Be who you are and say what you feel, because those who mind don't matter and those who matter don't mind. ~ Dr. Seuss
Followers
"LOVE MEMO"
"LOVE MEMO OF THE DAY"
New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..
Enjoy reading guys! ;D
Love,
Ara
New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..
Enjoy reading guys! ;D
Love,
Ara
Tuesday, July 3, 2012
SURAT CINTA UNTUK KEA - "FIQA SHAH"
Assalamualaikum to kak Ara yg comey mcm teddy.. heee..
First of all nk ucap….
Why?? This is de reason…
Kak araaaaaaaa… Tq very2 much tou for de gift.. I’m very appreciate it.. wah.. kata2 kak ara sgt mnyentuh hati tou.. amin.. btw kte pom harap bnda yg sama utk sis.. moga sis akn hepi sokmo, dmurahkn rzeki, & smoga kbahagiaan tue sntiasa melingkari idop kak ara.. may Allah bless u olwez kak Sarrah Sharrina Bt Karim.. (erkss, nama pnoh ku mntion, hehe).. prkenalan kte brmula d muka buku but I hope 1 hari nanti bila diizinkn-Nya, I want 2 meet u, my senior. hehe.. face to face tou sbb nk cubit pipit kak ara yg gebu tue.. hehe.. jgn mare.. pastue nk laga2 pipi ngn kak ara.. sudi x.. klo x sudi, nk jgak.. hik3.. last but least, I juz want 2 say daT..
so much kak aRa.. thnx 4 being my frenzz & a gud sister 4 me.. =)
Okaiyy dah abis.. eh mana review kea nye.. hehe.. nie bru nk start review.. td tue sesi pghargaan kte utk kak ara.. hehe.. eh, nanti yg ats nie jgn dmasokkan skali lam blog tou.. hehehe.. ok.. dah2.. stop merepek fiqa.. now, dgn lafaz bismillah brmula lah sesi mengulas KEA.. (^_^).. tp mula2 nk say sorry klo x besh & rse cam merepek.. klo rse sama mcm review kak ara buat pom sorri sbb ai mmg tgk dr ctu.. hehe.. nie first time ai review nvl.. special utk kak ara.. (^_^).. hehe..
Psst.. sila pegi ke next page yer.. mekasih.. J
Review KEA
Hanya sehari saya perlukan untuk menghabiskn karya sulung karya penulis Ara Sharrina. Novel ini mengisahkn tentang penyatuan dua dunia berbeza seorang gadis bernama Kea Alyissa Binti Ahmad Iqbal Taruddin, gadis lincah yang manja,degil & kuat mengusik. Takdir hidupnya telah mempertemukan Kea dgn Haikal Hakimi Bin Dato’ Ashraf, jejaka kacak berusia 28 tahun yang bersikap panas baran.
“HAH! HAH! MASYAALLAH! Hello! Hello! Bomba? Pejabat Buruh? Hah! Bilik mayat?? Eh, Polis! Polis… Bilik saya terbakar! Tolong… “ - Kea Alyissa -
“Mak Esah! Mak Esah!! Hish… Lembap betul orang tua ni! “ - Haikal Hakimi –
Dua watak yang sememangnya berbeza personaliti. Namun, perwatakn yang berbeza ini tidak menghalang uda & dara ini untuk mencipta kisah hati bersama bila pertemuan yang tidak diduga itu berlaku antara mereka. Di sini, ceritera mereka bermula.
“Hey! You buta ker? Tak Nampak orang? Mata letak kat lutut ker !?”
“Hamboi sedara, mulut tu ada insurance ke tak? Siapa yang langgar siapa ni? Dan tengok sekarang handphone siapa yang tersadai kat bawah tu?”
Segalanya telah ditakdirkan dan bila hero dan heroin ini ditemukan kembali di bilik Doktor Yusoff, berita mengejutkan diterima mereka. Siapa sangka Haikal Hakimi merupakan pesakit pertama Kea Alyissa walaupun Haikal menolak kerana tidak percaya dengan kredibiliti Kea sebagai seorang doctor praktikal. Kea diamanahkn oleh Doktor Yusoff untuk memantau jadual rawatan Haikal Hakimi yang menderita kanser otak.
“Don’t worry, Kea cuma berperanan sebagai assistant you saja. Dia akan update your treatment schedule, reminds you about all datelines and appointments, assisting you in therapy sessions, equips you with all the medicines. “
- Doktor Yusoff -
Kea tengah merawat Haikal. Auwww.. So suweet.. =)
Agaknya keindahan pantai Cherating yang brjaya menambat hati penulis muda ini utk dijadikn lokasi kisah hati Kea & Haikal mula tercipta. Dalam KEA juga, kedua-dua watak utama novel ini banyak melakukan aktiviti-aktiviti bersama yang saya kira pencetus brputiknya rasa cinta dalam hati mereka tanpa Kea & Haikal sedari.
Cherating
Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.
Sy juga dapat merasakn betapa malunya Kea bila Haikal dengan selambanya mencium dahi Kea ketika mereka berada di banglo Haikal. Dan banyak lagi perlakuan uda & dara ini yang menyebabkn kemesraan itu semakin erat terjalin…
“Tak ada hasil? You nak ‘hasil’ ke??”
“Eeii.. Gatal ye.. Pergi balik sekarang!”
“Ok, I balik. I hope lepas ni I boleh tidur nyenyak tanpa adanya ‘apa-apa’ dari you”
“Haikal!!!”
“Kea, I lapar… ”
“Eh, tahanlah sikit Haikal”
“Alaa.. Tak boleh. Lapar! Lapar!”
“Amboii.. Mengada ye! Nak manja-manja pulak dia. Ketuk kang!”
Antara part sedih dalam KEA..
Bila perasaan cinta itu semakin mendalam, segala kepayahan ditolak tepi. Yang diinginkan oleh si gadis hanya satu. Ingin bersama-sama arjunanya melawan rasa sakit itu.
“Hmm.. I dah pernah minta sebelom ni, dan hari nie, di waktu nie, I nak minta you halalkan hubungan kita, I mahu kita berkahwin! Tolong ambil I sebagai isteri you.. I mahu menjaga dan mencintai you seumur hidup I.. I perlukan you Haikal...”
Ibu mana yang akan membenarkn anaknya mengahwini seorang pesakit kanser. Namun takdir Ilahi, tiada siapa yang dapat menghalang. Kea & Haikal akhirnya diikat mnjadi suami isteri yang sah di sisiNya..
“Aku terima nikahnya Kea Alyissa Binti Ahmad Iqbal Taruddin dengan Mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.... !”
“ Saksi, sah?? “
“Sah, ustaz!”
“Sah!”
“Alhamdulillah.... ”
(Haikal kiss Kea lah.. Aisyyy.. Malu2.. :P)
Orang kata alam rumah tangga itu berbeza dengan alam prcintaan. Ternyata ia benar. Ikatan suci yang dibina itu sememangnya menjanjikan kemanisan buat pasangan pengantin baru yang hangat dilamun cinta ini. Kea Alyissa & Haikal Hakimi.
“Okay, okay, meh nak kiss pipi dia… Alolo.. Manjanya dia ni ya.. Suami siapalah ni…. Ish… Ishh… Ala kuchi-kuchi…!”
“Satu untuk pipi kanan, mmuah!”
“Satu untuk pipi kiri, mmuahhh!”
“Thank you Sayang..”
Panas yang disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kehadiran orang ketiga menguji kasih sayang kedua insan ini. Zarif Zaquan yang menjadi punca hubungan suami isteri Kea & Haikal berantakan buat sy rasa nak sekeh mamat psycho tue laju-laju.
“Aku tak akan biarkan mereka bergembira di atas penderitaan aku!” - Zarif Zaquan –
Rasa cinta & sayang yang terlalu mendalam terhadap Kea buat Haikal cemburu buta. Fitnah yang dilempar Zarif berjaya mengundang sengketa antara Kea & Haikal. Salah faham tercipta. Haikal hilang pertimbangan.
“Abang, Kea minta maaf. Kea memang ada berjumpa dengan lelaki ini. Tapi masa tu Kea….”
“Dahlah, kau tak payah nak terang apa-apa lagi. Aku dah tak nak tengok muka kau dalam rumah ni lagi. Kau boleh berambus keluar dari sini!”
Fitnah apa yang telah dilakukan oleh Zarif sehingga membuatkan Haikal tega menghalau Kea dari rumah? Macam mana Kea & Haikal berbaik semula selepas perselisihan faham tu? Ada lagi tak konflik yang perlu dihadapi Kea & Haikal selepas itu?? Suspen-suspen.. Heh3..
Tapi jangan risau sebab saya ada berita gembira tentang ending KEA. Kita tahu kan dalam kehidupan sebenar, tidak semua kisah cinta itu akan berakhir dengan kebahagiaan. Jadi saya rasa tidak salah rasanya jika kita berimaginasi untuk memberi kebahagiaan pada penghujung cerita yang digarap. Erkss.. Maksudnya? Hantu-hantu novel bolehlah bergumbira kerana sememangnya novel KEA brakhir dengan…………
(ALYA SOFEA & ADAM HANIF)
- Putera & puteri Kea & Haikal -
Excited tak lepas dapat tahu hepi ending?? Sy tahu ada sesetengah pembaca nk baca nvl hepi ending jer. Samalah kita.. So, apa tunggu lagi.. Kalau nak tahu selanjutnya, kenalah dapatkan novel KEA di kedai-kedai buku berhampiran. Hanya berharga RM27.00.. Eh, sempat lagi ai pomot.. Hehe..
Bagi saya, KEA mengadunkan pelbagai perencah & rasa yang dapat saya rasai. Ada sedih, gembira, geram, marah. Sehingga kadang-kala saya terfikir, betapa beruntungnya kak Ara kerana dianugerahi bakat untuk menghasilkan sebuah cerita yang baik. Kak Ara guna bakat yang dimiliki sebaiknya sehingga berjaya membuai perasaan saya dengan kata-kata yang sangat puitis.
“True love is not to live for oneself but for the sake of other…” - Kea Alyissa -
“True love is to give all you have for the other, even your life…” - Haikal Hakimi -
Membaca novel ini mengingatkan saya pada kata-kata pujangga Hamka yang saya kira ada benarnya juga…
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat…
Saya percaya cinta di sini bukan hanya merujuk pada cinta kpd kekasih, tetapi yang lebih penting ia mengingatkan kita pada cinta teragung iaitu cinta pd Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Dan KEA telah memaknakannya. Tahniah kak Ara Sharrina.. (^_______________^)
Lots of love…
Fiqa shah
8.27 Am
Ahad, 1/7/2012
++++++++++++++
* Please Drop Some Love :)
Thank you People! <3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
:) gudluck