Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Tuesday, July 3, 2012

SURAT CINTA UNTUK KEA - "IZZATI AISYAH"



"SURAT CINTA UNTUK KEA CONTEST"

Assalamualaikum buat novelis ARA SHARRINA dan semua peminat KEA..semoga sihat sejahtera hendaknya...

Pada mulanya,saya belum "berkenalan" dgn novel terbitan KN...masih baru lagi lah...so,novel KEA merupakan novel ke 3 yang ada dalam simpanan saya.Kakak angkat saya yang tolong recommend novel KEA untuk dibaca..dia cakap novel ni best dan saya terus nak beli. Alhamdulillah, masih tersusun cantik di rak buku semasa saya hendak beli.Lepas beli buku tu,saya terus online untuk mencari fb penulis...at last jumpa juga...sekali dengan fanpage,blog dan grup special for KEA.Saya terus jadi "stalker" berhemat.Maklumlah masa tu saya belum baca lagi novel itu..tak syok pulak, kalau nak komen panjang-panjang.Akhirnya,saya selesai juga "menelaah" KEA dalam masa 2 hari(kalau tak silap)..saat itu jugalah saya "memunculkan diri" dan berkenalan dengan kak ARA SHARRINA dan warga Bearland.

ok,selesai mukadimah saya yg agak panjang itu...

Jom kita berkenalan dgn Haikal dan Kea..

KEA ALYISSA

~anak kepada pasangan Ahmad Iqbal Tarrudin & Puan Zahara

~abangnya bernama Aiman(bertunang dengan Saleha)

~baba Kea meninggal sewaktu Kea msih kecil akibat kanser hati

~kawan sehati sejiwanya ialah Maria

~peminat setia Kea a.k.a superheronya,Izat Afifi(gelaran

superhero disebabkan Izat selalu muncul di saat Kea dalam kesusahan)

~bercita-cita utk menjadi doktor sejak kecil dan akhirnya berjaya mengapai cita2 tersebut.

~seorang yg tabah dan cekal dalam berjuang demi cinta walau bertimpa-timpa masalah yg datang melanda.

~seorang yg penyabar, cool,manja,cantik & selamba


HAIKAL HAKIMI

~anak kepada Dato Asyraf & Datin/Puan Zulaikha
~mama dan papanya bercerai dan Haikal hidup bersama papanya

~seorang jejaka tampan dan kaya raya tetapi kekurangan kasih kasih sayang daraipada keluarga

~seorang remaja yg suka bersosial serta lalai dalam melakukan suruhan ALLAH(suatu ketika dulu)

~berubah menjadi baik setelah mengetahui dirinya menghidap penyakit kanser otak

~seorang yang panas baran tapi baik,penyayang dan romantik


KISAH KASIH HAIKAL & KEA

Kea merupakan seorang doktor pelatih di HUKM.Haikal pula adalah pesakitnya.Adegan terperangkap di dlm lif menemukan mereka dan tercetusnya adegan "gaduh2 manja".Haikal ni tidak tahu pon yang Kea ialah doktor pelatih yang bakal merawatnya.Bila Doktor Yusoff perkenalkan mereka,memang Kea terkejut tapi Haikal buat muka selamba.Haikal juga dengan lantang mempertikaikan kebolehan Kea sebagai doktor yang bakal merawat dia.Akhirnya,Haikal memberi peluang untuk Kea merawatnya.

Demi memastikan tahap kesihatan Haikal terkawal,Kea sanggup melakukan apa saja untuk Haikal.Pada suatu hari,Haikal disuruh ke HUKM oleh Kea untuk memberitahu tahap kanser yg dialami oleh Haikal.Haikal tidak boleh menerima kenyataan.Haikal marah dengan Kea lalu meninggalkan bilik Kea begitu sahaja.Selepas itu,Kea terus mengejar Haikal dan sanggup mengikut Haikal ke mana sahaja dia pergi.Akhirnya sampai juga mereka di Cherating.Dalam kekalutan,Kea tertinggal beg tangannya.Aduh,berani betul Kea.Kalau hendak tahu,Cherating merupakan tempat berputiknya secebis kasih Haikal buat Kea.

Setelah beberapa minggu berhubung di atas nama "doktor & pesakit"..timbul perasan C.I.N.T.A antara mereka berdua.Mereka berbeza perwatakan tapi dengan perbezaan itulah mereka berjodoh
"Kea Alyissa..sudikah awak menjadi isteri saya dan menjadi ibu kepada anak-anak saya kelak?"~Haikal Hakimi


"I sudi,Haikal.I sudi jadi isteri dan ibu kepada anak-anak you untuk selama-lamanya."~Kea Alyissa
Walaupun ditentang oleh ibunya pada saat awal,tapi tidak sedikit pon mematahkan semangat Kea untuk menyakinkan ibunya bahawa dia redha dengan apa jua risiko di atas keputusan yang diambilnya.Akhirnya,ibu Kea bersetuju demi kebahagian anaknya.

"Jika I diberi peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Yang Maha Pencipta mengenai you,ianya adalah 'adakah you ditakdirkan untuk I?'.Jika Dia berkata ya,I akan mencintai you sepenuh dengan sepenuh hati I.Tapi jika Dia berkata tidak,I akan terus mencintai you sehingga Dia setuju untuk menyatukan kita berdua."~Kea Alyissa

Dan Dia menjawab "YA" utk cinta mereka..

Part romantik dalam novel Kea bagi saya sewaktu anniversary Haikal & Kea di Cherating.Auwww,so sweet..saat haikal menayangkan surat cintanya di skrin layar,hatiku mula dibuai dengan kata-kata Haikal yang penuh romantis..*cewah ayat..hehehe...(kalau baca surat cinta ini,harus dengar lagu Ungu,I will always love u)..baru tangkap feeling habis...


"Dear my sweetest Sweetheart....

Remember today? Today is a day when I fall for you. The day when we both got caught in a lift, the day when you ask me to hold you tight, the day when I found something special about you and the day when I really want to be with you....
In my eyes you are so beautiful, your clear eyes, your sweet smile, your caring, your attitudes.... for me you are so perfect, starting from that day, you always made me adore you, every move I made, I always think of you, You've brightened my world with the warmth of your presence....
You hold my hand when I am weak and falling, you whisper words and it vanishe all my regret.... Every moment spent with you is like a beautiful dream come true... and until now, I cannot imagine my life without you, your warms love.... Please, please do not leave me, I don’t know how I am, who I am without you being there with me, you are my blood, you are my heart, you are my life, you complete me completely....
My love, I love you with everything I am, and more than anyone ever thought possible.... I want to be with you for the rest of my life.... I love you Kea Alyissa...."


Love,
Haikal


Memang lumrah kehidupan,dalam menjalani kebahagian pasti terselit kedukaan.Dalam kebahagian "berdua",muncul pula insan ke tiga iaitu Zarif Zaquan.Zarif ada seorang kekasih yg bernama Atilia@Lia tapi Lia mati sewaktu hari terakhir dia menamatkan pelajaran di Universiti Cardiff,UK.Setelah 5 tahun pemergian Lia,Zarif masih tidak boleh menerima kenyataan.Saat pertemuan pertamanya dengan Kea,menimbulkan kesangsian dalam hatinya.Kea dan Lia mempunyai wajah yang seiras.Zarif sanggup menyebar fitnah dengan mengirimkan gambar-gambar lamanya bersama Lia kepada Haikal.Haikal percaya dengan apa yang dia lihat dan seluruh kepercayaan buat Kea selama ini hilang begitu saja.

Part yang menitiskan air mataku bila Haikal halau Kea daripada rumah mereka...masa tu Kea mengandung.Haikal memang tidak boleh mengawal kemarahan dia...sanggup dia menafikan anak dalam kandungan Kea bukan anak dia.Kea keluar daripada rumah dan tinggal dengan Maria.Setelah berjauhan,Haikal memang memendam rindu dengan KEA..hidupnya langsung tak terurus tapi ego lelaki memang mengatasi segala-galanya.Dia langsung tak berhubung dengan Kea selepas kejadian itu...oh,kesian Kea

Dengan kuasa ALLAH,Zarif meninggal dunia kerana menghidap asfiksia,overdose ubat tidur dan drug addicted.Demi memulihkan hubungan Kea & Haikal,Izat membawa mak Zarif utk meminta maaf di atas kesalahan anak dia.Haikal menyesal sngat-sangat dengan apa yg dia lakukan terhadap Kea.Akhirnya,Kea memaafkan Haikal dan berbaik semula.
Episod kedukaan Kea & Haikal tidak berakhir di situ.Anak dalam kandungan Kea terpaksa dilahirkan secara "induction of labour" disebabkan penyakit darah tinggi yangg dihadapi oleh Kea.Haikal harus pilih samada Kea atau baby kembarnya yang perlu di selamatkan.Kea sanggup berkorban dengan memilih baby kembar dia untuk diselamatkan tapi Haikal menentang keras keputusan Kea.Dia mahukan Kea selamat.Dengan keajaiban daripada ALLAH,Kea dan sepasang baby kembar yang diberi nama ALYA SOFEA & ADAM HANIF disahkan selamat..(gembira hatiku saat ini)..

Keadaan Haikal semakin hari semakin baik walaupun tak sepenuhnya.Akhirnya,Haikal dan Kea hidup bahagia bersama "pari-pari" kecil yang sihat dan comel..(^_^)v

"True love is not to live for oneself but for the sake of the other.."~Kea Alyissa

"True love is to give all you have for the other,even your life.."~Haikal Hakimi


Sedikit coretan buat kak ARA SHARRINA,

Bagi saya novel Kea mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.Contohnya,penggunaan bahasa yang santai dan sesuai dibaca oleh semua peminat novel dan lari daripada pengarapan jalan cerita novel-novel yang pernah ada di pasaran.Walaupun ada sedikit kesalahan ejaan tapi ku butakan mata sahaja..hehehe...Saya suka dengan watak Kea yang tak pernah berputus asa dan sanggup berkorban demi orang tersayang.Kalau boleh nak pinjam kekuatan dan kecekalan hati Kea dalam menghadapi liku-liku kehidupan di penuh dengan onak dan duri ini.Akhirulkalam,saya suka dengan novel Kea dan harapan saya novel kak Ara yang seterusnya akan mendapat sambutan yang menggalakkan dan setanding atau lebih hebat daripada novel KEA..insyaALLAH..chaiyok3!! kak ARA SHARRINA..


Sampai di sini saja review saya untuk novel Kea,maaf jika tersilap tutur kata dalam mengarang "surat cinta buat Kea" ini.


Ikhlas dari hati.
Izzati Aisyah Md Nor.

+++++++++++++

* Please Drop Some Love :)

Thank you People! <3


No comments: