Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Sunday, August 14, 2011

K.E.A 12

** KLIK : K.E.A 11

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“TERIMA KASIH sebab hantar I balik, Encik Haikal jangan lupa makan ubat.” Ujar Kea seraya membuka pintu kereta. Kejadian tadi masih berbekas dihatinya.

“Err.. Eh, Kea...”

“Ada apa lagi Encik Haikal?”

“You marahkan I lagi ke?” Kea memandang Haikal dengan pandangan yang redup.

“Jangan risau. Siapalah I nak marahkan Encik Haikal. Dah lewat ni, Encik Haikal baliklah dulu.” Arah Kea. Dia mula melangkah keluar dari kereta. Haikal masih tak berpuas hati. ‘Macam mana nak balik rumah kalau keadaan dia macam tu?’ Tingkahnya lantas turut membuka pintu dan perlahan-lahan mengikuti langkah Kea. Gerak gaya gadis itu masih tak stabil, dah macam jongkang jongket kat taman permainan kawasan rumahnya. Eh, Sempat kutuk! Kea berpaling.

“Encik Haikal nak pergi mana ni?” Soal Kea tatkala memandang Haikal dibelakangnya. Haikal tersengih. ‘Aisey, tertangkap!’

“… Nak ikut I masuk rumah ke?”

“Boleh ke?” Jawapan Haikal membuatkan Kea tercengang. ‘Mamat ni memang lain macam gatalnya!’ Ditenung Haikal atas bawah.

“You nak?” Kea melemparkan soalan ‘cepu cemas’, Eh!

“You don’t mind??”

“Nak kena pukul?” Meledak tawa Haikal bila gadis itu memberikan amaran yang boleh dikatakan keras jugalah kepadanya. Setelah seketika, Kea turut tersenyum. ‘Ah!~ malaslah nak masam-masam muka lagi…’

“Memain eh, memain.”

“Hah… Macam tulah doktor I, lega dah hati ni. Kalau tak, hishhh…!”

“You takut ke?”

“Eh, tak adalah takut. Cuma…”

“Alah, tak payahlah nak ego sangat. You risaukan I kan?” Kea menjerat Haikal dengan kata-katanya. Haikal mencebik.

“Yelah… Yelah… Apa saja kata you Cik doktor, kang kalau kata lebih-lebih ada orang terasa.”

“Siapa nak terasa?”

“Adalah orang tu, malas nak cakap. P & C!” Kea sudah mula mengagak. ‘Ooo.. nak main-mainkan aku lagi lah tu!’

“Eleh…” Balasnya. Haikal hanya tersenyum sendiri.

“… You dah okay ke?” Soalnya, hatinya masih tak tenteram bila melihatkan keadaan gadis itu. ‘Hmm…’ Semuanya salah dia! Bila dah terlalu selesa dengan seseorang tu, inilah jadinya…

“I’m okay… You pergi baliklah. Apa pula kata orang sekeliling nanti, dah lewat malam ni. Pergilah…” Kea seakan menghalau lelaki di depannya itu. Haikal mengeluh.

“Okaylah kalau you dah cakap macam tu, I balik sekarang. But please make sure you jaga diri you baik-baik okay?” Pesannya. Kea hanya mengganguk. ‘Caring pula mamat ni, tak, tolonglah jangan buat I cair…!’ Dia berkata-kata sendiri sambil tersengih-sengih. Haikal mula melangkah masuk ke dalam perut kereta. Seketika kemudian enjin kereta mula dihidupkan.

“Eh Kea!” Panggilan Maria membuatkan mereka berpaling serentak.

“Kea, kau pergi mana hah? Aku risau laa..” Kata Maria, cepat-cepat dia memeluk rakannya itu. Memang nampak sangat risaunya, dah macam nak menangis Maria bertanyakan soalan. Kea hanya tersenyum. Dibiarkan Maria memeluknya. Rindu sangat gamaknya nih!

“Kau merajuk dengan aku ke?”

“Merajuk? Sebab apa pulak?”

“Yelah, sebab tak temankan kau pergi Zara. Aku sorry okay...” Kea tergelak. ‘Aku bukan cengenglah! Tak adalah sampai nak merajuk bawa diri kan!’

“Mana adalah. Aku pergi bercuti kejap. Lupa bawak handphone, ada tertinggal kat drawer hospital.” Selamba saja Kea menjawab.

“Hah!??” Maria tercengang.

“Kau buat kerja gila lagi kan? Kau tension eh?” Soalnya, teringat kembali kerja gila yang pernah di buat Kea waktu belajar dahulu. Disebabkan tahap tension yang meluap-luap dan tak dapat dibendung, dia tiba-tiba hilang tanpa berita. Puas dicari merata tempat, hampir saja mereka buat police report, tapi tahu-tahu aje dia dah ada di Egypt, mengikuti kursus sukarelawan di sana. Haishh! Kea, kea…

“Ala, relaks lah Mar, aku okay kut. Tengok ni, tengok” Kea menayang-nayangkan badannya ala-ala model tak cukup package dihadapan temannya itu. Eh! Cukup package okay!~

“Kau pergi mana, dengan siapa?” Tiba-tiba Maria menyoal. Kea tersentak. Dipalingkan mukanya ke arah Haikal yang sudah pun berada di dalam kereta. ‘Err... Janganlah mamat ni keluar’ Doanya di dalam hati. Dia tidak mahu Maria tahu tentang hal ni. Cepat-cepat dipusingkan badan Maria membelakangi kereta Haikal dan pada masa yang sama juga dia memberikan signal tangan kepada Haikal untuk beransur. Setelah beberapa ketika, perlahan-lahan dia memalingkan mukanya ke belakang, ‘Fuhh… Mujur minah ni tak perasan’ Dia menarik nafas lega, kereta Haikal sudah tak lagi kelihatan.

“Eh Mar, jom masuk. Nanti aku cerita, aku penatlah.” Ujar Kea, dia lupa tentang kakinya yang tercedera.

“Auchh!”

“Eh, kenapa??” Maria terkejut bila Kea tiba-tiba mengaduh sakit.

“Err… Kaki aku luka, terpijak duri waktu jalan-jalan tadi.” Tipunya. Tipu sunat. Ehem.

“Teruk ke?”

“Tak teruk, tapi sakitlah. Nak dukung!!” Rengek Kea, sengaja ingin bermanja dengan temannya itu. Bulat mata Maria memandang Kea.

“Kau fikir kau ringan macam kapas?” Tingkah Maria sambil menjegilkan mata bulatnya, ha ni memang betul-betul bulat!.

“Alah, Haikal relaks je dukung aku…”

“Haikal??? Siapa Haikal?? Keaaa….” Opss, kea sedar yang dia sudah terlepas kata.

“Ehh… Tak ada siapa-siapa. Dah, dah, jommm!” Cepat-cepat Kea menarik tangan Maria yang masih tercengang-cengang memandangnya. ‘Ada-ada sajalah budak ni.’ Desis Maria. Kea dah boleh tarik nafas lega. ‘Bagus, Maria tak banyak soal.’ Dia tersenyum, meleret senyumannya, lagi-lagi bila teringatkan Haikal yang mengendongnya pagi tadi. Dia malu, tapi suka, dia malu, tapi mahu… Ecececeh…!


* * * * *


“TEKANAN nadi dan darah you tak stabil. Kenapa?” Soal Kea. Lelaki itu dipandangnya.

“Eh, you tanya I pula? Mana I nak tahu, you kan doktor, you patut lebih tahu!” Kea senyap. Mukanya serius memandang report di tangan.

“You ada makan ubat yang I bagi?” Soal Kea. Haikal nampak bersahaja.

“Makanlah.” Lambat saja dia menjawab.

“You tak makan kan?” Duga Kea.

“Makanlah. Kenapanya?”

“Report beritahu yang sebaliknya. Come on Haikal. Tell me the truth... You tak pernah makan ubat yang I bagi kan?” Kea mula bertanyakan soalan yang lebih serius. Haikal buat muka selamba. Di biarkan soalan Kea tidak berjawab. Selepas seketika, Kea melepaskan keluhan berat.

“Kalau perangai you macam ni, sampai bila-bila pun you takkan sembuh. Please Haikal, seriuslah sikit. Kita berusahalah.”

“Hishh… I malaslah nak bergantung dengan ubat 24 jam. Ajal maut di tangan Tuhan! You tak payahlah nak sibuk-sibuk, I datang ikut schedule pun dah cukup baik. You patut bersyukur.” Jawapan Haikal benar-benar membuatkan doktor muda dihadapannya itu berang.

“I yang patut bersyukur atau you yang sebenarnya tak tahu nak bersyukur? Hmm.. Haikal, let me tell you the truth, kanser you ni masih di tahap yang boleh di ubati. You patut tolong I, untuk I tolong you. We never know our destiny Haikal. You patut lebih positif, please..” Pujuk Kea. Di capainya beberapa biji pil dan dihulurkannya kepada Haikal. Haikal hanya memandang sepi pil di tangan Kea.

“Ambil ni...” Arah Kea sambil tangan kanannya menuang air kosong ke gelas. Setelah hampir penuh, disuakan pula gelas tersebut bersama-sama pil sebelumnya. Haikal masih berdiam diri.

“Please… You nak I merayu ke?” Haikal mengalah. ‘Dia akui yang degilnya memang tak bertempat’. Diambilnya pil dan gelas dari tangan gadis itu. Dipandangnya Kea, ‘Bersungguh-sungguh betul dia ingin membantu aku. Hmmm…’ Sebuah keluhan berat dilepaskan.

“Good boy… Macam ni lah… Kan senang, bukannya ada dua tiga ribu biji pun, dua tiga biji jer…” Kea tersenyum puas bila melihat Haikal menelan semua pil yang disediakannya.

“Good boy?? Ingat I budak kecil ke?” Soal Haikal seraya tersenyum mencebik, ‘Good boy dia kata aku? Geli~ eh, tapi best jugak… boleh manja-manja... Ehem!’

“Yes! for me you masih budak-budak, budak degil yang susah nak makan ubat.” Jawab Kea sambil mengenyitkan matanya ke arah Haikal. Haikal terkesima. ‘Aduh~ luruh jantung gedebak, gedebuk!’

“Eh, lupa nak inform, I’ll be on leave next week. Satu minggu and I mungkin tak boleh nak dihubungi waktu itu sebab kampung I susah sikit nak dapat coverage. So, kalau ada apa-apa you boleh refer Doktor Yusoff okay?” Pesan Kea.

“Hahh?? Seminggu? You nak pergi mana?” Soal Haikal. Terkejut benar lagaknya. Kea pelik, ‘Satu minggu aku macam satu tahun ke??’ Desisnya.

“I nak bertunang.” Jawab Kea ringkas. Saja ingin melihat reaksi Haikal. Jelaslah wajah Haikal berubah!

“Bertunang? Ermm... Ooo.. Okaylah, tahniah!” Ucap Haikal sambil siap-siap mengemaskan dirinya. tidak langsung memandang Kea yang masih tercegat di depannya. Kea tersengih. ‘Jealous ke dia? Wowww!’

“Eh, you nak pergi mana ni? Tergesa-gesa.”

“I malas nak lepak lama-lama dengan bakal tunangan orang. Lagipun, dah tak ada apa yang nak ditunggukan” Jawapan Haikal membuatkan Kea tergelak besar.

“You jealous ye?” Kea cuba menebak.

“I nak jealous? Buang masa I! You siapa? Lagipun tak ada apa-apa di antara kita ye, kenapa pula I nak cemburu? Mengarut!” Pedas sekali jawapan yang diberikan Haikal. ‘Eleh, tak habis-habis dengan ego dia. Hmm. Eh! Entah-entah betul dia tak jealous. Aha, kau memang perasan Keaaa..’

“Yelah.., Bukan I, My Along yang nak bertunang.” Kea berterus terang.

“Tak kisahlah along you ke, alang ke, angah ke, apa ke, I tak peduli. Dahlah, I got to go. Bye!”

‘Erkkk!! Siot je mamat nie. Memang sengaja nak malukan akulah tu. Waa!!~ Ibuuu..anak mu dimalukan lagi……!!’. Kea hanya memandang Haikal berlalu meninggalkannya, panjang betul langkahnya. Kea hairan, hari tu bukan main lagi dia beria-ia meminta maaf segala, caring semacam, sekarang lain macam pula perangainya. Sikit-sikit nak sentap! Sampai nak ajak bergurau pun tak boleh. ‘Hish… Dia ni memang angin satu badanlah!’

No comments: