** KLIK : K.E.A 10
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
KEA dengan cepat membuka pintu dan meloloskan dirinya masuk kedalam kereta BMW milik pemuda itu. Tidak dihiraukan apa pandangan Haikal kepadanya waktu ini. Keselamatan Haikal lebih penting.
“Hey, what are you doing here?” Soal Haikal pada Kea. Kea masih lagi tercungap-cungap mengumpul nafas yang hilang dek kerana kelajuan lariannya mengejar Haikal sebentar tadi. Nafasnya masih turun naik. ‘Fuhh!~ dah macam pelari pecut aku tadi! Boleh tahan juga lajunya si Haikal ni berjalan’ Di pandangnya Haikal seketika sebelum matanya melilau memandang sekeliling kereta.
“Nak tisu... Tisu ada?? I nak lap peluh.” Selamba saja permintaannya. Haikal merenung Kea tajam.
“Tisu tak ada! Apa yang you buat dalam kereta I ni? Keluar!” Menggeletar juga badan Kea bila ditengking sekuat itu. ‘Arwah Baba dengan Along pun tak pernah tengking aku macam tu. Wuwuwu!~ Tak apa Kea, sabar…sabar…’
“Hah! Tak ada tisu?? Apa ni kereta besar-besar tisu pun tak ada. Haishh!” Rungut Kea.
“Miss Kea Alyissa! Again, I am asking you, WHAT ARE YOU DOING HERE? IN MY CAR!” Kali ini suara Haikal benar-benar lantang. Kea tersentak. Macam nak pecah gegendang telinganya bila mendengar suara Haikal yang macam petir tu. Tapi dia masih berdegil untuk keluar dari kereta itu. Dia tahu Haikal sedang beremosi sekarang, dalam keadaan ni macam-macam boleh jadi. Dia tidak mahu lelaki itu melakukan perkara yang bodoh.
“I nak ikut Encik Haikal!” Jawabnya ringkas.
“Ikut I?? You nak buat apa? Dah! Keluar dari kereta I sekarang!” Arah Haikal. Kea masih lagi tidak berganjak.
“Please… I nak ikut Encik Haikal, Encik Haikal nak pergi mana Encik pergilah. I takkan halang. But please let me follow you, I cuma nak pastikan Encik Haikal okay. I tak nak Encik Haikal sorang-sorang, I akan ikut Encik… Titikk!” Haikal terdiam bila melihat Kea yang bersungguh-sungguh mahu mengikutinya. Dia pun sebenarnya tidak tahu mana hendak di tuju. Dia bingung! Kepalanya serabut. Dipandang wajah Kea yang masih berpeluh-peluh. Tidak tahu apa reaksi yang perlu dilakukan.
“You betul nak ikut I??” Soalnya. Kea hanya mengganguk. Haikal tarik nafas panjang. “Kalau you nak ikut I, pakai seat belt and jangan sesekali menyesal!” Kea mula kecut perut mendengar amaran keras daripada lelaki itu. Dengan pantas dia menarik seat belt dan memasang kemas ke tubuhnya. Deruan enjin kereta Haikal sudah mula kedengaran. Kea hanya mampu berdoa di dalam hati, dannn………………………………………….. Haikal memecut kereta selaju boleh.
“Ibuuuuuuuu!!~”
“ENCIK HAIKAL ni drive kereta memang macam ni ye? Tak reti nak perlahan? Ingat jalan raya ni Encik Haikal yang punya?” Marah Kea selepas seketika cuba untuk menyesuaikan diri dengan kelajuan kereta yang dipandu oleh Haikal. Dia kerling pada jarum meter yang sedang bergerak.‘Gulpp!~ Lajunya!! Tak kahwin lah Kea ni Buu…’
“Jadi you dah menyesal?? Nak turun sekarang?” Soalan Kea dibalas sindiran oleh Haikal.
“Tak adalah menyesal. Cuma drive tu perlahanlah sikit, nanti kalau jadi apa-apa kan susah.” Bebel Kea sambil sibuk membetulkan baju dan ikatan rambutnya. Nampak serabai penampilannya.
“You jangan nak membebel boleh? Kalau tak I tinggalkan you kat tepi jalan ni. Nak??” Tersentak Kea mendengar ugutan Haikal, dipandangnya sekeliling. Hampir gelap, kat highway pula tu. Dalam kesamaran cahaya dia meraba-raba tempat duduknya untuk mencari handbag. ‘Kena inform Maria pasal hal ni, nanti di katanya aku kena culik sebab tak balik-balik rumah. Maria tu bukan boleh, extremenya mesti nak lebih. Hmm... Eh! Mana handbag!?’ Kea cemas bila menyedari handbag dan handphone tidak ada bersamannya. ‘Alamak! dalam drawer… Hish, matilahh… Aku dahlah sehelai sepinggang ni, IC pun tak ada, Err... Macam mana ni??’ Haikal disebelah dipandangnya dengan muka innocent, minta simpati kononnya tu.
“Errr…….” Lambat-lambat saja dia memulakan bicarannya.
“Apa lagi Kea??” Sergahan Kea mengejutkan Haikal, tak fokus langsung pemanduannya sekarang.
“I tertinggal handbag dalam drawer dekat hospital and I have nothing now… Ermm..” Laju saja dia mengakui kecuaian diri. Mata Haikal bulat memandang Kea. ‘Apa lagilah bala yang aku dapat hari ni!’ Getusnya.
“Eh... Encik Haikal janganlah pandang I, pandang depan! Kita ni kat highway tau, kang tersasar masuk gaung eh tak longkang kang macam mana!?” Gaung macam seram sangat bunyinya. Lagi bulatlah mata Haikal memandang Kea.
“You ni memang menyusahkan I kan!? Hah, baguslah tu, nanti kalau I jumpa siapa-siapa tengah jalan, I jual je you…. Tak pun kalau terjumpa mana-mana police station I tinggalkan je you dekat situ. Senang! Bawa you pun bukannya menyenangkan I, I ni serabut tahu tak??” Kea terkedu tanpa sebarang kata, dapat dirasakan api kemarahan Haikal yang sedang membuak-buak. Dia mengeluh, hatinya sedikit terusik dengan kata-kata pemuda tu. Nampak sangat niat baiknya tak mendatangkan apa-apa faedah buat Haikal dan juga dirinya.
“Hmm… I nak tolong Encik Haikal je, bukannya nak menyusahkan Encik… Lagipun I tak sengaja nak tinggalkan handbag tu, sibuk sangat nak kejar Encik Haikal, sampai terlupa… Yelah, I yang salah, I minta maaf. Tak mengapalah, depan tu nanti ada R&R, Encik Haikal tinggalkanlah I dekat situ. Pandailah I bawa diri nanti…” Sedih saja nada suaranya. Tadi kemain lagi nak ikut, nak make sure Haikal selamatlah, nak naikkan semangatlah, apa lah, sekarang dia sendiri yang dah hilang semangat. Semuanya dah bergaul sebati dengan kemarahan Haikal. Badannya dipusingkan sedikit ke arah tingkap, malas nak berhadapan dengan Haikal. Nanti tak pasal-pasal kena lagi. Untuk seketika mereka terdiam. Haikal sedar yang dia sudah terlepas kata. Kea dipandangnya. ‘Nak minta maaf ke? Hm.. biarkan dululah’ R&R Karak sudah semakin jauh mereka tinggalkan.
“Eh, dah lepas dah R&R tu. Kenapa tak tinggalkan I kat situ je, nanti Encik Haikal kata I menyusahkan Encik pula.” Kea sudah mula bersuara, walaupun sinis Haikal mampu menarik nafas lega.
“You nak I masuk penjara ke sebab biarkan anak dara orang tengah-tengah highway macam tu? I belum hilang akal lagi lah!” Haikal membalas sindiran Kea. Dia sudah mula tenang. Panduannya juga sudah diperlahankan. Kea mencebik.
“Alah… Cakap jelah Encik Haikal takut drive sorang-sorang, tak pun Encik Haikal risau apa-apa akan jadi kat I kan? Kan??” Kea menduga. Haikal diam, mungkin memikirkan ayat untuk membalas kata-kata Kea.
“Malas I nak layan you. Better you behave, kalau tak………”
“Kalau tak apa?? Nak jual I pula? Eleh, pandai-pandai je nak ugut orang. I baru je nak try Encik tadi, baru buat muka kesian sikit Encik Haikal dah menggelabah.” Kea ketawa kuat. Bangga dengan kemenangan yang tak seberapa tu.
“Ewah! Sukanya you ketawakan I? You jangan lupa yang you tu pendatang asing, tak ada IC, phone pun tak ada, nanti kalau tiba-tiba ada roadblock kat depan tu, memang you dulu yang I offer kat polis-polis tu semua. Haa... Jangan cakap besar sangat, menyesal tak sudah nanti…”
‘Erkk!!’ Kea lupa sebentar tentang itu.
“Eleh, Encik Haikal takkan berani buat macam tu kat I…”
“Eeii.. Dia ni!!” Geram Haikal melihat tingkah Kea yang bersahaja mencabarnya.
“… Dah! Dah! Eh, kita nak pergi mana ni??” Kea tiba-tiba tersedar yang dirinya sudah jauh di bawa Haikal. Diperhatikan sekeliling. Dah gelap. Tak banyak kereta yang lalu lalang di situ. Hm. Memang taklah kan, dah nama pun hari ni hari isnin, hari bekerja! Ceh~ Haikal masih membisu. Soalan Kea di biarkan sepi tanpa jawapan.
“Eh, boleh senyap pula dia. You nak bawa I pergi mana ni Encik Haikal?” Soal Kea sekali lagi.
“I have no idea. You duduk jelah diam-diam, bila I rasa I nak berhenti, I berhentilah. You yang sibuk nak ikutkan, nah sekarang you ikutlah. Jangan banyak bunyi.”
“Ermm…”
“… Dan lagi satu, tak payah nak bahasakan Encik, Encik dengan I, rimas tahu!?”
“Eleh… Tanya tu je pun nak marah, sikit-sikit nak sentap! Sikit-sikit nak tinggi suara! I hormat Encik Haikal tau, sebab tu ber’encik’-encik. Haa, Encik Haikal ni asyik nak marah je kan, tak elok tahu? Nanti belum tua muka dah berkedut seribu. Eh, tapi… Kalau nak di kirakan umur, Encik Haikal dah patut kahwin tau sekarang ni. Haaa… Ni mesti sebab Encik Haikal selalu marah-marah, perempuan pun takut nak dekat.” Kea cuba untuk berseloroh.
“Tak payah kahwin, I pun bukannya lama lagi nak hidup. Entah esok lusa sampailah ajal I tu…” Tersentak Kea dengan jawapan Haikal. ‘Soalan aku salah lagilah ni! Aisey…’ Dia pura-pura batuk untuk cover diri.
“… Sekali lagi, don’t call me ‘ENCIK HAIKAL’!” Tambahnya keras.
“Err… Yelah! Yelahhh! Hmm… Eh, kereta you ni tak ada radio ke? Kereta besar, tapi…”
“Ada tu, kalau nak dengar, bukalah sendiri.” Seakan sudah tahu apa yang bermain di fikiran Kea, lelaki itu terus memotong kata-kata gadis itu. Kea memandang ke bahagian yang ditunjukkan Haikal. Rumit sangat buatannya. Digarunya kepala yang tak gatal. Dikuis-kuis butang dengan hujung jarinya. ‘Mana satu ni? Banyak sangat butangnya… Kang kalau salah tekan mahu meletup kereta nih!’ Bisiknya sendirian.
“Err… I tak tahu bukalah! Kereta I myvi je. You bukakan lah…” Dia mengalah. Hampir saja tersembur ketawa Haikal ketika itu, tapi masih sempat di tahan. Dia bimbang Kea akan terasa hati lagi dengannya. Budak ni memang betul-betul jujurlah. Hai… Kadang-kadang seronok juga dapat bergaduh dengan minah ni. Butang radio yang sebenar ditekannya. Kedengaranlah lagu senyum, nyanyian Najwa dan malique.
“Ehhhh! Ehhhh!” Kea tiba-tiba menjerit.
“Kenapa lagi ni youu??”
“Err... Tak ada apa-apa, I nak cakap I suka lagu ni. Boleh tolong kuatkan sikit tak?” Dengan muka yang sengaja di comelkan Kea mengarah Haikal untuk meninggikan volume suara. Haish… Haikal mengurut dadanya. Ingatkan apa tadi. Rasa macam nak ketuk je kepala minah ni! Walaupun bersungut, Haikal masih menuruti arahan Kea. Setelah dikuatkan, terdengarlah suara Kea menyanyi-nyanyi mengikuti lirik lagu. Boleh tahan juga suaranya. Pada mulanya perlahan saja kedengaran nyanyian Kea, agaknya tak puas, terus dikuatkan volume suara sendiri, hampir saja nyanyian penyanyi asal tenggelam dek suara Kea. Haikal hanya menggeleng melihat telatah gadis itu. Di biarkan saja Kea dengan dunianya. Lupa sebentar tentang kekusutan yang sedang membelenggu dirinya.
: Senyummmm… Tak perlu kata apa-apa~
: Senyummm… Tak perlu kata apa-apa~
: Senyummmmmmm……..~
* * * * *
“Kea… Bangun, kita dah sampai…” Entah bila masanya Kea tertidur, dia sendiri tak sedar. Terpisat-pisat matanya memandang sekeliling. Tiada apa, hanya kelihatan beberapa chalet yang diterangi dengan cahaya lampu Kalimantan.
“Kita kat mana ni?” Soal Kea, dia seakan terdengar deruan ombak kuat menyembah pantai. ‘Entah pulau manalah yang Haikal bawa aku ni’
“Cherating.” Ringkas saja jawapan Haikal.
“Hahhhhhhhhh!!” Melopong Kea mendengar jawapan daripada Haikal. “Cherating??? Kita kat Pahang ke ni?? Kenapa tak kejutkan I??”
“Yelah! Takkan kat London pula. Nak kejutkan you?? I pun tak tahu bila masa you tidur. Duk sibuk dengan senyum, senyum, tiba-tiba senyap.” Kea hanya tersengih mendengar ngomelan Haikal. ‘Aishh~ Janganlah begitu, malulah sayaaa….’
“Dah, nah kunci chalet you. I dah check in kan, nombor 17, I punya bilik nombor 18. Sebelah je. Kalau ada apa-apa boleh panggil, jerit pun boleh. Tapi ingat! kalau ada apa-apa baru panggil. Kalau tak, duduk je diam-diam dalam bilik tu. Ni baju I, ambil buat pakai malam ni…” Haikal menghulurkan kunci dan bajunya kepada Kea. Kea mengambilnya dengan berat hati.
“Jangan risau, baju tu bersih lagi. I belum pakai. Tapi terpulanglah pada you nak pakai atau tak. Dah, I nak rest, you pun masuklah bilik you.” Kea masih lagi tercegat di depan Haikal. Sedikit pun kakinya tidak berganjak. Sebenarnya dia tidaklah seberani mana. Seumur hidup tak pernah dia check in sorang-sorang tau! Tapi takkan nak tidur satu bilik dengan Haikal pula kan. Kang tak pasal-pasal… Hahh... Dah tak payah pikir jauh. Cis!~
“Kenapa lagi ni? Pergilah... Nak I dukung ke??” Sergah Haikal.
“Eh, tak… Okay-okay, selamat malam.” Kea mula menyusun langkah.
“Encik Haikal jangan tinggalkan I tau……..” Sempat lagi dia mengingatkan lelaki itu. Haikal yang sibuk mengemas bonet kereta, tergelak kecil mendengar ‘pesanan’ Kea. ‘Takkanlah…’ Jawabnya di dalam hati.
MASUK kali ni entah berapa kali dia mundar-mandir di dalam bilik tu. Dipegangnya perut yang meragam minta diisi. Dia baru teringat yang dia belum lagi menjamah apa-apa makanan sejak dari pagi. Jam di tangan dikerlingnya. Pukul dua pagi. ‘Hmmm… Lapar! Lapar!’ Rungutnya. Tiba-tiba dia teringatkan Haikal. ‘Dah tidurkah dia? Em... Mestilah dah kan. Tadi beria benar dia kata nak berehat. Eh, tapi tadi dia dah pesan kalau ada apa-apa boleh panggil. Haa... Sekarang aku lapar, so ada apa-apalah kan… Okay, Okay...’ Uniform yang tersadai di kerusi dicapainya. Uniform pun uniformlah… Nak buat macam mana, dia malu kalau Haikal nampak dia memakai bajunya. Baju itu dibelek-belek lagi. Besar juga baju ni, lelaki tough macam Haikal, takkan nak pakai baju sendat pula kan. Tak macholah beb~ rambutnya yang panjang melepasi bahu dibiarnya lepas. Malam-malam tak payah nak bersanggul bagai. Di perhatikan mukanya di cermin, ‘Hai… Selekeh betul! anak siapalah ni??.. Anak Ibulah…hihi. Err, dah macam orang gila pula aku cakap sorang-sorang macam ni!’
….. Tukkk! Tukkk! Tukkk…!
“Encik Haikal… Encik Haikal…..” Haikal terbangun bila terdengar namanya dipanggil. ‘Kea!?’ Bergegas dia berlari mendapatkan pintu. Risau betul kalau ada apa-apa yang terjadi pada gadis itu. Pintu bilik dikuaknya. Tersembullah wajah manis Kea yang sedang berdiri tegak dihadapannya. Siap dengan uniform sekali. Ewah! Dah macam kat hospital pula rasanya.
“Ha.., Ada apa Cik Doktor?” Soalan pertama yang diajukan Haikal tatkala melihat muka Kea yang sedang tersenyum manja ke arahnya.
“You… I ada apa-apa…” Jawab Kea. Perlahan saja bunyinya seakan berbisik.
“Ada apa-apa??” Haikal pelik. ‘Apa kena dengan minah ni? Lain macam je aku tengok, dia ni sedang tidur berjalan ke??’ Haikal berteka-teki sendiri, kedua-dua belah matanya digosok berulang kali.
“Ha’ah… Ada apa-apa...”
“Ada apa-apa, apa?? You ni mengingau eh? Merepek malam-malam buta ni!”
“Eh, mana ada… Betullah, you kata kalau ada apa-apa I boleh panggil you, so sekarang I ada apa-apalah, sebab tu I panggil you nie… Sorry…” ‘Hmm…’ Haikal menghela nafas panjang. ‘Apa lagilah akal gadis ni?’ Hatinya berbisik.
“I lapar….”
“What? Lapar?? Mana nak cari makanan pukul dua pagi nie??”
“Mana I nak tahu, sebab tulah I panggil you. I lapar sangat ni, dari pagi tak makan…”
“Hmm… Siapa suruh you tak makan? Ni satu hal lagi nak cari makanan untuk you.” Haikal merungut, ditenungnya Kea yang tunduk memandang lantai. ‘Hmm…kasihan pula tengok minah ni.’ Diarahkan pandangannya ke luar jalan.
“Nak keluar cari apa-apa tak? Maybe ada kedai 24 jam yang buka.” Bersinar-sinar mata Kea bila mendengar pelawaan Haikal tu.
“Boleh juga! Thanks Haikal…” Balasnya.
“Yelah, nanti kalau you pengsan I juga yang kena, lebih baik dari yang itu kan. You tunggu sekejap.” Haikal masuk ke dalam untuk mengambil apa-apa yang patut. Setelah beberapa minit berlalu dia keluar dengan jaket di tangan. Di kerlingnya Kea atas bawah.
“You nak pergi macam ni ke?” Soalnya.
“Err… Tak boleh ke?” Soalan Haikal di jawab soalan oleh Kea.
“Bukan tak boleh, tapi… langsung tak boleh! Malulah I nak jalan dengan you kalau you pakai macam ni. Nah! Pakai jaket I ni.” Haikal menyuakan jaket ditangannya.
“Ermm… Tak apa ke? Nanti you sejuk pula.”
“It’s ok, I lelaki, should be okay. Take it” Kea mengalah dan mengambil jaket yang diberikan Haikal. Di gantikan uniform dengan jaket pemberian Haikal, Haikal hanya memerhatikan Kea memakai jaketnya. Entah apalah yang difikirkan lelaki itu. Desis hati Kea.
“Emmm... Okay dah. Cantik tak?? Hiee...” Kea tersenyum manis memandang Haikal sambil menayangkan t-shirt dan jaket milik Haikal yang dipakainya. Hujung t-shirt tu diikatnya tepi agar nampak tak terlalu besar. Luruh jantung Haikal melihat senyuman Kea waktu itu. Kea nampak cantik memakai baju dan jaketnya. Nampak begitu sepadan dengan dirinya, tanpa di sedari Haikal membalas senyuman Kea.
“ERM, I je yang boleh makan maggi okay, you tak boleh. I buatkan you sandwich tuna. Nah!” Kea menghulurkan sepinggan sandwich ke Haikal. Nasib baik ada kedai runcit yang masih buka, itupun kalau lambat dua tiga minit memang tak adalah kan!
“Kenapa I tak boleh makan maggi?” Soal Haikal sambil menyumbatkan sandwich ke mulutnya. Sekali masuk, hilang terus. Pelahap betul mamat ni!
“Sebab you… saa…” Tidak dihabiskan ayatnya, takut Haikal akan terasa hati.
“Sebab tak eloklah… Tak baik untuk kesihatan you. I tak apa, sebab dah dua tiga tahun I tinggalkan maggi ni.” Jawab Kea, maggi yang masih berasap dituipnya perlahan. Haikal hanya memandang sekilas bila mendengar jawapan yang keluar dari mulut gadis itu, dibiarkan tak berbalas. Dia lebih pentingkan sandwich yang sudah separuh pinggan bakinya. Kea menggeleng, ‘Siapa yang lapar sekarang??’
“You lapar eh? Ke roti yang I buat tu sedap?” Kea menyoal. Haikal mencebik.
“Kalau sedap pun bukannya you yang buat. Dah nama pun tuna segera kan.” Haikal membalas soalan Kea dengan sindiran. Berdesing telinga Kea mendengarnya.
‘Hailah~ nak kerek pula dengan aku! Memanglah tuna segera, tapi siapa yang buka tutup tin? Tolong sapukan dekat roti? Dan siapa yang lipat-lipatkan roti tu jadi macam tu? Aku kan??’ Marahnya di dalam hati. Malas nak cakap terang-terang, nanti menjadi-jadi sindiran Haikal.
“You ikut I ni parents you tak marah ke?” Soalan Haikal membuatkan Kea hampir tersedak.
“I menyewa dengan kawan I, ibu di Seremban dan ayah dah lama meninggal. I don’t think they all nak marah, lagipun I dah besar panjang kut.” Jawab Kea sambil menyuapkan maggi ke mulutnya.
“Oh... You memang selalu ikut orang yang you tak kenal eh?” Kali ini Kea memang betul-betul tersedak. Mineral water di depan mata dengan pantas diambil dan diteguknya.
“Kenapa you tanya soalan macam tu? Ingat I ni perempuan apa? Ikut strangers sesuka hati.”
“Habis tu you ikut I kan sekarang? Dah sampai Cherating pun, and I am stranger! We never know each other before. You tak takut I rogol you ke? I ni lelaki okay…” Haikal menduga. Kea tergamam. Secara reflaction dia memegang bajunya sambil memandang Haikal yang tersengih. Jam ditangan dikerlingnya. Almost four am! Waktu-waktu begini hormon lelaki memang tak stabil. Ihikss~ Kea mula gabra. Mangkuk maggi yang masih bersisa di tolaknya ke tepi. Haikal perasan perubahan wajah gadis di hadapannya itu, tiba-tiba akal nakalnya datang….
“You nampak sexy lah malam-malam ni. Lagi-lagi sebab you pakai baju I dengan rambut di biar lepas macam tu. Hmm...” Semakin galak usikkannya. Kea menjeling Haikal tajam.
“You jangan macam-macam ye. I pukul you nanti! Dah makan cepat sandwich tu, lepas tu tidur! I dah ngantuk sangat ni.” Kea cuba menukar topik perbualan. Haikal masih lagi tersenyum, dia masih ingin menyambung usikkannya. Makin seronok pula dia lihat Kea menggelabah.
“Alaaa… Come on lah sayang, malam masih muda. Apa kata kita enjoy dulu?” Haikal tersengih menampakkan gigi taringnya. Kea melopong.
“Mengada eh!! You dah hilang akal ke??” Ada getaran di hujung suara Kea, dia bingkas bangun menjauhkan dirinya sedikit daripada lelaki itu, nampak sangat dia takut. Tak tertahan Haikal melihat Kea saat itu, akhirnya terhambur juga gelaknya. Berdekah-dekah ketawanya. Kea terkedu melihat Haikal yang beria-ia mentertawakannya. ‘Oh my… Mamat ni memang dah betul-betul gila ke? Ibuu… anak mu dalam bahayaaa…’
“Huyyooo… Garang juga cik doktor kita ni ye. I memain jelah, come on lah… You kurus sangatlah, macam papan, nak peluk pun tak ada feel!” Ujar Haikal spontan seraya menyuapkan bahagian roti terakhir ke mulutnya. Terjegil mata Kea memandang Haikal. ‘Ewahh!! Kecik besar, kecik besar je aku tengok kau ni, sesuka hati je cakap aku kurus macam papan! Eleh, Kalau ikan dah tergolek-golek di depan mata, takkan tak terusik hati si kucing untuk menerkam, kan!!? Cet pirrahhh!’
“Hishhh!! Sudahlah… Malas I nak layan you, hilang mood I nak makan. You pun dah habis makan kan?? Pergi balik bilik you. I nak tidur, cakap dengan you pun tak ada hasil!” Tingkah Kea sambil sibuk-sibuk mengemas pinggan dan cawan yang mereka gunakan. Mee Maggi yang masih berbaki pun di angkut sekali. ‘Sambung makan dalam bilik lagi bagus’ Fikirnya.
“Tak ada hasil? You nak ‘hasil’ ke??” Haikal menyoal Kea sambil mengenyit mata nakal.
“Eeii... Gatal ye… Pergi balik sekarang!” Arah Kea, ‘Mamat ni kalau dilayan makin menjadi-jadi’ Haikal masih lagi ketawa. Dah lama benar rasanya dia tak ketawa besar macam tu. Dia mengalah dan segera bangkit dari tempat duduknya. Di pandangnya Kea yang masam mencuka. ‘Comel juga minah ni kalau marah!’ Desis hatinya.
“Ok, I balik. I hope lepas ni I boleh tidur nyenyak tanpa adanya ‘apa-apa’ dari you.” Ujar Haikal sambil berlalu, sempat juga dia menarik hidung Kea. dan apa lagi…
“Haikalllll!!” Protes Kea, tapi tak sempat untuk dia berbuat apa-apa, Haikal sudah pun menghilangkan diri ke dalam bilik. Yang jelas kedengaran hanyalah gelak tawanya saja yang bergema di setiap ruang. ‘Bukan main gelak dah macam pontianak pondan tertelan biji durian!!’ Getus Kea geram.
* * * * *
Maria membuka pintu bilik Kea. Hampir semalaman dia menunggu temannya itu, sampai tertidur-tidur. ‘Eh! Kosong!?’ Berdebar-debar hatinya tatkala melihat katil Kea yang masih kemas tak terusik. ‘Dia tak balik ke semalam? Atau dia merajuk dengan aku?’ Maria teringat tentang janjinya untuk menemani Kea ke butik Zara semalam. Katanya ingin mencari baju untuk dipakai di majlis tunang Alongnya. Tapi tak pergi pun, terpaksa dibatalkan last minit sebab dia kena temankan Ijam.
“Cis! Aku memang kawan yang *^&$)#&*% (Malas nak cakap, lu pikirlah sendiri…!)’ Di capainya telefon bimbitnya dan nombor Kea di hubunginya.
‘Tutt… Harap maaf, nombor yang anda dail……………’ Erk! Kakak operator lagi! Dicubanya sekali lagi, and hasilnya tetap sama. Dia off kan phone ke?
“Hmm… Kau di mana Kea?…..”
* * * * *
Nyamannya suasana pagi di sini. Tiada langsung kedengaran bunyi bising enjin kereta, bunyi hon, siren ambulans, suara nurse atau pesakit yang menjerit antara satu sama lain. ‘Hummmmmmmph.’ Nafasnya di tarik sedalam yang boleh. Tenang betul rasa hatinya saat ini, sudah lama dia tak bercuti. Walaupun percutian kali ini hanyalah percutian yang tidak disengajakan, dia tetap gembira. Pandangan matanya dilemparkan jauh ke arah laut. SubhanaAllah, indah sungguh ciptaanNYA. Matanya terus berkeliaran menjamah persekitaran pantai. Nun jauh di suatu sudut, kelihatan kelibat seorang lelaki yang sedang duduk membelakanginya. Dia kenal lelaki itu.
‘Haikal…’ Bisiknya. Kea tersenyum sendirian bila mengenangkan lelaki itu, pesakitnya yang degil dan banyak songeh! kakinya mula melangkah perlahan untuk menghampiri si lelaki.
“Jauh termenung Encik Haikal….” Haikal nampak terkejut dengan sapaan Kea. Jelaslah dia memang sedang mengelamun saat ini. Dipandangnya Kea, jaket dan bajunya masih melekap pada tubuh gadis manis itu. Dia tersenyum memandang Kea. Kea turut membalas dan kemudian melabuhkan punggungnya duduk di sebelah Haikal. ‘Mood dia tengah baik nih~’ Duga Kea.
“You ni kejap-kejap Haikal, kejap-kejap Encik Haikal” Kea menoleh mendengar ngomelan Haikal. ‘Laa… Ada lagi yang tak kena dengan mamat ni, ingat ke bangun tidur mood dah ok… Ish.’
“Habis tu nak I panggil you apa? Sayang? Darling? Honey bunn….”
“If you don’t mind, I’m okay.” Jawab Haikal sambil berbisik ke telinga gadis itu. Kea tersentak, teringat kembali kejadian malam tadi.
“I bergurau jelah!” Balas Kea malu. ‘Itulah.., mulut ni pandai sangat nak bercakap!’ Marahnya pada diri.
“Tahu pun takut… Hish! Call me Haikal jelah. Susah sangat!” Marah Haikal. Kea hanya menjuihkan bibirnya mendengar sindiran Haikal.
“… Tak payah nak juihkan sangat mulut tu, ingat comel ke?”
“Eh, suka hati I lah kalau nak ingat comel ke apa, you susah hati kenapa?” Kea menyoal sambil keningnya di angkat.
“Tak adalah susah hati, cuma I takut tak boleh kawal diri tengok you macam tu, seductive tahu tak!?”
“Erkk!!” Secara automatik Kea menutup mulutnya dan menoleh ke arah lain, tak terpandang wajah Haikal ketika itu. Haikal hanya ketawa melihat Kea. Suka saja dia untuk menyakat gadis itu.
“Dah, dah, I nak mandi laut. You nak ikut?” Haikal mempelawa Kea.
“Err... Mandi dengan you?” ‘Alahai… Terasa bodoh pula bila mengajukan soalan-yang-macam-dah-tak-ada-soalan-lain-tu!’
“Aisey you ni, you nak mandi dengan I ke? Woww!~” Haikal masih cuba untuk berseloroh. Makin merah muka Kea menahan malu.
“Err… ”
“Cik doktor, laut tu luas... Up to you lah nak mandi dengan siapa pun” Haikal kemudiannya menanggalkan baju dan bangun meninggalkan Kea yang termangu-mangu. Kea hanya memerhatikan Haikal daripada jauh. ‘Fuyohh!! Abang body, badan ketak ketak! Dah macam baywatch dah aku tengok mamat nih’
Selang beberapa minit, Kea ternampak Haikal tenggelam timbul sambil tangan terkapai-kapai ke arahnya.
Kea panik. ‘Lemas ke dia ni!?’ Dia berteka-teki sendiri, hatinya berdebar. Lelaki itu diperhatikan dari jauh.
“Tolong… Tolong…” Sayup-sayup kedengaran Haikal meminta tolong. Kea makin berdebar. Kali ini dia yakin Haikal betul-betul lemas.
“Ya Allah Haikal….!” Kea berlari mendapatkan lelaki itu. Tidak dihiraukan ranting-ranting kayu dan kulit-kulit cengkerang yang tajam menusuk ke kakinya. Nyawa Haikal lebih penting. Dengan pantas dia terjun masuk ke dalam laut. Skill berenangnya amat diperlukan saat ini.
“Haikal!!”
“Kea, to..lo..ng I…” suara Haikal kedengaran tak jelas. Kea semakin menghampiri Haikal. Pantas saja tangannya memaut lengan lelaki itu. Ditariknya Haikal keluar dari laut. Tercunggap-cunggap nafasnya turun naik. Badan Haikal dua kali ganda besar dari badannya. Di kuatkan kudrat untuk menarik Haikal ke tempat yang lebih selamat.
“Haikal! Haikal, buka mata!” Pipi Haikal ditamparnya berkali-kali. Haikal tak sedarkan diri. Matanya tertutup rapat. Kea makin cemas, bimbang akan keselamatan Haikal. Rawatan CPR merupakan rawatan yang tepat buat Haikal sekarang ni. Dibaringkan Haikal menghadap langit. Dadanya ditekan-tekan beberapa kali, tiada response. Kea nekad, kepala Haikal diangkat dan di dongakkan sedikit dagunya. Ditahannya nafas… ‘You can do it Kea…’ Mulutnya sudah hampir mengenai mulut Haikal…
“Bismillahirahmannirahim………” dan tiba-tiba Kea rasa badannya terpelanting ke arah tepi.
“Auchh!!” Jeritnya. Dia bangun bila melihatkan Haikal yang terkekek-kekek mentertawakannya. Dia geram bercampur marah. Haikal mempermainkannya!
“You!!” Dia menjerit ke arah Haikal yang masih asyik mentertawakannya.
“You… Benda-benda macam ni jangan buat main-main, you ingat lawak ke!!??” Sergah Kea. Matanya mula merah menahan marah. Dia betul-betul bengang!
“Alah, relaks lah you. I main-main je pun, bukannya betul-betul. Yang you nak marah ni kenapa? You risau ke? Ke you dah sayang I ni? Haa...” Haikal masih lagi ingin bermain dengan Kea, tajam matanya merenung lelaki itu.
“This is all nonsense! I nak balik!!” Bentak Kea marah. Dia mula mengatur langkah untuk meninggalkan Haikal. Matanya sudah mula berair, bukan sedih tapi disebabkan marah yang tak boleh ditempiaskan. Dia cuba untuk berjalan, dan entah kenapa dia rasakan ada benda yang tajam mencucuk-cucuk kakinya.
“Eh… Kaki you berdarah.” Haikal yang mula-mula menyedarkannya tentang keadaan kakinya yang sudah pun merah dibasahi darah. Kea terkejut, dia terduduk. Mungkin kakinya ada terpijak benda tajam masa dia berlari untuk menyelamatkan Haikal sebentar tadi.
“Mari I tengok!” Haikal cepat-cepat mendapatkan Kea. ‘Aku ke puncanya?’
“Ya Allah, duri ranting ni Kea. Macammana boleh terpijak ni??” Kea masih lagi mendiamkan diri, perasaannya bercampur aduk. Marahnya pada Haikal dan rasa sakit yang tiba-tiba menjalar di segenap tubuh.
“Kea, you okay ke? Kenapa diam je? Cakaplah dengan I…” Giliran Haikal pula cemas. Kaki Kea diletakkan ke atas ribanya. Habis kotor seluarnya dibasahi darah dari luka Kea. Dia sangat panik tak tahu hendak berbuat apa.
“Kea… Please... Cakap dengan I, I’m worried…” Rambut Kea diusapnya lembut ke tepi. Simpatinya pada gadis itu makin menjadi-jadi.
“Mungkin kena masa I lari nak selamatkan you tadi.” Kea tiba-tiba bersuara, perlahan saja nadanya. Perasaan bersalah mula menyelubungi diri Haikal ketika ini. Diraupkan kedua-dua tangan ke mukanya. ‘Ya Allah, apa yang aku dah buat ni!’
“Kea… I’m sorry, I didn’t mean to….. Hmm, I keluarkan duri ni ye?” Pujuk Haikal. Kea berdiam diri sebelum mengganguk tanda setuju. Kakinya sudah mula berdenyut-denyut, mungkin dah terlalu lama duri tu berada di dalam kakinya, di tambah pula dengan kesan pijakkan, lagi bertambah-tambahlah sakitnya. Haikal memandang Kea penuh kesal. Telapak kaki Kea yang terkena duri ditiupnya perlahan.
“I nak cabut duri ni sekarang, you tahan sikit okay? Akan sakit sikit…” Pesan Haikal seraya menarik duri ranting dengan pantas.
“Aduhhhh!” Kea menjerit. Mahu tak meraung, duri yang terlekat pada kaki Kea ada lah panjangnya dua sentimeter. Haikal yang melihat turut merasa sakitnya. Wajahnya berubah bila melihat Kea yang cuba menahan sakit. Muka Kea nampak pucat. Sesekali ternampak Kea menggelap pipinya yang sudah basah digenangi air mata.
“Kea, I’m sorry…” Haikal sekali lagi memohon maaf. Kesal betul dengan tindakkannya sebentar tadi. Pipi Kea disentuhnya. Terasa bahang dek air mata Kea. Kea hanya membiarkan tindakkan Haikal.
“I nak balik…” Kea mula bersuara. Perlahan-lahan dia cuba untuk bangun.
“Okay, kita balik ye. Mari I tolong you...” Haikal cuba memberikan pertolongan. Dia tahu Kea memang dah tak boleh nak berjalan dengan betul. Kalau perlu di dukungnya gadis ini sampai ke Kuala Lumpur pun, dia rela. Kea hanya menggeleng. Marahnya pada Haikal masih belum reda. Haikal memerhatikan Kea dengan sayu. Dalam susah payah Kea sedaya upaya berusaha untuk berdiri.
“Kea tolonglah jangan buat I macam ni… Bagi I tolong you. Pleasee…” Rayu Haikal. Tak sanggup dia lihat Kea bersusah payah, memang salahnya menyebabkan gadis itu jadi begitu. Kea memandang Haikal, dia turut rasa bersalah melihat Haikal ketika itu. Akhirnya dia mengalah, nak terus berjalan sampai ke bilik, memang dia dah tak mampu. Nak minta tolong orang lain pun, memang tiada siapa disini melainkan Haikal.
“Pusing belakang…” Kea mengarah Haikal untuk pusing membelakangkannya. Haikal pelik, tapi diturutkan juga. Kea mahu Haikal menggendongnya, dia malu kalau Haikal mendukungnya. Lebih malu untuk bertentangan mata dengan lelaki itu. Perlahan dia menghampiri Haikal. Tangannya kuat melingkari leher lelaki itu, Haikal yang faham benar dengan maksud Kea, cepat-cepat bersedia untuk menggendong gadis itu.
“I berat… Jangan jatuhkan I..” Pesan Kea. Haikal mengganguk. Takkan di biarkannya gadis itu jatuh.
“Perlahan-lahan…”
“Ermm…” Haikal dapat merasakan sesuatu bila Kea memeluk bahunya. Suatu perasaan yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Perasaannnya sangat tenang. Dengan perlahan dia bangun, dibetulkan berdirinya sebelum melangkah. Kea tidaklah berat mana, cuma dia tidak mahu Kea terlepas dari tangannya. Kea hanya membisukan diri. Kali terakhir dia dikendong adalah oleh arwah Babanya. Entah kenapa hatinya menjadi sebak, perasaan marahnya pada Haikal, sakitnya, dan rindunya pada arwah Baba bercampur baur. Air mata yang ditahan tidak dapat dikawal lagi. Berjujuran jatuh mengenai bahu Haikal. Dan tanpa disedari lelaki itu dipeluknya dengan lebih erat. Jurang perbezaan di antara doktor dan pesakit sudah semakin jauh di tinggalkan mereka.
No comments: