Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Monday, July 2, 2012

SURAT CINTA UNTUK KEA - "ADAH ADAWIAH"



“ Kea datang sebagai pelangi bagi menggantikan hujan Haikal, manakala Haikal pula datang sebagai ombak untuk menghilangkan pantai kesunyian Kea ”.

Pelbagai perasaan yang dapat saya rasai sepanjang membaca novel KEA. Tersentuh dengan ketabahan Kea ketika menjaga Haikal yang sedang sakit walaupun diri sendiri tidak sihat ketika itu serta kegigihan Kea untuk menyakinkan ibunya supaya merestui hubungannya bersama Haikal.

Kea begitu bertuah kerana dapat mengenali Haikal walaupun pada awal perkenalan mereka Haikal sangat berlagak dan sombong. Ini kerana Haikal meninggalkan Kea begitu sahaja tanpa meminta maaf selepas terlanggar Kea.

Melalui novel KEA ini persahabatan antara Izat dan Kea tetap terus terjalin dan tidak terputus walaupun Izat menaruh perasaan terhadap Kea tetapi Kea tidak membalas perasaan Izat kerana Kea lebih mencintai Haikal. Walaupun Izat begitu kecewa Kea tidak menyambut huluran kasihnya, Izat tetap menolong Kea menyelesaikan konflik antara Kea dan Haikal yang disebabkan oleh Zarif. Lebih membahagiakan Izat akhirnya bersatu dengan Maria, kawan baik Kea yang selalu membuli Izat ketika zaman universiti.

Kea begitu beruntung kerana memiliki suami yang sangat-sangat romantik. Saya pasti semua pembaca KEA pasti ingin memiliki lelaki seperti Haikal. Di dalam novel ini Haikal begitu baik dan romantik melayan Kea. Bukan sahaja melalui perbuatan malah melalui kata-kata juga, Haikal begitu romantik. Salah satu perbuatan romantik yang Haikal lakukan terhadap Kea yang saya sangat suka ialah ketika Haikal membuat kejutan keatas Kea melalui makan malam mereka di Cherating. Melalui “Love Message” untuk Kea merupakan cara tersendiri Haikal lakukan untuk Kea dan membuatkan Kea tertanya-tanya apa yang Haikal lakukan untuk dia. Paling menyentuh perasaan ialah apabila surat Haikal untuk Kea yang menceritakan tentang perasaannya terhadap Kea memang terharu sangat.

“Dear my sweetest Sweetheart….
Remember today? Today is a day when I fall for you. The day when we both got caught in a lift, the day when you ask me to hold you tight, the day when I found something special about you and the day when I really want to be with you…,
In my eyes you are so beautiful, your clear eyes, your sweet smile, your caring, your attitudes…, for me you are so perfect, starting from that day, you always made me adore you, every move I made, I always think of you, You've brightened my world with the warmth of your presence...
You hold my hand when I am weak and falling, you whisper words and it vanishe all my regret… Every moment spent with you is like a beautiful dream come true... and until now, I cannot imagine my life without you, your warms love…. Please, please do not leave me, I don’t know how I am, who I am without you being there with me, you are my blood, you are my heart, you are my life, you complete me completely…,
My love, I love you with everything I am, and more than anyone ever thought possible... I want to be with you for the rest of my life…., I love you Kea Alyissa…”

Love,
Haikal




“ Aku tak akan biarkan mereka bergembira di atas penderitaan aku !! ”
- Zarif Zaquan


Dalam setiap novel yang dibaca mesti akan rasa benci dan geram pada watak antogonis. Dalam novel KEA watak Zarif paling dibenci. Zarif tidak dapat terima kenyataan bahawa Atilia, kekasihnya telah meninggal dan secara kebetulan Zarif terserempak dengan Kea yang serupa dengan Atilia. Zarif yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa Kea bukan Lia telah merosakkan kebahagian rumah tangga Kea bersama Haikal yang sedang bahagia pada ketika itu. Zarif telah memberikan gambar dia bersama Lia pada ketika dahulu kepada Haikal untuk membuatkan Haikal percaya bahawa orang yang berada di dalam gambar itu adalah Kea. Tetapi Zarif tidak berjaya mendapatkan Kea kerana dia telah meninggal dunia kerana mengambil dadah dan ubat yang berlebihan. Ibu Zarif telah menceritakan semua perbuatan Zarif kepada Haikal dengan bantuan Izat.



“Part” sedih dalam novel ni banyak tapi yang paling sedih ialah bila Kea dihalau keluar dari rumah oleh suaminya sendiri dan ketika itu Kea sedang mengandung. Haikal lebih percaya kepada gambar-gambar yang diberikan oleh Zarif daripada percaya kepada isterinya sendiri. Sehingga Haikal tidak mengaku anak yang dikandungkan oleh Kea itu anak dia sendiri.



" I dah pernah minta sebelum ni. dan hari ini, waktu ni, depan ibu, along, nek cu dan semua yang ada dekat sini, I nak minta you halalkan hubungan kita, I mahu kita berkahwin ! I mahu you jadi suami I yang sah... I mahu menjaga dan mencintai you seumur hidup I... I perlukan you Haikal... "
-Kea Alyissa


Terharu sangat dengan kata-kata Kea yang meminta Haikal untuk menghalalkan hubungan mereka supaya Kea dapat menjaga Haikal yang sedang sakit. Betapa mulia hati Kea dan bukan mudah untuk menjadi seorang gadis seperti Kea yang sanggup menerima segala kekurangan dan menjaga Haikal yang sedang sakit pada waktu itu.


Sangat bangga dengan Kea kerana telah berjaya menemukan semula mama Haikal yang Haikal tidak pernah kenal dan tidak sempat untuk merasai kasih sayang seorang mama. Walaupun pada awalnya Haikal tidak dapat menerima kenyataan tersebut tetapi dengan pujukan Kea akhirnya Haikal dapat menerima mamanya semula.
Akhirnya Kea Alyissa dan Haikal Hakimi hidup bahagia dengan kehadiran si kembar yang sangat comel dan menghiburkan hati mereka. Haikal telah sembuh daripada penyakitnya itu walaupun tidak sepenuhnya dan itu telah cukup membuatkan Kea gembira. Papa dan mama Haikal akhirnya bersatu kembali dan sedia memaafkan kesalahan masing-masing. Begitulah simboliknya kasih Kea Alyissa untuk Haikal Hakimi dan begitu utuh tugu cinta Haikal Hakimi untuk Kea Alyissa.


Novel KEA sangat memberi kesan ke dalam diri saya sendiri. Walaupun tidak pernah mengalami pengalaman seperti Kea tetapi bila membaca novel ini ia bagaikan dapat merasai apa yang dirasai oleh Kea sendiri. Kea telah memberi pengajaran yang berguna kepada diri saya sendiri supaya sabar dan tabah dengan setiap dugaan yang datang sama ada dugaan besar ataupun kecil. Selagi boleh berusaha kita perlu berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bukan hanya berserah sahaja. Agar dapat menjadi seperti Kea walaupun tidak sepenuhnya. Insya-Allah..




" True love is not to live for oneself but for the sake of the other... "
- KEA ALYISSA

" True love is to give all you have for the other, even your life... "
- HAIKAL HAKIMI

“ There will always have YOU in ME... ”

* Please Drop Some Love :)

Thank you People! <3




No comments: