Bab 3
“BABY, drinks?”
“Nope, thanks.” Irham tolak lembut perlawaan Azlyn. Gadis itu hanya menjungkit kening, fine, tak mahu sudah! Mungkin itu yang difikirnya. Tanpa dipelawa, Azlyn terus menarik kerusi dan duduk di sebelah Irham. Tak cukup dengan itu, lengan Irham pula dipaut dan dibelai mesra. “Sayang… Hmm… I miss you...” Lirih Azlyn membisikkan ungkapan itu ke telinga Irham dan pada masa yang sama cuba untuk menggoda lelaki itu. Irham hanya mendengus perlahan.
“Lynn, I penatlah…” Ucap Irham cuba untuk berdalih. Tetapi realitinya dia memang penat saat ini, penat dengan masalah kerja, penat memikirkan masalah kesihatan Bonda. Penat dengan client yang banyak kerenah, penat dengan semua benda. Arghh! Bunyi muzik dan suara manusia yang sedang hanyut menari dan bergelak tawa dirasakan sangat bingit di cuping perdengarannya.
“Baby, what happened? Janganlah dingin sangat dengan I. Chill~” Pujuk gadis itu lagi. Kali ini tangannya merayap pula ke sekitar wajah dan leher lelaki itu.
“Please-lah Lynn…” Balas Irham.
Azlyn dengan pantas meletakkan jari telunjuknya ke bibir Irham. “Sayang… Let me ‘cheers’ you tonight…” Pujuk manja Azlyn semakin menjadi-jadi. Dia tahu seperti biasa lelaki itu pasti akan tewas dengan pujukannya. Biasanya jika berjumpa di kelab malam seperti itu, pasti keesokannya hari mereka akan berakhir di hotel mewah sekitar kelab. Dengan perlahan dia mendekatkan pula bibirnya ke pipi Irham. Tapi belum sempat bibir itu menjamah mangsanya, Irham sekali lagi menolak. Kali ini tolakkannya agak kuat sehingga menyebabkan Azlyn terdorong sedikit ke belakang. Entah kenapa malam itu Irham tidak mahu terus hanyut seperti malam-malam sebelumnya.
“Lynn… Could you please stop?? I rimaslah! Heshhh!!” Tanpa sempat Azlyn membalas, Irham terus bangun dan kemudiannya melangkah keras meninggalkan Azlyn yang terpingga-pingga.
“Irham! Tunggulah duluu!” Panggil Azlyn. Apa masalah dia ni!? “Irham!”
“I’m off!” Sahut Irham kasar tanpa sedikit pun memalingkan mukanya ke arah Azlyn.
“Hey, Irham!”
“Get losttt!”
“Heshhhhh!! Kurang ajar punya jantan!!” Bentaknya. Namun bentakkannya itu terus tenggelam dek bunyi bising yang mengasyikkan.
“BRO! Apa lu bikin dekat luar ni? Malam masih muda lagilah. Jomlah kita enjoy dulu…” Alan teman sekuliah Irham sewaktu di overseas dahulu datang menyapa.
“Bosan aku! Hari-hari mengadap benda sama!” Balas Irham sambil meraup mukanya.
Alan hanya tersenyum sinis mendengar pengakuan lelaki di hadapannya itu. “Lu mau tempat lain ka?” Alan mula memasang jerat. Irham pantas menoleh, merenung tajam ke arah Alan yang bersahaja. Dia dengan Alan memang sudah berkawan sejak dulu lagi. Selain Alan, Irham ada dua orang lagi teman sekepala, seorang Amer dan seorang lagi Bella. Amer Suffian, junior kepada Irham dan Alan sewaktu belajar dahulu dan kini sudah pun bekerja di salah sebuah syarikat guaman di ibu kota. Manakala Bella pula tamat saja belajar, terus menetap di Ausie, berkahwin dengan orang sana dan mungkin sekarang ini sedang bahagia hidup bersama-sama suami dan anaknya.
Dulu di Ausie even sekarang ni di Malaysia, keakraban mereka memang tak pernah berubah. Tambahan pula Irham, Alan dan Amer mempunyai hobi yang sama iaitu meng-explore tempat-tempat ‘nakal’ sambil berdampingan dengan ‘hot-hot chick’ yang gebu dan menggiurkan. Manakala Bella pula tugasnya hanya melayankan sahaja kehendak mereka. Pantang ada junior atau freshie yang hot dan seksi sikit, cepat saja maklumat itu sampai ke pendengaran mereka. Tahu-tahu saja esok lusa mereka sudah pun berjalan beriringan, berpelukan sambil berpimpinan tangan dengan gadis-gadis tersebut.
“Hoi!” Sergahan Alan mematikan lamunan Irham.
Hmm… Zaman belajar, zaman yang sangat dirindukannya. Zaman tanpa masalah! “Sorry, kepala pusinglah…” Jawab Irham perlahan.
“Okey, no problem Bro! Tapi kalau kau nak, aku ada satu tempat baru. Apa macam? Berani serang ini malam?” Tambah Alan lagi dengan memek muka yang bersahaja. Irham kembali menoleh memandang Alan. Lama, sebelum akhirnya dia melepaskan sebuah keluhan berat.
“… Aku nak balik, hantar aku.” Putusnya. Alan hanya menggaru kepala, jam di tangan dibeleknya.
“Relakslah Bro, baru pukul dua pagi.” Pujuk Alan. Namun Irham masih seperti tadi, berlagak tenang dan seperti memikirkan sesuatu.
“Esok aku ada meeting. Lagipun malam ni aku memang tak ada mood langsung nak enjoy.” Balas Irham lagi. Susah betul bila tak ada Pak Harun ni, susah nak bergerak! Sekarang terpaksa mengharapkan orang. Nak harapkan driver yang baru di upahnya siang tadi hantar aku ke tempat-tempat macam ni, ishhh, memang tak adalah kut, nerd je muka. Boleh jamin dia tak biasa dengan tempat-tempat macam ni. Hurmm… Tak apa, soal dia, nanti boleh settle, ada banyak masa lagi untuk aku ‘kaji’ dia. Nak sangatkan jadi ‘driver’ aku. Now, tahanlah!
“Ala… Re………
“Kau nak hantar aku ke tak nak? Kalau tak, aku call cab!” Irham meninggikan suara secara tiba-tiba. Alan terdiam.
“Woo… Woo… Chill bro! Relaks lah. Aku hantar kau.”
+++++++++++++
“LANI, burger daging special siap!”
“Oh, okay, okay… Kejap ya.”
“Abang Mizi, berapa ringgit burgernya?” Soal Farish bila melihat Pelangi terkebil-kebil mengira duit syilingnya.
“Eh! Aku bayarlah. Kejap, kejappp! Erm… Seringgit dua puluh sen, seringgit tiga puluh sen…. Seringgit empat puluh sen…. Dua ringgit………
“Empat ringgit lapan puluh sen, Farishaaa…~” Sengaja Abang Mizi, si penjual burger itu memanggil Farish dengan panggilan manja itu. Apa lagi meliuk-lintuklah si Farish bila dipanggil sebegitu. Senyum terkinja-kinja sampai ke telinga, tak lupa juga untuk mengelip-ngelipkan matanya.
“Alaaa.. Abang Mizi ni sengaja tauuu… Malulah kitaaa….
“… Tiga ringgit tiga puluh sen, tiga ringgit empat puluh sen…..
“Haishhh perempuan niee! Laniii! Mak bayarlahhh… dari tadi duk tiga puluh sen, empat puluh sen, lima puluh enam, tujuh, lapan, sembilan sennn… Penat Mak tau!~ Dah-dah, simpan duit tu buat beli jajan esok! Erm… Abang Mizi…~ Ini sepuluh ringgit, ambillah. Bakinya simpan ya, hadiah sebab panggil kita Farisha…”
“Ish , betul ke ni Farisha?” Abang Mizi mula bermain kata. Senyuman ‘gembira’ sudah mula terukir di wajahnya.
“Betul. Betul. Simpanlah…” Balas Farish dengan senyuman meleret. Kesan daripada panggilan tadilah tuuu, tudia~ tak habis lagi!
“Eh, Farish! Kau ni banyak duit sangat ke?” Tingkah Pelangi tiba-tiba sambil mengambil kembali note sepuluh ringgit dari tangan Abang Mizi.
“Eeei, perempuan nieee!~ Sentap Mak tauu.. Kau ni tak boleh nak bagi salam dulu sebelum menyampuk ke?”
“Sorry! Amboi Abang Mizi ni… Ambil kesempatan ya. Nah, ni ngam-ngam empat ringgit lapan puluh sen. Tak ada lebih tak ada kurang. Farish, nah! Ni duit sepuluh ringgit kau. Walaupun syiling, tetap duit tau. Boleh kenyangkan perut kau malam ni. Dah, jom!” Tanpa sempat dijawab, Pelangi terlebih dahulu menarik tangan Farish untuk berlalu.
Terkebil-kebil Abang Mizi dengan perlakuan Pelangi sebentar tadi. ‘Hesshhh, rezeki dah di hujung-hujung tanduk tu!’ Rungutnya.
“KAU ni Lani, berkira betul dengan Abang Mizi tau. Kita bukan tak biasa beli burger dari dia. Apalah salahnya kalau belanja dia sikit.” Ngomel Farish sambil membuka bungkusan burger yang dibeli mereka sebentar tadi. Pelangi hanya mendiamkan diri.
“… Lani! Dengar tak aku cakap apa nieee!~” Tambah Farish tak puas hati.
“Heshh kau ni, nak makan pun tak senanglah...” Pelangi tenung dalam anak mata Farish. “… Sebab salahlah aku betulkan tadi. Aku tahu kau banyak duit, tapi tak payahlah sampai membazir. Buang duit macam tu aje. Hargai sikit susah payah kau nak dapatkan duit tu.” Sambungnya. Mineral water di sebelahnya dicapai dan diteguk perlahan.
“Buang duit apanya, kan aku bagi tadi. Sedekah. Paling kurang dapat pahala.” Jawab Farish bersahaja.
Pelangi jeling Farish tajam. ‘Agaknya orang banyak duit memang macam ni la lagaknya kan’ Bisik hatinya. “Kau bagi sebab sedekah atau sebab Abang Mizi tu panggil kau Farisha!?” Duga Pelangi. Keningnya dijungkit sedikit mengadap Farish yang tersipu-sipu malu.
“Ala… Sekali sekala. Nak harapkan kau panggil Mak macam tu, berjanggutlah tunggu! Cuba kalau kau panggil Mak Fa.Ri.Shaaa… Sekarang jugak Mak cium pipi kau yang gebu tu.” Tergelak kecil Pelangi mendengar kata-kata temannya itu.
“Sengal!” Balasnya sambil menepuk bahu Farish. “Kau bagi aku satu juta pun aku tak ingin nak panggil kau dengan nama tu.” Sambungnya lagi.
“Well, tak nak sudah. Kau yang rugi.”
“Eii, tak ada maknanya aku nak rugi… Dahlah cepat makan, aku nak tidur awal. Esok pagi-pagi aku dah kena keluar.”
“Kau nak keluar ke mana pagi-pagi esok? Mak nak ikut!” Laju saja Farish mengangkat tangannya.
“Ikut pergi mana? Aku nak pergi kerja esok.” Jawab Pelangi bersahaja. Ikatan rambutnya dibuka dan dibiarkan melepasi bahu.
“Kerja!?? Kenapa aku tak tahu? Kerja apa? Bila kau apply? Kenapa tak ajak aku? Gaji berapa??” Bertubi-tubi soalan yang diajukan Farish. Telan air liur Pelangi nak menjawabnya. Terkebil-kebil matanya memandang lelaki itu.
“Driver, pagi tadi apply dan terus dapat. Hebatkan aku?” Jawabnya ringkas sambil tersenyum menampakkan giginya yang cantik tersusun.
“What!?? Driver? Err… Pe... Pe... Pemandu?? Ish, kau hilang akal ke Lani? Dah fikir habis?” Soal Farish, hampir terkeluar biji matanya bila mendengar pekerjaan Pelangi. ‘Driver? Perempuan ni nak jadi driver? Ya ampunnn~” Desis hatinya. Pelangi dipandang tanpa berkelip.
“Kenapa? Apa yang tak kenanya dengan kerja aku tu? Halal apa.” Jawab Pelangi.
“Ini bukan masalah halal tak halal Lani, ini masalah kerja yang kau buat tu. Driver kut. Agak-agaklah… Macamlah tak ada kerja lain dalam dunia ni yang kau boleh kerja. Dah. Dah. Hentikan sajalah niat kau tu yer… Esok tak payah kerja, teman aku shopping lagi bagus… Aku bagi upah. Kau nak kerja sangatkan, so esok kerja kau teman aku. Consider kau jadi aku punya pembantu peribadilah. Auwww~ glamour Mak esok ada PA….” Farish mula memasang angan. Pelangi pantas mengetuk kepala Farish dengan jarinya.
“Ouchh! Sakitlah perempuan!~”
“Biarkan… Tu dapatnya! Suka hati kau je suruh aku tak payah kerja kan. Kau ingat senang nak dapat kerja sekarang nie!?” Jerkah Pelangi pada Farish yang masih sibuk mengosok-gosok kepalanya.
“Bukan tak bagi kau kerja, tapi carilah kerja yang elok sikit. Elok maksud aku yang sesuai dengan kau. Kau tu kan perempuan, perempuan! Takkanlah nak jadi driver pulak.” Terang Farish. Raut wajahnya serius memandang Pelangi yang hanya mendiamkan diri, sesekali terdengar gadis itu mendengus perlahan. ‘Kalau aku ada pilihan Farishhh…’
“Ha, diam pulak. Sentaplah tu! Baru mak tegur sikit dah sentap!”
“Heshhh, kusutlah kepala cakap dengan kau ni. Aku kena kerja Farish, aku tak macam kau. Duit aku tak banyak macam duit kau. Aku perlukan duit untuk sara hidup aku ni. Macam mana aku nak teruskan hidup tanpa bekerja? Sekarang ni zaman orang pakai duit, bukan zaman barter yang boleh jual beli dengan barang!” Bidas Pelangi tegas.
“Lani… Kan aku dah cakap pakai duit aku dulu. Banyak kali aku dah ingatkan kau, pakai duit aku dulu. Pakai duit aku dulu. Setakat nak tanggung kau sorang Lani, aku mampu. Ni sementara kau nak dapat kerja yang bagus, aku boleh je dahulukan dulu duit aku ni. Apa ada hal, nama pun kawankan. Kau janganlah risau sangat. Aku ada.”
“Amboiii.. Kau ni kalau cakap kadang-kadang macam tak ada ‘brain’ jugakan! Kau tu pun masih di bawah tanggungan parents kau tahu tak? Ada hati nak tanggung aku…”
“Oh ye ke? Tak apalah, aku boleh je suruh parents aku tanggung kau sekali. Apa ada hal. Small the matter lah Lani… Lagipun aku kan tak ada adik. Ha, apa kata kau jadi adik aku. Haaa… apa kata?”
“Ishhh dia ni… Dah adik pulak perginya…” Pelangi mengecilkan matanya merenung ke arah Farish yang bersahaja memberikan pendapat. “Apa ada hal, apa ada hal, dahlah… Aku pun memang tak ada hal dengan kau. Jom balik!” Pelangi bingkas bangun meninggalkan Farish yang masih berkira-kira ingin meluahkan pendapatnya.
“Laniii…. Kau ni degillah.” Marah Farish sambil turut bangun mengejar Pelangi. Bila langkah mereka selari, cepat-cepat lengan gadis itu ditarik. Langkah mereka terhenti. Raut wajah Pelangi redup memandang Farish yang masih lagi berdiri cuba untuk memujuknya.
“… I’m not. Kau tahu aku betul-betul perlukan kerja ni kan?” Suara Pelangi bertukar nada. Kali ini mendatar saja bunyinya. Mungkin dia sudah letih untuk menerangkan betapa pentingnya kerja ini padanya.
“Hmm… Kau pasti?” Soal Farish ingin mendapatkan lebih kepastian. Dia risaukan Pelangi. Gadis itu terlalu tetap dengan pendiriannya.
“Yes, I am. Please let me do this.”
“Hurmmm… As you said.” Akhirnya Farish mengalah. Tiada apa lagi yang boleh dia buat untuk membantu Pelangi. Hati gadis ini terlalu keras.
“Maksudnya?”
“… Hmm… Aku pun tak tahu nak cakap apa dah. Kau ni degil! Jenuh aku nak pujuk kau tau… Baiklah, baiklah… Aku bagi kau buat kerja tu, but promise me… Kalau dalam seminggu kau tak boleh buat kerja tu, kau kena janji dengan aku kau akan berhenti dan cari kerja lain. Janji!?” Pelangi senyum. “Janji!?” Ulang Farish lagi. Beria-ia dia mahu Pelangi berjanji..
“Okey! Okey! Pinky promise!” Pelangi mengangkat dua jari kanannya seakan berikrar.
“Bagus, senang kerja bila anak ikan Mak dengar kata.” Balas Farish, langkah kaki yang tadinya terhenti dimulakan kembali. Pelangi hanya menurut.
“Banyaklah anak ikan kau! Hmm… Thank you Farish sebab faham aku dan tak serik nak kawan dengan kawan kau yang degil ni.”
“Ha, mulalah tu nak bagi ayat sentap. Ala Lani… aku okey je, aku kan sayangkan kau. Kau tu je yang tak sayang aku. Hari-hari buat aku migraine dengan sikap degil kau tu!”
“Apa pulak, mana kau tahu aku tak sayang kau? Sayang atau tak takkan nak cakap depan-depan kan. Aku ni kasar, tak macam kau yang ‘lemah lembut’ tu.”
“Eleh, kau pernah dengar orang cakap tak? Kalau sayang cakap sayang, kalau rindu cakap rindu…”
“Orang mana yang cakap? Tak pernah dengar pun.” Pelangi cuba bermain kata dengan Farish. Dia akui dia sayangkan Farish walaupun dalam keadaan fizikalnya yang begitu. Bak kata Farish, ‘apa ada hal’… Nak berkawan je pun. Tak begitu? Farish tarik muncung panjang. Susah betul nak suruh Pelangi menyatakan perasaannya sendiri.
“Heshh… Kau ni kalau merajuk kalah perempuan tau! Yelah. Yelahhh… Aku sayang kau. Puas?”
“Err… Apa?” Soal Farish seakan tak percaya.
“Ah sudah… Sekali tiada dua.” Balas Pelangi dan tanpa di duga dia menjeling manja ke arah Farish, lelaki itu kehilangan kata. Dia dapat rasakan suatu perasaan yang aneh sedang menyelubungi jiwanya ketika ini namun untuk menyatakan bagaiman perasaannya dia sendiri tidak pasti. Wajah Pelangi di pandangnya lagi, Pelangi Abdullah, gadis berusia dua puluh tahun, hidup seorang diri di dalam dunia yang penuh dengan pelbagai rencah. Dia dibesarkan di rumah panti asuhan, tempat di mana anak-anak senasib dengannya menumpang kasih keluarga. Tiada Ibu, ayah, atau pun saudara kandung yang membesar bersama-sama dengannya. Namun kenyataan hidup sebatang kara tidak pernah membuatkan gadis itu berputus asa. Dia redha di atas ujian Illahi. Dia tahu Allah itu sebaik-baik perancang dan dia yakin ada sesuatu yang lebih baik telah dirancang untuknya.
BERSAMBUNG.. :)
Nota Kaki : Please drop some comments, don't worry. I won't bite. :P

2 comments:
Assalam..
ini komen yg ke-2 kali..yg pertama tiba2 hilang..huhuhu..penat taip td.. :(
1)rasa malu lak bila baca bab ni..hehe..statement 18SX.. :)
2) 'pujukkannya' 'keesokkannya' - hmm..rasanya Ara memang suka double 'k' ye..sebab akak rasa salah la cara ejaannya..supposedly 'pujukannya' n 'keesokannya'.. n ada lg yg double 'k'.
3)dlm bab2 sebelum ni pun akak perasan kamu eja 'heshhh' instead of ''hishhh' yg mana normally digunapakai dalam novel..but apa2pun ianya tiada di dlm kamus..so,kamu bebas utk menggunakan yg mana satupun..hehe..but if u ask me, akak prefer 'hishh'.. :)
4) buat masa ni, akak dapat gambarkan watak Irham yg lepas laku dan bebas dalam pergaulan..but, hopefully watak Pelangi adalah sebaliknya..akak harap sgt kamu dapt wujudkan watak seorg perempuan yg sentiasa menjadi maruah dan tingkah laku serta batas pergaulan..bab paut memaut lengan ni akak tak berapa setuju sama mcm bab 1 yg akak komen sebelum ni..maaf ye dik, bg akak hasil karya kamu akan dibaca oleh org, n akak harap pembaca dapat mengambil iktibar dan contoh yg baik utk implement dalam cara hodup mereka especially bg perempuan..akak harap kamu tak marah..ini pendpt akak. :)
5) 'pinky promise'? - apa tu?
6) memang betul..Allaha dalah sebaik2 perancang dan rancanganNya tak pernah gagal..
kesimpulan wat masa ini, akak harap kamu dpat terapkan nilai2 Islam dalam karya kamu ni dik walaupun sedikit..akak pun tak sepandai mana..tp at least kita sama2 mendapat keberkatan bila membcnya n utk kamu pahala yg besar Insya Allah jika apa yg kamu lontarkan dlm karya kamu ini menjd ikutan dan amalan..terutamanya yg diredhoi olehNya..but still kamu juga perlu berhati2 sebab apa yg kamu lontarkan sedikit sebanyak akan memberi impak kepada pembc..harap kamu faham ye dik.. apa2pun akak tetap menyokong kamu Lillahitaala.. Insya Allah
Luv u..Lillahitaala :)
Wassalam
Amboi Irham, bukan main lagi perangai dia ye! hukhuk!