**KLIK : K.E.A 26
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Selamat pagi Sayang…” Bisik Kea di cuping pendengaran Haikal. ‘Haikal masih lagi nyenyak tidur…’ Desisnya dengan senyuman terukir di bibir. Wajah Haikal di teliti setiap inci. Haikal tampak berseri-seri dari hari-hari sebelumnya. Darah merah sudah mula berani melalui salurannya. Bibir Haikal yang sebelum ini kering juga sudah kelihatan lembabnya. Kea tersenyum lagi, hatinya kini lapang. Lapang melihat si kekasih hati yang sudah mula menunjukkan perkembangan yang positif.
“Terima kasih Haikal sebab bertahan…” Bisiknya lagi. Air mata yang entah sejak bila di tahan sudah mula menitis melalui pipinya. Entah kenapa dia mahu begitu, membiarkan air matanya gugur di hadapan lelaki yang sangat di cintainya. Walaupun dia tahu Haikal masih tidak sepenuhnya terlepas dari penderitaan itu, tapi setidak-tidaknya lelaki itu sudah selamat keluar dari tahap getirnya. Di perhatikan mata polos Haikal yang masih tertutup rapat, “Cepatlah sedar sayang… Hmmm...” Tubuh kaku lelaki itu di gerakkannya perlahan. Bantal yang mengalas kepala Haikal turut di betulkan posisinya. Di sisir rapi rambut Haikal agar nampak kemas.
“I sangat rindukan you Haikal….” Lengan Haikal di pautnya lembut, kalau boleh dia tak mahu lagi berpisah dengan lelaki itu. Allah sahaja yang tahu segala rasa yang dia pendam selama ini, sungguh dia sangat merindukan lelaki ini. Dia rindukan Haikal yang selalu mengusiknya, Haikal yang selalu melayan kerenah keanakkannya dan Haikal yang selalu hadir dalam mimpinya… Ah~ Haikal, terlalu banyak kalau nak di ingatkan semua. Tak dapat dia bayangkan hidupnya nanti tanpa kehadiran Haikal di sisinya. Di rebahkan kepalanya di bahu lelaki itu. Dalam sedu sedan dia cuba untuk melelapkan matanya perlahan-lahan.
“Sa..yang…” Suara yang tiba-tiba kedengaran seakan semangat baru yang di suntikkan ke dalam diri Kea. Kepalanya di donggakkan sedikit memandang Haikal yang tersenyum padanya. Walaupun dalam sukar dan payah, Haikal masih mampu berbuat begitu. Kea turut membalas senyuman itu. Untuk pertama kalinya, lidahnya kelu untuk berkata. Air mata masih lagi mengalir laju membasahi pipinya. Selepas beberapa ketika, Kea dapat rasakan tangan Haikal hangat membelai pipinya.
“Jangan menangis Sayang… I masih ada di sini, di sisi you…” Pujuk Haikal. Seperti tadi, senyumannya masih lagi terukir di bibir. Dia tahu gadis itu sangat menderita menantinya hingga ke saat ini. Tangan Kea di capai dan di kucupnya lembut. Erat genggaman tangannya.
“Maafkan I sebab buat you menunggu lama…” Ucapnya dalam nada kesal. Rambut gadis itu di usapnya mesra. Hati Kea terlalu rapuh ketika itu, tidak lama dia bertahan, dan seperti sudah di jangka, di dada lelaki itu dia menangis semahu-mahunya. Di mahu melepaskan segala rasa yang masih lagi terbuku di hatinya. Dia mahu melepaskan kesemuanya.
“Syyyhh Sayang… Sudah lar… I kan ada ni…” Pujuk Haikal, tak sampai hati pula dia melihat Kea terus menerus menangis begitu. Hatinya sangat tersentuh bila melihat keadaan Kea, dia terharu dengan kesungguhan gadis itu.
“I takut you tinggalkan I...” Ucap Kea dalam esak tangis yang masih berbisa. Tersedu-sedu dia menahan tangisannya sendiri.
“Sayang… Kalau di izinkan Allah, sampai bila-bila pun I mahu sentiasa dengan you…” Pujuk Haikal lagi. Air mata yang jatuh berjujuran membasahi pipi Kea di kesat perlahan. Kea hanya membiarkan Haikal. Dia masih lagi begitu, melayan perasaan sedihnya.
“….. Kea, kan I dah pesan, jangan menangis… Tengok, dah tak cantik dah baby I ni… Kea tak sayang I ya? Tak dengar cakap I pun…” Haikal cuba menduga. Dia tenung tepat wajah gadis yang di kasihinya itu.
“I Sayang…., tapi sedih. Kalau sedih macam mana nak tahan, tak reti. Ibu ajar, kalau rasa apa-apa luahkan je, tak elok simpan-simpan…” Balas Kea. Dia kelihatan lebih tenang daripada tadi, nafasnya di tarik sedalam boleh. Haikal tertawa kecil mendengar jawapan Kea. Hidung gadis itu ditariknya.
“Menjawab ya…” Tingkahnya. Kea tersenyum.
“Rindu I?” Soal Haikal tiba-tiba. Kea menggeleng. “Tak pun…” Jawabnya.
“Eleh, betul ni tak rindu I? Tapi tadikan I dengar ada orang tu cakap dia rindu I, suruh I bangun cepat-cepat… Kacau je orang nak tidur.” Haikal pura-pura menjuihkan bibirnya. Kea mencebik.
“Kalau ada orang rindu pun, apa yang dia dapat?”
“Eh… Mestilah dapat I!” Jawab Haikal sengaja mahu mengusik Kea.
“Lagi?”
“Lagi?? Eh, mana boleh beritahu… Kalau nak tahu, kena mengaku dulu. Ha, cepat-cepat! Rindu I tak ni??” Kea tersengih.
“Rindu….” Jawab Kea dalam nada perlahan.
“Alah, tak dengarlah sayang… Kuatlah sikit.” Pujuk Haikal, dia dengar, tapi dia sengaja mahu Kea mengulanginya.
“Malu…” Haikal tergelak mendengar kata Kea, rona merah sudah mula mewarnai pipinya. Comel sangat, macam baby!
“Malu tapi mahu, kan?” Haikal masih lagi ingin mengusik. Kea senyum, dalam sakit pun dia masih nak nakal-nakal lagi! Lama Kea terdiam, sebelum mengganguk.
“Mestilah mauuu…” Tingkahnya sambil membuat memek muka mengajuk iklan twisties. Dia tersengih memandang Haikal, menampakkan giginya yang putih bersih tersusun rapi. Haikal menguntum senyum melihat gelagat kekasih hatinya. Kea di renungnya dengan pandangan yang redup dan sayu.
“Come here Sayang…” Panggilnya. Kea menurut, dianjakkan sedikit badannya menghampiri Haikal.
“I pun rindukan you sangat…” Bahu gadis itu di peluknya mesra. Kea sekadar tersenyum mendengarnya. Hatinya berlagu riang.
“… Ermm… Terima Kasih Kea.… ”
“Terima kasih untuk?” Soal Kea hairan. Dahinya berkerut memandang Haikal.
“Terima kasih untuk segalanya… Someday somewhere, jika diberikan masa, I akan senaraikan semua perkara yang you telah buat dan korbankan untuk I, I nak you tahu I sangat menghargai semuanya… tak mampu untuk I luahkan hanya dengan kata-kata, I……
“Syyhh, banyak sangat cakap ni….” Kea letak jari telunjuk di bibir lelaki itu.
“… Tak perlu untuk mengarang ayat, I faham… Untuk you, I akan korbankan segalanya… walau nyawa I sendiri yang menjadi taruhannya, I sanggup…” Sambungnya lagi.
“Tapi kenapa Kea?” Soal Haikal, dia masih lagi tak berpuas hati. “Apa yang I ada sehinggakan you sanggup untuk bersama I?”
“You dah ambil sesuatu dari I, you lupa?” Keningnya di angkat sedikit. Dahi Haikal pula yang berkerut.
“Ambil dari you?”
“A’ah…” Kea menjeling manja.
“Maksudnya?” Haikal masih lagi samar-samar.
“You ada ambil hati I, you dah bawa jauh… dan kalau you pulangkan balik pun, I tak mahu ambil. Sebab ‘dia’ dah selesa di sana…” Jawab kea sambil menguntum senyuman. Terbatuk kecil Haikal di buatnya..
“Hai, sampai tersedak?” Kea berseloroh. Dan-dan nak terbatuk dia nih! Haikal tersengih.
“Romantiknya you ni…” Ujarnya dalam nada bergurau.
“Dengan you je pun…” Bidas Kea tersipu-sipu malu. Sungguh! Bukan dia sengaja melakukannya. Memang dah semula jadi. Cececeh!
“Kenapa dengan I je pun?” Kea menepuk dahinya. Soalan apa ni Encik Haikal sayang!?
“Habis tu, takkan nak dengan semua orang! You nak I buat macam ni dengan orang lain ya?” Haikal di tenungnya tajam.
“Err.. kan! Tak, tak, Maaflah… dah lama koma, tiba-tiba sedar, dah tak stabil.” Alasan Haikal.
“Haikal… Janji jangan tinggalkan I lagi. I tak sanggup hidup tanpa you.” Kea tiba-tiba berubah menjadi serius. Haikal mengeluh.“Tapi…
“Tak nak ada tapi-tapi, janji!” Kea menyuakan jari kelingkingnya ke arah Haikal. Lelaki itu diam terpaku.
“Janji!?” Kata Kea lagi. Suaranya sedikit keras.
“Hmm… okay, janji!” Jawab Haikal. Kea senyum lega. Dia tak kira apa penghujungnya nanti. Semuanya sudah diaturkan olehNYA. Tapi sekiranya Allah sudah tetapkan ada di antara mereka yang akan di jemput menghadapNya terlebih dahulu, dia redha. Dia yakin Allah tu takkan menzalimi hambanya, setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, selepas hujan pasti adanya pelangi! Pesan ibunya.
“Assalamualaikum…..” Mereka berdua tersentak bila ada suara yang menyapa. Masing-masing menoleh.
“Waalaikumussalam…..” Jawab Kea.
“Maaf menggangu, Erm.. Boleh kami masuk…” Pinta Dato’ Ashraf yang sudah pun berdiri tercegat di depan mereka. Jauh sedikit di belakangnya kelihatan Makcik Zulaikha yang tunduk memandang lantai.
“Err… Silakan Dato’, Makcik Zulaikha…” Ucap Kea, seraya ingin berundur memberi peluang kepada mereka sekeluarga untuk berbicara soal hati ke hati. Tetapi hajatnya tak kesampaian, Haikal lebih pantas menarik tangannya.
“Temankan I disini…” Bisiknya perlahan, tapi masih dapat di dengar.
“Err, tapi…” Kea terkial-kial cuba untuk melepaskan diri, dia tak mahu kehadirannya di sini menggangu.
“Please…” Kea lemah bila dipujuk begitu.
“Erm, okay lar...” Balasnya. Dato’ Ashraf dan Makcik Zulaikha yang sedari tadi senyap memerhatikan tingkah laku mereka sedar akan ketidakselesaan yang sedang mereka alami.
“Kalau tak selesa, kami boleh balik…” Kata Dato’s Ashraf.
“Papa…” Panggil Haikal.
“… Papa, maafkan Haikal sebab tak berterus terang dan buat Papa susah hati melihat Haikal…” Ucap Haikal, itonasi suaranya berubah menjadi sayu. Hatinya luhur memohon kemaafan. Dengar saja kata-kata itu, Dato’ Ashraf dengan pantas melulu mendapatkan anaknya.
“Tak Haikal, Papa yang patut minta maaf, Papa dah banyak buat dosa dengan Haikal… Maafkan Papa, Papa benar-benar menyesal.” Anak lelakinya itu di peluk erat. Haikal turut membalas pelukkan Dato’ Ashraf dengan linangan air mata. Perasaan sedih, sebak, terharu bercampur aduk. Dalam keadaan yang masih sama, pandangan Haikal tiba-tiba jatuh ke arah Makcik Zulaikha. Pandangan mata Haikal tajam memandang wanita tua itu.
“Itu siapa Pa?” Soalnya. Pelukan di leraikan. Di pandangnya Kea yang hanya mendiamkan diri di hujung katil. Dato’ Ashraf teragak-agak untuk menjawab.
“Makcik ni siapa?” Soal Haikal terus ke arah Makcik Zulaikha. Mungkin tak sabar menanti jawapan daripada Papanya.
“Err…. Sa….ya..
“Haikal… Dia Makcik Zulaikha…., Erm.. Mama you…” Sahut Kea, Dato’ Ashraf hanya mampu menganggukkan kepalanya. Haikal kelihatan sangat terkejut!
“Mama I??”
“Ya Haikal… Ini Mama Haikal…” Sampuk Dato’ Ashraf pula. ‘Mama?? Aku masih ada Mama??’ Soal Haikal pada dirinya sendiri.
“Mama yang tinggalkan Haikal dulu…” Duganya perlahan. Makcik Zulaikha sudah pun bergenang dengan air mata. Tidak tahu reaksi apa yang patut dia lampiaskan.
“… Ya Haikal, inilah Mama Haikal yang tak guna tu, Mama yang sanggup tinggalkan anaknya membesar seorang diri… Mama yang buat Haikal menderita. Inilah orangnya Haikal…” Makcik Zulaikha teresak-esak menangis, beria-ia dia memarahi dirinya sendiri. Kea tak sanggup untuk melihat keadaan Makcik Zulaikha ketika itu lantas dengan perlahan menghampirinya. .
“Makcik… bersabarlah.. Tak baik cakap macam tu, tidak ada seorang pun manusia yang sempurna dalam dunia ni. Tak elok kalau Makcik asyik salahkan diri Makcik saja…” Pujuk Kea. Haikal di pandangnya dengan pandangan mengharap, berharap agar hatinya lembut untuk memaafkan Makcik Zulaikha.
“Haikal…” Panggil Kea lembut. Dia tahu hati Haikal tak sekeras itu. Dia tahu Haikal akan memaafkan Makcik Zulaikha.
“Haikal… Mama kamu adalah Mama yang baik Haikal, Papa yang silap sebab tak pandai nak jaga hatinya sehingga dia tinggalkan Papa, dan kesannya turut melibatkan kamu. Papa harap Haikal boleh berikan peluang untuk Mama…. Syurga kita seorang lelaki adalah di bawah tapak kaki Ibu Haikal, walaupun Papa tak pernah ajar, dan tak pernah sekali pun Papa berceritakan hal Mama kepada kamu, tapi Papa tahu kamu kenal Mama kamu sendiri… Papa tahu kamu anak yang baik, kamu tahu menilai baik dan buruknya sesuatu tu…” Haikal meraup muka dengan kedua belah tangannya. “Haikal tak tahu… Haikal rasa kosong sekarang ni…. Haikal tak tahu apa yang patut Haikal lakukan…” Keluhnya. Entah kenapa hatinya berdebar-debar.
“Haikal, Mama takkan salahkan kamu kalau kamu tak dapat maafkan Mama… Mama faham.” Makcik Zulaikha berkata seakan mengalah. Air mata yang sedari tadi jatuh, di kesatnya perlahan.“… Tak mengapalah, mungkin kehadiran saya disini telah merosakkan segalanya. Maafkan saya, saya tak patut kembali… sini bukan tempat saya..” Katanya lagi, seraya melangkah keluar dari bilik itu.
“Eh, Makcik!”
“Zu!!” Dato’ Ashraf cuba menahan. Kea juga menurut. Dengan cepat mereka mengejar wanita itu.
“Makcik… tunggu dulu!” Makcik Zulaikha tetap berdegil, dia tak mahu lebih lama di situ. Baginya, dia hanya penambah kepada masalah yang sudah sedia ada.
“Makcik…” Haikal mula bersuara, menghentikan segala gerak yang ada.
“Makcik… Maafkan saya… Saya tak boleh untuk menerima semuanya dalam suatu masa. Saya tak boleh nak berfikir dengan baik. Saya faham betul apa yang Papa cuba sampaikan tadi, tapi tolong bagi saya peluang untuk mengingatkan semuanya kembali. Saya takkan salahkan Makcik sepenuhnya… Seseorang telah mengajar saya, semua yang berlaku pasti ada alasan yang sendiri. Saya tak mahu mengungkit kisah lalu, lagipun semuanya sudah berlalu. Saya takkan hindarkan Makcik terus dari hidup saya, saya cuma nak minta tolong dari Makcik agar di berikan saya sedikit masa lagi… Saya harap Makcik faham…” Terang Haikal, Kea yang berada di sebelah Makcik Zulaikha di pandangnya. Gadis itu tersenyum membalas pandangannya. ‘I mungkin takkan jadi sekuat ini tanpa you disisi I, Kea…’ Bisik hati kecilnya.
“Betul… Betul Haikal tak marahkan Mama? Haikal tak benci Mama?” Soal Makcik Zulaikha seakan tidak percaya.
“Betul Makcik… Cuma satu, saya belum boleh untuk memanggil Makcik, Mama atau apa saja yang berkaitan dengannya… Saya masih belum bersedia…”
Makcik Zulaikha mengganguk mendengar kata-kata Haikal. Bulat matanya bersinar memandang lelaki itu. Dia faham, walaupun dia tahu tidak sepenuhnya Haikal memaafkannya, tapi dia lega. Lega setidak-tidaknya Haikal tidak terus membuangnya. ‘Subhanallah! Terlalu hebat kurniaan yang Kau berikan pada ku… Tak terkira hati ini untuk terus bersyukur pada mu Ya Allah!’
“Tak mengapa Haikal, Mama faham… Mama akan tunggu waktu itu….” Ucapnya penuh syukur. Kini air mata kegembiraan mulai laju turun membasahi pipinya.
“…… Erm Haikal, boleh kalau Mama nak, err… nak peluk Haikal?” Teragak-agak Makcik Zulaikha menyuarakan hasrat hati yang sudah lama di pendamnya. Haikal senyum mengangguk. Dengan perlahan dia cuba bangun untuk mendapatkan wanita itu. Kea dan Dato’ Ashraf cuba membantu, peluh jantan usah cakaplah, terpercik keluar dari tubuhnya, menggigil-gigil dia cuba untuk kuatkan pautan tangan dan kakinya pada besi katil. Selepas beberapa minit, akhirnya Haikal berjaya untuk berdiri sendiri. Dia tersenyum puas. Makcik Zulaikha yang masih setia menanti dipandangnya. Haikal memberikan Isyarat mata agar Makcik Zulaikha merapatinya. Wanita itu menurut, dengan perlahan dia merapati Haikal, anak yang di tinggalkan dua puluh tahun lalu. Kini mereka bertentangan. Haikal kemudiannya menghadiahkan sebuah senyuman sebelum dengan mesra memeluk tubuh wanita itu.
“Terima kasih Haikal…. Mama silap tentang Papa kamu, kamu di jaga dan besarkan dengan baik. Maafkan Mama… Maafkan Zu, Abang…” Berkali-kali Makcik Zulaikha meminta maaf.
“Bukan Zu… Bukan Abang yang jadikan Haikal begini. Ini semua disebabkan Kea… Kea yang menjaga Haikal dengan Baik, dia jugalah yang mengubah Haikal dan kita semua untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Kita patut bersyukur kerana dipertemukan dengan gadis ini, Semua ini berkat ketabahan dia Zu…” Terang Dato’ Ashraf. Wajah Kea di tenungnya. Kea jadi tak keruan. Malu bila di puji begitu.
“Saya tak buat apa-apa pun Dato’, Makcik… Haikal sendiri yang berusaha untuk merubah dirinya sendiri…” Balasnya. Mereka tersenyum mendengar jawapan Kea. ‘Sungguh suci hati gadis ini…’ Bisik hati kecil mereka.
“Makcik setuju dengan kata-kata pakcik tu Kea, Makcik percaya Haikal jadi begini di sebabkan kamu… Terima kasih Kea, tak terbalas rasanya jasa yang telah kamu berikan kepada kami, terutamannya pada Haikal. Makcik doakan semoga kamu sentiasa di lindungi oleh Allah s.w.t…” Tambah Makcik Zulaikha lagi. Gadis itu dipelukknya mesra. Haikal yang sedari tadi menjadi pemerhati, tiba-tiba mencelah.
“She’s everything to me Papa, Makcik… Tanpa dia, Haikal tak tahu bagaimana keadaan Haikal sekarang ni. Mungkin sudah tak bernafas…”
“Haikal… ada-ada saja you ni tau, cukuplah… Malulah saya kalau semua orang buat saya macam ni…” Tersipu-sipu Kea menahan malu. Mahu saja dia menekupkan mukanya di mana-mana. Semua yang ada tertawa besar melihat gelagat Kea, termasuklah Haikal. Dia merasa tenang dengan suasana itu.
“Kea!” Sergahnya tiba-tiba. Kea menoleh, Dato’ Ashraf dan Makcik Zulaikha juga menoleh sama.
“Ada apa?” Soal Kea hairan. Raut wajah Haikal kelihatan serius. ‘Ish, ada apa lagi dengan dia ni, sekejap saja perangainya berubah-berubah’ Tingkahnya.
“Kita kahwin.”
“Hah!?” Hampir saja terkeluar biji mata Kea ketika itu.
“Ha’ah, kita kahwin.. Kita akhiri hubungan ni dengan ikatan yang sah…” Ujar Haikal dengan senyuman manis terukir di bibir. Kea masih lagi diam tak terkata apa, kelu lidahnya untuk menjawab. Dato’ Ashraf dan Makcik Zulaikha turut tersenyum lebar mendengar pelawaan Haikal. Mereka takkan membantah, apatah lagi menghalang, Haikal dan Kea memang patut di satukan dan berhak untuk hidup bahagia hingga ke akhirnya.
“… Kea, sudah lama I fikirkan hal ni, sejak you minta I untuk halalkan hubungan ni lagi… You masih ingat? I nampak kesungguhan you masa tu, I tahu you akan selalu ada untuk I, dan akan sentiasa menjaga dan menyayangi I sepenuh hati you... I dapat rasakan kasih sayang you Kea… I mahu jadi suami you, walau cuma untuk seketika…. I mahu…” Kelopak mata Kea sudah mula bertakung, tinggal tunggu masa saja untuk tumpah. Naluri wanitanya sangat tersentuh mendengar kenyataan itu. Wajah lelaki itu di pandangnya penuh kasih.
“….. Kea Alyissa... Sudikah awak menjadi Isteri saya? Dan menjadi Ibu kepada anak-anak saya kelak...” Ungkapan itu terlalu luhur di pendengaran Kea. Air matanya jatuh berjujuran membasahi pipi. ‘Haikal…..’ Dengan perlahan dia menganggukan kepalanya.
“I sudi Haikal….. I sudi jadi Isteri dan Ibu kepada anak-anak you untuk selama-lamanya..” Balasnya tanpa di sekat-sekat. Bersinar-sinar mata Haikal bila mendengarkan jawapan yang di berikan oleh gadis yang sangat dikasihinya itu. Jari jemari runcing Kea di capai dan dikucup lembut. Tubuh gadis itu di dakapnya dengan mesra. Sungguh dia bahagia. Dato’ Ashraf dan Makcik Zulaikha hanya mampu menadah tangan memanjatkan syukur ke hadrat Illahi…
No comments: