**KLIK : K.E.A 25
++++++++++++++++++++++++++++++++
“MAK ESAH!”
“Eh, ye… ye Dato’…” Terketar-ketar Mak Esah menjawab panggilan Dato’ Ashraf. Lain macam benar itonasi suaranya.
“Bukan ke saya dah pesan yang saya sibuk! Tak boleh di hubungi! Mak Esah tak faham ke?? Ada apa yang penting sangat tadi sampai tak boleh tunggu saya balik rumah??” Sergah Dato’ Ashraf, briefcase di tangan di campaknya ke atas sofa.
“Err… Maafkan saya Dato’… Tapi, Haikal……
“Hah! Mana budak bertuah tu pergi?? saya dengar dari setiausaha dia, dia dah lama tak datang office, apa dia ingat dia anak bos dia boleh buat sesuka hati dia!??” Marah Dato’ Ashraf masih belum reda.
“Haikal… Haikal dia di hospital Dato’…” Tak sanggup rasa hati Mak Esah bila Dato’ Ashraf memarahi Haikal sebegitu.
“Hospital? Apa dia buat kat situ?? Dah tak ada kerja lain?? Asyik nak buat kebajikan saja?? Dia ingat duit yang aku kumpul hanya untuk di laburkan pada hospital tu??” Tanpa usul periksa, Dato’ Ashraf terus menghamburkan kata.
“Dato’ bawak mengucap…..
“Mak Esah pun sekarang nak ajar saya??”
“Bukan macam tu Dato’, Haikal sekarang tenat di hospital!” Terang Mak Esah, kesabarannya juga ada batas. Dato’ Ashraf terkedu. “Tenat??” Soalnya.
“Ye Dato’, dah hampir seminggu Haikal di sana, di wad ICU. Dia dah kritikal… Sebab tu kami hubungi Dato’…”
“Wad ICU? Kritikal? Apa maksud Mak Esah?”
“Haikal sakit Dato’, dia dah lama menderita kanser otak…” Ujar Mak Esah. Hati orang tua itu terlalu rapuh untuk bercerita, apatah lagi bila berkisarkan hal-hal yang berkaitan Haikal. Kasihan anak itu, dari kecil di biarkan terkontang-kanting seorang diri. Mujurlah ada dia, itupun apalah sangat kasih sayang yang mampu dia berikan kalau nak di bandingkan dengan kasih sayang yang di berikan oleh orang tuanya sendiri.
“Apa yang Mak Esah cakap ni?? Tak mungkin Haikal sakit kanser, keturunan kami tak pernah ada sejarah sakit macam tu tahu tak! Saya tak percaya!” Tingkah Dato’ Ashraf, dalam tegas Mak Esah tahu hati lelaki ego di depannya itu sedikit terusik dengan kata-katanya.
“Benar Dato’… Hal hidup mati takkan saya nak berbohong…”
“Kenapa Haikal tak pernah nak beritahu saya pasal hal ni??” Dato’ Ashraf maraup mukanya dengan kedua belah tangan. Peluh jantan mula memercik keluar dari dahinya.
“… Perlu ke saya jawab soalan yang sepatutnya Dato’ sendiri tahu jawapannya? Ke mana Dato’ bila Haikal perlukan Dato’? Dari Haikal kecil hinggalah sekarang, berapa banyak masa yang Dato’ luangkan untuk dia? Saya bukan nak bersikap kurang ajar atau hendak memandai-mandai, tapi saya dah hampir 30 tahun di sini, hal-hal rumah ni, keluarga ni semua saya tahu. Hmm… Haikal tu perlukan Dato’, dia perlukan seseorang dari darah dagingnya untuk kongsi segalanya. Saya ni cuma orang gaji di rumah ni Dato’, sayang macam mana sekalipun saya dengan dia, sampai masa bila tak di perlukan, saya juga akan pergi meninggalkannya…. Cukuplah dulu Datin tinggalkan Dato’, sekarang Dato’ mahu Haikal pula yang tinggalkan Dato’ untuk selama-lamanya??” Memang benar semua yang di katakan Mak Esah. Cukuplah selama ini dia bertahan, cukuplah selama ini dia hanya memandang dan memendam. Dia tak kisah kalau di sebabkan hal ini dia di anggap melampaui batas dan diarah keluar dari rumah ini. Dia cuma mahukan Dato’ Ashraf membuka mata dan hatinya untuk Haikal, supaya dia tahu bagaimana keadaan Haikal yang menderita di biarkan sendirian apatah lagi dalam keadaan sebegini.
Dato’ Ashraf terduduk lemah memandang siling. “…Tapi saya bekerja, kumpul duit siang malam untuk dia Mak Esah… Untuk senangkan hidup dia.” Dato’ Ashraf masih enggan mengaku salah.
“Harta dan kemewahan tak menjanjikan apa-apa Dato’, Haikal dahagakan kasih sayang. Dia perlukan Papa dan Mamanya… Dia perlukan sebuah keluarga yang mengambil berat akan kebajikannya.”
‘Ya Allah…. Apa yang aku telah lakukan ni……’
“Mak Esah.., betul Haikal menderita?” Soal Dato’ Ashraf.
“Betul Dato’, walaupun selama ni Haikal tak pernah meluahkan apa yang dia rasa, saya tahu dia sedang menderita… dan dia jadi lagi terseksa bila tiada siapa yang mengambil tahu hal dirinya.” Jawab Mak Esah jujur. Dato’ Ashraf perlu tahu hal yang sebenar. Dia perlu sedar tentang kekurangan dirinya.
“Mak Esah… Saya dah berdosa pada anak saya sendiri. Saya ayah yang tak berguna! Ya Allah Haikal… Papa berdosa pada kamu.”
“Sudahlah Dato’… tak perlu lagi nak menyesali perkara yang dah jadi, sekarang ni yang boleh Dato’ buat hanya berdoa dan selebihnya kita bertawakal sajalah pada Allah… InsyaAllah Dato’, Kun fayakun… dengan kehendak Allah, kalau Dia kata Haikal akan selamat, dia akan… Kalau tak, kita kena terima dengan hati yang redha…”
“… Kalau saya tahu dari awal, dah lama saya bawa dia pergi berubat Mak Esah. Kalaulah saya tahu dan kalaulah masa itu dapat saya undur kembali Mak Esah… Saya menyesal.”
“Sabar Dato’… Kita masih lagi ada masa untuk berusaha, InsyaAllah Haikal masih lagi boleh di ubati. Dia anak yang kuat semangat Dato’…”
“Mak Esah kita pergi jumpa dia… Kita jumpa dia sekarang! Mak Esah temankan saya.” Pinta Dato’ Ashraf, hilang sudah egonya yang tinggi melangit tu. Mak Esah hanya mengganguk menurut. Betul kata orang, kadang-kadang kata-kata dari orang yang lebih tua ada magik yang bisa merubah segalanya.
“MAKCIK masuklah…” Pelawa Kea, bersusah payah Kea memujuk Makcik Zulaikha untuk datang ke situ. Satu, untuk meyakinkannya bahawa Haikal adalah anaknya, dan dua, untuk membawa wanita ini ke sini. Tak mengapalah.., demi Haikal, dia tak patut merungut.
Makcik Zulaikha kelihatan teragak-agak untuk merapati katil Haikal. Erat pegangan tangannya di pergelangan tangan Kea. Dapat Kea rasakan debaran hati wanita itu tatkala kulit mereka bersentuhan. Kea capai jemari Makcik Zulaikha, perlahan-lahan dia membawa wanita itu dekat kepada Haikal.
“Kea….” Langkah kaki mereka terhenti.
“Kenapa Makcik?”
“Makcik takut….” Ujarnya.
“Tak ada apa-apa Makcik, InsyaAllah… Marilah… Haikal mesti gembira kalau dia tahu Makcik ada di sini.” Pujuk Kea. Makcik Zulaikha mengeluh, dengan berat hati dia menurut.
Kini mereka berdiri betul-betul di sebelah katil Haikal. Suasana menjadi sunyi sepi, yang kedengaran hanyalah bunyi daripada alat bantuan pernafasan.
“Makcik… Anak Makcik….. Cakaplah apa-apa, dia boleh dengar.”
“Subhanallah……… I..ni ini Hai…kal?” Soal Makcik Zulaikha tersekat-sekat. Air matanya kini sudah tak dapat di bendung lagi, berjujuran jatuh membasahi pipinya. Kea juga begitu, dia mengganguk mengiakan kata-kata Makcik Zulaikha. “Ya Makcik, ni Haikal. Anak Makcik.” Balasnya. Tiada kata yang mampu dia ucapkan lagi, hatinya kini lebih tenang, walaupun tanpa di pinta, dia yakin ini yang Haikal inginkan.
“Hai..kal a..nak, anak Mama….” Hati wanita itu cukup tersentuh bila melihatkan Haikal setelah sekian lama. Untuk pertama kalinya, dahi anak lelaki yang di tinggalkan dua puluh tahun dahulu di kucupnya lembut. “Maafkan Mama Haikal…. Maafkan Mama….” Ucapnya diiringi dengan air mata yang tak henti-henti mengalir dari tadi.
“… Maafkan Mama sebab tinggalkan Haikal dulu…. Mama terdesak, Mama tak tahu apa yang perlu Mama buat. Mama tahu Mama silap sebab tinggalkan Haikal dengan Papa….” Kea sebak, dia dapat merasa apa yang sebenarnya di rasakan oleh Makcik Zulaikha. Walaupun dia tidak tahu hal yang sepenuhnya, dia juga turut bersimpati dengan apa yang menimpa keluarga Haikal.
“Makcik… Bersabarlah. Saya yakin Haikal sudah pun memaafkan Makcik…”
“Makcik dah buat kesalahan yang sangat besar Kea… Kesalahan Makcik memang tak boleh di maafkan. Makcik sudah pun terima pembalasannya. Makcik hidup merempat hampir tiga tahun sebelum pihak kebajikan masyarakat kutip Makcik…. Makcik benar-benar menyesal Kea, sudah lama Makcik cuba untuk mencari Haikal… Hari-hari Makcik berdoa pada Allah supaya menemukan Makcik dengan Haikal… Alhamdulilah, Allah temukan Makcik dengan kamu, walaupun Haikal dalam keadaan macam ni, Makcik tetap bersyukur sebab sempat berjumpa dengannya….”
“Haikal kuat Makcik, saya tahu Haikal mampu bertahan…”
“Dia memang anak yang kuat Kea, walaupun tak banyak masa yang Makcik habiskan dengan dia, Makcik kenal anak Makcik… Silapnya sebab dia keluar dari rahim Ibu yang tak berguna ni!” Makcik Zulaikha menyumpah memarahi dirinya sendiri……………
“Haikal!!” Pintu bilik Haikal di tolak dengan kasar.
“Haikal! Maafkan Papa Haikal…” Tubuh Haikal di peluk erat oleh Dato’ Ashraf. Kea dan Makcik Zulaikha yang masih terkejut dengan kehadirannya masih lagi berdiam diri. Lagi-lagi Makcik Zulaikha, wajahnya berubah terus! Seakan tiada lagi darah yang berani lalu di mukanya kini. Tangan Kea di pegang kuat.
“Dato’, sabarlah.” Mak Esah memujuk.
“Mak Esah, saya memang ayah yang tak berguna! Dan tak layak pun di panggil ayah! Ayah mana yang sanggup biarkan anaknya bersendirian dalam keadaan yang macam ni!? Layaknya saya saja yang patut di hukum menderita begini!” Kata Dato’ Ashraf, teresak-esak dia menangis, tidak di hirau langsung orang lain yang ada di sekelilingnya.
“Bawa bertenang Dato’…. Tak baik cakap macam tu. Haikal pernah beritahu saya yang dia tak akan dan tak pernah ada niat pun untuk menyimpan dendam pada Dato’..”
“Haikal bangun nak! Bangunnn… Maafkan Papa… Papa menyesal sebab terlalu pentingkan diri dan kerjaya Papa saja. Papa abaikan kamu. Papa bersalah pada kamu Haikal, pada Mama kamu… Kalau Papa tak pentingkan diri sendiri dulu, mesti kamu tak jadi macam ni. Mesti Mama kamu juga tak tinggalkan kamu. Jika Mama kamu masih ada, Papa mahu melutut di depannya untuk meminta maaf, Papa memang bukan ayah dan suami yang baik untuk kamu berdua. Papa terlalu ego! Terlalu pentingkan diri sendiri!! Maafkan Papa kerana membiarkan Haikal terkapai-kapai dalam mengharapkan kasih Papa selama ini……………”
“Abang…….” Makcik Zulaikha yang sedari tadi diam memerhati, mula bersuara hingga membuatkan semua mata yang ada memandang ke arahnya. Termasuklah Dato’ Ashraf, matanya tajam memandang Makcik Zulaikha, jelas wajahnya terkejut bila terpandangkan wajah itu, wajah yang sekian lama di lupakannya.
“Zu… Zulaikha?” Dalam sedu sedan wanita itu mengganguk.
“Zulaikha!!?” Ulang Dato’ Ashraf lagi ingin mendapatkan lebih kepastian.
“Ye Abang, Ini saya… Zulaikha… Zulaikha isteri abang dahulu…” Ucapnya dalam esak tangis yang masih berbisa.
“Ya Allah! Betul awak Zulaikha!” Dengan pantas lelaki itu pergi melutut memegang kaki Makcik Zulaikha, semua yang ada terkejut melihat tingkah Dato’, seseorang yang selama ini sangat meninggikan darjat dan pangkatnya kini melutut kepada seorang wanita.
“Maafkan Abang Zu… Maafkan Abang sebab buat Zu menderita dulu, maafkan Abang sebab membiarkan Haikal jadi macam ni… Maafkan Abang….” Dato’ Ashraf seakan hilang akal, meraung-raung dia menyalahkannya diri sendiri.
“Saya pun silap Abang, silap sebab biarkan Abang seorang diri menjaga Haikal. Maafkan saya kerana terlalu pentingkan diri saya sendiri…” Jawab Makcik Zulaikha sama-sama menginsafi diri.
“Abang yang mulakan dulu Zu, jika tidak kerana Abang, pasti semua ni tak akan terjadi…”
“Sudahlah Abang…” Makcik Zulaikha bantu lelaki itu, lelaki yang pernah menjadi suaminya untuk bangun. Dato’ Ashraf hanya menurut. “Kita berserah pada Allah, Dia sudah tunjukkan jalan dan bukakan pintu hati kita, kita kena berusaha untuk selamatkan anak kita Haikal.” Sambungnya lagi, hilang terus marahnya pada lelaki itu. Buat masa sekarang, marah, ego, dendam mendendami semuanya memang tak akan dapat membantu apa-apa. Masing-masing dah dewasa dan matang untuk mengawalnya.
“Dato’, Makcik Zulaikha, bersabarlah… Semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Lihat sekarang, di sebabkan Haikal, Makcik dan Dato’ dapat bertemu semula. Mungkin Allah tu dah ada perancangannya sendiri, Allah sudah pun mengatur semua ini… Mungkin sekarang tiba masanya untuk Haikal mengecapi bahagia yang dia cari-cari selama ini, bahagia yang sudah lama Dato’ dan Makcik ambil daripadanya dulu. Walaupun untuk seketika, Haikal berhak untuk mendapatkan kasih sayang yang sepenuhnya dari kedua ibu bapanya…” Tutur Kea lembut. Dia juga cukup tersentuh dan terharu dengan situasi yang sedang berlaku sekarang ni. ‘Ya Allah, Kau sememangnya Maha dalam segalanya… Syukur Ya Allah…’ Mereka berdua terdiam memandang Kea, kata-kata yang keluar dari mulut gadis yang tak pernah mereka kenali benar-benar menyentuh hati mereka.
“Siapa awak?” Soal Dato’ Ashraf bila keadaannya semakin tenang.
“… Betul tu, Makcik pun belum tahu apa hubungan Kea dengan Haikal, kenapa beria benar Kea mahu membantu Haikal? Siapa Kea sebenarnya?” Tambah Makcik Zulaikha pula. Mereka terlalu sibuk memikirkan soal Haikal dan kesalahan diri sendiri, sehingga lupa nak bertanya siapa Kea di sebalik semua ini.
“Saya cuma gadis biasa yang hidup untuk melihat orang yang di sayanginya gembira….” Jawab Kea lembut dengan senyuman terukir di wajahnya. Dia teringatkan pesan Haikal yang menyuruhnya hidup dengan baik untuk orang-orang yang di sayang dan menyayanginya. Di pandangnya Haikal yang masih belum sedarkan diri. ‘Bangunlah Sayang… I sangat rindukan you…’ Bisiknya. Dia tahu Haikal mendengar, dia lihat ada air jernih yang mengalir keluar melalui kelopak mata Haikal yang tertutup rapat. Di kesatnya air mata itu dengan jarinya. Jemari Haikal di capai dan di gengamnya erat. ‘Sayang.., lihat, I berjaya temukan Papa dan Mama you… You mesti bangga dengan I…’ Bisiknya lagi. Kea mengerling jam di dinding. Haikal perlu sedarkan diri, tinggal beberapa jam lagi untuknya melepasi waktu kritikal. Tiba-tiba dia dapat rasakan sesuatu yang membalas genggaman tangannya. Secepat kilat dia memandang Haikal.
“Haikal!” Tingkahnya mengejutkan semua yang ada. Masing-masing dengan cepat mengelilinginya. Haikal membalas genggaman tangan Kea, perlahan-lahan jari jemarinya memaut jari jemari Kea. Walaupun pegangan itu lemah, tapi Kea mampu merasakannya.
“Ke..a…” Nama pertama yang di panggil Haikal.
“Ya Allah Haikal, syukur Alhamdulillah… You dah sedar. I di sini sayang…”
“Haikal…” Dato’ Ashraf dan Makcik Zulaikha juga turut memanggilnya.
“Mak Esah, tolong beritahu nurse di luar untuk panggilkan Doktor Yusoff…” Pinta Kea, tangannya masih lagi berada di genggaman Haikal. Tak sampai hati pula untuk menariknya.
“Baik.” Balas Mak Esah seraya dengan cepat keluar dari bilik itu.
“Dato’ Ashraf dengan Makcik Zulaikha keluar dulu ya, Haikal perlu di periksa terlebih dahulu.” Ucap Kea, kedua-dua orang tua itu hanya mengangguk menurut.
“Kea…” Panggil Makcik Zulaikha. Lengan Kea di paut lembut. Kea menoleh.
“Ada apa Makcik?” Soalnya.
“Terima kasih…” Ucap Makcik Zulaikha. Kea membalasnya dengan senyuman.
SETELAH berpuas hati dengan keadaan Haikal, Kea keluar dari bilik itu untuk mendapatkan mereka yang masih setia menanti di luar. Dato’ Ashraf, Makcik Zulaikha dan Mak Esah pasti gembira mendengar khabar baik yang ingin di sampaikannya.
Baru saja pintu di kuak, mereka sudah datang menyerbu. Belum sempat dia bersuara, mereka sudah pun melulu menyapanya.
“Kea, bagaimana keadaan Haikal?” Tanya Dato’Ashraf.
“Haikal dah okay ke? Dia macam mana??” “Kami boleh masuk tengok dia ke??” Makcik Zulaikha dan Mak Esah pula menyampuk.
“Alhamdulilah, Dato’, Makcik dan Mak Esah… Haikal dah berjaya lepas dari waktu kritikalnya. Keadaan Haikal dah stabil sekarang!” Bersinar-sinar matanya menyampaikan perkhabaran itu.
“Ya Allah, syukur… Mak Esah, Haikal dah selamat…”
“Alhamdulilah Dato’...” Sahut Mak Esah. Kea hanya tersenyum melihat gelagat mereka bertiga. Dia juga turut merasa bahangnya.
“Tapi… Kita tak boleh nak gembira sangat, buat masa ni Haikal masih lagi dalam perhatian pihak hospital. Melepasi waktu kritikal bukan bermakna Haikal pulih sepenuhnya, Haikal masih lagi perlu melakukan pembedahan…” Terang Kea.
“Dapat melepasi waktu ni pun kami dah bersyukur sangat Kea… Setidak-tidaknya kami masih ada masa untuk bahagiakan dia..” Jawab Makcik Zulaikha. Dato’ Ashraf sekadar tersenyum. Dia juga bersetuju dengan kata-kata dari bekas isterinya. Alhamdulillah, Allah masih lagi beri mereka kesempatan untuk menebus kembali kesalahan yang telah mereka lakukan.
“Baguslah… Saya harap Makcik dan Dato’ tak sia-siakan peluang yang ada. Kita masih belum pasti keadaan Haikal yang sebenarnya. Jadi kena sentiasa berhati-hati, setiap langkah yang di ambil walaupun kecil, pasti akan mendatangkan kesan ke atasnya…” Terang Kea lagi, terangguk-angguk mereka mengiakan kata-kata gadis itu.
“Kea Doktornya Haikal?” Dato’ Ashraf tiba-tiba bertanya. Kea senyum.
“Nak kata doktor tidaklah, cuma doktor referral dia saja.. Saya juga masih belajar Dato’.” Jawab Kea jujur.
“Merangkap kekasih hati Haikal juga!” Usik Mak Esah pula. Merah muka Kea menahan malu.
“Mak Esah ni, ada-ada je…”
“Eh, kalau betul pun apa salahnya…” Makcik Zulaikha pula menyambung gurauan Mak Esah. Tersipu-sipu gadis itu malu.
“… Dah merah dah muka budak ni bila di sakat. Eh, kami dah boleh berjumpa dengan Haikal?” Soal Dato’ Ashraf sekaligus mematikan gossip-gosip liar dari dua orang wanita itu. Kea mengurut dada lega. Fuhh!
“Erm, buat masa sekarang belum boleh lagi Dato’… Biarlah dia berehat dahulu. Dato’ dan Mak Esah baliklah berehat dulu. Erm… Makcik Zulaikha tunggu saya ya, nanti saya hantarkan.”
“Sekejap pun tak boleh??” Makcik Zulaikha pula mencelah. Tak berpuas hati dengan jawapan Kea.
“Erm, tak boleh Makcik, takut menganggu dia nanti…”
“Hmm… Tak apalah kalau Kea sendiri dah cakap macam tu, pakcik percaya pada Kea… Pasal Makcik Zulaikha, biar pakcik yang hantar. Lagipun ada beberapa perkara lagi yang perlu kami bincangkan.” Cadang Dato’ Ashraf. Kea dan Makcik Zulaikha hanya menelan air liur.
“Err, tak apalah… Biar saya balik dengan Kea sahaja…” Balas Makcik Zulaikha, dia tak mahu lelaki itu tahu di mana tempat tinggalnya selama ini.
“Kenapa pula? Tak sudi?”
“Erm bukan…..
“Makcik nak jumpa dengan Ibu Kea, Dato’… Ada hal perempuan katanya.” Kea cuba untuk menyelamatkan keadaan, dia tahu Makcik Zulaikha tak selesa dan tak bersedia untuk itu.
“Hmm… Tak apalah kalau macam tu. Bila ada peluang, saya harap saya dapat duduk berbincang dengan awak lagi…” Ujar Dato’ Ashraf.
“InsyaAllah…” Balas Makcik Zulaikha. Dato’ Ashraf akur dengan permintaan Makcik Zulaikha. Tidak perlu gelojoh untuk memulakan sesuatu yang baru. Lagipun masing-masing masih terkejut dengan keadaan yang sedang berlaku.
“Kalau macam tu, kami beransur dulu. Jom Mak Esah, esok kita datang balik…” Wanita itu hanya menurut. Mana yang baik itulah yang akan dia ikut. Dia berdoa agar majikannya itu tidak kembali kepada perangainya yang asal. Banyak yang boleh dielak jika majikannya itu dari dulu memilih untuk tidak mementingkan diri sendiri dan kerjayanya sahaja. Tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur, masa yang telah di guna tidak mungkin boleh kembali, yang penting sekarang mereka perlu terus memandang ke hadapan dan tidak menoleh lagi.
No comments: