Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Tuesday, July 3, 2012

SURAT CINTA UNTUK KEA - "SYAHIRAH HISSAM"


Salam Ara ..

Ira baru habis baca KEA ..Tepat pukul 1 petang tadi ..Hehehe ..Ambil masa kurang sehari je ..Walaupun nampak tebal tapi buku tu memang best ..Firstly kenapa best is pasal jalan tema cerita yang berlainan dari cerita novel sekarang ..Selalu kawin paksa,cinta contrak tapi kali ini doktor dengan pesakit pulak ! Kelainan itulah yang membuat buku KEA amat unik di mata pembaca ..Secondly,cover novel yang sangat tenang dan cantik ..Simple and sweet ! So thumbs up for that ! Thirdly,gaya bahasa yang amat santai tapi amat menyentuh hati at some parts ..

Finally,keseluruhan cerita KEA sangat mantap ..Suka sangat-sangat ...Walaupun ni baru first book tapi ini telah meyakinkan ira untuk terus beli buku ara yang seterusnya ... You did a good job in touching us reader's heart ! :)
Bila baca KEA,ira dapat rasa apa yang kea rasa ..Sampai ternangis-nangis kat part kea and haikal waktu mula-mula dorang pendam perasaan masing-masing ..Part tu ira nangis sakan pasal ira try to put myself in kea's position ..Walaupun ira bukan doktor and tkd cita-cita pun nak jadi doktor ! Hehhehe ..Tapi ira try fikir,apa jadi kalau satu hari ira jatuh hati kat seorang yang ada penyakit,be it cancer or whatsoever ..Mungkinkah ira dapat menjadi setabah kea ..mampukah ira ikhlas dengan ketentuan takdir ? Bolehkah ira terima hakikat kalau suatu hari dia tinggalkan ira ? Part tu lah kagum akan pendirian kea ..Memang ira tahu ada di kalangan kita orang yang macam kea ..Isteri yang dengan ikhlas menjaga suami yang sakit,tapi bila ia terjadi kepada diri sendiri,mungkinkah kita dapat melaluinya ?

Itulah yang buat ira makin attached dengan watak kea .. Pas tu lepas dorang kawin ..Sweet sangat-sangat .. Masih terbayang macam mana haikal treat kea .. Sangatlah romantis ..Siap bernote-note bagai ..Bila baca part tu,ira tersenyum-senyum sendiri ..Hoping that one day my "Haikal" would be like kea's "Haikal" ..Insyaallah ..
Bila part Zarif tu ..Ira ada mixed reactions terhadap dirinya ..A part of me despise him pasal dia nak try runtuhkan kebahagiaan kea-haikal ..Tapi when i think of it again,rasa kasihan pun ada .. Pasal apa yang Zarif dah lalui,itu mungkin memberi impak dan kesan yang teramat dalam pada dirinya ..Ditinggal kekasih hati di saat kebahagiaan sudah hampir digarap ..Di saat dia sudah bersedia menjadi seorang suami .. Memang,tak mudah untuk kita forget and let go .. And again,ira try to put myself in Zarif's shoes ...To understand him better .. And when i did that,ira seakan-akan dapat rasa kesakitan dia ..Kalau itu terjadi pada ira,akankah ira bertindak seperti Zarif ? Walaupun,kadang-kadang Zarif ni macam psycho and kemaruk dgn Lia ..Tapi entahlah...Ira still ada this hate-love relationship ngan zarif .. And without him there would be no conflict and without a conflict ,kita takkan tahu rasa kehilangan sepertimana haikal rasa kehilangan dan tanpa ara tujuan without kea dan sebaliknya ...

But ira rasa tindakan haikal pun salah ..Tindakan yang mementingkan diri sendiri dan tak fikir panjang ..Tuduh tanpa asal periksa ..Dan hanya melihat dari satu sudut sahaja .. Tapi biasalah,lelaki dengan ego tak pernah lari jauh kan ? Part tu sumpah ira rasa macam nak sepak-sepak je si haikal ..Geram sangat-sangat .. Tapi yalah,bila fikir secara rasional,tiada orang yang sempurna dan pergaduhan haikal-kea hanyalah asam garan rumah tangga ..Ada ups and down ..Ira pun sempat berfikir,apa akan jadi kalau betul kea atau baby dia tak selamat waktu pembedahan itu ? Menyesal tak sudah si haikal tu .. Kan ? Watak-watak sampingan pun digarap dengan baik .. Contohnya Dato Ashraf and mama Zulaikha ..Kisah mereka pun interesting ..Ira backing dua-dua pasal firstly,Dato Ashraf niat is just to work and work so that his family could have a brighter future and hidup senang ..Itu salah satu tanggungjawab..Tapi on the other hand ,ira rasa mama zulaikha pun kesian pasal dia cuma ingin waktu dan kasih sayang suaminya ..Kasih sayang dan perhatian pun ira anggap as satu tanggungjawab .. Jadi dua-dua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing ..Tapi ira happy pasal akhirnya dorang bersatu jua .. Betullah,kalau ada jodoh takkan kemana ..And..Kisah izat and maria pun cute jugak .. Watak sampingan yang memberi flavour to the storyline .. Gaduh-gaduh sayang gitu ..Hahaha

But still i really love the ending and overall storyline of the book ! Again thank you Ara for making KEA into such a beautiful lovestory ..And for sharing kisah kea-haikal with us .. Sorry kalau ira tulis panjang lebar ..Confirm ara penat baca kan ? Hahahha ..Ira kalau dah tulis susah nak keep it short and sweet .. Sorry ye .. ;)

+++++++++++++++++

* Please Drop Some Love :)

Thank you People! <3



3 comments:

dsyaleeza said...

Good Luck! ♥♥♥

Anonymous said...

saya suke surat cinta ni lain dr yg lain...good luck syahirah hissam

AraSharrina Karim said...

dsyaleeza - thank u on behalf of syahirah hissam.. :))

anonymous - kan! ara pun like manyak2.. :)) <3