Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Sunday, December 9, 2012

"Aiseyman, Driver Aje!" - Bab 13 & Bab 14



BAB 13

PINTU bilik yang tertera tanda ‘PRIVATE ROOM’ ditutup dengan cermat. Dia tidak mahu Alice terjaga dari lenanya. Irham Alfie menghela nafas panjang. Amer di sisinya juga turut melakukan hal yang sama. Sengaja Irham menyuruh jururawat di hospital itu untuk menempatkan Alice di bilik itu. Luas dan selesa. Dia tidak mahu anak gadis itu bercampur dengan kanak – kanak yang lain. Dia mahu privacy Alice terjaga.

“So, apa plan?” Serentak keduanya bertanya soalan yang sama. Mereka berpandangan. Irham jungkit kening. Amer angkat bahu.

“Hmm… Teruk juga keadaan Alice tu…” Amer mula bersuara perlahan.

Irham angguk mengiakan. “Lama nak recover tu…” Sambung Irham kemudiannya.

“Apa yang kita nak buat sekarang ni? Alice akan keluar esok. Bella pula for sure stay sini lama… dan kita pun tak ada contact number family dia. Paul aku dah cuba call, voice mail.”

Irham diam memikir. Seketika kemudian matanya tajam merenung ke arah Amer yang hanya berdiri peluk tubuh di sebelahnya.

“…. Kau tahu kan, aku stay sorang kat KL ni. There is no way aku boleh bawa Alice balik dan jaga dia di rumah aku.” Amer terlebih dahulu menjawab. Seakan tahu apa yang sedang berlegar – legar di fikiran temannya itu. Bukan tak nak, tapi memang tak boleh.

Irham mengeluh lagi. Memang dia tidak boleh salahkan Amer. He’s right. Takkan nak suruh dia jaga pula kan. “Nanti aku fikir pasal Alice, kita jumpa Bella dulu.” Putusnya. Amer hanya mendiamkan diri. Entah mahu beri reaksi apa. Keadaan betul – betul tengah complicated sekarang ni.

Mereka berjalan seiring meninggalkan bilik Alice. Kini giliran Bella pula untuk dilawat. Sebentar tadi Doktor Hadi ada memberitahu yang temannya itu sudah dipindahkan dari wad kecemasan ke wad biasa.

Syukur dia selamat. Hanya itu yang mampu diucapkan oleh kedua lelaki itu tatkala menerima berita tentang keadaan Bella. Satu problem dah settle. Next!


++++++++++++


“Kau masuk dulu, nanti aku follow. Nak buat call jap.” Pinta Amer. Banyak call dan mesej yang diterima dari pejabatnya sejak petang tadi. Entah apa yang jadi, mesti ada hal penting. Desis hatinya.

“Okey.” Jawab Irham ringkas. Sebelum memulas tombol pintu bilik itu sempat juga matanya melilau mencari kelibat Pelangi. Gadis itu tidak langsung kelihatan. Ke mana pula perginya minah ni? Bukan ke aku suruh dia tunggu dekat sini tadi? Hmm… Tak boleh harap! Gumannya.


++++++++++++


“Done!” Ucap Amer sambil mengukir senyum segaris. Urusan kerja sudah selesai. Kakinya dihayun perlahan untuk kembali ke bilik temannya. Hmm… Bella, Bella. Look what you have done? Tak sangka wanita moden macam dia boleh terfikir untuk melakukan hal yang macam ni. Ah! Memang yang namanya manusia itu tidak pernah sempurna dan boleh berubah bila – bila masa. Apatah lagi bila berhadapan dengan soal hati dan perasaan. Rosak kalau tak tetap niatnya. Amer geleng kepala. Sedang asyik memikirkan keadaan Bella, anak matanya jatuh ke atas sekujur tubuh yang sedang duduk bersandar di dinding membelakanginya.

“Pelangi!?” Nama itu meniti di bibirnya. Hayunan kaki mula berubah. Bagai magnet yang bertemu arus, dia ditarik untuk mendekati gadis itu.

“Pelangi…” Panggilnya lembut. Gadis itu hanya diam tak bergerak.

“Pelangi?” Panggilnya lagi. Reaksi yang diterima masih sama. Diam. Sunyi. Bahu gadis itu dipegangnya. “Oh… Tidur rupanya.” Amer ukir senyum bila melihat wajah polos gadis itu. Manis dan lembut. Pandai Irham pilih driver peribadi. Hatinya berbisik sendiri. Tanpa disuruh, dia duduk bersebelahan dengan gadis itu. Dan tanpa disuruh juga, Pelangi tiba – tiba memalingkan tubuhnya mengadap Amer. Lengan lelaki itu dipeluk mesra. Amer tergamam seketika. Erat sekali pelukan Pelangi di lengannya. Apa ingat tangan dia ni bantal peluk ke apa?

“Err… Pelangi…” Amer cuba kejutkan Pelangi sekali lagi. Pelukan gadis itu cuba dileraikan. Tapi tak berjaya. Kuat tak kuat pula kan! Namun Pelangi hanya diam seperti tadi. Amer bukan apa, untuk berada di dalam keadaan dia dipeluk begini, rasanya dia okey saja. Tapi takut pula gadis itu yang akan malu sendiri bila dia sedar dari tidurnya nanti. Dari gaya dan penampilan Pelangi, dia tak rasa gadis itu akan sengaja untuk buat macam ni dengan mana – mana lelaki.

Hmm… Biarlah. Bukannya buat apa. Putus Amer akhirnya. Dapat juga dia merehatkan tubuhnya seketika. Kepala Pelangi ditarik perlahan ke bahunya. Bukan untuk mengambil kesempatan. Tapi jika dibiarkan, pasti nanti akan terasa sakit. Fikirnya.

“Perhatian untuk semua pelawat, waktu melawat akan tamat dalam masa tiga puluh minit lagi. Selepas waktu itu…….–

Reminder dari pembesar suara mengejutkan Pelangi dari lenanya. Terpisat – pisat dia memandang sekeliling. Err… kat mana aku ni? Antara sedar dan tidak dia termanggu – manggu sendiri.

“Erk!” Dia terkejut bila terpandang lelaki di sebelahnya dan lagi terkejut bila melihat tangannya yang dipeluk oleh lelaki itu. Okey tak! Bukan dipeluk, tapi memeluk!! Oh my Pelangiii… Apa yang kau buat ni?? Kenapa kau peluk dia? Siapa dia? Siapa kau dengan dia?? Oh Pelangi, kau dah tak suci lagi??? Begitu extreme sekali dia membayangkan keadaan dirinya sekarang ni. Segera tangannya ditarik keluar dari pelukan lelaki itu. Lelaki mana ni!?? Siapa ni!?? Kenapa dia tidur sebelah aku!? Pelangi cuba mengamati wajah lelaki itu. Matanya dikecilkan.

“Ah, kawan Encik Irham ni…” Getusnya perlahan sambil berkali – kali mengetuk kepalanya sendiri. Wake up Pelangi! Wake up! Dengan pantas dia berdiri. Terasa adrenalinnya bergerak laju ke kepala. Berdirinya jadi goyah. Kepalanya terasa berpusing 360 darjah!

Bukk! Dia terjatuh dan kembali terduduk di kerusi, err… kerusi empuk? Eh…eh…

“Dah sedar?” Dengar saja suara itu Pelangi terus meloncat bangun.

“Err… Sorry. Sorry!” Urghh… Kelam kabutnya kau Pelangi. Dahlah kau peluk dia, lepas tu kau boleh landing baik punya dekat atas riba dia kan!!? Pelangi pejam mata tahan malu. Dia menjauhkan sedikit tubuhnya. Tanpa sedar tumitnya terlanggar pula bucu meja di belakangnya.

“Aduhh!!” Pelangi mengaduh kuat. Dia duduk sambil mengusap tumit kakinya. Sakit! Macam terkena kejutan elektrik dengan kuasa voltan yang tinggi!

Lelaki itu pecah tawa bila melihat keadaan Pelangi. Kan dah cakap tadi, gadis dihadapannya memang tidak biasa dengan keadaan sebentar tadi. Lantas dia bangun menghampiri gadis itu. Tawanya terhenti. Tangan dihulur memberi bantuan.

“Come…” Pelawanya.

Dahi Pelangi berkerut menahan sakit sambil menggeleng perlahan. “Tak apa. Terima kasih…” Pelangi menolak lembut. Pipinya berubah rona. Merah Mak Ngah dah jadinya! Aduh… Sakitnyaaa! Dah berdenyut – denyut dah ni. Perlahan dia cuba berdiri.

Amer menguntum senyum. Untuk pertama kali pelawaannya ditolak. Dengan ekor mata dia lihat Pelangi terkial – kial untuk berdiri.

“You okey ke tu? Kalau tak okey, saya panggilkan nurse. Alang – alang dah di hospital ni.” Ujar Amer. Bukan nak bersarkastik, tapi memang betul pun, alang – alang dah ada di sini.

Pelangi angguk. Tidak ambil peduli dengan kata – kata lelaki di hadapannya itu. Nak perli ke, nak apa ke. Lantak piii lah! Aku dah tak boleh fikir ni!

“Angguk untuk okey atau angguk untuk call nurse?” Soal Amer, lambat pula dia nak menangkap signal yang diberikan Pelangi.

Pelangi mengangkat kepala, matanya mencerun memandang tepat ke arah lelaki itu. Ni buat – buat tak faham atau…

“Nope, seriously tak faham.” Bagai ada deria ke enam, lelaki itu seakan dapat membaca fikiran Pelangi.

Pelangi mengeluh perlahan. “Angguk untuk okey.” Balasnya tiada nada.

“Oh okey.” Jawab Amer perlahan. Suasana sunyi seketika. “Err… Duduklah dulu awak. Stabilkan diri tu dulu…” Cadang Amer. Pelangi diam, tapi kemudiannya akur. Dia berjalan terjengket – jengket menuju ke kerusi bersebelahan Amer. Okay tak, selang dua kerusi dari kerusi lelaki itu. Tak boleh. Tak boleh. Biasanya bila berdua akan ada halimunan ketiga.

Amer sekadar tersenyum. Dia membiarkan saja Pelangi. Tiada paksaan. Kalau gadis itu nak duduk bersila di lantai tu pun dia okey.

“Dah pukul berapa ni?” Tanpa sedar Pelangi bertanya.

“Erm…” Amer jeling sekilas jam di dinding. “Tu, lagi sepuluh minit pukul lapan malam…” Beritahunya.

“Mmm…” Pelangi pejam matanya sekali lagi. Aura kelam kabutnya masih bersisa. Jam dinding yang terpampang besar di depan matanya itu pun dia boleh tak perasan. Parah kau ni, Pelangi!

Suasana sunyi lagi. Bagai ada malaikat yang lalu. Amer kemudiannya bangun berjalan ke arah mesin kopi segera yang berada dalam dua tiga meter dihadapan mereka. Pelangi dengar lelaki itu memasukan beberapa keping duit syiling ke dalamnya. Dia telan air liur.

“Coffee?” Amer hulur secawan kopi tepat ke mukanya. Pelangi sedikit tersentak. Agak – agaklah nak bagi pun. Macam nak terendam hidung aku dibuatnya! Sempat Pelangi mengomel. Aroma kopi sudah mula menyapa.

“… Nah, take it. Untuk pulihkan semangat you. Jangan malu – malu, saya belanja.”

“Err…” Automatik tangan Pelangi terus menyambut kopi dari tangan lelaki itu. “Thanks” Ucapnya sepatah.

“Pleasure. Careful, panas lagi tu.” Pesan Amer concerns.

Pelangi angguk. Asap yang berkepul – kepul keluar ditepisnya perlahan. “Encik Irham di mana?” Soal Pelangi bila atmosphere dah terasa agak tenang.

“Oh, Irham ada di bilik Bella… Dia dah ditukar ke wad biasa.” Jawab Amer sambil tersenyum.

Oh… Manisnya senyuman dia. Sempat Pelangi memuji. “Err… Encik tak jumpa cik Bella sekali?” Tambah Pelangi lagi. Dia mula memberanikan diri memerhati setiap inci wajah lelaki itu. Wajah lelaki melayu tulen. Berbeza dengan tuan besarnya yang berwajah pan-asia. Rambut dan tegak badannya lebih kemas daripada Irham. Raut wajahnya jauh lebih tenang jika hendak dibandingkan dengan tuan besarnya itu. Murah dengan senyuman.

“Pelangi?” Amer memetik jarinya di hadapan gadis itu. “Mengelamun?”

“Err…” Pelangi cepat – cepat tersedar dan mengalihkan pandangan matanya. Pelangi, behave! Pesan hatinya. Tapi sungguh! Wajah lelaki ni memang tenang giler weh!!

“Call me Amer, tak payahlah berencik – encik dengan saya. Saya bukan bos awak pun.”

“Erm… Okey.” Eh Amer?? Amer. Amer. Pelangi cuba mengingati sesuatu. Ohhh!! Inilah Amer yang dia jumpa waktu di club hari tu. Amer sekutu tuan besarnya! Yang sama – sama mengutuk dan mengelakkan dia!! Ishhh… Benci pula bila ingat – ingat balik kejadian itu. Baru nak feeling lebih dengan mamat ni. Tapiii… Hisshh.. Geramnya!

“Hoii!” Pelangi dan Amer tersentak bila disergah. “Amboi – amboiii, kau boleh bercinta pula dengan driver aku kat sini kan! Puaslah aku tunggu kau kat dalam tu!!” Marah Irham sambil mencekak pinggang.

“Ha Ha Ha. Sorry bro! Aku ingat kau lama lagi kat dalam tu.” Balas Amer sambil bangun. Belakang badan lelaki itu ditepuk – tepuknya. Pelangi juga bangun dan berjalan perlahan menghampiri tuan besarnya yang sedang menjelingnya tajam.

“Lama tak lama jugalah aku tunggu kau kat dalam tu kan. Nak dekat satu jam! Hantu betul!” Irham tak sudah – sudah menyumpah. Amer masih lagi dengan ketawanya.

“Pelangi kau pergi tunggu di kereta. Aku nak balik pack baju then datang sini balik.” Arah Irham tegas.

Amer jungkit kening. “Kau tidur sini? Dengan Bella?” Soalnya ingin tahu. Biar betul!

“Dengan Bell apanya, dengan Alice lah! Nanti takut dia sedar, tak ada orang teman.” Jawab Irham. Amer dan Pelangi serentak mengangguk. Bagus pula perangai tuan besarnya ini. Dah boleh jadi…. –

“Pelangi, apa lagi tunggu tu? Cepatlah!”

“Err… Oo-key. Okey.” Baru nak puji lebih dah disergah. Cancel! “Saya pergi dulu…” Katanya sambil cepat – cepat berlalu. Sakit kakinya akibat terlanggar bucu meja sudah mula surut.

“Kau ni pun, cakaplah baik – baik dengan dia. Nak menengking aje.” Tegur Amer bila kelibat Pelangi sudah hilang dari pandangan mereka.

Irham pandang temannya atas bawah. “Kau kenapa? Dah sangkut dengan dia?” Soalnya. Matanya mengecil merenung tajam ke arah Amer.

“Eh… Ke situ pula dia!” Tingkah Amer.

“Habis tu? Beria sangat nak suruh aku cakap baik – baik dengan dia. Ey, baik kau bagitahu aku betul – betul. Apa yang korang buat tadi hah?” Irham mula serkap jarang.

“Hishh! Simpang malaikat empat puluh empat! Ingat aku macam kau!” Ambik setepek. Terkena aku! Keluh Irham.

“Hailah! aku pula yang kena? Korang yang sedap berdating kat sini. Entah apa yang dibuatnya!! Ishh… dengan perempuan macam tu pun, kau ada selera kan!” Irham tak mengalah.

“Ah sudah. Jangan nak merepek. Jomlah!” Tanpa dengar jawapan dari Irham. Amer terus berlalu.

Temannya itu hanya tertawa mengejek. “Dari hot chic dah berubah ke budak kampung? Teruk kau ni Am…” Sempat dia mengutuk.

“Bla. Bla. Bla…” Amer buat tak kisah.

Kau belum nampak lagi apa yang aku nampak dalam diri gadis tu, Ir… Jangan berlagak. Satu masa nanti bila kau dah nampak, kau sendiri yang akan tunduk melutut di depan aku ni. Desisnya perlahan.

Hmm… Pelangi… Wajah dan tindak tanduk gadis itu berlegar – legar di fikirannya. Ada sesuatu di dalam diri gadis itu yang menarik minatnya.


+++++++++++++++



BAB 14


“ENCIK Irham betul tak nak saya temankan?” Soal Pelangi sambil menghulurkan sweater tebal ke arah Irham.

Kening lelaki itu terangkat. “Temankan apa?” Dia menyambut sweater dari tangan Pelangi. Kemudian berjalan menuju ke bonet kereta.

“Temankan Encik di sini, teman Alice.” Kata – katanya mati di situ. Menunggu reaksi daripada Irham. Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Sibuk mengemas beg sandang yang hendak dibawanya bersama. “Encik betul ke boleh berjaga seorang diri ni?” Sambungnya lagi. Ini bukan ayat berbasa – basi tau, tapi jujur ikhlas yang keluar dari mulutnya. Entah kenapa dia rasa prihatin pula dengan tuan besarnya itu.

Irham pandang sekilas ke arah Pelangi. “Kau dah habis fikir ke?” Soalnya.

“Err… Maksud encik?” Pelangi menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia perlu fikir apa lagi?

“Kau tak takut aku buat apa – apa dekat kau nanti?” Wajah Pelangi ditenungnya. “Well, walaupun kau ni bukanlah taste aku. Tapi kau tahu ajelah kan… Aku ni lelaki.”

Pelangi membulatkan matanya. Selamba saja tuan besarnya itu menutur kata.

“Dah, kau pergi balik!” Arah Irham. Tak sempat Pelangi nak menjawab apa – apa.

“Err… Nanti esok saya datang pagi – pagi ya? Lepas subuh saya sampai.” Ucap Pelangi bersungguh – sungguh.

“Nak buat apa datang pagi - pagi?”

“Nak gantikan tempat Encik.” Laju saja dia menjawab. Irham pandang gadis itu. Tepat ke anak matanya. Mata mereka bertaut. Cepat – cepat Irham melarikan wajahnya. Macam ada ‘percikan api’ aje bila ditenung Pelangi lama – lama. Ishh, tak boleh jadi ni!

“Boleh kan, Encik Irham?” Pelangi mencuba lagi. Kali ini dengan tone suara yang boleh mencairkan si pendengarnya.

“Suka hati kau lah!” Balas Irham sambil menutup pintu keretanya.

“Okey. Okey. Terima kasih!” Pelangi senyum sampai ke telinga.

“Erkk, terima kasih untuk apa!? Kau ni laaa… Pelik – pelik lah, Pelangi! I said suka hati lah kau nak datang pukul berapa esok and plus! No extra money for tomorrow!”

Pelangi tarik muka masam. Ceh! Macamlah aku nak sangat duit dia tu. Getus Pelangi sambil mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. “Ni… Nah.” Pelangi hulur beberapa keping duit kertas dan syiling ke arah Irham.

“Duit apa ni?” Soal Irham pelik.

“Duit lebih beli barang dapur, Cik Bella.” Jawab Pelangi ringkas.

Irham geleng kepala. “Kan aku dah kata, kau ambil aje balance dia. Susah nak faham bahasa melayu ke?”

Ewah, kerek gila kau ni!

“Saya tak mahu. Ambillah balik…”

“Kenapa tak mahu? Dah banyak duit sangat?” Sinis soalan Irham sambil menyarung beg sandang yang dibawanya.

“Bukan macam tu… –

“Dahlah… Kau pergi balik. Dah lewat.” Potong Irham sambil mula berjalan meninggalkan Pelangi yang termanggu – manggu.

“Err… Tapi…”

“Blah… Blah…” Kata Irham sambil memberi signal tangan menghalau Pelangi pergi. Sedikit pun wajah gadis itu tidak dipandangnya.

“Encik Irham…” Keluh Pelangi.

“GO!!”

Haishh… Letih! Payah betul larrr! Rungut Pelangi di dalam hati. Sejenak dia kaku berdiri memikirkan perihal Irham yang susah hendak dibawa berunding itu. Apa ntah masalah lelaki ni! Hishhh… Lantak! Malas nak fikir! Putus Pelangi. Dia masuk semula ke dalam kereta bila tuan besarnya itu seakan tidak mahu melihatnya lagi. Dia menghidupkan enjin dan kemudiannya terus menyusur keluar dari perkarangan hospital.

Boleh gila kalau hari – hari aku makan hati macam ni!! Grr!


+++++++++


Sewaktu ingin meninggalkan perkarangan hospital sebentar tadi, tanpa pengetahuan Pelangi, Irham sebenarnya sempat menoleh sekilas ke arahnya.

“Nak pulangkan duit balance konon!” Hatinya berbukam bila memikirkan ayat yang keluar dari mulut gadis itu.

"Kau muda lagi kan?”
“Err… Ya. Ya…”
“Then kenapa kau sibuk nak kerja?”
“Sebab… Erm, sa-ya, saya perlukan duit untuk hidup.”
“Heshh, benci betul aku dengar jawapan kau tu! Perempuan dan duit memang tak boleh dipisahkan! Jawapan kau tu klise tahu tak, perempuan macam kau ni mesti sanggup buat apa saja untuk dapatkan duit kan!?”


Perbualannya dengan Pelangi sewaktu gadis itu mula – mula menjadi pemandunya dahulu, kini bermain – main di fikirannya. Perlukan duit untuk hidup? Ceh! Irham senyum sinis bila teringatkan hal tadi. Setakat nak buat baik dengan memulangkan duit baki yang hanya tinggal berapa ringgit tu, baik tak payah Pelangi. Kau ingat hanya dengan tu aje, kau dapat ambil hati aku? Jangan mimpi! Aku benci dengan perempuan mata duitan macam kau, perempuan yang buat apa saja untuk dapatkan duit! Huh!


++++++++++


PELANGI merebahkan tubuhnya di atas katil. Pandangannya kosong merenung siling. Kedua belah tangannya diletakkan di atas perutnya.

“Irham Alfie bin Dato’ Affandy…” Nama itu meniti di bibirnya. Bagaimana keadaanya sekarang? Boleh ke dia menjaga Alice? Benar… Pelangi belum kenal betul dengan tuan besarnya itu. Siapa, apa dan di mana kedudukan Bella dan Alice di hati Irham juga dia masih samar. Tapi entah kenapa dia dapat rasa ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh Irham. Irham yang melayannya dan Irham yang melayan orang – orang di sekelilingnya ialah Irham yang berbeza. Dua karakter yang berlainan. Irham baik dan Irham jahat. Irham baik untuk semua orang dan Irham jahat untuk dirinya.

“Hurmmm…” Keluhan panjang dilepaskan. Pelangi memejamkan matanya rapat. Dia menggeleng seolah – olah cuba untuk menghilangkan segala kekusutan yang bersarang di kepalanya. Apa yang aku dah buat atau pernah buat dengannya? Dulu? Sekarang? Apa sebenarnya yang aku telah buat hingga aku dilayan sampai macam ni sekali... Dia benci aku? Atau buat – buat benci? Atau apa? Pelangi berteka – teki sendiri mencari jawapan yang pasti. Dia menukar pula posisi baringannya. Tangannya diletakkan ke dahi. Kali ini dia baring mengiring memandang ke luar tingkap. Hujan lebat di luar sana. Entah kenapa saat itu dia rasa sangat ‘empty’. Kosong. Kosong. Kosong. Nyanyian dari anak muda, Najwa Latif berlegar – legar di ruang mindanya. Kena. Tepat jika hendak dipadankan dengan situasinya ketika ini.

Hmmm… Apa yang saya dah buat dengan awak, Encik Irham... Kenapa awak tak boleh layan saya dengan baik… Kenapa? Tanpa sedar pipi Pelangi berlinang air mata. Air matanya mengalir sendiri tanpa ada suara yang datang menyapa atau memujuk. Untuk seketika dia membiarkan dirinya melayan perasaan sendiri. Setelah puas, dia kesat air mata dengan belakang tangannya.

Cukuplah menangis, Pelangi. Tidak mengapa jika bukan sekarang. Suatu hari nanti pasti semuanya akan berubah. Ya, akan berubah. Waktu itu dia pasti akan melayan kau dengan baik. Bukan setakat dia, tapi orang – orang disekelilingnya. Orang – orang disekeliling kau.

Hmm… Bersabarlah wahai hati. Hati yang baik, memang akan selalu di uji…


++++++++++++++++++


BERSAMBUNG :))



++++++++++++++++++

Nota Kaki : Dear readers, Taraaa! mesti terkejut kan nape la Ara ni tiba - tiba laju je nak update entry...hehehe. actually sekarang Ara tengah marathon nak menyiapkan Manuskrip A.D.A. So alang - alang tu Ara teruslah uploade di blog. InsyaAllah, Ara akan update setiap 2 hari satu entry. So, kalau ada yang sudi. Setiap 2 hari, awak singgah la sini yer...

Btw, happy readings! Jangan lupa drop komen ya. atleast terpujuk juga hati bila dah penat - penat otak memerah idea nie..hehe.

JAGA DIRI BAIK - BAIK!

Sayang yang banyak sayang,
Ara :))

8 comments:

Alin said...

akk, buat novel x a.d.a ?? :)

btw, i like it ^_^

Arasharrina said...

Alin - In Shaa Allah, sedang menjurus ke arah itu. Doa - doakan ya! :))

norihan mohd yusof said...

best sngt mmg mengharap kan akan diterbit kn ke naskah novel dek...

Seri Ayu said...

Terima kasih, selamat menulis dan semoga kuar novel ya...

Anonymous said...

boleh tukar tajuk tak?

arasharrina said...

Kak norihan & seri ayu... in shaa Allah, terima kasih utk doa.. tapi lmbt lg kak...ni baru nak siap2 buat manuskrip nie.. hehehe

Anonymous : tukar tajuk? Hehe.. tukar ke ape?

AMILA J ABDULLAH said...

BILA CERITA NI NAK DIBUKUKAN,TAK SABAR RASANYA...NAK TGU N3 SETERUS YE PUN DH RSA TERUJA,BILA IRHAM NAK FALLING IN LOVE WITH PELANGI..

baby mio said...

tq.