"HAIKAL HAKIMI"
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“EH... eh! Maria, baca doa dulu. Cepat tadah tangan!”
“Eh, ye..ye..” Tangan Maria di angkat separa dada. Dengan tenang dia sabar menanti doa yang akan di bacakan oleh Kea. Setelah hampir beberapa minit. Maria berpaling ke arah Kea, mulutnya terkumat kamit tapi sepatah haram pun Maria tak dapat nak menangkap butir perkataannya.
“Oii! Kau baca dalam hati ke apa? Bacalah kuat sikit! ” Sergah Maria.
“Laaa… Doa aku pun kau nak dengar ke?” Soal Kea. Maria jungkit kening.
“Amin berjemaah lebih berkesan. Dah, cepat!”
“Err... Okay, aku baca kuat.” Jawab Kea walaupun dia agak ragu-ragu dengan clause Maria ‘Amin berjemaah lebih berkesan… Hurm. Apa sajalah labuu…’
“Ya Allah, Ya Tuhan ku… Kau permudahkanlah segala urusan ku… Minta-minta aku tak tercampak ke kawasan pasir berdengung! Amin ya Rabbalalamin” Kea menekup mukanya, Maria jeling Kea ‘Doa apakah ini?’ Desis hatinya.
“Dah..dah cepat!” Kea tarik lengan Maria. Pintu dewan kuliah B dibuka dan dikuaknya perlahan. ‘Gulp!! Mak dato’ ramainya orang!’ Rungut Kea. Inilah padahnya kalau terlupa nak kunci alarm. Sigh! Keluhnya. Hari ni merupakan hari pembahagian tempat latihan klinikal untuk pelajar jurusan perubatan sepertinya. Ya! Jurusan perubatan, ini bermakna hanya Kea saja yang terlibat… Maria? Biasalah kea’s pom-pom girl. Tengok baju pun dah tahu, pink liplap-liplap. Eh, dah. Apa mengarut!
“Kea!” Laung satu suara. Berpinar-pinar mata Kea mencari si empunya suara. Melilau-lilau dia memerhatikan sekeliling.
“Kea!” Suara itu kedengaran lagi. Seketika kemudian, bahunya dicuit.
“Lah! Izat rupanya. Awatnya terjerit-jerit panggil nama aku ni?” Izat Afifi, teman sekuliah or Maria called him as Kea’s boyfriend-wannabe! Oh, tidak ye. He-is-so-not-like-my-type, sangkal Kea. Bukan berlagak Diva, cuma dia masih lagi berpegang pada kata-kata ibu… ‘Kea anak ibu, jadi doktor dulu baru fikir pasal boyfriend ya. Ibu tak mahu pelajaran Kea terjejas – Oh Ibu ku so a typical mummy! And she knows what the best is for her daughter (yang kadang kala terbabas juga). Tersenyum Kea teringat pesanan ibunya itu, ‘Ibu, I miss you...’ Desis hatinya. Izat yang perasan Kea tersenyum ke arahnya turut tersipu-sipu membalas senyuman itu. Maria hanya menggelengkan kepala melihat telatah Kea, mengelamunlah tu! Di sikunya lengan Kea, tersentak gadis itu dari lamunannya. Di pandang pula pada Izat yang masih lagi tersipu-sipu.
“Hoi Izat! Kau senyum apa?” Tingkah Maria mengejutkan lelaki itu. ‘Eh! Perempuan ni kalau dah menjerit boleh terenjat otak aku!’ Marahnya di dalam hati. Dalam hati jelah pun!
“Hah? Eh. Nothing. Erm Kea, kita satu tempat internship nanti. Alhamdulillah, makbul juga doa aku nak satu internship dengan kau.” Kea bagai tiada perasaan mendengar perkhabaran itu, baginya ‘ALAMAK! Mesti ada yang tak kena ni!’ Tapi nak buat macam mana terpaksa di terimanya dengan hati yang tenang. Doktor wannabe kan, behave Kea. Behave…
“Oh really?? Kat mana tu?” Soalannya acuh tak acuh.
“HUKM!” Jawab Izat dengan terujanya.
“Untung tak jauh dari sini, so Maria, Allah dengar doa kita…” Maria mengganguk mengiakan kata-kata Kea, mereka berpelukkan. Satu bebanan terasa terlepas dari bahu Kea, kini dia selangkah lagi menuju ke hadapan. Alhamdullilah, ini bermakna dia tidak perlulah bersusah payah mencari rumah sewa baru, roommates baru… SubhanaAllah, semuanya telah diaturkan sempurna buat diriku. Syukur kehadratMu Ya Allah... Walaupun mengeluh kerana digandingkan dengan rakan yang bukan pilihan, cahaya kegembiraan tetap terpancar di wajah bersih gadis kacukkan Cina Melayu itu.
‘Ibu… Tak lama lagi Kea akan menyempurnakan hajat ibu…’
1 comment:
Salam.. wah DH memang pojaan hati akak.. hehe.. suke tul. hensem.. kamu dah tgk My Lovely Sam Soon? Sam Soon tu akak la.. hehe. cuma akak takdela dpt pasangan yg hensem tu.. Hyun Bin. hehe.. melalut jab..
nak komen apapun akak tak tahu..sebab nak marah pun ada kat Haikal ni.. tak baik tau.. ish3.. tp mesti dia ada kesulitan kan? akak akan teruskan pembacaan nanti..
Wassalam