** KLIK : K.E.A 9
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SEMALAM Doktor Yusoff menghubungi Kea untuk memberitahu yang medical report Haikal sudah berada ditangannya. Doktor Yusoff meminta Kea untuk datang berjumpanya hari ini dan kini dia betul-betul berada di luar bilik doktor pemerhatinya itu, jantungnya berdegup kencang. Terasa ingin mengambil report untuk dirinya sendiri. ‘Hmm… Entah apalah keputusannya nanti, minta semuanya baik-baik saja…’ Di gagahi tangannya untuk mengetuk pintu.
“Masuk…” Kedengaran suara Doktor Yusoff memanggilnya dari arah dalam. Perlahan-lahan Kea memulas tombol dan pintu dikuaknya sehingga menampakkan separuh daripada badan Doktor Yusoff yang sedang tersenyum menantikannya. Kea membalas senyuman doktor pemerhatinya itu. Tenang saja dia melihat wajah itu… Ada tanda hitam di dahi Doktor Yusoff, Nek Cu kata dahi orang yang beriman je boleh nampak tanda begitu. ‘Hmm… Kau bila lagi Kea?’ Soalnya pada diri. Adess!
“Sila duduk Kea...” Pelawanya. Kea menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya betul-betul dihadapan Doktor Yusoff.
“Kea… As I told you yesterday. Ini reportnya.” Doktor menyuakan fail kertas kepada Kea. Kea mengambilnya dengan cermat. Diselaknya satu persatu…
“… Sel kanser pesakit sudah mula merebak ke bahagian lain?.” Soal Kea dengan muka yang berkerut. Doktor Yusoff mengangguk.
“Pesakit mengidap ‘Malignant’ type of brain cancer, so it can be easily invade and destroy nearby tissue and spread to other parts of the body quickly…”
“Tapi Doktor, from first result patient cuma suffered ‘Benign’ type of Brain cancer kan? Why suddenly boleh Malignant pula?? And is that possible?”
“In dealing with cancer, nothing impossible Kea… Memang pada mulanya result menunjukkan hal yang berlainan. Tapi, selepas pemeriksaan secara menyeluruh, kami dapati sel kanser pesakit merupakan Malignant type dan sekarang dah merebak ke bahagian yang lain. We have nothing to do with this, ianya normal. Expected.” Terang Doktor Yusoff dengan tenang. Kea kagum melihat Doktor pemerhatinya itu, tidak sedikit pun dia melatah dengan keadaan. Mungkin inilah yang di namakan pengalaman.
“Hmm… So, apa tindakan selanjutnya Doktor?”
“Kita akan monitor pesakit melalui MRIs Scan, or otherwise kita akan lakukan surgery, but still, will depend on patient’s condition. Well… I think you should talk with him about this…”
“Hahhhh… Me!? Err... I am not sure I can do this. It’s difficult isn’t?” Kea cemas bila di suruh untuk menerangkan tahap kesihatan yang sebenar pada lelaki itu. ‘Hishh… Mamat tu dahlah lain macam sikit perangainya. Takkan kut!~’ Gumannya di dalam hati. Ditenungya Doktor Yusoff yang masih lagi dengan lagak tenangnya.
“You patut cuba Kea, atleast in future nanti you akan lebih senang bila diberikan kes-kes yang sebegini, belajar melalui pengalaman. Lagipun, tak lama lagi you akan jadi doktor yang sebenar kan, no more internship doctor. So, you should take this as an opportunity, I believe on you, so do you okay?” Doktor Yusoff cuba menyuntikkan semangat ke dalam diri Kea. Kea terasa dirinya di motivated. ‘Why not kan?’ Soalnya pada diri sendiri. Akhirnya Kea mengangguk, dia terasa tercabar dengan peluang yang diberikan oleh doktor pemerhatinya itu.
“Good! I tahu you boleh lakukannya…” Kata-kata perangsang dari Doktor Yusoff membuatkan Kea tersenyum bangga. Bangga dengan tahap confident level nya yang sudah semakin tinggi.
“Thanks Doktor… InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti I akan update Doktor.” Akhiri Kea, dia bangun, handbag di capai dan dengan cepat dia melangkah keluar dari bilik Doktor Yusoff. Tidak sabar rasanya dia ingin menyalurkan semangatnya ke Haikal. Dia yakin pemuda itu mampu menerimanya. Dia yakin pemuda itu kuat. Dia yakin!
* * * * *
“NAK cakap apa? Tiba-tiba call suruh I datang, report dah keluar??” Gulp!~ Terkedu Kea mendengar suara Haikal saat itu. Keras betul bunyinya. Hilang sudah semangatnya untuk berbicara. Macammana nak salurkan semangat ni, kalau semangat sendiri pun dah hilang… Haishh…
“Senyap pula! Ada apa sebenarnya ni??” Haikal sudah mula meninggikan suara.
“Err… Encik Haikal tolonglah jangan tinggi-tinggi suara bila cakap dengan I, Encik Haikal bolehkan cakap baik-baik…” Kata-kata Kea membuatkan pemuda itu terdiam. ‘Hishh… Lemah betul aku kalau minah ni cakap dengan suara dan muka macam tu!’ Bentak hatinya. Di pandangnya Kea yang duduk disebelahnya. Wajahnya gadis itu memang bisa menggetarkan naluri lelakinya.
“Hmm... Okay, nak cakap apa? Sepatutnya appointment kita esok petang kan? Ni awal-awal dah call suruh I datang. You dah rindu I ke?” Duga Haikal cuba mengusik. Kea yang mendengar terbatuk kecil, malu diusik begitu. Merah mukanya menahan malu. ‘Eh! Aku rindu dia ke? Apsal tiba-tiba nak merah muka?? Erk!!’ Kea mula tersedar yang dia sudah terperasan lebih. ‘Come on Kea, you can do this!!’ Kea memberanikan dirinya untuk berdepan dengan pemuda itu. Dipusingkan kerusinya betul-betul berhadapan dengan Haikal. Haikal pelik, lain benar minah ni. Tapi dibiarkan saja gelagat Kea. Dia sudah bersedia untuk menerima apa saja pengkhabarannya.
"Encik Haikal… I harap Encik Haikal tabah mendengar apa yang akan I mahu cakapkan ni…” Kea mula bersuara. Dipandangnya Haikal sekilas. Wajahnya masih tenang, tidak sedikit pun menunjukkan reaksi terkejut. Kea masih lagi menyusun kata. Dia tidak mahu kata-katanya kedengaran teruk dan menyebabkan pesakit menerimanya dengan perasaan yang negatif.
“Sel-sel kanser di dalam otak Encik Haikal sudah mula merebak ke bahagian lain… Tapi… Tapi masih lagi di tahap yang tidak membimbangkan…” Haikal hanya tersenyum sinis mendengar keputusan itu. Sudah dijangka yang keputusannya takkan berubah menjadi yang lebih baik.
“Err... Encik Haikal jangan risau, ianya masih dalam pemerhatian kami, kami sedang berusaha untuk melemahkan sel-sel kanser yang sedang aktif. Kami juga akan monitor keadaan Encik Haikal melalui MRIs Scan…. Dan……” Kea tidak sempat menghabiskan kata-katanya.
“Dan boleh jamin I akan selamat? dan hidup untuk tiga puluh tahun lagi??” Soalan Haikal membuatkan Kea makin gementar. Dia bimbang Haikal akan berubah sikap dan tiba-tiba mengamuk. Dia cuba mencari akal untuk memujuk pemuda itu.
“Encik Haikal… Jangan cakap macam tu… Seperti yang I cakap tadi, ianya masih tidak membimbangkan dan boleh di kawal. Perubatan sekarang dah moden Encik Haikal, kalau tak pun masih banyak lagi rawatan alternative yang boleh kita guna pakai. Kita ada banyak pilihan Encik Haikal, kalau kita berusaha dan tidak mengalah, InsyaAllah ada jalannya. Kita cuba dulu ya?”
“KITA!!? I yang menanggungnya tahu tak? you tak rasa memanglah boleh cakap… I ni pesakit kanser you… and as for today, kanser I ni dah stage ke berapa pun I tak tahu, dan I tak nak pun ambil tahu! Jelaslah tiada ubat untuk pesakit kanser macam I ni. You doktor, you lebih arif. I bukan budak kecil yang boleh disogokkan dengan gula-gula dan kemudiannya boleh lupa apa yang dah jadi. I dah dewasa dan dah faham benar apa yang sedang I alami sekarang ni. Tidak membimbangkan dan boleh dikawal? It’s all rubbish!! you tahu ini petanda yang tidak baik! Petanda yang jangka hayat I dah tak lama. Kan??”
“Encik Haikal…….” Kea cuba lagi untuk memujuk, tetapi Haikal terlebih dahulu bangun meninggalkannya. Kea tergamam. ‘Aku dah salah cakap ke?’ Kea menggaru kepalanya yang tak gatal. ‘Errr… nak kejar ke tak? Nak ke tak?!’ Diperhatikan Haikal yang sudah semakin jauh meninggalkannya. ‘Hishhh!! Kejarlahh’… Kea berlari mendapatkan Haikal. Sayup-sayup kedengaran Kea menjerit memanggil nama Haikal. Lupa sebentar yang dia masih lagi di hospital dan masih lagi lengkap berpakaian uniform. Hm... Memang tak macam doktor langsung lagaknya!
“ENCIK HAIKALLLLLLLLLLL………….!!”
No comments: