Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Monday, November 26, 2012

"Aiseyman, Driver Aje!" - Bab 9 & Bab 10

“I’VE been raped, Irham…”

“What!? Bila??” Bulat mata Irham bila mendengar pengakuan Bella.

“A month before my wedding…” Dalam payah Bella cuba untuk berterus-terang.

“Hah! You mean waktu kita di Ausie??” Irham panar. Bella diam seketika dan kemudiannya hanya mengangguk lemah.

“Are you serious!??” Irham semakin tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Yes, I am… I’m not kidding.” Sahut Bella dengan itonasi suara yang lemah.

“Siapa yang rogol you?? Kenapa you tak pernah beritahu I sebelum ni??” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut lelaki itu.

“I tak tahu siapa. I pengsan waktu tu… Bila I sedar, semuanya dah terlambat Ir… I rahsiakan hal ni dari semua orang. Bukan dari you saja, even dari my husband. Dia tak tahu apa-apa, sehinggalah hari tu blood test Alice yang revealed everythings…….” Ayat Bella terhenti di situ, dia tidak sanggup untuk meneruskan ayatnya. Wajahnya suram merenung lantai. Air matanya sekali lagi tumpah.

“Blood test Alice?” Jantung Irham yang baru sekata rentaknya kembali berdegup pantas.

“Malam tu Alice deman panas, kami bawa dia ke hospital. Doktor terus buat blood test, and then the result was unexpected. Alice’s blood type not even tallies with me or him. Then Paul terus decide nak buat DNA test. Time tu I memang tak fikir apa-apa lagi. I terus setuju and too bad semuanya musnah after the result came out.” Luah Bella sambil teresak-esak menahan tangis.





Irham terdiam. Dia hanya merenung ke wajah Bella. Dia tidak pasti dengan apa yang dirasanya kini. Perasaan dan fikirannya kosong.

“Hurmmm….” Tanpa sedar Irham menghela nafas panjang. Untuk seketika dia membiarkan Bella sendiri. Alice yang berada di pangkuannya dipandang sepi. Anak kecil itu sudah lama lena di bahunya… Dengan perlahan dia berjalan ke arah sofa, Alice perlu dibaringkan dengan sempurna, melihat dari cara dia dipukul sebentar tadi pun cukup untuk membuatkan hati Irham terkesan. Ubun-ubun Alice yang basah dek peluh dingin dikesat dan dikucupnya lama. Perasaan simpatinya semakin meluap-luap. Sungguh dia tak menyangka anak kecil ini akan berhadapan dengan situasi sebegini. Dia tidak dapat jangka apakah yang akan jadi sekirannya nanti kebenaran terbongkar, apakah perasan anak kecil ini bila mengetahui dirinya hanyalah anak luar nikah!

“… I hate her. She ruined my life! Kalau I tahu lebih awal yang dia bukan anak kami, I takkan lahirkan dia!!” Bentak Bella dan dengan tidak semena-mena dia meluru pantas ke arah Alice yang sedang lena.

Irham terkejut dengan tindakan Bella yang secara tiba-tiba. “Hey!! What are you trying to do!?” Secepat kilat dia menepis tangan Bella. Wanita itu tertolak ke belakang dan hampir saja jatuh tersungkur.

“Are you crazy? Don’t you dare to touch her again! Dia tak bersalah. She knows nothing! Bukan dia minta pun lahir dalam keadaan macam ni… You tak sepatutnya tuduh dia yang bukan-bukan…” Irham bersuara keras.

“Habis tu you nak cakap, I yang salah?? I yang buat diri I menderita!? I yang buat Paul tinggalkan I? Hah? Macam tu!??” Bella berang. Suaranya meninggi.

“… No, bukan macam tu… It just… “ Ayat Irham terhenti. Dia memerhatikan Bella yang sedang tunduk memeluk tubuh. Untuk pertama kalinya dia dapat melihat Bella dalam keadaan begitu. Bella kelihatan seperti orang yang tidak terurus dan tidak tentu arah. Dia terkilan kerana tidak diberitahu dengan lebih awal… Kalaulah waktu itu Bella berterus terang dengannya, sudah pasti keadaan sekarang ni tidak menjadi terlalu rumit. “Hurmm…” Irham meraup muka dengan kedua-dua telapak tangannya.

Kau perlu bertenang, Irham. Bella perlukan kau. Bisik hati kecilnya. Dengan langkah perlahan dia berjalan merapati Bella.

“Honey, Listen... Look at me.” Sapa Irham dengan nada suara yang lembut. Bella masih tunduk memandang lantai. Lengan wanita itu Irham pegang dan diusapnya lembut. Dia juga perlu mencari kekuatan sendiri untuk memujuk wanita itu. “Thing happens, dear… Benda dah jadi. I pun tak salahkan you dan I janji I tak akan pernah salahkan you. Cuma, one thing. One thing you must promise me…” Dagu Bella ditolak sedikit ke atas agar memandangnya. Mata Bella berkedip memerhati setiap inci wajah Irham. Irham yang selalu ada dengannya. Irham yang selalu akan menyokongnya.

“… You kena janji dengan I yang you tak akan buat benda-benda yang boleh memudaratkan diri you sendiri dan yang paling penting sekali you tak boleh layan Alice macam tadi. Whatever it is, dia tetap anak you. Hmm… To sad yang dia memang bukan dari suami you but Alice tetap dari darah daging you. Dia anak kandung you sendiri! Dia tak bersalah, Bell. Dia yang menjadi mangsa keadaan dan Paul pun tak sepatutnya tinggalkan you macam ni……”

“…. Tapi dia dah pun tinggalkan I, Irham. My husband left me dan I dah tak ada sesiapa lagi…” Pintas Bella perlahan. Matanya redup merenung Irham. Dia benar-benar mengharapkan belas dan simpati dari lelaki itu.

“Hmm… Please be strong, dear. Atleast for Alice... In future you akan sedar yang dia perlukan you lebih dari you perlukan Paul… and I promise I pun akan sentiasa ada dengan you… I janji.” Pujuk Irham. Dia bukan kenal Bella sehari. Dia tahu Bella tidak selemah ini. Dia tahu wanita itu kuat untuk menghadapi semua ini.

Untuk seketika, keadaan menjadi sepi. Yang jelas kedengaran hanyalah tangisan Bella. Tanpa dipaksa, Irham meraih Bella ke pelukannya. Esak tangisnya makin kuat.

“Menangislah Bell… Menangislah jika ini yang boleh buat you tenang…” Bisik Irham. Untuk hanya melihat dan membiarkan wanita itu terus menerus berkeadaan begitu dia memang tidak sampai hati. Esak tangis Bella benar-benar menyesakan jiwanya.

Wanita itu hanya menurut dan membiarkan Irham memeluknya. Memang itu yang dia perlukan ketika ini. Sokongan dan kekuatan dari seorang teman yang dia boleh bergantung harap.

Di dada lelaki itu Bella menangis sepuas hati... Dan di situ juga lah dia melepaskan segala yang terbuku di hati… Walaupun dia tahu apa yang diluah tidak seperti apa yang terbuku, dia akur kenyataan itu lebih memeritkan.

I’m sorry, Irham… Maaf kerana terpaksa merahsiakan hal yang sebenar. Kebenaran itu lebih menyakitkan dan I tahu you tak akan boleh menerimanya… Hati Bella bermonolog sendiri.


…… “G08A, G06A… Erm, G04A… Ahah! Lepas ni mesti G02A!!” Pelangi melonjak riang. Gila susah nak cari kau ni Encik Irhammm… Puas aku berjalan keliling bangunan. Hurm… Nasiblah kau ni bos, kalau kau yang jadi driver tak ingin aku nak mencari. Tinggallah kau seorang diri! Baliklah kau naik teksi! Getusnya geram.

Tinggal beberapa langkah lagi untuk Pelangi sampai ke tempat yang hendak dituju. Peluh dingin yang membasahi mukanya dikesat dengan lengan baju. Semakin dekat semakin cepat hanyunan kakinya diatur. Setibanya di pintu, Pelangi terus menjerit memanggil tuan besarnya itu. Tak menyempat-nyempat, salam pun entah ke mana!

“Encik Ir………. Erkk!!!” Panggilan Pelangi terhenti serta merta. Nafasnya jadi tidak sekata. Dia terlihat sesuatu. Oh My God! Oh My God!! Sesuatu yang dilihatnya itu telah membuatkan organ dalamannya berhenti dari berfungsi. Keadaan menjadi sunyi. Empat mata yang ada jatuh ke arah gadis itu. Gadis yang hanya berdiri kaku di depan pintu.

“PELANGI!!!”

Jeritan itu bergema.

Pelangi seakan tersedar dari koma yang lama. Dia terkedu! Tubuhnya menggeletar. Dia terfikir-fikir perlukah dia berpura-pura pengsan atau terus mati kejang di situ??

“Sss…So…Soo…Sooorry.” Putusnya tergagap-gagap.

“Masuk dalam kereta sekarang!” Arah Irham keras. Pelukan Bella dileraikan.

Pelangi hanya memandang tanpa berkelip. Kakinya terpaku disitu.

“Pelangi I said now!!”

Erkkk! Pelangi masih tidak berganjak. Hatinya memang meronta-ronta hendak pergi, tapi matanya hanya tertumpu pada wanita yang berpelukan dengan tuan besarnya sebentar tadi. Cantik memang cantik, kategori hot stuff nieee! Tapi, Ish..Ish… Seksi bebenau!! Nampak dia pakai baju sleeveless labuh menutup paha, tetapi tak sure-lah-kan yang dalam tu pakai ke tidak. Ishh… Extreme pulak pemikiran aku ni! Err… Tapi siapa wanita tu? Girlfriend Encik Irham ke atau?

“Mommy…” Tiba-tiba Pelangi terdengar suara anak kecil memanggil. Matanya teralih pula ke arah sofa. Kelihatan di situ ada seorang anak gadis yang sedang terpisat-pisat mengesat matanya.

Err… atau wanita itu kekasih gelap Encik Irham!? Dan… dan… budak kecil ni anak encik Irham dan wanita itu!!?? Rupa encik Irham dan budak tu pun dah lebih kurang sama dah tu. Hahhh… Sekali lagi perasaan ingin tahu membuak-buak di dalam diri Pelangi.

“Pelangi tunggu dalam kereta sekarang!!”

Pelangi diam tidak peduli.

“Hey Pelangi!! MOVE!!” Suara Irham jadi makin kuat.

Pelangi tersentak dan akhirnya akur. Sudah cukup sudah, Pelangi! Kau perlu bergerak sekarang. Soalan-soalan yang terbuai di dalam fikirannya kini perlu diberhentikan serta merta. Jika tidak, pasti esok nama dan mukanya akan terpampang besar di dada-dada surat khabar dengan tajuk berita utama ‘Seorang driver perempuan mati dilambung oleh majikan kerana secara tidak sengaja telah mengetahui rahsia majikannya yang mempunyai kekasih gelap nyanyian ungu!’

Wahhh gitu! Kelasss habis tajuk berita kau Pelangi! Band Indonesia Ungu pun masuk sekali!! Okay, fine! Tak lawak. Pelangi mengutuk diri sendiri. Dengan langkah kaki yang seakan-akan tidak berpijak di bumi nyata, dia mula berjalan meninggalkan tuan besarnya dengan seribu satu persoalan.

Okay tak, dua ribu dua ratus dua soalan! Duhh!


Bab 10

SEPANJANG pemanduan, hati Pelangi tidak tenteram. Masih terbayang-bayang lagi adegan mesra di antara tuan besarnya dah wanita ‘gila-hot’ itu. Dia resah. Semenjak dari tadi duduknya jadi tidak keruan. Kejap dia ke kiri, kejap dia ke kanan.

Sabar Pelangi, sabar. Jangan sibuk hal orang. Berkali-kali dia memujuk dirinya sendiri.

“Punggung kau ni ada bisul ke Pelangi!?? Tak reti nak duduk diam? Rimas betul lah aku tengok!” Tiba-tiba Irham bersuara sinis.

Pelangi tersentak, dan pada masa yang sama dia mencebik. Suka-suka hati cakap punggung aku ada bisul! Kau tak tahu ke tahap hygiene aku ni excellent!? Nyumpahnya di dalam hati.

“Err… Tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa…” Walaupun suaranya terasa tersekat di kerongkong, Pelangi masih ingin menjawab.

“Habis tu yang kau macam orang tak betul ni kenapa??”

Wahh!! Tadi cakap dia ada bisul, ni cakap dia orang tak betul pula. Melampau tahap firaun ni!

“Err… Bukan… Ermmm…”

“Pasal hal yang kau nampak tadi…..” Irham memulakan bicara.

“Hahh pasal hal tadi, siapa wanita tu Encik Irhammm!?? Siapa budak kecil tu!? Apa hubungan Encik Irham dengan dorang… dannn….” Dah macam Mak Enon jual barang, tergopoh-gapah Pelangi menghamburkan soalan!

Mata Irham mengecil memandang ke arah Pelangi.

“Err…” Pelangi sedar dia sudah terlepas kata!

“… Yang kau ni tak boleh bagi aku habis cakap dulu ke? Kelam kabut betul lah!!” Marah Irham.

“Err… Boleh. Boleh…” Suara Pelangi mengendur. Rona pipinya bertukar merah. Hidungnya juga turut serta. Kembang kempis menahan malu. Padan muka aku!

“Pasal hal tadi, aku nak kau buat tak tahu aje!”

“Buat tak tahu?” Soal Pelangi ingin kepastian.

“Yes! Buat tak tahu macam kau tak pernah nampak apa-apa!”

“Err… Tapi kenapa?” Tambah Pelangi lagi. Takkan kut! Hal dah terjadi depan mata kepala sendiri, macam mana pula nak buat tak tahu aje kan? Impossible. Impossible! Monolog Pelangi sendiri.

“Kenapa apa? Takkan benda kecil tu pun kau tak boleh nak buat?” Sergah Irham.

“Bukan macam tu, Encik Irham. Cuma…”

“Cuma apa? Dah! Aku taknak dengar apa-apa lagi. Kalau sampai ada orang lain tahu pasal hal tadi, kau lah orang pertama yang aku cari!” Ugut Irham berbaur amaran.

“Ehhh, mana aci macam tu!!” Bentak Pelangi tiba-tiba. Main aci-aci pulak kau Pelangiii… Kau ingat tuan besar kau ni Farish ke!?

Pelangi tepuk dahi. Ahhh, lupa!

“Apa kau cakap tadi, Pelangi?”

“Err… Tak ada apa-apa.”

“Hmm… Ingat, kalau ada orang lain tahu. Kau dulu yang aku cari!” Ulang Irham sekali lagi. Pelangi mula terasa kecut perut. Dadanya berombak kencang! Perasaannya ketika ini dah macam terpaksa berhadapan dengan kes jenayah berat yang akan meragut nyawanya bila-bila masa saja lagi!

“Faham tak!??”

“Err… Faham! Fahammm!!” Akibat terkejut dek sergahan Irham, volume suara Pelangi secara tidak sengaja telah meninggi.

“Kau tengking aku, Pelangi!?” Dan di sebabkan hal itu, secara tak sengaja jugalah dia telah membuatkan tuan besarnya itu tersentap.

“Err… Tak! Tak! Saya sebenarnya……”

“Gaji kau bulan ni aku potong! Sekarang kau jangan bagi aku dengar sikit pun suara kau!” Putus Irham tanpa sempat mendengar penjelasan dari Pelangi.

“Taa…”

“Shut your mouth!” Tengking Irham. Mukanya merah menahan marah. Pantang betul dia kalau ada perempuan meninggikan suara dengannya. Pantang tok nenek!!

Gurlpp! Pelangi telan air liur. Matanya dilirik ke arah Irham yang masam mencuka. Ahhh, harapan hanya tinggal harapan!!

Duit gaji akuuuu….~


+++++++++++


“Hoi perempuan!!”

“Oh Ya Allah! Terkejut aku, Farishhh…” Pelangi urut dada. Untuk hari ni saja entah kali ke berapa dia mengurut dada. Siang tadi dengan lelaki singa, sekarang ni dengan lelaki terlebih patah pulak! Arghhh, kalau hari-hari macam ni, memang tak lama lah jangka hayat kau, Pelangi.

“Oppsss…” Farish menutup mulut dengan jemarinya sambil melabuhkan punggung di bangku bersebelahan dengan tempat duduk Pelangi.

“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhhhh Ya Ahli Kuburrr….~” Seloroh Farish.

“Erkkk…” Kening Pelangi terangkat. “Kuang ajaq cakap aku ahli kuburr!!~” Pelangi ketuk kepala Farish dengan tangannya. Terkekek-kekek lelaki itu ketawa sampai keluar air mata.

“Laaa… Belum daftar jadi ahli lagi ke?” Usik Farish masih belum habis.

“Ni nak!?” Pelangi tunjuk penumbuk.

“Alahai… Setakat penumbuk kau yang ‘alololo-comelnye-kiutnye’ itu, tak payahlah kau nak berlagak Lani… Ni ha tengok penumbuk mak ni haaa!” Farish kepal pula penumbuk sulungnya.

Pelangi mencebik. Dah nama pun tangan lelaki, memang lah besar gedabak! Dia membiarkan Farish, malas nak melayan. Dia melontarkan pandangannya jauh.

“Kau okay ke, Lani?” Soal Farish bila Pelangi tak menghiraukannya.

Pelangi angguk. “Okay” Balasnya ringkas.

“Kalau okay kenapa kau lepak sini?” Tambah Farish lagi sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Tempat itu memang tidak asing baginya. Tanah lapang di belakang sekolah lama mereka. Di bangku tempat duduk mereka kini lah ‘port’ untuk mereka lihat kecantikan lampu-lampu neon yang datang dari arah bertentangan. Dari sini memang akan nampak jelas keindahan malam Kuala Lumpur. Sejak dari dulu lagi Pelangi suka duduk di sini. Lebih-lebih lagi bila dia ada masalah atau bila dia inginkan ketenangan. Farish pula sentiasa ada untuk menemaninya. Di mana ada Pelangi, di situ pasti ada Farish.

“Weh, aku cakap dengan kau ni!” Farish cuit hidung mancung Pelangi.

“Ishhh!” Pelangi tepis tangan Farish kuat dan kemudiannya berpaling membelakangkan lelaki itu. Keadaannya tidak seceria selalu.

“Lani…” Mendayu-dayu itonasi suaranya memanggil Pelangi. “Kau kenapa ni? Gaduh dengan bos kau lagi ke?” Teka Farish.

“Aku tak ada mood!” Putus Pelangi lantas bangun dan berlalu meninggalkan Farish. Dia memang tak ada mood nak bergurau sekarang ni. Mood dia entah terbang ke mana! Di tambah pula dengan ‘period pain’ yang sedang bermaharajalela di dalam perutnya ketika ini. Memang silap besarlah kalau nak bergurau dengannya!

“Eh Lani!” Farish dengan pantas menarik lengan temannya itu. Langkah kaki Pelangi terhenti. “Kau datang bulan eh? Angin satu badan aje ni…” Bagai sudah dijangka soalan itu, Pelangi terus mengangguk perlahan. Dengan Farish dia tak adalah nak malu sangat pasal bab-bab macam tu, faham-faham ajelah sebabnya kan.

“Ialah… Boring! Hurmmm…” Ngomel gadis itu.

“Okay. Okay… We cut it short!” Farish memang dah masak benar dengan perangai temannya yang sorang ni. Kalau dah sampai ‘bendera jepun tu nak menyerang’ memang macam tu la gayanya. Emo tak bertempat!

“Cut to what extend?” Pelangi jungkit kening.

“Well… Aku dah dapatkan kau kerja baru!” Beritahu Farish girang.

Mata Pelangi membuntang. “Serius!!” Soalnya.

“Of course!!”

“Kerja apa?”

“Tukang iron baju dekat rumah aku!” Lancar Farish memberitahu. Wajahnya jelas teruja.

Pelangi tenung lelaki itu lama. Eei, rasa nak lempang sedas dua aje kau ni Farish!

“Farish, muka kau ni memang tak pernah nampak cantik kan kalau over excited macam tu!” Selamba badak dia kutuk temannya itu. Lain yang difikir lain yang diluah.

“Hoi, jangan biadap! Aku datang sini bawa berita gembira okay! You should ‘thanks’ me.” Farish buat muka bangga tak sudah.

Pelangi hanya menjuih bibir. “Hurmm… Aku pun tak tahu nak bagi reaksi apa dekat kau ni Farish. Jadi tukang iron baju dekat rumah kau! Gila panjang job title aku kan?” Sinis Pelangi sambil meletakan belakang tangannya ke dahi Farish. “Sah! Sah!” Katanya.

“Sah!? Apa yang sah? Kau setuju!?”

“Ish… Tak!” Pelangi menggeleng.

“Habis tu sah apa?” Farish kerut dahi.

“Sah kau dah gila! Heshh… Kau jangan nak mengarut boleh tak Farish?” Pelangi capai topi keledarnya dan terus disarungkan ke kepala.

“Mengarut apa? Betullah! Aku serius nak offer kau kerja ni. Dah-dahlah tu kerja dengan bos kau yang macam singa lapar tu! Aku yang tengok ni pun terseksa tau.”

“Farishhh… Kau ni kan… Heshhh! Kau pun kalau nak offer aku kerja agak-agaklah. Takkan nak kerja dekat rumah kau pulak? Dan lagi satu, jadi tukang iron?? Aduhaiii… Entah apa yang kau fikir sebelum nak offer kerja tu kat aku kan?” Pelangi luah apa yang dirasa. Marahnya dengan Irham masih berbuku-buku di dada.

“Lahhh… Apa salahnya kan? Lagipun kerja senang… Lima - sepuluh helai baju sehari, then aku bayar kau dua ribu untuk sebulan. Kau tak nak??” Kata Farish sambil berpeluk tubuh.

“Memang salah! Apa yang kau plan tu memang seratus peratus salah! Kau sebenarnya sengaja nak create kerja tu untuk aku kan? Kau taknak aku susah-susah kerja dengan lelaki singa tu. Kau nak aku berhenti dan buat balik full time study?? Kan? Lepas tu kau nak bayar aku dua ribu untuk kerja yang macam tu! Semua tu mengarutlah Farish…”

“Err…” Farish hilang kata. Apa yang diluah Pelangi tu memang sama dengan apa yang dia rancang. “Well… Kalau kau tak nak….”

“Memang aku tak nak! Farish, please stop it! Cukuplah rancang masa depan aku. Aku dah besar panjang. Aku tahu apa yang aku buat ni… Kau tak perlu susah-susah nak buat semua ni untuk aku.”

“… Tapi aku tak nak kau teruk macam ni… Aku sayangkan kau, Lani. Aku ikhlas nak tolong kau…”

“Aku tahu kau ikhlas, tapi pada masa yang sama kau kena sedar yang kau hanya akan memudaratkan aku. Dengan cara macam ni kau akan buat aku terlalu bergantung dengan kau. Cukuplah selama ni kau banyak bantu aku. Sekarang ni biar aku berdikari… Tak, bukan aku nak suruh kau jauh dari aku atau aku nak menjauhkan diri daripada kau. Aku just nak kau sokong apa yang aku buat ni. Aku kerja, aku buat part time study ni semuanya bersebab. Aku harap kau faham dan tak paksa aku untuk buat itu dan ini… Lagipun kau dah janji kan nak biar aku pilih hala tuju aku sendiri…” Pelangi semakin serius. Kepalanya serabut memikirkan soal orang-orang di sekelilingnya, susah sangat mereka nak faham kehendak hatinya sendiri.

“Hurmmm…” Farish meraup mukanya. Dia tak sangka keadaan akan menjadi tegang sebegini. Niat baiknya telah di salah erti. Wajah polos Pelangi dipandang lama. Sudah terlalu lama gadis itu menderita, dia hanya mahu mengurangkan beban penderitaannya sahaja.

“Aku nak balik…” Putus Pelangi.

“Err… Lani, aku minta maaf…”

“Hmm…” Pelangi diam tak berkata apa. Enjin motor skuternya dihidupkan dan kemudiannya berlalu Pelangi. Tidak dihiraukan Farish yang tegak berdiri di sebelahnya tadi. Entah apa yang difikirkan ketika ini. Kepalanya kusut memikirkan perjalanan hidupnya kini. Hujung bulan dah tinggal beberapa hari ni, tapi rumah baru pun tak jumpa lagi, mana nak bayar deposit bilik, api dan air lagi. Semestar baru pun dah nak buka, tu pun nak kena siap-siap sediakan duit untuk beli peralatan baru. Duit simpanan pula dah makin kurang. Nak tunggu gaji, Hmmm… Itu pun dah kata nak kena potong. Takkan nak pinjam duit Farish pula!?

Arghh… Susahnya hidup aku ni!!!


BERSAMBUNG! ;D

4 comments:

kiki said...

kesian nya lani...

Kertas Kosong said...

:)

novel novellas said...

waaaa..nape la bos si lani tu kerek semanjang ya.gerammm..

norihan mohd yusof said...

cian kat lani tk sudah2 kena buli ngan bos kerek tuh!!!tk suker lh...sabar lani......