Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Sunday, August 14, 2011

K.E.A 28

**KLIK : K.E.A 27

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“IBUUU!!~” Pekik Kea dari dalam bilik yang telah pun di hias sempurna. Kahwin express! Itu yang mampu dia bayangkan. Tiada majlis merisik atau pertunangan. Tahu-tahu saja dia dan Haikal akan di ijab kabulkan esok. Tapi Kea tak kisah, cukuplah sekadar doa selamat dan majlis serba sedikit. Yang penting dia dapat bersama lelaki itu. Pada mulanya Haikal dan keluarganya menolak mentah-mentah cadangannya, mereka mahu mengadakan majlis secara besar-besaran, kebetulan pula Haikal adalah anak tunggal, nak tak nak mestilah mahu diadakan ‘weeding of the year’, tapi keluarga Kea menolak, cukuplah secara bersederhana. Lagipun keadaan kesihatan Haikal masih di tahap yang berjaga-jaga. Doktor juga ada menasihatkan Haikal supaya tidak terlalu penat. Dan atas sebab itu, akhirnya mereka akur, kata sepakat di ambil… Mereka tak mahu sesuatu terjadi kepada Haikal. Hmm… ‘Eh, mana Ibu ni!?’ sedang dia sibuk melayan perasaanya, tiba-tiba dia teringatkan Ibu, sedari tadi panggilannya sepi tidak bersahut. Mungkin suaranya tenggelam dek riuh rendah suasana rumah yang penuh dengan sedara mara dan jiran tetangga yang sedang sibuk menyediakan juadah untuk para tetamu esok.

“I..Buuuuuu!!” Di cubanya sekali lagi. Kali ini dengan suara yang lebih lantang. Dia bukan tak mahu keluar dari bilik tu, Ibu dan Nek Cu yang melarangnya untuk keluar, mereka kata ‘Bakal isteri, darah manis, elok duduk diam-diam dalam bilik je, tunggu bakal suami datang!’ Ish, Kea boringlah Ibu! Nek Cu!

Selepas beberapa minit menunggu, dia terdengar bunyi derapan kaki yang sedang menghampirinya. Dia tersenyum puas.

“Ada apa Kea?” Soal Ibunya yang masih tercunggap-cunggap menahan nafas. Risau bila Kea menjerit memanggilnya begitu.

“Ibu, Kea lapar…” Rengek Kea.

“Lar… Ibu ingat apalah tadi. Ingat ke kene gigit semut api ke apa.” Kea tersengih mendengar kata Ibunya. Pandai Ibu buat lawak! Apalah semut api, cakaplah kerengga ke, besar sikit! Kehkehkeh.

“Kea lapar Ibu, perut ni dah dondang sayang plus joget lambak dah ni!!”

“Kea tak makan tadi?” Soal Ibu, Kea menggelengkan kepalanya.

“Tak, belum lagi… Kak Zurina tak sempat-sempat nak pakaikan Kea benda alah ni!” Jawabnya sambil menunjukkan kedua-dua belah jari tangannya yang sudah pun di pakaikan Inai. Esok majlis akad nikah, nak tak nak hari ni jugalah dia kena pakai Inai ni. Kalau lambat hilang seri katanya. ‘Eh, tapi betul ke esok aku nak kahwin ni??? Aiseyman, macam tak percaya lah!’

“Habis tu, kata nak lawa kan… Tahanlah sikit Sayang… Erm, okay. Nanti Ibu ambilkan… Kea nak makan apa?”

“Nak makan steak boleh Ibu?” Kea bergurau. Ibunya menampar lembut bahu anak gadisnya itu. Dah nak jadi isteri orang pun masih nak main-main lagi!

“Main-main ya! Cakaplah betul-betul, nak makan apa??” Soal Ibunya lagi.

“Kea nak makan nasi……” Jawabnya lirih. Ibunya mengganguk.

“Hello… ada orang di dalam tak, orang di luar nak masukk!!” Along Aiman yang entah dari mana munculnya datang menyapa.

“Orang di dalam sedang bergosip, kalau orang di luar tak malu, silalah ke dalamm…!~” Along Aiman mula melangkah masuk tanpa menghiraukan usikkan adiknya, dia terjenguk-jenguk seperti mencari sesuatu, pintu almari di buka, pintu bilik air, laci-laci semua habis di geledahnya. “Along cari apa!?” Soal Kea pelik, ‘Adalah tu nak kenakan aku.’ Duganya.

“Cari adik saya, awak nampak dia?”

“Hish, Along ni… mulalah tu nak usik Kea!” Gadis itu dengan cepat memukul lengan Alongnya. Ada saja akalnya nak buat dia geram.

“Laa.. Adik Along ada kat sini ke?? Wahh!! Tak perasannn Along, berseri-seri!” Tambah Alongnya lagi. Kea jelir lidah.

“Ibuuu! Tengok Along ni, sengaja nak kenakan Kea…” Ibunya pula yang menjadi mangsa. Di palingkan mukanya ke arah lain.

“Along, adik kamu tu dah nak kahwin… Cukup-cukuplah tu menyakat dia..” Ibu menegur. Kea tersenyum puas. ‘Padan muka Along!’ Tingkahnya.

“Ala Ibu… Bagilah Along peluang nak kacau Kea, lepas ni dah tak boleh dah… Hmmm… Mesti Along sunyi nanti… Kea mesti lebihkan suami dia dari kita… yelah… Siapalah kita ni nanti…” Amboi! Melebih-lebih pula Along ni.

“Ibuuu!!“

“Hish, apa-apa sajalah kamu dua beradik. Ikut suka hati kamu lah… Ibu nak ke dapur ni, Kea lapar lagi tak? Ke dah kenyang kena sakat dengan Along kamu??” Ibu pula menambah.

“Ibu pun sama!” Keluhnya. “Lapar! Kea lapar… Ibu bawakan nasi ya..” Pintanya. Ibunya hanya tersenyum mengganguk.

“Tunggu sekejap Ibu ambilkan… Ha, Along, jangan kamu nak galak sangat usik adik kamu ni ya…” Pesan Ibu sambil berlalu. Along hanya tersengih.

“Yela… yelah..” Balasnya. Wajah Kea di tenungnya.

“Apa Along tengok Kea macam tu?” Soal Kea, keningnya di angkat sedikit.

“Saja… Nanti dah tak dapat nak tengok adik Along macam ni lagi…”

“Alah, Along ni mengada tau! Kea bukannya pergi berperang pun. Nak kahwin je… tak adanya sampai nak putus sedara.” Jawab Kea. Along senyum. Ubun-ubun rambut Kea di usapnya.

“Cepatkan masa berlalu, dah besar dah adik Along yang nakal ni… Dah nak kahwin dah pun… Lagi cepat dari Along pula tu!” Ayat itu kedengaran sedih di pendengaran Kea.

“Along jahatlah… Janganlah cakap macam tu, buat Kea nak nangis je!” Marah Kea, dalam masa yang sama matanya sedang di genangi air mata.

“Hey, dah nak jadi isteri orang mana boleh cengeng lah!” Kedua-dua belah pipi Kea di pegangnya. Kea diam.

“Kea kena kuat tau Dik… Adik Along ni dah tak boleh nak manja-manja lagi, dah tak boleh nak merengek minta itu dan ini, Kea kena jadi lebih matang ya. Lepas ni Kea bukan lagi tanggungjawab Along dan Ibu, Nek Cu pun bukan… Kea akan jadi tanggungjawab Haikal, suami Kea… Kalau ada apa-apa jangan simpan sorang-sorang, kongsi dengan dia… dalam apa perkara yang Kea buat, suami mesti di dahulukan ya. Kea faham kan?” Soal Aiman. Air mata Kea sudah mula menitis.

“Kea faham… InsyaAllah, Kea akan ingat pesanan Along…” Jawabnya. Aiman menarik nafas panjang, tak pernah dia sangka akhirnya begini, tak sangka juga jodoh adiknya adalah dengan pesakitnya sendiri. Soal jodoh kan, semuanya telah teratur dan di tentukan oleh Yang Maha Esa. Dia cuma berharap adiknya gembira dan bahagia dengan pilihan hatinya. Dia tahu adiknya dah cukup matang untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin atau bakal menimpa. Dia sangat yakin adiknya mampu untuk menghadapi semua perkara yang telah tersusun buatnya…….


“ZAH, ada orang cari kau kat luar tu!” Muncung mulut Makcik Safia memanggil Ibu Kea yang sedang sibuk menyediakan hidangan untuk anaknya.

“Siapa?” Soalnya.

“Manalah aku nak tahu, kau tengoklah sendiri. Aku sibuk nak buat gulai ni.” Jawab Makcik Safia seraya meninggalkan Ibu yang terpinga-pinga.

“Nanti aku tengok…”


“EH, Haikal? Kenapa malam-malam datang sini ni?” Soal Ibu Kea terkejut dengan kehadiran tetamu yang tak di sangka-sangka.

“Makcik, maaf menggangu. Saya datang nak jumpa Kea.” Jawab Haikal.

“Amboi… Tak sabar nak tunggu esok ya?” Ibu Kea sengaja mahu menyakat bakal menantunya itu. Haikal tergelak kecil.

“Kalau boleh malam ni juga saya nak kahwin dengan dia Makcik… Tapi, apakan daya….” Balas Haikal. Wanita di hadapannya itu tergelak besar mendengar jawapan Haikal.

“Erm… Boleh saya jumpa Kea sekejap Makcik? Sebelum kami di satukan esok, saya ada beberapa perkara yang ingin bincangkan dengan dia…” Pinta Haikal. Ibu Kea hanya menggangguk tanda kebenaran.

“Boleh Haikal… Masuklah… Dia ada dalam bilik tu, baru lepas berinai. Ha, kebetulan kamu nak jumpa dia, bawa sekali pinggan nasi ni. Kesian dia dari tadi merengek lapar.”

“Hai, nak kahwin sampai tak makan?” Haikal berseloroh.

“Mak andamnya datang cepat sangat, suruh pakai inai. Tak sempat budak tu nak makan. Dah, pergilah… Kang meraung pula dia dalam bilik tu.” Haikal menurut, di ambilnya pinggan nasi dari tangan bakal Ibu mertuanya itu. Sempat juga matanya melilau memandang sekeliling, meriah! Batang hidung Nek Cu pun tak kelihatan. Mungkin sibuk di dapur. Duganya. Kakinya mula dihayun perlahan menghampiri bilik Kea, gadis yang akan mengisi kekosongan hidupnya selepas ini. Hatinya berbunga mekar.



“Assalammualaikum….”

‘Eh! Macam ku kenal suara tu!??’ Tingkah Kea seraya menoleh ke arah pintu biliknya. Along juga turut memusingkan badannya berpaling ke arah si empunya suara.

“HAIKALL!??” Dengan serentak nama itu disebut.
Haikal tersengih memandang Kea dan Along Aiman. Sudah di jangka mereka pasti akan terkejut melihat kedatangannya di sini. Yelahkan, mana ada bakal pengantin lelaki yang datang berjumpa dengan bakal isterinya pada malam perkahwinan, hilang akal apa!?? Tapi dia tak peduli, ada perkara yang perlu di tanyakan pada Kea.

“Apa you buat di sini Haikal?? Malam-malam ni??” Soal Kea. Dia bangun mendapatkan Haikal. Tambah hairan bila terpandangkan sepinggan nasi yang berada di tanggannya. ‘Dia tahu aku lapar? So, datang nak buat service delivery??’ Dia berteka-teki sendiri. Walaupun teka-tekinya agak mengarut, tapi dia tak kira, dia nak jugak berteka-teki!!

“Ha’ah Haikal, tak sabar nak tunggu esok ye?” Seperti Ibu, Along Aiman juga bertanyakan soalan yang sama.

“Along… Haikal ada hal sikit nak discuss dengan Kea…” Jawab Haikal.

“Hal apa?” Belum sempat Along membalas, Kea terlebih dahulu mencelah. Amboi, gelojoh! Pipi Kea ditariknya. “Auch! Sakitlah Along!” Jeritnya.

“I nak tanya you sesuatu… Err..” Haikal di pandang Kea dengan pandangan yang tersirat. ‘Ada apalah dengan dia ni… Jangan tiba-tiba tak jadi nak kahwin pula, naya mak nok!~’ Kea mula berfikiran negatif.

“Ermm… Tak apalah, korang berbuallah… Along keluar dulu.” Kea dan Haikal hanya membiarkan Alongnya berlalu keluar dari bilik itu. Kini tinggal mereka berdua bersendirian di dalam bilik. Kea tiba-tiba jadi gelisah. Mata Haikal tajam merenungnya.

“Ada apa Haikal? Tak sihat?” Soal Kea.

“Rindu.” Jawab Haikal ringkas.

“Rindu?? Jangan main-main tau. Cakaplah betul-betul!” Haikal sekadar tersenyum.

“Nak makan?” Soalnya. Kea menelan air liur. ‘Mestilah nakkk!!! Lapar kutt!’

“Nak tak?” Soal Haikal lagi. Kea mengganguk.

“Nak! I lapar…. Tapi…” Kea was-was, di pandang jemarinya yang penuh di litupi Inai. Diangkatkan tangannya dan di sua pada Haikal, lelaki itu faham.

“I suap. Mari.” Pelawanya. Kea tiba-tiba jadi malu… Eh, tapi!! Dia mahuuu.

“Nganga mulut luas-luassss!” Haikal mengarah, Kea ketawa sebelum menurut.

“Sayang…” Kea menjungkitkan keningnya, “…You sayang I?” Kea mencebik, soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.

“Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu?” Soalnya. Datang malam-malam ni semata-mata nak tanyakan soalan tu? Kea tambah hairan.

“Jawablah… Please.”

“Saaaayang Haikal, I sayang you… Sayang yang tak berbelah bagi. Kenapa? Masih ragu-ragu dengan I?”

“Sayang atau kasihan?” Soalan Haikal membuatkan Kea sedikit terkejut. Lama dia terdiam memikir kata untuk menjawab.

“Sayang… bukan kasihan.” Jawabnya.

“Sure?” Haikal masih tak berpuas hati.

“Haikal, kenapa ni?” Kea jadi tak keruan bila dihujankan soalan yang bertubi-tubi.

“I dengar dari seseorang, Baba you dulu meninggal di sebabkan kanser, dan you jadi doktor pun sebab hal itu. You sedih sebab tak mampu untuk berbuat apa-apa waktu itu, dan sekarang kebetulan you dapat pesakit yang betul-betul menderita kerana kanser, dan orang itu adalah I, betul?” Kea terkedu, di alihkan pandangan matanya. Haikal kelihatan serius.

“…. Kea, pandang muka I, tolong jawab soalan I dengan jujur… I janji I takkan……..

“Haikal, cukuplah…” Pintas Kea.

“Jadi betullah? You cuma kasihan kan I?” Nada suara Haikal berubah. Kea mengeluh.

“Haikal… Apa yang buatkan you berfikir macam tu? I sayangkan you Haikal… I cintakan you. Percayalah…”

“Tapi….,

“Jangan fikir yang bukan-bukan, you kena yakin dengan I. I mengaku, di awal perkenalan kita, perasaan yang ada cuma kasihan melihatkan you yang menderita dengan sakit you tu, tapi itu dulu… I tak tahu sejak bila perasaan sayang dan cinta tu hadir dalam diri I, perasaan tu wujud semulajadi sehinggakan I sendiri tak mampu mengawal diri I untuk terus bersama you… dan telah pun terbukti, bila I sendiri yang menyuruh you untuk menghalalkan hubungan kita ni….. Tolonglah Haikal… I tak tahu apa lagi yang perlu I lakukan untuk menyakinkan you…” Terang Kea. Haikal diam membisu.

“Hmmm…. Maafkan I kea… Mungkin I berfikir terlalu jauh. I tak mahu you kahwin dengan I disebabkan kasihan dengan keadaan I. I tahu keadaan I macam mana, I ni tiada apa kalau nak di bandingkan dengan lelaki lain… Entah esok lusa selepas pernikahan kita, I dah tiada lagi… Waktu tu, I tak mahu you menyesal bersuamikan I, I tak nak you susah di kemudian hari… I betul-betul sayangkan you Kea, I sanggup lepaskan you kalau dengan cara inilah yang boleh buatkan you bahagia….”

“Kalau dengan cara melepaskan I, you rasa boleh buatkan I bahagia, you silap Haikal… I mungkin akan lebih menderita selepas itu… I hanya akan bahagia jika you disisi I. Hmm… Sudahlah… Tak perlu fikirkan hal ni lagi, saat yang kita nanti sudah hampir Haikal, janganlah tiba-tiba di rosakkannya…” Sayu hati Kea waktu itu, dia faham perasaan Haikal, dia tahu apa yang Haikal bimbangkan. Dia sudah lama redha dengan hal itu, dia yakin dia mampu menghadapi segalanya asalkan Haikal sentiasa berada di sampingnya.

“Hurmmm…” Haikal melepaskan keluhan berat. “Baiklah….., I rasa apa yang I paling risaukan sudah pun terjawab, I percayakan you Kea… Terima kasih untuk semuanya…” Ujarnya bahagia.“… Kita kahwin malam ni ya??” Sempat lagi Haikal mengusiknya. Kea tergelak. ‘Ada saja dia ni!’

“Mengada kan! Dahlah, you pergilah balik… Nanti risau pula semua orang bila tahu you dah hilang…”

“Tak mengapa, kalau I hilang pun, dorang tahu I hilang di tempat you.” Jawab Haikal selamba.

“Tapi hilang di malam sebelum perkahwinan kut!~ then bila dapat tahu, you ada dengan I, bakal isteri you… Ha, just imagine what they’ll think about us.. haa.. think, think…!” Haikal tergelak besar bila melihatkan gelagat Kea waktu itu. ‘Haishhh… Tak sabarnya mahu memiliki gadis ni!!!’

“Kea, esok kita kahwin ye…” Katanya lagi.

“Ye Haikal, ye… Dahlah, pergilah balik… lagipun tak manis tau kita berdua-duaan macam ni, apa pula kata orang kampung… pergilah…”

“Amboi menghalau!” bentak Haikal.

“Bukan menghalau, tapi…..

“Ye, ye… I baliklah… jumpa esok tau..” Katanya, Kea tersenyum mengganguk.

“I balik ni…” Kea mengangkat tangannya untuk melambai.

“Esok kita kahwin tau!!” Laungnya.

“Haikal!!” Kea terlambat, Haikal sudah pun meninggalkannya. Yang jelas kedengaran hanyalah gelak tawa Haikal yang bergema. Kea tersenyum sendirian. Dia juga masih tak percaya apa yang sedang dan akan berlaku. Tinggal kurang dua puluh empat jam lagi, dia akan menjadi isteri kepada Haikal Hakimi Ashraf…. Senyumannya makin meleret. ‘Dalam hati ada taman…’ kata Shaheizy Sam. Eh, sempat!


* * * * *

“Saudara Haikal Hakimi bin Ashraf….”

“Err… Ye, ye saya….” Tersekat-sekat dia menjawab panggilan Tok kadi. Peluh sudah mula memercik keluar membasahi muka dan tubuhnya. Hatinya sangat berdebar-debar ketika ini. Jantungnya berdegup kencang!

“Sudah bersedia?” Soal Ustaz Ismail, Imam besar merangkap tok kadi kepada pernikahan Haikal dan Kea.

“Err… Su.. su..dah..” Tetamu yang ada kelihatan ketawa melihat keadaan Haikal. Kea juga tertawa kecil melihatkan bakal suaminya sedang terketar-ketar menahan perasaan sendiri. ‘Dia cemaslah tu!’ Duganya.

“Bersedia atau tidak ni??” Ustaz Ismail bertanyakan semula. Sengaja mahu menambahkan lagi kegusaran di hati Haikal.

“Sudah ustaz, saya sudah bersedia, InsyaAllah…” Jawabnya lancar, dia kelihatan lebih tenang kini.

“Kita mulakan sekarang ya? Wakil pengantin?” Along Aiman yang berada di sebelahnya memberikan isyarat agar upacara akad nikah di teruskan. Ustaz Ismail mengganguk.

“Pegang tangan saya, dan ikut apa yang saya ucapkan ya.” Arah Ustaz Ismail.

“Ye, baik…” Tangan Ustaz Ismail di pegangnya kukuh, sekukuh ikatan perkahwinan yang di harapkannya nanti. Di carinya kelibat Kea yang kelihatan sangat anggun duduk bersimpuh di sebelah Ibu, Nek Cu dan Maria.

“Bismillahirahmannirahim…..

……… “Kea, you almost there! U’re getting married soonnn!~” Maria membisikkan sesuatu ke telinga Kea. Kea tersenyum. Hatinya turut berdebar-debar ketika ini. Moga-moga semuanya selamat dan Haikal berjaya dengan satu lafaz sahaja. Tangan Ibu di genggamnya kejap.

“….. Haikal Hakimi bin Ashraf… Aku nikahkan dikau dengan Kea Alyissa binti Ahmad Iqbal Taruddin dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit Malaysia tunai!”

Haikal sempat menarik nafasnya, sebelum….. “Aku terima nikahnya Kea Alyissa binti Ahmad Iqbal Taruddin dengan Mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai…..!,”

“Saksi, jelas??” Soal Ustaz Ismail kepada saksi-saksi yang duduk di sekitarnya. Mereka memandang sama sendiri.

“Sah, Ustaz!”

“Sah!”

“Alhamdulillah…………” Tambatan janji di meterai! Takdir Illahi akhirnya mereka di satukan… Haikal berjaya mengucapkannya dengan sekali lafaz sahaja.

‘Alhamdulillah…..’ Hati kecilnya berdetik, tangan di angkat memanjatkan syukur ke hadrat Illahi, airmata gembira yang jatuh membasahi pipinya di kesat perlahan. Dia tercari-cari kelibat Kea yang kini sudah pun sah menjadi isterinya. Seperti isyarat tanpa kata dapat dibaca, mereka mengganguk mengiyakan kata hati masing-masing. ‘Terima kasih Ya Allah, kerana memberikan kesempatan kepada kami untuk hidup sebagai pasangan suami isteri yang sah!’

“Sujud syukur Haikal……..” Kata-kata itu di sambut dengan senyuman dari seorang suami yang bakal mengalas tanggungjawab terbesar di dalam hidupnya…

No comments: