Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Monday, September 5, 2011

K.E.A 30

** KLIK : K.E.A 29

+++++++++++++++++++++++++++++++++

“I dah tak sanggup nak hidup lama dengan you lagi, Let me go!!”

“You hilang akal ke? Don’t talk nonsense!” Tengking Dato’ Ashraf seakan orang yang hilang sabar. Muka isterinya di renung tajam.

“For your info, I’m not! I memang dah tak tahan dengan You, pergi kerja pagi-pagi subuh then balik dah lewat malam… Keluar berfoya-foya dengan betina lain! You sedar tak, we have no time to spend together. No and not anymore! I dah tak sanggup nak hidup dengan you lagi!!” Tingkah Datin Zulaikha. Dia benar-benar sudah tak tahan lagi untuk hidup bersama dengan lelaki itu. Lelaki yang gila kerja!

“Apa you merepek ni?? Perempuan-perempuan tu semua client I lah! Takkan itu pun you nak cemburu?” Jegil mata Dato’ Ashraf menengking isterinya. Tie yang masih rapi terikat di leher, di rentap kuat dan di campakkannya ke atas sofa.

“Client??? Client yang you angkut masuk dalam hotel setiap malam???” Datin Zulaikha membidas. Tajam matanya menjeling ke arah Dato’ Ashraf.

“Come on Zu, be professional, takkan I nak buat macam tu. Itu semua hal business, you know that…”

“Business apa yang sampai ke katil??? Tell me? Explain me???” Jerkah Datin Zukaikha. Suasana senyap seketika, Dato’ Ashraf tak tahu apa yang harus di balas.

“I don’t do that…” Katanya perlahan.

“Your words are all rubbish!!”

“Hmm… Sayang, please… I buat semua ni untuk you dan Haikal, I kerja susah payah ni pun sebab nak kumpul duit untuk bina keluarga kita, tolonglah sabar sikit… I’ll promise you everything will be fine soon, just give me some time”

“Bagi you masa?? Dah berapa lama I kenal you?? Dan dah berapa lama I kahwin dengan you?? Almost ten years Ashraf, ten years! I dah lama sangat bersabar dengan you, and it’s already over my limit. You nak I faham you, tapi you tak pernah pun nak faham I sebagai isteri you.. Mana you bila I perlukan you?? Office?? Dengan siapa you bila I ada masalah?? Dengan laptop dan client you! Enough. I just wanna go, please let me go!” Bertubi-tubi Datin Zulaikha menghamburkan marahnya. Sudah lama dia bersabar dengan lelaki itu, sebelum ni apa yang di rasa semuanya di telan hidup-hidup, tapi kali ni tak lagi. Biarlah… Apa nak jadi, jadi! Dato’ Ashraf kelihatan berang dengan sikap isterinya. Entah apa yang merasuk. Di campaknya briefcase ke hujung sudut.

“You jangan buat hal Zu, I penat ni. I balik bukan nak dengar you membebel!”

“Lepaskan I Ashraf!!” Sekali lagi Datin Zulaikha mengucapkan ungkapan itu. Ungkapan yang bisa menggegarkan tiang Arash.

“Hey! You have nothing if I tinggalkan you, you akan hidup merempat!! You faham tak??? You jangan nak uji I, Zu!”

“I rela hidup merempat dari hidup dengan lelaki macam you Ashraf! Lelaki tak guna!!”

Pangg!! Sebuah tamparan yang kuat hinggap melekap di pipi Datin Zulaikha sehingga membuatkannya jatuh tersungkur. Terasa bisa hingga ke dalam, darah merah sudah mula kelihatan di celah bibirnya.

“Kau memang dah cabar Aku, Zu! Aku ni masih suami kau tau tak!!? Kau jangan nak kurang ajar dengan aku!!”

“Ceraikan I!!” Datin Zulaikha tak putus asa. Dia nekad!

“Baikk!! Baik Zu, kalau itu yang kau nak. Aku lepaskan kau! Aku ceraikan kau! Aku ceraikan kau sekarang dengan talak satu!! Pergilah kau merempat kat mana-mana!! Tapi ingat, bila kau dah susah, jangan sesekali kau balik melutut depan aku!! Ingat tu! Aku tak nak tengok muka kau lagi, Berambus kau dari sini! Pergi!!!” Kata-kata terakhir yang di hamburkan Dato’ Ashraf kepada Isterinya, kata-kata yang bisa membunuh naluri wanitanya. Bukan mudah baginya untuk menerima hal itu, walaupun itu yang dia tunggu dan mahukan sebelum ini. Di tepi sofa itu, Datin Zulaikha menangis semahu-mahunya. Dato’ Ashraf pula selepas saja lafaz talak di jatuhkan entah kemana hilangnya.

“Datin……”

“Mak Esah, tolong saya Mak Esah….. Tolong saya….” Menggigil-gigil suara Datin Zulaikha memanggil orang gajinya. Teresak-esak dia menahan sedunya.

“Sabar Datin… Sabar… Kuatkan semangat, bawa beristighfar… ” Pujuk Mak Esah.

“Saya dah tak kuat dah Mak Esah, saya dah tak ada apa-apa lagi….”

“Tidak Datin, Datin masih ada Haikal, dia anak Datin… Datin masih ada dia….”

“Tak!! Aku tak nak dia!! Aku tak nak bela dia! Aku nak keluar dari rumah ni!!” Tingkah Datin Zulaikha tiba-tiba. Mak Esah kelihatan terkejut dengan kata-kata wanita di depannya itu.

“Astaghfirullahalazim Datin….. Bawa mengucap. Haikal tu anak Datin… Tak baik cakap macam tu, jangan di sebabkan Mama dan Papanya bergaduh, Haikal yang jadi mangsa. Kasihan dia Datin… Lagipun dia masih kecil, tak tahu apa-apa….” Pujuk Mak Esah lagi, menggeleng dia melihatkan keadaan Datin Zulaikha yang seakan sedang meroyan.

“Saya tak kira Mak Esah, saya tak mahu dia, biarlah dia hidup terbela di rumah ni, biarkan dia dengan lelaki tu… Saya sekarang ni memang dah tak ada apa yang tinggal, saya tak mahu Haikal turut merempat dengan saya. Biarlah sekali pun nanti dia tak kenal siapa mamanya, saya tak kisah Mak Esah.. Asalkan dia hidup bahagia…”

“Datin, Datin pasti Haikal akan hidup gembira tanpa
Datin??...................

“Makcik Zulaikha!” Panggilan itu mengejutkan wanita itu dari lamunannya. Cepat-cepat dia mengesat pipinya yang basah dek air mata. Entah kenapa hari itu hati dah mindanya terusik untuk mengimbau kembali masa lepasnya. Masa lepas yang banyak pahit dan duka dari gembiranya.

“Makcik Zulaikha, makanan malam dah sedia. Mari makan…” Pelawa Ana, salah seorang sukarelawan di rumah itu selain Yana. Makcik Zulaikha hanya senyum menggeleng. Tak terasa tekaknya untuk menerima apa jenis makanan pun ketika ini.

“Makcik tak lapar Ana, terima kasih….” Balasnya.

“Tapi Makcik tak makan dari semalam, Makcik sakit perut nanti…. Makan sikit ya.” Pujuk gadis itu.

“Tak mengapalah, nanti bila Makcik dah rasa lapar, Makcik makan…”

“Makcik Zulaikha tak sihat ke?” Soal gadis itu, masih tak putus asa. Makcik Zulaikha masih juga seperti tadi, menggelengkan kepalanya.

“Makcik tak apa-apa, cuma tak lalu makan saja…. Ana masuklah dulu, sekejap lagi Makcik masuk…” Jawabnya cuba berdalih.

“Hmm… Okaylah kalau macam tu, Makcik nanti masuk ya… Dah nak dekat maghrib ni.” Makcik Zulaikha mengganguk mengiakan kata-kata gadis itu yang masih setia menanti di sisinya. Tiba-tiba bibirnya menguntum senyum. Gerak geri gadis itu saling tak tumpah macam seseorang. Gadis itu pelik.

“Kenapa Makcik senyum?” Soalnya.

“Ana nak tahu, hari ni anak lelaki makcik kahwin tau… Gerak geri isteri dia lebih kurang Ana.” Kata-kata Makcik Zulaikha membuatkan kening gadis itu berkerut.

“Hah! Tak cakap pun Makcik ada anak, dan dah kahwin hari ni??”

“Ha’ah… Mungkin sekarang ni dah selesai pun majlisnya...” Jawab Makcik Zulaikha tenang, seakan tiada apa yang berlaku.

“Lar… Kenapa Makcik tak pergi???”

“Ermm… Makcik sengaja tak nak pergi, biarlah… Lagipun Makcik kurang sihat sejak kebelakangan ni. Takut nanti menyusahkan mereka pula…” Jawab wanita itu. Sekilas ikan di air sudah tahu mana jantan, mana betinanya, inikan pula manusia yang sah-sahlah punya perasaan untuk merasa dan di rasa. Ana mengeluh. Dia faham apa yang di maksudkan oleh Makcik Zulaikha, dia tahu wanita itu sedang cuba untuk berbohong bagi menyembunyikan perasaannya yang sebenar. Dah lama dia di sini, sudah arif benar dia dengan perangai penghuni-penghuni di situ. Bahu wanita itu dipaut lembut.

“Hmmm…. Makcik sabar ya. Makcik doakan agar anak makcik dan isterinya berbahagia. Ha, doa seorang Ibu ni mujarab tau…” Pujuk gadis itu cuba menenangkan hati wanita itu. Makcik Zulaikha sudah di anggap macam ibunya sendiri, tak sanggup dia melihat wanita itu bersedih.

‘Haikal… Selamat Pengantin Baru Sayang…..’ Bisik hati kecil wanita itu. Dia hanya mampu berdoa agar jodoh Haikal dan Kea berkekalan hingga ke syurga. Di keraskan hati untuk tidak menghadirkan diri ke majlis perkahwinan mereka, dia sengaja berbuat begitu. Dia tak mahu nanti kedatangannya akan membuatkan semua yang ada berasa kurang selesa, dia sedar siapa dirinya sekarang. Tidak layak untuk menjejakkan kakinya ke tempat seperti itu, layaknya hanya dia di sini… Tanpa sedar air matanya mengalir laju membasahi pipinya. Sungguh dia kesal dengan segalanya. Andai masa dapat di putarkan kembali, dia pasti akan membawa Haikal pergi bersamanya. Walau tanpa suara, dia tahu anak lelakinya itu hidup menderita. Hidup seorang diri tanpa bimbingan dan kasih sayang dari seorang ibu… Pandangannya di lemparkan sejauh mungkin.

“Maafkan Mama, Haikal…….”

* * * * *

“Sayang… Bangun…” Kejut Haikal perlahan, di kucupnya dahi dan bahu Kea yang masih lena. “Sayang….” Panggilnya lagi. Nampak letih sangat isterinya ni, padahal tak ada apa-apa pun yang berlaku semalam. Ihikss..!~ Di tenung wajah Kea yang mulus gebu tu, ‘Hmm… pandang hari-hari pun tak jemu. Geram rasa nak gigit-gigit!’ Getusnya. Di mainkan jari jemarinya di pipi Kea. Gatal pula tangannya nak menarik hidung isterinya itu.

“Sayang… bangunlaaaaa…..” Jerit Haikal di telinga Kea. Kea masih terbaring kaku, buat-buat tak dengar. Dia sebenarnya sudah bangun, tapi sengaja mahu di agah suaminya itu. Dalam ‘buat-buat’nya pun, tanpa sedar bibirnya menguntum senyum. Nah! Tertangkap. Haikal mula panjang akal. Dia tahu ‘apa’ yang akan buat Kea berhenti dari mengusiknya.

“Hm… Okay, Abang bagitahu Ibu dengan Nek Cu, hari ini kita duduk satu hari dalam bilik… Tak payah keluar. Breakfast, lunch, dinner semua minta tolong dorang hantarkan…” Cubaan Haikal yang pertama. Kea masih lagi tak bergerak.

“Ok, Abang pergi beritahu sekarang ya..” Kata Haikal seraya berdiri membelakangkan Kea.

“Nek…………………..

“Eh Abang!” Seperti di duga, dengan sepantas kilat Kea menghalangnya. Terduduk Haikal bila Kea menarik tangannya kuat. Lelaki itu ketawa besar.

“Ha, tahu takut. Main-main lagi dengan Abang…” Katanya. Kea cebik bibir.

“Abang ni Kea nak gurau-gurau pun tak boleh…” Rungutnya pura-pura merajuk. Haikal senyum, di cepung Kea dalam pelukannya.

“Abang pun gurau-gurau juga sayang…” Balasnya.

“Gurau apa macam tu, sikit lagi dorang nak dengar tau…”

“Alah, kalau dorang dengar pun apa salahnya. Dah halal pun kan, dorang faham-faham sendiri sudahlah…” Haikal kenyit mata nakal. Ada saja akalnya nak kenakan Kea.

“Eei… tak malu!”

“Eleh, nak malu buat apa, dengan Kea je pun, Isteri Abang yang sah! Sah dengan sekali lafaz je tauuu!~ Eh, tapikan cerita pasal SAH-SAH ni kan, teringat time Abang akad nikah hari tu…” Haikal tiba-tiba teringat akan sesuatu. Kea angkat kening.

“Kenapa time tu? Kea tengok Abang laju je....” Soalnya.

“Tak adalah… Bukan pasal Abang, ni pasal saksi-saksi tu.”

“Saksi? Maksudnya??” Kea tambah hairan.

“Yelah, lepas Abang lafaz, Tok kadi kan ada tanya…. Saksi jelas ke tak??”

“A’ah, then?”

“Kea nak tahu tak apa dorang jawab?”

“Apa?” Kea semakin ingin tahu. Teruja mukanya menunggu jawapan dari Haikal.

“Dorang jawab, SAHHHHH, SAH USTAZ, SAHH…Hahaha! Time tu Abang dah nak gelak dah, tapi takut pula Tok Kadi tu tiba-tiba suruh Abang ulang balik. So, Abang tahan perut jelah! Kelakar dorang tu, lain yang ustaz tu tanya, lain yang dorang jawab… Macam dorang pula yang tak sabar nak kahwin dengan Kea… Orang tanya Jelas ke tak? Dorang jawab Sahhhh…. Tak ke jauh benar bunyinya tu! Hahaha..” Kata Haikal di selang-seli dengan gelak tawanya. Kea pun turut tergelak, tapi bukan gelak d sebabkan lawak tu, tapi gelak di sebabkan Haikal yang menggelakkan orang. Ceh! Apa pun tak boleh~

“Eh, Abang… Noticed something tak?” Kea pun dan-dan ni nak teringatkan sesuatu.

“Notice apa?” Giliran Haikal pula yang jungkit kening.

“Mama tak datang, Kea tak nampak pun dia waktu majlis kita tu…”

“Mama??” Soal Haikal.

“Yelahh… Mama Zulaikha. Abanggg……”

“Oh, Entahlah. Abang tak perasan…” Jawab Haikal acuh tak acuh. Kea mengeluh, tangan Haikal di capainya.

“Abang marahkan Mama lagi?” Soalnya. Haikal diam.

“Sayang, boleh tak kita jangan cerita pasal hal ni... Please…”

“Hmm… Abang, tak baik tau. Walau apa pun salah Mama, dia tetap Ibu kandung Abang…” Pujuk Kea.

“Tapi Abang belum bersedia, Abang masih belum boleh untuk terima dia…”

“Abang tak cuba nak terima dia, cuba sekali Abang bukakan hati Abang untuk Mama… InsyaAllah, Allah tu Maha Kuasa… Abang cuba ya, perlahan-perlahan pun tak mengapa, janji Abang tak terus mengendahkannya… Please Abang, buat untuk Kea… Please… Please…” Pujuk Kea lagi sambil mengelip-ngelipkan matanya ke arah Haikal. Sengaja pula dia nak buat aksi comel di depan suaminya itu.

“Eei… Eei.. Geramlah, jangan buat muka macam tu boleh? Jantung Abang ni
gerak laju tau!” Haikal tenung tajam wajah isterinya. Gulp! Kea telan air liur.

“Okay, okay tak!~ tapi Kea serius ni… Kita jumpa Mama ya?”

“Hmmm….”

“Abang… Please.”

“Hmmmmmmm………..”

“Abang!”

“Okay boleh, tapi Abang nak upah!” Haikal buat muka nakal. ‘Adalah tu!’ Hati Kea berdetik.

“Aaaaa’ takde-takde, Kea nak mandi dulu. Nanti bising orang kat luar tu, dah pukul berapa tak keluar-keluar lagi.” Kea bingkas bangun dari katil.

“Okay, then tak payah pergilah. Huwarrgghhh!~ Ngantuknya… Tidur lagi baik.” Jawabnya seraya menarik selimut hingga menutup kepalanya. Kea ketap bibir bila melihatkan kerenah suaminya.

“Abangg!! Bangunlah… Bangunnn…. Eeeii.. mengadalah!” Rungut Kea, di tariknya selimut yang menutupi Haikal.

“Tak nak! Tak nak……~ Abang nak tidurlah…” dah tak pasal-pasal ada adegan main tarik-tarik selimut pula pagi tu!

“Hmm! Okaylah. Malas nak layan!!~” Putus Kea, dia mengalah. Sengaja berlalu meninggalkan suaminya yang sedang main tarik-tarik selimut sorang-sorang. Shiannn~…

“Alar… Sa..yang….” Mendayu-dayu pula itonasi suara Haikal ketika itu. ‘Ish, meremang bulu roma! Tingkah Kea.

“Yang….” Panggilnya lagi bila panggilan pertama tak di sahut.

“Apa?” Amboi garang! Haikal sengih melihat telatah isterinya, marah-marah manja.

“Sayang Abang tak?” Soalnya.

“Tak sayang!” Laju saja Kea menjawab.

“Kenapa?? Apa yang Abang buat??”

“Sebab Abang tak nak jumpa Mama….”

“Hmm…” Haikal mengeluh.

“… Abang nak pergi, tapi Kea kena bagi Abang upah dulu. That’s a deal!”

“Upah apa? Mengada tau dia ni…”

“Sini.” Haikal melaga-lagakan jari telunjuknya ke arah kedua belah pipinya sambil tersengih.

“Itu je??” ‘Alah, senang je!’

“Boleh Abang minta lebih dari tu??” Haikal angkat kening. Kea mula berpeluh. ‘Err!’

“Okay, okay, meh nak kiss pipi dia… Alolo.. Manjanya dia ni ya… Suami siapalah ni.. Ish.. Ishh… Ala kuchi-kuchi…!~” Kea berjalan balik menghampiri Haikal yang sedang menanti di hujung katil. Tertawa kecil Kea melihat gelagat suaminya. Manja betul!~ Haikal juga turut ketawa dengan kelakuannya sendiri. Sumpah! Dia hanya macam ni bila berduaan dengan isterinya, tak percaya?? Betul lah, tak tipuuu….

“Satu untuk pipi kanan, mmuah!” Di lekatkan bibirnya di pipi kanan Haikal, di biar seketika dan kemudiannya beralih pula ke pipi kiri Haikal.

“Satu untuk pipi kiri, mmuahhh!” Senyum meleret Haikal bila permintaannya dituruti. Dibalasnya pula dengan satu kucupan singgah di dahi Kea. Ya Allah…. Sayangnya dia pada Kea susah nak di gambarkan!

“Thank you Sayang…. Nanti kita jumpa Makcik Zulaikha ya…” Ujarnya sambil tersenyum manis ke arah Kea. ‘Amboi, dah dapat upah terus jadi baik tauu!’ Guman Kea. Di wajahnya terlakar sebuah senyuman mengharap, mengharap agar Allah s.w.t membuka pintu hati suaminya untuk memaafkan dan menerima Makcik Zulaikha.

No comments: