Be who you are and say what you feel, because those who mind don't matter and those who matter don't mind. ~ Dr. Seuss
Followers
"LOVE MEMO"
"LOVE MEMO OF THE DAY"
New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..
Enjoy reading guys! ;D
Love,
Ara
New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..
Enjoy reading guys! ;D
Love,
Ara
Tuesday, September 25, 2012
"Aiseyman, Driver Aje" - [Bab 5]
Attention Lovely Readers :
Kalau awak dah ikuti ADA since bab 1 hari tu, it is advisable before you continue to this entry you baca balik dari 1st chapter ya. Sebab ada perubahan dari segi plot cerita... Sorry sayang :)
+++++++++++++++++++++++++
BAB 5
“KAU jangan pandai-pandai buka mulut depan Datin nanti. Kalau Datin tanya apa-apa, biar aku aje yang jawab. Faham?” Tak ada angin, tak ada tanda tiba-tiba Irham beri amaran. Pelangi hanya tunduk mengangguk. Malas nak bersuara. Marahnya pada lelaki itu masih belum hilang. “Faham tak!?” Ulang Irham kasar. Pelangi ketap bibir. Ah, lelaki ni… Buta ke aku dah angguk tadi! Gumannya sendiri.
“Faham…” Perlahan dan mendatar saja itonasi suara Pelangi.
“Apa? Aku tak dengar.”
“Hmm… Fahammm.” Pelangi kuatkan sedikit volume suaranya. Pekak badak agaknya dia ni.
“Susah sangat ke nak buka mulut tu. Nak kena sumbat dengan botol kicap agaknya kau ni kan!” Tambah Irham. Pelangi urut dada. Botol kicap!? Arghh! Wahai hati, sila bertahan dengan keceluparan mulut si samdol ni! Bila dah sampai ke tahap ‘samdol’, ini bermakna amarah Pelangi semakin menebal. Tanpa sedar kakinya dihayun pantas meninggalkan Irham.
“Hoi! Kau nak pergi mana!?”
Langkah Pelangi terhenti serta merta. “Err… Bilik datin.” Dahinya berkerut.
“Depan tu bilik mayat.” Tunding Irham. Matanya tajam merenung Pelangi. Gadis itu hilang arah. Berdirinya jadi serba tak kena.
“Err… Saya tahu. Er…” Terketar-ketar dia nak balas, itulah terlalu ikutkan sangat perasaan marahnya itu. Janganlah lelaki ni fikir aku yang bukan-bukan, manalah aku tahu depan tu ada bilik mayat. Sorry lah Tuan besar… Saya tak sengaja. Ehhh, tapikannn! Pelangi mula terfikirkan sesuatu. Ni bukan ke tingkat VVIP, takkanlah bilik mayat ada kat tingkat ni! Dia nak kenakan aku ke apa ni!!?
“Encik Irham… ni kan tingkat VVIP. Mustahil ada bilik mayat kat sini… Encik nak main-mainkan saya ya?” Soal Pelangi berani.
Bulat mata Irham mendengar soalan Pelangi. “Kau ni kan…..
“Irham…” Irham tak sempat menghabiskan ayatnya. Dia memalingkan mukanya mencari susuk tubuk si pemanggil. “Eh, Doktor.” Doktor Luqman, Doktor peribadi keluarganya. Irham menghulurkan tangan untuk bersalaman. Lelaki dalam lingkungan umur tiga puluhan itu menyambutnya dengan senyuman mesra.
“Nasib baik jumpa you di sini. You tahukan Datin dah boleh keluar wad hari ni?”
“Ya tahu, Bonda ada beritahu I this morning. So, how is her condition, Doctor?” Soal Irham ingin tahu. Pelangi hanya memerhati. Raut wajah Irham sangat serius bila berbicara soal bondanya. Bagus, sikap yang satu ni dia memang respect!
“Alhamdulillah, she’s fine. Semuanya dah normal. But still, you kena selalu monitor Datin. Don’t let her do so much work in one time.” Pesan Doktor Luqman dengan senyuman yang masih manis terukir di bibir.
Irham hanya mengangguk. “I will, Doctor. But you know-lah Bonda, degilnya mengalahkan budak kecil. Kadang-kadang bila ditegur, kita yang dimarahi balik…” Bebelnya. Doktor Luqman tertawa besar, Pelangi pula sekadar tersenyum. Biasalah, orang tua, takkan tak tahu. Complaint aje pandai… Cuba jadi orang tua tengok! Getus Pelangi di dalam hati.
“It’s okay. Take it easy and slowly. Orang tua memang banyak kerenah, sebagai anak you kenalah banyak bersabar. Layankan saja kemahuannya.” Tambah Doktor Luqman lagi.
“Insya-ALLAH, Doktor.”
“So, okeylah. I shall go now. See you soon.”
“Ya okey. Thank you, Doktor.” SahutIrham.
“No problem.” Balas Doktor Luqman. Matanya kemudian jatuh tertumpu pada Pelangi yang berdiri di belakang Ilham. Gadis itu dari tadi hanya mendiamkan diri. Irham juga turut menoleh ke arah Pelangi. Ada apa dengan dia sehingga Doktor Luqman memandangnya sebegitu. Pelangi tiba-tiba jadi malu. Mulalah dia rasa mengigil kepala lutut.
“Ada apa Doktor? Kenapa pandang dia macam tu? Doktor kenal ke?” Soal Irham pelik. Dari pandangan lelaki itu merenung Pelangi, Irham sudah boleh agak akal lelaki di hadapannya ini.
“Eh, tak ada apa-apa. Dari tadi senyap aje, itu yang rasa baru perasan.” Jawab Doktor Luqman.
“Oh, dia memang macam ni Doktor. Tak pandai nak bersosial, itu yang senyap je tu.” Jawab Irham selamba. Pelangi dipandangnya sekilas, gadis itu ketap bibir. Hish, dia dah mula dahhh… Suka hati je cakap aku tak pandai bersosial!
“Tak apa, zaman sekarang ni yang tak pandai tu lah yang rare. So, kena jaga dia baik-baik. Orangnya pun boleh tahan manis.” Puji Doktor Luqman tanpa mengetahui status sebenar hubungan mereka, Irham tersedak. Pelangi mahu ketawa tapi ditahannya.
“So, good luck.” Sempat Doktor Luqman memesan. Bahu lelaki itu ditepuk- tepuk sebelum berlalu.
“Err…” Irham tidak mampu untuk membalas. Dia pandang Pelangi yang tersengih sendiri. Adrenalin darah mula terasa laju naik ke mukanya. Tanpa sengaja, Pelangi terpandang Irham dan mata mereka bertaut. Lama, sebelum…
“Kau tak payah sengih macam tu, menyampah aku tengok!”
‘Ek eleh mamat ni!’ Dan Pelangi seperti tadi hanya mampu mengetap bibir dan memaksa hatinya untuk mengawal emosi dan diri.
“EH, siapa ni Irham? Manis budaknya.” Soalan dari Datin Yuhanis membuatkan Irham menjuihkan bibir. ‘Manislah sangat!’ Gumannya perlahan. Irham berang! Dan tambah berang bila dia lihat Pelangi tersenyum lagi. Eh, apahal semua orang nak sibuk pasal perempuan ni! Manis sangat ke driver aku ni? Dia perhatikan tingkah laku Pelangi yang sedang sibuk memasukkan barang-barang bondanya ke dalam beg kertas. ‘Bahagian mana yang manis sangat tu? Masam je aku tengok!’
“Dah, kau pergi kemas baju Datin, lepas tu tunggu kami di kereta.” Arah Irham dengan nada suara yang agak tinggi.
Datin Yuhanis pukul perlahan bahu anaknya itu. “Kenapa kasar sangat dengan perempuan Irham? Bonda tak ajar Irham layan perempuan macam tu kan?”
“Eh, mana ada Bonda. Hmm… Okey, okey. Kenalkan, ini Pelangi, driver baru Irham. Baru start kerja semalam. Pelangi, ni Bonda a’.. erm saya, Datin Yuhanis…” Terbelit-belit Irham nak bahasakan dirinya.
Pelangi senyum dalam hati. Sejuk sikit hatinya bila Irham membahasakan dirinya sebagai ‘saya’. “Erm… Datin, saya Pelangi. Tapi datin boleh panggil saya, Lani.” Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Eh, panggil saya Auntie je, tak payah berdatin-datin. Apalah ada pada pangkat kan. Erm… Pelangi? Unik nama kamu ni. Manis, semanis orangnya. Tak apa, auntie panggil kamu Pelangi saja ya.” Datin Yuhanis menyambut salam Pelangi dengan mesra.
‘Wahhh! Baiknya hati Datin ni. Lembut je orangnya, tak macam anaknya yang macam singa kelaparan setiap masa!’ Irham dikerlingnya. Lelaki itu turut merenungnya dengan pandangan yang tajam.
“Err… Baik auntie. Terima kasih.” Ucap Pelangi.
“Sama-sama. Pandai kamu cari pengganti Pak Harun, Irham…” Irham hanya senyum sumbing mendengar kata-kata bondanya. Hmm… Tak ada pandainya bonda, itu pun sebab dia dah tak ada pilihan. Apa yang ada di depan mata ketika itu, dia main sauk je!
“Berapa umur kamu ni, Pelangi?”
“Dua puluh tahun, Auntie.”
“Laaa… Patutlah nampak muda sangat. Remaja lagi tu. Kenapa kerja awal sangat? Pelangi tak sambung belajar?”
“Memang tengah…
“Okey, selesai dulu sesi suai kenal untuk hari ni yer, Bonda nak berehat. Nah! ambil beg ni Pelangi, tunggu di kereta.” Beg berisi baju dicampaknya ke Pelangi. Dia perlu hentikan sesi suai kenal tu serta merta, kalau dah start sampai sesi ‘orentasi’ nanti entah bila pula dorang ni nak berhenti.
Tubuh Pelangi terdorong sedikit ke belakang. ‘Hish! Kurang asam betullah dia ni, dahlah tak bagi aku cakap habis, lepas tu main campak-campak aje… Bagilah elok-elok!’
“Eh Irham, kamu ambil beg tu, biar Pelangi tolak kerusi roda bonda. Kamu selesaikan dulu bil-bil hospital tu, bonda dan Pelangi akan tunggu di kereta.” Ujar Datin Yuhanis.
Irham mendengus perlahan. “Alah, bonda ni...”
“Irham… Bertolak ansur sikit, beg tu kan berat.”
“Hmm… Yelah, yelah…”Akhirnya Irham mengalah. Dia ambil beg baju yang dicampaknya tadi dari tangan Pelangi. “Jaga bonda aku baik-baik” Sempat dia berbisik ke telinga gadis itu. Pelangi sekadar mengganguk, tapi dalam hatinya Allah saja yang tahu. Hatinya berbunga ceria! Dia bangga bila ada orang yang menyebelahinya.
Padan muka kau Tuan besar!
“PELANGI tinggal di mana?” Baru beberapa minit kereta melepasi pintu pagar hospital, Datin Yuhanis sudah mula mengajukan soalan. Berminat sungguh dia dengan driver baru anaknya itu. Irham yang duduk di sebelah pemandu, menguap berulang-kali.
“Tinggal menyewa di Puncak Perdana, Datin… Eh, Auntie.” Tersasul-sasul Pelangi membahasakan Datin Yuhanis. Wanita itu hanya tersenyum.
“Oh, tinggal dengan parents?”
“Tak auntie, saya sorang saje. Parents dah meninggal masa saya baby lagi. Adik beradik pun tak ada.” Jawab Pelangi jujur.
“Innalillah. Maafkan auntie ya. Auntie tak tahu…” Suara Datin Yuhanis bertukar sayu.
“Eh, tak apa. Saya dah biasa.” Balas Pelangi. Ditolehnya sekilas ke arah Irham yang sedang asyik memandang ke luar tingkap. Kut-kutlah dia pun nak terkesan sama. Tapi berangan jelah, dari awal-awal lagi lelaki itu memang tak langsung cuba untuk mengenalinya. Dia lebih pentingkan keadaan luar daripada kisah sedihnya itu, entah apalah yang dia nampak kat luar tu. Pelangi kembali fokus pada pemanduannya. Nak complaint lebih-lebih pun, dia siapa? Driver aje.
“Hmm… Pelangi sabar ya. Allah tu Maha Adil, Dia sudah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk Pelangi…” Pujuk Datin Yuhanis. Hati Pelangi sedikit terusik. Baik sungguh hati Datin Yuhanis ni, jauh benar jika hendak dibandingkan dengan anaknya yang sorang itu.
“Pelangi okey. InsyaAllah.” Sahut Pelangi perlahan cuba menyembunyikan sebak di hati.
“Baguslah kalau begitu. Jadi sekarang Pelangi menyewa soranglah yer? Selain buat kerja ni Pelangi buat apa lagi?” Bertubi-tubi Datin Yuhanis mengajukan soalan. Cukuplah soalan yang tadi tu, dia tak mahu menambahkan lagi kesedihan di hati gadis itu. Dia faham keadaan Pelangi kerana suatu masa dahulu, dia juga pernah berpisah dengan orang yang paling dia sayangi.
“Ya Auntie, menyewa sorang saje. Selain part time kerja, saya study… Dulu full time, tapi nanti nak tukar part time. Sebab nak kerja kan. Takut tak terkejar nak jadi driver Encik Irham.” Terang Pelangi, Irham yang terdengar namanya disebut terbatuk kecil.
“Oh, baguslah kalau dah ada perancangan macam tu. But make sure, you know how to delegate your task okey? Erm… Pelangi ambil course apa?”
“Art and design, Auntie…”
“Wahhh, jadi Pelangi ni pandai melukislah ya? Mesti Pelangi ni kreatif kan…” Datin Yuhanis kelihatan sangat teruja bertanyakan hal itu dan ini.
“Tak adalah pandai, auntie. Bolehlah sikit.” Jawab Pelangi merendah diri.
“Pandailah tu. Auntie ni pun…
“Amboi bonda… Minat betul dengan driver Ir ni.” Irham tiba-tiba menyampuk.
“Alah Ir ni, takkan nak tanya sikit pun tak boleh. Ir takut ke bonda apa-apakan driver Ir ni? Jangan risau… Driver Ir, driver bonda juga. Eh, tapi… Muka manis macam ni, tak sampai hati pula bonda nak panggil Pelangi driver. Ha apa kata Pelangi buat part time dekat butik auntie aje.” Cadang Datin Yuhanis, dia sengaja mahu mengusik Irham.
Irham pandang bondanya tidak berkelip. “Bondaaa…” Panggilnya. Jangan buat hal bonda, teruk Ir nanti. Dahlah nak cari driver macam minta nyawa!
“Kenapa? Irham tak izinkan Pelangi tolong bonda ke?” Tambah Datin Yuhanis lagi. “Pelangi macam mana? Mahu tolong auntie?” Soalnya pada Pelangi pula.
Gadis itu tertawa kecil. Mestilah nakkk! Hatinya laju aje nak setuju. Tapi ditahannya. Sebelum ada kata putus, baik dia jangan kata apa-apa. Kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
“Bonda jangan main-main ya…” Irham tiba-tiba bernada serius. Datin Yuhanis dan Pelangi terdiam serentak. Suasana yang tadinya ceria mula bertukar suram.
Selepas seketika, kedengaran Datin Yuhanis ketawa. “Bonda gurau jelah Ir… Takkanlah bonda nak buat naya anak sendiri.” Tingkahnya.
“Ishhh… kalau bonda nak, bonda ambil jelah. Ir boleh cari orang lain.”
“Alahai, macam bonda tau tahu dengan perangai kamu tu, Ir… So Pelangi, tadi kamu cakap kamu tinggal menyewa seorang diri ya?” Datin Yuhanis tukar topik baru. Irham renung bondanya. Apa lagi akal bondanya ni. Dia mula gusar.
“Err… Ya auntie.” Balasnya tergagap-gagap.Pelangi agak terkejut bila tak pasal-pasal, dia pula yang menjadi watak utama untuk topik baru tu. Dia pandang muka Irham yang mencuka. Wajahnya tenang, tapi dalam tenang rona kulitnya merah.
“Hah, kebetulan rumah Auntie ada banyak bilik kosong. Tak payahlah Pelangi susah-susah nak menyewa. Tinggal saja di rumah Auntie. Duit sewa tu boleh dibuat belajar. Lagipun senang kalau Irham nak pergi mana-mana nanti. Tinggal panggil aje. Betul tak Irham?” Cadangan kedua dari mulut Datin Yuhanis membuatkan keduanya tersentak. Irham buat muka garang, Pelangi rasa nak pitam. Mereka berpandangan sesama sendiri.
‘BALA!’ masing-masing bermonolog di dalam hati.
BERSAMBUNG... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
araaaaaaaaaaaaa.... at last.. ara buat jugak novel ni..hehe teruskan smpai jadi manuskrip k... muah33! :) best la ara.. ayat santai jer.. :)
haaaaa! abislah Pelangi hari2 kena mengadap singa! kehkehkeh!