((and minta nombor telefon))’ Ceh! Boleh tahan gatal juga kau ni Kea! Di percepatkan langkah, hampir 11.30 dah ni! Maaati!!!

2 comments:

Anonymous said...

Salam..dalam bersedih pun leh lg wat lawak..hehe.. pari2 kecil lg tu.. memang klu ada kan best..ish3 tak baik tau..Allah dah cukup bg kita.. :) betul tak dik?

lawak2 n lawak lg.. akak tak abis ketawa bc citer ni.. kamu memang pandai dik memikat pembc.. like cr adik olah cerita.. :)

HAIKAL HAKIMI ASHRAF..hmm sedap namanya.. sehensem wataknya.. :)

Wassalam
MyHoney

AraSharrina Karim said...

wslm.. yela kak, akak kan dah pesan, walaupun sedih kita kena gembira jgk..hehe. betul tu Allah merangkumi segalanya :)

'Haikal' mmg lagi kacak in person :)