Followers

"LOVE MEMO"

"LOVE MEMO OF THE DAY"

New Entry : Isnin, Rabu & Jumaat. Sabtu ahad cuti...hehe..

Enjoy reading guys! ;D


Love,
Ara

Sunday, August 14, 2011

K.E.A 7

** KLIK : K.E.A 6

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“MAIN symptoms of brain cancer; frequently headaches, vomiting, lost of appetite, changes in mood and personality, change the ability to think, seizures,…………” Ayatnya termati di situ. Entah kenapa hatinya menjadi sayu, teringat dengan arwah Baba barangkali. Baba Kea meninggal dunia akibat kanser hati 19 tahun dahulu. Sewaktu itu Kea masih kanak-kanak lagi, dia tidak pernah terfikir betapa hebatnya penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh arwah Baba sewaktu hidupnya. Pandangannya dilempar jauh ke luar tingkap. Kenangan lama menerjah kembali ke kotak ingatan...

“Ibu, nape baba asyik jerit-jerit dan marah-marah Ea? Baba dah tak sayang Ea ke Bu?” Rengek Kea dipangkuan ibunya, ketika itu dia baru berusia enam tahun. Baba panggilan Kea untuk ayahnya. Ibu hanya tersenyum sambil membelai lembut rambut anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa.

“Eh… Tak baik cakap macam tu sayang, Kea kan anak Baba, mestilah Baba sayang Kea. Baba cuma tak sihat je tu. Kea anak ibu yang kuat kan? Tak mahulah menangis macam ni.” Pujuk ibunya.

“Baba tak sihat? Baba deman ke Bu?” Soal anak kecil itu lagi. Ibunya hanya mengganguk.

“Baba tak kuat ye Bu? Sebab tu Baba marah-marah Ea? Hari tu kan Bu, Ea nampak Baba nangis sambil jerit-jerit. Ha, mesti Baba tak mam ubat yang doktor bagi kan Bu? Eee… Baba ni degil laa!” Petah sungguh Kea waktu tu. Macam-macam benda dia nak cakap walaupun pelat. Ibu Kea hanya tersenyum melihat gelagat putri bongsunya itu. Di kucup mesra dahinya, ‘Kea masih belum mengerti sayang…’ Bisik hati kecilnya. Kea dipeluk erat.

“Kea… Mari sini sayang…” Panggil Babanya cuba untuk memujuk anak kecil yang baru sahaja dimarahinya. Kea hanya mendiamkan diri, tidak seinci pun dia berganjak dari pangkuan ibunya. Rajuk dengan Babanya masih belum pulih lagi. Dia tarik muka masam.

“Kea… Pergi dekat Baba tu sayang... Pergilah… Anak Ibu ni dah besar mana boleh merajuk lagi.” Ibunya pula cuba mengumpan. Susah betul nak pujuk anak daranya yang sorang ni. Kea masih lagi berdiam diri.

“Kea… Nanti Baba bawa Kea makan aiskrim kat McDonald. Haa... Kea mesti suka kan?” Terkelip sedikit mata Kea tatkala mendengar perkataan ‘Aiskrim McDonald’. Memang makanan kesukaannya tuh! Dia berkira-kira nak teruskan rajuknya atau…

“Alaa Baba ni.., suke buat Ea macam ni tau…” Sepantas kilat Kea bangun menghampiri katil Babanya. Tersenyum kedua ibu bapanya melihat gelagat anak kecil itu. Umpan dengan aiskrim terus hilang rajuknya.

“Baba tak sihat ke? Sian Baba… Nanti bila Ea dah besar, Ea jadi doktor, Ea ubat Baba ok? Baba dah mam ubat?” Soalan pertama yang diajukan Kea. Babanya hanya tersenyum, diusap lembut pipi anak gadisnya itu.

“Kea sayang Baba tak?”

“Mestilah Ea sayang Babaaaa…~” Jawab Kea laju lantas memeluk Babanya. Erat pelukan Kea waktu itu seakan tahu Babanya nanti akan pergi meninggalkannya.

“Kalau sayang, Kea boleh tolong Baba tak??”

“Boleh! Boleh! Tolong apa Ba?”

“Okay, Kea dengar baik-baik tau… Nanti bila Baba dah tak ada, Kea jaga Ibu baik-baik okay? Kea kena jadi anak yang baik, jangan lawan cakap Ibu, cakap Along, Ha… Kea kata Kea nak jadi doktor kan? Nanti Kea kena belajar rajin-rajin masuk universiti. Tau? Ingat pesan Baba ni……”

“Eh... Apa abang ni cakap macam tu dengan Kea. Dia tak faham apa-apa lagi bang… Abang pun tak akan pergi mana-mana.” Ibunya pula bersuara. Lemah sahaja bunyinya.

“Abang dapat rasa yang abang dah tak lama lagi Zah…” Kea hanya mendengar perbualan ibu dan babanya. Kea nampak mata ibu dan babanya bertakung dengan air. Dia hairan.

“Nape semua nangis nihh!~ tak malu eaa nangis depan Ea? Emmm... Ok Baba, Ea janji, Ea jadi anak yang baik, tapi Baba nak pergi mana? Ooooo... Baba nak gi jalan-jalan tinggalkan Ea ye….” Pandai saja Kea menebak. Babanya sekali lagi hanya mampu tersenyum.

“Baba nak pergi jauh sayang…………”

Itulah perbualan terakhir antara Kea dengan Babanya, seminggu selepas itu, Babanya pergi menghadap Illahi……

“Kea…” Panggilan Maria mengejutkannya dari lamunan. Cepat-cepat Kea kesat air matanya. Entah bila jatuhnya, dia sendiri kurang pasti. Dipusingkan badannya mengadap Maria.

“… Eh, kau menangis ke? What happened??” Terkejut Maria melihat keadaan Kea.

“Mana ada lah! Habuk masuk dalam mata aku...”

“Sudahlah kau! Kalau nak menipu aku pun tak payahlah nak guna ayat cliché kan~ masuk habuk konon… Piirahhh!!~ Cepatlah.., Tell me why?” Gesa Maria tidak puas hati dengan jawapan sahabatnya tu. ‘Aisey…kantoi pulak.’ Getus Kea.

“Mar, belanja aku makan aiskrim…” Pinta Kea tiba-tiba. ‘Haish... Tiba-tiba minta aiskrim, mesti ada apa-apa ni’ Duga Maria semakin pelik dengan gelagat Kea. Faham benar dengan sikap temannya yang sorang ni. Kea dengan aiskrim, macam best friend, tapi selalunya Kea akan makan aiskrim waktu emosi dia tak stabil, macam tengah sedih ke, rindu keluarga ke, kena marah dengan lecturer ke….

“Hmm... Kenapa ni Dear? Beritahu lar… “ Bahu Kea di pegangnya. Kea mengalah, dia memang akan kalah setiap kali dengan Maria. Memang akan! Senang cerita tak ada satu rahsia pun dia boleh sembunyikan daripada dia.

“Aku rindu Baba aku Mar… Itu saja.”

“Hmm… Kenapa tiba-tiba teringat kat arwah ni?” Soal Maria ingin tahu. Kalau tak ada angin, tak akan pokok bergoyang kan?

“Entah, mungkin sebab sekarang ni aku tengah study case patient aku, brain tumor stage 2, so, duk sibuk-sibuk baca symptoms cancer, terus teringat kat arwah. Terkilan sebab waktu tu aku tak faham apa-apa, aku selalu merajuk bila arwah marah-marah kat aku. Aku pun selalu tuduh dia tak sayang aku. Aku tak tahu pun yang waktu tu dia sedang menderita… Hmm...”

“Alar Kea… Sudahlah, tak naklah sedih-sedih okay. Aku pasti arwah faham. Budak umur enam tahun kan, apalah sangat IQ nya..”

“Amboi… So kau nak cakap IQ aku waktu umur enam tahun rendahlah... Kan? Kan?” Di bulatkan matanya yang tak seberapa nak bulat tu. Pinggang di cekak tanda protes. Maria tergelak. Kelakar dengan gesture badan Kea ketika itu, dahlah kurus kering, ada hati nak cekak pinggang, ada ke pinggang tu??

“Tak adalah aku nak cakap IQ kau rendah. Erm, ke memang IQ kau waktu tu rendah? Tu yang perasan sangat tu?”

“Ceh! Sorry yer... IQ aku waktu umur enam tahun dah macam umur dua belas tahun… Kau tahu? Hmm... Kau apa tahu, aku malas nak citer je...” Lagaknya. ‘6 tahun dengan 12 tahun??. Jauh tu Kea…’ Dia tergelak dengan kebodohan sendiri. Ala, Maria bukan faham pun.

“Dahlah, apa saja kata kau Kea…Eh! Tadi kau tengah study case patient kau yang kena kanser otakkan? How eh? Maksud aku macam mana kau handle? Internship je kut, tapi dah handle kes besar. Kau tak takut ke??”

“As for your info cik Maria, aku pun belum tengok lagi rupa pesakit pertama aku ni macam mana. Sepatutnya semalam, tapi postponed esok pagi. Gementar juga ni, tapi kena tahanlah kan”

“Ye ke? Berapa umur dia? I bet around 40 or 50 plus kan?”

“Eh, tak tahulah pula aku, tak habis study lagi.” Fail kuning profile pesakit yang berada di atas meja dicapainya. Di selak satu persatu-satu isi kandungannya.

“Eh, muda lagi Mar, 27, 28 plus plus, kesiankan muda-muda lagi dah ada sakit heavy macam ni. Tapi baru stage 2, InsyaAllah masih sempat nak berubat”

“I See… Muda lagi tu, status?” Soal Maria lagi cuba untuk mengusik temannya itu, Kea yang sememangnya lambat menangkap maksud yang tersirat pada soalan Maria, terus membelek-belek fail kuning yang masih berada ditanggannya.

“Emm… Single, belum berkahwin.” Ringkas jawapannya. Maria hanya tersenyum penuh makna.

“Single?? Haa… Apa lagi Kea, jangan nanti ada kes percintaan di antara doktor pelatih dan pesakit sendiri sudahlah kan!” Sakastik sahaja usikkan Maria. Kea hanya tergelak kecil sambil menjeling manja membalas usikkan Maria… ‘Gila apa!?’ Bisik hati kecilnya.

“Tak mungkin okay!!” Sebiji bantal dilemparkan ke arah Maria.

“Aduh! Sakitlah… Aku bagi ingatan je Kea, sekarang ni macam-macam boleh jadi tau. So, just be prepare jelah kan, tak ada yang mustahil dalam dunia ni!” Usik Maria semakin menjadi-jadi.

“Dah… Dah! Malas aku nak layan kau Mar. Aku nak bersiap-siap ni, nak ambil Along kat airport. Nak ikut??” Soal Kea malas nak memanjangkan hujah, takut nanti meleret. Maria ni bukannya boleh!

“Along? Along mana??”

“Along Aiman aku lah, Along mana lagi... Kelmarin baru dapat email dari dia, kata nak balik Malaysia hari ni. So, kalau nak ikut, cepatlah bersiap.”

“Oh, cakaplah Aaron Aziz aku, ni Along, along, mana aku kenal!” Tergelak besar Kea bila Maria cuba menyamakan alongnya dengan Aaron Aziz, hero Singapura yang famous di Malaysia tu. Alongnya memang kacak, silap-silap lebih kacak dari Aaron Aziz. Lebih-lebih lagi sekarang alongnya sudah berkerja sebagai senior consultant di London, kira package-lah kan. Tapi nasib baiklah Alongnya bukan jenis yang sosial, kalau tak pasti dia dah jadi playboy tegar sekarang ni. Dulu si Maria ni pun pernah cuba untuk tackle Alongnya, tapi sayang tak dilayan, bukan sebab tak cantik, eh~ siapa kata Maria tak cantik? Hot okay! Cuma kata alongnya, Maria bukan gadis yang dia minat, kata omputihnya ‘not-his-type’ la. Memang selera along terarah kepada gadis kampung yang ala-ala perempuan melayu terakhir gitu. Sebab tu sampai sekarang dia duk membujang lagi, ceciter mana nak cari perempuan melayu terakhir zaman sekarang ni?? Nan adooo jelah!

“Aaron Aziz ye, suka hati hang lah Maria… Kembang kempis hidung along aku tu nanti kalau dia dengar. Dah, cepatlah siap…”

“Okay! Okay!”

* * * * *

“Along!!!~” Kea menjerit macam dia sorang saja yang wujud dalam dunia ni tatkala terlihat kelibat alongnya. Sangat teruja lagaknya. Dia bergegas mendapatkan lelaki itu, habis semua orang dilanggar. Lupa sebentar pada Maria yang menemaninya. Dah terkedek-kedek orang tu mahu mengejarnya.

“Alonnnggggg!!!~” Tak sempat dibalas, Kea terus memeluk Alongnya. Rindunya macam dah tak tertahan lagi. Almaklumlah, dah hampir lima tahun alongnya tak pulang ke Malaysia. Selalunya hanya bertukar khabar melalui email, kalau tak pun yahoo massenger. Tak puas…~ Alongnya hanya ketawa melihat gelagat adiknya itu.

“Kea ni… Tak lama lagi awak nak jadi doktor tau, tapi perangai macam budak-budak lagi, tak malu...” Pipi Kea dicubit. Geram! Makin gebu pula dilihat adiknya ni. Sedang bahagia ke? Nanti akan ditanya.

“Alaa along ni… Kea rindulah! Along pun dah lama tak balikkan, haruslah Kea peluk along lama sikit.” Jawab Kea manja. Tangan Alongnya dipaut mesra. Mereka memang akrab sejak dari kecil. Hanya alonglah saudara kandung yang dia ada dalam dunia ni. Selepas Baba meninggal, ibunya memang tak mahu lagi mencari pengganti lain. Bukan tak di suruh, tapi ibunya tak mahu. Ibu selalu kata, Babanya lelaki pertama dan terakhir untuknya.

“Yelah... Yelah! Nanti kita sembang puas-puas okay? Along pun dah standby telinga nak dengar gossip-gosip liar daripada adik along yang sorang ni.” Usik Along, Kea hanya mencebikkan bibir mendengar usikkan lelaki itu. Alongnya tahu Kea sekadar mahu bermanja dengannya. Dahi adiknya di cium lembut dan di usap perlahan anak rambutnya. Adiknya memang makin cantik sekarang.

“Kea datang sorang saja ke?” Soalan Along membuatkan Kea tersentak.

“Alamak!!!” Dia tepuk dahi, diperhatinya sekeliling untuk mencari seseorang. Memang dia betul-betul lupa tentang Maria. Pasti merajuk budak ni!

“Kea datang dengan Maria, Long…”

“Ha sudah… Marianya mana? Along nampak Kea je dari tadi”

“Err... Ada! Mungkin dah tercicir kat mana-mana… Heee… Habis Kea Long!”
Tiba-tiba dia terpandangkan sesusuk tubuh yang sedang menghampiri mereka. Dari jauh sudah nampak muncungnya. Tersenyum kambing Kea memandang Maria.

“Beb... Sorry… Sorry Mar…” Pujuknya.

“Amboiiii… Sampai hati tinggalkan aku terkontang-kanting kat belakang ye!”

“Ala yang… Sorry! Sorry…” Tak henti-henti Kea memohon maaf. Tangan Maria dipegangnya. “Sorry Mar…” Perasaan serba salah pantas saja menyelubungi diri gadis itu. Along Aiman hanya memerhatikan gelagat mereka berdua. Bahu adiknya itu di peluk mesra.

“Hai Maria, makin cantik sekarang ni ye…” Tegurannya membuatkan Maria tersipu-sipu. ‘Ah~ malu…’

“Eh... Mana ada Along, macam biasa je, Along pun makin handsome sekarang ni...” Kata-kata Maria melegakan Kea. ‘Budak ni dah ok! Pantang saja kena puji.’ Desis hatinya.

“Alaa... Maria malulah Along puji dia. Dah blush dah muka tu.” Tambah Kea. Maria hanya menjeling manja.

“Eh dah! Aku belum maafkan kau lagi tau Kea… Tukar tajuk pula dia ye…” Pipi Kea dicubit geram!

“Aduh!! Kenapalah pipi aku je yang jadi mangsa kau ni!” Rungut Kea sambil menggosok-gosok kesan cubitan Maria. Pedih kut!

“Siapa suruh pipi kau tu gebu sangat. Dah, jom gerak! Along mesti dah letih, lagi-lagi nak melayan kerenah kau ni, silap-silap along kau tidur kat sini” Tangan Kea ditarik. Alongnya hanya tertawa melihat telatah mereka berdua. ‘Macam-macam ragam!’

“Yelaaaa….. Jom along, kita pergi tapau makan dulu, then kita balik rumah. Lusa baru balik rumah Ibu, sebab esok Kea ada appointment half day.” Alongnya hanya menganggukkan kepala. Perjalanan hampir satu hari di rasakannya amat meletihkan.

“Ok sayang… Nah! Masing-masing bawa beg Along sorang satu”

“Ok bosss…..!” Jawab mereka serentak.

1 comment:

Anonymous said...

Salam.. dah mcm citer Secret Garden plak.. fobia ngan lift.. apa termnya pun akak dah lupa..

trademark biasa.. memang best!! tak tipu n bukan nak mengampu.. memang best.. klu tak wat apa akak bckan? but still akak nak tahu kisahnya..

Next...

Wassalam