Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Wednesday, November 21, 2012

"Aiseyman, Driver Aje!" - Bab 8 [Full entry]

Bab 8

USAI menandatangani semua surat perjanjian dan bil-bil yang perlu diselesaikan petang itu, Irham berkira-kira untuk menelefon Datin Yuhanis di butik. Irham lihat jam di dinding, dah pukul dua petang. Entah apalah yang dibuat bondanya ketika ini, sudah lunch ke belum? atau mesti bondanya sedang sibuk melayan pelanggan-pelanggannya tak pun tengah sibuk bergosip dengan kawan-kawan seperniagaannya. Irham paling malas kalau disuruh pergi ke butik Datin Yuhanis tu, bukan sebab keadaan butik tapi di sebabkan oleh kawan-kawan bondanya itu. Mereka pantang kalau ternampak kelibat Irham di butik, mulalah semua pakat-pakat nak kerumun… Macam semut duk usung gula! Macam-macam soalan yang ditanya, dan antara banyak-banyak soalan tu ada satu soalan yang paling klise dan rimas untuk Irham jawab… ‘Irham bila nak tamatkan zaman bujang?’ Arghh! Tension bila memikirkan hal itu. Semua orang sibuk nak mengatur hidupnya. Bila dah terbuka aje topik kahwin-kahwin tu mulalah semua nak kenalkan anak gadis masing-masing. Bab itu lagi Irham menyampah, annoying kut! Suka hatilah bila dia nak kahwin pun, bukannya nak pakai duit dorang… Eh, ter-emo!

Telefon bimbitnya dicapai, baru saja dia nak mencari nombor bondanya panggilan lain pula yang masuk.

“Eh, Bella?” Nama wanita itu meniti di bibir. Pantas saja jemarinya menekan skrin telefon. “Hello Bell…” Nada suara Irham ceria menjawab panggilan dari temannya itu. Sejak pertemuan mereka hari itu, inilah kali pertama Bella menghubunginya.

“Irham...” Sahut Bella, suaranya kedengaran lemah.

“Bell…? Are you okay?” Soal Irham. Sahutan Bella terasa asing di pendengarannya. Dia tidak semesra selalu.

“Ir…” Suara Bella bergetar dihujung talian.

“Bell… What happened? You okey tak ni? Kenapa dengan you?? Tell me!” Gesa Irham, dia mula cemas. Pelbagai perkara buruk mula terlintas di fikirannya.

“Help me…” Balas Bella, esak tangisnya sudah mula kedengaran.

“Bell, why? Calm down…” Pujuk Irham. Tangisan Bella jadi makin kuat. “Dear… Don’t cry. Where are you? Kenapa you menangis ni?” Tambah Irham lagi.

“I’m dying now, Ir… Please come here, I need you.” Putus Bella tersekat-sekat.

“Where!?”


++++++++++++++++++++


“Weh perempuan! Janji pukul satu, pukul dua lebih baru nak terpacak depan muka aku kan!”

Ah! Sudah dijangka, mamat ni pasti akan bising. Pelangi letak beg di atas kerusi bersebelahan dengan Farish yang sedang masam mencuka.

“Alah… Tak payahlah buat muka macam tu. Aku sorry, okey. Bukan sengaja pun nak lambat.” Pujuk Pelangi. Dia mengaku yang dia memang lambat. Nafasnya ditarik dalam, penat berkejar dari post office ke sini pun masih belum hilang lagi.

“Kau pergi mana?” Soal Farish.

“Pejabat pos.” Jawab Pelangi ringkas.

“Buat apa kat pejabat pos?” Soal Farish lagi sibuk nak tahu.

“Renew license.” Balas Pelangi sambil memandang tepat ke arah skrin laptop kepunyaan Farish. Dahinya berkerut. “Banyaknya kredit hour!! Semput aku nak habiskan ni.” Rungut Pelangi tatkala melihat schedule untuk semester barunya itu.

“Dah nama pun ‘part-time’ kan? Gedik! Dulu dah elok-elok full time, pergi tukar.” Ngomel Farish memarahi Pelangi. Dia memang marah dengan keputusan Pelangi untuk bertukar waktu tu. Degil, cakap orang tak nak dengar… Ikut kepala dia sendiri aje.

“But then? Macam mana aku nak kerja kalau teruskan juga full time study tu? Cakap macam tak guna brain lahh..” Balas Pelangi geram dengan ngomelan Farish. Ngomel, ngomel, itu aje yang dia tahu!

“Siapa suruh kau kerja? Kau yang nak sangat cari duit kan…”

“Habis tu kau nak tanggung aku ke?” Pelangi renung tajam mata Farish.

“Kan aku dah offer……

“Ha tak payah nak ulang offer kau tu yer… Tak ingin aku nak jadi adik kau.” Bidas Pelangi tanpa sempat Farish menghabiskan ayatnya.
Farish jeling manja ke arah gadis itu. “Eh, takut sangat nak jadi adik aku… Kau belum tahu lagi betapa untungnya dapat kakak macam aku ni….” Lirih suaranya meyakinkan Pelangi.

“Kakak?” Mata mereka berlaga.

“Ha’ah kakak. Kakak Farisha…” Jawab Farish sambil mengelip-ngelipkan bulu mata palsunya.

“Kakak Farisha?”

“Ha’ah…” Semakin laju pula kerlipan bulu mata Farish saat tu.

“Eeeee…euww!” Pelangi juih bibir.

“Ala Lani…~” Rengek Farish cuba untuk tagih simpati.

“Eeee… Kau tak payah nak manja-manja dengan aku macam tu. Meremang segala bulu-bulu yang ada kat badan aku ni tauu!”

“Erkk! Tak senonoh betul lah perempuan niee!!” Farish tolak lengan Pelangi.
Pelangi ketawa besar. Nak sangat kan manja-manja dengan aku.

“Malang betul siapa yang jadi laki kau, Lani.”

“Eh, mana kau tahu malang? Kau belum kenal aku lagi tau… No. No. No. Don’t judge a book by its cover.” Balas Pelangi sambil mengoyang-goyangkan jari telunjuknya. Dah macam Azwan Ali ‘amboi, amboi, amboi’ aje gayanya.

“Eleh… Like I don’t know you!”

“Yes, you don’t.”

“Mata ke atas tangan ke bahu. Lalala…~” Farish buat muka annoying.

“Hahaha. Sengal ubi!” Pelangi ketuk kepala Farish dengan jarinya. “Hishh… cepatlah! Aku tak ada masa nie…” Tingkah Pelangi. Itulah dia-nya, dah puas bergaduh baru nak terhegeh-hegeh buat kerja. Kalau dah berjumpa tu, macam-macam hal yang nak dilagakan mereka.

“Okey! Okey! Kau dah read thru everything kan?” Soal Farish mula serius.
Pelangi angguk. “Dahlah sikit-sikit. Tapikan aku rasa… Erm… eh, jap…” Telefon bimbit Pelangi tiba-tiba berdering kuat.

“Ish! Full volume ke apa? Bingit betul!” Bebel Farish bila bunyi telefon Pelangi menganggu konsentrasinya.

“Eeei, mulut kau lagi bising tau. Diam, aku nak jawab call ni.” Arah Pelangi.

Farish mencebik. “Yelah… Yelah…” Dia mengalah.

Pelangi tahan nafas. Entah kenapa bila lelaki ni call aje, hatinya mesti berdegup laju.

“Err… Hello Encik Irham.”

“Kau kat mana?”

“Err… Kampus.” Jawabnya gugup.

“Balik ofis sekarang!” Arah Irham tegas.

Pelangi tersentak. “Erk, tapi… Kerja saya tak siap lagi. Lagipun lambat lagi nak pukul lima…” Jawabnya berani.

“Aku tahulah. Aku rushing on something. No matter how kau kena balik juga sekarang. Nanti-nantilah kau settlekan kerja kau tu.”

“Err… Tapi..”

“Now!”

“Hmm… Okay.” Pelangi akur. Memang itulah kesudahannya. Tak payah nak susahkan diri ‘bargain’ apa-apa dengan lelaki itu. Confirm lepas tu diri sendiri akan rasa sakit hati.

Pelangi mengeluh panjang sambil memandang ke arah Farish yang hanya mendiamkan diri. “Farish…” Panggil Pelangi. Suaranya kendur.

“Hurm… Pergilah. Aku pun tak tahu nak cakap apa dah. Kalau aku bising-bising, kau cakap aku membebel. Kalau aku tak halang, kau buat jugakkan?”

“Farish… Janganlah cakap macam tu. Aku…”

“Takpelah. Aku faham. Pergilah jumpa bos kau tu dulu. Nanti kena marah lagi. Harini baru berapa haribulan, ada masa lagi. Dahlah, pergilah cepat.”

“Betul ke ni?”

“Betullah! Baik kau pergi sekarang sebelum aku ubah keputusan…” Farish angkat kening. Pelangi masih berteka-teki untuk meninggalkan Farish. Kasihan lelaki itu, dahlah tadi terpaksa menunggu lama.

“Malam nanti kita jumpa okey?”

“Will see how.” Jawab Farish ringkas, sikit pun wajah Pelangi tidak dipandangnya.

“Eleh merajuklah tu…” Duga Pelangi sengaja.

Farish diam. Sah merajuk!

“Hmm…”Pelangi mengeluh. Dia serba salah. “Farish…” Mendayu-dayu pula suara Pelangi memanggil lelaki itu.

Keadaannya masih sama, senyap dan sepi.

“Hesyy, I hate to say this!!” Pelangi tarik nafas panjang. “Erm.. err. Fa… Fa… Farish… Fa..ri.sha… Janganlah merajuk, aku minta maaf.” Akhirnya terlepas! Mual pula rasa anak tekak dia sekarang ni.

Mata Farish membulat, bersinar-sinar. “Apa kau panggil aku tadi Lani?”

“Err… Hesy, sudahlah. Nanti-nanti aku pujuk kau lagi. Got to go. See you!” Dalih Pelangi. Dia cuba melarikan dirinya daripada memanggil Farish dengan panggilan tu lagi.

“Laniii! Kau panggil aku apa tadi? Farisha? Farisha kan?? Wahhh!! Aku mimpi ke ni. The most ‘kerek’ girl in the world call me Farisha!! Ohhhh, teruja!!” Farish mula nak mengedik. Senyumannya dah meleret sampai ke telinga.

“Ahh, sudahh! Aku pergi dulu. Bye!”

“Laniiii….. Mak happyyyy!!”

“Grr!”


++++++++++++

“Err… Encik Irham nak saya bawa ke mana?” Soal Pelangi setelah Irham selesa duduk di belakangnya. Wajah lelaki itu merah padam, tapi tak sure lah merah sebab marah atau merah sebab panas matahari. Faham-faham ajelah, orang kulit putih ni kan…

“Saujana Apartment.” Balas lelaki itu ringkas.

“Saujana Apartment yang dekat Damansara Damai tu ke Encik Irham?” Tambah Pelangi lagi.

“Ialah… Takkan kumpulan nasyid saujana pula!”

“Err…” Pelangi terdiam. Tuan besar dia ni nak ajak bergurau ke? Atau sengaja nak bersarkastik dengannya? Hurmm… Entah nak gelak atau nak nangis. Laaaawak sangat! Mahu saja diajuk gaya Farish tengah hari tadi, ‘Mata ke atas, tangan ke bahu’ Duh!~

“Boleh move cepat sikit tak?” Soalan keras dari Irham mematikan lamunan Pelangi.

“Eh boleh… Apa pula tak boleh…~” Jawab Pelangi sengaja. Irham hanya buat tak tahu. Malas nak bertekak dengan pemandunya itu. Dia lebih risaukan keadaan Bella ketika ini, hatinya resah memikirkan apa sebenarnya yang sedang dihadapi oleh temannya itu. Pelangi pula, tanpa tahu apa yang sedang bermain di fikiran Irham, girang menyanyi di dalam hati. Satu, kosong! Dengan senyuman yang manis terukir di bibir, dia mula memusing stereng dan menyusur laju.

TIDAK sampai sepuluh minit mereka bergerak, telefon bimbit Irham tiba-tiba mengalunkan lagu. Pelangi curi pandang ke arah lelaki itu. Wajah Irham kelihatan sangat cemas, cepat saja jemarinya menjawab panggilan itu.

“Baby, I on the way okay. Stay with what you are now.”

Pelangi sedikit tersentak. Untuk pertama kalinya dia dapat mendengar suara Irham yang sememangnya sangat enak berlalu di pendengarannya. Patutlah hatinya selalu saja berdebar-debar tatkala mendengar suara tuan besarnya itu, lunak merdu rupanya. Hmm… Kalaulah hari-hari aku dapat dengar tone suara dia yang macam tu, mahu terbuai-buai rasanya perasaan aku ni.

Erkk… Mintak simpang Malaikat empat puluh empat!

“Hey honey, don’t cry. I’ll be there soon…”

Wah! Tadi baby, ni honey pula dahhh… Girlfriend dia agaknya. Cehh! Cakap dengan cinta hati bukan main lagiii… Pijak semut pun tak mati! Cuba nak dengar cakap dengan aku pula, nun enam puluh lapan ribu kilometer dah boleh dengar suara dia memekik!

“Pelangi, lama lagi ke!?”

Hah see… Tak ke macam tarzan tertelan kulit siput aje bunyinya tu! Cubalah cakap slow-slow.

“Pelangi! I am talking to you!!”

“Erm… Jammed ni, mungkin setengah jam lagi kut.” Jawab Pelangi acuh tak acuh. Entah kenapa dia rasa macam mood dia ke laut sekarang ni. Ah! Boleh pula mood dia nak ada perasaan sebegitu sekarang ni kannn… Kang kalau tuan besarnya itu mengamuk, bukan setakat mood kau, dengan kau kau sekali ke laut Pelangi!!

“Lambatnya! Kau tak tahu jalan short-cut ke?”

“Ni dah habis short-cut dah ni Encik Irham… Sekarang ni dah pukul lima, waktu orang balik kerja, memang tak boleh nak lari.” Balas Pelangi sambil memerhatikan keadaan jalan raya yang mulai sibuk.

“Aku tak suruh kau lari pun, aku suruh kau bawa kereta je!” Getus Irham geram. Dia sebenarnya bengang dengan keadaan jalan raya sekarang nie. Time nak cepat, dan-dan tu lah nak jammed-nya pun!

Pelangi juih bibir. Gila sarkastik mamat ni!

“Dear, I couldn’t make it on time. Jalan hell jammed! You tunggu I okay?”

Eleleh… Itu pun nak mengadu. Tunggu ajelah sekejap, tak hilang mana pun kekasih hati kau tuuu!! Pelangi bermonolog lagi. Entah apalah yang dia sakitkan hati sangat.

“Pelangi, make it fast!!”

Ah! Whatever!~


+++++++

“Okay, dah sampai... Blok yang mana satu ni, Encik Irham?” Soal Pelangi sebaik saja mereka melewati guard house.

“Block F/G02A.” Balas lelaki itu sambil matanya melilau memerhatikan keadaan sekeliling. Apartment macam apa dia stay ni!?

“Here we are! Saya rasa G02A tu dekat ground floor aje… Cuba Encik……

“Kau tunggu sini!” Arah Irham sambil melulu keluar dari perut kereta. Pelangi tepuk dahi. Gelojoh sangat dia ni! Desis hatinya.

++++++++++



“Mommy, you hurt me! Please stop! Please mommy… Pleaseee… It’s painful…~”

“I hate you! You deserved this!” Raungan dan teriakan si anak langsung tidak dihiraukan oleh ibunya. Bertalu-talu rembatan tali pinggang dihayun ke tubuh anak kecil yang tidak berdosa itu.

“Mommy, please don’t… Mommy…”

“Stop calling me!! I’m not your mom!!!” Ibu muda itu seakan terkena histeria, berkali-kali pipi mulus anak kecil itu ditampar. Tak cukup dengan tamparan itu, rambutnya juga menjadi mangsa. Terjerit-jerit anak kecil itu menahan sakit.

“Mom… please. Sakittt…”

“Stop! Stop!! Shut up!!”

“Mommm…” Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh anak kecil itu sedari tadi. Hendak melawan, kudratnya tidaklah sekuat mana.

“BELLA!” Tempikan Irham membuatkan Bella tersentak.

“Ir…”

“Hey!! what are you doing!??” Seakan tak percaya dengan apa yang dilihat oleh Irham ketika ini. Dengan cepat Irham menarik tubuh Alice jauh dari Bella.

“Ir… I, I…” Tergagap-gagap Bella ingin menutur kata.

“Are you completely out of your mind?? She’s your daughter! You nak bunuh dia ke??” Marah Irham. Anak kecil yang baru saja berusia empat tahun itu dipeluk erat. Tubuh anak kecil itu menggigil dan esak tangisnya benar-benar membuatkan dada Irham sesak. Dia dapat rasa ketakutan yang sedang dihadapi oleh anak kecil itu. “Syhh… Don’t cry sayang… You are safe now…” Pujuk Irham. Belakang tubuh Alice digosoknya lembut. Suasana menjadi hening seketika, yang jelas kedengaran hanyalah esak tangis Bella dan putri sulungnya, Alice Sofea.

Irham mengesat peluh dingin yang mula menjalar ke seluruh wajahnya, fikirannya mulai kusut dengan pandangan yang silih berganti… “Syhhh… Alice…” Sesekali dia bersuara untuk menenangkan anak kecil itu. Alice benar-benar berada di dalam ketakutan. Dia mengalihkan sedikit pandangannya ke arah Bella. Wanita itu juga turut menangis. Irham melepaskan keluhan berat. Antara Bella dan Alice, sudah pasti anak kecil itu yang akan menjadi keutamaan Irham.

“Bell… What you think you are doing now? What happened?” Soal Irham lembut. Dia cuba kawal nada suaranya serendah mungkin. There must be something behind all these, Bella bukan macam ni. Selama dia berkawan dengan wanita itu, inilah kali pertama dia lihat Bella berkelakuan seperti itu.

“Hmm… Bell… Please tell me… Why?” Tambah Irham lagi bila soalannya yang tadi dibiarkan sepi tidak berbalas. Bella masih seperti tadi hanya berdiam diri menahan tangis yang masih bersisa. Irham mengeluh, dengan perlahan dia melepaskan pelukan anak kecil itu dan bangun menghampiri Bella.

“Bell…” Lengan wanita itu dipegang dan diusapnya lembut. Wanita itu dengan kuat menepis pegangan Irham. “Oh come on, Bell… You know you can trust me, right?” Irham bersungguh-sungguh meyakinkan Bella agar meluahkan segalanya. Tetapi wanita itu tetap mendiamkan diri.

Mata Irham redup, wajah Bella dipandangnya keruh. Akhirnya dia mengalah, dia membiarkan Bella sendiri. Dia kembali pada Alice. Kasihan Alice… Lemah longlai tubuh kecil itu dikerjakan oleh ibunya sendiri.

“Alice… you okay?” Soal Irham.

Anak kecil itu masih menangis.

“Mommy jahat… She hurts me.” Jawabnya perlahan. Esakkan yang tadinya kian mengendur kini kembali tegang.

“Syhhh… Don’t cry. You are strong girl right?” Pujuk Irham. Tubuh kecil itu didukungnya.

“… No, mommy wanna kill me.” Jawapan telus yang keluar dari bibir anak kecil itu membuatkan Irham panar.

“Sayang… Don’t….

“I hate her…” Pintas Bella keras.

Irham tersentak. Dia alihkan pandangannya pada Bella. Setelah agak lama berdiam diri, barulah Bella memberanikan diri untuk memandang ke arah lelaki itu.

“But why? She’s your daughter. She is Alice.”

“No! Dia bukan anak I, dia perosak! Perosak hubungan I dengan Paul! Dia hancurkan segalanya!! Di sebabkan dia, Paul tinggalkan I! His leaving me with nothing, none! Zero!!”

“My God, Bell! Apa yang you cakap ni? Paul tinggalkan you?”

“Yes!! He left me! Dia tinggalkan I macam sampah, Ir! Macam sampah!”

“Apa maksud you? I tak faham… Paul left you? And what is wrong with Alice? She’s only a baby. She knows nothing. Why you keep on blaming her?” Soal Irham bertubi-tubi. Dia benar-benar tidak faham sekarang ni. Apa sebenarnya yang terjadi di antara Bella dengan keluarganya sehingga wanita itu sanggup melakukan hal ini.

“Ir… Ada… Ada suatu perkara yang I terpaksa rahsiakan daripada you…” Jawab Bella teragak-agak.

“You rahsiakan apa?” Irham semakin resah. Pelbagai persoalan terbuai dibenaknya kini.

“Actually… I balik Malaysia just because I have nothing there. No one needs me. No one care about me anymore. Paul left me, parents ignores me. I tak ada siapa lagi di sana Ir… Dan sekarang I’m all alone…” Terang Bella perlahan, air mata yang sedari tadi mengalir dikesatnya dengan belakang tangan.
Irham mula kusyuk mendengar. Dia dapat rasa yang wanita itu sudah mula ingin meluahkan sesuatu, sesuatu yang tidak pernah dia jangka akan berlaku.

“But why? You buat apa sampai semuanya messy macam ni?”

“Ir…” Ayatnya terhenti. Tangan Irham dicapai, berharap agar kekuatan dapat dikumpul. “… But you must promise me. You takkan marah dengan I…”

Dahi lelaki itu sedikit berkerut. “I don’t know. I perlu tahu dulu rahsia apa yang you cuba sembunyikan daripada I…” Wajah Bella direnungnya tajam. “You continue and I’ll listen to it.” Balas Irham tegas, dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan. Anything may happen.

“Hurmmm….” Bella tarik nafas dalam. Irham memang sangat tegas dengan kata-katanya. “Err… Sebenarnya Alice….” Ayatnya mati. Merenung ke arah Irham.

“Sebenarnya Alice?” Irham jungkit kening.

“Erm… Dia…” Bella tergagap-gagap. Dia melarikan pandangannya, tidak sanggup rasanya untuk bertentangan mata dengan lelaki itu.

“Hey Bell… Look at me! Kenapa dengan Alice!?” Irham makin hilang sabar.

“Dia… Dia bukan anak Paul.”

Irham tersentak.

“Whattt!?”


++++++


“ADOIII!! Kat mana dia ni!? Heshh, itulah gelojoh sangat nak jumpa cinta hati sampai tertinggal-tinggal phone! Ni bila ada hal penting macam ni, tak ke menyusahkan aku pula nak mencari…?” Pelangi melilau mencari kelibat Irham. Sebentar tadi Kak Fiya call beritahu ada hal urgent di ofis. Nak tak nak tuan besarnya itu kena balik juga ke ofis. Hal melibatkan juta-juta ringgit katanya. Lantaklah! tak mahu nak ambil port. Bukannya dia dapat pun!
“Hmmm… G02A, GO2A… Di mana kau…”


BERSAMBUNG... :D

5 comments:

hk said...

finally... lama tunggu ni :)

norihan mohd yusof said...

tq lh dek dh lama na akak tunggu...so ilang dh rindu akak kat pelangi..bile g nk update n3 baru dek.ape kes lh bella neh rela aje ati tuh belasah ank sendiri bab laki!!!suke sngt kat pelangi dek...mamat poyo kelibut sngt sanpai tertingal hp padan mu lh tuan irham....hehe.

Aalia Shahira said...

ohmaigaddddddddd bala baru dah datang . cepat2 update new chapter kak ara . cant wait to see what happen after this .

Arasharrina said...

Salam :)

HK : Sorry buat awak tunggu lama.. btw, thank u jgk sbb masih menunggu.. sgt hargai. :')

kak norihan : best bace komen akak..hehehe.. terasa bersemangat nak sambung entry cepat2.. :D

Aalia Shahira : haha.. insyaAllah dear, nanti kak ara update cepat2.. :))

Alin said...

salam ... akk A.D.A buat novel x?

btw, nice ! i love it .. cpt2 msuk n3 bru eh ? ^_^ .. gudluck :)