Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Tuesday, July 3, 2012

SURAT CINTA UNTUK KEA - "AMY SUHANA"


Assalamualaikum Ara Shayang..:D

Surat Cinta Untuk Kea..

Firstly saya nak mohon ampun dan maaf jika ada kekurangan dari coretan saya ini.
“Kea Alyissa bt. Ahmad Iqbal Taruddin dan Haikal Hakimi b. Asyraf “…
Siapakah mereka berdua dan bagaimana mereka bertemu dan akhirnya bersatu :D

“Kea Alyissa”

*Seorang gadis yang lincah dan sentiasa gembira pada usia remajanya. Bercita-cita untuk menjadi seorang doktor sejak kehilangan arwah bapanya yang menghidap penyakit kanser otak. Pada awal pembelajaran Kea sekadar belajar hangat-hangat tahi ayam tapi kembali ke alam yang sebenar dan berusaha untuk mengapai impiannya.


*Seorang gadis yang serba sederhana hidupnya tiada apa yang perlu dibanggakan selain mempunyai seorang ibu dan abang yang amat menyayangi dirinya. Saat Kea bahagia melalui kehidupan ceria nya yang penuh bunga-bunga sehinggalah pada suatu hari telah menemukan Kea pada seorang mamat ‘YANG BAJET COOL’!.

"Hey! You buta ke? Tak nampak orang? Mata letak kat lutut ke!?"

"Hamboi sedara, mulut tu ada insurance ke tak? Siapa yang langgar siapa ni"

"Nak takut apa? Kalau nak mati, kat mana-mana pun boleh!"

"Amboi you ni kalau bercakap memang main sedap mulut je kan!"

…Dan bagai sudah jodoh pulak mereka dipertemukan sekali kali..kali ini sebagai???
‘Patient and internship doctor

^-^! Hahaha bukan pasangan couple okay

*Dan lebih mengejutkan first patient yang harus dirawat adalah ‘musuh ketatnya’ dan dalam pada masa yang sama Kea mempunyai perasaan simpati pada mamat itu sebab mengalami penyakit yang sama seperti arwah baba nya..KANSER OTAK!!.

…Dan sejak pertemuan demi pertemuan mereka mesti terselit dengan pertikaman lidah dan pergaduhan yang sengit!!hehehe.. (mcm WWF pulak kan)
"Hey… I cakap dengan you! You ingat I suka ber'sayang-sayang', ber'abang-abang' bagai? Lagi-lagi dengan you. I sengaja nak cover you, tak nak bagi pelayan tu tengok muka you yang dah macam kerang busuk tu… Lagipun you kan freshie kat sini, I tak naklah orang cakap you berlagak!"

"What do you want??"

"I tanya you dah habis cakap ke belum, itu saja. Susah sangat ke nak jawab?? Ke you tak faham bahasa melayu?"

"You nak belanja I, sebab nak buat macam ni ke? Nak sakitkan hati I? atau nak malukan I? I peliklah, apa ntah salah I dengan you. Kalau you tak nak I jadi doktor referral you, you cakap, I boleh inform Doktor Yusoff untuk tukar. I don't mind at all…"


…pertemuan yang tidak sengaja dengan wanita bernama Kea telah menimbulkan satu perasaan aneh pada diri Haikal. Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh Haikal untuk ‘Memerahkan’ muka gadis yang mula mendapat tempat dihati kecilnya..;D
*Kea pula seorang yang agak degil dan keras kepala! Jika sudah bulat keputusan maka terjadila….


"Hey, what are you doing here?"

"I nak ikut you…"

"Ikut I?? You nak buat apa? Dah! Keluar dari kereta I sekarang!"

"Please… I nak ikut you, You nak pergi mana pun you pergilah. I takkan halang. But please let me follow you, I cuma nak pastikan you okay. I tak nak you sorang-sorang, I akan ikut you… Titikk!"


….dan segalanya bermula di sini :

"Kea… Bangun, kita dah sampai…"

"Kita kat mana ni?"

"Cherating."


*Dan di tempat itu segalanya bermula. Gurau senda, tawa ria dan mereka lupa siapa diri mereka. Perhubungan mereka juga semakin rapat dan yang paling penting diri mereka dapat ‘merasainya’ kehadiran perasaan itu.. <3

*sejak pada itu Kea dan Haikal terperangkap dengan perasaan yang hadir dan sinar kehidupan yang tidak pasti.

“Haikal Hakimi”

*Seorang pemuda yang menjadi kegilaan ramai gadis-gadis kerna rupa paras yang kacak, kemewahan yang dimiliki membuatkan kehidupannya sempurna. Setiap kelebihan yang diberikan senantiasa diuji dengan dugaan yang tidak kurang hebatnya :(
"Nma pesakit, Haikal Hakimi Ashraf, 28 tahun, suffered primary brain tumor early stage 2, kondisi pesakit tidak terlalu baik, kemurungan dan depression…"

"Melalui keputusan report secara menyeluruh, pesakit sebenarnya menghidap kanser otak dan sekarang sel-sel kanser pesakit sudah mula merebak ke bahagian lain…"
*Hidupnya hanya ditemani Mak Esah pembantu rumahnya yang telah mengasuh sejak kecil. Papa Haikal sering sibuk hingga dirinya terabai. Sejak mengetahui penyakit yang dihidapinya, Haikal sering menyendiri dan mudah naik angin…


…sejak mengetahui penyakit yang dialami usaha Haikal untuk teruskan hidupnya diabaikan. Sehinggalah kehadiran Kea yang serba sedikit mengocak naluri lelaki telah menimbulkan sedikit semangat hidupnya. Tetapi hati Haikal sedikit terusik kerana kehadiran Kea semasa dirinya menghampiri kematian..


Direnungnya wajah gadis itu dengan pandangan yang penuh dengan kasih sayang. Setiap inci wajah gadis itu di telitinya. Pasti dia akan merindui gadis ini nanti. Petah ucap perkataannya, sifat manja, kenakalan dan penyayangnya. Sejak perkenalan mereka, tak pernah sekali dia merasa kurang dengan kasih sayang Kea. Dia bersyukur dapat mengenali gadis itu, walaupun hanya untuk seketika.

Hmmm…. Kenapalah gadis ini hadir di saat-saat begini. Di saat di mana umur ku sudah hampir sampai ke penghujungnya? Kalaulah Kea tahu yang diriku sangat-sangat menyayangi dan mencintai dirinya. Pasti susah dia mahu melepaskan ku pergi… Pasti dia akan menangis sehingga kekeringan air mata. Tidak! aku tak akan biarkan dia menangisi pemergian ku… Aku mahu melihat dia sentiasa tersenyum gembira menikmati hidupnya, walaupun tanpa aku. Semoga gadis kesayangannya ini akan berjumpa dengan seseorang yang lebih sempurna untuk menjaganya hingga hujung nyawa.

…tanpa sedar Kea meragui perasaan yang datang dalam dirinya. Walaupun dalam pada yang sama banyak waktu senangnya dihabiskan bersama dengan Haikal..



~Sewaktu di Cherating..
"ERM, I je yang boleh makan maggi okay, you tak boleh. I buatkan you sandwich tuna. Nah!"
"Kenapa I tak boleh makan maggi?"
"Sebab tak eloklah… Tak baik untuk kesihatan you. I tak apa, sebab dah dua tiga tahun I tinggalkan maggi ni.
"You lapar eh? Ke roti yang I buat tu sedap?"
"Kalau sedap pun bukannya you yang buat. Dah nama pun tuna segera kan."

Hailah~ nak kerek pula dengan aku! Memanglah tuna segera, tapi siapa yang buka tutup tin? Tolong sapukan dekat roti? Dan siapa yang lipat-lipatkan roti tu jadi macam tu? Aku kan??' Marahnya di dalam hati. Malas nak cakap terang-terang, nanti menjadi-jadi sindiran Haikal.

"You memang selalu ikut orang yang you tak kenal eh?"
"Kenapa you tanya soalan macam tu? Ingat I ni perempuan apa? Ikut strangers sesuka hati.
"Habis tu you ikut I kan sekarang? Dah sampai Cherating pun, and I am stranger! We never know each other before…"


~Sewaktu di Kampung..
"Apa lagi, bawaklah."

"Err… Sebenarnya I tak reti bawa motor dan tak pernah naik pun."

"Ha'elah… kesiaannya you niee…!! Kenapa tak pernah? Takut?"

"Bukannya takut, tak ada orang nak ajar or bawak. Last-last sampai ke tua lah tak tahu. Dah-dah, tak payah nak seronok sangat gelakkan I ye. Cepatlah!"

"Haish… Marah pulak. Okay, okay… Naiklah, biar I yang bawa you."

"Letak kaki kat pedal ni."

"Err.. Okay, tangan? Mana nak letak?"

"Erm.. Letak kat besi penghadang belakang motor tu."

"Eh! Macam ni ke you?"

Erkk!! Buruk nauuu! Haha!

"Haish, payah betullah you ni. Bak sini tangan tu!"

"Dua-dua tanganlah!"

"Nak buat apa!?"

"Bagi jelahhh!"

"Nahh!"

"Hahh! Jangan fikir lain ye. I'm not trying to amik kesempatan. Ini namanya, Safety First'. I tak nak tiba-tiba nanti kena kutip you dari dalam longkang pulak!"

"You takut apa-apa jadi kat I kan? Atau you sebenarnya dah sayang kat I?"

"Mana adalah! Jangan nak perasan ye. Dah! Pegang I kuat-kuat, I nak merempit ni!!"

"Alaaa… You malu lah tu… Okay, okay.., Cepat-cepat!"

"Oii! Pegang pinggang I jelahhh, bukan peluk I… Ini suday lebey niee!"

~Sewaktu di Banglo Haikal..


"Dah, makanlah. Jangan di ikutkan sangat degil you tu. Tak nak makan banyak sikit pun jadilah. Penat Mak Esah masak…"

Aku ke yang degil? Atau dia? Emm…'

"Nak lauk apa?" Soal Haikal.

"Err…."

"Sup ayam nak? Tak pedas… yang lain nampak macam pedas… Nah, Cuba rasa ni, Aaaa…"

"Ermm... Dapnyee!! Dapnyee! Nak lagi Papa! Nak lagi!"

"Amboi… Dahlah. Mengada ye!"

"Alaa... Nak lar! Nak! Please…"

"Last one, okay?"

"Baiklah!"

Satu lagi suapan masuk ke mulut Kea. Kea tersengih manja. Dia sengaja. Mahu sangat jadi sweet dengan aku kan, aku pun boleh tauuu…' Haikal tersenyum memandang Kea, tidak semena-mena Haikal merapati Kea dan secara spontan dia mencium dahi gadis tu sambil mengelus lembut rambutnya. Mesra, nampak penuh dengan kasih sayang yang melimpah ruah.

"Manja ni… Dah cukup? Nak lagi?"

"Erk! Dah... Dah, cukup, tak nak lagi… I boleh makan sendiri..." Jawabnya tersangkut-sangkut. Ibu, Along, Nek Cuu…Waaa, Kea maluuu….' Semua nama diserunya.
~Sewaktu di Kereta..
Keadaan 1..
"Eh, dah lepas dah R&R tu. Kenapa tak tinggalkan I kat situ je, nanti Encik Haikal kata I menyusahkan Encik pula."
"You nak I masuk penjara ke sebab biarkan anak dara orang tengah-tengah highway macam tu? I belum hilang akal lagi lah!"
"Alah… Cakap jelah Encik Haikal takut drive sorang-sorang, tak pun Encik Haikal risau apa-apa akan jadi kat I kan? Kan??"
"Malas I nak layan you. Better you behave, kalau tak………"
"Kalau tak apa?? Nak jual I pula? Eleh, pandai-pandai je nak ugut orang. I baru je nak try Encik tadi, baru buat muka kesian sikit Encik Haikal dah menggelabah."
"Ewah! You jangan lupa yang you tu pendatang asing, tak ada IC, phone pun tak ada, nanti kalau tiba-tiba ada roadblock kat depan tu, memang you dulu yang I offer kat polis-polis tu semua. Haa... Jangan cakap besar sangat, menyesal tak sudah nanti…"
"Eleh, Encik Haikal takkan berani buat macam tu kat I…"

"Eeii.. Dia ni!!"
"… Dah! Dah! Eh, kita nak pergi mana ni??"

"Eh, boleh senyap pula dia. You nak bawa I pergi mana ni Encik Haikal?"
"I have no idea. You duduk jelah diam-diam, bila I rasa I nak berhenti, I berhentilah. You yang sibuk nak ikutkan, nah sekarang you ikutlah. Jangan banyak bunyi."
"Ermm…"

"… Dan lagi satu, tak payah nak bahasakan Encik, Encik dengan I, rimas tahu!?"

"Eleh… Tanya tu je pun nak marah, sikit-sikit nak sentap! Sikit-sikit nak tinggi suara! I hormat Encik Haikal tau, sebab tu ber'encik'-encik. Haa, Encik Haikal ni asyik nak marah je kan, tak elok tahu? Nanti belum tua muka dah berkedut seribu. Eh, tapi… Kalau nak di kirakan umur, Encik Haikal dah patut kahwin tau sekarang ni. Haaa… Ni mesti sebab Encik Haikal selalu marah-marah, perempuan pun takut nak dekat."

"Ta payah kahwin, I pun bukannya lama lagi nak hidup. Entah esok lusa sampailah ajal I tu… and Sekali lagi, don't call me ENCIK HAIKAL'!"
"Err… Yelah! Yelahhh! Hmm… Eh, kereta you ni tak ada radio ke? Kereta besar, tapi…"
"Ada tu, kalau nak dengar, bukalah sendiri."
"Er… I tak tahu bukalah! Kereta I myvi je. You bukakan lah…"
"Ehhhh! Ehhhh!"
"Kenapa lagi ni youu??"
"Err... Tak ada apa-apa, I nak cakap I suka lagu ni. Boleh tolong kuatkan sikit tak?"
: Senyummmm… Tak perlu kata apa-apa~

: Senyummm… Tak perlu kata apa-apa~

: Senyummmmmmm……..~

Keadaan 2..



"Kita pergi makan ais krim nak?"

"Nak!! Nakk!! Nak aiskrim baskin robbin tau.. Tapi you yang kena belanja sebab I dah tak ada duit"

"Ye… Duduk diam-diam. I tengah drive ni, kang langgar tembok. Aiskrim baskin robbin entah kemana, you pun entah ke mana…"

"Err… Kalau tak nak duduk diam?"

"You want me to kiss you like what I did before?"

"Erk! Okay, Fineeeeee!!"


…dan akhirnya Haikal dan Kea tidak mampu menidakkan perasaan yang hadir di dalam diri mereka.
"…… I, I… sa..yangkan you Kea… Tapi I tak mampu… I tak tahu sampai bila I boleh bertahan hidup dalam keadaan macam nie. I ada kanser Kea… Bila-bila masa saja I akan mati. I terlalu sayangkan you sehingga ada kalanya I terbuat perkara yang memalukan diri I sendiri. I terlalu pentingkan diri sehingga terpaksa melukakan perasaan you… I marah pada diri I sendiri sebab buat you macam tu, tapi hati I sakit Kea, sakit sebab tak dapat memiliki you… I need you so badly, I cintakan you, tapi I tahu I takkan boleh… I tak mampu… tak mampu... I tak sempurna macam lelaki lain Kea…"

"Haikal… Sometimes, there are things that we don't want to happen but we have to accept, things that we don't want to know but we have to face it… I juga sayang dan cinta pada you, Haikal. Trust me, we can handle this…"

"Kea, mencintai dan di cintai oleh you adalah suatu kemewahan yang sukar dan mustahil untuk I kecapi.. I tahu cinta dan sayang you kuat pada I, tapi I lemah, hati I lemah, tubuh I lemah… Everything about me is nothing…"

"Hmm Haikal… Come, pandang mata I."

"… Jika you pandang dengan mata hati you, you akan nampak keikhlasan I untuk menerima diri you seadanya. I tak perlukan kesempurnaan itu, Haikal. Semuanya akan kelihatan sempurna jika kita dapat mengatasinya bersama.… Dan hati ini, hati ini berdegup untuk you… dan ianya akan selalu begitu. Sampai bila-bila…"

"Kea….."

"I serius Haikal... We should stop planning the future, stop figure out precisely how we feel and stop deciding what we want our heart to feel… Sometimes we just have to go with… What happenes, happened. We can't change the destiny, but we can live with it… Percayalah pada diri you Haikal, you boleh. I akan selalu ada untuk you sebab hati dan perasaan I ada dengan You, dan sememangnya ia akan sentiasa menjadi milik You…"

"Kea…. Terima Kasih Sayang……"
…an segalanya terungkai apabila si arjuna melamar si juwita untuk menjadi permaisuri hidupnya.. :D
"Dah! Dah cukup Haikal… I dah tak nak dengar apa-apa lagi. I dah pernah berjanji yang I akan menjaga you, sekarang, I nak minta tolong you untuk tolong I kotakan janji I tu. I nak minta sesuatu dari you…"

"Minta apa Kea? kalau I mampu, I akan tunaikan….."

"Hmm… I dah pernah minta sebelum ni, dan hari ni, di waktu ni, I nak minta you halalkan hubungan kita, I mahu kita berkahwin! Tolong ambil I sebagai isteri you… I mahu menjaga dan mencintai you seumur hidup I… I perlukan you Haikal…"

…… Dan untuk seketika, mata Haikal yang sebentar tadi tertutup rapat, perlahan-lahan terbuka. "Ke….a" Tersekat-sekat suaranya memanggil Kea. "I dapat rasa… Allah beri I peluang….., DIA… DIA beri I peluang untuk mati sebagai suami kepada Kea Alyissa………." Dan mata itu kembali tertutup rapat.

*Dalam pada masa yang sama keputusan Kea ditentang hebat oleh ibunya yang tidak mahu melihat anaknya merasai pengalaman yang sama dengan dirinya.. tetapi Kea yang degil itu berusaha sedaya mungkin memujuk ibunya supaya menerima Haikal dalam hidupnya nanti.


…dan dalam masa yang sama Kea terlupa pada ‘heroo’ yang selalu ada tika susah menghimpit dirinya dan dalam masa yang sama mencintai dirinya walaupun setiap pertemuan antara ‘Izat Afifi’ sering memberikan ‘hint’ padanya..


"Taklah, aku cakap betul ni. Kau tak nak ada someone yang betul-betul mahu jaga kau ke? Yang akan sayang kau sampai akhir hayat kau? Kalau kau nak, aku ada calon…"

"Calon? Siapa?" Ah~ siapa pulaklah yang nak dicalonkan untuk aku nih..'

"Aku!"

"Kau??"

"Yes me. Why? Kau tak nak? Hello… Aku tak adalah teruk mana pun."

"Hish… Siapa kata kau teruk? Aku tak cakap apa-apa lagi kan…"

"Okay, tak cakap apa-apa lagi. So?"

"So apa so?? Dahlah, kau ni ada-ada je. Aku nak gerak sekarang. Nak pergi buat report dan hal-hal yang berkaitan. Anyway, thanks tau…"

"Kea tunggu…"

"Apa lagi Zat, aku dah lambat ni. Aku nak cari kunci kereta lagi…………

"Jap... Jap. Hmm.., Aku nak kau fikir balik kata-kata aku tadi, jangan terus endahkannya. Aku serius nak jaga kau. Atleast, bagi aku peluang…"

"Hmm… I need time to think about this. Please understand me.."

"Okay, ambil masa sebanyak mana yang kau mahu… Aku sanggup tunggu. Aku tak kisah. Tapi, Aku harap jawapannya nanti tak mengecewakan..."

(^-*)…..(*-^)…..(^-*)


"Aku takkan lupakan kau, Kea. Kau tahu betapa aku nak sentiasa bersama-sama dengan kau setiap masa kan? Kau kena tahu tu… and until now aku masih menunggu jawapan daripada kau." "Izat, please…..

"Tak apa, aku akan tunggu…"

"Sampai bila kau sanggup tunggu aku?"

"Sampai bila-bila, sampai kau sedia untuk terima aku..."

"Kalau aku tak terima kau dan pergi dengan lelaki lain?"

"Aku akan anggap diri aku bernasib malang, dan akan teruskan hidup aku seperti biasa…"

"Izat, jangan macam tu. Kita kawan, sampai mati pun aku akan anggap kau sebagai kawan aku. Aku tak boleh nak anggap kau lebih dari itu. Please faham aku Izat…"

"Kau bukan tak boleh, tapi kau tak pernah nak mencuba, kau selalu ignore perasaan kau untuk aku, kau tak pernah nak bagi peluang untuk diri kau menerima aku. Kenapa Kea? teruk sangat ke aku di mata kau? Aku tak layak ke untuk kau? Hina sangat ke aku nie?"

"Izat…..

"Hmm... Sorry, mungkin aku terlalu emotional. Aku sayangkan kau Kea. Kau selalu suruh aku faham kau, but please untuk kali ini, cubalah kau faham aku pula. Tak banyak yang aku minta, cubalah sedikit untuk faham perasaan orang yang sayangkan kau…"

"Izat, I'm off. Aku tak tahu nak cakap apa lagi."

‘Maaf Izat, hati aku hanya terbuka untuk Haikal, dan sekarang setelah apa yang berlaku, ianya masih lagi untuk lelaki itu… aku tak sanggup untuk mengkhianati perasaan aku padanya… '

*Begitu hebat penangan cinta Izat kepada Kea.. namun sejauh mana kita merancang jika allah sudah tetapkan jodoh kita, perlulah terima dengan hati yang redha..

…dan akhirnya Kea mampu tersenyum..

"Hmmm…. Baiklah sayang... Ibu izinkan Kea untuk bersama Haikal… Ibu restu. Ibu akan selalu mendoakan Kea bahagia bersama dia……"


*Perasaan Izat Afifi pula bagaimana? Adakah dia tegar melepaskan gadis pujaannya.. :D
‘Kea, Kea, ada saja tingkah kau yang membuatkan aku gembira… Hmm, tak apalah, mungkin dah tiada jodoh untuk aku memiliki kau… tapi percayalah, kau akan selalu ada dalam hati aku, selamanya, takkan ada siapa pun yang boleh menggantikan tempat kau di hati aku…' Dia rela dalam paksa.
*Bait-bait kata Kea..
"Sometimes, there are things that we don't want to happen but we have to accept, things that we don't want to know but we have to face it… We should stop planning the future, stop figure out precisely how we feel and stop deciding what we want our heart to feel… Sometimes we just have to go with… What happenes, happened. We can't change the destiny, but we can live with it…
"Jika I di beri peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Si Pencipta mengenai you, ianya adalah ‘Adakah you di takdirkan untuk I", jika DIA berkata ya, I akan mencintaimu dengan sepenuh hati I, tapi jika DIA berkata tidak, I akan terus mencintai mu sehingga DIA setuju untuk menyatukan kita berdua…"


….dan jikalau sudah jodoh tidak kemana. Akhirnya uda dan dara disatukan..

"Saudara Haikal Hakimi bin Ashraf…."

"Err… Ye, ye saya…."

"Sudah bersedia?"

"Err… Su.. su..dah.."

"Bersedia atau tidak ni??"

"Sudah ustaz, saya sudah bersedia, InsyaAllah…"

"Kita mulakan sekarang ya? Wakil pengantin?"

"Pegang tangan saya, dan ikut apa yang saya ucapkan ya."

"Ye, baik…"

"Bismillahirahmannirahim…..

"….. Haikal Hakimi bin Ashraf… Aku nikahkan dikau dengan Kea Alyissa binti Ahmad Iqbal Taruddin dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit Malaysia tunai!"

Haikal sempat menarik nafasnya, sebelum….. "Aku terima nikahnya Kea Alyissa binti Ahmad Iqbal Taruddin dengan Mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai…..!,"

"Saksi, sah??"

"Sah, Ustaz!"

"Sah!"

"Alhamdulillah…………

*Akhirnya penyatuan dua jiwa yang saling memerlukan termeterai. Haikal dan Kea bahagia sudah diijabkabulkan. Mereka sangat gembira dan Haikal selalu mengusik jiwa Kea dengan madah pujangganya.. :D

"Dear my sweetest Sweetheart….

Remember today? Today is a day when I fall for you. The day when we both got caught in a lift, the day when you ask me to hold you tight, the day when I found something special about you and the day when I really want to be with you…,

In my eyes you are so beautiful, your clear eyes, your sweet smile, your caring, your attitudes…, for me you are so perfect, starting from that day, you always made me adore you, every move I made, I always think of you, You've brightened my world with the warmth of your presence...

You hold my hand when I am weak and falling, you whisper words and it vanishe all my regret… Every moment spent with you is like a beautiful dream come true... and until now, I cannot imagine my life without you, your warms love…. Please, please do not leave me, I don't know how I am, who I am without you being there with me, you are my blood, you are my heart, you are my life, you complete me completely…,

My love, I love you with everything I am, and more than anyone ever thought possible... I want to be with you for the rest of my life…., I love you Kea Alyissa…"

Love, Haikal :')


*Namun kebahagiaan yang baru terbina seringkali diuji dengan dugaan yang begitu mencemburui mereka. Kemunculan Zarif Zaquan telah menghuru harakan mahligai mereka..


"Aduhhh!!!"

"Eh, maaf cik. Maaf… tak, tak sengaja."

"Hmm… tak mengapalah. My bad, mungkin saya yang jalan tak pandang orang. Sorry ya."

"Eh, Atilia???"

"Err… Maafkan saya?"

"Awak Atilia? Lia??"

"Err sorry… Are you referring to me? Err…"

"Yes!"

"No, I'm not. Maybe you salah orang. Okaylah.., got to go, and sorry again."

"Hey, Lia!"

"Aduh, sakitlah!! Apa ni, lepaslah!"

"Sayang…, ni saya, Zarif. Don't you remember me?"

"Sorry! I bukan sayang you and I laaaangsung tak kenal you, lepaskan I atau you nak I jerit?"

"…. Ishhh, lepaskan I!!"

"Lia, sampai hati awak tinggalkan saya… Selama ni kami ingat awak dah……..

"Oii please lah! I bukan Lia, I kea! let me go!!"

"Lia….."

"I am not Lia…., Awak tak faham bahasa ke!!?? Let-Me-Go!! Gila!!"

"ATILIA!!"
...dan disebabkan Zarif merasakan dirinya tertipu dengan kematian Atilia. Zarif mula mengumpul kembali gambar-gambar Atilia ketika bersamanya. Akan ditunjukkan kesemua gambar itu kepada lelaki itu. Dengan azam yang membara Zarif bertekad akan menghancurkan hidup Kea yang dianggapnya Atilia.


*Hubungan Haikal dan Kea mula berantakan...

"KEAA!!"

"Ya Allah, apa lagilah si Haikal ni terjerit-jerit kat luar tu."

"Kea tak tahu Mak Esah…"

"Hey perempuan! Kau bangun!!"

"Aduhh!! Apa Abang ni? Sakitlah!"

"Ya Allah Haikal! Kenapa kamu ni. Kenapa buat Kea macam tu? Kamu dah gila ke??"

"Ye! Memang saya dah gila Mak Esah!! Saya dah gila di sebabkan perempuan ni!!"

"Abang apa Abang cakapkan ni? Kea tak faham…"

"Kau tak faham atau pura-pura tak faham!??"

"Apa Abang cakap ni? Ish, kenapa sebenarnya dengan Abang ni??"

"Ini!! Ini yang kau kata kau tak faham!?"

"Ya Allah Abang… Ini bukan Kea, ini Atilia…"

"Mak Esah… Betul Mak Esah, Kea tak tipu, ini bukan Kea. Ini Atilia, kekasih lelaki ni yang dah meninggal dunia. Rupa kami saja yang sama, tapi memang itu bukan Kea. Mak Esah tolonglah percayakan Kea… Abang… Tolonglah, dengar dulu apa yang Kea nak cakapkan ni." Rayu Kea, air matanya sudah mula jatuh berguguran.

"Atilia ke Kea ke aku tak peduli!! Kau dah mainkan aku! Kau tipu aku Kea!! Kau dan lelaki itu dah tipu aku hidup-hidup!!"

"Haikal, dengar dulu apa yang isteri kamu nak cakap ni. Duduk dulu, berbincang baik-baik. Mesti ada yang tak kena. Mak Esah yakin itu bukan Kea… Sabar dulu Nak…"

"Haikal dah tak nak dengar apa-apa lagi Mak Esah! Sebab duit, perempuan ni sanggup buat apa saja. Dia sanggup tipu kita Mak Esah. Dia sanggup lukakan hati Haikal!. Dia sanggup tipu Papa dan Mama Haikal. Dia perempuan murahan Mak Esah, dia tak patut ada dalam keluarga kita!"

"Abang!! Sumpah! Kea tak buat benda tu. Jangan tuduh Kea macam tu Abang, Kea bukan seperti apa yang Abang fikirkan. Perempuan dalam gambar itu memang bukan Kea, dan Kea tak kenal langsung dengan lelaki itu… Tolonglah Abang, jangan buat Kea macam ni. Tolonglah…"

"Kau tak kenal lelaki tu?? Ini apa? Ini apa!!? Kau tak kenal atau kau dah berpakat dengan dia untuk pretend yang korang tak kenal di antara satu sama lain!??"

"Ya Allah!"

"Ya Allah apa!? Dah terbukti kau curang di belakang aku! Pura-pura baik di depan aku, tapi….. Huh!!"

"Abang, Kea minta maaf. Kea memang ada berjumpa dengan lelaki ini. Tapi masa tu Kea….

"Dahlah, kau tak payah nak terang apa-apa lagi. Aku dah tak nak tengok muka kau dalam rumah ni lagi. Kau boleh berambus keluar dari sini!"

"Aduhh!!"

"Haikal, bawak mengucap Haikal. Cuba kawal sikit baran kamu tu!!"

"Ah!! Aku tak nak dengar apa-apa lagi, mulai hari ni aku tak nak tengok muka kau di sini lagi! Kau boleh angkut barang-barang kau dah keluar dari rumah ni sekarang!"

*Dikala kebahagiaan menghampiri mereka dugaan yang datang merenggut semua senyuman mereka berdua. Tiada kata cinta yang tinggal hanya makian dan cemuhan tanpa memberi sedikit ruang untuk kebenaran merungkaikan masalah yang timbul..
*Tanpa mendengar penjelasan, Kea dihalau dari rumah. Rumah Maria adalah arah kaki melangkah dan pada detik itu tanpa Haikal menemani Kea menjalani hidup seharian sendiri. Ujian yang diberikan Allah kepadanya benar-benar menguji kemampuan dirinya apatah lagi dirinya bebadan dua dan tanpa insan tersayang disisinya. Tidak dapat Kea menghalang dirinya untuk terus merindui insan yang bertahkta dihatinya dan juga 'papa' kepada baby di dalam kandungannya.
*Hanya sahabat sejatinya yang ada waktu susahnya yang sedia menemani dan memberikan sokongan padu kepada dirinya. Izat dan Maria begitu menyayangi Kea.
*Di dalam kesepian Kea menjalani rutin hidupnya yang berubah, Haikal tetap dengan kepala anginnya. Dalam pada masa yang sama Haikal tidak dapat menyangkal hakikat yang dia amat memerlukan insan bernama Kea. Isterinya itu umpama sebelah rusuknya jika tiada maka tidak sempurna lah hidupnya.


...tanpa pengetahuan Haikal, Kea masih mengambil berat akan diri suaminya itu. Mak Esah lah orang yang sudi membantu Kea untuk mengetahui rutin harian suaminya itu.

*Bak kata pepatah walaupun dugaan yang berat diberi mungkin ada sinar kebahagiaan yang berkali ganda akan diberikan kepada insan yang tabah mengharungi dugaannya. Zarif yang mental itu akhirnya kembali kepada penciptanya dan dalam masa yang sama keadaan Haikal semakin tenat...

...Puan Suraya adalah penyelamat rumahtangga Kea dan Haikal. Ibu kepada arwah Zarif datang menjernihkan keadaan dengan menceritakan segalanya yang berkaitan dengan anaknya. Dan Haikal yang menyesali akan semua perbuatan kepada isterinya itu mengharapkan segalanya akan kembali bersinar seindah sang suria yang menyinari bumi yang luas ini..:D


"Sayang… Kalaulah Abang dapat rasa apa yang sayang rasa sekarang ni…"

"Tak apa… Inilah salah satu keistimewaan seorang wanita, seorang isteri, seorang Ibu… Apabila seorang wanita itu mengandung, maka beristighfarlah para Malaikat untuknya dan Allah s.w.t akan mencatit untuknya seribu pahala dan kebajikan serta menghapuskan seribu dosa yang wanita itu pernah buat…" Terang Kea sambil menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada suaminya. Haikal juga turut tersenyum mendengar kata-kata Kea. Dia pegang kepala Kea lembut dan mengucup mesra dahinya. Kemudian dia belai pula anak rambut isterinya itu.

"Abang doakan semoga Allah mengampunkan semua dosa-dosa isteri Abang ni, dan semoga nanti tempat Kea adalah di syurga dan di sisi Allah s.w.t... Aminnnn…"

"Aminnnn… Mudah-mudahan…" Sahut Kea. "Eh, Abang! Baby tendang perut, cepat pegang!" Kea cepat-cepat tarik tangan Haikal untuk memegang perutnya.

"Dapat rasa tak? Dapat tak?" Jelas kelihatan Kea yang teruja untuk melihat reaksi Haikal. Lelaki itu tertawa besar. Dia juga turut merasa keterujaan isterinya itu

"Dapat, dapat! Wahh… Anak-anak Papa ni nakal ke?"

"Ye Pa… Anak-anak Papa ni nakal… Dia suka buli Ibu. Hari-hari dorang buli Ibu." Jawab Kea.

"Ye ke anak-anak Papa suka buli Ibu ni? Janganlah macam tu, kesian Ibu tau…" Suasana sepi seketika. Mereka terdiam menunggu reaksi daripada janin yang berada di dalam kandungan Kea.

"… Hah, dah tak tendang dah. Bagus anak-anak Ibu, dengar cakap Papa dia…" Tingkah Kea dan akhirnya mereka ketawa bersama. Boleh pula macam tu, kan!?

"Abang, jom tidur." Pinta Kea. Masuk kali ni dah berapa kali dah dia menguap. Haikal sekadar tersenyum melihat tingkah isterinya. Nampak comel pula bila isterinya bila berbadan dua. Pipi tu macam di pam-pam!

"Okay sayang. Kita tidur ya." Haikal tepuk-tepuk bantal yang akan di gunakan oleh isterinya itu. "Dah, tidur sini…" Arahnya. Kea tersenyum sambil merebahkan dirinya seperti apa yang di suruh oleh suaminya itu. Haikal capai pula comforter dan di selimutkan pada Kea.

"Erm… Kejap." Haikal bangun pula dan berjalan ke arah almari baju. Di keluarkan sesuatu dari laci almari itu dan kemudiannya berjalan balik ke arah Kea.

"Abang ambil apa tu?" Soal Kea.

"Ni, stokin." Jawab Haikal.

"Stokin? Nak buat apa dengan stokin tu?" Kea kehairanan. Entah apalah yang nak di buat lagi oleh suaminya itu.

"Nak pakaikan untuk sayanglah… Sejuk ni, takut kaki sayang masuk angin. Bengkak lagi kaki tu nanti." ‘Wah!' Terbuai lagi perasaan Kea ketika ini. Dia terasa betul-betul di hargai oleh suaminya sendiri. Senyumannya meleret sampai ke telinga.

"Okay dah, jom tidur!" Haikal tutup lampu dan merebahkan badannya di sisi Kea.

"Hmm… Selesa betul dapat tidur di katil sendiri…"

"Memanglah selesa, lagipun memang tempat tidur sayang di sini kan. Di sisi Abang."

"Yelah… Rindu sangat pada bantal busuk Kea ni… Nak peluk!" Ucap Kea sengaja ingin bermanja. Haikal tersenyum. Dalam gelap-gelap ni Kea masih lagi ingin bergurau dengannya.

"Bantal busuk ye… Bantal busuk ni lah yang awak nak peluk tahu…" Balas Haikal sambil memeluk isterinya. Tapi tiba-tiba… "Eh, sayang!"

"Aaaa' kenapa lagi ni?" Kea ingin bangun, tapi cepat-cepat Haikal tahan.

"… Tangan Abang tak sampai nak peluk isteri Abang ni, perut Kea dah besar!" Seloroh Haikal. Kea ketap bibir.

"Abanggg!!" Dan bergemalah malam itu dengan gelak tawa Haikal yang bersilih ganti dengan bunyi cengkerik, unggas, dan serangga-serangga malam.

*Hidup yang diberikan senantiasa ada liku-liku suka duka, ketawa gembira dan sendu sendanya begitulah yang dialami oleh Kea dan Haikal sepanjang hidup berumahtangga. Kehidupan mereka sekali lagi diuji dengan keadaan Kea yang semakin sarat dan membilang hari untuk melahirkan keindahan yang diberikan Allah kepada dirinya. Kea didapati menjangkiti darah tinggi yang memaksa Haikal supaya memilih antara dua insan yang amat disayanginya. Namun tiada siapa dapat menandingi kuasa yang maha esa, akhirnya insan-insan yang amat disayangi Haikal selamat mengharungi saat-saat geti

...maka dengan lafaz syukur yang tak terhingga lahirlah “putera puteri” Kea dan Haikal..Oppss!!lupe nak habaq yang arjuna dan juwita kita dapat baby kembar ^-*..dan dengan sepakat putera dan puteri yang masih merah itu diberikan nama 'Adam Hanif & Alya Sofea'~

*Kehidupan mereka dengan kehadiran ahli baru bukan satu tapi dua menceriakan lagi hari-hari mereka. Kesihatan Haikal yang semakin baik dan kedua keluarga mereka juga semakin gembira menjalani kehidupan masing-masing. Tidak dilupakan Maria dan Izat 'sahabat dunia akhirat' bahagia mencipta kehidupan mereka :D


...okay dah nak ending terimalah kata-kata indah untuk 'Kea Alyissa dan Haikal Hakimi'

"True love is not to live for oneself but for the sake of the other…" - Kea Alyissa

"True love is to give all you have for the other, even your life…" - Haikal Hakimi

# akhir kata segala yang tercipta adalah imiginasi saya diinspirasikan sedikit dengan review yang diberikan oleh 'cik ara' kite..terimalah

luv&hugs:D

~amy suhana~

+++++++++++

* Please Drop Some Love :)

Thank you people! <3


No comments: