Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Tuesday, July 3, 2012

SURAT CINTA UNTUK KEA - "AIN SUKARMAN"



Permulaan Sebuah Kisah: NUR AINN SUKARMAN


KEA ALYISSA & HAIKAL HAKIMI

Ops, mula-mula bukan pasal Kea dengan Haikal! Tapi Kea dengan Maria. Awal-awal dah buat kelakar si minah berdua ni. Apa-apa pun Maria memang Maria.


Okay, street to the point!


Kesungguhanmu menawanku!

Yang ini barulah Kea dengan Haikal. Part yang tangkap ulu hati... Kat sini, Kea dan start jadi seorang yang matang sebagai seorang doktor dan kekasih. Dia mengenali Haikal sebagai pesakit kemudian sentiasa ada di sisi Haikal sebagai kekasih. Tak ke sweet macam tu?


Walaupun dah tahu Haikal tu sakit barah otak, Kea tetap berani ambil risiko untuk sama-sama susah senang dengan Haikal. Sampaikan dia sanggup minta nak cari isteri Haikal. Jadikan dia yang halal, supaya dia dapat menjaga Haikal.  Oh, Kea this is truly you!


“I tak mampu… tak mampu... I tak sempurna macam lelaki lain Kea…"

“I tak perlukan kesempurnaan itu, Haikal. Semuanya akan kelihatan sempurna jika kita dapat mengatasinya bersama.… Dan hati ini, hati ini berdegup untuk you… dan ianya akan selalu begitu. Sampai bila-bila…"

“Percayalah pada diri you Haikal, you boleh. I akan selalu ada untuk you sebab hati dan perasaan I ada dengan You, dan sememangnya ia akan sentiasa menjadi milik You…”


Sekerat dua dialog untuk menarik minat korang, kalau komen saya je manalah cukupkan? Nilailah dialog tu, jangan nilai pujian yang saya bagi. Mungkin citarasa kita tak sama.



*****


Cinta itu adalah medan perjuangan untuk mereka yang sanggup berjuang…


"IBU tak izinkan kamu berkahwin dengan Haikal!"


Sentap. Kenapa pula ni? Apa masalah Puan Zahara (ibu Kea) kalau anak dia nak kahwin dengan Haikal? Kalau ikut logik pun, mestilah tak kasi kan? Mak mana nak anak dia kahwin dengan orang yang dah comfirm sakit kronik? Dia dah pernah rasa, *sila refer bab terdahulu kalau nak tahu kenapa saya cakap dia dah pernah rasa*


"Tapi Kea yakin Haikal masih boleh di selamatkan… Penyakitnya belum sampai di tahap serius. Lagipun, InsyaAllah kalau jadi apa-apa, Kea janji Kea akan redha… Kea akan sedia mental dan fizikal Kea untuk menghadapi sebarang kemungkinan… Percayalah Kea Bu…"

Dan, Kea tak duduk diam. Dia tak tunduk dan kuis kaki dia kat karpet je. Dia mesti pujuk ibu terima Haikal. Dia mesti yakinkan ibu dia akan bahagia dengan Haikal. Macam mana dia yakinkan ibu dia? Cukup ke dengan setakat cakap macam tu?

"Memang mudah bila bercakap Kea, tapi kamu belum rasa apa yang Ibu rasa. Kamu tak tahu bagaimana perasaannya hidup bila di tinggalkan suami, nanti bila dah ada anak, anak-anak tak dapat cukup kasih sayang dari ayahnya, macam-macam Kea. Kamu tak tahu macam mana susahnya hidup Ibu bila Baba kamu meninggal dahulu. Sudahlah, Ibu tetap takkan benarkan kamu berkahwin dengan dia. Keputusan Ibu muktamad!!"

Dengan garangnya, Puan Zahara cakap “keputusan ibu muktamad”. Akan berdiam dirikah Kea atau dia mengamuk sebab tak dapat kahwin? Memang geramlah jugak, apehal ibu dia ni tak bagi? Dah anak dia nak, bagi ajelah. Tapi ada baik jugak diorang tak kahwin, manalah tahu umur tak panjang. Kan?

Nah, cuba cari yang ni... Iqra’


"Jika I di beri peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Si Pencipta mengenai you, ianya adalah ‘Adakah you di takdirkan untuk I", jika DIA berkata ya, I akan mencintaimu dengan sepenuh hati I, tapi jika DIA berkata tidak, I akan terus mencintai mu sehingga DIA setuju untuk menyatukan kita berdua…"


Selaklah sampai jumpa yang bawah ni...


"Saudara Haikal Hakimi bin Ashraf…."

"Err… Ye, ye saya…."

"Sudah bersedia?"

"Err… Su.. su..dah.."

"Bersedia atau tidak ni??"

"Sudah ustaz, saya sudah bersedia, InsyaAllah…"

"Kita mulakan sekarang ya? Wakil pengantin?"

"Pegang tangan saya, dan ikut apa yang saya ucapkan ya."

"Ye, baik…"

"Bismillahirahmannirahim…..


Dah tengok gambar bawah ni mesti tahu diorang kahwin kan, tapi lepas kahwin ada lagi ceritanya, lagi tangkap ulu hati. Bersenyum-senyum dahulu, menangis kita kemudiankan...


Cukup sampai sini... Tak payah kita nak cerita pasal anak-anak dia, sebab korang kena tahu dulu apa yang jadi pada diorang sebelum munculnya kembar tu, eh terbagitau la pulak... jom layan lagu kat bawah, nyanyi sendiri okay!


AKUR JANJI –KEA feat HAIKAL- :p


Tak pernah ku menduga
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta
Tak pernah ku merasa
Bahagia begini

Di sisimu
Kekasih ku sayang kan kamu
Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu
Hidup dan mati bersamamu

Akur janji setia padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu

Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu

Aku tak bisa sendiri tanpamu
Sedetik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu

Hatiku hatimu telah bertemu
Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Terciptalah sebuah ikatan

Akur janji setia ku padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu


Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Ku percaya
Jodohku denganmu


Ku percaya
Kau permaisuriku
Ku percaya
Kasih sayang kita kan kekal abadi
Moga Tuhan merestui

 
++++++++++++
 
* Please Drop Some Love :)
 
Thank you People! <3

1 comment:

Kertas Kosong said...

some <3... Ainn, you got it! GudLuck Lucky