Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Saturday, August 13, 2011

K.E.A 1

"KEA ALYISSA"


“KEA…!!! BANGUN!!!!!! BANGUN!! BILIK KITA TERBAKAR! BANGUN…!!!!!!!”

“HAH! HAH! MASYALLAH! Hello! Hello! Bomba? Pejabat buruh? Hah! Bilik mayat?? Eh, Polis! Polis… Bilik saya terbakar! Tolong…….
Di suatu sudut kelihatan sesusuk tubuh yang sedang asyik mentertawakan teman yang sedang meroyan.

“Hoi!! Kau dah kenapa Kea??” Tingkah Maria dengan gelak tawa yang bisa menggegarkan seisi alam. Kea yang masih terperanjat kelihatan termangu-mangu sambil memandang sekeliling rumah. ‘Celah mana yang terbakarnya ni’ Desisnya apabila melihat keadaan bilik yang masih seperti sedia kala. Di urut dadanya perlahan. Terasa diri sedang dipermainkan, Maria disebelah dijelingnya tajam.

“Mariaaa………..” Lirihnya. “Kau ni sengajakan! Pantang tengok orang senang sikit. Nasib baik tahap kesihatan aku ni excellent, kalau tak sahih gol!” Maria hanya tersengih menyambung tawanya yang masih bersisa. Sambil mempamerkan puppy eyes yang minta pelempang. Kau faham apa tu puppy eyes? Tak faham? Maksud bahasa melayunya mata anak anjing. Tak faham lagi? Tak apa, tak masuk exam pun.
Maria melabuhkan punggung di atas katil temannya. Ingin disambung ketawa, tapi ditahan. Kesian pula melihat telatah Kea yang masih terpisat-pisat mengosok mata sepetnya. “Alaa… Chill lah Kea sayang… Aku balik-balik tengok kau dah terbongkang, bukan salah aku okay, kau yang bagi aku ruang untuk bergurau senda.” Sangkalnya.

“Bergurau senda kepala brain kau!” Jerkah Kea sambil membulatkan matanya. Ya! Mata sepet memang takkan jadi bulat. Tsk! Tersembur lagi ketawa Maria tatkala mendengar jerkahan Kea tu. “Kepala Brain?” Wakaka!

“Amboi kau Kea.., Takkan nak manja-manja sikit pun tak boleh? Hmm, Okay, okay... Sorry tak buat lagi. Jom tidur balik jom” Pujuk Maria seraya merebahkan badannya ke katil empuk Kea Alyissa. Teman sehidup dan semati katanya. Eceh… tapi betul! Kea memang kenalannya sejak zaman persekolahan lagi. Dan sekarang masing-masing sedang menuntut di universiti yang sama, cuma jurusan pengajian yang berbeza. Kea dalam bidang perubatan dan Maria pula dengan jurusan peragaannya.

“Tak mahulah. Aku nak mandi then pergi café, isi perut dulu. Dah berzanji dah ni!” Tuala mandi bercorak lady bug di belakang pintu dicapainya. “…Kau duduk bilik ni baik-baik, kunci pintu, almari segala. Semalam bilik JJ kena pecah… habis laptop dengan handphone semua kena kebas. Kita ni bukannya orang senang, so pandai-pandailah kau sebelum kau di pandaikan. Renung-renungkanlah dan selamat beramal…” Bebel Kea sambil tertawa kecil dengan gurauannya sendiri. Menangis keluar air mata darah Ustaz tu kalau dengar ‘trademark’nya telah di salah gunakan.

Gelagat Kea di perhatikan Maria dengan khusyuk, Kea memang gadis yang cantik dan menyenangkan. Sikapnya yang bersahaja di tambah pula dengan kenakalannya yang kadang kala mengundang bala sering kali menjadi perhatian ramai. Gerak tubuh, bahasa badan dan penampilan dirinya juga tidak ketinggalan daripada menjadi buah mulut orang. Haters di kalangan loser tak usah cakaplah, boleh di buat list sepanjang lima kilometer. Tapi Kea tetap merendah diri, dia tidak pernah melatah, paling teruk pun dia akan cakap “LIKE ME OR NOT, I’M STILL GONNA BE SHINE” Oh… Diva okay! Tapi itu kalau dia tak tahanlah. Kadang-kadang haters ni melampau. Jealous tak bertempat, padahal kenal pun tidak. Tapi itulah Kea Alyissa, A beautiful girl with brain. Tetiba! Kembang kucup si Kea ni kalau dengar pujian Maria yang melambung tu...

* * * * *

“Mak Esah! Mak Esah!! Hish… Lembab betul orang tua ni!” Pekik Haikal Hakimi memanggil orang gajinya. Pakaian dan segala perkakas bilik itu di punggah semuanya. Habis bersepah. Mak Esah yang berumur lewat lima puluhan terkedek-kedek berlari mendapatkan Tuannya. Kasihan. Apalah sangat lariannya kalau hendak di bandingkan dengan orang lain yang jauh lebih muda dari umurnya.

“Ada apa Nak?” Soalnya sambil tercunggap-cunggap. Haikal menoleh dengan pandangan yang tajam.

“Nak! Nak! Aku bukan anak kaulah! Sedar sikit aku ni majikan kau. Ada hati nak panggil aku anak!” Dengusnya.

“Er…maafkan Mak Esah, Haikal. Ada apa-apa yang boleh Mak Esah bantu ke?” Soalnya lagi apabila soalan yang pertama di jawab dengan herdikkan.

“Mana baju kemeja kuning aku?!”

“Baju kuning yang berjalur hitam itu ya? Mak Esah sudah bersihkan, ada di ampaian…” Hampir tersembul biji mata Haikal mendengar jawapan dari orang gajinya itu.

“Kau basuh baju tu?? Yang kau pandai-pandai ni kenapa? Ada aku suruh kau buat semua tu? Ada? Hey! Pandang aku ni, kau tahu tak aku nak guna baju tu hari ni? Sekarang? Kau tahu tak!!?” Suara Haikal seakan halilintar yang boleh memecahkan gegendang telinga orang yang mendengarnya. Pucat lesi muka Mak Esah pabila melihat tingkah Haikal yang menyingga.

“Err..err..maaf Nak, eh Haikal, Mak Esah tak tahu. Mak Esah ingat Haikal tak mahu guna baju tu lagi…Mak Esah…..” Ayatnya terhenti di situ.

“Ahh!! Cakap dengan kau pun tak guna! Keluar kau dari sini!” Herdik Haikal lagi, tubuh orang tua itu di tolak keluar dengan kasar, tak cukup dengan itu pintu biliknya pula di hempas sekuat hati. “Arghhhh!!!!!” Jeritnya. Serabut benar kepalannya saat itu. Entah syaitan apa yang merasuk. Mukanya di sembamkan ke bantal dan matanya di tutup rapat. Di tendangnya briefcase hingga ke hujung katil. Hilang sudah moodnya untuk ke pejabat hari tu. Sebab baju kuning? Tidak… Ada sesuatu yang lebih merunsingkan hatinya. Sesuatu kebenaran yang amat menyesakkan jiwanya.

Di luar bilik, kedengaran esak tangis Mak Esah. Dia tak mengerti kenapa Haikal bersikap sebegitu padanya. Haikal yang di kenalinya merupakan seorang anak yang baik, seorang anak yang hormat kepada orang tua. Tapi entah mengapa, sejak dua tiga minggu kebelakangan ni sikap Haikal berbeza. Dia berubah menjadi seorang lelaki yang pemarah, panas baran, biadap dan tidak tahu menghormati orang tua. Termenung sebentar Mak Esah bila memikirkan hal itu. Di pujuk hati agar tidak di panjangkan lagi sedihnya. Masih banyak lagi kerja-kerja yang terbengkalai di dapur.

'Biarkanlah dia, mungkin ada perkara yang sedang menggangu fikirannya…’ Pujuk hati kecil Mak Esah. Bilik Haikal di tinggalkan dengan seribu satu persoalan.

1 comment:

Anonymous said...

Salam.. wah..takde sesapa komen kat sini ye.. so, akak no 1 la ni ye.. hehe..

akak suka cara penulisan kamu yg bersahaja.. santai.. takde ke'baku'an sgt.. hehe.. intro nyer memang dah menarik perhatian. walaupun akak dah bc kt p2u, tp akak akan komen kt sini plak.. Insya Allah.

Wassalam