Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Tuesday, July 3, 2012

SURAT CINTA UNTUK KEA - "NABILAH ALYA"


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.


Kehadapan Kak Ara yang diingati (cewah).


Kita pernah jumpa sekali masa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC 2012 yang lalu. Saya beli buku akak, KEA dan dapat tandatangan akak beserta gift yang sangat comel. Thanks for that, by the way.




Oh, ya.Untuk buku akak yang saya dah lama habis saya baca itu, it's really AWESOME. Saya sangatlah suka cara akak menulis dengan bahasa yang santai dan memberi banyak info berguna serta teladan yang patut dicontohi. Sebagai contohnya, info tentang penyakit kanser itu ditulis secara terperinci agar kita (pembaca) dapat memahami situasi sebenar yang ingin digarap penulis (Kak Ara).


Dalam KEA juga, akak turut menekankan bahawa lelaki dan permpuan yang ajnabi tidak seharusnya melebihi batas yang ditetapkan syarak. Ini dapat dilihat sewaktu Haikal membawa Kea ke Cherating dan menempah dua bilik instead of one. Diharap teladan seperti inilah yang akan dijadikan contoh oleh para Muslim sekalian.


Saya juga amat meminati bidang kedoktoran pada mulanya, namun disebabkan result yang sekadar atas pagar, saya switch my line to business. HAHA. So, of course, saya amat berminat tentang buku yang melibatkan hal - hal perubatan seperti ini.


Kak Ara,


saya amat berharap agar akak akan terus berkarya dan produce lebih banyak lagi buku untuk dikongsi bersama peminat akak. Bak kata pepatah, 'Sharing is caring', kan? Walaupun ada sesetengah individu yang berdebat tentang buku - buku novel cinta yang dianggap picisan dan tidak memberi apa - apa terhadap perkembangan minda, saya adalah salah seorang yang membantah keras idealisme itu.


Bak kata John Lennon,


"You may say I'm a dreamer but I'm not the only one"


So, apa salahnya kalau kita ada impian, anganan dan harapan kerana tak mustahil ia akan menjadi kenyataan satu hari nanti kalau apa yang kita angankan itu adalah Yang Terbaik di sisi Allah buat kita. Lagipun, dalam sesebuah novel pastinya terselit info, contoh yang terbaik serta pemangkin semangat untuk seseorang itu berubah ke arah yang lebih baik, InsyaAllah. Walaupun sedikit, ia nyata bermanfaat.


Sekian sahaja dari saya. Saya berharap agar Kak Ara terus bersemangat untuk menulis beratus - ratus ayat untuk tatapan pembaca kesayangan akak. Sehingga berjumpa lagi, InsyaAllah.

++++++++++++++++

* Please Drop Some Love :)

Thank you People! <3


1 comment:

dsyaleeza said...

Good Luck! ♥♥♥