Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Tuesday, July 3, 2012

SURAT CINTA UNTUK KEA - "FARRAH HANNAN"




KEA ALYISSA by ARASHARRINA



from far away::

FARRAH HANNAN SHAMSUDIN


Pergi tasik tersesat ke paya,

Bila dah sesat mulalah nebes,

Korang dah baca novel KEA?

Baik korang baca, novel ni best!


DON’T EVER GIVE UP!

Yes, never give up! Geng, pengembaraan bermula...

KEA ALYISSA
Doktor KEA adalah anak Puan Zahara & Ahmad Iqbal Taruddin.
Ada seorang abang, Aiman namanya. Mempunyai seorang Maria dan Izat... Kawan-kawan dialah dua orang ni... (Nak tahu lebih-lebih bacalah sendiri, nama pun review kan)

Haikal Hakimi
Anak Dato' Ashraf dan dia...
"Nama pesakit, Haikal Hakimi Ashraf, 28 tahun, suffered primary brain tumor early stage 2, kondisi pesakit tidak terlalu baik, kemurungan dan depression…"
"Melalui keputusan report secara menyeluruh, pesakit sebenarnya menghidap kanser otak dan sekarang sel-sel kanser pesakit sudah mula merebak ke bahagian lain…"


KEA ALYISSA vs Haikal Hakimi

"Hey! You buta ke? Tak nampak orang? Mata letak kat lutut ke!?" -Haikal-

"Hamboi sedara, mulut tu ada insurance ke tak? Siapa yang langgar siapa ni" -KEA-

*****

"You… Janganlah stress, kan I dah suruh you free kan diri. I can't find any of your blood vessels, please..." –KEA-

"Eh you kan doktor! Takkan tak tahu macam mana nak cari!"-Haikal-


KEA ALYISSA & Haikal Hakimi

"Kea tolonglah jangan buat I macam ni… Bagi I tolong you. Pleasee…" -Haikal-"Pusing belakang… I berat… Jangan jatuhkan I.." -KEA-


KEA & Haikal (dalam kereta)

"Hmmm... eh, kereta you ni tak ada radio ke? Kereta besar, tapi..." -KEA-
"Ada tu... kalau nak dengar bukalah sendiri." -Haikal-

"Err... I tak tahu bukalah! Kereta I Myvi aje. You bukakanlah." -KEA-


*****

"Ehhh! Ehhh!" -KEA-

"Kenapa lagi ni you?" -Haikal-

"Errr... Tak ada apa-apa. I nak cakap, I suka lagu ni. Boleh tolong kuatkan sikit tak?" -KEA-

: Senyummmm… Tak perlu kata apa-apa~

: Senyummm… Tak perlu kata apa-apa~

: Senyummmmmmm……..~


Suka part dalam kereta ni, macam kelakar sikitlah... Yang penting Senyum tak perlu kata apa-apa...


KEA & Haikal (Cherating)

"ERM, I je yang boleh makan maggi okay, you tak boleh. I buatkan you sandwich tuna. Nah!" -KEA-

"Kenapa I tak boleh makan maggi?" -Haikal-

"Sebab tak eloklah… Tak baik untuk kesihatan you. I tak apa, sebab dah dua tiga tahun I tinggalkan maggi ni." -KEA-

*****

"You lapar eh? Ke roti yang I buat tu sedap?" -KEA-

"Kalau sedap pun bukannya you yang buat. Dah nama pun tuna segera kan." -Haikal-

Part ni pun not bad... Macam geram sikit kat si Haikal ni, sedap pulak dia!!! Orang dah tolong buatkan ada hati nak kerek-kerek lagi! Tapi tetap senyum jugak “Ke roti yang I buat tu sedap?”. Terbayang-bayang, macam manalah mimik muka diorang berdua kan?


*****

"You memang selalu ikut orang yang you tak kenal eh?" -Haikal-

"Kenapa you tanya soalan macam tu? Ingat I ni perempuan apa? Ikut strangers sesuka hati." -KEA-

"Habis tu you ikut I kan sekarang? Dah sampai Cherating pun, and I am stranger! We never know each other before…" -Haikal-

Part ni macam panas sikit, sesedap mulut aje kan si Haikal ni tanya macam tu? Tapi padanlah Kea pun... Geram... Tumbuk Haikal ni karang, baru dia tahu apa itu sakit kena tumbuk...


Kea & Haikal (atas motor)

"You takut apa-apa jadi kat I kan? Atau you sebenarnya dah sayang kat I?" -Haikal-

"Mana adalah! Jangan nak perasan ye. Dah! Pegang I kuat-kuat, I nak merempit ni!!" -KEA-

"Alaaa… You malu lah tu… Okay, okay.., Cepat-cepat!" -Haikal-

"Oii! Pegang pinggang I jelahhh, bukan peluk I… Ini suday lebey niee!" -KEA
Sweet-sweet... Cewah, ternampak-nampak diorang naik motor berdua pusing-pusing kampung... ewah, sedap pulak peluk-peluk anak dara orang si Haikal ni..

KEA <3 Haikal


"I need you so badly, I cintakan you, tapi I tahu I takkan boleh… I tak mampu… tak mampu... I tak sempurna macam lelaki lain Kea…" -Haikal

“Sometimes, there are things that we don't want to happen but we have to accept, things that we don't want to know but we have to face it… I juga sayang dan cinta pada you, Haikal. Trust me, we can handle this…" -KEA-

*****

“Jika you pandang dengan mata hati you, you akan nampak keikhlasan I untuk menerima diri you seadanya. I tak perlukan kesempurnaan itu, Haikal. Semuanya akan kelihatan sempurna jika kita dapat mengatasinya bersama.… Dan hati ini, hati ini berdegup untuk you… dan ianya akan selalu begitu. Sampai bila-bila…" -KEA-

"Kea….." -Haikal-

"I serius Haikal... We should stop planning the future, stop figure out precisely how we feel and stop deciding what we want our heart to feel… Sometimes we just have to go with… What happenes, happened. We can't change the destiny, but we can live with it… Percayalah pada diri you Haikal, you boleh. I akan selalu ada untuk you sebab hati dan perasaan I ada dengan You, dan sememangnya ia akan sentiasa menjadi milik You…" -KEA

"Kea…. Terima Kasih Sayang……" -Haikal-

Terharu... Kea sangat best! Dan my friend Annyssah Rahman, dia nak jadi Kea... Boleh blah lah dia, hahaha... Sorry Kecik, kutuk ang sikit!

KEA vs Puan Zahara

"Ibu tak izinkan kamu berkahwin dengan Haikal!" -Puan Zahara

"Ibu… Apa salah Haikal Ibu? Dia……." -KEA-

Agak-agak Puan Zahara setuju ke tidak ni? Kea mesti kerja keras nak pujuk ibu dia kan? Ingat senang ke seorang ibu nak izinkan anaknya susah kerana seorang lelaki yang memang sah-sah ada sakit kronik? Nak-nak pula, dia sendiri dah pernah lalui apa yang bakal anak dia rasa nanti.

"Memang mudah bila bercakap Kea, tapi kamu belum rasa apa yang Ibu rasa. Kamu tak tahu bagaimana perasaannya hidup bila di tinggalkan suami, nanti bila dah ada anak, anak-anak tak dapat cukup kasih sayang dari ayahnya, macam-macam Kea. Kamu tak tahu macam mana susahnya hidup Ibu bila Baba kamu meninggal dahulu. Sudahlah, Ibu tetap takkan benarkan kamu berkahwin dengan dia. Keputusan Ibu muktamad!!" (Ni dialog ibu Kea yang menentang niat murni Kea nak jadi isteri Haikal)

(okay baca sendiri, semua masuk dalam ni tak bestlah kan?)


Ini realiti atau fantasi?

“Haikal Hakimi bin Ashraf… Aku nikahkan dikau dengan Kea Alyissa binti Ahmad Iqbal Taruddin dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit Malaysia tunai!"

"Aku terima nikahnya Kea Alyissa binti Ahmad Iqbal Taruddin dengan Mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai…..!,"

Mimpi mainan tidur, adakah Haikal bermimpi dinikahkan dengan Kea atau sememangnya mereka bernikah? Jawapannya di dalam KEA Alyissa... (carilah sampai jumpa, mesti ada jawapannya sebab setiap soalan mesti ada jawapannya.)

766 pags jer, selak pi selak mai habislah... dah tu RM27 jer kot, kalau beli online ke kat bookfair ke dah dapat diskaun lagi (diskaun RM3 kan? Boleh makan aiskrim dah RM3 tu)... Kalau jumpa si AraSharrina, siap dia sain lagi kot... hehe... untung-untung boleh bergambar sekali...
Malaslah nak tulis panjang-panjang... ini pun dah cukup panjang ni... so, geng jom kita turun bawah sikit baca surat cinta eh? Nak-nak? Tak nak sudah, nak baca turun bawah... Ada highlight tu sebenarnya part tu dah dikeluarkan untuk projek lain yang masih terbengkalai sebab erm adalah sebab musabab dia... Bacalah surat tu dulu lepas tu kita tengok apa jadi lagi kat bawah sana... Okay jom... JUMP to NEXT page...

...Surat Cinta Untuk Kea...

"Dear my sweetest Sweetheart….

Remember today? Today is a day when I fall for you. The day when we both got caught in a lift, the day when you ask me to hold you tight, the day when I found something special about you and the day when I really want to be with you…

In my eyes you are so beautiful, your clear eyes, your sweet smile, your caring, your attitudes… for me you are so perfect, starting from that day, you always made me adore you, every move I made, I always think of you, You've brightened my world with the warmth of your presence...
You hold my hand when I am weak and falling, you whisper words and it vanishe all my regret… Every moment spent with you is like a beautiful dream come true... and until now, I cannot imagine my life without you, your warms love….

Please, please do not leave me, I don't know how I am, who I am without you being there with me, you are my blood, you are my heart, you are my life, you complete me completely…

My love, I love you with everything I am, and more than anyone ever thought possible... I want to be with you for the rest of my life…., I love you Kea Alyissa…"
Love, Haikal :')


Akhirnya::

Cerita diorang tak habis macam tu aje, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri... Part macam tu eloklah baca sendiri, tak panjang mana pun si Zarif tu datang sekejap aje... Mental blank tak perlu lama-lama dalam ni. Yang penting sekali, Izat tu pun tak buat kacau sangat sebab dia faham siapa dia pada mata KEA... Lebih kurang macam tu la.. (bukannya malas nak tulis tapi, benda last minute macam ni la hasilnya)

Pada pendapat saya::

KEA Alyissa lain dari yang lain... Yang penting sekali KEA dengan Haikal tak kena kahwin paksa... Konflik dalam ni pun tak banyak, tapi tetap bermain dengan emosi... Ada rasa sedih dan rasa nak marah jugak! *biarlah rahsia* Paling best, si AraSharrina ni sportinglah... Pemerintah Bearland yang selalu lepak dengan penduduk-penduduknya... Sekian, terima kasih!


Thanx AraSharrina... Tak give up pun!!! Ini ajelah yang mampu... Saja suka-suka meramaikan jemaah Contest SCK aje... hehe... And Nur Alia... GoodLuck, Lucky!!!

"True love is not to live for oneself but for the sake of the other…" -Kea Alyissa-

"True love is to give all you have for the other, even your life…" -Haikal Hakimi-


“Just walk into my life...”



Sekian, terima kasih!



+++++++++++++

* Please Drop Some Love :)

Thank you People! <3




No comments: