Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Friday, December 21, 2012

"Aiseyman, Driver Aje!" - Bab 21 & 22

Assalamualaikum & Hello Dear Readers,

Okay, Entry kali ni panjang sikit. *Sikit jelah* hihi. Ini consider entry terakhir untuk tahun ni yer.. Sebab Ara nak pi bercuti... :))

So enjoy reading guys! And please la show me some love by dropping a comment. Sejuk sikit hati ni dapat baca komen-komen dari awak semua.. :)

Jaga diri baik-baik ok? Happy holiday and be save! :D


++++++++++++++++++++++




BAB 21

“PELANG BINTI ABDULLAH!!!!!”

“OH MAK KAUU!” Jeritan seakan bunyi guruh itu mengejutkan Pelangi dari tidurnya. Tegak dia berdiri dan pada masa yang sama berlari ke hulu ke hilir mencari sesuatu. “Dah lambat! Dah lambat! Ah, mana pulak towel nie!!?” Habis setiap penjuru bilik digeledahnya, padahal towel yang dicari sudah tersedia tersangkut di tepi almari. Itulah, bila butang kelam kabutnya sudah diaktifkan, memang begitulah jadinya. Bunyi barang jatuh tak usah cakap, bergema satu bilik! Habis semua barang hendak dilanggarnya. Nasib baik tidak ada barang kaca, kalau ada… Hish, takut nak bayang apa yang akan jadi. Di suatu sudut kelihatan seorang lelaki yang sedang asyik mengetawakannya. Seronok betul dia ketawa sehingga keluar-keluar air mata. Lelaki itulah tu, lelaki yang suka membuat onar dalam hidup Pelangi.

BUKKK!

“Aduhhh!” Pelangi terduduk di atas lantai. Cantik ‘landing’nya, sempat bersila.

“Oh My God!” Ketawa Irham terhenti. Tergesa-gesa dia berlari ke arah gadis itu. “Hey, are you okay?” Pantas lengan Pelangi dipegangnya.

“Sakitlah!” Suaranya sedikit meninggi. Tanpa sengaja Pelangi menepis pegangan Irham. Pegangan itu seakan kejutan elektrik buatnya. Irham yang pada mulanya ingin melawan, akhirnya menurut. Dia menjauhkan sedikit tubuhnya dari gadis itu.

“Aduh…” Sekali lagi kedengaran suara Pelangi mengaduh. Suaranya bergetar menahan sakit. Dalam keadaan kelam kabut tadi secara tidak sengaja dahinya telah terhantuk di bucu almari. Bunyi hantukkan itu sangat kuat dan jelaslah akan merasa kesakitan yang amat sangat.

“Pelangi, kau okey ke tak?” Soal Irham. Dia mula rasa tak senang duduk. Rasa bersalah sudah mula ingin meresap masuk ke dalam diri. Tapi rasa ajelah, mahu membuka mulut untuk meminta maaf, memang mustahil untuk lelaki seperti dia.

Pelangi diam. Dia hanya tunduk sambil sebelah tangannya memeluk lutut dan sebelah lagi menekup muka.

“Hurm… Itulah kau. Kelam kabut sangat. Aku baru sergah sikit macam tu kau dah tak tentu arah… Lain kali… –

“No kidding. It’s hurt.” Tanpa sempat Irham menghabiskan ayatnya, Pelangi mencelah.

Irham terdiam.

Suasana sepi.

Seketika kemudian terdengar esakkan kecil yang datang dari arah Pelangi. Irham memasang telinga. Memang! Jelas bunyi orang menangis. Pelangi menangis? Gadis itu menangis? Irham tambah resah. Peluh dingin sudah mulai keluar dari tubuhnya.

“Kau menangis kenapa?” Ah! Lain yang difikir, lain pula yang diluah.

Perlahan Pelangi mendongakkan wajahnya memandang Irham. Lelaki itu terkesima, mata bundar Pelangi digenangi air.

“Saa…kit…” Tutur Pelangi. Air matanya semakin banyak merembes keluar.

“Err…” Irham panar. Dia hanya mampu berdiri tegak di tempatnya. Bukan tidak mahu menolong, dia tidak tahu bagaimana hendak mulakan. Perasaan simpatinya sebagai seorang manusia dan perasaan egonya sebagai seorang majikan bercampur-aduk di kepalanya.

Keadaan menjadi agak kekok.

Suasana kembali sepi.

Selepas tiada apa reaksi yang diberikan oleh tuan besarnya itu. Pelangi akhirnya akur, lelaki itu memang egonya tinggi melangit. Jangan kata hendak menolong, mahu meminta maaf juga dia tidak mahu. Hurmm… Pelangi mengeluh, air mata yang masih keluar dia kesat perlahan. Jarang dia menangis di depan orang. Jarang yang sangat jarang. Lagipun sejak dahulu lagi, dia sudah mendisiplinkan dirinya agar jangan menangis di depan orang, jangan manja. Jangan buat orang nampak kita lemah. Jangan! Tapi… kali ini, dia kalah. Kalah dengan kesakitannya sendiri.

Pelangi tidak mahu menunggu lama, perlahan–lahan dia bangun. Cubaan pertamanya, gagal. Dia terduduk kembali. Namun bukan sikap dia untuk mengalah. Sekali lagi Pelangi mencuba. Walau dalam payah, akhirnya dia berjaya untuk berdiri sendiri.

“Err… Kau okey?” Soal Irham lagi.

Pelangi diam tidak membalas. Tidak perlu bermanis mulut jika pertolongan sekecil ini pun dia tidak mampu untuk berikan. Langkah pertamanya diatur. Namun hanya untuk seketika dia mampu bertahan. Pandangannya jadi kabur. Kepalanya terasa berpusing 360 darjah. Dahinya berdenyut-denyut. Sakitnya Ya Allah… Keluh Pelangi. Dalam kesakitannya, dia paksa juga dirinya untuk melangkah.

Irham menyoroti langkah gadis itu dengan ekor mata. Entah kenapa dia rasakan langkah Pelangi ketika itu tidak stabil dan terhuyung–hayang.

“Pelangi…” Tegur Irham sedikit cemas. This is not good! Hatinya berbisik tatkala melihat keadaan tubuh Pelangi yang sedikit goyah. Pantas dia berjalan menghampirinya.

“Pelangi…” Panggil Irham lagi.

“En…cik Ir…–

“Pelangi!” Dan seperti dijangka, Pelangi rebah di pangkuannya.


+++++++++


“KENAPA dengan dia, Doktor?” Soal Irham sebaik saja Doktor Luqman, doktor peribadi keluarganya keluar dari bilik Pelangi. Raut wajahnya kelihatan sedikit tenang berbanding tadi.

“Dia…–

Tanpa sempat doktor Luqman membalas, lelaki itu sudah hilang ke bilik Pelangi. Doktor Luqman memandang Irham dengan senyum sebaris. “You buli dia ke?” Soalan yang keluar dari mulut doktor itu membuatkan Irham tersentak.

“Err… Why?”

“She is exhausted...” Beritahu Doktor Luqman. Irham jongket kening. “…But, don’t worry. She’s fine. Cuma itulah… Badannya terlalu letih.” Sambung Doktor Luqman kemudiannya sambil mengemas peralatan hospital yang dibawanya. Masih terngiang-ngiang lagi suara Irham sewaktu menghubunginya tadi.

“Doktor, where are you?”
“Hospital, why?”
“Emergency. Please come here as soon as you can!”
“Come here, where??”
“Here!”
“Ialah, here tu di mana? Irham… Take a deep breath. Kenapa ni?”
“My driver, she fainted! Come here now! To my housee!”

Bila teringat kembali akan perbualan ringkas di antaranya dengan Irham ketika itu, pasti ada senyuman yang akan terukir di wajahnya. ‘My driver, she fainted’. Suara cemas Irham bila ‘driver’nya, which is seorang perempuan pengsan. His reactions and the moment bila dia tiba di perkarangan banglo itu tadi membuatkannya berfikir. Siapa gadis itu di hati Irham? Istimewa sangat ke driver-nya itu sehingga Irham berkelakuan sebegitu? Soalan itu berlegar-legar di kotak pemikirannya.

“So, what should I do now? Err… Ni dahi dia ni bila nak kurang bengkak? Dah merah sangat dah ni… Nanti jadi lebam kan ni?” Soal Irham bila terpandangkan dahi Pelangi yang sudah pun membengkak dan berubah warna. Tanpa ada siapa yang memaksa, secara spontan dia mengusap lembut ubun-ubun gadis itu.

Doktor Luqman pamer lagi senyum sebarisnya bila mendengar soalan Irham. Dia toleh memandang ke arah lelaki itu. “Mungkin ambil masa seminggu lebih nak hilang semua tu… Erm. Irham.”

Irham menoleh memandang ke arah doktor Luqman. “Yes?” Sahutnya ringkas.

“Itu yang dekat dahi dia tu bukan you yang buat kan?” Duga Doktor Luqman. Matanya mencerun memandang tepat ke wajah lelaki itu.

“Erk. Mana ada doc! Dia ni yang jalan tak pandang depan.” Tingkah Irham. Secara automatik tangannya diangkat dari kepala Pelangi.

“Are you sure?” Soal doktor itu lagi.

Irham mula rasa tidak senang duduk bila diasak begitu. Dia bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah Doktor Luqman. “Yes! Very sure!” Sahutnya dengan yakin walaupun hakikatnya tidaklah seperti yang dikatakan. Masak aku kalau doktor ni tahu!

“Well kalau macam tu tak apalah…” Balas Doktor Luqman seraya mengeluarkan beberapa jenis ubat dan dihulurkan kepada Irham. “Ini ubat-ubat dia. Pastikan dia makan on time.” Pesan doktor itu.

Irham hanya mengangguk perlahan. “Will surely do.” Jawabnya. Ubat-ubat yang berada di tangannya diteliti satu persatu. Dahinya berkerut. “Banyaknya…” Desisnya.

“… and again, ‘pastikan’ bukan ‘paksaan’.” Ulang Doktor Luqman lagi. Irham menoleh memandang ke arah lelaki itu dengan pandangan tersirat. “Well, it’s just a reminder. Don’t take it serious.” Beritahu Doktor Luqman sambil kedua-dua belah keningnya diangkat.

“Sarkastik sangat tu…” Gerutu Irham sambil merengus kasar. Doktor Luqman pecah tawa. “So, anything else selain ‘passsstikan’ dia makan ubat ni?” Tanya Irham. Perkataan ‘pastikan’ sengaja ditekan ketika menyebutnya.

Doktor Luqman sambung ketawa. “Well, anything else tu depends lah pada orang yang akan menjaganya nanti. I am confident, ‘that’ person will surely know how to handle her better.” Balas doktor itu seraya berlalu meninggalkan Irham yang terkebil-kebil seorang diri. Dia buang pandang ke arah Pelangi yang masih belum sedarkan diri. Am I too bad? Soalan itu diajukan kepada dirinya sendiri. Atau… perempuan ni yang lemah sangat? Hmm… Irham meraup mukanya berulang kali.

“Irhammm…” Panggilan dari luar membuatkan lelaki itu tersentak.

“Oh my God!” Irham tepuk dahi. “Bonda!?” Melalui cermin sliding door dia dapat melihat kelibat Datin Yuhanis yang sedang tergesa-gesa menuju ke arahnya. Bala… Bala… Pelangiii… Cepatlah bangun! Cepatlahhh… Irham menguis kaki Pelangi dengan jarinya. Bangunlah, bangunlahhh…

“Irham Alfie, please explain!” Tingkah Datin Yuhanis sebaik saja dia menjejakan kakinya ke dalam bilik itu. Riak wajahnya kelihatan serius.

Irham terkedu.

“Irham?”

“Err…” Irham tunduk merenung lantai. Okay now I’m dead! Keluhnya sambil melangkah lemah menghampiri Datin Yuhanis.


++++++++++



“Ir… Kan bonda dah pesan jangan buli si Pelangi tu…”

“Mana ada Ir buli, bonda... Ir saja aje nak mengusik, dia tu yang over sangat.” Balas Irham masih dengan egonya yang tinggi melangit. Dah buat salah lepas tu tak mahu mengaku.

“Mana ada, mananya? Sampai pengsan budak tu kamu kerjakan. Usik apa macam tu?”

“Alah… Dia tu yang kelam kabut tak tentu pasal.” Ada saja alasan Irham untuk melawan. Dia terus menghenyakkan punggungnya di sofa.

Datin Yuhanis menggeleng-gelengkan kepalanya. Dengan perlahan dia berjalan menghampiri anak tunggalnya itu. Bahu Irham diusapnya mesra. “Sayang… Cubalah dengar cakap bonda ni. Susah kamu nanti kalau Pelangi tu tak ada. Dibuatnya nanti dia merajuk, tak nak kerja dengan kamu lagi. Tak nak tolong kita jagakan Alice… Macam mana? Hmm. Ir, cuba berfikiran matang sikit. Kurangkan sikit sikap main-main kamu tu.” Lembut Datin Yuhanis memujuk.

Irham hanya mendiamkan diri. Tubuhnya disandarkan ke sofa. Memang ada betulnya dengan kata-kata bonda tu. Kalau Pelangi tak ada, kucar kacir juga hidup Irham nanti. Mana nak cari pekerja untuk jadi driver-nya, jadi pengasuh Alice. Tapi… Hish, tak tahulah. Susah! Wajah bondanya dipandang lesu. “Ir cuba. I’m sorry.” Hanya itu yang mampu keluar dari mulut lelaki itu. Datin Yuhanis mengeluh panjang. Tahu sangat dengan akal anaknya yang sorang itu. ‘Cuba’ Irham tu, memang ‘cuba’ betullah. Entahlah dia nak buat atau tak.

“Make sure kamu sungguh-sungguh bila nak mencuba tu Ir. Jangan setengah jalan aje… Bila nak stop tu, fikir balik apa yang…–

“Oh Bonda… Sejak bila you jadi tipikal mummy ni? Sejak bila bonda Ir ni dah pandai nagging ni?” Celah Irham. Dahinya sedikit berkerut. It’s true. Entah sejak bila bondanya itu sudah pandai membebel-bebel memarahinya. Kalau dulu jika dia ada buat salah, tak adalah the conversation tu akan dragged sampai macam ni sekali. Selalunya, Datin Yuhanis pasti akan cakap; Okey Ir, I have no time now. Make it short. Anything you want to explain? Bila Irham habis explain, pasti the conversation akan stop macam tu aje. Tapi hari ni, lain benar lagak bondanya itu. Fuh! Hebat penangan si Pelangi niii…

Datin Yuhanis sekadar tersenyum tawar mendengar kata-kata Irham. Dia melabuhkan punggungnya di sisi anak lelakinya itu. Lengan Irham dipeluk dan kepalanya dilentukkan di bahu Irham. “Ir…” Panggil Datin Yuhanis perlahan. Ada getaran dipanggilan itu.

“Mmm…” Balas Irham sambil mengusap mesra jemari Datin Yuhanis.

Wanita itu melepaskan keluhan berat. “Ir… Bonda ni dah tua Ir. Dah tak macam dulu. Dah tak sama macam bonda waktu muda-muda dulu. Bonda dah tak kuat. Entah esok lusa bonda akan pergi tinggalkan Ir… –

“Bonda… Apa yang bonda merepek ni!”

“No, listen. I am serious.” Datin Yuhanis tenung mata Irham dalam. “… Bonda tak boleh selamanya ada dengan Ir. Sampai masa bonda terpaksa juga tinggalkan Ir… Dan waktu tu, bonda tak nak jadi ibu yang gagal mendidik anak. Sebelum bonda lelap mata, bonda nak tengok anak bonda ni berubah…

“Bonda… Dahlah. Ir tak suka bonda cakap macam ni.”

“Ir… Ir kena berubah, sayang… Berubah untuk menjadi matang, berubah untuk menjadi seseorang yang lebih baik. For your own good, untuk bonda dan arwah papa…” Tanpa sedar ada air yang mengalir di wajah Datin Yuhanis. Dia tidak tahu kenapa sekarang dia perlu ingatkan anaknya tentang perkara ini. Sejak kebelakangan ini hatinya mudah sangat tersentuh. Ada saja perkara yang membuatnya runsing. Lebih-lebih lagi bila memikirkan soal Irham. Lagi rungsing dibuatnya hati wanita itu.

“Bonda… Please… Enough lar…” Irham kesat air mata Datin Yuhanis dengan jemarinya. “Don’t cry…” Sayu betul hatinya bila melihat bondanya itu mengalirkan air mata.

“Please sayang…” Dengan mata yang masih berkaca, Datin Yuhanis menuturkan ayat itu. Jika dia perlu untuk merayu, dia akan buat. Tak mengapa, asalkan anaknya itu akan berubah.

Irham mengeluh perlahan. Kedua-dua tangan bondanya digenggam erat. Anak mata Datin Yuhanis ditenung dalam untuk mencari kekuatan. “Hmm… Baiklah. Ir akan berubah. Ir akan ikut cakap bonda… Dahlah, bonda jangan menangis lagi. You know me well, right? Ir tak sampai hati tengok bonda macam ni…” Tutur Irham ikhlas. Raut wajahnya mendung. I will do anything for you, bonda. Desis Irham perlahan.

Sebuah senyuman gembira terukir di bibir Datin Yuhanis. Syukur padaMu Ya Allah… Air mata yang bersisa dikesat perlahan. Rambut Irham dibelainya mesra. “Thank you, sayang. I love you.”

Irham raih Datin Yuhanis dalam pelukannya. “I love you too, bonda. Too much…” Bisiknya perlahan. Mata Irham dipejam rapat. Tubuh bondanya dipeluk makin erat. Sampai bila-bila pun Ir tak mahu berpisah dengan bonda. Sampai bila-bila…




BAB 22






“Kakak…”

“Alice?” Celik saja mata terus wajah comel anak kecil itu yang dipandangnya. Sebaris senyuman terukir di wajah Pelangi. Rambut Alice yang sudah rapi disisir diusapnya lembut.

“Thank you sayang, kejutkan akak…” Ucap Pelangi. Tangan kecil Alice dicapai dan dikucup mesra. Tenang hatinya bila sedar saja ada Alice yang menemaninya. Lagi gembira bila anak kecil itu menyapanya dengan panggilan kakak. Rasanya itulah panggilan pertama Alice untuknya sejak mereka tinggal di situ.

“Alice dah mandi?” Soal Pelangi. Anak kecil itu hanya mengangguk. “Dah breakfast?” sekali lagi dia mengangguk. Pelangi senyum bila melihat reaksi Alice. Walau tanpa suara, anak kecil itu masih kelihatan comel dan cantik. Mesti mewarisi kecantikan ibunya. Duga Pelangi.

“Eh, Alice datang sini sorang?” Pelangi pandang sekeliling. Tiada orang. Cuma mereka berdua yang ada. Pelangi mengalihkan kembali pandangannya ke arah Alice. Eh, takkan budak ni keluar dari biliknya sorang-sorang dan datang sini? Ish. “Sayang, are you alone?’ Ulang Pelangi lagi bila soalan sebelumnya tidak berjawab.

Alice sekadar menggelengkan kepalanya. Kemudian tangannya diangkat dan dihalakan ke bilik air. Pelangi kerut dahi. Keningnya diangkat signal soalan. “Erm?”

Sejenak kemudian Pelangi terdengar ada suara lain sedang terbatuk kecil. Matanya mencerun memandang ke arah pintu bilik air. “Siapa?” Soalnya seakan berbisik kepada Alice.

“Papa Ir…” Jawab Alice perlahan.

Mata Pelangi membulat. “Siapa!? Ir? Err… Ir…ham!?” Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dia kerling jam di dinding. “Ya Allah! Dah pukul Sembilan!” Bingkas dia bangkit dari baringannya.

“Aduh!” Pelangi mengaduh sambil memegang kepalanya. Aduh… Sakitnyaaa… Kenapa dengan kepala aku ni? Apa yang jadi semalam? Pelangi cuba mengingati sesuatu.

“Ha, dah sedar?” Irham yang entah bila munculnya, tiba-tiba menyapa. “Kenapa?” Soalnya bila melihat Pelangi memegang kepala.

“Sakit.” Tanpa menoleh ke arah lelaki itu. Pelangi terus saja mengadu. Kepalanya tunduk sambil matanya dipejam erat untuk menahan sakit.

Irham meletakkan towel kecil di atas meja dan berjalan perlahan merapati Pelangi dan Alice. “Hm… Kat mana sakit?” Soalnya lembut. Tanganya sudah siap sedia berada di kepala Pelangi.

“Sini.” Pelangi tunjuk tempat sakit. Dibahagian kanan kepala, berhampiran dengan dahinya.

“Sini?” Soal Irham bila tangannya sudah berada ditempat yang Pelangi maksudkan.

“Ha’ah.” Pelangi mengangguk.

Irham picit perlahan kepala gadis itu. “Sakit sikit. Tahan.” Pesannya.

Pelangi diam.

“Alice, tengok ni kakak you. Tak malu nak manja-manja dengan Papa Ir.” Usik Irham. Tapi kali ni dengan tone suara yang normal. Tidak menjerit-jerit seperti selalu. Nanti kalau jerit lagi tak tahulah apa pula yang jadi. Entah bucu mana pula minah ni nak langgar.

Erk! Pelangi seakan tersedar dari mimpi indah. Pantas dia mendongakkan mukanya dan memandang ke arah lelaki yang sedang bertinggung di depanya. “Encik Irham!?”

Tangan Irham serta merta berhenti dari memicit kepala Pelangi. Dia juga turut mengalihkan pandangannya ke arah Pelangi. Mata mereka bertaut. Renungan Irham sangat tajam, berderau darah Pelangi ketika itu. Merah mukanya menahan malu. Ya Allah!! Apa yang aku buat ni!! Pelangi cepat-cepat ingin bangun untuk melarikan diri daripada tuan besarnya itu.

“Pelangi. Pelangi. Stop.” Arah Irham sambil menarik lengan gadis itu. Keinginan Pelangi untuk melarikan diri terhenti serta merta. “Stay calm. Take it easy… Jangan nak kelam kabut sangat.” Sambung Irham.


“Err…” Pelangi tak mampu nak luah apa-apa. Sumpah dia malu! Malu yang amat sangat!

“Duduk.” Arah Irham kemudiannya. Pelangi hanya diam membatukan diri. “Pelangi. Duduk.” Ulang Irham lagi. Suaranya sedikit meninggi. Pelangi mengeluh. Dia akur dan terus duduk bertentangan dengan Irham. Wajahnya tunduk merenung cadar. Entah apa yang dia fikirkan, terkuis-kuis jarinya memintal kain cadar tilamnya itu.

“Look at me.” Irham masih tak puas hati. Pelangi merengus perlahan. Apa lagi lah ni. Desis hatinya. “Pelangi, I said look at me… You nak I…–

“Okey, okey.” Belum sempat Irham menghabiskan ayatnya. Pelangi terus menjawab seraya memandang tepat ke arah tuan besarnya itu. Sekali lagi mata mereka bertaut. Irham menghadiahkan Pelangi dengan sebuah senyuman. Senyuman yang dirasa sangat manis dan sangat comel lengkap dengan dua biji lesung pipit. Er, dua biji? Pelangi makin khayal dengan keindahan yang sedang dinikmati oleh matanya. Cantiknya senyuman Encik Irham ni… Seingatnya, inilah kali pertama dia dapat melihat senyuman tuan besarnya yang semata-mata ditujukan khas untuknya. Yes, untuknya! Only me! Oh My God! Oh My Goddd!!

“Hello Pelangi…” Irham memetik jarinya tapat-tepat di depan muka gadis itu.

Pelangi tersentak. Cepat-cepat dia alihkan mukanya. Pelangi pejam mata. Oh myyy…, Malu kuasa dua!

“Kau ni selain kelam kabut, kau kuat berangan eh?”

Zass! Berdesing telinga Pelangi bila mendengar sindiran Irham.

“Mana ada…” Jawabnya. Mukanya masih dipalingkan daripada Irham. Tak sanggup nak pandang tuan besarnya itu.

“Eleh… Tu sekejap tadi tu apa kalau bukan berangan? Mengelamun?” Irham makin galak mengusik. Lupa sebentar akan pesanan bondanya. Alaaa, last bonda. Lasttt!

Pelangi juih bibir. Berangan dan mengelamun tu bukan ke sama? Lebih kurang? Ish.

“Juih bibir tu juih. Tarik karang baru tahu!” Tingkah Irham sambil mengacah gadis itu.

Pelangi cepat mengelak. “Janganlah…” Balasnya.

Irham senyum. Dia toleh pada Alice yang sedari tadi mendiamkan diri. Tangannya sibuk mengulit patung Barbie doll yang berada di tangannya. Dah beberapa hari Alice tinggal di rumahnya. Satu hari hanya satu atau dua tiga patah perkataan saja yang keluar dari mulut anak kecil itu.

“Alice…” Panggil Irham. Alice mendonggakan kepalanya memandang ke arah Irham. Dahinya sedikit berkerut. “Come…” Irham menepuk-nepuk ribanya menyuruh Alice duduk di situ. Alice menurut, perlahan dia bangun dan merapati lelaki itu.

Pelangi sekadar memerhati tindak tanduk mereka. Perasaan malunya sudah semakin berkurangan.

“Okey dah. Good girl.” Ucap Irham bila Alice sudah berada dipangkuannya. Rambut ikal anak gadis itu dibelai mesra.

Tanpa sedar Pelangi tersenyum. Ingat ke hanya senyuman tuan besarnya itu saja yang nampak manis. Tapi rupa-rupanya ada lagi yang manis.

“Tu kenapa pula yang senyum-senyum lagi tu? Berangan lagi?”

“Err… Senyum pun salah.” Balas Pelangi.

“Hm. Kau dah okey ke belum? Dah boleh bangun? Berjalan? Mandi? Kalau dah okey, aku nak ajak kau keluar…–

“Keluar!?” Laju aje Pelangi menyoal. Terkebil-kebil dia pandang muka Irham. Tuan besarnya itu nak ajak dia keluar dating ke? Wahhh… Pelangi mula pasang angan.

“Sabar boleh!? Hish… Tak menyempat-nyempat. Ni aku nak ajak kau keluar shopping barang Alice.”

“Oh.” Riak wajah Pelangi sedikit berubah. “Encik Irham tak kerja ke hari ni?” Soalnya.

“Nak kerja apanya, kau pun bangun pukul Sembilan!”

Pelangi terdiam. Perli aku lah tuuu… Gumannya.

Irham sekadar memerhati. “Kepala kau dah okey ke belum? Kalau tak okey, duduk aje kat bilik ni. Aku boleh ajak Amer. Tak pun, tunggu kau fully recover dulu, then we go bertiga.” Cadang Irham.

Pelangi pegang dahi dan kepalanya. “Err… Sebenarnya kenapa dengan saya ya, Encik Irham?” Soalnya. Riak wajahnya ketika itu memang innocent habis!

Irham tenung wajah polos gadis itu. “Kau ni buat-buat tak ingat atau pun memang tak ingat?” Tanya Irham ingin mendapatkan kepastian. Biar betul budak ni? Dah hilang ingatan ke apa??

“Tak, seriously tiba-tiba macam blur kejap.” Jawab Pelangi. Wajah Irham dipandang penuh harap.

Lelaki itu mengeluh. Ish, parah ni. Parah! “Kau nampak bucu almari tu?” Irham tunding jari ke arah almari yang dilanggar Pelangi.

“Err…”

“Kau nampak tak kesan macam kemek tu?”

“Erm… Ha’ah.” Pelangi perasan ada kesan bengkok di bucu almari itu. Dia jadi makin curious.

“Ha… Itulah tu…”

Dahi Pelangi berkerut. “Itulah tu? Itulah tu apa?” Soalnya. Hishh… Cakap tak habis! Gumannya.

“Itulah kesan perlanggaran semalam.” Jawab Irham ringkas.

“Erk! Kesan perlanggaran? Perlanggaran apa? Siapa berlanggar?”

Irham hampir tersedak mendengar soalan Pelangi. “Hishhh… Kau ni serius tak tahu ke apa ni?”

“Ialah. Serius ni tak tahu. Tengok muka saya ni serius ke tak? Ada nampak saya main-main tak??” Pelangi buat muka serius. Irham rasa macam nak bagi siku aje bila lihat Pelangi buat muka macam tu. Nasib baik comel. Eh!

“Pelangi binti Abdullah yang melanggar dan almari itu yang menjadi mangsa. Ish.Ish… Kasihan mangsa sampai kemek-kemek macam tu.”

“Pelangi binti Abdullah?”

“Erk! Pelangiii… Kau jangan nak buat muka tak tahu pulak yer. Pelangi binti Abdullah tu nama kau kan?” Irham makin resah. Minah ni memang betul-betul hilang ingatan ke apa ni?? Matanya mencerun memandang Pelangi.

“Oh, yelah. Nama saya lah tu. Lupa pulak. Hieee.” Jawab Pelangi selamba sambil buat muka tak bersalah.

Irham tepuk dahi. Kenapalah aku boleh terjumpa dengan budak sengal macam niii!!? Urgghh!! Susah nak terima! Susah nak terima!

“Oh, so maknanya saya yang langgar almari tu?” Soal Pelangi masih tak puas hati. Dia bangun dari katil dan berjalan menghampiri almari yang dimaksudkan. Kesan kemek ditelitinya. “… Ish, teruknya. Patutlah kepala saya sakit. Eh! Tapi macam mana saya boleh langgar almari ni? Takkanlah saya tak nampak…” Ngomel Pelangi lagi seakan tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Melalui kesan kemek tu, teruk juga nampaknya perlanggaran tu. Patutlah dia tak boleh nak ingat langsung. Ishhh… Nasib baik tak gol!

“Memanglah kau tak sedar, dah kelam kabut sangat. Segala benda nak dilanggarnya.” Balas Irham sinis.

“Kenapa saya kelam kabut?” Soal Pelangi lagi.

Irham terkedu. Err. “Sebab… –

Tak sempat Irham nak menjawab. Telefon bimbit Pelangi berbunyi. Serentak kedua-duanya menoleh ke arah telefon bimbit yang berada di atas lantai bilik.

“Atas lantai aje kau letak handphone aku ni, Pelangi?” Getus Irham geram.

“Err, entahlah. Saya pun konfius. Saya rasa saya dah letak kat bawah bantal semalam, bila masa lah pulak boleh ada kat bawah…”

“Dia ada kaki kot berjalan turun dari katil tu…” Sindir Irham. Bila masa ntah minah ni letak telefon bimbit tu bawah bantal. Dia pun aku yang dukung letak kat atas katil tu. Hishhh… Cakap tak pernah nak berfikir. Irham merengus kasar.



Pelangi dengan cepat menekan butang ‘answer’. Tak sempat nak lihat nama pemanggil

“Hello”

“Hello Pelangi.”

“Err, yes. Siapa?”

“Amer lah. Awak tak save nombor saya ke?”

“Amer.” Pelangi pandang Irham. Dengan perlahan dia menjauhkan sedikit tubuhnya menghilang ke dalam bilik air.

Amer? Irham pasang telinga. Apa hal pulak mamat ni call Pelangi pagi-pagi macam ni dan kenapa pulak dia sampai nak lari ke dalam bilik air? Tak boleh ke jawab dekat sini aje? Depan-depan aku? Pelbagai soalan bermain di fikirannya. “Err… Alice, duduk sini sekejap ya.” Bisik Irham ke telinga anak kecil itu. Alice sekadar mengangguk. Pantas Irham mengalihkan Alice ke atas katil. Dia bangun menuju ke arah Pelangi.

“Hello bro! Anything?” Sepantas kilat Irham menyambar handphone dari tangan Pelangi.

“Ishhh… Encik Irhammm…” Rungut Pelangi bila perbualannya diganggu. Suka hati betul rampas macam tu aje!

Irham meletakan jari telunjuk di bibirnya sambil memberi isyarat mata agar Pelangi keluar dari situ. Isyarat yang pertama Pelangi enggan menurut, tapi bila tuan besarnya itu sudah menjegilkan matanya baru Pelangi patuh dan dengan malas melangkah ke luar.

“Ha Am… Apa kau cakap tadi?” Hanya ayat itu ayat terakhir yang didengar Pelangi. Dia berjalan merapati Alice.

“Teruklah Papa Ir tu Alice…” Rungutnya. Alice mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak mahu masuk campur. Hal-hal orang tua. Mungkin itu yang difikirnya. Tak lama Pelangi menunggu, seketika kemudian Irham keluar dari bilik air.

“Sejak bila korang berhubung ni?” Soalan pertama yang diajukan Irham. Telefon bimbit itu dihulurkan kepada Pelangi. Tapi belum sempat telefon itu bertukar tangan. Ianya berbunyi lagi. Kali ini bunyi mesej pula. Irham dengan cepat menarik kembali hulurannya. Pantas tangannya menekan butang ‘read’

“Dari Farish…” Beritahunya. “Sayang, teman I malam ni. Ada tempat baru!”

Pelangi telan air liur. Alahai Farish ni punnn… Time-time ni lah kau nak bagi mesej bersayang-sayang bagaiii.




“Who is Farish?” Suara Irham mula kedengaran keras. “… and apa yang kau buat sebenarnya ni? Teman malam ni? Tempat baru? Apa semua ni Pelangi!?”

“Tak… Tak… Dengar dulu. Sabar.” Pelangi cuba untuk menenangkan Irham yang sudah berubah lagak. Sikit lagi tu, sikit lagi tu nak tukar jadi hulk! “Farish tu… Dia. Dia kawan satu kolej.” Tuturnya tersekat-sekat.

“So, memang semua kawan-kawan kat kolej kau panggil kau sayang? Lepas tu setiap malam kau kena teman dorang? Macam tu?” Irham serkap jarang. Serkap jarang yang berbau cemburu.

“Alah… Encik Irham, bukan teman apa pun, teman makan aje. Lagipun…

“Tak kisahlah teman apa! Aku tak peduli. Hishhh, kau ni! Memang betul lah sangkaan aku yang kau ni bukan perempuan yang baik-baik kan!?? Ishh, tak boleh aku nak pandang muka kau ni lama-lama, Pelangi… Kau siap sekarang!” Arah Irham. “Alice, jom kita keluar.” Dan kemudiannya menarik tangan Alice untuk keluar dari bilik itu. Dia panas, hatinya membara.

“Err… Nak siap pergi mana, Encik Irham?” Soal Pelangi hairan. Lepas tu ikut sedap mulut aje nak cakap aku bukan perempuan yang baik-baik. Apa dah jadi ni!?

“Encik Irhammm…” Panggilnya lagi. Lebih kuat berbanding tadi. Irham dan Alice sudah berada di luar biliknya ketika ini.

“Kau nak berteman sangat kan? Hari ni, satu hari ni sampai malam kau kena temankan aku! Fullstop!” Laung Irham sambil berlalu keras dan kemudiannya menghilang ke dalam banglo.

Pelangi merengus kasar.

“Tak faham aku lah dengan mamat sorang nie!”



+++++++++++

BERSAMBUNG! :D



10 comments:

Seri Ayu said...

So sweet Irham dah mula berbau cemburu dengan Amer dan Farish...selamat bercuti dan menyambut tahun baru Cik Penulis, terima kasih daun keladi, bulan Januari nak lagi...

baby mio said...

SALAM SEMUA SELAMAT TAHUN BARU,MASUK AJE FIRST BULAN JANUARI UMAR SAYA DAH BERTAMBAH HUUUUUU.

idA said...

salam dik..E3 yg begitu mencuit rasa buat Papa Ir..nampak jeles kat semua lelaki yg ada hubungan dengan pelangi..

Anonymous said...

semakin hari semakin jeles....& semakin x sabo nk tunggu nxt n3.

happy holiday Ara...











Noraini Rahim said...

Kehkehkeh,,Irham mara tak tentu pasal,,Ade ke 'kesian mangsa kemek-kemek' Sah lawak! Bukannya nak kesiankan Pelangi, tapi kat almari tuu jugak la yg dia kesiankan. Irham Irham~

Norbiha Hj. Sabtu said...

Irham dah start jeles.. hehehe

Anonymous said...

Izzati:

alahai,Irham dah start jeles plak dah..hehee...bgus2..baik2lah dgn Pelangi tu..jgn nak marah2 je..sian kat dia..:)

btw,happy holiday kak ARA..:)

Ara.Sharrina said...

@Seri Ayu

In Shaa'Allah Sis Ayu.. :))
dah balik bercuti dah nie.. skrng nak pulun ADA pulak..hehe.

Anonymous said...

akakkk...
mantaplah novel akakk ni...

sambung lah lgi kisah pelangi ngan irham ni ye kak...

orynnnnn

Anonymous said...

Xde sambgan ke?