Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Sunday, December 16, 2012

"Aiseyman, Driver Aje!" - Bab 19


BAB 19


PELANGI, pick me up around four pm. Alice keluar ward hari ni.




MESEJ yang diterima dari tuan besarnya itu membawa Pelangi ke sini. Dia memandu perlahan Honda Accord milik Irham menuju ke tempat parkir. Ada dua puluh minit lagi sebelum masa yang dijanjikan. Dia memang sengaja datang awal. Niat hati ingin melelapkan mata barang seminit dua. Badannya memang letih saat ini. Gara – gara hendak menyudahkan baju – baju Irham hampir pukul tiga pagi jugalah dia tidur semalam.

Huwarghh~ masuk kali itu sudah lebih sepuluh kali dia menguap. Enjin kereta dimatikan, matanya kuyu dan entah bila saat dan tikanya, dia terlelap.


“OKEY, gerak sekarang.” Arah Irham. Briefcase hitam miliknya di campak ke seat sebelah. “Fuhh, panas betul!” Sempat dia merungut sambil melonggarkan sedikit ikatan tali lehernya. Anak rambut yang terjuntai di dahi, dilurutnya ke belakang.

Selepas lima minit, kereta itu masih lagi tidak bergerak. Enjin kereta juga masih belum dihidupkan. Dahi Irham berkerut. “Pelangi, Jalan…” Ulang Irham. Pelangi diam tidak menyahut. “Pelangi!” Panggil Irham lagi. Suaranya sedikit meninggi. Pelangi masih diam seperti tadi. Ish… Ni apa hal pulak ni? Irham gerakkan sikit tubuhnya ke hadapan.

“Lar……. Tidur rupanya.” Irham menggeleng kepala. “Sempat pula dia tidur. Hoi bangunn!” Bahu Pelangi ditolaknya selamba. Pelangi tidak sedikit pun terjaga. Nyenyak benar nampak tidurnya. “Ewah – ewah, dia boleh buat tak sedar pulak!” Irham mula nak naik angin. Dia keluar dari kereta dan berjalan ke seat penumpang. Dia buka pintu dan terus duduk di sebelah Pelangi. Pintu kereta pula sengaja dia hempas kuat. Ni kalau tak dengar, memang pekak badak lah namanya ni! Selepas seketika, dia toleh ke arah Pelangi. Gadis itu masih nyenyak tidur. Sah! Memang pekak badak minah sorang ni...

“Hish… Buruk betul perangai! Agaknya kalau kereta ni meletup pun dia tak sedar! Pelangi! Hoi Pelangi!” Irham dekatkan sedikit tubuhnya ke tubuh Pelangi. Dalam dia hendak mendekatkan diri, tiba – tiba matanya jatuh terpaku pada wajah tenang gadis itu. Berderau darahnya saat wajah itu diamati. Tanpa dipaksa, matanya terus liar memerhatikan setiap inci wajah Pelangi. Boleh tahan juga budak ni. Bisik hati nakalnya. Walaupun dalam tidur, gadis itu nampak berseri - seri. Kulitnya putih bersih. Kemerah – merahan bila terkena sinaran matahari. Terkesima sebentar Irham dengan apa yang dilihatnya. Jemarinya secara tidak sengaja diangkat untuk menyentuh pipi Pelangi… Ah! Kenapa pula dengan aku ni!? Irham tersedar serta merta bila jemarinya semakin hampir mendarat di pipi mulus itu. Dengan cepat dia menarik tangannya dan menjarakkan sedikit tubuhnya dari gadis itu. Mukanya diraup berulang kali. Kenapa dengan aku ni!? Aku? Pelangi? Sekali lagi dia menoleh memandang wajah Pelangi yang masih lagi lena. Matanya terpaku pula pada hidung dan bibir gadis itu. Err… Bergetar sebentar jantungnya. Ishhh!! Ishh!! Tak boleh, tak boleh! Irham pejam celik matanya berkali – kali. Sejak bila selera kau dah berubah arah ni Irham Alfie!? Hatinya berteka – teki sendiri. Argh!

“PELANGI!!!!” Jerkahnya.

“Hahh, mana? Mana? Encik nak pergi mana?? London? Jepun? Thailand?” Pelangi yang terkejut dengan sergahan Irham tiba-tiba jadi tidak tentu arah. Dia betulkan side mirror dan cermin pandang belakang, sambil memusing - musingkan stereng kereta.

Tercengang Irham bila melihat kelakuan Pelangi ketika itu. Apa ni? baru tengking sikit, dah mantul?? “Apa yang kau buat ni Pelangi? Tulah petang – petang macam ni kau tidur. Dah kena sampuk dengan hantu jebon agaknya kau ni!” Sindir Irham cuba untuk berseloroh tetapi dalam nada tegas. Dia tidak mahu Pelangi terlalu selesa dengan dirinya.

Pelangi yang tadinya kelam kabut, bagai tersedar dari mimpi. Dia terdiam mengurut dada. Astaghfiruallahalazim…. Irham yang duduk di sisinya dipandang kosong. Dahinya berkerut. Entah kenapa dia terasa hendak menangis ketika ini. “Err... maafkan saya Encik. Saya tertidur.” Tuturnya dengan tone suara yang mendatar dan bergetar.

Irham terasa ada getaran lain di hujung suara gadis itu. Ditolehnya sekilas ke arah Pelangi yang sedang menenangkan diri. Riak wajahnya kelihatan lesu dan tidak bermaya. Mungkin sudah terlebih dibuli, entah pukul berapa lah dia tidur semalam. Rasa bersalah mula membelenggu lelaki itu. Irham sebenarnya bukan sengaja mahu melayan Pelangi sebegitu. Tapi… Entahlah, sejak hari pertama dia bertemu Pelangi, ada saja perkara yang tidak menyenangkan hatinya dilakukan oleh gadis itu. Tidak menyenangkan? Erm. Tak juga. Dia macam… Err, macammm… Haishhh, tak tahulah. Susah nak explain!

“Kau boleh ke bawak kereta ni?” Soalnya.

“Erm. Boleh. Kenapa?” Pelangi jawab acuh tak acuh. Enjin kereta dihidupkan.

“Aku tengok muka kau dah macam tak larat sangat aje, kau pikul ke kereta ni tadi?” Soal Irham masih tak lepas dengan ayat menyindirnya. Pelangi cebik bibir. Kalau nak tiba – tiba prihatin pun, takkanlah tak boleh nak guna bahasa sedap sikit Encik Irham ooiii! Meluat tau! Gumannya sendiri.

“Kalau tak larat pergi basuh muka dulu. Aku ni belum kahwin lagi. Kang tak pasal-pasal gol!” Sambung Irham lagi.

Pelangi masih lagi diam tidak bersuara. Dia malas. Malas nak bercakap dan malas nak melawan. Aku jadi macam ni pun sebab kau lah! Benci tau bila berdepan dengan orang yang dah baling batu lepas tu sembunyi tangan! Pura – pura buat tak tahu… Kalau dah salah, buatlah cara salah… Minta maaf ke, belanja minum air ke, makan ke, apa ke… Ni tak, tak habis – habis nak menyindir! No manners betul! Bebel Pelangi sendiri. Kemarahannya semakin membuak - buak.

“Hoi! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Sergah Irham bila Pelangi dari tadi hanya mendiamkan diri.

“Tak payahlah Encik. Nanti kesian pula Alice kena tunggu lama.” Sahut Pelangi ringkas sambil membetulkan ikatan rambutnya yang hampir terburai. Wajah lelaki itu tidak sedikit pun dipandangnya.

“Hurmmm…” Irham mengeluh. Degil! Gumannya. “Ikut suka kau lah!” Putusnya sambil menyandarkan diri ke kusyen.

“Ni encik nak terus duduk depan ke apa ni?” Tegur Pelangi bila melihat tuan besarnya itu sudah nampak selesa duduk di seat sebelahnya. Pelik juga. Mana pernah tuan besarnya itu buang tebiat duduk kat situ.

“Erm. Aku pun malas nak keluar masuk, keluar masuk. Cepatlah jalan.” Balas Irham. Pandangannya dibuang ke luar tingkap.

Pelangi jongket kening. Tangannya sudah berada di stereng kereta. As you wish. Desisnya perlahan.


+++++++++++++++



“AMER! How’s Alice?”

Amer yang sedang menyuapkan bubur ke mulut Alice menoleh mencari empunya suara yang menyapa. “Assalamualaikum…” Ucapnya bila terpandangkan Irham.

“Err…” Irham terkedu. Termalu sendiri. Waalaikumusalam. Jawabnya di dalam hati. Dia senyum tawar.

“Assalamualaikum…” Datang pula Pelangi memberi salam. Dia masuk lambat sedikit daripada Irham.

“Waalaikumussalam…” Jawab Amer dengan senyuman manis terukir di bibir. Irham pula seperti tadi hanya menyambut salam di dalam hatinya saja. Malunya pada Amer masih bersisa.

Pelangi sekadar tersenyum ke arah Amer. Perlahan dia berjalan merapati katil Alice. Irham hanya akur mengikut di belakangnya saja.

“Assalamualaikum Alice…” Bisik Pelangi perlahan ke telinga Alice. Rambut ikal anak kecil itu dibelai mesra. “Alice makan apa tu? Emm… Sedapnyaaa. Boleh akak minta sikit?” Pelangi cuba untuk bermanis mulut dengan anak kecil itu. Alice hanya diam tidak memberikan apa – apa reaksi. Sejak sedar, Alice langsung tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Dia hanya akan bersuara bila dia menginginkan sesuatu atau bila dia menangis. Tapi mujurlah setakat ini dia tidak buat perangai, cuma kadang – kadang tu ajelah. Tapi biasalah… Alice masih perlukan masa untuk sembuh. Lagipun doktor Hadi sudah pesan awal – awal :
“Alice mengalami sindrom trauma yang agak teruk. Tapi masih boleh dikawal. Buat masa sekarang dia tak boleh terima apa – apa tekanan, jika dia tak mahu buat apa yang disuruh, biarkan saje. Jangan marah atau tinggikan suara dengannya. Dia perlukan kasih sayang yang secukupnya… So di stage ini, kesabaran yang tingi sangat – sangat diperlukan…”

“Pelangi… Awak okey?”

Panggilan lembut Amer mengejutkan Pelangi dari lamunannya. Pelangi menoleh memandang ke arah lelaki itu, sebuah senyuman manis dihadiahkan. Amer juga turut membalasnya dengan senyuman. Senyuman ada makna mungkin. Irham yang berada tidak jauh dari Pelangi hanya menjuihkan bibir. Sedikit terasa bila melihat mereka berbalas senyuman. Hai tuan besar… Awak terasa? Terasa atau merasa? Rasa cemburu?

“Hari ni Alice keluar. Kau tahu kan?” Soal Irham pada Amer sambil berjalan perlahan mendekati mereka. “Ke tepi sikit. Sibuk nak tayang muka dekat sini!” Sempat lelaki itu memarahi Pelangi.

Merah padam wajah Pelangi bila ditegur begitu. Depan – depan Amer dan Alice pula tu! Kuang ajaq! Pelangi memandang Amer yang hanya mendiamkan diri. Raut wajahnya kelihatan sedikit berubah. Agak keruh berbanding dengan tadi. Hmm… Sorry Pelangi, no back up for you this time. Kata hatinya berbisik sendiri. Pelangi mengalah. Tanpa kata dia menjauhkan sedikit tubuhnya daripada mereka.

Irham senyum sinis sambil mengangkat kedua – dua belah tangannya seperti menghalau. Lain kali cuba lah nak main – main senyum meleret macam tu lagi, tahu lah aku nak buat apa nanti! Gumannya dalam hati.

“Tahu… Berapa kali daa kau nak ulang?” Tingkah Amer. Tangannya masih sibuk menyuapkan makanan ke mulut Alice. Anak kecil itu hanya diam menurut. Satu persatu dia menerima suapan dari tangan lelaki itu.

“Oh, aku dah bagitahu kau eh? Sorry. Lupa!” Jawab Irham dengan tone suara tidak bersalah. “Bak sini, aku suapkan dia pula.” Tanpa sempat Amer menjawab, Irham terus menarik mangkuk bubur dari tangan lelaki itu. Amer tersentak. Dia ni laaa… Suka buat kelam kabut macam ni! Kalau tertumpah tadi macam mana? Keluhnya sambil menjeling ke arah lelaki itu.

“Alice… Mari ‘papa’ suapkan pula… Kesianlah sayang papa ni lapar ya…”

PAPA!? Mata Amer membulat memandang ke arah Irham. Pelangi juga sedikit terkejut bila mendengar tuan besarnya itu membahasakan dirinya sebagai papa.

“Apa kau bahasakan diri kau tadi, Ir? Papa? Hahhh… Kau jangan nak buat pasal… Err, atau sebenarnya kau dah memang buat pasal ni?? Kau dengan Bella…..

“Woo! Woo! Apa kau merepek ni. Aku main – main ajelah! saja nak feeling lebih. Relakslahhh… Kau ni pun!” Bidas Irham sambil pecah ketawa. Takkanlah aku nak buat naya dengan kawan sendiri kut!

“Gi-La! Kalau lah betul, mahu bertumbuk kita dekat sini tadi.” Amer membalas sambil mengurut dada. Irham ni bukan betul. Kadang – kadang tindak tanduknya memang tidak boleh nak dijangka!

“Relaks… Relaks… Aku tak puas lagi lah nak hidup solo.” Sambung Irham kemudiannya dengan tawa yang masih bersisa. Sempat juga dia menoleh ke arah Pelangi yang hanya duduk diam di atas sofa. Sedang elok memerhati, tanpa di duga matanya jatuh terpaku di wajah Pelangi yang sedang tersenyum. Sekali lagi darahnya terasa laju naik ke kepala. Entah mimpi apa, tiba – tiba dia rasa hendak hanyut dalam kemanisan senyuman itu.

Irham! Wake up! Wake up!!

Bagai ada orang yang mengetuk kepalanya dengan hammer ketika itu. Dia tersedar. Pantas dia melarikan anak matanya dari wajah Pelangi. Peluh dingin mula memercik keluar dari dahinya. Dia menggeleng seolah – olah cuba untuk menghilangkan segala perasaan yang singgah di dalam hatinya. Ish! Kau jangan macam – macam Irham, driver kau tu!

“Kau dah kenapa Irham? Gelisah semacam…” Teguran Amer membuatkan Irham tersentak.

“Hah? Apa!??” Matanya membulat memandang ke arah Amer.

“Kau tu… Aku tanya kenapa tiba – tiba macam gelisah sangat. Anything?”

“Eh… Nothing. Nothing… Err… Alice… Nak makan lagi?” Soal Irham pada Alice, dia cuba untuk menghilangkan rasa gugup di hati. Gosh! Apa yang tak kena dengan aku ni. Alice hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. “Betul ni tak mahu?” Soal Irham lagi. Kali ini Alice mengangguk. Kemudian dengan perlahan – lahan dia merebahkan tubuhnya ke atas katil.

“Eh, tak basuh mulut lagi!” Pantas Irham memaut tangan Alice. Pautannya agak kuat sehingga membuatkan anak kecil itu tersentak. Amer dan Pelangi serentak menoleh ke arah Irham. Mereka mula risau sesuatu akan terjadi dengan Alice. Walaupun tanpa niat, suara Irham sebentar tadi kedengaran agak kuat dan kasar. Suasana sepi seketika. Raut wajah Alice sedikit demi sedikit mulai berubah, beberapa saat kemudian anak kecil itu mula menangis. Irham panik. Tanpa sedar dia mencari Pelangi. Help! Seakan dapat membaca fikiran tuan besarnya itu, Pelangi segera bangun dan berjalan pantas ke arah Alice.

“Lain kali kawal sedikit tone suara Encik Irham tu. Kan Doktor Hadi dah pesan, keadaan Alice masih belum baik….” Tegur Pelangi bila Alice sudah berada di pangkuannya. “Syyy… Jangan nangis sayang, Papa Irham tak sengaja…” Pujuk Pelangi lembut. Anak kecil itu menangis teresak – esak. Tangisannya kuat kedengaran bergema di setiap ruang bilik itu.

“Betul tu Ir… Tak semua orang boleh terima cara kasar macam tu.” Tambah Amer kemudiannya. Rambut Alice dibelainya mesra. “Alice, good girl. Don’t cry…” Seperti Pelangi, dia juga cuba untuk mententeramkan anak gadis itu.

Irham terkesima seketika. Apa?? Apa yang aku buat? Dia tertanya – tanya sendiri. Mulalah tu egonya nak main peranan.

“I… I ha-te, I hate him…” Dalam sedu sedan Alice sedaya upaya cuba untuk menuturkan ayat itu. Tangisannya masih sama.

“Sayang… Jangan cakap macam tu. Sudah ya, Alice kan dah besar. Tak mau menangis lagi. Alice kena kuat tau. Big girl mana boleh menangis… Dah… Dah.” Pelangi menggosok lembut belakang Alice. Tidak tahu mahu membuat apa lagi. Hendak disalahkan Irham seratus peratus pun tidak boleh. Memang lelaki itu tidak sengaja. Cuma itulah, sudah menjadi kebiasaan dia untuk bersuara kuat dan kasar begitu.

“Hurmmm!” Keluh Irham. “Papa Ir sorry Alice.” Tutur Irham sambil mengusap belakang kepala anak kecil itu. Tanpa sengaja, tangannya tersentuh jemari Pelangi. Gadis itu dengan pantas menarik tangannya. Riak wajah mereka sedikit kekok. Amer yang berada tidak jauh dari mereka sekadar memerhati. “Aku tunggu kau dan Alice di lobi.” Beritahu Irham, matanya tepat jatuh ke anak mata Pelangi. Kedudukan mereka ketika itu sangat rapat sehingga Irham dapat merasa hembusan nafas Pelangi yang tidak sekata.

“Err…” Pelangi tergamam seketika. Renungan Irham ketika itu hampir membuatkan jantungnya berhenti daripada berdegup.

Irham mengalihkan pula pandangannya ke arah Amer. “Am, aku chow dulu!” Putusnya sambil berlalu.

Pelangi dan Amer terpingga – pingga. Pelangi pandang muka Amer, Amer pandang muka Pelangi.

“Kenapa tu?” Soal Pelangi.

Amer jongket kening. “Merajuk.” Sahutnya ringkas.

Pelangi terkesima. Merajuk?? Irham merajuk? Tuan besarnya itu merajuk?? Pelangi merenung kosong ke pintu bilik yang telah tertutup.

Err… I cannot believe it! Irham merajuk?? Ish.. Cannot… Cannot… Pelangi menggeleng – gelengkan kepalanya.


++++++++++++++

BERSAMBUNG! :D

8 comments:

AMILA J ABDULLAH said...

suka..suka..sangat..sangat...hehehe..

Ara.Sharrina said...

sabar, sabar amila..hehehe..

Anonymous said...

Tolonglah smbung. Best....................

hk said...

alolo..irham merajuk??? so comey

Anonymous said...

sambung lagi..dan lagi...bestttt sangat...dlm hati irham sudah ada rama2 berterbangan dlm taman...

norihan mohd yusof said...

hehe dh makan diri nampak!itu lh soal hati neh payah nk duga...so tepuk dada tanya lh hati?mulut leh sangkal but hati... sendri mau ingt lh tuan irham...

sofie@sibu said...

besstt..tak sabar nak baca bab2 yg sterusnya...harap ara dapat buat ending ni dekat blog ia..and novelkan juga nanti please..saya pasti ramai yg setuju...

Ara.Sharrina said...

Salam & hello dear readers :))

Thanks again sudi baca dan drop comments... Ok ni nak bgtau ni... Ara tgh marathon siapkan A.D.A utk d hantar ke publisher... So shaa Allah... Akan dibukukan la.. Tapi, klau dah d terima kannn... A.D.A tak bolehla nak dihabiskan d blog... Terpaksa d hentikan d mane2 bab la... Tp klau lah xditerima, jgn risau.. Ara akan habiskan d blog.. Ok?

Takpe, buat ms sekarang... Kita enjoy dulu! hehe.. <3<3<3