**KLIK : K.E.A 16
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“HAAA… Ni dia! Penat aku cari kau kunci, sampai kena rompak! Haishh...” Puas mencari akhirnya kunci kereta yang hilang dijumpai di atas meja bilik makmalnya. Mungkin tercicir sewaktu dia kelam kabut nak keluar dari situ. Di ambilnya kunci tersebut dan bergegas keluar dari bilik tu. Banyak tempat yang sedang menunggu kunjungannya saat ni…
“Eh, Doktor Kea!” Kea menoleh. ‘Apa lagi ni…’
“Ye saya Anis. Kenapa?” Soalnya sambil memandang Anis, jururawat baru yang sedang tersenyum manis menghampirinya.
“Doktor ada disini lagi? Tadi ada orang cari Doktor, tapi saya cakap Doktor dah balik…” Dahi Kea berkerut.
“Cari I? Siapa?”
“Entah, lupa pulak nak tanya nama. Tapi yang pasti lelaki, handsome tau. Seingat saya dia pernah datang sini dua tiga kali jugalah. Patient Doktor kut…”
“Lelaki? Handsome lagi? Siapakah?? Erm.. tinggi-tinggi, badan sasa, berkulit cerah?” Soalnya ingin mendapatkan lebih kepastian.
Anis mengganguk.
‘Haikal? Eh, dia buat apa kat sini? Ada appointment dengan aku ke?’ Diselaknya organizer di tangan, ‘25hb.. 25hb… Tiada! Next appointment pun minggu depan. Hmm.. Ada apa ye?’ Dia berteka teki di dalam hati. Risau juga kalau ada apa-apa yang terjadi kat lelaki itu.
‘Lebih baik aku call dia.’ Desisnya. ‘Alamak! Handphone pun dah hilang!! Hishhh…’
“Anis, I nak pinjam phone sat!” Lantas tangan mencapai ganggang telefon. Tak sempat Anis nak angguk atau apa, terus saja dia mendail nombor yang hendak dihubungi.
“Hello.” Kedengaran suara garau si lelaki di hujung talian.
“Hello, boleh bercakap dengan Encik Haikal?” Kea ingin benar-benar pastikan nombor yang dia hubungi tu adalah nombor Haikal. Main ingat kat kepala je ni. Kang kalau terus shoot, takut salah orang pulak.
“Yes, I am. Whose on the line please?”
“Haikal ya, Kea nie…..
‘Kea!?’ Haikal kembali melihat skrin telefonnya. Local number, ‘Eh, nombor siapa pulak yang dia pakai ni?’
“Yes Kea, ada apa-apa yang boleh I tolong?” Kea terasa ada kelainan dalam nada suara itu. Terlalu formal. ‘Dia sedang meeting ke?’
“Nothing much, cuma nak tanya, you ada datang hospital cari I tadi?”
“Nope.” Ringkas saja jawapannya.
“I see. Okaylah, nevermind. I ingat you, Erm, salah orang barangkali.”
“Emmm.”
‘Emm? Emm je?? Apa lagilah tak kena dengan mamat ni’ Kea mula syak ada sesuatu yang tak kena. Suaranya tak semesra selalu, mahu tak mahu je Haikal menjawab panggilannya.
“You sibuk ke?”
“Tak, why?”
“Sebab suara you berbeza. A bit formal not like usual, I kacau you ke?”
“Tak ada apa-apalah. You tak payahlah fikir bukan-bukan.” Kasar saja bunyinya. Kea agak tersentak.
“Erm… oklah… Sorry. Bye” Giliran Haikal pula yang tersentak. ‘Eh! Boleh pula dia main tarik tali dengan aku sekarang ni’
“Kea… Hello, Hello Kea…”
“Apa!?” Amboi garang!
“Yelah, I datang tadi. Tapi bukan nak jumpa you pun, ada hal lain… so, since I dah singgah, I saja tanya you.” Haikal masih cuba untuk berselindung. Dia tak mahu Kea tahu kedatangannya hanya semata-mata untuk bertemu dengan gadis itu.
“Oh, ingat ke ada apa hal tadi. Tak apalah kalau macam tu. I pun rushing ni. Talk to you later okay..”
‘Hmm… nak keluar dengan Izatlah tu’ Bisik hati kecil Haikal. Eh, cemburu ke? Ihikss..
“Where are you going?” Soalnya. Sengaja ingin mengambil tahu, walaupun dia tahu jawapannya nanti akan membuatkan hatinya sakit.
“Lodge police report, then pergi JPN, buat IC… Erm, nak buat lesen baru, beli handphone, Hmm… Banyak tempat nak pergilah you.”
“Hahh.. Kenapa!?” Haikal agak terkejut bila terdengarkan hal yang berkaitan polis. Baginya, kalau dah sampai ke polis, mesti ada masalah besar.
“I kena ragut tadi.” Jawab Kea.
“Hahhhh!!?” Lagi terkejutlah Haikal bila mendapat tahu gadis kesayangannya sedang ditimpa musibah.
“Where? When?? Dengan siapa you pergi?” Soalnya bertubi-tubi.
“Alone.”
“Alone? You bukan dengan Izat ke tadi? Dia mana? Kenapa tak temankan you?”
“Ha? Izat? Mana you tahu I dengan dia?” Kea kehairanan.
“Err… Okay, you tunggu. I’ll be there in 10 minutes!” Lantas perbualan itu dimatikan.
“Eh… Hello Haikal, Hello..?” ‘Hmm… dimatikan pula...’
DARI jauh sudah kelihatan kelibat Kea yang nampak manis memakai baju kurung biru laut, sedang duduk melutut menunggu kedatangannya. Di berhentikan kereta betul-betul di hadapan gadis itu.
“Kea…” Panggilnya. Kea yang sedar akan kehadiran Haikal menghadiahkan sebuah senyuman manis. Dia bangun dan merapati kereta lelaki itu.
“Mari I tolong bukakan…” Pelawa Haikal, hilang sudah rajuknya bila pujaan hati sudah berada di depan mata. Kea hanya tersenyum menurut. Di pegangnya pipi Haikal lembut sambil memandang tepat ke anak matanya.
“Terima kasih… You dah okay?” Soalnya. Tersentuh hati Haikal dengan tindakkan Kea. Tak pernah pun ada mana-mana perempuan yang melayannya begitu, dia terasa begitu di sayangi dan di hargai.
“Sudah…” Jawabnya, entah kenapa tiba-tiba dia rasa malu di layan begitu.
“Alhamdulillah, tengoklah siapa yang jaga. Ehem! Ehem…” Kea cuba mengusik. Haikal ketawa.
“Yelah…yelah, you yang jaga. Eh! So how? You okay ke? Ada luka mana-mana?” Soal Haikal setelah beberapa ketika melayan perasaannya. Di pandangnya Kea atas bawah.
Kea menggelengkan kepalanya.
“I’m okay… Mungkin dah tak ada rezeki. Hmm.. Eh, you tak ape ke temankan I ni? You tak kerja?”
“Tak.., Err, I mean tak apa. I off hari ni ((Off semata nak hantar bear and coklat untuk you, tapi…))” Jawabnya sambil berbisik didalam hati.
“Untunglah Bos, hari-hari boleh off…” Usik Kea.
“…. Eh, jomlah. Nanti kita lambat. You jadi driver I hari ni kan..?” Sambungnya lagi sambil tersenyum nakal ke arah Haikal.
“Anything for you mam…” Jawab Haikal seraya mengenyitkan matanya. Kea tergelak kecil dengan tingkahnya. ‘Ada saja dia ni…’ Hatinya berbunga.
“FUHH… lega! Semua dah settle. Thank you Haikal sebab temankan I, untung juga bawa you ni ya. Banyak kenal orang dalam, tak susah-susah I nak beratur tunggu giliran…” Kea tersengih. Memang senang pun, pergi police station nak buat report, ada koperal yang dia kenal, pergi JPN pun ada pengarah yang dia pernah deal. Belum lagi pergi buat lesen, kad ATM dengan kad kredit, pendek kata semua orang dia kenal lah! Bayangkan semua hal boleh di selesaikan dalam masa satu hari saja. Siap ada masa extra lagi sekarang ni. Hai... Untung-untung.
“Kan I dah cakap, anything for you. Lagipun I nak balas balik jasa you, sebab jaga I dengan baik hari tu. Manalah tahu I tak sempat…………
“Ha, dah! Jangan nak mengada cakap bukan-bukan. Hmm… I haus lah…” Haikal menoleh. ‘Hiee.. cepat saja dia putuskan cakap aku’
“Kita pergi makan ais krim nak?” Haikal mengajak.
‘Aiskrim???’ Jangan ditanya!
“Nak!! Nakk!! Nak aiskrim baskin robbin tau.. Tapi you yang kena belanja sebab I dah tak ada duit” Usik Kea.
“Ye… Duduk diam-diam. I tengah drive ni, kang langgar tembok. Aiskrim baskin robbin entah kemana, you pun entah ke mana…” Arah Haikal walau sebenarnya dia senang sekali melayan telatah Kea yang manja tu. Tapi tak mahulah dilayankan sangat, takut terbabas.
“Err… Kalau tak nak duduk diam?” Kea menguji. ‘Apalah~ macam budak kecik je suruh aku duduk diam.’
“You want me to kiss you like what I did before?” Dia menjungkitkan sedikit keningnya memandang Kea.
“Erk! Okay, Fineeeeee!!”
“KENAPA you tak makan ais krim tu? Dah cair nanti tak sedap tahu? dan lagi satu, dari tadi you asyik pandang I kenapa?” Kea pelik melihat Haikal, sedari tadi matanya tak berkelip memandangnya. ‘Ada yang tak kena ke dengan muka aku ni? Hidung hilang ke?’ Hatinya berdetik.
“Tak ada apa pun, seronok tengok you makan aiskrim. Nampak gaya macam tak pernah makan setahun.” Haikal bersarkastik. ‘Ha! Dah nak mulalah tuuu…’ Kea mencebikkan bibir mungilnya.
“Eleh, my favorite kot. Dapat makan aiskrim ni macam satu anugerah tahu. Lagi-lagi kalau ada orang belanja. Syurga! Syurga! You apa tau…” Jawab Kea sambil memasukkan suapan terakhir ke mulutnya. Haikal hanya tersenyum sinis.
“Kalau you tak nak makan, I ambil…” Ugutnya. Tapi tak sempat dijawab, bahagian Haikal sudah pun berada di tangannya.
“…… I makan, hiee..” Tersengih-sengih macam kerang busuk. Haikal hanya menggelengkan kepala melihat telatah Kea, persis anak kecil.
“Comotlah you makan.” Tingkah Haikal, lalu mengambil tisu dan dilapnya tumpahan coklat yang terlekat di tepi bibir Kea. ‘Memang macam budak kecik, budak kecik yang dah besar gedabak!’ Kea hanya membiarkan kelakuan Haikal. Dia seronok dimanja begitu, lagi-lagi dengan Haikal. Wah!~ terawang-awang…
“Cukup tak? Kalau tak cukup I belikan lagi…” Pelawanya. Sungguh untuk Kea, satu kedai baskin robbin ni pun dia sanggup beli.
“Err… Tak naklah. Dah kenyang. Sambung nanti pula.. Erm, Haikal.. Nak tanya.” Kea tiba-tiba membuat memek muka serius. ‘Adalah tu..’
“Nak tanya apa?”
“Erm… Tadi masa I call you, you ada tanya pasal Izat kan? I mean, you tahu pagi tadi I ada dengan Izat?” Soalnya.
Haikal mengeluh. Waktu-waktu begini kalau tanya pasal lelaki itu memang sangat merosakkan mood baiknya. Hmm.
“Ha’ah, I nampak you berdua pagi tadi waktu I nak ambil kereta dekat parking. Entah apa yang di borakkan. Nampak serius.” Jawab Haikal. Dia malas nak terangkan apa sebenarnya yang terjadi dan dia tak mahu nak jelaskan apa yang telah dia dengari. Dia tak nak hatinya terluka lagi.
“Oh. No wonder lah.” Balas Kea.
“Kenapa? Apa yang you nak dengar? Nak tanya I sama ada you dengan dia sepadan atau tak? Sangat sepadan. Nampak sempurna bila bersama… You terima jelah dia, bukan senang lelaki nak meluahkan perasaan…” Mendatar saja itonasi suaranya. Tak langsung dipandang muka Kea waktu itu.
“Hah, maksudnya you dengarlah apa yang kami bualkan tadi?” Haikal terjerat dengan kata-katanya sendiri. Lama dia terdiam sebelum membalas.
“Dahlah Kea, jom balik. Dah lewat ni. Esok I kerja..” Akhiri Haikal seraya bangun dari tempat duduknya. Kea terdiam. ‘Aku salah cakap ke? Alaa… Alaaa… Tak puas lagi, nak luang masa dengan Haikal lagi...’ Rengeknya di dalam hati.
“Haikal…… Tunggulah!” Panggil Kea pabila melihat kelibat Haikal yang sudah pun jauh meninggalkannya. ‘Hish! Apa pun tak bolehlah dia nie!~’ Marah Kea sambil berlari-lari anak mendapatkan lelaki itu.
* * * * *
“KEA bangun…. Kita dah sampai..” Kejut Haikal. Dibiarkan beberapa saat. Namun Kea masih senyap tak berganjak. ‘Letih sangat agaknya dia ni…’ Haikal pandang sekeliling. Sepi, gelap gelita. Dikerling pula jam ditangan. Hampir satu pagi. Hmm… Mana tak letih, dari pagi dia di luar, macam-macam benda yang jadi pula tu... ‘Kesian Kea…’
Di palingkan wajah dan tubuh Kea mengadapnya. Di tegakkan kepalanya yang terlentuk ke bahagian kiri. Anak rambut yang terjuntai ke dahi, disisirnya ke tepi. Kea masih seperti tadi. Tak sedikit pun dia bergerak, apatah lagi terjaga. Haikal turut memalingkan muka dan tubuhnya mengadap Kea dan kini mereka bertentangan.
Kepala Kea tiba-tiba terlentuk lagi, kali ini di sebelah kanan pula. Hampir saja Haikal terciumnya. Haikal tergelak kecil melihat tingkah Kea waktu tidur. Wajahnya sangat tenang, setenang hati orang yang memandang. Di betulkan kembali tegak kepala Kea. Tapi tak semena-mena Kea bergerak, dan selepas seketika dia terlena kembali, tapi sempat juga dia melekapkan pipinya ke tangan Haikal yang cuba untuk membetulkan posture kepalanya. Haikal agak tersentak. Kini tangan kirinya tersepit di antara pipi Kea dan kusyen keretannya. Nak juga di tarik, tapi bimbang pula akan membuatkan Kea terjaga. Sudahnya dibiarkan saja.
Direnungnya wajah gadis itu dengan pandangan yang penuh dengan kasih sayang. Setiap inci wajah gadis itu di telitinya. Di bawa tangan kanannya jatuh ke rambut Kea, diusapnya lembut. Cantik… lembut terurus. Tangannya jatuh pula menyentuh mata dan pipi Kea, hinggalah ke bibir mungil gadis itu. Dan di bibir itu, tangannya berhenti. Dicapai pula jari jemari runcing Kea, erat genggamannya. Hmm.. Pasti dia akan merindui gadis ini nanti. Petah ucap perkataannya, sifat manja, kenakalan dan penyayangnya. Sejak perkenalan mereka, tak pernah sekali dia merasa kurang dengan kasih sayang Kea. Dia bersyukur dapat mengenali gadis itu, walaupun hanya untuk seketika.
Hmmm…. Kenapalah gadis ini hadir di saat-saat begini. Di saat di mana umur ku sudah hampir sampai ke penghujungnya? Kalaulah Kea tahu yang diriku sangat-sangat menyayangi dan mencintai dirinya. Pasti susah dia mahu melepaskan ku pergi… Pasti dia akan menangis sehingga kekeringan air mata. Tidak! aku tak akan biarkan dia menangisi pemergian ku… Aku mahu melihat dia sentiasa tersenyum gembira menikmati hidupnya, walaupun tanpa aku. Semoga gadis kesayangannya ini akan berjumpa dengan seseorang yang lebih sempurna untuk menjaganya hingga hujung nyawa.
‘Ya Allah, aku bermohon pada Mu, Kau lindungilah dia…, Aku redha sekiranya nanti aku ditakdirkan pergi sebelum sempat mengucapkan sayang aku padanya….’ Doanya untuk kekasih hati, matanya kini di pejam erat. Cukuplah setakat ini, dia tak mahu untuk terus memikirkan kisah hatinya lagi.
‘Banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan kepada dirimu,
Aku ingin engkalu selalu, hadir dan temani aku,
di setiap langkah yang meyakiniku,
kau tercipta untukku, sepanjang hidup ku...
Meski waktu akan mampu, memanggil seluruh ragaku,
Aku ingin kau tau aku selalu milikmu, yang mencintaimu sepanjang hidupku……….’
No comments: