Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Tuesday, March 13, 2012

KEA "EXTRA" A - Part 1

Assalamualaikum Dear Readers :)

Rindu KEA & Haikal tak? Ehem!

Here you go! KEA EXTRA untuk memenuhi 'kerinduan' anda.. Ara upload part 1 first ya. Later malam ni or tomorrow Ara upload Part 2.

Enjoy the tidbits! :))

*************


“Sayang, bangun.” Haikal kejut perlahan isterinya.

“Sayang…” Panggilnya lagi bila panggilan pertamanya tidak bersahut.

“Ermm…” Kea mengerakkan sedikit tubuhnya. Terpisat-pisat dia memandang Haikal yang sedang duduk bersila bersebelahan dengannya.

“Kenapa Abang?” Soal Kea antara dengar tak dengar. Dia masih belum sedar sepenuhnya.

“Abang lapar…” Balas Haikal.

“Lapar?? Pukul berapa dah ni…”

“Pukul 1.30 pagi...”

“1.30 pagi?? Awal lagi ni sayang… Esok pagi lah kita makan ya. Sekarang kita tidur balik...” Pujuk Kea seraya menarik tangan Haikal agar kembali ke tempat tidurnya. Kea menarik comforter dan matanya tertutup kembali.

“Ala Kea, bangunlaaa… Abang serius lapar ni, tak boleh tidur. Yang…” Kali ni Haikal goncang pula tubuh isterinya.“… Sayang bangun. Bangunnn!” Tak cukup dengan itu comforter yang menutupi tubuh Kea juga di tarik dan di campak ke lantai. “Bangunnn! Bangunn!”

“Aaaa’ Abang nieeeee…” Kea geram bila tidurnya di ganggu. Dia mengalah, matanya di buka dan dia duduk bersila di atas katil sambil mengeliat membetulkan posture tubuhnya. Haikal senyum puas. Dia bukan sengaja nak mengejutkan isterinya malam-malam buta ni. Entah kenapa dia terasa lapar yang amat sangat. Nak kata tak makan, malam tadi dah makan.

“… Hurmm.. Abang nak makan apa malam-malam ni?” Soal Kea bila keadaanya sudah semakin stabil. Wajah suaminya di tenung dalam. Haikal diam memikirkan sesuatu.

“Rasa macam nak makan spaghetti cheese…” Laju saja dia meminta. Buntang mata Kea memandang suaminya.

“Spaghetti cheese?? Amboiii… Kenapa tak minta nasi beriani je??” Sindir Kea. Haikal ketap bibir.

“Habis tu dah Kea tanya, Abang beritahulah.” Jawabnya. Kea juih bibir. “… Nyesal tanya.” Ngomelnya perlahan.

“Apa sayang cakap?” Haikal bulatkan matanya memandang Kea. Isterinya itu hanya tersengih buat muka tak bersalah. “… Tak apalah kalau Kea tak nak masakan untuk Abang, Kea tidur baliklah. Biarlah Abang mati kelaparan atas katil ni…” Haikal merajuk. Kea tepuk dahi. ‘Sikit-sikit nak sentap…’

“Ala… Kea main-main je. Okay, jom turun bawah. Kea masakan untuk Abang… Abang nak makan spaghetti cheese ye? Boleh-boleh, bukan setakat spaghetti cheese, spaghetti masak lemak, spaghetti sweet sour, sambal spaghetti, spaghetti masak kicap, semua Kea boleh buatkan untuk Abang…” Seloroh Kea memujuk suaminya. Haikal ketawa. Kea senyum, ‘Kacang aje nak pujuk suaminya ni!’

“Memain eh!” Haikal tarik hidung isterinya. Kea ketawa sinis seraya bangun dari katilnya dan bersedia untuk melangkah keluar dari bilik itu. Rambutnya yang tadi dibiar lepas di ikat tinggi. Haikal hanya menyoroti langkah Kea dari belakang. Langkah kaki mereka terhenti di depan pintu. Kea pandang ke arah suaminya. Haikal jungkit kening. “Kenapa?” Soalnya.

“… Abang jalan dulu. Nanti kalau ada apa-apa, Abang boleh jadi hero Kea.” Balas Kea, Haikal yang sememangnya tidak dapat menangkap maksud sebenar isterinya itu hanya menurut. Perlahan-lahan dia pulas tombol pintu dan keluar mendahului isterinya. Tiba-tiba Kea tutup pintu, Haikal toleh ke belakang mencari isterinya. “Sayang…” Panggilnya. Raut wajahnya sedikit cemas. Cepat-cepat dia buka kembali pintu biliknya.

“Sayang? Nak pergi mana tu?” Soal Haikal bila melihat Kea sedang berjalan membelakangkannya.

“… Err.” Langkah Kea terhenti. Di pusingkan badannya dan berjalan kembali menghampiri suaminya. Haikal kerut dahi. ‘Kenapa dengan dia ni? Mamai ke?’

“Sayang okay ke?” Soal Haikal tak habis fikir apa sebenarnya yang sedang cuba di lakukan oleh isterinya itu.

“Okay… Okay.” Balas Kea. Haikal mula teringatkan sesuatu.

“Oooo… Sayang nak tidur balik kan? Kan?” Haikal serkap jarang. Kea telan air liur. ‘Aisey, kantoi!’

“Ooooo!!” Haikal tak habis-habis lagi dengan ‘Ooo’ dia. Kea tersengih malu.

“… Cepatlah Abang. Nanti Kea tak nak masak baru tahu.” Kea cuba tutup malu bila hasrat hatinya tidak tercapai. Dia pun tak berapa pasti apa sebenarnya yang dia nak buat sebentar tadi. Haikal ketawa mengekek.

“Eleh, nak ngelat tapi tak jadi. Nak suruh Abang jalan dululah, suruh jadi hero la, apa lah… Cakap jelah sayang nak tidur balik. Ceh!” Perli Haikal. Pipi Kea mula berona merah.

“Abang diam… Cepat jalan!” Kea geram. Hasrat hati tak tercapai, lain yang dapat.

‘Hurmm… Kan dah malu!’


* * * * *


“Alhamdulillah…”
Kea tersenyum kecil bila mendengar Haikal sedawa. Habis sepinggan licin dia makan. Memang lapar benarlah lagaknya tu. ‘Yeay! Boleh tidur balik!’ Tingkah hatinya gembira. Sejak dari tadi matanya memang terasa sangat berat untuk di buka. Masak tadi pun ala kadar je. Mujurlah Haikal tak kata apa, dan mujur jugalah Mak Esah tak terjaga. Kalau tak mesti orang tua tu membebel. Cepat-cepat dia membawa pinggan Haikal ke dapur. Dia perlu tidur kerana esok dia ada appointment dengan pesakitnya. Yer, esok hari bekerja bukan hujung minggu. Tsk! Haikal hanya menyoroti langkah Kea dengan ekor matanya.

“… Okay dah! Jom tidur balik.” Ajak Kea sekembalinya dia dari dapur. Tilam dan bantalnya sudah memanggil-manggil.

“Alaa… Abang baru lepas makan kut..” Jawab Haikal selamba seraya bangun keluar dari meja makan dan berjalan ke arah ruang tamu. Kea perhatikan gerak geri suaminya itu. “Jadi?” Soalnya mula mencurigai Haikal. ‘Ada lagilah tu…’ Desis hatinya.

“Kejap lagilah kita sambung tidur…” Balas Haikal ringkas. Kea melopong. ‘Aduhhh… Mahu esok aku tersengguk-sengguk nak layan patient... Tak boleh jadi ni’

“Okay, Abang stay. Kea tidur.” Putus Kea.

“Temankanlah Abang...” Pinta Haikal. Kea mengeluh. Wajah suaminya itu di pandang lesu.

“Abang tak ngantuk ke? Esok Abang tak kerja ke?”

“Kerja. Tapi Abang tak boleh tidur. Perut ni penuh sangat… Please sayang…” Rintih suara Haikal merayu. Kea terdiam sebelum akhirnya mengangguk setuju.

“Then, kita nak buat apa sekarang?” Soal Kea.

“Erm, tengok TV.” Cadang Haikal. Kea kerut dahi.

“Ada cerita apa tengah-tengah malam buta ni?…” Soalnya.

“Macam-macam adaaa… Dah, jom!” Balas Haikal seraya menarik tangan isterinya. Kea hanya menggelengkan kepalanya. ‘Layankan ajelaaa. Kang kalau tak layan, merajuk.’ Desis hatinya.


“SAYANG, heroin tu macam sayanglah…”

“Erm, jauh panggang dari api. Mata heroin dia mana ada sepet macam Kea…”

“Bukan muka tapi perangai. Sengal-sengal macam sayang jugak.” Jawab Haikal sambil ketawa besar. Kea cebik bibir.

“Eleh… Sengal-sengal pun Abang sayang juga kan? Kan??” Duga Kea pada suaminya yang masih asyik mentertawakannya.

“Ehhh… Mestilah sayanggg… Siapa yang tak sayang bini oii…” Seloroh Haikal seraya memeluk bahu Kea yang masam mencuka. Kea hanya membiarkan Haikal, dah tengah-tengah malam macam ni lah dia ni nak aktif semacam. Jenuh nak melayan!

“Sayang…..” Panggil Haikal selepas seketika mereka menyepikan diri.

“Sayang…” Panggilnya lagi. Tetapi Kea hanya diam tanpa sebarang reaksi. Haikal menundukkan sedikit kepalanya untuk melihat keadaan isterinya itu. Dagu Kea di angkat sedikit mengadapnya. “Lah… Dah tidur. Patutlah senyap je…” Haikal membetulkan posture tubuh Kea dan membaringkannya di atas pangkuannya. Biarlah dia tidur. Salahnya sebab memaksa isterinya itu untuk berjaga sepanjang malam menemaninya. Haikal ni pun satu, entah kenapalah malam-malam ni baru terasa hendak bermanja dengan isterinya sendiri. Haish… Dia tersenyum bila melihat raut wajah Kea sewaktu sedang tidur. Seperti biasa wajah itu selalu menyenangkannya. Anak rambut yang jatuh menutupi muka Kea di tolaknya ke tepi, dan kemudian kedua-dua belah pipi isterinya itu di usap lembut.

“Kesian isteri Abang ni malam-malam kena buli… Maafkan Abang ya sayang…” Bisiknya perlahan sambil menghadiahkan sebuah ciuman ke dahi Kea. Kea mengerakkan sedikit tubuhnya bila terasa ada sesuatu yang menyentuhnya. Haikal secara automatik diam terkaku. Dia tak mahu menggangu tidur isterinya itu. Selepas beberapa ketika Kea senyap. Haikal urut dada. Di betulkan lagi posture tubuh Kea yang hampir jatuh. Kuat pautan tangannya di pinggang Kea. Bimbang kalau tiba-tiba isterinya itu jatuh dari atas sofa. Menggeleng kepala Haikal bila melihat gelagat Kea, boleh tahan buas jugalah isterinya itu sewaktu tidur. Haikal juga pada masa yang sama sudah beberapa kali jugalah dia menguap. Mungkin sudah terkena tempias dari Kea. Dia juga turut membetulkan posture tubuhnya untuk bersandar dengan lebih selesa di atas sofa itu. Dan entah bila dan ketika, dia juga turut terlelap sama di samping isteri tercinta.


“YA ALLAH Haikal, Kea… Kenapa kamu berdua tidur di sini ni???” Suara pagi yang kedengaran kuat seakan halilintar mengejutkan sepasang suami isteri dari mimpi yang indah. Terpisat-pisat kedua-duanya memerhatikan keadaan sekeliling.

“Dah pukul berapa ni Mak Esah?” Soal Haikal sambil menggeliat membetulkan sendi-sendi dan tulang-temulangnya. Kea juga turut bangun dan duduk bersila di sebelah Haikal. Berkelip-kelip matanya memandang Mak Esah.

“Dah pukul 8.30 pagi dah ni. Kamu berdua tak kerja ke??” Balas Mak Esah sambil mencekak pinggang. Mak Esah ni suka tau cekak-cekak pinggang macam Mak Enonnn…~

“Hah!!”

“Hahhh!! Serius ke Mak Esah!??” Kea dan Haikal serentak menoleh ke arah jam dinding.

“Oh My God!! Meeting pukul 9!”

“MasyaAllah, dah lambat!!” Bergegas mereka berdua bangun dari atas sofa yang menjadi katil mereka semalamam.

“Ha, hahhh. Kang langgar pula dinding tuh!” Tegur Mak Esah bila melihat keadaan mereka yang sedang kelam kabut. Terhuyung-hayang! Sorang ke kiri, sorang ke kanan. ‘Ni mesti tengah mamai lagi tu, Ish bertembung pulak la budak berdua ni kang…’ Duga hati kecilnya.

“… Jangan berebut naik tangga tuuu Haikal, Kea!! Jatuh nantiii!!” Laung Mak Esah lagi. Tetapi laungan Mak Esah tu ibarat mencurahkan air ke daun keladi, tidak sedikit pun di endahkan oleh mereka berdua. Lagi di buat adalah.

“Abang, Kea mandi dulu!”

“Abanglah mandi dulu, Kea mandilah kat bawah!”

“Aaa’ tapi barang-barang Kea kat atas!”

“Aaa’ tak kira, tak kira!”

“Ah, tak kira jugak! First come, first serve. Siapa sampai awal dia dulu!”

“Okay, Fine!” dan terjadilah adegan kejar mengejar di antara mereka berdua. Mak Esah yang berada di bawah hanya menggelengkan kepala. Dah besar panjang, tapi macam mengejutkan budak umur tujuh tahun untuk pergi sekolah! Rungutnya.

Bersambung :)

Thanks Love,
Ara :D

10 comments:

Anonymous said...

sweet sangat...semoga bahagia selamanya...KEA & HAIKAL...

>MyHaNeZa<

Noor Affiqah said...

comel je...hihihi

AraSharrina Karim said...

MyHaNeZa - Aminnn.. InsyaAllah.. :)

Noor Affiqah - Awk pun comel..hehe.

fyda said...

heeee..
sweet jer..

Anonymous said...

Salam.. dah bacan tetiba teringat kata2 kamu pd Arol.. 'puff masak lemak, puff sweet sour,..'ropa2nya dr petikan ini ye..

Citer nak mengujakan..excited sgt tp dlm masa yg sama akak agak berhati2.. takut sesuatu yg terjd dlm citer ni.. tetiba teringin nak makan memang akak agak fobia statement sebegini.. salah satu tanda ajal..base on akak punya pengalaman la.. imaginasi akak ni memang agak dasat! hehe..tp bila bc sampai abis akak rasa lega.. sebab jauh dr jangkaan akak.

Tak sabarla dik nak miliki citer ni secara total..akak doakan semuanya berjln ngan lancar dan dimudahkan oleh Allah.. semoga kamu berjaya di dunia dan di akhirat dik.. :)

Wassalam

Anonymous said...

*citer yg mengujakan.. typo la plak..

AraSharrina Karim said...

Fyda... :)) thank u dear.. lama xnampak awk..hehe.

AraSharrina Karim said...

kak honey : hehehe.. lawak ar akak ni.. mesti si arol tu gelak kalau dia tahu akak ingat lagi part puff tu..hehehe..

akak punya imaginasi same je ngn ade akak yg sorang lg tu.. bace2 jgk, pastu berhati2.. takut haikal sakit balik..hehe..

sy pun xsbr nak tunggu kea kuar kak.. terima kasih atas doa2 akak semua.. sy terharu.. sob! :')

Anonymous said...

Hahhahaha...comey aje mereka berdua ni..I lioke...dh tua2 bangka pun prangai mcm bdk2 lmbt pegi skola..hikhikhik

Yan_Chan said...

ke kea preg? ;p