Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Tuesday, July 3, 2012

SURAT CINTA UNTUK KEA - "NURFEE NOVELS"

Assalamualaikum,

review novel KEA..

Mengisahkan tentang seorang gadis yang periang dan bakal doktor yang menjalankan program internship-nya di sebuah hospital. Kea Alyissa, gadis kacukan Melayu-Cina yang happy go lucky terpaksa berdepan dengan pesakit lelakinya yang pertama, Haikal Hakimi Ashraf, seorang bekas kasanova yang mula berubah kepada kehidupan yang lebih baik selepas mengetahui dirinya menghidap kanser otak.

Perkenalan mereka bermula dengan haru biru tetapi tetap mencuit perasaan. Hubungan doktor-pesakit benar-benar mencuit perasaan. Untuk menghalalkan hubungan kasih mereka dan kerana ingin menjaga Haikal melalui hubungan yang halal, Kea sanggup berkahwin demi menjaga Haikal dan berdepan dengan kehilangan Haikal.
Namun, setelah berkahwin dan meniti kehidupan yang bahagia, kemunculan Zarif yang menganggap Kea Alyissa sebagai kekasihnya, Atilia yang telah meninggal dunia, sedikit sebanyak mengganggu gugat hubungan kasih keduanya. Hubungan Kea-Haikal kembali keruh.

Namun, benarlah kata-kata orang dulu-dulu, hubungan yang suci akan setia sampai mati. Mereka bersama dan cinta kasih mereka bersatu kerana cinta kasih yang kuat antara keduanya. Impian Kea dan Haikal untuk hidup bahagia hingga ke syurga tercapai jua. Keduanya meniti momen-momen indah bersama cahaya mata dan keluarga tercinta.

++++++++++

* Please Drop Some Love :)

Thank you People.. <3




1 comment: