Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Tuesday, July 10, 2012

"Aiseyman, Driver Aje..." [Bab 1, 2]

Assalammualaikum.

Ini, di bawah ni e-novel Ara yang baru. "Aiseyman, Driver Aje!?" kita panggil dia A.D.A jelah okay? :D

Mudah-mudahan readers suka dan dapat diterima 'kewujudannya' . InsyaAllah.

Enjoy reading guys!

Please drop some comments to improve my writing. Don't worry, i wont bite. :P
Any comments are most welcome.

Saaayang yang banyak sayang,
AraSharrina :)


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Bab 1

JAWATAN : PEMANDU PERIBADI DIKEHENDAKI (Full time / Part time)
JANTINA : LELAKI / PEREMPUAN

“Driver?? Okaylah daripada tak ada. Esok boleh cuba……” Helaian surat khabar berita harian itu dilipat dan disisip rapi ke dalam beg sandang yang dibawanya. Sudah hampir satu hari dia mencari kerja. Bukan nak yang full time, part time je pun. Tapi nak mencarinya…fuhh, hilang semangat. Matanya melilau memandang keadaan sekeliling. Kut-kutlah ada iklan jawatan kosong yang boleh dia cuba. Tapi nan ado! Yang kelihatan hanya orang ramai yang lalu lalang. Busy! Busy! Semuanya dirasakan bergerak pantas. Digagahkan kakinya untuk melangkah. Dia juga perlu pantas menyusur masa. Ah! Sekarang bukan masa untuk give up.

“Kakakkk!!” Jeritan seakan halilintar itu membuatkan Pelangi terkejut. Melilau matanya mencari si empunya suara.

“Yuhuu~ Kakak… I’m coming.” Ewah! Geli geleman pula dia rasa tatkala melihat seseorang yang bila dipandang berkali-kali baru tahu jantinanya itu datang melenggang-lenggok, melambai-lambaikan tangan ke arahnya.

“Yes Meor Mohd Farish bin Meor Mohd Zarul…” Sengaja Pelangi menyebut nama penuhnya.

“Heh! Kenapa panggil I macam tu~ Panggil I Farisha okay. Fa…Ri..Sha~ Haa… Cuba sebut balik Fa…Ri..Shaaa.” Ulangnya. Pelangi buat memek muka geli sambil menjuihkan bibirnya tanda tidak mahu.

“Farish.” Sangkalnya.

“Farisha laaa…” Jawab Farish.

“Nope. Farish!”

“Farisha!”

“Okay bye!” Tingkah Pelangi malas nak melayan kehendaknya. Kebetulan pula moodnya ketika itu tidak berapa baik.

“Aaa~ Okay, okay.” Farish cepat-cepat menahan Pelangi daripada berlalu. “Kau ni tak sportinglah… Panggil jelah aku Farisha, orang lain boleh je panggil aku macam tu…” Rungutnya.

“Itu orang lain, ini aku. Geli aku nak panggil kau Farisha, Farisha tu. Kau lelaki, so buat cara lelaki. Ha, ni baju apa yang kau pakai ni. Sendat sana sini!” Marah Pelangi geram.

“Alaaa Darling~ ini fesyen. Dekat London tu dah popular tau fesyen baju-baju macam ni. Kau tu je yang tak tahu. Hari-hari jeans, t-shirt, jeans, t-shirt. Naik muak mak tengok tau…” Eh.eh, pandai pula dia nak mengutuk pakaian orang. Pelangi pandang Farish atas bawah. Dari paras wajah, susuk tubuh memang boleh tahan orangnya. Tapi sayang. ‘Terlebih patah’. Desis hatinya.

“London Mandon, yang penting aku selesa dengan pakaian aku sekarang ni.” Balas Pelangi acuh tak acuh sambil mula untuk menghidupkan motor skuternya. Kepalanya ketika ini dirasakan sangat kusut memikirkan sesuatu.

“…Eh, Kau nak pergi mana ni Yang?” Soal Farish terkinja-kinja. Dah macam orang yang sedang menahan air kecil aje lagaknya.

“Nak baliklah. Kau dari mana ni? Nak ke mana?”

“Aku nak balik rumah juga. Tapi kan Lullaby aku masuk bengkel lah. Tak sihat… Apa kata… Apa kataa~…” Lullaby yang dimaksudkan tu adalah motor skuter pink milik Farish. Entah kenapa Lullaby, bila ditanya dia pasti akan jawab sebab ‘lullaby’ tu macam sweet bila panggil. Tapi bila kali kedua di tanya, pasti dia akan balas ‘sebab lullaby tu kedengaran sweet, as sweet as me…’ So better you don’t ask him twice if tak mahu feeling like muntah.

“Okay naiklah…” Jawabnya ringkas. Sudah tahu apa yang dimaksudkan oleh Farish. ‘Nak menumpanglah tu.’

“Kau tak sihat ke Lani? Pucat semacam je aku tengok muka kau ni.” Tegur Farish tiba-tiba. Pelangi hanya menunduk dan mendengus perlahan.

“Tak adalah. Aku okay. Cuma…

“Kau masih cari kerja ke?” Duga Farish.

“Hurmm… Ha’ah. Banyak benda nak fikir sebelum masuk semester baru ni. Lagipun nanti tuan rumah aku tu nak kahwin. So, nak tak nak aku kena keluar dari rumah tu. Nak bayar deposit rumah, api, air semua tu tunggu aku hulur duit je…”

“Ala, kau sewa je lah bilik. Murah sikit.” Cadang Farish.

“Memanglah cadangnya nak sewa bilik aje. Tapi nak sewa bilik pun kena pakai duit juga kan?” Balas Pelangi. Anak mata Farish ditenung dalam.

“Kau nak pinjam duit aku dulu ke?” Pelawanya. Sepantas kilat Pelangi menggeleng.

“Tak perlu, aku masih mampu untuk mencari.” Balasnya perlahan, dia tahu soal duit Farish memang tak pernah berkira dengannya. Lagipun anak ahli perniagaan terkenal macam dia, apalah sangat kalau nak diagih-agihkan duitnya itu. Cuma bagi Pelangi, biarlah dia berdikari. Biarlah dia hidup tanpa mengharap ihsan dan belas kasihan dari orang lain.

“Tulah kau, aku nak tolong tak mahu. Sombong!” Ngomel Farish sambil melarikan wajahnya dari pandangan Pelangi. Gadis itu hanya senyum. Dah lama kau kenal aku Farish… Takkanlah masih tak dapat nak agak perangai aku macam mana… Bisik hati kecilnya.

“Well~ you know me kan? Dahlah, kau nak balik ke tak nak? Aku tinggal kang!” Jerkah Pelangi agak kuat. Malas nak melayan rajuk Farish yang sengaja dibuat-buat itu. Dengar saja jerkahan Pelangi itu, kelam kabut Farish menaiki motornya.
“Ala~ janganlah tinggalkan Mak…”

“Cepat-cepat! Aku tak ada masa ni, pantas! Pegang aku kuat-kuat!” Tegas Pelangi menuturkan kata. Farish ni bukan boleh dilayan sangat. Perangai mengalahkan perempuan. Dia sendiri pun tak pernah berperangai macam tu. Belum sempat Farish duduk selesa di atas motor, Pelangi sudah pun menekan minyak untuk memecut.

“Ya Tuhan! Jatuh juga aku dalam longkang ni Lani! Kau boleh bawa slow sikit tak??” Farish mengurut dada perlahan. Sikit lagi… Sikit lagi dia hampir terduduk bersila di atas jalan tar tu. Perempuan ni pun tak menyempat-nyempat! Marahnya di dalam hati. Nak marah lebih-lebih, nanti ditinggalnya pula aku kat sini. Tak pasal-pasal kena balik jalan kaki. Hmm… Tak apa, redha ajelah!

“Kan aku dah cakap pegang aku kuat-kuat.” Pelangi mengingatkan kembali amarannya sebentar tadi.

“Eii… Kau tau yang bawa motor macam mat rempit, nak salahkan kita pulak!”

“Diam! Pegang aku kuat-kuat.” Pelangi terus memecut laju.

“Laniii… Oiii, Mak belum kahwin lagi ni!! Oh Tuhannn! Help~” Bising betul suara nyaring si Farish menjerit-jerit memarahi kawannya itu. ‘Gila ke apa perempuan ni bawa motor, dah macam duduk dalam motorboat aje aku rasa nieee!! Farish menyumpah-nyumpah di dalam hati. Nun dari jauh Farish sudah perasan ada lopak kecil di hadapan laluan mereka. Tapi belum sempat dia tahan…….,

“Aduhhhh!!! Sakit punggung aku Pelangiiii!!” Hambik! Suara ‘jantan’ Farish dah keluar. Pelangi yang berada di hadapan hanya tersenyum sumbing. ‘Ada lagi rupanya suara jantan dia.’ Getus hatinya.

 
Bab 2



“SAFIYA!!” Jeritan suara lantang si majikan memecahkan keheningan ofis.

“Err..err... yes Encik Irham.” Terketar-ketar si setiausaha menyambut panggilannya.

“Apa rubbish yang you bagi dekat I nie?? Dah berapa lama you jadi PA I? I need driver, bukannya tukang kebun! You tak study dulu ke sebelum propose dekat I!?” Jerkah Irham. Hatinya panas! Susah betul nak cari driver, pak Harun ni pun satu! Time-time ni la dia nak berhenti, nak balik kampung katanya. Nak usahakan tanah terbiarlah, nak jaga kambing lah, lembulah!

“Err... Maaf Encik… Maaf.”

“Anyone else!?”

“Ada…taa..pi..tapi..

“Tapi apa!? Bring him in…”

Safiya terdiam. Him?? He is she Encik Irham… She! Gumannya di dalam hati. Susah sangat nak bagi aku habiskan cakap. Lantaklah! Orang muda kalau jadi bos memang macam tu, emosi tak stabil! Bentaknya malas nak melayan ‘tuan besar’ yang banyak kerenah itu.


“MISS, you may come in…” Safiya memandang gadis itu atas bawah, biar betul budak ni nak jadi driver. Mahunya aku kena tengking lagi dengan Encik Irham ni. Hajat di hati untuk menahan dibiarkan terkubur tatkala melihat langkah si gadis yang sudah pun memasuki ruang bilik majikannya. Gulp!! Ditunggu beberapa saat setelah yakin namanya akan dipanggil. Tiga saat, empat saat, lima saat…dan saat-saat seterusnya.. eh! Senyap je…


PANDANGAN Irham tertumpu ke arah ‘bakal-pemandu-peribadi’ yang tercegat di hadapannya. kali ini calonnya ialah seorang perempuan. Hatinya menggelegak tunggu masa untuk meledak. Memang nak kena Safiya ni! Wajah gadis itu diamati dan ditenung lama.

“Err…Encik…” Gadis itu memulakan bicara. Mungkin rimas dengan tingkah laku si penemuduga yang sedari tadi asyik memerhatikannya.

“Your name?” Soal Irham. Dipalingkan badannya mengadap ke luar tingkap.

“Pelangi…”

Jawapan dari gadis itu membuatkan Irham tergelak besar. ‘Pelangi!? Like what…’

“Yes, Pelangi binti Abdullah… but you can call me Lani if you want to….…

“Why Pelangi? Parents you memang dah tak ada nama lain ke nak bagi?” Dugannya sinis.

Pelangi hanya menundukkan wajahnya menahan marah di hati. ‘Kurang asam jawa betullah mamat nie! Belum apa-apa dah buat hal dengan aku!’ “Im sorry sir, tapi saya rasa tak ada apa yang salah dengan nama saya tu kan?” Pelangi cuba untuk bersarkastik.

Terdiam Irham mendengar kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu. ‘Berani budak ni’ Tapi dibiarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan. Resume di atas meja diteliti dan diselak satu persatu helaian isinya. Setelah puas, dengan ringannya dia mencampak resume itu ke hujung meja. Tersentak Pelangi melihat perlakuan yang sungguh kurang sopan itu.

“This is not a right way to reject people, Encik...”

“So? Teach me then…” Pelangi di hadapan direnungnya lagi. Kali ini dengan pandangan yang tajam.

Pelangi yang pada mulanya ingin melawan, mula mengubah fikiran. Sudahnya dia hanya mendiamkan diri. Tidak tahu tindak balas apa yang perlu dia berikan. Berdirinya jadi serba tidak kena, rasa macam nak tercabut kaki pun ada ni, dahlah tadi dia terpaksa menapak sejauh tiga kilometer semata-mata untuk masuk ke sini, ceh! Bangunan je besar, tapi kemudahan hampeh! public transport pun tak dibenarkan untuk melalui kawasan bangunan tersebut. Mengancam keselamatan kata ‘mak guard’ yang menjaga pintu pagar. Menyesal aku tak bawa skuter tadi, dahlah pakai baju kurung. Peluh pun tak kering lagi ni… Hmm. Sabar Pelangi sabar, orang yang dibuli akan dilindungi. Desis hati kecilnya.

“Dah! you may go, I don’t need you.”

“Err… tapi Encik belum interview saya lagi..” Berani saja mulut Pelangi nak menjawab. Irham menjegilkan matanya memandang Pelangi.

“Erm. Okay…” Keluh Pelangi. Nak bergaduh pun tak guna. Orang dah tak nak, takkan kau nak terhegeh-hegeh pulak kan? Dipulasnya tombol pintu dengan perasaan hampa. Tapi tak semena-mena pintu itu ditolak dari arah luar dan menyebabkan dia terdorong jatuh ke belakang.

“Eh..sorry! sorry…” Safiyah membantu Pelangi untuk bangun.

“Kau ni kenapa Safiyah?? Aku dah cakap, kalau masuk ketuk pintu, jangan nak main terjah aje!” Marah Irham. Hishhh, lepas satu-satu!

“Maaf Encik Irham, tapi ini kecemasan. Datin Yuhanis admitted hospital, Da…tin... Datin pengsan.” Tergagap-gapap Safiya menuturkan kata.

“Whatt!! Bila? Hospital mana??” Irham cemas. Soal Bonda memang tak boleh diendahkan.

“Tengah hari tadi, sekarang ada di hospital Sunway.”

‘Damn!! Macam mana aku nak ke sana!? Takkan nak naik public transport kut! Aduhhh! Irham hilang arah, dadanya berombak menahan nafas yang tidak sekata. ‘Pak Harun, Pak Harun…’ Sejak kemalangan yang hampir meragut nyawanya dahulu, dia tidak pernah ingin memandu sendiri. Walaupun kejadian itu sudah berlaku dua puluh tahun dahulu, namun traumanya masih kekal hingga ke hari ini. Tidak sekali-kali dia akan memegang stereng kereta, never! Itu janjinya pada diri. Tiba-tiba dia terpandangkan Pelangi. Ah! Untuk emergency, Apa yang ada aku sauk ajelah! Diambilnya kunci dan dicampak betul-betul mengenai kasut yang di pakai oleh gadis itu.

“Kau drive aku sekarang!!” Putusnya.

++++++++++++++++++

“Bonda…”

“Ir…” Lemah suara Datin Yuhanis memanggil nama anaknya. Irham senyum. Anak rambut Datin Yuhanis diusap lembut. Lega hatinya tatkala mendengar sahutan dari bondanya itu. Doktor kata bonda mungkin terlalu letih. Mana taknya sana sini kehulu hilir sibuk menguruskan hal butiknya. Sudah berapa kali dipesan, jangan buat kerja berat-berat lagi, serahkan saja kerja-kerja butik kepada pekerja mereka. Bonda pun bukannya muda, dah nak masuk lima puluh lima tahun dah. Tapi Bonda degil. Kata Bonda, selain Khazanah Co., butik itu satu-satunya harta peninggalan arwah suaminya, dia mahu menghargai kurniaan itu dengan penat lelahnya sendiri. Hmm.. Irham hanya mengeluh apabila mengenangkan sikap Bonda. Nak cakap lebih-lebih takut digelar anak derhaka. Sudahnya dipendamkan saja kata-katanya. Tapi bila dibiarkan, ini pulak jadinya. Haish!

“Bonda minta maaf sebab susahkan Ir.” Datin Yuhanis bersuara perlahan, Irham pandang sayu wajah lembut bondanya, walaupun nampak pucat, bonda tetap kelihatan anggun dan cantik.

Datin Yuhanis mengusap lembut jemari Irham dan seperti biasa anak lelakinya itu pasti akan lemah dengan tindakannya yang satu itu. Memang Irham sangat menyayangi Datin Yuhanis. Bagi Irham, hanya bondanya yang benar-benar memahami dirinya. Bonda adalah segala-galanya. Setelah kehilangan papa, hanya bondalah tempat dia meluah segala. Pipi yang semakin dijamah usia itu dikucup mesra.

“Tak ada apa yang nak dimaafkan bonda… Ir kan anak bonda. Memang tanggungjawab Ir untuk jaga bonda. Dah… Bonda tak payah banyak bergerak okey. Bonda relaxes je, chill-chill kan diri.” Gurau Irham, terpujuk hati Datin Yuhanis dengan kenakalan anak lelakinya itu. Tiba-tiba Datin Yuhanis teringatkan sesuatu, sudah tiga puluh dua tahun umur Irham sekarang dan dengan umur itu dia dah sangat layak untuk berkahwin dan mendapat cahaya mata. Puas dah Datin Yuhanis memujuk anaknya itu untuk berkahwin namun kata-katanya bagai mencurah air ke daun keladi. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bila disuruh kahwin tak mahu, tapi kawan perempuan tak usah cakaplah… Keliling pinggang! Tak cukup pinggang dia, pinggang bondanya juga kalau boleh nak di ambil kira. Hurmm… Irham. Irham… Semua dah sempurna dengan anak bonda ni, Cuma perangai yang satu tu aje… Cepat-cepatlah berubah sayang… Bonda teringin sangat nak bermain dengan cucu-cucu bonda….

“Eh, Bonda… Jauh mengelamun ni. Bonda fikir apa?” Teguran Irham mematikan lamunan Datin Yuhanis. Wanita itu tersenyum.

“Hah… See… baru Ir lega, dari tadi Ir mencari…” Tingkah Irham, adalah tu akalnya untuk mengusik Datin Yuhanis. Raut wajah wanita itu berubah.

“Ir cari apa?” Soalnya sambil memerhatikan sekeliling.

“Ir cari senyuman manis dari ‘hot’ mom.” Jawab Irham ringkas sambil tersengih. Datin Yuhanis menampar lembut lengan anaknya itu.

“Irham, main-mainkan bonda ya, I am too old to be hot tahu.”

“Eh… Mana ada, bonda Ir bergetah lagi tau!” Serentak dengan itu pecah tawa mereka anak beranak. Tubuh Datin Yuhanis dipeluk kemas. Lapang rasa hati Irham bila melihatkan wajah bonda yang semakin berseri. Selain Datin Yuhanis, Irham memang tiada siapa-siapa lagi di muka bumi ni, papanya juga telah meninggal dunia dua puluh tahun dahulu. Pelukan Irham semakin erat. Kalau boleh dia mahu setiap masa begitu.

Dalam kemesraan itu, mereka tidak sedar ada sepasang mata yang sedang memerhati. Si empunya mata itu sangat mencemburui suasana itu.

Pelangi kesat air mata dengan jemarinya. Segala usikan dan gelak tawa mereka mengundang sebak di hatinya. Demi Allah, dia juga mahu berada di dalam keadaan begitu. Keadaan di mana dia dapat merasa kehangatan kasih sayang dan belaian dari seorang Ibu. Untuk seketika dia dapat merasakan dadanya sakit menahan sebak di hati, sungguh dia sangat mendambakan kemesraan itu.


++++++++++++++++


“Emm… Encik, ini kuncinya. Kereta saya park dekat basement. Ini card parking, saya dah dapatkan cop untuk flat rate……………”

“Habis tu siapa yang nak drive aku balik??” tersentak Pelangi mendengar soalan dari mulut lelaki di hadapannya itu. Err… Maksudnya? Maksudnya apa? ligat otaknya meneka.

“Aku bagi kau tiga kali tempoh percubaan, waktu kerja kau mesti flexible dan mesti sedia anytime including weekend. Setiap hari, lapan setengah pagi kau mesti dah kena ada di depan pintu rumah aku. Setiap saat kau lambat, gaji kau aku tolak. Aku bagi kau seribu lima ratus sebulan. Lepas probation, aku naikkan lagi. Tapi itu depends macam mana kau buat kerja. Esok datang ofis, jumpa Safiya sign offer letter.
Tapi ingat, lapan se..te..ngah! lapan setengah!!” Ayat itu ditekankan banyak kali.

Pelangi terkesima. Nak melompat kah? Menjerit kah? atau buat-buat tak tahu saje kah?? Sumpah dia gembira! Tidak perlu lagi dia kusut-kusut fikirkan mana lagi nak dapat wang untuk tanggung kehidupannya sebagai pelajar kolej. Wang biasiswa memang ada, tapi semuannya hanya cukup untuk menjelaskan yuran semester. Faham sajalah yuran kolej beribu-ribu. Itu belum ditambah dengan duit sewa rumah lagi. Dia tersenyum sampai ke telinga. Terima Kasih Ya Allah kerana memudahkan segalannya…

“Hoi!! Apa yang kau tercegat kat situ lagi! Cepat!!” laung Irham. “Hish, lembab!” Tambahnya lagi.

“Ehhh. Okay… Okay!” Berlari-lari anak Pelangi merapati Honda Accord, kereta yang mungkin salah satu daripada kenderaan yang bakal dipandunya. Dengan pantas, dia membuka pintu bagi memudahkan tuan besarnya masuk ke dalam kereta,

“Habis kau nak duduk mana??” Sergah Irham lagi.

Erk! Pelangi tepuk dahinya sendiri. ‘Bodohnya aku nie!’ pintu kereta bahagian pemandu ditutup balik. Nervous duhhh!

“Err... Maaf Encik, Maaf… Sila masuk…”

Menggeleng-geleng kepala Irham melihat kelakuan driver barunya itu. Nasib baik kau comel. Eh, sempat pulak kau kan Irham!

BERSAMBUNG :)

16 comments:

Aida said...

wahhh, setelah lama menanti! *ecewah, lama la sgt! hee~ :D
Farish tu kelakar la, boleh pulak bagi rm10 cmtu je semata2 ada org pggil dy Farisha! ekeke~
aida perasan ada word, terjegat!
memang ada word tu or typo? sebab selama ni dengar tercegat je, hehe!
tapi kalau typo pun takpe, typo tu kan unik! thumbs up, pasni kompem aida tertunggu-tunggu akak sambung citer ni! ^^,

AraSharrina Karim said...

Aida syg, im not sure.. rasanya 'tercegat"...haha. ok, will take noted & amend. maceh dear.. :))

veroncyrila said...

Not bad..curious nak tau what will happened nex..hehe..kep on writing ya kak..1 comment..ade typo here n there kak..hehe..menggiurkan jd mengiyurkan..

Oryn Oktariani said...

akhirrrrnya,setelah penantian panjangggg,hahaha...
wahhhh bestttttt sangat lah kak ara....
jalan cerita yg menarik...
nak lagi...
:))

AraSharrina Karim said...

#Veron - haha, maaflah. lama dah tak menulis. ok! i'll change on the spot! :P

#Oryn - Amboi, perli kak ara ke? haha. maaf ampun di pinta... ok2, tu dah upload tu kan.. InsyaAllah, next entry akan di upload soon.. :)) thank u oryn..

Ayu dzulkarnain said...

best!! pelangi abdullah unik nama dia. hihihihii..

AraSharrina Karim said...

Ayu Dzulkarnain - hehe.. bestkan pelangi.. :) thank u dear.. <3

Anonymous said...

Assalama..intro yg menarik..even dah bc cerpennya tp dlm bentuk novel lg menarik.. Insya Allah.. 'terlebih patah? akak suka ayat ni..hahaha..sweet tul Farish a.k.a Farisha.. tetiba teringat kawan lama akak yg punya sifat sebegini..tp baik sangat.. :)

ada beberapa typo dan kesalahan tatabahasa yg minor.. and ada juga antaranya yg wat akak aga blur..maybe akak yg tak paham kot.. hehe.. antara yg akak perasan :

1) rasanya 'takkan' lebih sesuai dari 'tak akanlah'..akak rasala.. :)

2)Pelang mula membelok 'baring' bahasa Mat rempit katanya.. ayat ni wat akak blur..y not kamu change to membelok 'baring' ala2 mat rempit ..my opi ye.. :)

3)belum sempat tahan? kamu nak mention tekan brekkan? so, supposedly 'tekan' la kan? memandai lagi akak ni..maaf ye dik.. :)

4)spelling 'setiausaha' salah..hehe..btw, setiausaha ngan PA sama ke?

apa2pun plot cerita yg menarik dan santai..memanjang akak dok sengih bila bc..lebih2 lg bila bab Farish.. hehe

good job dik..akak doakan semoga kamu sentiasa dikurniakan ilham yg bernas dan baik2 utk menghasilkan sebuah karya yg bermanfaat.. :)

beauguar313

AraSharrina Karim said...

Anonymous..

Kak, thank u so much atas teguran tu. Ara take note. Ara dah ubah apa yang akak cakap tu.. terima kasih tau kak.. terima kasih jgk atas doanya...Aminn... insyaAllah ara ingat pesan akak.. :')

AraSharrina Karim said...

Anonymous..

Kak, thank u so much atas teguran tu. Ara take note. Ara dah ubah apa yang akak cakap tu.. terima kasih tau kak.. terima kasih jgk atas doanya...Aminn... insyaAllah ara ingat pesan akak.. :')

suez_zaen said...

homai!!! bez giler!
frankly,u really got da talent ara sann...
xsabar tggu nex n3!
typo,grammo...sy abaikn n maafkn.heee

Fatin said...

wah3....best nye cite ni kak ara...dgn perangai farish a.k.a farisha la...nyah gtu..haha..well done kak..teruskan lagi :) :)

Kertas Kosong said...

Okay... approve... hehehe gudluck

Anonymous said...

Assalam..

again akak br dpt bc ngan teliti amendment yg kamu wat.. hmmm..akak komen paragraph by paragraph k.. hehe..

1)"Geli aku nak panggil kau Dania, Dania tu." - betul ke ayat ni? :)

2) "tak akanlah masih tak dapat nak agak pernagai aku macam mana.." - 'tak akanlah' tu better ditukar kepada 'takkanlah'..my opi ye.. :)

3)"Cepat-cepat! Aku tak ada masa ni, pantas! Pegang aku kuat-kuat!" - hmm bab pegang2 kuat2 ni akak tak approve..hehe..sesuka hati akak je kan xnak approve karya kamu..reason - if u want to educate reader, start with the way u tell the story..pembc ni kaya dgn imaginasi..for me, bila mention pegang kuat2 either kena pegang pinggang atau peluk rapat..so, better mention dok jauh2 ibarat leh selit lg sorg kat tgh2 tu kot..still pendapat akak.. maaf ye.. :)

4) 'dihadapan' supposedly 'di hadapan'..hehe

ok.. ini komen akak utk bab satu..akak minta maaf ye dik.ini hanya pandangan akak.. but still bab permulaan kamu tidak mengecewakan..keep up a good writing n brilliant idea ya..

Luv u..Lillahitaala.. :)

Wassalam

Anonymous said...

bab 2

1) 'di gelar' akak rasa 'digelar'.. :)

2)'tindakkannya' sepatutnya 'tindakannya'..hehe

3) 'menggelamun' pun rasanya 'mengelamun'.. :)

4) kenapa tak wat scene Pelangi mengalirkan airmata bila tgk kemesraan antara Irham ngan mamanya? bg tangkap syahdu sikit..hehe..memandai je akak ni kan.. still my opi ye.. :)

5) "Faham sajalah yuran kolej tak kurang lebih beribu-ribu" - ayat ni akak keliru..yg Ara nak maksudkan apa?

6) hmm..nasib baik Pelangi comel..hehe..suka statement ni..

apa2pun jgn mudah putus asa dan semoga kamu sentiasa diberi ilham yg baik2 utk menghasilkan sebuah karya yg baik dan berilmu..Insya Allah..

Luv u dik..Lillahitaala :)

Wassalam

MissFyra said...

firstly, ok, boleh marah sbb lambat baca.. (mengaku dulu..hihi)

secondly, bab satu mmg nk gelak guling2.. paling rasa nk tergelak bila fyra bayang suara jantan tu..hahaha...

as for 2nd chapter, dah mula babak 'hate-hate kucing'.. i like..haha..

anyway my dearie, as always, drop by to leave my support here.. hope this 'piece' will 'kebabom' as KEA :)..

Love u always ya.