** KLIK : K.E.A 12
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“AISEYY… Kereta ni waktu-waktu macam ni pulak tak boleh nak start!” Marah Kea, pagi-pagi lagi mood nya dah hilang. Dahlah nak jalan jauh…. Waaa!!~ Dipulasnya kunci kereta sekali lagi. ‘Bolehlah! Bolehh… Please baby, pleaseee…’ Erkk! Langsung tak bunyi. Huh!
PINNN! PINN!! PINNN!!!
Kedengaran kuat bunyi hon dari luar pagar rumahnya. ‘Hishh! Siapa pulak lah yang memekak nih!’ Dia berpaling sejenak, ‘Orang sebelah kot.’ Duganya.
PINN! PINN!! PINNNNNNNNNNN!!
Bunyi hon semakin kuat kedengaran. Kea berang. ‘Wah! Ini sudah lebey!’ dia bangun, keras langkahnya menghampiri pintu pagar. Kereta Volkswagen Passat CC tinted gelap betul-betul berada di hadapannya ketika ini. Cermin kereta diketuknya beberapa kali. Selepas seketika, si empunya kereta menurunkan tingkap dan memandang tepat ke arah Kea yang sedang mencekak pinggang. Dah macam ‘Mak Enon’ lagaknya!
“Hah! Haikal??” Kea terperanjat bila terpandangkan Haikal yang tersengih memandangnya.
“Apa you buat kat sini?” Soalnya.
“I nak ikut you.” Bersahaja saja jawapan yang diberikan Haikal. Kea melopong.
“Ikut I?” ‘Hish, dia ni nak balas dendam ke apa ni?’ Bisiknya didalam hati.
“Yes! Alah, tak payah nak sombong sangat. I dah nampak semuanya. Kereta you tak boleh start kan? Dah, masuk!” Arah Haikal. Kea masih lagi melopong.
“Ish, apa lagi yang duk tercegat kat situ, cepatlah!” Haikal membuka pintu dan menarik Kea masuk ke dalam keretanya.
“Err… Kita nak pergi mana? I nak balik kampunglah.” Ujar Kea tergagap-gagap. ‘Mamat ni nak culik aku ke??’ Dia mula cemas.
“Kita nak balik kampung you lah! Dah diam, pakai seat belt”
“Err… I bukan nak balik Seremban tau. I nak balik Kedah, rumah nenek I.”
“Ye, tak kisahlah balik mana pun. I nak ikut juga!”
“Errr… Beg.”
“Lah… Pergilah ambil!”
“Erm, kejap.” Kea berlari-lari anak mendapatkan beg sandangnya.
“Cepatlah! Panas ni tahu tak??” Panggil Haikal. Kea makin keliru. ‘Siapa yang nak balik kampung sekarang ni??’ Pantas saja dia masuk kembali ke dalam perut kereta lelaki itu.
“Err… Haik….” Belum sempat Kea menghabiskan kata, Haikal sudah pun memecut laju keretanya. Tinggallah Kea terkapai-kapai sendiri mencari jawapan.
“DAH SAMPAI!” Haikal menggeliat sambil memusing-musingkan badannya 360 darjah. Perjalanan yang memakan masa selama lebih lapan jam di rasakannya agak meletihkan. Di pandangnya Kea di sebelah. Dia begitu pasif hari ni. Tak banyak yang mereka bualkan sepanjang perjalanan.
“Dah sampailah, yang you tercengang-cengang lagi ni kenapa? Ini kampung you kan?”
“Eh.. Ha’ah… Kampung I, Err.. I nak ambil beg, bonet?” Ujar Kea, teragak-agak dia untuk bangun keluar dari kereta itu.
“Nah.” Haikal membantu Kea untuk mengeluarkan begnya. Berat betul! Macam nak duduk sebulan. Desis hatinya.
“Ermm… Thanks ye Haikal sebab hantar I, nanti hati-hati bila nak drive home.”
“Siapa kata I nak balik? Penat-penat I drive lapan jam, Lepas tu you nak suruh I balik macam tu je?” Sekali lagi Kea tercengang mendengar kata-kata Haikal. ‘Apa lagilah si Haikal ni?’
“Habis tu you nak buat apa?” Soal Kea.
“Nak buat apa lagi, nak berkampung kat sinilah, dengan you.” Jawapan Haikal benar-benar menyesakkan jantungnya. ‘Nasib baiklah kesihatan aku ni agak membanggakan, kalau tak memang Al-fatihahlah aku kat sini!’ Di perhatikan Haikal yang bersahaja mengeluarkan beg dari bonet keretanya sambil mengenyit mata nakal ke arahnya.
“You jangan main-main Haikal. You tak takut ke? Kat sini malam-malam ada hantu, dia suka dekat orang-orang baru macam you. Hahh..” Kea mula menakutkan Haikal, tapi dia lupa yang Haikal bukanlah budak kecik yang boleh disogokkan dengan cerita dogeng yang akhirnya boleh membuatkan dia senyap dan terus tertidur dalam ketakutan.
“Hantu??? Woww! Bestnya, mesti kampung you ni adventure kan? Good, nampaknya I tak tersalah buat pilihan. Can’t wait to see moreee…..” Sindir Haikal, Kea tahu lelaki itu sedang memerlinya.
“Haikal, I serius lah!” Tingkah Kea. Dia sebenarnya risau, apa pula kata ibu dan alongnya nanti kalau ternampakkan Haikal. Takkan nak disorokkan Haikal ke dalam beg pula. Kes naya!
“I seriuslah ni. Alahh... Bolehlahh.. You kan doktor I, nanti kalau apa-apa jadi dekat I waktu you tak ada, macam mana? Haa… You yang menyesal tak sudah nanti..” Ewah, Haikal menggunakan ‘reverse psychology’ ke atas Kea. Dipandangnya lelaki itu atas bawah. Haikal memang sengaja mengenakannya. ‘Eii!! Rasa nak cekik je dia nih!’
“Hishh! Okay, but make sure you behave!” Putusnya. Haikal gembira tak terkata. Entah apa yang merasuknya pagi itu, bangun-bangun tidur saje dia terus nekad mahu mengikuti Kea. Dia sendiri pun tak pasti alasan sebenar, cuma apa yang dia tahu, dia takut dia akan merindui gadis itu. Hmm…
“ASSALAMMUALAIKUM Nek Cu..” Kea yang mula-mula memberi salam tatkala ternampakkan neneknya yang sedang terkial-kial membanting padi di bawah rumah.
“Wa.alaikum..usalam…” Terketar-ketar neneknya menjawab salam. Almaklumlah dah hampir lapan puluh tahun dah umurnya sekarang. Kadang kala Kea sekeluarga kasihan melihat Nek Cu nya yang sendirian menghabiskan sisa-sisa hidup di rumah peninggalan Tuk Cu, Atuknya itu sudah sepuluh tahun meninggalkan Nek Cu keseorangan. Ada juga mereka mengajak Nek Cu untuk tinggal bersama-sama mereka di Kuala Lumpur, tetapi Nek Cu enggan mengikuti mereka. Dia lebih rela duduk seorang diri di rumah usang itu, biarlah hidup matinya disitu, katanya.
“Nek Cuuu!!~” Jerit Kea sambil berlari mendapatkan neneknya yang masih terpisat-pisat untuk mengenali wajah si pemanggil.
“Nek Cu, Ea’ niii…” Kea cuba mengembalikan ingatan Nek Cu padanya. Ceh! Nampak sangat dia dah lama tak balik kampung. Ish..ish.. tak guna punya cucu. Gumannya di dalam hati!
“Hah… Ea’ cucu nenek… Lama Ea’ tak balik jumpa Nek Cu. Dah tak ingat kat Nek Cu lagi ye.” Neneknya mula merajuk. Alololo, comel!
“Alar Nek Cu sayang… Maaflah, Ea’ sibuk Nek… Ni pun Ea’ baru habis belajar. Haa.. Ea’ ada beli hadiah untuk Nek Cu, hadiah besar tauuu..” Kea cuba mengumpan neneknya. Fuh! Nasib baik aku dah siap-siap sediakan buah tangan semalam. Dia tersenyum lega!
“Hishh, ada-ada je kamu nak pujuk Nek Cu ya.” Bahu cucunya itu ditampar lembut, Kea sempat mengelak.
“Ha, tak kena!” Seraya dengan itu pecah gelak mereka bertiga. Eh, bertiga? Tiba-tiba lupa dengan kehadiran Haikal. Kea menoleh ke arah Haikal yang sedang terkekek-kekek ketawa. ‘Eceh, besar gelak bang!~’ Nek Cu yang perasan tentang kehadiran lelaki asing yang menemani cucunya itu mula bersuara.
“Siapa ni Ea’?” Soalnya.
“Larr… Kea rupanya. Ibu duk dengar bingit sangat kat luar ni. Ingat ke Nek Cu duk perhambat kambing, Bila sampainya ni?” Belum sempat Kea menjawab pertanyaan Neneknya kedengaran pula suara ibunya dari dalam rumah. Dia hanya tersengih memandang ibu yang hanya berbaju kelawar. ‘Amboi ibu! Awal lagi nih, dah tak sabar nak tidur ka??’
“Baru sampai Bu, duk sakat Nek Cu ni hah. Tu yang hingar’ sangat tu. Along mana Bu?”
“Along gi kebun, duk tunggu durian jatuh. Sekarang kan musim durian, Sat lagi baliklah tu.”
“Ouh… sempat lagi Along tu….”
“Eh, Kea bawak tetamu ke?” Soalan Ibu membuatkan Kea menepuk dahinya. Sekali lagi dia terlupa tentang kehadiran Haikal.
“Oh, lupa pula Ea’ nak kenalkan. Ini Haikal, kawan Kea. Kea saja bawak dia, sebab dia ni duk kepingin nak merasa hidup kat kampung. Almaklumlah ibu, orang bandar...” Perkataan ‘bandar’ tu ditekankan sikit itonasi suaranya, Haikal merenung Kea tajam. ‘Suka hati je minah ni nak mengenakan orang ye..’
“Hah Haikal, ni Ibu I, and yang hot ni pulak nenek I, orang sini panggil Nek Cu je. Kan Nek Cu??” Kea mengusik neneknya.
“Hish Ea’ ni, wat malu Nek Cu je. Dah tua dah Nek Cu ni, tak ada apanya yang kamu cakap tadi, apa? Hot, hot tu lahhh! Haikal jangan duk dengar’ sangat budak Ea’ ni, dia memang suka main-mainkan Nek Cu.” Kata-kata Nek Cu membuatkan Haikal tersenyum.
“Yelah Haikal, si Kea ni memang suka main-mainkan semua orang pun. Nakal budak ni! Dah, dah, mari naik. Mesti penat bawa kereta jauh-jauh” Pelawa Ibu Kea. Haikal memandang Kea yang sedang tersipu-sipu malu, dialihkan pula pandangannya ke arah Ibu Kea dan Nek Cu, dia sudah mula merasakan kemesraan keluarga itu. Kea dicuitnya.
“Auchh!” Kea mengadu perlahan apabila pinggangnya dicuit Haikal.
“Apa?” Soalnya. Keningnya diangkat, tanda protes.
“Padan muka!” Haikal menjelirkan lidah sambil berlalu meninggalkan Kea yang termanggu-manggu. ‘Ewah! Lawan tokey nampakkk!’ Jerit Kea di dalam hati. Lelaki itu dikejarnya dari belakang. Terjadilah adengan tarik menarik yang akhirnya dileraikan oleh Nek Cu.
“Keaaa… Tetamu jangan dilayan begituu… Tak baikkkk!” Kea terkena lagi. Tsk! Tsk!
* * * * *
Huwaarrgghhhh!~ masuk kali ni dah entah berapa kali dah dia menguap. Matanya terkebil-kebil memandang keluarganya yang asyik sibuk bertanyakan Haikal itu dan ini. Apa ntah yang Haikal dah ‘mandrem’kan keluarganya itu, nampak berminat sangat mereka dengan tetamu yang dibawanya. Tanggapan Kea tentang penerimaan keluarganya terhadap Haikal dah jauh meleset. Bukan main gembira lagi mereka bercerita, tak cukup di meja makan di sambungnya pula ke ruang tamu. Kea malas nak masuk campur. Dia memang dah tak larat nak buka mata langsung, apatah lagi mulutnya. Huwargghh…
“Hamboi Kea, mengguap tu tutup mulut. Dah berapa kali Along pesan kan.” Sergahan Along yang secara tiba-tiba tu mengejutkan Kea.
“Errkk.. Maaf Along, Kea dah mengantuklah…” Jawab Kea. Matanya digosok-gosok beberapa kali.
Haikal hanya memerhatikan telatah adiknya yang sorang ni. Manja betul.
“Kalau dah ngantuk, pegilah masuk tidur. Bawak si Haikal ni sekali ke bilik Kea.” Arah alongnya. Kea dan Haikal tersentak mendengar arahan along. ‘Along ni dah mamai ke? Takkan Haikal nak tidur satu bilik dengan aku?? Oh, No way mannn!~’
“Hahh! Habis tu Kea nak tidur mana Long??”
“Lar, Kea tidurlah dengan Ibu atau Nek Cu, macam tak biasa, lagipun kalau balik sini mana pernah Along nampak kamu tu tidur dalam bilik, tahu-tahu je dah hilang ke bilik orang lain… Erm, biar Haikal je yang tidur dalam bilik Kea tu okay?” Barulah mereka lega mendengar penjelasan Alongnya. ‘Along ni cakap pun tak terang! Pastu nak peril-perli orang pulak!’ Sempat lagi Kea bersunggut didalam hati.
“Ohhh… Hmm. Okaylah, apa-apa jelah Long, Kea dah ngantuk sangat ni.. Jom Haikal.”
“Ermm.. Saya masuk tidur dulu ya semua. Assalamualakum” Ujar Haikal seraya berlalu mengikuti langkah Kea.
“Waalaikumussalam….” Jawab mereka serentak.
………. “Erm, Ini katilnya. Maaflah, kecik je. Nama pun katil bujang, tak
adalah besar dan empuk macam katil kat rumah you tu, Ermm… Ni selimut, bantal 2 biji cukup? Ah, cukuplah kan… Bantal peluk ni I punya, so I amik. Dan lagi satu, rumah ni tak ada aircond, mula-mula memang panas sikit, tapi dah lewat-lewat malam nanti dah jadi sejuk, so selimut ni amat-amat diperlukan. Nah…” Bebel Kea sambil menepuk-nepuk tilam dan bantal yang sudah agak lama ditinggalkannya. Haikal memerhatikan sekeliling bilik. Nampak kemas, berbeza dengan biliknya, Ermm.. mungkin sebab bilik ni bilik perempuan, jadi keadaannya nampak lebih teratur. Sebenarnya dia tidak kisah tentang besar keciknya sesuatu bilik tu, dia tak cerewet, cukuplah kiranya kalau dia dapat merehatkan badan yang keletihan. Tiba-tiba dia terpandangkan sebuah bantal empat segi yang tersandar di hujung kaki katil. Dicapainya bantal itu, lembik dan agak kusam rupanya.
“Ini pula siapa punya?” Soalnya sambil menayangkan bantal tu ke arah Kea. Kea memandang Haikal dan jelaslah yang dia terkejut besar.
‘Alamakkk! Bantal busuk akuuuu!!’
“Hish, tu bantal I. Bak sini!!” Pintanya keras. Bukan marah, tapi maluuu… Haikal tidak mengendahkan arahan Kea.
“Bantal busuk you ke?” Di dekatkan bantal itu ke hidungnya.
“Erkk… Busuknya! Kepam dah baunya..” Sebenarnya tak ada bau apa pun, Haikal saja ingin mengusik Kea. Apa lagi, merah padamlah muka Kea menahan malu. Haikal di dekatinya.
“Hishh.. Bagilah!” Pintanya lagi. Haikal masih lagi dengan lagak selambanya. Kea geram.
“Haikalll!! Pulangkan bantal tuu..” Sekali lagi Kea meminta, kali ini nada suaranya dikuatkan sikit.
“You nak? Nah ambillah! Nah… Nah!” Haikal cuba untuk bermain dengannya. Kea geram, pantas dia mencuba untuk menarik bantalnya itu dari tangan Haikal. Dia gagal. Haikal cepat-cepat mengalihkan bantal itu ke tangannya yang lagi satu.
“Haikal! Janganlah main-main..!!” Marah Kea, tetapi entah di mana silapnya, tiba-tiba kakinya tersadung pada besi katil yang menyebabkannya terdorong jatuh dan tidak semena-mena dia menarik Haikal untuk jatuh sekali bersama-sama dengannya. Kini Kea kaku dihimpap oleh badan sasa Haikal. Mereka terkesima, diam tak terkata apa. Terlalu rapat kedudukan mereka sekarang ni. Yang jelas kedengaran hanyalah bunyi nafas masing-masing.
“Hishhh… Tepilah!” Kea menolak Haikal dari badannya. Haikal tidak berganjak, terlalu berat tidak tercapai dek kudrat perempuannya. Kea mencuba lagi, kali ini dia berjaya (atau dengan kata lainnya, Haikal yang sendiri bangun dari tempat baringannya) Sempat juga Kea menarik bantal busuknya dari tangan Haikal. Tolakkan kedua itu agak kuat hingga menyebabkan Haikal jatuh terduduk di atas lantai.
“Aduuhh…!!” Keluhnya.
“Hah, tulah… Padan muka, lain kali jangan suka sangat nak kacau I. Dah, I nak tidur!” Tingkah Kea, sambil mula mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu. Tuhan jelah tahu macam mana malunya dia ketika ini.
“Eh, Kea…” Panggil Haikal. Kea menoleh apabila namanya dipanggil.
“Apa lagi?”
“I baru tahu yang you bukan papan, you tak mahu temankan I tidur ke?” Sempat lagi Haikal mengusik.
“Hah!? Dah kurang siuman agaknya you nih!” Bentaknya, cepat-cepat dia keluar dari bilik itu. ‘Lagi lama lagi sesak nafas aku dibuatnya!’
Haikal hanya tergelak menyoroti langkah Kea yang sudah pun hilang dari pandangan matanya. ‘Boleh tahan gatal jugak aku ni ye!’ Tersengih-sengih dia terkenangkan kenakalannya sendiri.
No comments: