Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Tuesday, December 11, 2012

"Aiseyman, Driver Aje! - Bab 16


BAB 16


IRHAM merebahkan tubuhnya di atas sofa. Dia menjeling jam. Sudah hampir pukul dua belas tengah hari. Waktu makan tengah hari. Ah! Dan – dan pula perutnya nak berbunyi sekarang ni kan. Di tambah pula dengan bau makanan yang semerbak menyapa hidungnya. Dia bangun berjalan malas ke dapur. Malas, tapi nak makan. Ish!

“Bonda!?” Irham agak terkejut bila terpandangkan bondanya di situ.

Datin Yuhanis senyum mengangguk. “Surprise! Surprise!” Ucapnya teruja. Tangan didepa untuk memeluk Irham, satu – satunya anak yang dia ada.

Irham seakan anak kecil yang diberikan gula – gula terus menerpa ke arah bondanya. “Bonda…” Panggilnya sayu. Tubuh Datin Yuhanis dipeluk erat. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan bondanya itu. Dah hampir dua bulan jugalah. Seminggu selepas Datin Yuhanis keluar dari hospital, dia terus terbang ke Singapura atas urusan kerja. Urusan butiklah apa lagi. Dah dicegah, tapi bondanya itu tetap berdegil.

“How’s life, sayang?” Soal Datin Yuhanis selepas seketika melayan perasaan rindu yang bersarang di jiwa. Begitulah hidup mereka. Masing – masing sibuk menguruskan harta peninggalan yang ditinggalkan oleh Dato’ Affandy. Dia dengan business butiknya, Irham pula dengan business export import-nya.

Irham meleraikan pelukan bondanya perlahan. Matanya redup memandang Datin Yuhanis. “Not so okay.” Jawabnya. Kerusi meja makan ditarik perlahan.

“Bonda? How’s yours?” Soalan yang sama diajukan pada Datin Yuhanis.

Wanita itu hanya mengukir senyum lebar. Kedua – dua bahunya diangkat. “Well, nothing much. Cuma baru sudah dengan fashion show. Alhamdulillah, so far so good.” Jawabnya ceria.

“Congratulations. I am happy and proud of you.” Balas Irham tidak semegah. Dia ukir pula senyum tawar.

Datin Yuhanis berjalan menghampiri anaknya. Bahu Irham digosok lembut. “Hey… What did I miss?” Soalnya seakan tahu ada sesuatu yang sedang menggangu fikiran anak lelakinya itu.

Irham merenung anak mata Datin Yuhanis. Mencari kekuatan untuk bercerita. Dia dengan bondanya memang tidak pernah berahsia. Apa saja yang terjadi dalam hidupnya, kerja atau peribadi semuanya akan dikongsi bersama dengan wanita itu. “Bella…”

“Bella?” Datin Yuhanis jungkit kening. “Bella. Bella… Oh! Bella yang sama – sama study dengan Ir dulu kan?”

“Yes. She is.”

“Kenapa dengan dia? You all last jumpa waktu di wedding dia tu kan? Entah apa nama suami dia. Bonda lupa.” Dahi Datin Yuhanis berkerut cuba untuk mengingati sesuatu.

“Paul.” Satu persatu perkataan yang keluar dari mulut Irham. Tak semangat langsung.

“Ha… Yes, Paul. So, anything? Kenapa dengan dia? Pejam celik pejam celik dah lama juga dia kahwin kan? Dah ada anak?”

“Hmmm…” Dengar saja soalan itu, lagi kuat kedengaran keluhan Irham.

“Larrr… Ni kenapa pula ni?” Datin Yuhanis mula gelisah. “Kenapa? Tell me.” Pipi Irham dipegangnya. Irham membiarkan saja. Dia dengan bondanya memang begitu. Manja.

“Dia dah divorce la Bonda.” Tutur Irham dengan suara yang menggendur.

“Hah? Kenapa?”

“It’s complicated. Tapi sekarang ada tu dekat hospital, depressed. Cubaan bunuh diri.” Terang Irham. Potongan buah – buahan yang sudah pun terhidang di depan mata, dicapai dan dimasukkan ke dalam mulut satu persatu.

“Astaghfullahalazimmm… Sampai macam tu sekali? Kasihannya…” Keluh Datin Yuhanis cuba membayangkan keadaannya dahulu. Ditinggalkan suami bukan sesuatu yang mudah. Tapi mujurlah waktu itu dia ada kawan – kawan dan Irham sebagai semangat untuk dia teruskan hidup. Jika tidak, tak tahulah bagaimana keadaannya. Mungkin sama senasib dengan kawan Irham yang bernama Bella itu.

“… Tapi yang paling kesian, anak dia lah Bonda.” Sambung Irham lagi.

“Oh dah ada anak? Berapa umurnya? Kenapa dengan anak dia?” Datin Yuhanis teruja untuk mengetahui cerita yang selanjutnya.

“Four years old rasanya. Mangsa dera. Emosi, mental and physically.” Balas Irham cuba menjawab dalam kenyataan yang seringkas mungkin. Biar mudah untuk dicerna oleh bondanya. Tidak perlu nak explain panjang – panjang.

“Ya Allah!” Datin Yuhanis terkejut dengan apa yang didengarnya. Berkali – kali dia mengurut dada. “So, kat mana budak tu sekarang?”

“Hospital juga. Yesterday admitted. Bella too. Things happened yesterday.”

“Hah? Siapa yang tolong tengokkan mereka sekarang ni? Setahu bonda, family Bella overseas kan?”

“Yup. Family and ex-husband Bella tak tahu kat mana. Banyak kali dah cuba call, tapi tak pernahnya nak dapat. Ni Irham baru balik dari hospital lah ni. Jaga Alice semalaman. Eh, by the way. Alice tu nama anak Bella. Bella pula masa Ir nak balik tadi masih belum sedarkan diri lagi. Sekarang, Amer tolong jagakan Alice sementara Ir dekat rumah ni.” Terang Irham panjang lebar. Datin Yuhanis pula sekadar mengangguk.

Suasana sepi seketika.

“Jadi lepas ni macam mana? Siapa yang nak jaga dorang bila keluar hospital nanti?” Irham senyum sebaris bila mendengar soalan yang keluar dari mulut bondanya itu. Sudah diduga, Datin Yuhanis pasti akan memikirkan hal yang sama dengannya.

“Ha, ni baru nak fikir macam mana lah ni...”


++++++++++++


“BONDA, tu biliknya.” Tunding Irham. Selepas diberitahu tentang keadaan Bella dan Alice, bondannya itu berdegil nak datang melawat mereka. Puaslah Irham pujuk bondanya agar berehat dahulu. Hmm… Silap besarlah kalau bondanya itu nak menurut. Degil Irham, degil lagi bondanya itu. Sudahnya dengan dia – dia sekali diheret ke sini.

Datin Yuhanis terpandangkan papan tanda yang melekat di pintu bilik itu. “Private room?” Wanita itu memandang Irham. Matanya dikecilkan sedikit. Bertuah punya anak. Budak sekecil itu ditinggalkan dalam bilik sebesar ini. Gumannya.

“Selesa dan privacy” Jawab Irham sambil mengenyitkan matanya nakal. Dia fikir dia dah betul dah tu.

“Selesa memang selesa, tapi beragaklah sikit kot ye pun Irham… Bilik besar macam ni, kalau jadi apa – apa nanti macam mana? Kecil lagikan budak tu… Hmm.” Sempat bondanya membebel. Bahu anaknya dipukul perlahan. Irham hanya senyum sumbing. Entah, masa dia booked bilik ni semalam pun tak ada pula dia terfikirkan apa – apa yang bahaya.

“Sorry madam!” Ucap Irham dengan dua jari diangkat ke dahinya. Datin Yuhanis sekadar menggelengkan kepala. Dah besar panjang pun masih tak tahu nak bezakan mana yang baik atau tidak lagi. Dengan perlahan, Irham memulas tombol pintu bilik Alice. Terlihat mereka seorang gadis dan anak kecil yang sedang lena. Irham dan Datin Yuhanis berpandangan sesama sendiri.

“Err… Pelangi tu.” Beritahu Irham tanpa sempat bondanya menyuarakan apa – apa soalan. Wanita itu tersenyum penuh makna.

“Ha, bonda jangan nak fikir bukan – bukan eh.” Irham mengingatkan Datin Yuhanis. Dapat dia agak apa yang sedang bermain difikiran bondanya itu.

“Bonda tak cakap apa – apa pun.” Jawab Datin Yuhanis sambil berjalan perlahan merapati katil Alice. Senyumannya makin melebar bila terpandangkan wajah lembut Pelangi yang sedang lena tidur. Sebelah tangan gadis itu diletakkan di atas badan Alice, dan sebelah lagi memegang erat tangan kecil itu. “Ciri – ciri isteri yang baik dan penyayang.” Sempat Datin Yuhanis memuji sambil menjeling ke arah Irham.

Lelaki itu menjuihkan bibir sambil pura – pura sibuk meletakkan barang – barang bondanya di atas meja. Ada – ada saja bonda ni. Bisik hati kecilnya.

“Ehem…” Dia sengaja berdehem untuk mengejutkan Pelangi. Tak boleh jadi niii, aku yang balik nak berehat di rumah tak dapat, dia pula boleh sedap – sedap aje tidur kat sini! “Ehemmmm!! Uhuk! Uhukk!!” Tak cukup dengan hanya berdehem dia tambah pula dengan batukkan kecil. Aha! Bersinar matanya bila melihat tubuh Pelangi yang bergerak sedikit.

“Irham…” Tegur Datin Yuhanis. “Biarlah dia tidur… Kesian, letih agaknya tu.”

Bulat matanya mendengar kata – kata Datin Yuhanis. “Mana aci bondaaaa… Ir suruh dia tolong tengok – tengokkan Alice. Bukan suruh dia tidur. Kalau macam tu baik Ir duduk aje dekat sini, tak payah balik…” Rungut Irham dengan tone suara mengada. “Pelangi!” Panggilnya kuat, bila perasaan geramnya tidak dapat dilampiaskan. Takkan nak marah bondanya pula kan?

“Ir!” Tegur Datin Yuhanis lagi. Irham buat tak tahu.

Pelangi terkejut bila tidurnya terganggu. Apatah lagi bila disergah begitu. “Err… saya! Saya!” Spontan dia bangun. Hampir saja dia melanggar Irham yang berdiri dibelakangnya.

Tapi malang itu kan memang tidak berbau, sudah terlambat untuknya mengelak… “Aduhh!!” Irham menjerit kesakitan. Tanpa sedar Pelangi telah terpijak kakinya.

“Aaa’… Sorry Encik Irham, sorry…” Pelangi serba salah.

“Sorry! Sorry! Sakit tahu takkk!!” Tingkah Irham sambil memegang ibu jari kaki yang dipijak Pelangi. Nampak badan aje kurus melidi macam tu, sekali pijak terbenam juga kaki aku! Sumpahnya sendiri.

Datin Yuhanis yang sedari tadi menjadi pemerhati pecah tawa. “Ha itulah… Bonda dah pesan tadi. Jangan diganggu tidur orang. Tu tak pasal – pasal terpijak kaki. Cari pasal sendiri kan…” Bebelnya memerli Irham. Lelaki itu tarik muka masam.

“Err… Da-tin, datin bila sampai?” Soal Pelangi tergagap – gagap. Baru perasan kehadiran Datin Yuhanis di situ. Pelangi urut dadanya perlahan. Adrenalin darahnya masih bergerak pantas naik ke kepala. Jantungnya juga belum berhenti dari berdegup laju. Termengah – mengah dia sendiri. Nafasnya turun naik.

“Baru sampai tadi… Pelangi okey ke? Auntie dah suruh Ir jangan kejutkan kamu tadi. Tapi kamu tahulah dia tu, perangai macam budak – budak.” Sekali lagi Irham terkena. Lelaki itu sekadar menjeling, redha pasrah ajelah dia sekarang ni!

“Err… Sa-ya, saya okey datin. Eh, auntie.” Terkial – kial Pelangi nak menjawab soalan Datin Yuhanis. Malu pun ada ni. Dah lama tak jumpa, alih – alih jumpa dalam keadaan kelam kabut macam ni.

Dalam masing – masing cuba untuk menenangkan diri. Tiba – tiba kedengaran suara Alice menangis. Mengelupur Irham dan Pelangi menerpa ke katilnya.

“Alice!?” Serentak mereka memanggil nama itu. Datin Yuhanis seperti tadi hanya memerhati.

“Ishh, tepi!” Dengan kuat Irham menolak Pelangi.

“Aduhhh… Main tolak aje!” Hampir terjatuh Pelangi dibuatnya. Tahu – tahu ajelah kudrat lelaki ni macam mana.

Irham tak peduli. Puas hati bila marahnya pada gadis itu dapat dibalas. “Alice… You okay?” Soal Irham. Tubuh anak kecil itu diteliti atas bawah.

Alice hanya mendiamkan diri. Memerhatikan satu persatu wajah asing yang memandangnya. Sekejap saja dia kelihatan tenang, selepas seketika dia mula tunjuk riak nak menangis. “Err… Alice, Alice… Syhh… Don’t cry… Don’t cry.” Pujuk Irham. Makin dipujuk makin kuat pula tangisan anak kecil itu. Irham panik! Tubuh Alice cuba diraih dalam pelukannya namun ditepis kuat oleh anak kecil itu. Tangisan Alice makin bergema di segenap ruang.

“Err… Encik Irham. Bagi saya pujuk Alice…” Tak tahan mendengar tangisan Alice, Pelangi offer diri untuk menghulurkan bantuan.

“Hish, kau boleh ke? Jaga diri kau sendiri pun tak betul. Ada hati nak jaga budak ni.” Sinis sekali bunyi sindiran Irham.

“Irham… Kenapa cakap macam tu?” Tegur Datin Yuhanis. Irham membuang pandang ke arah bondanya. Datin Yuhanis beri signal mata agar dia membiarkan Pelangi memujuk Alice. Wanita itu sengaja sebenarnya. Sengaja mahu melihat sejauh mana kebolehan Pelangi memujuk anak kecil itu.

“Hmm” Irham mengalah. Lambat – lambat dia melepaskan Alice. “Sini.” Panggilnya. Tubuhnya dijarakkan sedikit memberi laluan kepada Pelangi untuk mendekati Alice.

“Alice…” Baru sepatah dia membuka mulut. Tubuhnya terus dipeluk Alice. Semua mata yang ada tergamam melihat keadaan itu. Hampir jatuh rahang Irham dibuatnya. Gi-la! Senang betul!? Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Pandangannya dialihkan pula pada Datin Yuhanis yang sedang tersenyum penuh makna.

“Your problem….. Now settle!” Tanpa suara hanya gerak bibir, bondanya menyampai khabar gembira. Khabar gembira? Gembira sangatlah! Siapa pula nak drive aku pergi kerja nanti?? Ini bukan gembira. Ini sedih. Sedih dan letih. Letih sebab akan bertambah kerja. Kerja untuk mencari pekerja.

Argh, kusut!!




+++++++++++++++++++

BERSAMBUNG ! :D

Dear Readers, nak minta tolong. Those yang follow A.D.A, boleh tak tolong Ara buat research sikit. Ara nak tahu range umur awak. Erm, tolong klik dekat bhgian header belah kiri tu.. Thank you tau... :)

Sayang yang banyak sayang,
Ara<3

6 comments:

Anonymous said...

Izzati:percubaan pertama untuk komen di blog..hehehe..tq so much kak Ara sbb update bab 16 dgn cepat sekali...Pelangi sgat comel..tak sbar nak tunggu reaksi lepas nie plak...asyik nak marah2 je..berlembutlah sikit Irham..huhuhu

norihan mohd yusof said...

haah!amek ko irham duk perlekeh kn pelangi jer...sekali sentuhan ajaib tangan yg bakal mengoncang rase hati nurani mu menunjuk kn betapa selesa nyer alice dlm dakapan pelangi dari tangan lelaki mu....hehe..caya dek best n so so best nyer n3 kali....terkedu kedan pandangan mu hai boss...

Anonymous said...

Isyah:
Great job ARa jalan cerita awesome best tak lembap but jgn lambat2 kan pasal irham n pelangi jgn kasi si irham tu marah je kat pelangi.

hk said...

awesome... irham pasti merindui cik drivernya setelah cik driver tukar jawatan.. hehe

Farisyah said...

Haha pdn muka c irham ...
Nti pelangi kne jaga alice ...
Best ...

Ara.Sharrina said...

Izzati : 1st tried eh? Hehe.. Comel zati.. Thank u ya.. And psl irham tu kan... Mmg la dia nye, susah nak berlembut.. Entah siapa yg create watak dia mcm tu ntahhh..haha.

Kak norihan : best betul bace komen akak ni.. Penuh rasa dan perisaaa...haha. Anyway, thanks so much kak.. Appreciated.. :))

Isyah : in shaa Allah, dat one soon kot.. Amboi, ni mesti x sbr nak part yg romantik2 niee..hehehe.

Hk : cik driver xtukar jawatan.. Dia tambah lg satu jawatan... So, mmg kena buli je la si pelangi tu nanti..ahhah.

Farisyah : sume pakat2 nak suruh pelangi jage alice eh?? Hehehe..

# thank u everyone for all comments. Syg semua! :)) <3 <3 <3